Showing posts with label Astronauts. Show all posts
Showing posts with label Astronauts. Show all posts

Saturday, October 13, 2007

Ceritera Raya Di Moscow 2007/1428H

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua.

Ramadhan berlalu membawa seribu kenangan dan keinsafan. Bulan yang sepatutnya kita jadikan sebagai madrasah terbaik untuk membersihkan hati dan jiwa kini diganti oleh Syawal. Sejauh manakah tazkiyyatun nafs berjaya kita perolehi? Semakin tenangkah diri kita? Semakin tenteramkah hati kita? Dan Syawal yang datang terasa awal. Kerana indahnya beribadah di malam-malam Ramadhan masih belum puas dirasakan. Walau apapun yang dirasa, sebenarnya hakikat 1 Syawal juga boleh membawa keinsafan andai dihayati dan disambut dengan seadanya.

Entri sempena sambutan raya saya di Moscow buat kali ke-5 ini saya kira agak panjang. Saya sertakan gambar-gambar untuk saya kongsikan suasana dan kemeriahan kami semua di sini walaupun kami jauh di perantauan. Apatah lagi kemeriahan aidilfitri di tanah air. Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Pada malam ke 29 Ramadhan (Rabu malam Khamis), kumpulan tadarus kami mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama-sama dan sedikit jamuan ringan. Semoga Al-Quran bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi menjadi amalan harian kita semua. Pada hari terakhir Ramadhan, seperti yang dijanjikan, kami berbuka bersama Faiz di Arbat Street (tempat kali pertama kami semua bertemu dulu). Lebih meriah, Faiz membawa bersama 2 orang pegawai Angkasa (Kak Zahira) dan Nuklear (Kak Hazfa).

Lebih memeranjatkan kami, ibu kepada Sheikh, Auntie Zuraidah, dan abangnya, Sheikh Ahmad Shukor, turut serta bersama kami. Suasana sangat meriah kerana keramahan mereka membuat kami terasa dekat dan sangat senang sekali. Di malam raya itu, kami sebilik bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah; kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, 2 jenis kuih raya, ketupat dan lemang segara. Dan di pagi raya, inilah wajah-wajah gembira kami usai solat raya di Kedutaan Besar Malaysia.

Raya kali ini sangat meriah. Moscow dibanjiri oleh pihak media yang membuat liputan keberangkatan angkasawan pertama negara dan juga para saintis yang menjayakan program ini. Kami juga sempat bertemu Shuhada pengacara Nona! Tidak boleh dilupakan, bertemu Uncle Zul. Sangatlah meriah! Tanpa Uncle Zul, suasana pada hari semalam pasti kurang berseri. Dan buat kali kedua, Faiz berhari raya di Moscow. Ibu bapanya baru bertolak pulang ke Malaysia pada pagi itu.

Gambar bertemakan ungu muda ini adalah pelajar JPA tahun akhir universiti saya. Mereka mengambil kesempatan aidilfitri terakhir di Moscow ini untuk menggayakan warna baju raya yang sama. Dan lihatlah wajah-wajah anak dara pelajar tahun 3 itu. Sangat manis! Saya rasa, saya masih belum pernah menceritakan tentang kewujudan kembar saya di sini. Sejak saya berada di tahun 2, ramai orang mengatakan wajah saya dan seorang junior di Russian State Medical Univ. (RSMU) kelihatan seiras. Itulah dia Mazrin (Mayein). Selepas saya mengenalinya, saya pun bagaikan terlihat kelibat diri saya pada dirinya. Kata orang, kami punya bentuk muka dan senyuman yang sama! Yang berbaju biru itu adalah sahabat baik saya di sini. Nadiah Hamimah. Oh, dia bakal dimiliki!

Mengikut perancangan awal, kami akan ke rumah Uncle Zul selepas majlis di kedutaan untuk memasak nasi dagang bersama-sama. Tapi malangnya, rancangan perlu ditukar kerana Uncle Zul dan Faiz perlu bergegas ke Malaysian Control Center (MCC) pada jam 3pm. Jadi, memandangkan kami telah siap membawa juadah raya yang kami sediakan, Uncle Zul terus mengajak kami balik ke hotelnya untuk makan-makan di sana kerana Uncle Zul dan Faiz akan bertolak ke MCC dari sana bersama Dato JJ. Gambar di atas adalah ketika kami berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk mendapatkan teksi untuk ke Swiss Hotel di Paveletskaya.

