Sunday, July 22, 2007
Till Then...
Thursday, July 19, 2007
Kali Ini RINDU Pula
Alang-alang saya ada masa yang lapang hari ini, saya hendak melangsaikan satu lagi tag yang telah diserahkan oleh Ryn Si B*ntang (lagi!). Kali ini tagnya berlandaskan idea Cik Azah. Yang jadi mangsa siapa? Saya juga. Berkenan sungguh Ryn mengetag saya. Ish ish ish. Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak perlu lagi ke hospital, jadi inilah kisahnya.
Tema tag kali ini adalah 5 perkara yang saya rindui. Jadi, inilah dia 5 perkara tersebut:
1) Zaman tingkatan 5 di KISAS
Waktu itu, kehidupan saya sangat padat dengan jadual latihan dan diskusi bahas. Setiap pagi saya akan bangun pada jam 5 dan sesi di kelas akan saya guna pakai dengan sebaiknya. Pada sebelah petang, ketika semua pelajar sedang menjalani sesi prep petang, saya pula akan terperuk di dalam bilik komputer guru atau di perpustakaan (PerKISAS) bersama ahli pasukan bahas yang lain kerana inilah masanya untuk berdiskusi. Selepas itu, pulang ke hostel untuk solat Asar dan pada waktu itulah saya dapat mengurus diri dan menyempurnakan kerja-kerja KP (Ketua Pelajar) seperti menyediakan laporan dan bertugas di meja KP berhampiran alat siaraya di Dewan Makan. Pada sebelah malamnya, jika tiada pertandingan dalam masa terdekat, maka itulah satu-satunya masa saya dapat mengulang kaji dengan berkualiti. Tapi kadang kala syahid juga di atas meja berbantalkan buku-buku. Jadual di siang hari saya sangat padat. Jadi pastilah letih. Sebaik prep malam tamat, pulang ke hostel untuk bacaan Al-Mulk dan selepas itu saya akan terus berjaga sehingga jam 2.30 pagi. Menelaah pada waktu itu sangat berkualiti saya rasakan walaupun kerap kali dapat saya dengar pelbagai bunyi yang datang untuk 'menemankan' saya study. Dan yang paling saya ingati adalah kenakalan saya sewaktu petang Sabtu dan Ahad. Saya gemar ke Gazebo, taman di hadapan pejabat, dan study di situ. Kadang-kala saya akan terserempak dengan 'Abang Pujaan' (AP) saya. Oh! Tiada siapapun yang tahu apa tingkah saya waktu itu. Segalanya menjadi rahsia peribadi. Yang kononnya bergelar AP itupun tidak pernah mengetahui akan hal ini. Oh! Nakalnya saya. Tapi pengalaman ini semualah yang saya rindukan. Saya rindukan Shuhada teman sebelah katil yang sama-sama sakit dengan saya sehinggakan boleh berkongsi ubat yang sama, Kak Nazifah (F6) dan Kak Mai(F6). Di waktu malam, Kak Nazifahlah yang menjadi telefon karat yang menyampaikan cerita perihal AP. Semoga AP selamat dalam chambering yang sedang dilakukannya.
2) Di Pertandingan Debat Piala Terbuka UIAM Kali Pertama 2002
Yang saya maksudkan adalah di peringkat akhir pertandingan tersebut. Ada satu insiden 'berani mati' yang telah saya lakukan. Kebetulan AP datang beserta pasukan penyokong KISAS yang lain. Jeng jeng jeng. Dan dengan ini diumumkan bahawa selepas pasukan kami menjuarai petandingan itulah merupakan kali pertama kami bertegur sapa! Jangan salah faham. Sekadar ucapan tahniah. Itu saja sebenarnya. Huhu. Oh! Terasa lucu pun ada. Tapi inilah antara yang saya rindui. Kerana kalaulah saya dapat keluarkan hati saya pada waktu itu, pasti semua dapat melihat betapa hati saya penuh dengan bunga-bungaan dan kalaulah dapat saya keluarkan perut saya pula, pasti semua akan tergelak kerana betapa perut saya mengecut dengan amat dahsyat. Ya Rabbi...
3) Zaman Kursus Persedian di Intec
Durasi masa di Intec sangatlah singkat. Kurang 3 bulan tempohnya. Tapi dalam tempoh inilah saya belajar bermacam-macam perkara dan macam-macam juga yang telah terjadi dalam hidup saya. Dengan kehadiran Faiq yang sentiasa ada bersama saya, saya rasa dunia ini terisi. Waktu inilah saya mula berjinak-jinak menjadi teman baik handphone saya. Bukan setakat atas urusan rasmi yang banyak saya kena uruskan waktu itu, juga atas urusan peribadi yang manis-manis dan kelat-kelat untuk diingagti. Oh! Rindunya waktu itu. Seronok walaupun sebentar cuma saya merasai student life di Malaysia.
