Wednesday, October 31, 2007

Bila Hati Diubati

Assalamualaikum wbt

Sejak Ahad yang lalu saya hendak menulis tentang hati. Tetapi aturan kita tidak pernah sesempurna aturan Allah. Saya telah menempuh kesibukan yang tidak terbayangkan sepanjang hujung minggu yang lalu. Beberapa malam saya bersengkang mata bertemankan buku-buku dan yang lebih sadis, insomnia makin menggila. Tidak mengapalah. Allah tidak menguji kita jika kita tidak mampu dengan tribulasi yang didatangkanNya itu. Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sebelum mengupas soal hati, saya hendak berkongsi kegembiraan saya mendapat markah penuh (120/120) dalam Research Project on Public And Social Medicine (PSM). Saya telah memilih untuk membuat laporan berkenaan Pengurusan Jangkitan Influenza (Management of Influenza Infection). Laporan saya merangkumi cara mencegah (prevention), rawatan (treatment), fungsi ahli keluarga dalam memberikan sokongan dan motivasi (support and motivation from family members), masalah wanita dan kanak-kanak dalam dunia berkaitan Influenza (I make it on Pakistan's women and children's health problem) dan cara hidup sihat (healthy lifestyle). Kajian yang sangat berbaloi. Banyak masa saya terluang dan terbuang untuk menyiapkannya. Dan ketika diviva oleh pensyarah, Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sangat lancar.

Kembali kepada topik. Hati. Hampir 5 malam tiada istilah tidur yang sempurna untuk saya. Dan dalam pada itulah saya banyak bermonolog ketika diri sedang sibuk dengan nota-nota di keliling badan. Kadang-kadang diluar sedar, hati kita memang bermasalah. Bukannya kerana infeksi atau bengkak kerana komplikasi kesihatan tetapi masalah jiwa yang semakin berkarat. Banyak teori yang boleh kita baca untuk menyucikan hati. Teori teori teori. Tapi di mana aplikasinya? Tidak terlalu melampau jika saya katakan ramai orang yang berdekah-dekah kuatnya bercakap tentang konsep penyucian hati dan tazkiyyatun nafs (penyucian jiwa) dan segala macam yang lain sedangkan mereka sendiri terlibat dengan seribu satu bentuk masalah yang melibatkan hati.

Saya teringat pesan emak. Emak memang sejak dulu selalu mengingatkan supaya saya banyak berzikir. Dan saya 100% bersetuju, zikir membawa ketenangan, memberi rehat dan merawat hati. Dengan zikir, kita tidak perlukan percutian ke Sydney mahupun Mauritius untuk mencari ketenangan. Berteleku sebentar, kesan jejak hati, di mana salah silap dan beristighfarlah. Erti berzikir itu bukan sekadar berselawat memuji Rasul Junjungan. Inilah silapnya mentaliti Melayu-Muslim. Zikir adalah selawat. Selawat adalah zikir. Itu salah.

Zikir adalah implimentasi kita untuk mengingati Allah. Dalam cubaan yang bagaimanapun. Ada yang bertafakur, ada yang bermunajat, ada yang solat dan mengaji dan ada yang menangis menyesali diri. Ini semua cabang zikrullah yang boleh menyucikan hati. Jangan kecilkan skop berzikir itu dengan merasakan tempatnya adalah spesifik di atas sejadah. Bajunya adalah telekung dan pakaian solat yang sempurna. Duduknya pula perlu bersila. Jarinya pula perlu diulit butir-butir tasbih. Bukan. Bukan begitu.

Secara peribadi, saya akui dengan bersendirian di waktu malam, bertafakur, muhasabah semula diri dan dilengkapi dengan solat sebelum tidur adalah zikir terbaik untuk mengecaj hati. Mengecaj semagat, kekuatan, ketenangan, kesegaran dan yang paling utama, hati terasa kuat dan dekat dengan Allah. Ego hilang. Tutur bahasa lembut. Diri semakin rajin dan banyak lagi tanda positif yang boleh saya kesan terbit dari kesan zikir ini. Mungkin ada yang tidak percaya. Buatlah dulu dan alami sendiri keajaiban zikir. Ketenangannya buat saya rasa tidak tidur berbulan pun tidak mengapa. Metafora sunguh bunyinya. Ingat, kita juga ada tanggung jawab pada jasad fizikal. Badan kita masih perlukan rehat yang nyata. Jangan jadi macam saya. Sanggup kurangkan rehat untuk bangun mengemaskinikan blog (aduh).

Hampir 5 malam tidur saya tidak terurus, sudah pasti air muka pun terasa tempiasnya. Jika setakat hendak bergantung pada krim pelembap, penyegar dan segalam macam produk kecantikan lagi, jangan haraplah kita dapat kembalikan seri wajah. Seri wajah datangnya dari hati yang segar bersih. Hati yang segar bersih lahir dari jiwa yang tahu untuk menyucikannya. Jiwa yang tahu itu datang dari akal yang diguna dengan sebaiknya. Dan akal yang baik itu datang dari iman yang terpasak dalam dada.

Hati kita perlukan sumber kekuatan. Carilah sumber itu supaya kita tahu di mana untuk memujuk hati andai tribulasi datang lagi.

__________________________________________________________

Hari buat dia:

63) Wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, atas ketaatan kepada-Mu dan atas jihad pada jalan-Mu.

Tuesday, October 30, 2007

Layang-layang Terbang

Bila cahaya di ufuk sujud
Bayang-bayang pun sibuk
Mengelam-ngelamkan diri
Katanya perlu lari
Untuk bertemu pencipta abadi
Khalwat di malam hari
Agar lebih suci hati.

Bila sah bayang-bayang lenyap
Aku mampir diri pada bulan
Mahu cari juga
Bayang-bayang yang aku kerinduan
Aku terpukul dengan dombaannya
Yang setia mencari Khaliq-Nya
Walau aku tahu
Bayang-bayangku itu
Sayang akan badannya.

Bulan berbisik
Carilah diri dalam tangisan
Di situ akan ku jumpa letaknya erti hamba dan keikhlasan
Dan akan terzahir erti menjadi insan.

Pesan bulan lagi
Jangan ego menjadi seorang tuan
Sungguhpun hanya pada si bayang-bayang
Hamba hitam milik badan
Carilah diri dalam tangisan
Kerana di situ juga
Akan ku temui erti keinsafan.

Aku tunduk
Malu aku pada bulan
Rupa tidak seindah cahaya
Tapi kenal erti sebuah jiwa
Yang menuntut sebuah ketulusan
Dan juga pengabdian.

Cahaya di ufuk kembali mendatang
Bayang-bayang berlari perlahan
Menyantum jiwa memberi separuh kekuatan
Aku lihat bayang-bayang masih begitu
Sepicing tidak berubah
Masih hamba hitam yang setia denganku.