Kami 9 orang semua. Seperti biasa, sayalah yang akan menjadi orang yang berkomunikasi dengan pakcik teksi untuk memberitahu destinasi (sebab paling senior! Oh, terasa tua!). Teksi pertama dinaiki oleh 4 orang termasuk Uncle Zul. Diikuti 3 orang dalam teksi kedua. Jadi, saya dan Faiz menaiki teksi ketiga untuk ke sana. Malangnya nasib kami, di pertengahan jalan, pemandu teksi mengatakan bahawa dia tidak tahu arah ke sana dengan setepatnya. Puas dia melihat-lihat peta Moscow.

Akhirnya Faiz mencadangkan agar dia menghantar kami ke stesyen metro yang terdekat. Dalam perjalanan menuju ke metro pula, kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang setengah jam.Aaaaa tidak! Kami akhirnya menaiki metro menuju ke hotel dan lebih melucukan, pada waktu itu Faiz tidak mempunyai duit kerana belum mengeluarkan duit. Dan saya pula membawa duit yang sangat besar. Jadi, ketika membeli tiket metro, saya terpaksa membeli untuk 10 trip sedangkan yang diperlukan hanya 2 saja supaya boleh mendapat wang baki semula. Jika membeli 2 tiket saja dengan not 1000 ruble, adalah sangat mustahil. Lagi dimarah adalah kerana tidak menyediakan wang kecil!

Sewaktu di dalam metro, Faiz menunjukkan beg plastik yang dipegangnya dan baru saya sedar betapa pentingnya kami berdua di saat itu kerana ketupat dan lemang ada bersama kami! Kalaupun yang lain sudah sampai bersama lauk-pauk, mereka tetap tidak boleh makan kerana ketupatnya tiada! Gelak besar kami waktu itu. Dan yang lebih melucukan, kami berdua menjadi model pakaian tradisional Melayu di Kota Moscow pada hari semalam. Apa tidaknya. Saya yang berbaju kurung cantik-cantik dan Faiz yang berbaju Melayu lengkap bersampin menaiki metro untuk tempoh perjalanan yang agak lama dan sebaik tiba ke destinasi, kami berjalan kaki menuju ke hotel dari stesyen metro itu pada suhu 2'C! Wah! Tourism Malaysia Moscow patut membayar kami atas khidmat yang kami berikan ini.

Dan ini keadaannya di bilik hotel. Semua sudah lapar dan sedang menunggu ketibaan kami. Pada mulanya, Mily menghidangkan makanan untuk Uncle Zul dan Faiz dulu. Ternyata kedua-duanya sangat lapar! Setelah Uncle Zul siap, Faiz masih belum berhenti makan!
Lihatlah aksi Uncle Zul dan Emy ini. Selesai makan, Uncle Zul berkata: Eh, Uncle tak bergambar lagi dalam bilik ni. Uncle pun nak la jugak. Dan sudahnya, inilah aksi Uncle Zul yang gila-gila melayan kerena mereka yang lain. Di saat itu, Faiz masih tidak berhenti makan! Dan itu dia saya. Akhirnya saya sudah boleh menelan solid food. Alhamdulillah. Sebaik Uncle Zul dan Faiz bertolak ke MCC, giliran kami semua pula untuk mengisi perut. Lihatlah betapa laparnya kami semua di saat itu kerana hanya makan sedikit saja di kedutaan. Inilah ceritera raya saya dan rakan-rakan di sini. Ini versi raya pertama. Versi untuk raya kedua dan rumah-rumah terbuka yang kami kunjungi akan menyusul dalam entri berikutnya (jika ada kelapangan).


























Sekali lagi, salam lebaran buat semua.
Maaf andai ada salah dan silap.
Salam penuh takzim dari Kota Moscow.