4) Makan di KFC Seksyen 18, Shah Alam
Paling saya rindukan saat itu! Tapi memang tak mungkin akan dapat berulang. Setakat hendak pergi makan saja-saja bolehlah. Tapi keberhargaan waktu itu tidak boleh diganti dengan detik yang lain! Sebab apa berharga? Sebab AP-nya datang. Nak telan makanan pun tak boleh. Ngahaha. *koya betul saya ni*
5) Saat hendak berlepas buat kali pertama ke Moscow (di KLIA pada 1/10/2003)
Ikutkan logik, mestilah sedih hendak berpisah dengan keluarga untuk ke Moscow. Tapi lain pula bagi saya. Saya rindukan suasana itu. Saya masih ingat lagi pada hari itu saya diberi kebenaran untuk menyelongkar inbox handphone seseorang dengan keizinan. Inilah keistimewaan orang yang hendak pergi jauh. Mintalah apa saja. Insya Allah akan ditunaikan jika tidak keterlaluan. Dan saya sangat gembira malam itu walaupun kesudahannya saya menangis juga apabila kelibat keluarga dan rakan-rakan hilang dari pandangan. Juga kelibat tuan handphone yang saya selongkar inboxnya itu. Maafkan saya.
Itulah 5 perkara yang saya rindui. Saya tidak mahu memanjangkan tag ini. Tapi seandainya ada diantara kamu yang terasa hendak berkongsi perkara-perkara yang dirindui, sudi-sudilah untuk mengkhabari saya setelah selesai membuatnya.
Nota: Aishh... Kelima-lima perkara yang saya rindui ini ada AP. Apa kes ni? Jangan salah faham. Saya berani menyebut tentang AP di sini kerana saya yakin dia tidak tahu bahawa dirinya AP dan yang paling utama dia tidak mengetahui kewujudan blog ini. Lagi pula, itu hanyalah kisah zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu. *LEGA+SENYUM*
___________________________________________________________________
Hari buat dia:
35) Tajam akal adalah hadiah dari Allah untuk menguji dari mana kita mendapat batu asahannya dan kemana kita gunakan ketajamannya itu. Adakah kedua-duanya dari dan ke jalan yang diredhai.
Kenapa Saya Sukakan Kamu
Saya ditag lagi. Dan kali ini angkara Ryn Si B*ntang. Tagnya mudah saja. Ceritakan tentang 4 orang yang saya suka beserta alasan. Dan sekiranya saya hendak mengetag orang lain pula, saya hanya perlu maklumkan kepada orang itu bahawa mereka telah ditag.
Maka, dengan jujurnya saya senaraikan siapakah yang saya suka (ahli keluarga adalah terkecuali):
NURUL FAAIQAH JAINUDDIN (FAIQ)
-Dia ni kawan baik sejak tingkatan 4 di KISAS. Kami sekelas di kelas 4 Sc 5 dan 5 Sc 7. Kami pernah berjanji kalau ditakdirkan kami masuk ke kelas yang telah dirombak (streaming class), kami hendak duduk sebelah menyebelah. Dan sememangnya kami duduk berempat di kelompok meja di pintu belakang kelas. Dulu aktiviti dalam kelas mesti kami lakukan bersama termasuk tidur sewaktu kelas BM. Kami berdua tersengguk-sengguk secara berjemaah. Cikgu BM kami adalah Cikgu Jam. Dia adalah cikgu bahas saya. Dia pun tak kisah melihat kami begitu. Apa nak buat kan, Faiq. Dah ngantuk. Layan ajelah. Tapi tidaklah sampai melepek di atas meja. Sehingga di ASASI Sains UM (PASUM), kami masih bersama. Sama blok hostel dan sama aras. Selalu berkumpul di suru bersama-sama. Lalu berpindah pula ke Intec setelah kami mendapat tawaran JPA. Sama blok hostel bezanya cuma lain pintu masuk. Tapi kami selalu berjumpa. Makan pun bersama-sama. Buka puasa pun bersama-sama. Buka puasa yang paling tak boleh dilupakan adalah pada 1/7/2003 di mana Faiq menjadi saksi saya yang sedang makan dan tiba-tiba mendapat mesej, terkejut lalu jatuh dari kerusi dan handphone saya jatuh berderai. Saya yakin, Faiq ingat semuanya ini. Setiap kali balik bercuti di Malaysia, kami akan berjumpa. 1 lagi kenangan adalah pada 1/8/2004. Kali ini saya pula yang menyaksikan detik-detik kebahagiaan dia. YM sentiasa menjadi penghubung kami berdua. Juga SMS dan lagi klasik, Faiq pernah megirim surat buat saya dari Cairo. Surat itu masih saya simpan beserta buku-buku yang dikirimnya. Faiq seorang yang sangat menyimpan rahsia, sentiasa terseyum dan sebolehnya cuba untuk membantu menyelesaikan masalah saya. Teringat pula sewaktu saya ke Egypt. Sebaik bertemu Faiq sewaktu di Abbasiah, kami berpelukan setelah setahun lebih tidak bertemu. Dan ketika di Alexanderia, kami berjalan berdua ke sana ke mari dan berperangai seperti budak-budak yang telah lama tidak kami lakukan. Faiq, saya sayang awak! Sangat-sangat!