Dan kini aku malu
Aku hamba dina pada Dia yang satu
Tapi aku bukan bayang-bayang
Aku ini layang-layang!

Layang-layang yang bukan burung untuk mengerti fitrah pulang petang
Layang-layang yang jauh terbang
Layang-layang yang perlu belajar mencari sarang.

Carikan aku sepasang tangan
Yang boleh melayangkan aku
Dengan penuh keadilan.

Ya Tuhan
Tunjukkan aku jalan
Untukku akur fitrah layang-layang terbang
Yang punya sarang untuk pulang.

Nota: Salam buat semua. Hanya sekadar intro untuk entry berikutnya :) Semoga kita semua diberikan kekuatan.


Untuk adikku Adnan, selamat bercuti-cuti Malaysia di Langkawi :)

Friday, October 26, 2007

Tentang Cinta

Assalamualaikum wbt

Dua hari yang lepas saya ke bilik Farah, rakan sekumpulan di sini. Sudah lama kami tidak meluangkan masa bersama walaupun kami sekumpulan. Di luar dari kelas, kami masing-masing mempunyai hidup yang tersendiri. Sekali-sekala dapat berbual kosong, macam-macam yang kami kongsikan. Untuk pengetahuan semua, Farah merupakan satu-satunya rakan perempuan berbangsa Melayu dalam sekumpulan saya. Nama kami yang mirip selalu disalah panggil oleh cikgu-cikgu.

Kami bercerita tentang perkembangan terkini. Semasa dan peribadi. Seronok mendengar cerita-cerita Farah. Jauh lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan saya yang boleh saya katakan dalam kategori biasa saja.

Dalam kami bercerita, timbul isu 'jatuh cinta'. Farah mengemukakan pendapatnya. Katanya, orang yang sedang bercinta wajib tahu membezakan hatinya. Telah jatuh cinta kerana kerana benar-benar rasakan tarikan yang ada atau hanya sukakan idea yang dirinya bergandingan dengan pasangannya itu dan dilihat oleh orang lain sebagai sangat sepadan.

Walaupun pada masa itu saya hanya mendengar buah fikiran Farah tentang hal ini, tetapi apabila pulang ke rumah, saya berfikir tentangnya dan saya bersetuju dengan pendapatnya itu. Bagi mereka yang merasakan sedang berada dalam satu fasa peralihan dan perubahan hati, mereka perlu tahu di mana letak duduknya hati mereka. Apakah benar mereka rasakan tarikan terhadap pasangan mereka. Wujudkah rasa rindu. Timbulkah rasa prihatin dan ambil berat. Tenangkah rasa hati apabila berbual. Semakin hari semakin sayang atau sebaliknya. Ini antara persoalan yang boleh membantu untuk kita menilai di manakah diri dan hati kita dalam perasaan yang ada itu.

Bagi sesetengah orang pula, fasa perubahan hati ini mungkin berlaku kerana didorong oleh faktor sekeliling. Contohnya, dalam komuniti kehidupan di tempat mereka, si gadis terkenal dengan kecantikan. Makanya, si lelaki yang kacak ini telah berjaya merebut hatinya dan di situ bermulanya perhubungan mereka. Sungguhpun tarikan hati seperti yang diterangkan dalam persoalan-persoalan di atas tadi tidak timbul di antara mereka, mereka tetap kekal bersama kerana mereka sukakan idea apabila orang sekeliling melihat mereka kelihatan cocok bersama. Cintakah ini? Sejujurnya, saya tidak rasakan hubungan yang sebegini akan membawa faedah.

Cinta itu untuk kita kongsikan rasa yang ada. Bukan pada fizikalnya saja tapi yang datang tulus dari hati. Cinta itu bukan sesuatu yang dapat kita tafsir dalam sekelip mata. Kadang-kala ada yang sampai bertahun-tahun baru dapat rasakan kewujudan cinta yang sebenarnya hanya di depan mata. Ada juga cinta yang datang sekelip mata. Mungkin kejujuran yang tinggi saja dapat membantu terbentuknya cinta dalam masa yang singkat ini.

Bila menyebut tentang cinta, saya terfikirkan pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang menuntut seseorang menjadi setia. Cinta juga kadang-kala menuntut pengorbanan wang. Tapi bak kata seorang kawan, berhabis duit untuk pelaburan masa hadapan, apalah salahnya kerana masa depan itu adalah masa depan bersama. Cinta juga menuntut seseorang menjadi diri sendiri. Percayalah. Kalau bercinta tetapi kita tidak menjadi diri sendiri, kita adalah pelakon dalam drama cinta kita itu. Dan yang dikatakan cinta itu, tidak jujur sebenarnya.

Cinta yang jujur adalah yang datang dari hati. Diucap payah, tapi sangat dimengerti. Diluah susah, tapi sangat dihargai. Siapa kata cinta senang datang dan pergi. Cinta itu menuntut pengertian dan tanggungjawab. Cinta itu akan lebih bermakna jika batas-batas insani dipelihara dengan sebaiknya. Supaya cinta yang dibaja itu benar-benar membawa makna untuk dua hati yang sedang punya rasa yang sama. Saya jarang menyuarakan pendapat saya tentang cinta. Tetapi inilah pendapat jujur saya dalam hal ini. Jangan pandang pada ideanya saja, tapi carilah tarikan yang mengikat dua jiwa.

Agama tidak melarang hati kita bercinta. Tapi ingat, cinta pada yang Hak adalah dengan meletakkan haknya di tempat yang utama.

Buat Farah: Semoga awak faham dengan perjalanan hati awak dan kepastian yang dicari-cari akan ditemui.

Nota: Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia. Kamu semua bagaimana? Sudah bertemu dengan yang dicintai? *senyum*

__________________________________________________________

Hari buat dia:

62) "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" - Hamka

Thursday, October 25, 2007

Dependently Independence

Assalamualaikum wbt

Since a few days back, I was like badly wanted to update this blog but eventually my laptop broke down. And this time, it was the second time my lappy seemed hating me so much. And this time, worse came to worst, it didn't work at all. As usual I have this super duper intelligent ICT guy, my brother Adnan. I called him when it was almost 1 am in Malaysia and luckily he hadn't hit bed yet.

After discussing this and that, I found out (actually he was the one who found out), that everything was because of virus! Ya rabbi. I really need my lappy for my study (really really really need it) and personal daily stuffs. I have to submit 1 research report and 1 case history by next week. Farhan (my junior) tried to format it for me but thing just didn't work well. He couldn't and the same happened to the IT sifu here, Hazwan.

