Assalamualaikum wbt.
Seminggu saya menyepikan diri. Bukan sengaja tapi kerana memenuhi tuntutan menabur bakti kepada anak-anak kampung di kawasan Endau, Mersing di Johor dan berehat sehari dua di Pulau Tioman bersama kawan-kawan yang turut sama menyertai program khidmat masyarakat yang diberi jolokan Sunathon dari 18 hingga 21 Ogos yang lalu.
Hari Pertama
Saya bertolak ke sana dengan memandu sendiri dari Temerloh. Lebih kurang 4 jam perjalanan, saya selamat sampai ke sana. Check point adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau yang terletak bersebelahan dengan sungai sempadan Mersing-Romping. Setelah selesai pendaftaran, saya bersama Amani dan Shuhaina berkejar ke kedai makan untuk mengisi perut. Terlalu lapar kerana di sepanjang perjalanan, saya hanya berhenti untuk mengisi minyak saja.
Selesai makan, kami kembali semula ke sekolah tersebut untuk majlis perasmian dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Biiznillah, saya ditemukan dengan Cikgu Rosli, seorang guru di Sekolah Menengah Ungku Husin. Cikgu Rosli merupakan anak kepada ibu angkat saya yang tidak dapat datang menjemput. Kebetulan, sebelum bertolak ke Endau, saya berseloroh dengan emak saya berhajatkan kluarga angkat yang punya ramai anak perempuan. Dan dengan ketentuan Allah juga, saya ditemukan dengan keluarga Cikgu Rosli yang mempunyai 5 orang anak perempuan yang semuanya comel-comel belaka. Dapat adik instant saya pada petang itu. Seorang lagi anak angkat untuk keluarga tersebut ialah Azliana atau mesra dengan panggilan Yan. Dengan itu, rasmilah kami berdua sebagai anak angkat kepada Puan Nom Binti Ilias selama program Sunathon itu berlangsung di Endau.
Pada sebelah malamnya, ada majlis memperingati atau memperkasa Dato' Onn sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Yang saya geramkan, tak pasal-pasal saya telah dipaksa rela untuk mendeklamasikan sajak kemerdekaan pada malam itu. Lebih mencuit hati, sejak malam itu, saya lebih dikenali dengan nama KS sebaik turun dari pentas setelah membuat persembahan. (KI, Ainul and Ammar: You all owe me! Beware ok. Huhu)
Setelah kudapan malam, saya dan Yan bertolak pulang ke rumah ibu angkat kami di Kampung Air Tawar. Sudahlah malang disuruh bersajak, dalam perjalanan pulang pula, saya dan Yan sesat kerana kami tidak menjumpai rumah ibu angkat kami. Jalannya sudah betul tapi sebaik saja kami masuk ke perkarangan sebuah rumah batu yang luas berpagar, baru kami tersedar rupa-rupanya kami tersalah rumah! Kami berpatah balik dan kemudia melalui semula jalan yang sama untuk mencari rumah kami. Setelah 2 kali lalu-lalang di kawasan itu, barulah kami temui rumah kami yang sebenarnya terletak di sebelah rumah yang kami tersalah masuk pada kali pertama itu. Ya Salam. Memang memalukan. Nasib baik tuan rumah jiran kami itu tidak terjaga apabila ada kereta memasuki perkarangan rumah mereka itu.
Hari Kedua
Seawal 7 pagi lagi kami telah berangkat ke kawasan sekolah kerana pada hari inilah program menyunatkan sejumlah 100 orang kanak-kanak akan berlangsung. Saya bersama surgical team no. 8 untuk katil nombor 8 bersama-sama Prof. Latif telah menyunatkan 17 orang kanak-kanak. Walaupun jumlah ahli kumpulan ini kecil saja, tapi kami telah berjaya menyusun jadual yang kemas agar membolehkan segala prosedur berjalan lancar dan kesemua ahli kumpulan dapat merasai melakukan setiap bahagian prosedur untuk proses berkhatan.
Pasti ada yang tertanya-tanya. Bolehkan wanita mengkhatankan kanak-kanak lelaki? Jawapannya ya. Mengikut aulawiyyat (keutamaan) dalam mengkhatankan kanak-kanak ini, seorang lelaki muslim duduknya pada tangga teratas. Diikuti oleh perempuan muslim, seterusnya lelaki bukan muslim dan yang terakhir perempuan bukan muslim. Fardhu kifayah inilah yang sedang kami semua pelajari dan penuhi dalam merealisasikan MUSLIM BOLEH BERDIRI SENDIRI. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar sepanjang hari kedua Sunathon. Masih ada beberapa keping yang ingin saya kongsikan tetapi gambar-gambar tersebut masih belum saya terima daripada KI, Alif, Deney dan Yan. Sebaik saya telah mendapatkan gambar-gambar tersebut, saya akan kemaskinikan semula entry ini.