NUR ANISA ANUAR
-Inilah Kak Ani yang sering saya sebut-sebutkan. Senior merangkap jurulatih bahas dulu. Kak Ani sinonim namnya dengan Abg. Wan. Mereka berdua ini banyak menyimpan segala macam kisah yang tejadi pada saya dulu-dulu. Maklum sajalah. Budak mentah. Mestilah perlukan nasihat orang tua-tua. Ketika itu, Kak Ani masih lagi belajar di UIA dalam jurusan Undang-undang. Mahallahnya selalu menjadi tepat saya 'menyeludup' ketika datang ke UIA. Dan kini Kak Ani bekerja di Petronas Kerteh. Saya sayangkan Kak Ani seperti kakak sendiri kerana dia seorng yang menyimpan rahsia, tabah, suka belanja orang lain terutamnya dalam bab makan dan Kak Ani merupakan orang yang akan cuba utuk memahami perasaan orang lain dengan sebolehnya. Bagi saya, Kak Ani tidak layak untuk disakiti. Kak Ani, saya sayang Kak Ani.
AHLI RUMAH 205
-Saya tau tak adil saya menggolongkan mereka sebagai 'seorang'. Tapi hakikatnya saya sangat suka akan mereka. Emy, Pena, Wani, Fatt dan Diba. Hidup saya di Moscow bermakna kerana adanya mereka. Cuti-cuti begini, saya rindukan mereka. Biasanya setiap hari, ada saja jenaka yang mereka kenakan pada saya. Lebih-lebih lagi ketika musim exam yang lalu. Setiap hari ada saja gelaran yang mereka berikan kepada saya termsuk tikus mondok, si ulat dan hentah apa-apa lagi. Oh, sungguh! Saya pasti akan rindukan mereka apabila telah tamat nanti. Sungguhpun mereka muda dua tahun dari saya, tapi kami semua bagaikan sebaya saja. 205 memang best!
NO NAME
-Ingat senang ke nak buat tag ni? Saya sangat kekurangan kawan dalam dunia nyata. Jadi sangat susah untuk saya senaraikan siapa yang saya suka sebab jawapannya sangat terhad. Jadi saya khaskan yang keempat ini untuk kamu semua kerana bagi saya, saya sukakan kamu semua! Siapa kamu semua itu? ITU! Yang tersenarai disebelah kiri blog ini. Dan ada beberapa yang tiada dalam senarai itu seperti 13May, Sunan Jati, DD, Azwan, Alia MMU dan Wani Nizhny yang masih belum sempat saya letakkan link mereka di situ. Juga yang hanya mengintip-ngintip secara diam di blog ini. Juga yang kadang-kala ada meninggalkan komen seperti Oneib. Juga seorang sahabat yang selalu menghubungi saya melalui Friendster message yang jika tak kerana dia, Friendster saya seperti tiada gunanya. Juga abang-abang saya yang best iaitu Abang Khairil dan Abang Zam. Saya sayang kamu semua! Sungguh!
Dan dengan ini saya hanya hendak mengetag 2 orang saja iaitu:
- Wani
- Pena
Sebab teringin nak tahu siapalah yang kamu suka. KS kot. *senyum*
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia:
34) Prihatin adalah apabila pandangan, teguran dan kasih sayang diadun dalam satu.
Wednesday, July 18, 2007
G Untuk Gembira
Seperti yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Insyirah, setiap kesedihan, kesusahan dan kepayahan yang kita tempuhi pasti akan Allah khatamkan dengan kegembiraan, kesenangan dan jalan keluar yang terbaik untuk segala susah payah yang telah kita lewati. Pokok pangkalnya, segalanya berbalik pada diri kita semula, bagaimana kita bersabar dengan dugaan yang datang mengintai dan apakah usaha dan tawakkal kita untuk cuba mengatasinya. Bantuan daripada Allah tidak datang secara pecuma. Jual-beli kita dengan Allah cukup mudah sifirnya. Seandainya kita memenuhi pra-syarat yang ditawarkan oleh Allah atau dalam erti kata mudahya menerima ujian dan kesusahan yang datang itu dengan penuh redha dan berusaha untuk mengatasinya, Insya Allah wajah-wajah kita adalah antara yang dipandang oleh Allah dan Dia tidak akan mengenepikan kita.