I asked Nan's help to tell Emak and Ayah about this. And the next morning I texted Emak about it myself. In the afternoon, Emak replied me (after she finished her class) letting me know that Ayah already banked-in the money for me. Alhamdulillah! Thank you Emak. Thank you Ayah (eventhough my money is actually more than enough to get me a new one). But the problem was, I had no time to go and survey for the new laptop. My class that day (Tuesday) was supposed to finish at 8 pm but Alhamdulillah my lacturer ended it earlier. I rushed back home. I managed to save some times talking to my best cousin on the phone (Nisa - she's now in UIA Kuantan Campus, doing medicine as well). I haven't talked to her for almost 2 months. We both busy with our own lives (sigh). After Maghrib, I collected some of my notes, metro touch-n-go card and bus pass, stumbled everything in my bag and rushed to a well known electrical center here, Novi Cheremushky Complex. On my way to get there, I realized how empty my stomach was and how starving I was at that very second. It was my turn to cook at home that day. I cooked everything during the noon but what I cooked was black pepper beef with fried tomyam-ed cabbagge. And poor me, I am allergic to red meats, either beef or mutton. So the dishes were totally for my housemates (KS sayang you all tau).

In Novi Cheremushky Complex, I started to walk around and whenever I stopped at 1 shop, 1 hand went flipping the catalogues while another hand was holding the phone talking to Nan, getting his free consultation. At first, ACER was the only brand that I thought would suit my budget but you know what, I found out ACER's price here is about twice compared to the market in Malaysia. Sigh. Nan suggested me to buy IBM LeNovo, the latest and the best product of IBM that Nan loves so much. I stopped at 1 booth there surfing the net to get the location of IBM Center in Novy Cheremushky Complex. I found nothing. Even there's no IBM dealer in that complex. I walked and usha-ing around and finally I found this 1 shop called Start Master. The price is very reasonable. Plus the theme of the shop is Orange. Very the vogue one. After getting some advices from Nan and negotiating with the salesman, I finally brought home ASUS F3J Series Centrino Core Duo 2 Window Vista Home Basic Edition which initially I didn't plan to but it yet, just to survey and compare the prices. Thinking of the time, I know I wouldn't have any other time to come here again within this short period. So, I just grabbed it.


And at the end of the day, I puased. I just realized that the only thing managed to pass through my esophagus that day was only 3 quater of a sliced bread. That's why I couldn't resist myself to serve something yummy for the dinner yesterday (Wednesday) since Wanie couldn't reach home on time to cook.

Thank you Emak, Ayah for the money. Love you both so much much much. My dearly bankers. I bet that Emak and Ayah are laughing reading this entry, to know how determine your Angah was to get the new lappy and to settle her problem on her own (kononnya). Many thanks Emak, Ayah. Many many thanks.

Sometimes, I always think that I can stand on my own, walk on my way, run on my track, smile on my willing and cry for my satisfaction, but things do not always come to us the way we wanted them to be. We do need someone to be by our side. To Emak and Ayah, thank you very much for raising me up to be a full-spirited young lady. Ayah, I still keep your SMS saying that: I know I can rely on you (sent on my 20th birthday, 2005). How independent I always to your eyes, I am still dependent on you both at times.

There it goes. Family is always the priority. Then come your special one or friends :)

Note: My previous laptop was a gift from my Ayah when I was doing my preparation in UITM Shah Alam. Within these 4 years, I took care of it like my honey you know. Even my Emak once offered me to change it with a new one (when it showed some symptoms of breaking down) but I refused because I love it so big much. And now it was totally not working. Not even could be switched on. So, unwillingly have to get this one a change :(


__________________________________________________________

Hari buat dia:

61) "Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" - Saidina Ali Karamallahu Wajhah.

Sunday, October 21, 2007

Where Is My World?

Assalamualaikum wbt

I am having a chronic attention deficit problem.
And I have no place to run to.
And I have no one to turn to.
And I have bundles of works to be done.
And I can't force myself to be at all of them at once.
Where is the old Sarah?
The one whose enthusiastically lives her life with Que Sera Sera?
People, pray for me.
My brain is shutting down slowly.
My world is fading away quietly.
My world... Where is my world???

"Wahai Tuhanku,
tiada yang senang melainkan yang telah Engkau jadikan senang,
dan kalaulah Kau datangkan kesusahan,
maka Kau senangkanlah semula Wahai Tuhan sekelian alam.
Wahai pendidik Adam,
maka Kau didiklah pula kami.
Wahai sumber kefahaman Sulaiman,
maka Kau fahamkanlah pula kami.
Wahai penganugerah hikmah cerdik pandai kepada Luqman,
maka ke atas kami Kau anugerahkanlah hikmah kembali."

Saturday, October 20, 2007

They Listen Earnestly


They listened earnestly
Originally uploaded by troy16
Assalamualaikum wbt

I feel like writing about my ayah. The one and only sweetest ayah of mine. I adore his friendship with his fellow friends back in Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (now known as Sekolah Menengah Sains Tun Shed Sheikh Shahabuddin). The last time they had their reunion of their batch at my place in Temerloh, I treasured the meaning of friendship which runs through thick and thin. True friends are hardly found. True friends will never fade away. They listen to you earnestly. That's what true friends are for.

May Allah bless their friendship here and hereafter. May Allah grant them najah in life, saadah in soul and jannah in afterlife.

I love you Ayah.

(Pictures: During their reunion at my place on 070707. Courtesy to Uncle Wan)

And I have this good true friend of mine whom I have known for barely 6 years. Who cares after me. Who I trust 200%. Who I can freely advise, get mad of and vice versa he does the same on me. The one who I respect and regard as my dearest big brother. May Allah bless him forever. I mean it Abang Khairil! (Dia tak bagi popularkan dia, tapi saya tak kira. Jahatnya saya! Tu lah. Buat lagi muka clown. At least not in that cheap Friedster, right?)

Thursday, October 18, 2007

The Open Houses And Special Appearances

Assalamualaikum wbt

For the 1st day raya story, click here.

Here is the story of the 2nd dan 3rd days of raya plus the open houses that I attended.

On the 1st day, after solat raya and simple ceremony in embassy, we all followed Uncle Zul and Faiz went back to their hotel. We ate, chatted and did sloppy silly activities before going back to our house. Reaching our home sweet home when it's almost 6pm and around 8.30pm, I went to the 1st open house of the day. It was at the 202 girls' place. So called as Anna's room.

At the moment me, Wanie and Fareena attended the open house, the rest of my housemates (Emy, Fatt and Diba) were cooking the last dish for their group's open house join-ventured with Mily's. Straight away from Anna's room, me and Fareena joined the rest of them in Mily's room. The food was superb. Nasi minyak completed with the cookies, cakes and yummy home made lemon tea. I joined the juniors chatting, playing quizzes, telling some jokes and horror stories till midnight. They are the great companions of mine here in Moscow. And the worst part was they discovered my weakness that night! Eversince then, whenever I meet Afi or Aidi, they will imitate me. Yerr... Unfortunately, no one brought along camera to Mily's room that night. So no picture for this open house. Sorry Mily.