Bersama Prof. Latif yang menjadi Doktor Pakar untuk katil nombor 8.

Di bilik
post-operation. Kanak-kanak yang telah dikhatankan direhatkan selama 15 minit di situ dan dipantau oleh pelajar-pelajar yang bertugas agar tiada komplikasi terjadi. Sekiranya tiada masalah, mereka akan diberikan ubat, bunga telur dan bekalan makanan untuk pulang.

Antara prosedur utama adalah menjahit setelah
incision dilakukan oleh Prof. Latif. Bagi kumpulan kami, Prof. Latif memberi kepercayaan penuh kepada pelajar-pelajar yang menjadi assistant doctor pada hari itu untuk melakukan prosedur tersebut. Saya sendiri berpeluang melakukan 3 kali prosedur penuh sebagai assistant doctor. Alhamdulillah. Pengalaman ini sangat berharga untuk diri saya sendiri. (Gambar: Taka ini action)

Surgical Team no. 8 for
Hospital Kita. From left: Iqbal, KI, Aishah, Ijat, Salwa, Ummu, Hidayah, KS, Jihan, adik Jihan, Alif dan Hisham (Engineering student from Korea). Thanks for the co-operation that was given throughout the day. I missu all!
Barisan para peserta dari semua Medical Universities dari Russia.
Hari Ketiga
Kami bertolak ke Pulau Tioman setelah sesi penyerahan kembali anak angkat kepada pihak penganjur. Sebaik tiba di Tioman, saya bersama-sama Yan dan Deney (2 orang pelajar perubatan dari IMU) telah memilih untuk duduk bersama. Sepanjang hari itu, kami menghabiskan masa bersama-sama. Setelah solat Zuhur, kami bertolak ke Kampung Tekek dan seterusnya ke Marine Park. Sebenarnya, pada tahun lepas saya telahpun datang dan menetap di kampung dan kawasan chalet yang sama. Jadi pada kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak mandi atau snorkling. Saya hanya duduk-duduk saja di jeti dan bertugas mengambil gambar kawan-kawan dari atas. Di samping itu, saya mengambil peluang itu untuk menulis. Alhamdulillah. Ilham datang melimpah-ruah pada petang itu.

Antara yang sempat saya rakamkan. Gambar ini ada simboliknya yang tersendiri :)
Geng Damai lah kononnya ini :)
Rakan-rakan seferi. Gaya mereka ini bagai nelayan pulang petang. Jangan marah ye :)
Ketika di Pulau Remis (jika tidak salah). Walaupun pada mulanya saya tidak berniat untuk snorkling, tapi akhirnya di sini saya turun juga ke air tapi bukanlah dengan niat untuk melihat batu karang yang ada. Sekadar untuk mandi-manda saja. Dalam ratusan pelajar yang sedang berenang ketika itu, ada juga yang menyedari saya di tengah-tengah lautan luas itu. Siapa ya? Yan, Deney, cut the story off ok :)
Hari Keempat
Setelah berkemas-kemas pada pagi Selasa itu, kami semua bertolak pulang ke jeti di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang. Sesungguhnya, program Sunathon ini sangat bermakna buat saya. Saya berpeluang berkenalan dengan ramai kenalan baru sama ada yang menuntut di dalam atau di luar negara dalam bidang yang sama. Juga mengenal erti ukhwah yang indah, erti pengorbanan dan yang paling terkesan adalah keluasan ilmu yang tidak hanya boleh diperolehi dengan membaca dan mendengar daripada para pengajar, tapi juga memerlukan kesungguhan dan ketekunan untuk berani mencuba dan mengamalinya dengan sebaik mungkin untuk melengkapkan lagi diri kita sebagai seorang Muslim. Juga belajar untuk lebih bertangjawab dengan taklifan yang diberikan ketika bergerak dan bekerja dalam kumpulan dan selalu berlapang dada agar setiap kerja yang dilakukan diberkati kerana husnuz zon (berbaik sangka) yang ada dalam hati kita.