Dalam surah Adh-Dhuha pula, Allah secara jelas telah memberitahu kita bahawa setiap yang di akhir itu lebih baik dari yang di awalnya. Mungkin kadang-kala kita mengeluh kerana kesenangan, kegembiraan dan kejayaan masih tidak kita perolehi sedangkan kita telah berusaha sebaiknya. Namun ingatlah kita bahawa hamba yang diuji oleh-Nya itu adalah insan terpilih. Kenapa begitu? Kerana Allah sengaja melambat-lambatkan janji kebahagiaan buat kita kerana Allah hendak terus mendengar suara, rintihan dan pujuk tangis kita memita-minta kepadaNya sebagai kekasih yang satu.
Sesunguhnya saya telah merasai nikmat kemanisan janji Allah yang telah sedikit demi sedikat Dia kurnikn buat saya. Jika 3 tahun yang lalu, rakan-rakan yang rapat engan saya seperti Faaiqah, Kak Ani dan Abang Wan tahu bagaimana susahnya saya berhadapan dengan satu ujian hati yang Allah datangkan pada saya, sekarang, jika terkenangkan kembali apa yang terjadi dahulu, saya mampu tersenyum dan mungkin boeh tergelak dengan ketidakmatangan diri. Semakin meniti hari, semakin saya sedar bahawa Allah datang ujian itu dahlu sebagai persediaan untuk hari ini dan mendatang. Setiap hari yang saya lalui kini saya rasakan lebih sempurna dan bermutu berbanding dahulu.
Kesimpulan corat-coret di atas hanyalah saya ingin katakan pada semua bahawa saya semakin mendekati apa yang saya harap-harapkan. Bermula dengan kesusahan dan kesedihan, kini saya semakain yakin janji kebahagiaan yang tertulis di Luh Mahfuz buat saya semakin jelas dan terang jalannya.
Terima kasih semua kerana sentiasa ada bersama saya sepanjang saya berusaha mencari yang terbaik. Dan terima kasih juga kerana kisah hidup dan kewujudan kamu semua sentiasa memberikan inspirasi baru untuk saya terus tersenyum di dunia ini.
Oh, semua! Saya kini sedang gembira! Dan tidak mustahil ada seorang di antara kamu semua yang tahu kenapa saya gembira... :)
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia: (ditujukan khas buat En. Sunan)
33) Wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati! Kau tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu, dan ketaatan kepada-Mu dan dengan semangat jihad di atas jalan-Mu.
Tuesday, July 17, 2007
Guys, It's Charity Time!
It's been a while since I was last tagged. If I'm not mistaken, the last task that I've received is not completed yet. The tag was from my brother, Nan, and his friends. Later I'll do it when the right time comes, okay Nan. But now I'm completing a task from Dr. Am and Wani. So, here how it goes... (actually, it all started from Idham's blog)
"Rumah anak yatim ini memerlukan bas untuk penghuni-penghuninya, di samping sumbangan untuk pengendalian harian. I'm inviting you to participate together with me. For every person who manages to complete this meme before August 26th, I will contribute RM127 on your behalf to the Darul Izzah Orphanage, Bangi", said Idham.
"If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many person as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage". Then please copy and paste this rule somewhere in your entry", Idham added.
The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences.
1. A person is only as good as what we want if we can fulfil their wishes to be as good as what they want.
2. Friendship is always meaningful and wonderful if we learn to give as much as what we want in return.
3. To love is to share our heart and life with people we believe in.
4. Money makes me losing something while getting something in the other way.
5. I miss my good old days studying in Malaysia, having life as a student in ASASI and Intec!!
6. My way of saying I care is by messaging and smiling. (people said, I've smiling face. Does it count? Huhu)
7. I try to spread love and happiness by smiling and writing (that's the very least I can do, I guess)
8. Pick the flowers when you're ready to keep them afresh in the vase of yours.
9. To love someone is to believe in him/her, to drive him /her into the right path, to share happiness, hardships or sorrows together and to pray for bless for him/her till the day I die.
10. Beauty is so subjective, isn't it?
11. When I was thirteen, what I remember the most was I fell sick!
12. When I was twenty one, I remember I celebrated my birthday alone in my apartment with weather treating me badly down to -40'C that night while my housemates, Syima and Farah, went back to Malaysia for Winter Break and suddenly it's black out for 2 hours and I sat alone under the duvet with darkness and cold without any heater around. So sad.