The next day, a few friends came to my house including KA (Ku Ammar) and KI (Khairil Idham) (Rynak surely got mad :p). We housemates served the guests with cookies only since we didn't cook any special meal for that day. Eventually, in the afternoon (after Zuhur), I had a small but nice open house of group 4,5 and 6 (all JPA and MARA scholars of my batch). Faisal's lontong was superbly done! And I could swallow it! (because I couldn't eat Wanie's lontong the day before. My throat was still inflamed). The funniest part was when Davina intended to eat serawa telur (Farah's menu) together with nasi himpit and kuah kacang. Faisal realized it and shouted out loud to Davina not to spoil the taste of the serawa with her weird style. And the crowd laughed. After eating must be the photography session. Here's the picture of the whole JPA scholars of my batch in Moscow Medical Academy (MMA) but Malays only (not in the pic: Thines, Davina and Wendy).

The next destination was The Malaysian Embassy. We reached there at 4.30pm and the crowd wasn't like what we expected. The open house was held for all Malaysians; Muslims and Non-Muslims. I didn't enjoy the function as I mentioned before that I hate to be in the crowd. We went back at 6pm.

After the embassy, the next open house was at Afifah's (Pip) room. It was like a welcoming ceremony for the newcomers of the Selangor State Government's scholars. I didn't go because I wasn't feeling good at that time. Maybe because of the cold whether outside. So after the Maghrib, I took a small nap while waiting for Isha' on sejadah! Was so tired. And around 11pm, I started preparing the kuah kacang for my hostel's open house the next day. It's 9 kg man! Here's the picture in Pip's room.

Multiracial-all-together picture of them. So happening. We all here are so close among Malaysians regardless of religion and race. The picture below is Ammar and the girls. What were they listening to Ammar? Ammar, what's the Moscow's latest gossip, huh?

The next day was the last open house which I attended. The Spartiv's open house. The guests were from all over Moscow. Basically the students. Don't want to say more. Since Eza, Fiza and Baiz came to my room that day, I promise to upload their photos in this special entry.

The one in blue is Eza and next to her is Fiza. They both were my former roommates back in Pushkin Hostel when I was in the 1st year. And they both now are staying in Kahov Hostel.

And this is Baiz. My buddy. If she comes to my place, she knows how to make herself at home. Even she cooks for herself. Right Baiz?

The 2nd year students who came all the way from Kahov Hostel. If I'm not mistaken, some of them came from Moscow Aviation Institute (MAI). Among them all, I knew only a few: Arif (in black), Munir (in green) and Zul (in white t-shirt with glasses at the back).

And these are the special appearance of Raimi, Hazreen, Azri and Afiq Awe. They all came from RSMU Hostel in Volgina Street. Raimi, this I promised you! And to Hazreen and Awe, thanks for your visits to my blog. And Azri was my enemy in debate during school time. And here we meet again. Anyway, they are all my juniors, the 4th year students.


And this is the special appearance of Mr. Hannan. My blogging buddy in Moscow. Hannan, did you know that I started blogging after sometimes being a stalker on your blog? This is the fact. So if you claimed that I'm a 'tegar' blogger, so you are the sifu! Sorry Hannan. The one in my collection isn't good enough. Blurrrrrr. Anyway, thanks to Puyi for the shot.

And the last picture is the special appearance of Nabil (on my right) and Ikhwan (on my left). I like them both. My juniors here (Ikhwan in MMA and Nabil in RSMU). The 3rd year students. Nabil is so kindhearted. And I like this fact. That's why I address him as Nabil Budak Baik. I still remember the incident in the flight. Thank you Nabil. KS will always remember it. Ikhwan is so helpful. So smart in study and so cool, too. And that's why I saved his name as Iku the rajin-est in my phone and YM. Accidentally, the 4 of us (me, Hannan, Nabil and Ikhwan) were all in green that day.

To all mentioned names, thank you so very much for being a part of my life here in Moscow. To all my colleagues in Moscow, thank you very much too. May I have another chance to write a credit for all of you, too.

To WaHi: Thanks for the long distance call. Never expected to receive your call, seriously.

To my blogger friends: Thanks for the raya ecard. So sweet of you all.


Wednesday, October 17, 2007

May He Rest In Peace

Assalamualaikum wbt

I called my Mak and she informed me everything went well back home. Tok was so strong during the funeral except during the talkin recitation, when Chik's names was named after hers. Tears all around.

Insya Allah there will be 3 nights of 3 Quls and Yaasin recitation in my Tok's house. And on October 29th, Tok will hold a Kenduri Arwah for both her son and late husband (my Tok Abah) (in memory of Tok Abah's DOD, October 29th 1990).

Chik's was placed next to Tok Abah's. The whole family gathered in Lebak except me (Moscow, Russian Federation), Anuar (New South Wales, Australia) and Firdaus (Nagoya, Japan).

May they both rest in peace. Al-Fatihah...

Monday, October 15, 2007

Semoga Chik Dirahmati Allah...

Assalamualaikum wbt

Saya ada seorang ayah saudara yang masih bujang. Muhammad Faizal Kamaruddin namanya. Adik bongsu kepada emak saya. Kami anak-anak saudaranya memanggilnya Chik Joe. Dan dia pula lebih dikenali dikalangan kawan-kawannya dengan nama Joe Labi. Chik satu masa dulu pernah terpilih menjadi peserta rancangan Mencari Cinta, program realiti TV di TV3.

Chik berumur 34 tahun. Seorang Chef dan masih belum berkahwin. Chik juga mempunyai perniagaannya sendiri. Boleh dikatakan, dialah ayah saudara yang paling sporting kerana sangat memahami jiwa kami anak-anak saudaranya yang muda belia ini.

Saya teringat sewaktu di tahun pertama di sini, sebelum balik, Chik memesan menyuruh saya membawa balik sehelai bendera Russia. Tapi sehingga ke hari ini, saya masih belum menunaikan hajatnya yang satu ini.

Ketika balik bercuti di Malaysia pada bulan Julai dan Ogos yang lalu, Chik ada melihat koleksi gambar-gambar saya di laptop saya. Dia terpandangkan topi perang Russia yang unik. Sejak dari itu, berkali-kali Chik mengingatkan saya untuk mengeposkan topi perang itu dan kos pembelian dan pengeposannya akan Chik tanggung. Tapi, hingga ke hari ini, saya masih belum punya masa untuk mencarikan topi itu di Arbat Street atau di Ismailovsky Park. Satu-satunya hajat Chik yang tidak pernah saya kecewakan ialah membawa pulang botol-botol unik yang boleh saya dapati di Moscow. Contohnya botol Coca-cola berukir dan bercorak dan botol 7-Up berwarna hijau berjalur jingga.