Nota:
- Mari kita sempurnakan puasa 6 pula ye lepas ni nanti :)
- Maaf sebab saya rasa gambar-gambar ni nampak tidak teratur dan comot kalau di'view' di monitor kamu semua. Saya malas nak buang masa menyusun atur gambar-gambar ini dengan baik kerana perlu bergegas menyediakan kuah kacang sebanyak 9 kg untuk Rumah Terbuka Hostel Spartiv pada hari esok. Sesiapa yang berada di Moscow, kamu semua dijemput hadir ye ;)

Thursday, September 27, 2007

Kenangan Terindah

Assalamualaikum wbt

Kelmarin, sewaktu menghadiri majlis orientasi pelajar-pelajar baru yang tiba 3 hari yang lalu di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Dr. Zulkifli (Pegawai Perubatan Pengiring untuk dua orang bakal angkasawan negara - saya menggelarnya Uncle Zul) telah tiba di Kedutaan. Ini bukanlah kali pertama Uncle Zul datang ke Moscow. Telah berbelas-belas kali Uncle Zul berulang-alik Kuala Lumpur-Moscow. Kebetulan, saya dan Uncle Zul mempunyai talian persaudaraan (sebelah emak di Temerloh).

Ketika bertemu di Kedutaan, Uncle Zul telah menyatakan hasratnya untuk datang berbuka di rumah kami seperti tahun lalu (kami = housemates). Lebih melucukan, Uncle Zul telah 'merequest' Nasi Tomato sebagai menu berbuka. Kebetulan pada waktu itu, Nizal Muhammad (pesonaliti TV3) dan Team Penggambaran Astro turut berada di situ. Maka mereka juga menyatakan persetujuan untuk bertandang ke rumah kami untuk berbuka puasa.

Semalam petang, sebaik tiba dari hospital, Uncle Zul menelefon dan memberitahu bahawa dia akan datang bersama Pasukan Saintis Negara yang turut berada di Moscow kini. Juga Sheikh dan Faiz yang turut akan berbuka di rumah kami selepas selesai urusan visa di Kedutaan. Oh! Saya sangat terkejut kerana jumlah kesemuanya adalah 14 orang!

Sebaik selepas menjawab panggilan, kami serumah mula menyediakan juadah berbuka. Sebenarnya Wanie yang bertugas memasak pada hari semalam tapi dia mempunyai test hingga lewat petang jadi saya menggantikan Wanie untuk memasak pada hari semalam. Juadahnya adalah: Nasi tomato, ayam masak merah, trifle buah, keropok, popedam, buah-buahan (yang sangat banyak), jus buah dan teh tarik.

Pada awalnya, hanya Pasukan Saintis Negara yang terdiri daripada 7 orang; 3 orang profesor daripada HUKM dan UPM serta 4 orang saintis muda dan researcher. Kami telah berbuka dahulu kerana Uncle Zul berserta Team Penggambaran Astro, Sheikh dan Faiz tiba lewat sedikit. Sebaik kesemuanya telah tiba, suasana menjadi lebih gamat kerana ibaratnya kami bertemu kembali di rumah ini setelah hampir setahun mereka (Sheikh dan Faiz) tidak ke mari (kali terakhir adalah pada Ramadhan yang lalu untuk berbuka dan tarawikh bersama-sama).

Selesai makan, ada sesi temuramah khas oleh Nizal untuk edisi ucapan di Radio 24.fm (sungguh saya tidak pernah dengar tentang radio ini). Juga sesi penggambaran oleh Team Penggabaran Astro untuk edisi khas Diari Seorang Angkasawan sewaktu kami semua sedang berkenal-kenalan antara satu sama lain (sesi-sesi yang lain tu off record lah).

Saya malas untuk menulis dengan lebih panjang. Gambar-gambar di bawah ini adalah suasana di rumah kami sejak jam 7.30pm hingga ke 11pm. Semalam adalah hari yang sangat meletihkan tetapi sangat penuh nostalgia yang tidak semua dapat rasakan.


Yang bertudung merah jambu (Sheila), tudung hitam putih (Kak Lyn) dan 2 orang Chinese (Siew Ping dan Sue Men) adalah saintis muda yang datang bersama-sama Prof. Rahman (HUKM), Prof. Ramlah (HUKM) dan Prof. Raja (UPM).

Prof. Rahman dan Prof. Ramlah (gambar separuh: Prof. Raja).

Makan Nizal. Sila sila.

Selepas sesi recording utntuk ucapan di Radio 24.fm (Wanie bersama Team Penggambaran Astro).

Faiz yang datang dengan sut lengkap sesi latihan sebab tak berkesempatan balik ke rumah sebelum ke Kedutaan untuk menyelesaikan urusan visa.