13. I am most happy when meeting my roommates and my bestfriend, Faaiqah.
14. Nothing makes me happier than having my family by my side.
15. If I could change one thing, I wanted to change the result of the 1st diagnosis given to me...
16. If smiles were friends then I would have been even sweeter by now because I have a lot of them.
17. Wouldn't it be nice if we could arrange all people in the world to live Islam as their way of life.
18. If you want to know me then you have to understand me 1st. I'm quite complicated.
19. Money is not everything but shopping with plenty money in pocket sound exciting for certains. Huhu. (Not me okay)
20. The most touching moment I have experienced is a proposal from the person I admired most most most back in school but..... (sambung la sendiri...huhuhu)
21. I smile when I feel like to smile even sometime when I'm sad.
22. When I am happy, I love to cook as much as I can untill the fridge goes empty and the table looks yummy.
23. If only I didn't have to be a doctor, then I would have been doing chambering to be a lawyer by now :)
24. The best thing I did yesterday was fighting with my sister like the way we used to when we were kids.
25. If I ever write a book, I will give it this title, "My World" as a compilation of all the short stories I've been writing all this while.
26. One thing I must do before I die is to get married. (Mesti ada yang gelak ni. Tak kisah. Gelaklah kalau nak gelak)
27. Doing this meme, I feel like to sleep right away after this because it's already 3am!!!
And here are the names that I'd like to see this tag chain goes on:
-Nan Xanda
-Najib Zuhdi
-And those who have free time before reaching August 26th :)
This is not compulsary, but if you can find time to complete the meme, it would be great. Remember, it's for charity.
When you have done yours, please leave a comment in Idham's blog - so that he can keep count.
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia:
32) Hati untuk dijaga, bukan untuk dimanja (Terima kasih Alif Anwar)
Kadang-kala...
Assalamualaikum wbt
Kadang-kala, yang kita sayang, itulah yang kita hilang...
Kadang-kala, yang kita benci, lagi kita diuji dengan didekatinya...
Kadang-kala, yang tak cantik, itulah yang disanjung-sanjung...
Kadang-kala, yang buruk laku, itulah yang dipuja ramai...
Kadang-kala, yang kita cari-cari, itulah yang tidak kita temui...
Kadang-kala, yang berharga, itulah yang kita lepaskan...
Kadang-kala, yang nampak kaya, itulah yang papa sebenarnya...
Kadang-kala, yang miskin hina, itulah yang kaya budi bahasanya...
Kadang-kala, yang kita cinta, tak semestinya kita bahagia dengannya...
Dan kadang-kala, yang kita abaikan, itulah yang terbaik buat kita...
Repek: Oh, semua! Ada orang tu sudah bertunang!! Maka, maksudnya apa ye? Siapa orang itu? Orang itu adalah dia, dia dan dia :) Selamat bertunang, kawan.
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
31) Orang yang bersabar dengan meletakkan doa sebagai harapan adalah insan mulia. Orang yang bersabar dan meletakkan dendam sebagai panduan adalah insan hina.
--> Saya tahu dia sudah bertunang. Tapi saya bersabar dan berdoa kerana saya mahu menjadi insan mulia di sisi-Nya, Insya Allah.
Saturday, July 14, 2007
Erti Persahabatan
(Skip this entry if you hate reading long story)
Assalamualaikum wbt
Lega rasanya apabila Sabtu menjelma. Boleh berehat-rehat di rumah, membersihkan kawasan rumah dan keluar bersama adik-adik. Entry kali ini saya hendak bercerita tentang erti persahabatan. Kisahnya bukan tentang saya tetapi tentang ayah saya dan kawan-kawannya.
Genap seminggu yang lalu, pada tanggal 7 Julai 2007 (07/07/07), ayah saya dan kawan-kawan seangkatan dengannya (same batch) di Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (SMSPP) yang kini telah bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sains Tun Shed Sheikh Shahabuddin, Pulau Pinang telah mengadakan perjumpaan atau gathering. Tempat berkumpul adalah di rumah saya sebagai pusat berkumpul kali ini. Untuk pengetahuan semua, mereka merupakan generasi pertama sekolah tersebut.
Kebetulan, pada hari tersebut, emak dan kakak saya perlu ke sekolah kerana ada gotong-royong peringkat daerah. Begitu juga Adam dan Adik Azizi yang ada sekolah ganti. Tinggallah saya bersama Adi dan Adik Aiman di rumah. Kebetulan, Adi tiba dari hostelnya pada hari sebelumnya. Dari awal pagi, saya ditugaskan untuk mengemas rumah, luar dan dalam. Penat tidak terkata. Belum sempat saya bersiap sekitar jam 11 pagi itu, sedikit demi sedikit kawan-kawan ayah telah mula tiba. Suasana meriah telah mula terasa. Ayah pada mulanya turut sama berada di situ tapi kemudian ayah terpaksa keluar untuk menjemput Adik Azizi di sekolah dan mengambil makanan yang ditempah daripada katering yang sudah keluarga kami kenali sejak dulu. Makanannya memang sedap!
Selepas bersiap ala kadar, saya menjenguk ke luar rumah melihat kawan-kawan ayah yang nekad mahu berkelah di bawah pokok manggis sementara menanti rombongan besar tiba. Masih ramai yang belum tiba. Angkatan pertama yang tiba ini bertolak dari Pulau Pinang pada awal pagi itu. Sebab itulah mereka tiba awal ke rumah saya. Juga sebuah keluarga dari Kuala Lumpur dan Seremban. Apabila saya menjenguk mereka di luar, kelihatan anak-anak mereka bersama emak ayahnya sedang menjolok buah manggis dan ada juga yang sedang online menggunakan wireless connection yang ada. Anak-anak zaman sekarang. Tidak boleh dipisahkan dengan internet walau di mana-manapun mereka berada. Kelihatan bekal yang sedang mereka jamah adalah Laksa Penang yang dimasak khas oleh isteri kawan ayah.
Sebaik ayah tiba bersama Adik Azizi dan makanan yang ditempah, beberapa buah kereta turut menyusul. Rupa-rupanya ayah menunggu beberapa orang kawan yang tidak tahu jalan menuju ke rumah kami sebelum pulang.
Bermula dengan itu, saya sibuk di dapur menyusun lauk-pauk ala buffet di ruang tengah dapur. Sofa di ruang dapur telah dikeluarkan dan disusun di ruang beratap di luar rumah. Jadi, ruang makan di dapur menjadi dua kali ganda lebih luas. Kerusi di ruang tamu juga telah diubah kedudukannya untuk menjadikan kawasannya lebih lapang.
Juadah pada hari tersebut adalah lauk ikan patin masak tempoyak, ikan kerai sungai, ikan tilapia bakar dengan air asam dan budu, udang galah masak tempoyak dan kerabu kacang botol. Apabila hampir 40 oang telah berkumpul, majlis makan pun bermula. Majlis baru saja bermula, mak dan Kak Long pun tiba. Alhamdulillah. Dah nak patah tulang saya dan dah keras muka saya tersenyum pada hari itu! Ish, kalaulah saya ada adik-beradik perempuan yang lain, kan senang.
Banyak aksi dapat saya saksikan ketika kawan-kawan ayah dan anak isteri mereka sedang makan. Ada yang tidak pernah makan ikan patin hingga tiga pinggan penuh dia menambah. Ada yang tidak suka budu tetapi disebabkan ikan tilapia yang sedap, budu yang tidak digemari pun menjadi sangat sedap pada hari itu. Kelakar juga saya melihat aksi kawan-kawan ayah ini.
Tambah meriah apabila si kecil anak-anak mereka yang bersusah-payah mengupas kulit udang galah. Kata mereka, mereka belum pernah makan udang galah sungai yang sangat besar dan sedap. Oh, saya rasa beruntung menjadi budak kampung. Jangankan udang, mandi sungai pun adalah aktiviti saya di hujung minggu sewaktu kecil dahulu. Tapi bertemankan ayah dan adik-adiklah.
Solat Zohor hari itu, ayah dan kawan-kawannya berjemaah di ruang tamu bersama anak-anak mereka yang lelaki. Hampir 25 orang semuanya setelah saf diluruskan. Di dapur, terdengar suara Makcik Jah, kawan ayah sejak darjah 1 sehingga tamat tingkatan 5, berkata: Tu depa duk buat apa lagi tu. Dari tadi duk riuh nak semayang. Tu depa duk ingat zaman dalam surau kat hostel dulu la kot. Pecah hilai tawa kaum ibu di dapur.
Selepas solat zohor, bersambung pula dengan sesi makan durian. Semuanya berkumpul di ruang tamu rumah dan berkelah di bawah rimbunan pokok manggis di sebelah rumah. Berguni durian lesap sekelip mata. Teringat kata-kata Zharif, anak kepada Pakcik Faizal: Ada Durian? Wah! Bestnya! Saya bertanya: Zharif suka ke? Zharif membalas: Suka sangat tapi kat umah ayah jarang sangat beli. Kat rumah kita mahal sangat. Saya pun bertanya lagi: Rumah Zharif kat mana? Zharif menjawab: Kat Seri Damansara. Hanya ‘Oooo’ yang boleh saya balas semula. Maklum sajalah. Di Damansara, durian tak mungkin boleh diperolehi dengan harga yang murah. Lainlah kalau di pasar malam atau di pasar biasa. Petang itu, saya dapat lihat Zharif makan dengan banyaknya. Rezeki dia. Akhirnya dapat juga dia makan durian dengan sepuas-puasnya.