Sewaktu Chik kecil, Chik pernah terkena jangkitan streptokokal (streptococcal infection). Disebabkan rheumatic fever itu, komplikasinya adalah masalah injap jantung (Mitral valve stenosis). Ketika Chik berusia 20-an, Chik telah melalui satu pembedahan untuk menukar injap jantungnya kepada injap mekanikal. Jika berada berhampiran dengan Chik, pasti akan kedengaran tik-tak tik-tak bunyi injap itu yang seakan-akan bunyi bom masa. Namun, Chik tetap aktif dalam hidupnya. Dia aktif dengan ekspidisi ke Taman Negara, terlibat dalam pelbagai konvoi dan bermacam-macam lagi. Katanya, rugi jika orang muda tapi tidak bersemangat.

Sewaktu di Malaysia 2 bulan yang lalu, saya sempat menemankan Chik ke Institut Jantung Negara (IJN). Saya menemankannya ke sana pun setelah dipujuk oleh Chik kerana dia risau tidak larat memandu dalam perjalanan pulang ke Temerloh. Dalam perjalanan pulang, kami singgah solat Zohor/Asar dan makan di Coffee Break di Stesyen Minyak Petronas di tengah-tengah lebuhraya KL-Temerloh. Sambil makan, kami bercerita tentang isu perkahwinan. Kata Chik, dia sudah tidak rasa hendak berkahwin pun. Tambah Chik, kalau orang yang sudah berkahwin, di akhirat nanti dia bersama-sama semula dengan isterinya. Chik kata, jika dia tidak berkahwin, nanti di akhirat dia akan ditemani oleh bidadari. Tergelak-gelak saya mendengar hujah Chik itu.

Chik merupakan antara pelawat setia blog saya. Seperti yang kamu semua dapat lihat, di chatbox saya itu masih jelas kelihatan nama Joe Labi mengucapkan salam raya buat anak saudaranya ini. Dan salam rayanya itu masih belum sempat saya balas lagi di chatbox itu. Sewaktu kami ke pasar bersama-sama sewaktu saya di Malaysia dulu, Chik meminta agar saya buatkan satu dedikasi khas sempena ulang tahunnya yang ke-34 pada bulan November ini. Itulah niat saya. Apabila tiba tarikhnya, saya teringin hendak menunaikan permintaan Chik itu.

Pada hari Jumaat yang lalu (hari raya pertama), setelah terlihatkan mesej yang Chik tinggalkan di chatbox saya di sebelah ini, buat saya rasa rindu sangat padanya. Saya berniat akan menelefonnya pada hari pertama raya di Malaysia (Sabtu). Tapi pada hari Sabtu itu, talian penggunaan IDD card tidah dapat dihubungi. Mungkin sedang sibuk digunakan oleh ramai orang. Maklum sajalah. Semua pun ingin menghubungi keluarga di tanah air. Saya pun menelefon keluarga saya dengan talian terus menggunakan telefon bimbit. Bagaikan air mengalir kredit saya berkurangan. Tapi saya tidak kisah. Asalkan dapat bercakap dengan emak, ayah dan adik beradik pada hari itu.

Pada keesokan harinya (semalam), saya hanya dapat menggunakan talian IDD sekejap saja. Itupun hanya sempat bercakap dengan ayah dan tok saya yang semuanya beraya di Sungai Petani pada tahun ini (ayah balik ke Sungai Petani, bukan ke Kepala Batas pada tahun ini). Selepas seketika, talian terputus. Jadi saya nekad untuk menghubungi rumah Tok di Pahang menggunakan panggilan terus daripada telefon bimbit saja. Dengan 133 ruble kredit yang saya ada, saya sempat bercakap selama lebih kurang 15 minit bersama Tok, Mak Andak, Rifqa, Hidayah dan Linda. Chik tiada di rumah pada waktu itu. Barangkali dia tidur di rumahnya di bandar. Panggilan terputus kerana kredit saya telah pun habis. Lagi sekali saya berniat, mahu tidak mahu, pulang dari kelas pada hari ini, saya wajib menelefon Chik.

Tetapi, sebaik tiba di kelas, saya mencari beg duit saya. Tiada. Saya sangat risau kalau-kalau ada penyeluk saku. Kredit saya hanya tinggal 7 ruble. Saya menhantar mesej kepada Emy dan Fareena untuk minta tengok-tengokkan di atas katil saya jika saya tertinggalnya di rumah. Alhamdulillah. Respon dari Emy positif. Beg duit saya ada di atas katil dan duit semuanya ada. Tapi rasa geram pun ada kerana saya tidak dapat terus men-top-up telefon saya kerana saya tidak mempunyai sesen pun di dalam tangan sewaktu dalam perjalanan balik dari kelas. Dan bertambah geram kerana saya perlu pulang ke rumah terlabih dahulu sebelum saya ke klinik untuk temujanji dengan doktor berkaitan sakit saya ini.

Sebaik sampai di rumah, saya lihat Amirul sepupu saya berkali-kali mem-buzz saya di YM. Setelah membaca pesanan yang ditinggalkannya, air mata saya laju mengalir. Pesanannya ringkas. Katanya: BUZZ!! BUZZ!! Ngangah, reply Mirul cepat. Chik meninggal dunia petang tadi. Kemalangan di Negeri Sembilan. Sekarang jenazah Chik di Hospital Jempol. Saya terkejut. Untuk memastikan apa yang dikatakannya, saya mendengar pula voice message yang ditinggalkanya.

Terasa nafas saya terhenti. Hanya innalillahi wainna ilaihi raaji'un yang mampu saya luahkan. Selebihnya, hanya air mata saya yang laju mengalir. Saya membuka winter coat dan terduduk sebentar di birai katil. Dalam hati, terasa terkilan yang amat sangat.

Terkilan kerana niat saya yang tersangat ingin menghubungi Chik selepas pulang dari kelas disudahi dengan berita mengejut ini. Terkilan kerana tidak sempat bermaafan dengan Chik lagi sempena raya kali ini. Terkilan kerana tidak sempat membelikan bendera Russia dan topi perang yang dipesannya itu. Terkilan kerana dedikasi ulang tahun buatnya tinggal kurang sebulan dari hari ini. Terkilan kerana pada 8 Oktober yang lalu, Chik ada misscalled saya, tapi saya tidak balas kerana pada waktu itu saya sedang tidur.

Saya menghubungi keluarga di Temerloh. Adik-adik saudara saya semuanya masih dalam keadaan terkejut. Lebih-lebih lagi Hidayah. Saya faham kenapa. Dan saya juga rasa terkilan disebabkan hal itu. Setelah mendapatkan sedikit maklumat daripada adik saudara saya, saya bergegas pula ke klinik. Fareena menemankan saya kerana saya tidak kuat untuk ke sana sendirian. Dalam perjalanan pergi, dengan butir-butir salji yang berguguran, air mata saya turut berguguran. Hanya Fareena yang tahu betapa terkilannya saya. Dalam perjalanan pulang pula, tiba-tiba saya baru teringatkan mimpi saya dua malam yang lalu.