Kak Lyn (Saintis - PhD Student) dan Sue Men (Saintis - PhD holder) yang sangat banyak bercerita.

Inilah hero kami. Uncle Zul yang sentiasa cool dan best.

Juadah berbuka. Dah nak habis dah.

Semuanya sedang mendengar cerita dan jenaka Uncle Zul.

Semua asyik sedang menjamah kuih raya yang dibawa oleh prof. Raja. Bak kata Sheikh, majlis berbuka semalam adalah seperti Pre-Raya meriahnya!

The black and white team.

Mendengar celoteh Nizal yang tidak ubah langsung baik di kaca TV mahupun dalam dunia realiti. Tak letih ke Nizal bercakap ye :)

Saintis-saintis yang best!

Sedang asyik berborak tentang plan kami bulan Oktober ini, Wanie ambilkan gambar ini.

Sheikh di meja saya sedang menggunakan laptop saya untuk mengakses internet. Nizal pun sempat menggunakannya atas urusan kerja semalam. Begitu juga Prof. Raja. Bertuah laptop ni. Semua orang penting penah menggunakannya.

Prof. Rahman dan Prof. Raja yang sangat comel.

Jaket Faiz. Huhu..~

Faiz sedang menulis sesuatu untuk kami serumah sebagai hadiah atas persahabatan daripada kami berenam sebelum bertolak pulang. Ups.. Ini gambar kedua yang kami pernah terima secara peribadi dari mereka berdua.

Dan inilah kami berenam yang sangat best! Girls of 205, you girls rulesss! :) (Dari kiri: Emy, Wanie, Diba, saya, Fatt dan Pena. Lokasi: Di luar hostel compound)


Nota:
Sebol - Saya baca komen awak tu selepas Nizal dah balik. Saya tak sempat nak tanyakan soalan tu. Maaf.
Alia Comey - Salam secara umum telah disampaikan untuk mereka semua :)
UNTUK SEMUA - Oh, kalau ada sesiapa yang terdengar dan terlihat ucapan saya di Astro mahupun TV1, anggaplah ucapan raya tu saya tujukan untuk kalian semua di Malaysia~

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

56) Ajarkan aku menari pada hari ini agar aku boleh memimpin tanganmu bergandingan pada hari esok. Ajarkan aku senyum pada hari ini agar aku boleh membuat kau tersenyum pula pada hari esok. Ajarkan aku ketawa pada hari ini agar aku boleh berkata-kata yang bisa buat kau ketawa pula esok. Ajarkan aku rindu pada hari ini kerana rindu pada engkaulah yang membuatkan aku kuat untuk terus menempuh hari esok. (boleh challenge ayat Dayat nun di Sarawak ni. Ngeehee~)

Tuesday, September 18, 2007

Tinggal Kenangan...

Assalamualaikum wbt

Copy paste from my YM chatbox with Faiz Khaleed, the candidate of Malaysian Astronaut.

You currently appear offline to faiz khaleed.

faiz khaleed: assalamualaikum..sarah..u there?
k.s.: w'salam wbt.. yup im here.
k.s.: wah..good guessing that im invi.
faiz khaleed: know u well already.
faiz khaleed: sejuk kat sini hari ni. extra extra cold.
k.s.: owh.. teringat last yr ramadhan u came to my place. to collect the IDD and jadual solat.
k.s.: in cold weather but not winter yet.
faiz khaleed: yeah. i remember that.
faiz khaleed: it was my 1st time ride on cab alone in moscow.
faiz khaleed: mcm mana classes so far?
k.s.: ok aje. but u know it. tiring. (u shud know it~)
k.s.: actly, i just bumped into 1 blog stated about the NASA announcement.

(cut off) bla bla bla bla bla

k.s.: that sounds great too.
k.s.: i never dreamt that msia wil hv 1 astronout oneday.
k.s.: n now it almost comes true.