Sekitar jam empat, ayah dan kawan-kawannya mula bergerak menuju ke sungai, ke sangkar ikan patin dan tilapia milik Pakcik Syed, orang kampung saya yang terletak di bawah bukit rumah saya. Semua kawan-kawan ayah dan keluarga mereka mengambil peluang untuk turun ke sangkar ikan. Ayah turut menyewa bot andai ada antara mereka yang teringin untuk bersiar-siar menggunakan bot ke pulau di tengah lautan Sungai Pahang yang terbentang di bawah bukit rumah saya itu. Memang saya gembira melihat anak-anak kawan ayah saya yang masih kecil-kecil terlalu gembira kerana dapat melihat dan menyentuh air sungai dan dapat melihat proses menyiang ikan tilapia yang segar. Peluang ini tidak dilepaskan oleh mereka untuk bergambar dan bagi kaum ibu pula, mereka memborong ikan tilapia segar untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Semuanya telah jatuh cinta dengan rasa ikan tilapia bakar bercicahkan air asam dan budu.
Sekembali dari sungai, ada yang sudah mula hendak pulang. Kami semua berkumpul di halaman rumah. Sesi fotografi pula. Ucapan akhir dari ayah selaku tuan rumah gathering kali ini, ayah menyebut agar ukhwah mereka yang telah lama terjalin ini tidak hanya setakat mereka saja. Harapan mereka semua agar kami generasi anak-anak pula akan menyambung ukhwah mereka dan membina network sesama kami. Inysa Allah.
Sebelah petang itu, masih ada beberapa keluarga yang belum pulang. Antaranya keluarga Pakcik Taufiq, Pakcik Zaid, Pakcik Zairi dan Uncle Arju. Pakcik Zairi dan Zaid adalah kawan baik ayah. Hampir setiap hari mereka akan saling berhubungan. Tak sah kalau sehari ayah tidak menerima panggilan daripada Pakcik Zairi. Pakcik Zairi juga sangat mempercayai adik saya, Adnan, untuk membantunya dalam urusan kerjanya yang pastinya ada hubung kait dengan komputer dan perisian. Apa-apa sajalah mereka ini.
Lewat petang itu, kami menjamah keropok lekor goreng dan juga popia berintikan otak-otak. Lima sekawan yang masih tinggal tak henti-henti berborak sambil saling mengenakan di antara satu sama lain. Kadang-kala, ada lawak yang mereka buat, hanya mereka saja yang memahaminya. Oh, terasa betapa kukuhnya persahabatan mereka apabila mereka saling menceritakan kisah kawan yang seorang lagi ketika sekolah dahulu. Sekitar jam 7.10 malam, barulah rumah kembali kosong setelah Pakcik Zairi dan Zaid bertolak pulang.
Hari ini menjadi sejarah perjumpaan semula ex-SMSPP di luar Majlis Alumni.Hampir 47 orang semuanya yang berkumpul pada hari ini termasuk ahli keluarga masing-masing. Ayah juga kelihatan sangat gembira kerana hajatnya untuk menjemput kawan-kawannya datang menikmati makanan orang Pahang telah tercapai. Walaupun kami sekeluarga penat, namun rasa puas yang dirasai telah mengatasi segalanya.
Bagi saya sendiri, saya gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah yang lain selain Pakcik Zairi dan Zaid. Dan antara yang menjadi tumpuan saya pada hari itu adalah Azim, anak kawan ayah saya yang sangat comel. Umurnya 6 tahun tetapi sangat petah dan sopan.
Dan bagi emak saudara saya yang dapat melihat betapa meriahnya rumah saya pada hari tersebut, majlis itu ibarat majlis pameran kereta-kereta mewah! Mana tidaknya, setiap yang datang membawa kereta yang berjenama. Halaman rumah dan bukit rumah saya dipenuhi hampir 20 buah kereta tidak termasuk 2 buah kereta kami sendiri.
Kesimpulannya, 070707 memang penuh ria-ria. Bagi sesiapa yang teringin makan lauk-pauk orang Pahang, jemputlah ke rumah saya!
Hari buat dia:
30) Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati dan membuat persiapan untuk bertemu Allah. Sudah bersediakah kita?
Friday, July 06, 2007
Kabur
Assalamualaikum wbt
Sekadar corat-ceret ringkas. Kisah sepanjang cuti ini yang saya terpasang telinga menjadi pendengar yang tidak mengerti.
Kisah 1:
Kak Long: Mana Nana ni?