Memang sewaktu saya di KISAS dulu, Chik selalu datang menjenguk saya di Klang kerana rumahnya di Shah Alam pada waktu itu. Dan jika dia berjaya memujuk warden, Chik akan membawa saya pulang ke Seri Kembangan, rumah Ayah Long saya, abang kepada Chik. Dalam mimpi saya dua malam yang lalu, Chik datang melawat saya di KISAS. Tapi kata Chik, kali ini dia tidak dapat membawa saya ke rumah Ayah Long pada hujung minggu itu kerana dia perlu ke satu tempat yang jauh. Saya kata tidak mengapalah. Saya boleh bersama-sama dengan kawan-kawan saya di hostel saja. Ya. Itulah mimpi saya. Kenapa saya tidak sedar?!!

Rupanya, itulah petunjuk yang Allah ingin berikan kepada saya. Saya terkilan. Sungguh sangat terkilan. Saya tersangat ingin menelefon Chik sebaik pulang dari kelas petang tadi. Saya tersangat ingin bercakap dengan Chik dan meminta maaf kerana bermasam muka dengannya atas satu insiden ketika di Malaysia dulu. Saya tersangat ingin mendengar Chik melawak dengan saya seperti dulu. Saya tersangat ingin mengejeknya dengan gelaran Chik Joe rambut kerinting. Dan di saat saya menulis entri ini, saya sempat melihat senarai misscall di telefon bimbit saya yang masih tercatat nama Cik Joe Labi - misscall on 08-10-2007.

Chik, maafkan Ngah. Maafkan Ngah sebab tak sempat nak memenuhi hajat Chik. Maafkan Ngah kerana tak sempat menelefon Chik. Maafkan Ngah kerana tak sempat beraya dengan Chik. Maafkan Ngah.

Jenazah Chik hanya akan dibenarkan untuk dibawa pulang ke Temerloh pada pukul 10 pagi esok. Semoga urusan pengkebumian berjalan lancar. Semoga roh Chik ditempakan bersama-sama roh-roh orang yang soleh. Semoga Chik dirahmati Allah...

Chik, Ngah sayang Chik. Maafkan Ngah, Chik... Al-Fatihah...

Chik bersama anak-anak saudara perempuannya pada raya tahun lalu di Temerloh

Saturday, October 13, 2007

Ceritera Raya Di Moscow 2007/1428H

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua.

Ramadhan berlalu membawa seribu kenangan dan keinsafan. Bulan yang sepatutnya kita jadikan sebagai madrasah terbaik untuk membersihkan hati dan jiwa kini diganti oleh Syawal. Sejauh manakah tazkiyyatun nafs berjaya kita perolehi? Semakin tenangkah diri kita? Semakin tenteramkah hati kita? Dan Syawal yang datang terasa awal. Kerana indahnya beribadah di malam-malam Ramadhan masih belum puas dirasakan. Walau apapun yang dirasa, sebenarnya hakikat 1 Syawal juga boleh membawa keinsafan andai dihayati dan disambut dengan seadanya.

Entri sempena sambutan raya saya di Moscow buat kali ke-5 ini saya kira agak panjang. Saya sertakan gambar-gambar untuk saya kongsikan suasana dan kemeriahan kami semua di sini walaupun kami jauh di perantauan. Apatah lagi kemeriahan aidilfitri di tanah air. Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Pada malam ke 29 Ramadhan (Rabu malam Khamis), kumpulan tadarus kami mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama-sama dan sedikit jamuan ringan. Semoga Al-Quran bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi menjadi amalan harian kita semua. Pada hari terakhir Ramadhan, seperti yang dijanjikan, kami berbuka bersama Faiz di Arbat Street (tempat kali pertama kami semua bertemu dulu). Lebih meriah, Faiz membawa bersama 2 orang pegawai Angkasa (Kak Zahira) dan Nuklear (Kak Hazfa).

Lebih memeranjatkan kami, ibu kepada Sheikh, Auntie Zuraidah, dan abangnya, Sheikh Ahmad Shukor, turut serta bersama kami. Suasana sangat meriah kerana keramahan mereka membuat kami terasa dekat dan sangat senang sekali. Di malam raya itu, kami sebilik bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah; kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, 2 jenis kuih raya, ketupat dan lemang segara. Dan di pagi raya, inilah wajah-wajah gembira kami usai solat raya di Kedutaan Besar Malaysia.

Raya kali ini sangat meriah. Moscow dibanjiri oleh pihak media yang membuat liputan keberangkatan angkasawan pertama negara dan juga para saintis yang menjayakan program ini. Kami juga sempat bertemu Shuhada pengacara Nona! Tidak boleh dilupakan, bertemu Uncle Zul. Sangatlah meriah! Tanpa Uncle Zul, suasana pada hari semalam pasti kurang berseri. Dan buat kali kedua, Faiz berhari raya di Moscow. Ibu bapanya baru bertolak pulang ke Malaysia pada pagi itu.

Gambar bertemakan ungu muda ini adalah pelajar JPA tahun akhir universiti saya. Mereka mengambil kesempatan aidilfitri terakhir di Moscow ini untuk menggayakan warna baju raya yang sama. Dan lihatlah wajah-wajah anak dara pelajar tahun 3 itu. Sangat manis! Saya rasa, saya masih belum pernah menceritakan tentang kewujudan kembar saya di sini. Sejak saya berada di tahun 2, ramai orang mengatakan wajah saya dan seorang junior di Russian State Medical Univ. (RSMU) kelihatan seiras. Itulah dia Mazrin (Mayein). Selepas saya mengenalinya, saya pun bagaikan terlihat kelibat diri saya pada dirinya. Kata orang, kami punya bentuk muka dan senyuman yang sama! Yang berbaju biru itu adalah sahabat baik saya di sini. Nadiah Hamimah. Oh, dia bakal dimiliki!

Mengikut perancangan awal, kami akan ke rumah Uncle Zul selepas majlis di kedutaan untuk memasak nasi dagang bersama-sama. Tapi malangnya, rancangan perlu ditukar kerana Uncle Zul dan Faiz perlu bergegas ke Malaysian Control Center (MCC) pada jam 3pm. Jadi, memandangkan kami telah siap membawa juadah raya yang kami sediakan, Uncle Zul terus mengajak kami balik ke hotelnya untuk makan-makan di sana kerana Uncle Zul dan Faiz akan bertolak ke MCC dari sana bersama Dato JJ. Gambar di atas adalah ketika kami berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk mendapatkan teksi untuk ke Swiss Hotel di Paveletskaya.