Buat Yan dan Deney, mengenali awak berdua adalah satu kebetulan yang terindah sepanjang di Sunathon 2007. Semoga kita dapat bertemu lagi!
Sunathon 2008, here I come Insya Allah......!
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
41) Bertolongbantulah kamu dalam membuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan kemungkaran.
17 comments:
Salam Sarah..
hehe.. terima kasih banyak2. semoga ukhuwah kita terjalin sampai bila-bila =)
salam KS! hehe.. misshh u! nwy, kami geng DAMAI! kehkeh..olok2 je.. nak dgn korang.tp placing dah full.. ngaa.. dok dgn doc kne skema skit percakapan..hehe.. muaahhxx!
Salam ziarah.
KS, that is so COOL.
Semoga diberikan ganjaran oleh Yang Maha Esa.
sarah~ bila baca entry ni dengan entry2 yg sebelum ni, teringat cerita2 sarah sepanjang kat tioman..love to hear each one of them...keep writing yea~
waa..teringat masa kena sunat dulu..nasib baik la sekali je seumur hidup..hari tu telefon zul masa kat sunathon, n ada sorang akak tu pun nak cakap gak..tp tibe2 bateri kong..huhu akak bile balik moscow indah dan permai?
wahahahha...sunathon pun ada..hehhe
hi sarah ;)
baru saya fhm apa sunaThon
baru saya fhm apa sunaThon
wah, sarah ke tioman? mie pulang ke tioman 23/08 tu, after spa exam on 22nd aug tuh.
rugi nya tak sempat ketemu....
cantik kan air nya biru, udara segar, cuma pembangunan yg sedang berlangsung tu agak kurenk menarik kan? debu merata2...
pasti seronok mandi di marine park ye.
rugi sekali tak naik submersible, pasti seronok.
wah, sarah ke tioman? mie pulang ke tioman 23/08 tu, after spa exam on 22nd aug tuh.
rugi nya tak sempat ketemu....
cantik kan air nya biru, udara segar, cuma pembangunan yg sedang berlangsung tu agak kurenk menarik kan? debu merata2...
pasti seronok mandi di marine park ye.
rugi sekali tak naik submersible, pasti seronok.
hrmm, sy pn ade dgr jugak org citer psl program nh, heh. sy harap dua2 pihak dpt kebaikan bersama...budak2 sronok dikelilingi doktor2 muda yg comey2, doktor2 ni plak dpt pengalaman..hands-on exp. (camtu ke?)
ape pun, syabas buat russian studs yg organise Sunathon 2007, kan?
salam...
Sarah... ya, our entry has the same genre, cume your entry is much more better than mine.. :D by the way, you look like ex-kmb friend.. :D
About the post op thing, adeh.. dah lupe la pulak...
Lastly, may ALLAH shower you with his blessing..
dah lama tak menjejak di sini. best baca pengalaman mengenai sunathon tu :). Hopefully you will have good time in Malaysia.
ala cumelnya orang tu :D
ks,
lame tak komen sini. hehe. my bro buat keje2 nih gak, 2 thn lepas la lebeyh kurg. nway, kem salam kat schoolmate saye, encik alep itu. ngehhehehehe.
bile bace pkataan sunathon tuh,tetibe name sunan leh muncul dlm otak.apekah maknenyer sunan lom bsunat?kehkeh!
it was an experience to remember!
thank you for the free rides in your kancil, the great advice along the way, and of course, that fabulous on stage recital of yours :)
you should have snorkelled, the view was amazing, subhanallah. love and happy fasting -M
Post a Comment