Saya: Nana tu sape?
Kak Long: Nana tu anak Mister la.
Saya: Abis tu Kajol tu yang mana pulak?
Aiman: Nana tu Kajol la.
Saya: ????????
Kisah 2:
Adi: Pagi tadi Dik Iman minum Nescafe, Ngah.
Saya: Ha?!! Awak kasi Iman minum Nescafe? Biar betul Adi.
Adi: Eh awak ni. Adi cakap pasal Adik Aiman. Bukan Baby Iman.
Saya: Isy....^*&^*&%&^^*(*&#%
Sekarang ini, Adik Aiman digelar Dik Iman. Dan Baby Iman Mak Tam pula digelar Dak Iman (singkatan perkatan budak). Macam-macam la. Kadang-kadang tu, banyak yang saya tak faham lawak yang dibuat oleh adik-adik saya terutamanya Nan dan Adi. Jagalah. Nanti bila saya dah pakar dengan semua lawak tu, saya kenakan diorang semula.
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia:
29) Hari ini hari Jumaat. Jom selawat banyak-banyak.
Thursday, July 05, 2007
Hari-hari yang Gembira
Assalamualaikum wbt
Seperti yang dijanjikan, entry kali ini hanyalah sekadar sambungan aktiviti kami berlima pada minggu lalu selepas menghadiri kenduri di rumah Kak Ani. Saya penat (baca: malas) untuk menulis panjang. Jadi gambar-gambar yang mogok pada minggu lalu saya sertakan untuk menceritakan semua yang kami lakukan di Bangi dan KL.
Boys in the pink! Ini gambar adik Kak Ani, Ajoi, dan kawan-kawannya. Yang berbaju putih dan oren itu bakal artis tau. Kumpulan nasyid Madani. Beruntung saya dapat bertemu mereka sebelum mereka popular nanti :)
Ini kami berlima berlima bersama Umi Ida. Turut serta adalah Nizam, ex-KISAS sebatch dengan saya yang bergelar pendebat UM sebelum dia bergelar pelajar UM. Dari kiri: Nizam, saya, Abg. Wan, Umi Ida, Kak Ani, Kak Zaha dan Khaliz.
Inilah destinasi kami seterusnya. Akhirnya kami end up di Bowling Centre, Midvalley. Inilah antara aksi Khaliz yang sempat saya klik-klik. Kenapa Da Builder? Oh, Khaliz dulu sangat ‘sihat’. Tapi sekarang sangat kurus!
Ini pula Abg. Wan. Kenapa RRR? Hehe. Tanyalah pada tuan badan ye!
Kak Ani nampak sempoi saja. Tapi jangan belittle her ok. Siap ada coach lagi tu! Kenapa Bandung? Kerana pada hari kenduri di rumahnya, Kak Anilah tokey Mi Bandung yang sangat sedap. Tapi saya tak dapat menjamahnya. Mi bandung kan ada daging. Jadi saya pandang dan bau sajalah. Tak silap saya, bermangkuk-mangkuk mi dijamah oleh Khaliz dan Abg. Wan!
Dan ini Kak Zaha. Katanya ini baru kali ketiga dia bermain bowling tapi boleh tahan juga Kak Zaha tau. Tambah-tambah pula bila Khaliz yang menjadi coach Kak Zaha. Ops. Tapi ada insiden yang tak berapa sedap pula yang terjadi. Hehe. Kak Zaha, bola tu golekkan ke depan ye. Bukan ke belakang :)
Mana gambar saya pula? Hihi. Tak payahlah. Score board ini dah menceritakan segalanya. *Sarah tersengih-sengih sorok muka* Ala. Ini sekadar main-main je. Rezeki hari tu agaknya. Dan untuk pengetahuan semua, ini pertama kali saya main bowling di Malaysia. Oh, saya bukanlah orang yang suka keluar rumah dan ke tempat-tempat seperti ini.
Inilah kami berlima. Cuba lihat diskriminasi mereka berempat terhadap saya. Mereka semua bertemakan hitam. Tapi tak mengapa. Terasa bagaikan puteri sekejap hari itu. Hihi. Dan pada hari itu, kami sempat menghubungi Naseem, rakan seperjuangan saya dan Khaliz, merangkap pembahas ketiga dan Pembahas Terbaik Peringkat Kebangsaan pada suatu masa dulu. Naseem juga pulang bercuti di Malaysia dan kini dia di rumahnya di Penang.
Hutang saya telah selesai. Nasib baik gambar-gambar ini sudah tidak mogok lagi. Bagus-bagus. *Senyum*
_____________________________________________________________________________________
Hari buat dia:
28) Hidup pandang ke hadapan, bukan ke belakang.