Kami 9 orang semua. Seperti biasa, sayalah yang akan menjadi orang yang berkomunikasi dengan pakcik teksi untuk memberitahu destinasi (sebab paling senior! Oh, terasa tua!). Teksi pertama dinaiki oleh 4 orang termasuk Uncle Zul. Diikuti 3 orang dalam teksi kedua. Jadi, saya dan Faiz menaiki teksi ketiga untuk ke sana. Malangnya nasib kami, di pertengahan jalan, pemandu teksi mengatakan bahawa dia tidak tahu arah ke sana dengan setepatnya. Puas dia melihat-lihat peta Moscow.

Akhirnya Faiz mencadangkan agar dia menghantar kami ke stesyen metro yang terdekat. Dalam perjalanan menuju ke metro pula, kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang setengah jam.Aaaaa tidak! Kami akhirnya menaiki metro menuju ke hotel dan lebih melucukan, pada waktu itu Faiz tidak mempunyai duit kerana belum mengeluarkan duit. Dan saya pula membawa duit yang sangat besar. Jadi, ketika membeli tiket metro, saya terpaksa membeli untuk 10 trip sedangkan yang diperlukan hanya 2 saja supaya boleh mendapat wang baki semula. Jika membeli 2 tiket saja dengan not 1000 ruble, adalah sangat mustahil. Lagi dimarah adalah kerana tidak menyediakan wang kecil!

Sewaktu di dalam metro, Faiz menunjukkan beg plastik yang dipegangnya dan baru saya sedar betapa pentingnya kami berdua di saat itu kerana ketupat dan lemang ada bersama kami! Kalaupun yang lain sudah sampai bersama lauk-pauk, mereka tetap tidak boleh makan kerana ketupatnya tiada! Gelak besar kami waktu itu. Dan yang lebih melucukan, kami berdua menjadi model pakaian tradisional Melayu di Kota Moscow pada hari semalam. Apa tidaknya. Saya yang berbaju kurung cantik-cantik dan Faiz yang berbaju Melayu lengkap bersampin menaiki metro untuk tempoh perjalanan yang agak lama dan sebaik tiba ke destinasi, kami berjalan kaki menuju ke hotel dari stesyen metro itu pada suhu 2'C! Wah! Tourism Malaysia Moscow patut membayar kami atas khidmat yang kami berikan ini.

Dan ini keadaannya di bilik hotel. Semua sudah lapar dan sedang menunggu ketibaan kami. Pada mulanya, Mily menghidangkan makanan untuk Uncle Zul dan Faiz dulu. Ternyata kedua-duanya sangat lapar! Setelah Uncle Zul siap, Faiz masih belum berhenti makan!
Lihatlah aksi Uncle Zul dan Emy ini. Selesai makan, Uncle Zul berkata: Eh, Uncle tak bergambar lagi dalam bilik ni. Uncle pun nak la jugak. Dan sudahnya, inilah aksi Uncle Zul yang gila-gila melayan kerena mereka yang lain. Di saat itu, Faiz masih tidak berhenti makan! Dan itu dia saya. Akhirnya saya sudah boleh menelan solid food. Alhamdulillah. Sebaik Uncle Zul dan Faiz bertolak ke MCC, giliran kami semua pula untuk mengisi perut. Lihatlah betapa laparnya kami semua di saat itu kerana hanya makan sedikit saja di kedutaan. Inilah ceritera raya saya dan rakan-rakan di sini. Ini versi raya pertama. Versi untuk raya kedua dan rumah-rumah terbuka yang kami kunjungi akan menyusul dalam entri berikutnya (jika ada kelapangan).


























Sekali lagi, salam lebaran buat semua.
Maaf andai ada salah dan silap.
Salam penuh takzim dari Kota Moscow.

Nota:
- Mari kita sempurnakan puasa 6 pula ye lepas ni nanti :)
- Maaf sebab saya rasa gambar-gambar ni nampak tidak teratur dan comot kalau di'view' di monitor kamu semua. Saya malas nak buang masa menyusun atur gambar-gambar ini dengan baik kerana perlu bergegas menyediakan kuah kacang sebanyak 9 kg untuk Rumah Terbuka Hostel Spartiv pada hari esok. Sesiapa yang berada di Moscow, kamu semua dijemput hadir ye ;)

Thursday, October 11, 2007

Salam AidilFitri 1428H


Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga ibadah kita di sepanjang Ramadhan ini
Memperbaiki iman dan taqwa kita
Dan menaiktarafkan semangat juang kita
Andai ada terguris terasa
Setulus hati maaf saya pohonkan
Agar terlerai segala kusutan
Antara kita sesama insan

Maaf Zahir dan Batin


Wednesday, October 10, 2007

Melakar Sebuah Sejarah

Assalamualaikum wbt

Saya tahu, pasti ada yang kurang senang dengan entri ini. Apatah lagi Program Angkasawan Negara (PAN) ini tidak dipersetujui oleh sebahagian rakyat Malaysia yang menganggap Malaysia membazir duit melibatkan diri dalam penjelajahan angkasa sedangkan masih banyak yang perlu kita perbaiki dan beri perhatian dalam negara kita itu. Seperti yang pernah saya katakan di sebuah blog (klik di sini), saya sudah jemu cuba menerangkan 'sesuatu' yang sedang dipikul oleh program ini, untuk negara dan kita semua. Tentang pembaziran, cuba rujuk di sini. Kira-kira yang disediakan paling tidak mungkin boleh membuat ada yang mengangguk setuju dengan PAN ini.

Sebentar tadi saya bangun bersahur pada pukul 4.45am (untuk makan ubat sebenarnya). Sambil itu, saya membuka TV saluran UTRO-RUSSIA (Morning Russia) (Saluran ke-13 dalam Stream Internet TV). Pukul 5 akan adanya berita awal pagi. Saya menatap menunggu ringkasan berita dibacakan. Nah! Seperti yang saya jangkakan, berita pelancaran Soyuz TMA II disebut-sebut. Russia mengiktiraf ekspidisi kali ini sebagai Ekpidisi Angkasawan (Orang tempatan menyebut Angkasawan sebagai 'Angkasavan'). Berkali-kali nama Malaysia diulang sebut dan kelihatan delegasi Malaysia yang kini berada di Kazakhstan diarak dalam sebuah majlis. Terasa besar hati saya. Teringat lagi minggu lalu. Pensyarah Philosophy kami di sini meyebut-nyebut tentang Malaysia dan PAN ini yang dikatakan sebagai membanggakan. Katanya, Malaysia ini kecil saja, tapi orangnya berjiwa besar. Sungguh. Besar hati dan semangat saya teringatkan kata-kata pensyarah tersebut.

Kini sejarah hampir terlakar. Perlukah ada lagi suara-suara yang terus menurus menidakkan usaha yang bukan memakan masa dan penilaian yang singkat sebaliknya keputusan untuk meneruskkan program ini pastilah kerana sudah dipertimbangkan baik buruknya oleh 'think tankers' negara.

Ini satu sejarah. Bukan untuk masa ini saja. Tapi akan kekal untuk selamanya. Bagi yang menidakkan kewajaran program ini, apabila mendengarkan sejarah yang bakal terlakar kurang dari 24 jam ini, tidak terharukah hati kalian? Tidak terasa berbesar hatikah kalian? Bukanlah dengan menyetujui program ini melambangkan saya seorang yang pro Kerajaan atau tidak, tapi atas kesedaran Saya Anak Malaysia, saya sangat positif dengan bidang baru ini. Agaknya, kalian perlu dihantar duduk bersusah payah di tempat orang, lalui kesusahan dipandang rendah oleh bangsa lain, baru kalian faham betapa Malaysia kini setidak-tidaknya telah berjaya meletakkan nama kita setaraf dengan negara-negara besar dunia.

Tepat jam 9.21 malam ini, sejarah akan terlakar!
Malaysia kini sudah punya seorang Angkasawan!

Buat Angkasawan Pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:
Selamat berangkat. Semoga ekspidisimu dirahmati Allah.
Jadilah Muslim yang sempurna ibadahnya di angkasaraya sana.
Sejarah tak indah jika Islam dilupa.

Rujukan: Sini dan sini.

Nota: Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah saya semakin sihat dan petang ini perlu ke hospital untuk rawatan lanjutan. Semoga Allah permudahkan semuanya (saya perlu bergegas pulang dari hospital kerana di sini waktu siara pelancaran Soyuz TMA II ini adalah pada pukul 5.21pm! Moga-moga saya tidak terlepas, biiznillah).

Masih ingat tak pada Kapten Faiz (pilot), top 4 dalam pemilihan calon Angkasawan? Semalam beliau menghantar mesej kepada saya dan Fareena menyatakan ketibaannya di Moscow. Insya Allah Khamis ini (hari terakhir puasa) kami akan berbuka bersama-sama. Terharu kerana beliau masih ingatkan kami berenam.

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

60) "Whatever you do will be insignificant, but it is most important that you do it" - Gandhi

Sunday, October 07, 2007

The Photos Speak Themselves...

Assalamualaikum wbt

At the moment my fellow JPA students went to the embassy,
I went to the clinic with Wanie.

At the moment my classmates are preparing for tomorrow's class,
I am counting the day to have all these things pass.

At the moment Muslims are fasting to the fullest meaning,
I am quiet and pull out myself to cover the suffering.

Zoom out (The bed, the books or what?)

Zoom in (The books or the stethoscope?)

Closed up... Nah! 10 types of medication to be taken on time.

Alone, I cry...

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

59) Setiap ujian adalah pembuka jalan untuk kembali kepada tuhan...

Bila Sakit Bertandang

Assalamualaikum wbt

Apa akan dibuat bila sakit bertandang?

a) Baring sampai sudah tidak larat berbaring
b) Rehat 100% (buku pun tidak berusik langsung)
c) Tidur (dengan maksimumnya)
d) Makan ubat
e) Mengerang
f) Diam
g) Pasif
h) Turun berat badan dengan mendadak
i) Terpaksa skip giliran memasak (kasihan housemates)
j) Jadi kawan baik dengan selimut
k) Kurang makan (sekadar beberapa jemput nasi)
l) Tidak on YM berhari-hari
m) Buat differential diagnosis pada diri sendiri
n) Jawab call macam tak jawab saja sebenarnya
o) Terpaksa skip lecture dan kelas (sedih!)
p) Mandi sekali sehari saja
q) Penuh ubat-ubatan di atas meja (buku-buku tersusun kemas)
r) Tidak menelefon rumah (tidak mahu keluarga tahu)
s) Bermonolog dengan hati sendiri (mudah mengalirkan air mata)
t) Habiskan masa dengan buat photo editing
u) Terputus hubungan dengan dunia luar
v) Tidak keluar rumah berhari-hari
w) Asyik renung mini skeleton yang tergantung di dinding
x) Terfikirkan keluarga dan persiapan raya di Malaysia!
y) Kejang badan yang sangat menyakitkan!
z) Sedih bila tahu ada orang buat dajal pada kita...

Bila sakit bertandang, inilah aktiviti saya.

Dalam setahun, pasti ada, paling kurang, 3 kali saya melakukan 26 aktiviti ini.

Aktiviti terkini yang saya tidak berkesempatan untuk update: Majlis Iftar Bersama JPA-ers (3rd year+1 5th year+baru) di 205.

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

58) Sakit itu satu kafarah dosa dari Allah. Sakit itu tanda Allah sayang.

Friday, October 05, 2007

Selamat Hari Lahir Lan


Assalamualaikum wbt


Khas buat adikku

Adlan Mohd Shukor

Selamat hari lahir yang ke-18

Semoga Lan menjadi anak yang soleh,

mendengar kata,

dihiasi akhlak terpuji

dan tamat belajar dengan jayanya.



Adlan merupakan anak keempat daripada kami berlapan. Dia kini sedang berada di Terengganu menghabiskan kursusnya. Semalam saya menelefonnya untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Rupa-rupanya saya tersilap waktu! Di Malaysia baru pukul 11 malam!
Reminder yang saya setkan di handphone adalah mengikut saving time di sini. Jadi beza waktu adalah 5 jam. Sedangkan beza waktu Moscow-Malaysia masih lagi 4 jam sahaja.

Sedari kecil sehinggalah dewasa, inilah teman bergaduh saya ketika di rumah mahupun di dalam kereta. Tidak sah jika kami tidak mempersoalkan perkara-perkara remeh. Naluri seorang kakak. Siapa yang tidak sayangkan adiknya. Marah-marah pun, tanda sayang sebenarnya.

Semoga Lan berjaya di dunia dan akhirat. Ngah sayang Lan.

Nota:

Gambar di atas diambil ketika di KLIA. Sesungguhnya di KLIA itulah satu-satunya saat kami sekeluarga sempat berkumpul bersama kerana sepanjang cuti lepas, adik-adik saya tidak dapat pulang bercuti pada masa yang sama. Seorang di Bukit Jalil, seorang di Dungun dan seorang di hostelnya. Dan mereka itulah askar-askar keluarga saya! Selepas ini, tiada lagi sambutan ulangtahun dalam keluarga saya :)
(Adlan - berkemeja-T biru muda di belakang)

Update yang ringkas saja untuk kali ini. Bila saya sudah sihat dan punya masa, saya akan update lagi, Insya Allah. Bagaimana dengan tadarus di bulan Ramadhan ini? Sudah khatam? Alhamdulillah, saya telah khatam 3 hari yang lalu. Tahniah buat sesiapa yang telah khatam (Acai) dan selamat membuat pecutan terakhir bagi yang belum khatam lagi (pecut Dayat, pecut).

Mari mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan!
____________________________________________________________________________

Hari buat dia:

57) Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 darjat di akhirat nanti.

Malam ke-29:
Allah akan mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."