(cut off) bla bla bla bla bla

k.s.: so, bila u all akan bertolak ke kazakhstan?
k.s.: on 27th, isnt it?
faiz khaleed: right...how do you know?
k.s.: laa..
k.s.: smalam kn ada majlis doa selamat di embassy.
k.s.: some1 who went there told me.
faiz khaleed: oic...hehe,terlupa plak.
k.s.: actly kan
k.s.: in the blog that i read
k.s.: it belongs to a fren of mine
k.s.: he's a blogger as well
k.s.: bukan kawan dalam real world la
k.s.: n amazingly
k.s.: he said that he's on ur side
k.s.: if he could choose who can be the 1st astronaut
k.s.: he would hv chosed u
k.s.: n me too!
faiz khaleed: thanks....i appreciate it sarah....
faiz khaleed: you know what, its more complex then that...
faiz khaleed: really....it is actually due to some unforeseen circumstances...
k.s.: oo really
k.s.: everyhthg happens for a reason
faiz khaleed: yeah....everything happens for reason...

(cut off) bla bla bla bla bla bla

faiz khaleed: hep, gtg now...sorry.....selamat berbuke and take care k
k.s.: ok
k.s.: selamat berbuka
faiz khaleed: and thanks for helping me when I first sampai russia...can't believe dah setahun dah....time flies
faiz khaleed: thanks.....
k.s.: my pleasure..its so memorable to hv had the chances to know u personally
k.s.: all the best then
faiz khaleed: all the best to you too....all the best to you too *smiley*
k.s.: thanks

Sudah setahun lebih saya mengenali 2 orang bakal angkasawan negara, Dr. Sheikh dan Dr. Faiz, secara dekat. Sejak kali pertama mereka datang ke Russia atas misi latihan dan pemilihan untuk 'Top Two' di Star City bersama dengan Kapten Faiz (pilot) dan Vanajah (V.J).

Ketika itu kami sempat keluar ke Old Arbat Street untuk membeli cenderamata, ke Victory Park untuk menyaksikan tulip pada musim bunga dan matahari terbenam, ke Mega untuk ice skating, ke IKEA untuk minum petang dan ke Korean Restaurant di Baravyovy Gory untuk makan malam. Mereka juga pernah datang ke rumah kami (House No. 16, Room 205, Malaya Piragovskaya Street), untuk makan-makan di sini. Betapa berharganya kenangan itu.

Dan secara peribadi, saya lebih rapat dengan Faiz. Sedari awal kedatangannya ke sini setelah terpilih sebagai 'Top Two'. Mereka berdua rapat dengan kami serumah (6 orang). Tapi memandangkan jarak umur Faiz dan saya tidak jauh bezanya (housemates yang lain adalah junior), mungkin dia lebih selesa untuk berkomunikasi dengan saya. Bermula dengan mendapatkan simcard untuk dia, IDD card, jadual solat dan bermacam-macam info yang saya dapatkan untuknya. Sebagai tanda terima kasih, Faiz pernah membawa saya makan di sebuah Arabian Restaurant di Old Arbat Street di awal musim sejuk tahun lalu. Bila teringatkan semula, kasihan Faiz sebab terpaksa menunggu lama kerana saya punya tetamu yang datang berkunjung dari Nizhny Novgorad pada waktu itu dan terpaksa menunggu menghantar mereka ke stesyen keretapi sebelum saya ke tempat yang dijanjikan.

Banyak sungguh kenangan bersama mereka berdua. Ramadhan yang lalu, mereka berdua telah datang berbuka dan bertarawikh di rumah saya. Bersama Dr. Zul (in-charged doctor for these 2 astronauts and also my uncle). Sungguh banyak kenangan.

Dan kurang sebulan dari sekarang, salah seorang daripada mereka dengan rasminya akan bergelar Angkasawan Pertama Negara. Satu sejarah buat negara kita! Satu sejarah! Dan dengan itu, persahabtan kami juga mungkin akan tinggal sejarah. Terutamanya dengan Faiz. Masakan tidak. Selepas berlepasnya Roket Soyuz milik Russia di hujung Oktober nanti, maka gelaran mereka berdua juga turut berubah kepada the very very important figures. Sungguh. Faiz seorang yang normal seperti kita semua kerana mungkin tidak keterlalulan jika saya katakan bahawa Sheikh mempunyai 'kelas' yang tersendiri dan bercitarasa.

Semoga pengorbanan mereka berdua diberkati Allah dalam membuktikan Islam itu tidak jumud, malah lebih dari itu Islam adalah agama yang syumul dan menggalakkan penyelidikan tak bertepi. Juga jasa mereka buat nusa bangsa.

Iya. Malaysia Boleh!

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

51) Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang yang berkenderaan hendaklah mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jemaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak.