Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, December 09, 2008

Beginilah Di sini

Assalamualaikum wbt


10 Zulhijjah pun berlalu. Sekelip mata. Petang Sabtu lalu, kami serumah berbuka puasa bersama. Menunya nasi tomato saja. Masing-masing menelefon keluarga pada malam raya saja. Sebelah malamnya, saya menyediakan kuah kacang dan Wanie membuat persediaan bahan-bahan untuk soto.

Pagi raya, hanya saya, Wanie dan Fareena berkesempatan ke kedutaan untuk solat raya kerana Fatt, Diba dan Emy ada kelas. Amira (tetamu dari Jordan itu) turut mengikut kami ke sana. Sampai tepat pada masanya, terus solat raya, makan-makan, ambil-ambil gambar dan terus pulang. Sampai di rumah tepat pukul 12 tenghari. Sekitar pukul 2.30, saya dan Fareena sekadar menolong Wanie menyudahkan apa yang patut saja untuk sotonya kerana selepas Maghrib, dia menjemput rakan sekumpulannya untuk makan-makan di rumah. Kemudian ke rumah Ammar (abang Amira) pula. Makan-makan lagi. Nasi beriyani gam pula. Saya sekadar pergi memenuhi jemputan saja. Terlalu mengantuk sehingga tak lalu makan.

Balik ke rumah tepat jam 7 petang. Terus solat Isyak dan... bummmm. Tidur. 11.15 tadi baru terjaga kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

Hajat pada hari ini terlaksana. Lega rasa hati.

Hajat 1 : Dengar Suara Tok Lebak
Saya: Assalamualaikum Tok! Ngangah ni Tok! Selamat hari raya, Tok.
Tok Lebak: Waalaikumussalam. Ha. Selamat hari raya, Ngah.
Saya: Tok sihat ke tak ni?
Tok Lebak: Ha?
Saya: (lagi kuat) Tok sihat tak ni?
Tok Lebak: Ha?
Saya: (makin kuat) Tok sihat tak ni?
Tok Lebak: Ha. Sihat. Sihat. Cuma sakit-sakit badan je. Nak buat gone (loghat Temerloh, maksud: macam mana) Ngah. Badan orang tua.
.....
Saya: Muhammad, Tok tu sakit ke? Tu dia kata dia sakit-sakit badan sikit tu?
Muhammad (sepupu): Ate dia pergi kelakar (loghat Temerloh, maksud: buat kerja luar rumah) kat tebing kita tu, mana tak sakitnya badan tu.
Saya: Hah. Ate kan lagi. Lagi satu, Tok tu apa kehalnya tiba-tiba jadi tak dengar?
Muhammad: (gelak-gelak) Telefon ni yang ada bunyi kerak-keruk. Tu yang jadi tak clear tu.
Saya: Laa hai. Ingatkan Tok dah tak dengar. Bulan lepas elok amat lagi ha.
Kami: (gelak-gelak)

Hajat 2 : Dengar Suara Tok Penang
Tok Penang: Assamualaikum.
Saya: Waalaikumussalam. Tok, cheq ni. Sarah.
Tok Penang: Haa. Sarah. Hang tang mana ni?
Saya: Sarah kat Moscow la Tok. Tang mana lagi (gelak-gelak). Selamat hari ghaya, Tok.
Tok Penang: Selamat hari ghaya. Hang lagu mana la ni? Pak hang habaq hang takdak kad bank.
Saya: Ok je Tok. Ayah bagi duit. Tak tau bila nak dapat kad baghu. Tok masak apa hari ni? Sapa duk ada kat ghumah?
Tok Penang: Mat Nazri ja. Mak Lang hang balik Sungai Petani dah. Dia mai buat-buat ketupat semalam. Tadi balik dah.
Saya: Tok tak buat besamah ka?
Tok Penang: Sapa nak makan. Hang ada pun hang bukan buleh makan.
Kami: (gelak-gelak)

Pengorbanan saya setiap kali tibanya Hari Raya Korban ialah berkorban untuk tidak makan daging. Sedihnya. Kali terakhir saya makan daging bila saya menggila melanggar pantang makan Besamah Daging yang Tok Penang saya masak 3-4 tahun sudah. Padan muka. Habis muka bengkak-bengkak jadi alien. Buat kecoh satu kampung saja bila semua risau tengok saya sampai sesak-sesak nafas. Lawak pun iya juga. Dan pengorbanan kedua ialah bersabar apabila emak ayah memberitahu menu masakan di rumah. Tapi yang kali ni tidak terkilan sangat kerana Kaklong yang masak. Huhu.

Alah. Tak kisah. Di sini saya ingin mengumumkan, inilah raya terakhir yang saya sambut di sini. Tahun depan, saya akan beraya di rumah bersama keluarga tercinta (ini sangat benar) dan juga suami saya (ini sangat tipu). Terima kasih kepada Fareena yang sudah berpenat-lelah menggembleng tenaga menyusun kolaj gambar kali ini. Saya pemalas. Curi saja dengan izinnya.


Saturday, December 06, 2008

Aidil Adha 1429H

Sunday, October 12, 2008

Hari Minggu

Assalamualaikum wbt

Kelmarin, saya hanya 2 jam sempat lelapkan mata. Itupun hanya setelah 25 jam tak tidur. Awal pagi semalam sudah bangun untuk menyiapkan kuah kacang. Menjelang tengahari semuanya selesai dan saya terus tidur. Bangun saja sudah Zohor. Mengemas rumah ala kadar, bersiap dan sudah mula ada tetamu datang ke rumah.

Untuk Rumah Terbuka universiti anjuran SMSA kali ini memang meriah. Yang datang terlalu ramai sehinggakan makanan tidak cukup. Saya kasihan melihat mereka yang datang di penghujung acara. Ada juadah yang mereka tak sempat rasa. Dapat saja makanan, saya jamah hujung-hujung jari saja. Terus saya ambil keputusan balik ke rumah. Makan di sana sajalah. Rumah pun di tingkat 2 saja. Angkat kaki.

Di rumah, baru makan sedikit, saya dah berhenti. Ada 3 sebab. Pertama, kalau saya dah terlalu lapar (tak makan apa-apa langsung sejak sehari sebelum itu), saya memang akan hilang selera untuk makan bila makanan sudah di depan mata. Kedua, kerana terlalu letih. Ketiga, kegelian melihat telatah beberapa orang yang membuatkan selera makan saya terbantut. Terus saya masuk dapur untuk mengemas. Dapat panggilan daripada junior. Mereka dalam perjalanan ke sini. 9 orang. Alamak. Makanan di rumah terbuka itupun dah habis, takkan nak biarkan mereka pulang begitu saja, kan. Terus saya keluarkan ayam dari peti. Sediakan bahan-bahan untuk buat rendang. Emy tanak nasi dan Fatt sediakan bahan-bahan untuk nasi goreng. Selesai menggoreng nasi, barulah saya dapat menyentuh air. Saya minta Pena belikan. Wajib air sejuk. Sebab berperang di dapur memang sangat panas rasanya. Selepas Maghrib, kami pun makan beramai-ramai.

Selepas tetamu beredar, ada Auyun dan Kreen di rumah saya. Ini rakan 1 batch. Kami pun apa lagi. Berbincang (baca: berborak kencang) tentang isu sejagat. Homoseksualism. Masalah besar ni. Tunggu entri seterusnya untuk kupasan lanjut. Menjelang 11 malam, rumah pun kosong. Saya dah tak larat nak mandi dah. Terus tidur. Sudah 2 malam saya tidur tanpa mandi terlebih dulu. Bau dapur sudah sebati dengan bilik.

Apa saya tunggu lagi merepek-repek di sini. Hari ini hari Ahad. Saya perlu membasuh baju yang sangat banyak. Hajat asal hendak ke Kedutaan hari ini. Ada program di sana. Tapi, malas lebih dominan dan badan lenguh-lenguh. Ate kalo udah maleh tu, maleh le jugak. Ye dak? Hehe. Keknye nok gonekan. Badan kome ni dah tak 'ghok' nak kulu-kilir. Terkohoit dah.

Nota: Siapa faham apa saya tulis di hujung tu, memang saya tabik springlah =)

Saturday, October 11, 2008

Tag Raya

Assalamualaikum wbt

Sejak bila puasa penuh?

Mula berpuasa sejak tadika. Puasa penuh sejak darjah 1.

Pernah ponteng puasa dan apa alasannya?
Waktu darjah 3, dalam kelas Al-Quran di surau sekolah, tiba-tiba ada darah mengalir keluar melalui mulut saya. Menitis-nitis atas helaian Al-Quran. Emak datang sekolah dan bawa saya terus ke klinik. Gastrik saja, kata doktor (gastritis). Waktu itu Ramadhan. Saya terpaksa berbuka serta-merta. Tapi bila dah tingkatan 4, baru tahu rupanya saya ada gastric ulcer. Dan Ramadhan tahun lepas, ketika saya sakit teruk tu, saya tinggal 4 hari puasa kerana keadaan diri yang sangat tak mengizinkan.

Pernah bermain mercun dan bunga-api?
Mestilah pernah. Tapi saya kurang meraikan sangat benda-benda alah ni kerana masih terasa fobia saya terbakar tahun 1993 dulu. Saya main gitu-gitu aje.


Juadah yang paling disukai ketika berbuka?
Apa-apa saja yang emak masak. Saya lagi suka makanan berasaskan mee berbanding nasi untuk berbuka. Ni dulu-dulu. Sekarang, tak dapat nasi waktu berbuka, rasa longlai 1 badan. Hehe. Kalau di rumah, dulu-dulu emak mesti sediakan nasi dan lauk juga makanan seperti mee hailam atau bihun atau apa sajalah yang bukan nasi. Tapi sekarang ni, berapa orang saja yang tinggal di rumah. Emak masak yang sederhana saja. Agaknya tahun depan, meriah semulalah Ramadhan kami. Erk, ni yang buat saya nak kerja di Temerloh saja ni. Boleh tolong tengokkan adik-adik kan. *Alasan*

Lagu raya kegemaran?Beraya di mana tahun ini?
Hanya 3 lagu yang 'sentiasa hijau' di hati saya:
1) P. Ramlee - Dendang Perantau
2) Hail Amir dan Uji Rashid - Seloka Hari Raya
3) M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Beraya semestinyalah di Tanah Tsar ini. Season Finale Autumn Version =)

Pernah bertugas di Hari Raya?
Belum bekerja lagi. Setakat ni, hanya pernah mempunyai kelas di pagi raya ketika di tahun 2. Erm. Tapi pernah bertugas sebagai pencuci pinggan-mangkuk rasmi ketika hari raya. Hehe. Sebab rumah saya pastinya akan diserbu oleh saudara-mara, orang kampung dan kawan-kawan ayah sebab rumah saya merupakan lokasi lepak-lepak terbaik untuk makan laksa Penang yang best! Emak saya sangat handal membuat Laksa Penang. Sampaikan, orang tersilap sangka ingatkan ayah saya tu orang Temerloh kerana dialeknya yang dah macam orang tempatan manakala emak pula yang disangka orang Penang.

Kenangan paling manis pada Hari Raya?
Hehe. Sentiasa manis. Terutamanya raya tahun 2002 selepas tamat SPM (kali terakhir beraya bersama keluarga) dan pada tahun ini (kali terakhir beraya di Moscow).

Friday, October 10, 2008

Kontradiksi

Assalamualaikum wbt

Tahun lepas, untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Spartivnaya, saya ditugaskan memasak 9 kg kuah kacang. Waktu itu, saya masih sakit. Badan kurus. Selera tiada. 3 minggu begitu. Ramadhan yang berlalu pun terasa kurang 'izzahnya untuk diri sendiri. Raya pun saya tak berpeluang merasa banyak benda. Berpantang. Tekak dan perut merajuk.

Tahun ini, untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Spartivnaya, saya ditugaskan memasak 10 kg kuah kacang. Waktu ini, saya sihat wal'afiat. Badan semakin gemuk. Selera semakin naik. Sudah 3 hari terasa begini. Tapi Alhamdulillah, Ramadhan yang berlalu sangat terasa 'izzahnya untuk diri sendiri. Raya pula saya berpeluang merasa banyak benda. Tak berpantang. Tekak dan perut sama hebatnya.

Ha, padan muka. Dah gemuk dah.

Nota: Bagi rakan-rakan yang berada di Moscow, jemputlah datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri di Spartivnaya Hostel esok tengahari ye. Ada Nasi Kerabu tau. Hazreen dan Raimy, tahun ni KS mengulikan diri untuk kuah kacang lagi. Tahun ini lebih pedas. Selera tekak KS. Huhu. Datang tau.

Wednesday, October 01, 2008

Aidilfitri Terakhir Di Moscow 1429H

Assalamualaikum wbt


Salam Aidilfitri. Sekali lagi tahun ini kami di sini menyambut syawal sehari lebih awal dari Malaysia. Kisahnya malam raya, saya menghadiri jemaah takbir di dua buah rumah. Di rumah budak perempuan yang membuat takbir hanya sesama kami saja dan selepas itu di rumah budak lelaki batch saya. Lepas takbir, ada makan-makan. Tapi saya tak jamah. Masih terasa kenyang berbuka. Selesai semua, saya balik ke rumah dan melihat seisi rumah sudah bersiap-siap dengan baju yang dah digosok cantik.

Bangun awal pagi, kami bersiap dan bergegas ke Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Kami tak mahu lagi terlewat untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Fatt, Wanie dan Mily menaiki teksi yang berlainan dengan saya, Pena, Diba dan Emy. Rupa-rupanya merekalah orang pertama yang tiba! Rekod sungguh. Awal kami serumah sampai. Kami ingatkan kami sudah lambat. Dan kisahnya, ramai sangat yang turun untuk solat di kedutaan. Ramai yang ada kelas atau lecture sebenarnya tapi sebelah paginya mereka masih berkesempatan untuk solat raya terlebih dahulu. Mantap. Memang meriah. Selesai solat raya, semua berpusu-pusu hendak menjamu selera. Saya dan angkatan pelajar tahun akhir berlenggang saja dulu. Bagi peluang kepada adik-adik. Dan sudahnya kami semua tak dapat makan. Hidangan yang disediakan pada pagi semalam tak mencukupi kerana pihak kedutaan sangkakan tidak ramai yang dapat hadir untuk solat raya. Sebelum bertolak pagi semalam, saya hanya minum setengah gelas nescafe saja. Huhu. Lapar memang lapar. Tapi kami semua yang tak dapat makan tu redha je. Hampir kesemua pelajar tahun 6 tak dapat makan. Selepas itu, semua pelajar pun balik tapi sebelah petangnya mereka pasti akan datang lagi kerana Rumah Terbuka Kedutaan Malaysia akan bermula pada pukul 4 petang.

Kami pelajar tahun akhir semuanya ke laman belakang kedutaan. Sesi bergambar sakan. Maklum jelah. Ada ramai yang berkamera gedabak-gedabak kan. Kesemua pelajar tahun akhir universiti saya berbaju raya berona emas. Itu tema kami se-batch kali ini. Untuk pelajar tahun akhir RSMU pula mereka berona merah terang. Itu tema pilihan mereka. Maka berkumpullah kami di laman belakang dan kemudian ke dewan utama untuk sesi fotografi bersama Dato' Duta. Tepat jam 12 tengahari, sebuah bas khas pun tiba di laman kedutaan. Siapa boleh eka untuk apa?

Haaa! Kami pelajar-pelajar tahun 6 telah menempah sebuah bas selama 4 jam untuk membawa kami ke 3 destinasi utama iaitu Kremlin, Victory Park dan Moscow State University untuk sesi fotografi! Yeay! Sangat meriah. Sangat menggembirakan. Sangat menarik perhatian juga. Hehe. Sebaik sampai saja di Kremlin, kami semua dikerumuni oleh pelbagai bangsa di kawasan lapang di depan St. Basil tu. Semua sibuk-sibuk nak ambil gambar kami semua. Yang menggeramkan, ramai yang mengerumi itu berbangsa Tan Tan Tan tu. Entah Tarjikistan, ada Uzbekistan dan macam-macam Tan yang lain. Serius saya cakap, mesti gambar-gambar hasil sesi di Kremlin kurang memuaskan hati. Jurugambar yang bertugas (Paan dan Hazwan - pelajar tahun 4) pun tak berpuas hati. Ada juga pelancong Itali dan Perancis yang menyapa dan bertanya tentang kami. Siap nak bergambar bagai dengan kami semua. Huhu. Eksotik sungguh terasa diri semalam. Yang jadi tumpuan semestinyalah pelajar-pelajar perempuan yang berkebaya asli dan nyonya yang ala-ala diva gitu. Hehe. Sungguh ni. K-run, K-reen, Rodo, Lisa dan Syima memang diva habis semalam!

Destinasi kedua ialah Victory Park (Park Pobedy). Kami keluar dari bas tanpa memakai jaket dan PADAN MUKA kami semua sebab kawasan lapang tu ternyata sangat sejuk! Tapi disebabkan nak mendapatkan gambar-gambar yang cantik dengan baju raya masing-masih yang pelbagai fesyen tu, sangguplah jua kami bersejuk-sejukan menggeletar tak ingat dunia. Siap berpelukan lagi saya dengan Dayah sebab sejuk sangat. Huhu. Destinasi terakhir ialah Moscow State University (MSU). Kami diturunkan di tepi Moscow River dan kemudiannya di depan bangunan MSU itu. MSU terletak berhampiran saja dengan kedutaan. Sesi di sini dipercepatkan kerana semuanya sudah tak tahan sejuk. Kami semua terus pulang ke kedutaan untuk solat Zohor dan seterusnya menjadi antara yang terawal menyerbu makanan di Rumah Terbuka kali ini!

Saya jamah sikit saja. Sangat sikit. Air pun setengah gelas je minumnya. Lepas tu kami semua pelajar tahun 6 ni duduk-duduk berborak dan bergambar jelah kerjanya. Pelajar lelaki batch saya memang kaki kamera. Hampir kesemuanya. Seronok bertukar-tukar idea tentang fotografi dan mencuba jaya pelbagai teknik baru. Merepek-repek pun iye juga. Hehe.

Pukul 6, kami bergerak bersama-sama menuju ke rumah Kak Zah, Pengarah Tourism Malaysia di Moscow. Dia menjemput semua pelajar tahun 6 ke rumah terbukanya. Memang kami rapat dengan Kak Zah ni. Sampai di sana, sudah ramai juga pelajar tahun 6 yang lain sudah tiba terutamanya pelajar Cina dari Hostel Kahovs. Makanan banyak sangat. Tapi, satu jenis pun saya tak jamah. Saya hanya menyudu sikit saja puding dari mangkuk Syima. Saya hanya minum air teh susu je. 2 kali pula tu. Huhu. Kat rumah Kak Zah ni tak sah kalau tiada yang berkaraoke. Gempita dibuatnya. Budak-budak rumah saya tak datang ke kedutaan waktu sesi Rumah Terbuka kerana mereka ada majlis makan-makan di rumah kawan mereka. Dan mereka tiba di rumah Kak Zah pun dah pukul 8 malam dah. Selesai Maghrib, saya dah mula rasa penat dah. Pandang kiri, pandang kanan, pakat-pakat dengan pelajar tahun 6 yang lain, maka sekitar 9.30 begitu kami pun berangkat pulang. Saya sampai di rumah lagi 5 minit ke pukul 10 malam.

Wah. Raya kali terakhir di Moscow inilah raya terpanjang yang pernah saya lalui. Dari awal pagi sehingga malam. Dan sepanjang 6 kali menyambut Aidilfitri di Moscow, raya kali terakhir inilah yang paling meriah, penuh kenangan dan menggembirakan. Semalam saya berkepit je dengan kawan baik saya, Nadia. Suaminya Alif ada kelas sehingga tengahari. Saya yakin, tiada seorang pun pelajar tahun 6 yang tidak gembira pada hari semalam. Serius, saya akan rindukan awak semua!


Nota 1: Farah, Faisal, Meor, Smoque, Fizi, Azam, Eza, Baiz, Dayah, Mus, Rodo, Syima, Auyun, K-run, K-reen, Aizat, Pil, Mubin, G-lid, Asrul, Faiz, Nazlin, Posto, Lutfi, Nadia, Lisa, Ain, Munir, Al, Zahir, Zharif, Jetman, Anip, Farid, Che' Din, Anul, Amin dan Jas,sengaja saya tulis nama awak semua supaya saya takkan melupakan awak semua sampai bila-bila =)

Nota 2: Semoga perjalanan keluarga saya pulang ke Penang baik-baik saja insya Allah.

p/s: Gambar-gambar yang ada ini dari kamera saya. Hasil sesi fotografi saya belum ada lagi. Nanti tengoklah kalau rajin saya kemaskinikan semula.

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Assalamualaikum wbt

Friday, December 21, 2007

Raya Yang Tawar

Assalamualaikum wbt

Kronologi kisahnya Aidil Adha kali ini.

Hari rabu yang lalu saya bangun seawal 3 pagi. Solat apa-apa yang patut kemudian terus study semaksimumnya pada hari itu. Hari itu tiada kelas. Jadi saya mengambil kesempatan membuat persiapan gempur untuk exam pada Isnin depan. Maghrib menjelma pada jam 3.50 petang. Membawa cahaya senja Aidil Adha. Memandangkan keesokannnya kesemua teman-teman serumah (kecuali Wanie) akan menghadapi final test, jadi kami makan istimewa pada petang itu. Esok jangan harap kami punya masa untuk semua ini. Sibuk. Jadi, menu kami raya kali ini hanyalah makan malam yang berlaukkan rendang ayam, kuah lodeh, kek coklat dan teh vanila. Itu saja. Tidaklah terlalu istimewa tapi cukuplah sebagai tanda bahawa esok raya.

Malam itu bertakbir pun secara solo saja. Semua orang ada final test keesokannya (tahun 3). Saya pula tidak mendapat sebarang info daripada rakan pelajar tahun 5. Jadi saya pun bertakbir solo di depan laptop sambil terus menyambung study. Tidur seawal 1.20 pagi dan bangkit di pagi Khamis itu pada jam 5 pagi. Solat apa-apa yang patut dan menyambung study lagi.

Di pagi raya, saya hanya bersarapankan nescafe dan roti kosong (memang suka roti kosong saja). Setelah seisi rumah bangkit dan bersiap-siap ke kelas untuk menduduki final test untuk 2 subjek, sempatlah kami bergambar raya bertiga (saya, Emy dan Pena). Gambar saja. Kerana kami serumah nekad walaupun hari semalam sejuk, tetap mahu memakai baju kurung (baca: baju raya).

Kelas saya bermula pada jam 9.30 pagi. Hospital hanya kurang sepuluh minit berjalan kaki dari rumah. 9.20 pagi baru bertolak bersama-sama (baca: kebetulan seiring) dengan Annas, seorang warga Tunisia (yang pernah merisik-risik bertanya khabar suatu masa dulu. Ups. Cerita Monolog Bersama Iman masih belum sudah kan? Hehe). Sebaik tiba di muka pintu hospital, Annas yang bukakan pintu. Ha. Terasa malu seketika. Kenapa? Nantikan konklusinya.

Tiba di kelas, terkejar-kejar mengambil kes dan menyempurnakannya. Selesai membincangkan semua kes secara berjemaah dengan rakan sekelas (tidak dapat berjemaah solat raya, berjemaah menjawab kes sajalah), doktor kami membenarkan kami pulang. Awal sungguh. Jadi, sekitar 11.40 pagi saya sudah berada di pasar pula. Ke sana untuk menghiburkan perut dengan membeli Syaurma (kebab gulung) di sebuah kedai halal di situ. Pakcik tukang kebab sudah bertukar orang. Bukan lagi Azim budak muda dulu. Kini namanya Pakcik Mahmud. Dia bertanya saya ke masjidkah pagi ini. Saya jawab tidak kerana mempunyai kelas. Katanya, di masjid penuh. Luar biasa kali ini. Dia berseloroh, mereka menunggu daging agaknya. Saya senyum saja. Sekali lagi kali ini saya terasa malu. Kenapa? Nantikan konklusinya.

Tiba di bilik, belum sempat rehat habis, kena turun ke bawah untuk latihan kecemasan kebakaran pula. Yang ada hanya saya dan Wanie. Wanie baru saja pulang daripada Kedutaan untuk solat raya di sana. Kami tidak terus bergegas turun. Kami berlengah-lengah kerana hendak solat Zohor dahulu. Kata orang putih, chill.

Sebaik sudah latihan itu, naik ke bilik, saya menyudahkan projek Medical History yang perlu dihantar esok. Kemudian study, study dan study. Disebabkan saya sudah makan Syaurma tadi, saya tidak terasa hendak makan lagi (walaupun Syaurma itu tidaklah sebesar mana). Sambil menyiapkan projek yang hendak di print, saya online bersama kembar. Ha. Jangan tak tahu ya. Saya punya kembar. Kembar sama nama tapi tidak sama jantina. Sembang ilmu. Sembang yang tidak jemu. Ada saja yang direpekkan. Dalam bersembang, kerja jalan juga. Siap sudah projek. Dan kemudian terus study, study dan study.

Sekitar jam 11.15 malam, saya melihat telefon. Ada 5 misscalls. Ya ampun. Saya tidak sedar. Itulah akibatnya bila badan di tempat lain, telinga di tempat lain dan telefon pula di tempat lain. Ketika itu saya baru saja hendak makan malam (pukul 11.15 malam??). Sambil makan, nota ada di tangan. Study lagi. Lauk sangat pedas dan perut pula sangat kosong. Selepas makan, perut pedih. Sangat sakit.

Jam 1.30 pagi, mata terlalu mengantuk. Perlu tidur. Syukur di Moscow tiada nyamuk. Tidak perlu membuat persiapan menyembur Ridsect dan sebagainya sebelum tidur. Ke bilik air berwuduk, naik ke atas katil, berselimut, mengunci jam untuk bangun pagi, membaca mesej lama (huhu) dan doa, terus lelap tidak sedar.

Hari ini bangunnya pukul 4.50 pagi. Solat apa-apa yang patut. Terus study. 6.30 pagi solat subuh dan kini di sini sedang study dan bertakbir. Takbir yang seorang. Takbir itu kuat. Seorang itu hebat. Berhenti seketika untuk menatap laptop. Inilah raya saya tahun ini. Tawar saja. Tiada gula, tiada garamnya.

Konklusinya, apa yang buat saya malu kepada Annas, ketika Annas hendak membukakan pintu untuk kami masuk, saya terdengar dia membaca surah Al-Ikhlas. Terkesima saya.

Kenapa saya malu kepada Pakcik Mahmud, ketika Pakcik Mahmud baru hendak memulakan menghiris daging ayam kebab itu, saya terdengar dia juga membaca surah Al-Ikhlas. Terkesima lagi.

Jadi saya malu. Sebelum saya membuka pintu untuk masuk ke mana-mana bangunan, belum pernah saya mengamalkan bacaan surah ini. Begitu juga sebelum mula memasak. Sekadar lafaz basmalah saja (bimillahirrahmanirrahim). Baik Sarah. Sila ambil perhatian. Jika berkesempatan, sila amalkan. Tiba-tiba saya teringatkan cerita Kiamat Sudah Dekat. Bagaimana Fandy berusaha menguasai ilmu ikhlas sebagai syarat untuk mengahwini Sarah. Eh, melalut pula.

Tawar saja rayanya, kan. Tapi di hujung hari saya belajar sesuatu untuk Aidil Adha kali ini.

Wednesday, December 19, 2007

Erti Pengorbanan

Assalamualaikum wbt

Dalam seminggu ini, bermacam-macam perkara telah terjadi. Walaupun tiada angin tiada hujan, ribut melanda juga di sini. Alhamdulillah langit telah cerah kembali. Yang ada hanyalah salji putih yang bakal menemani Aidil Adha kali ini.

Suhu tidak sesejuk musim sejuk tahun-tahun yang lalu. Kebiasaannya, mencecah pertengahan Disember, suhu sudah serendah -15 ke -20 di bawah paras beku. Tapi pada tahun ini sangat luar biasa. Moscow panas. Paling sejuk yang saya sempat rasakan hanyalah -11'C sahaja. Pasti ada hikmahnya.

Pada tahun ini, Aidil Adha tidak disambut serentak dengan Kota Mekah. Saya pelik. Kenapa selalu begini jadinya. Aidil Fitri yang lalu jatuh serentak pula dengan Mekah dan beberapa buah negara yang lain. Tetapi untuk Aidil Adha ini lain pula kiraan kalendarnya. Alhamdulillah semalam saya sempat berpuasa sunat wuquf mengikut kiraan di Mekah, seretak bersama jutaan jemaah haji yang berwuquf di Arafah. Panjang doa yang saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Moga-moga dimakbulkannya.

Cerita tentang banjir, keadaan semakin pulih di Pahang. Begitu juga dengan di Temerloh. Beberapa hari lalu, saya bermesejan dengan emak bertanyakan keadaan di rumah. Semuanya elok-elok belaka. Kata emak, dia sedang bermain Sahiba. Ayah, Adi dan Kaklong pula sepasukan sedang menentang Adik Aiman, Adik Zizi dan Shafiq (sepupu dari Terengganu) dalam permainan karom. Inilah hikmah banjir bagi yang tidak terlibat secara total. Merapatkan hubungan kekeluargaan. Teringat kali terakhir saya bermain karom di rumah adalah bersama Nan 5-6 tahun yang lalu. Pasti ada unsur tidak puas hati kerana teknik jentikan Nan yang pelbagai dan ditambah pula taburan serbuk kaca (nama sejenis tepung yang digunakan untuk melicinkan papan karom) adalah tidak sekata. Jadinya, Nan mempunyai kelebihan untuk menang. Alah. Semuanya sekadar alasan. Saya yang tidak cekap bermain, mahu disalahkan Nan pula. Tetapi dalam Sahiba, saya jaguh. Kali terakhir saya bermain Sahiba adalah bersama arwah Chik Joe 2 tahun yang lalu. Bermain bersama Chik wajib menggunakan Bahasa Inggeris. Okay, no problem boss! Semuanya tinggal kenangan.

Dua hari lalu, saya menghubungi Lan. Katanya, dia akan pulang ke Temerloh pada hari ini (Rabu) untuk berhari raya. Seronoknya. Semua akan berkumpul di rumah. Aidil Adha biasanya disambut ala kadar saja di rumah. Selepas solat raya, orang kampung akan berkumpul di tempat yang dijadikan tapak penyembelihan. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Jika ada lembu yang dibawa pulang untuk dijadikan korban, sayalah yang bertugas menyediakan air garam untuk ia minum. Sebenarnya sampai ke hari ini saya pelik. Kenapa diberikan air yang bergaram sebagai minuman? Kenapa tidak air tawar saja?

Teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu di sekolah rendah. Siapa yang kasihan melihat haiwan dikorbankan, dia tidak boleh makan daging itu. Terus tergambar dalam ingatan wajah seorang kawan Nan yang menangis teresak-esak kerana melihat lembu disembelih. Budak-budak. Apalah sangat yang difahami waktu itu.

Aidil Adha kali ini saya beraya di kelas saja. Esok pagi akan ke hospital pada jam 9.30 pagi. Sekitar 2 petang baru selesai semuanya. Ini pengorbanan kami. Tiada cuti dan beraya di hospital saja. Setiap daripada kita pastinya mempunyai takrifan tersendiri dalam menghayati sirah pengorbanan Ibrahim dan Ismail.

Andai kita diletakkan dalam situasi yang sama, terpaksa menyembelih darah daging yang kita sayangi, sanggupkah kita? Atau ada yang lebih sanggup mendakwa tuhan yang menyuruh melakukan perkara itu dusta belaka? Itulah pengorbanan Ibrahim dan Ismail. Yang saling percaya bahawa itulah perintah Allah yang benar sebenar-benarnya.

Semoga Aidil Adha kali ini mengajar kita erti menjadi kuat dalam kehidupan. Mengajar kita erti berkorban untuk membenarkan kebenaran. Kadang kala kita tidak sedar langsung yang kita pernah berkorban. Kenapa begitu? Kerana kita telah meniatkan apa salahnya berkorban sedikit untuk masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat keluarga di Temerloh dan Pulau Pinang. Juga rakan-rakan di seluruh dunia. Buat sahabat baik saya Dr. Nurul Faaiqah yang mengikuti Misi ke Darfur, semoga Allah memberkati budi dan jasa yang ditaburkan buat Muslimin di sana. Buat seorang lagi sahabat yang jauh di mata dekat di hati, teruslah kuat!

Salam Aidil Adha dari Moscow.


Nota: Saya ada exam pada hari Isnin hadapan. Doakan saya.

Thursday, October 18, 2007

The Open Houses And Special Appearances

Assalamualaikum wbt

For the 1st day raya story, click here.

Here is the story of the 2nd dan 3rd days of raya plus the open houses that I attended.

On the 1st day, after solat raya and simple ceremony in embassy, we all followed Uncle Zul and Faiz went back to their hotel. We ate, chatted and did sloppy silly activities before going back to our house. Reaching our home sweet home when it's almost 6pm and around 8.30pm, I went to the 1st open house of the day. It was at the 202 girls' place. So called as Anna's room.

At the moment me, Wanie and Fareena attended the open house, the rest of my housemates (Emy, Fatt and Diba) were cooking the last dish for their group's open house join-ventured with Mily's. Straight away from Anna's room, me and Fareena joined the rest of them in Mily's room. The food was superb. Nasi minyak completed with the cookies, cakes and yummy home made lemon tea. I joined the juniors chatting, playing quizzes, telling some jokes and horror stories till midnight. They are the great companions of mine here in Moscow. And the worst part was they discovered my weakness that night! Eversince then, whenever I meet Afi or Aidi, they will imitate me. Yerr... Unfortunately, no one brought along camera to Mily's room that night. So no picture for this open house. Sorry Mily.

The next day, a few friends came to my house including KA (Ku Ammar) and KI (Khairil Idham) (Rynak surely got mad :p). We housemates served the guests with cookies only since we didn't cook any special meal for that day. Eventually, in the afternoon (after Zuhur), I had a small but nice open house of group 4,5 and 6 (all JPA and MARA scholars of my batch). Faisal's lontong was superbly done! And I could swallow it! (because I couldn't eat Wanie's lontong the day before. My throat was still inflamed). The funniest part was when Davina intended to eat serawa telur (Farah's menu) together with nasi himpit and kuah kacang. Faisal realized it and shouted out loud to Davina not to spoil the taste of the serawa with her weird style. And the crowd laughed. After eating must be the photography session. Here's the picture of the whole JPA scholars of my batch in Moscow Medical Academy (MMA) but Malays only (not in the pic: Thines, Davina and Wendy).

The next destination was The Malaysian Embassy. We reached there at 4.30pm and the crowd wasn't like what we expected. The open house was held for all Malaysians; Muslims and Non-Muslims. I didn't enjoy the function as I mentioned before that I hate to be in the crowd. We went back at 6pm.

After the embassy, the next open house was at Afifah's (Pip) room. It was like a welcoming ceremony for the newcomers of the Selangor State Government's scholars. I didn't go because I wasn't feeling good at that time. Maybe because of the cold whether outside. So after the Maghrib, I took a small nap while waiting for Isha' on sejadah! Was so tired. And around 11pm, I started preparing the kuah kacang for my hostel's open house the next day. It's 9 kg man! Here's the picture in Pip's room.

Multiracial-all-together picture of them. So happening. We all here are so close among Malaysians regardless of religion and race. The picture below is Ammar and the girls. What were they listening to Ammar? Ammar, what's the Moscow's latest gossip, huh?

The next day was the last open house which I attended. The Spartiv's open house. The guests were from all over Moscow. Basically the students. Don't want to say more. Since Eza, Fiza and Baiz came to my room that day, I promise to upload their photos in this special entry.

The one in blue is Eza and next to her is Fiza. They both were my former roommates back in Pushkin Hostel when I was in the 1st year. And they both now are staying in Kahov Hostel.

And this is Baiz. My buddy. If she comes to my place, she knows how to make herself at home. Even she cooks for herself. Right Baiz?

The 2nd year students who came all the way from Kahov Hostel. If I'm not mistaken, some of them came from Moscow Aviation Institute (MAI). Among them all, I knew only a few: Arif (in black), Munir (in green) and Zul (in white t-shirt with glasses at the back).

And these are the special appearance of Raimi, Hazreen, Azri and Afiq Awe. They all came from RSMU Hostel in Volgina Street. Raimi, this I promised you! And to Hazreen and Awe, thanks for your visits to my blog. And Azri was my enemy in debate during school time. And here we meet again. Anyway, they are all my juniors, the 4th year students.


And this is the special appearance of Mr. Hannan. My blogging buddy in Moscow. Hannan, did you know that I started blogging after sometimes being a stalker on your blog? This is the fact. So if you claimed that I'm a 'tegar' blogger, so you are the sifu! Sorry Hannan. The one in my collection isn't good enough. Blurrrrrr. Anyway, thanks to Puyi for the shot.

And the last picture is the special appearance of Nabil (on my right) and Ikhwan (on my left). I like them both. My juniors here (Ikhwan in MMA and Nabil in RSMU). The 3rd year students. Nabil is so kindhearted. And I like this fact. That's why I address him as Nabil Budak Baik. I still remember the incident in the flight. Thank you Nabil. KS will always remember it. Ikhwan is so helpful. So smart in study and so cool, too. And that's why I saved his name as Iku the rajin-est in my phone and YM. Accidentally, the 4 of us (me, Hannan, Nabil and Ikhwan) were all in green that day.

To all mentioned names, thank you so very much for being a part of my life here in Moscow. To all my colleagues in Moscow, thank you very much too. May I have another chance to write a credit for all of you, too.

To WaHi: Thanks for the long distance call. Never expected to receive your call, seriously.

To my blogger friends: Thanks for the raya ecard. So sweet of you all.


Saturday, October 13, 2007

Ceritera Raya Di Moscow 2007/1428H

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua.

Ramadhan berlalu membawa seribu kenangan dan keinsafan. Bulan yang sepatutnya kita jadikan sebagai madrasah terbaik untuk membersihkan hati dan jiwa kini diganti oleh Syawal. Sejauh manakah tazkiyyatun nafs berjaya kita perolehi? Semakin tenangkah diri kita? Semakin tenteramkah hati kita? Dan Syawal yang datang terasa awal. Kerana indahnya beribadah di malam-malam Ramadhan masih belum puas dirasakan. Walau apapun yang dirasa, sebenarnya hakikat 1 Syawal juga boleh membawa keinsafan andai dihayati dan disambut dengan seadanya.

Entri sempena sambutan raya saya di Moscow buat kali ke-5 ini saya kira agak panjang. Saya sertakan gambar-gambar untuk saya kongsikan suasana dan kemeriahan kami semua di sini walaupun kami jauh di perantauan. Apatah lagi kemeriahan aidilfitri di tanah air. Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Pada malam ke 29 Ramadhan (Rabu malam Khamis), kumpulan tadarus kami mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama-sama dan sedikit jamuan ringan. Semoga Al-Quran bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi menjadi amalan harian kita semua. Pada hari terakhir Ramadhan, seperti yang dijanjikan, kami berbuka bersama Faiz di Arbat Street (tempat kali pertama kami semua bertemu dulu). Lebih meriah, Faiz membawa bersama 2 orang pegawai Angkasa (Kak Zahira) dan Nuklear (Kak Hazfa).

Lebih memeranjatkan kami, ibu kepada Sheikh, Auntie Zuraidah, dan abangnya, Sheikh Ahmad Shukor, turut serta bersama kami. Suasana sangat meriah kerana keramahan mereka membuat kami terasa dekat dan sangat senang sekali. Di malam raya itu, kami sebilik bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah; kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, 2 jenis kuih raya, ketupat dan lemang segara. Dan di pagi raya, inilah wajah-wajah gembira kami usai solat raya di Kedutaan Besar Malaysia.

Raya kali ini sangat meriah. Moscow dibanjiri oleh pihak media yang membuat liputan keberangkatan angkasawan pertama negara dan juga para saintis yang menjayakan program ini. Kami juga sempat bertemu Shuhada pengacara Nona! Tidak boleh dilupakan, bertemu Uncle Zul. Sangatlah meriah! Tanpa Uncle Zul, suasana pada hari semalam pasti kurang berseri. Dan buat kali kedua, Faiz berhari raya di Moscow. Ibu bapanya baru bertolak pulang ke Malaysia pada pagi itu.

Gambar bertemakan ungu muda ini adalah pelajar JPA tahun akhir universiti saya. Mereka mengambil kesempatan aidilfitri terakhir di Moscow ini untuk menggayakan warna baju raya yang sama. Dan lihatlah wajah-wajah anak dara pelajar tahun 3 itu. Sangat manis! Saya rasa, saya masih belum pernah menceritakan tentang kewujudan kembar saya di sini. Sejak saya berada di tahun 2, ramai orang mengatakan wajah saya dan seorang junior di Russian State Medical Univ. (RSMU) kelihatan seiras. Itulah dia Mazrin (Mayein). Selepas saya mengenalinya, saya pun bagaikan terlihat kelibat diri saya pada dirinya. Kata orang, kami punya bentuk muka dan senyuman yang sama! Yang berbaju biru itu adalah sahabat baik saya di sini. Nadiah Hamimah. Oh, dia bakal dimiliki!

Mengikut perancangan awal, kami akan ke rumah Uncle Zul selepas majlis di kedutaan untuk memasak nasi dagang bersama-sama. Tapi malangnya, rancangan perlu ditukar kerana Uncle Zul dan Faiz perlu bergegas ke Malaysian Control Center (MCC) pada jam 3pm. Jadi, memandangkan kami telah siap membawa juadah raya yang kami sediakan, Uncle Zul terus mengajak kami balik ke hotelnya untuk makan-makan di sana kerana Uncle Zul dan Faiz akan bertolak ke MCC dari sana bersama Dato JJ. Gambar di atas adalah ketika kami berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk mendapatkan teksi untuk ke Swiss Hotel di Paveletskaya.

Kami 9 orang semua. Seperti biasa, sayalah yang akan menjadi orang yang berkomunikasi dengan pakcik teksi untuk memberitahu destinasi (sebab paling senior! Oh, terasa tua!). Teksi pertama dinaiki oleh 4 orang termasuk Uncle Zul. Diikuti 3 orang dalam teksi kedua. Jadi, saya dan Faiz menaiki teksi ketiga untuk ke sana. Malangnya nasib kami, di pertengahan jalan, pemandu teksi mengatakan bahawa dia tidak tahu arah ke sana dengan setepatnya. Puas dia melihat-lihat peta Moscow.

Akhirnya Faiz mencadangkan agar dia menghantar kami ke stesyen metro yang terdekat. Dalam perjalanan menuju ke metro pula, kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang setengah jam.Aaaaa tidak! Kami akhirnya menaiki metro menuju ke hotel dan lebih melucukan, pada waktu itu Faiz tidak mempunyai duit kerana belum mengeluarkan duit. Dan saya pula membawa duit yang sangat besar. Jadi, ketika membeli tiket metro, saya terpaksa membeli untuk 10 trip sedangkan yang diperlukan hanya 2 saja supaya boleh mendapat wang baki semula. Jika membeli 2 tiket saja dengan not 1000 ruble, adalah sangat mustahil. Lagi dimarah adalah kerana tidak menyediakan wang kecil!

Sewaktu di dalam metro, Faiz menunjukkan beg plastik yang dipegangnya dan baru saya sedar betapa pentingnya kami berdua di saat itu kerana ketupat dan lemang ada bersama kami! Kalaupun yang lain sudah sampai bersama lauk-pauk, mereka tetap tidak boleh makan kerana ketupatnya tiada! Gelak besar kami waktu itu. Dan yang lebih melucukan, kami berdua menjadi model pakaian tradisional Melayu di Kota Moscow pada hari semalam. Apa tidaknya. Saya yang berbaju kurung cantik-cantik dan Faiz yang berbaju Melayu lengkap bersampin menaiki metro untuk tempoh perjalanan yang agak lama dan sebaik tiba ke destinasi, kami berjalan kaki menuju ke hotel dari stesyen metro itu pada suhu 2'C! Wah! Tourism Malaysia Moscow patut membayar kami atas khidmat yang kami berikan ini.

Dan ini keadaannya di bilik hotel. Semua sudah lapar dan sedang menunggu ketibaan kami. Pada mulanya, Mily menghidangkan makanan untuk Uncle Zul dan Faiz dulu. Ternyata kedua-duanya sangat lapar! Setelah Uncle Zul siap, Faiz masih belum berhenti makan!
Lihatlah aksi Uncle Zul dan Emy ini. Selesai makan, Uncle Zul berkata: Eh, Uncle tak bergambar lagi dalam bilik ni. Uncle pun nak la jugak. Dan sudahnya, inilah aksi Uncle Zul yang gila-gila melayan kerena mereka yang lain. Di saat itu, Faiz masih tidak berhenti makan! Dan itu dia saya. Akhirnya saya sudah boleh menelan solid food. Alhamdulillah. Sebaik Uncle Zul dan Faiz bertolak ke MCC, giliran kami semua pula untuk mengisi perut. Lihatlah betapa laparnya kami semua di saat itu kerana hanya makan sedikit saja di kedutaan. Inilah ceritera raya saya dan rakan-rakan di sini. Ini versi raya pertama. Versi untuk raya kedua dan rumah-rumah terbuka yang kami kunjungi akan menyusul dalam entri berikutnya (jika ada kelapangan).


























Sekali lagi, salam lebaran buat semua.
Maaf andai ada salah dan silap.
Salam penuh takzim dari Kota Moscow.

Nota:
- Mari kita sempurnakan puasa 6 pula ye lepas ni nanti :)
- Maaf sebab saya rasa gambar-gambar ni nampak tidak teratur dan comot kalau di'view' di monitor kamu semua. Saya malas nak buang masa menyusun atur gambar-gambar ini dengan baik kerana perlu bergegas menyediakan kuah kacang sebanyak 9 kg untuk Rumah Terbuka Hostel Spartiv pada hari esok. Sesiapa yang berada di Moscow, kamu semua dijemput hadir ye ;)

Thursday, October 11, 2007

Salam AidilFitri 1428H


Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga ibadah kita di sepanjang Ramadhan ini
Memperbaiki iman dan taqwa kita
Dan menaiktarafkan semangat juang kita
Andai ada terguris terasa
Setulus hati maaf saya pohonkan
Agar terlerai segala kusutan
Antara kita sesama insan

Maaf Zahir dan Batin


Tuesday, January 02, 2007

Saddam Hussien Execution

Salam alaikum...

Hayya ta3ali huna jami3an! Isma3uu 3ala ma saatakallamu...


Di petang Eidul Adha di sini (31 Disember), sekembali daripada jamuan raya di bilik junior-junior JPA, saya mengambil peluang berehar-rehat di bilik saja kerana pada malam sebelumnya keletihan mengemas buku-buku , bilik dan menemankan kawan menyediakan juadah raya sehingga jam 4 pagi. Dan seawal 6.30 pagi telah bangun bersiap untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha di Kedutaan Besar Malaysia.


Sebaik saja kesemua teman sebilik keluar ke bilik rakan-rakan mereka semula, saya menunaikan solat Mahgrib, mengaji Al-Quran dan terus menunaikan solat Isyak. Usai solat, saya melayari internet sebentar untuk mengetahui perkembangan terkini kisah pengebumian Saddam Hussein. Saya membuka laman web radio rasmi Iraq http://www2.blogger.com/www.alrafdean.com yang ternyata 100% dalam Bahasa Arab. Namun ini bukan masalah besar lagi bagi saya untuk memahaminya kerana saya mengikuti kelas Bahasa Al-Quran itu di sini bersama kawan dari Tunisia.

Sedang saya membaca berita tersebut, tiba-tiba mata saya tertangkap pada 1 ayat yang menyatakan : Jika mahu menonton video penggantungan klik di sini. Pantas, terus saya klik. Malangnya, saya tidak boleh menonton kerana terlalu ramai pengguna sedang menonton video tersbut.

Lalu saya teringatkan ayah. Iya! Ayah pasti saja tahu akan hal ini. Ayah sentiasa mengikuti perkembangan terkini kes ini. www.aljazeera.com sentiasa menjadi sumber informasi ayah. Saya melihat senarai Google Talk. Tiada. Ayah tidak online. Sudah hampir tahun baru di Malaysia, masakan ayah sedang online sekarang. Sudah tidur barangkali.


Lalu saya menelefon rumah. Rasa ingin tahu melimpah-ruah di hati. Telefon dicapai dan TV dinyalakan. Sambil menunggu panggilan bersambung, saya mengalihkan siaran ke BBC WORLD. Sebentar lagi pasti akan ada lintas langsung dari negara-negara yang telahpun mencecah jam 12 am. Kedengaran suara ayah di hujung talian. Gembira! Ayah dan emak belum tidur lagi.


Sebentar, kami berbincang tentang majlis korban yang banyak dilangsungkan di kawasan rumah saya di Pahang. Ramai sungguh yang berkorban tahun ini. Lalu saya mengemukakan topik utama yang ingin saya tanyakan pada ayah, perihal Saddam Hussein.


Kata ayah, Amerika sangat cekap dalam memainkan peranan untuk menakutkan umat Islam, kononnya. Video penggantungan Saddam Hussein ini didalangi komplot sebenarnya. Belum pernah terjadi kes sebegini di dunia, yang mana video prosedur ini disebarkan kepada umum dan seandainya ada, sudah pasti penyebarnya dikesan dengan cepat dan hukuman akan dikenakan. Namun dalam kes ini, sebaliknya pula yang terjadi.

Jam menunjukkan tepat 7 petang di sini. BBC WORLD juga telah menunjukkan akan bermulanya headline jam 7. Terkejut! Saya memberitahu ayah bahawa di dalam TV kini sedang menunjukkan video tersebut! Sungguh! Saya sangat terkejut dengan ketenangan Saddam di saat beliau menolak untuk dipakaikan sarung hitam ke mukanya dan mengatakan: Buat apa takut mati. Kemudian, dengan tenang juga beliau sendiri yang meletakkan tali gantung itu di lehernya, tanpa ada riak gentar, berdebar mahupun gusar. Seketika kemudian, terdengar satu jeritan kuat memberi isyarat papan boleh dibuka dan sejurus kemudian, Saddam hilang ke dalam lubang, yang kelihatan hanyalah seutas tali besar sebagai gantungannya itu.


Kemudian, siaran berita memberitahu bahawa jenazah beliau dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan sehari selepas proses penggantungan itu. Solat jenazah ghaib dilakukan di seluruh pelosok Iraq.

Saya menyambung perbualan bersama ayah. Ayah memberitahu, proses penggantungan itu dilakukan sebelum azan subuh di awal pagi Eidul Adha. Sungguh! Ini satu penghinaan yang Amerika lakukan terhadap kita semua. Tambahan, mahkamah rayuan masih belum mengeluarkan keputusannya lagi. Sungguh! Ini memang satu penghinaan besar terhadap kita semua.


Seketika kemudian, berita menunjukkan keadaan jutaan jemaah haji yang sedang melontar jamrah yang pada ketika itu telahpun masuk ke hari kedua. Lintas langsung terus dari Mekah disiarkan. Pada awalnya, pemberita, yang semestinya seorang Muslim itu, mengkhabarkan keadaan di sana beserta keadaan suhu yang agak sejuk kini di Mina. Khemah-khemah kelihatan bergerak-gerak ditiup angin sejuk, pada musim sejuk yang boleh dikira agak panas berbanding tahun sebelumnya. Lalu, pembaca berita di studio menanyakan, apakah jemaah haji di Mekah mengetahui perkembangan kes Saddam Hussein dan berlakukah sebarang bentuk pemberontakan mahupun rusuhan berkenaan hal ini?


Lalu dengan tenang wakil di Mekah tersebut melaporkan bahawa kedaan jemaah haji di sana sangat tenteram dan terkawal. Tambahan menurutnya, ibadah haji dalam Islam mempunyai tujuan yang tersendiri, yang menghimpunkan umatnya dari seluruh dunia dengan penuh rasa keamanan, bersih dari segala dendam dan benci, memaafkan yang lain dan tidak memikirkan perihal dunia, sebaliknya hanya fokus terhadap Allah yang Esa. Di saat ini juga, jemaah haji kebanyakannya terputus hubungan dengan dunia luar kerana tahap fokus beribadah adalah ke titik yang maksimum serta kemudahan internet agak kurang meluas melainkan ada di antara mereka yang mengetahui berita ini melalui telefon (panggilan atau pesanan ringkas).

Tambahnya, sungguhpun mereka mengetahui hal ini, Insya Allah, kejadian buruk yang tidak diingini tidak akan berlaku kerana Mekah adalah Tanah Haram, yang menyimpan seribu rahsia jika wujudnya kekotoran dalam hati.

Lantas, pembaca berita di studio menambah dengan mengatakan, inilah dia kelebihan agama Islam, di mana adanya hari-hari khas yang tidak memungkinkan kita berburuk sangka, berhasad dengki dan bertelingkah, Harus sentiasa dalam keadaan yang siap sedia untuk beribadah dan bersih hati dari kacauan dunia, itulah dia hari-hari di Tanah Suci Mekah.

Wah! Terkagum saya mendengarkan ulasan pembaca berita tersebut sebelum berita beralih kepada pendapat ulamak-ulamak Islam dunia berkenaan kematian Saddam Hussein ini. Ulamak dunia pada hari ini menyifatkan kematian Saddam Hussein ini dianggap SYAHID kerana sungguhpun pernah dikenali sebagai diktator semasa hayatnya, namun keberaniannya yang kemilitarian inilah yang telah menakutkan Amerika, lalu dijatuhkan hukuman ke atasnya sebagai seorang Pengganas Antarabangsa. Logik akalnya, kita semua boleh berfikir mengapa Amerika sangat menggeruni Saddam Hussein. Jawapannya tidak lain tidak bukan, kerana beliau berani merekriut tentera Islam sehingga tentera Mujahidin Iraq tersohor antara yang tercekap dan bersemangatkan berani mati Syahid Ilallah yang paling tinggi. Jika dulu Jepun mara dengan Kamikaze yang gah dilaung-laungkan, tentera Mujahidin Iraq pula dikenali dengan semangat Syahid Amaluna yang dizikir-zikirkan.

Saddam Hussein dilihat dunia sebagai pemusnah Islam, yang telah mencetus kebencian di kalangan umat Islam sendiri, sebaliknya, hakikat sebenar di negara-negara arab, negara bumi para nabi, beliau disanjung kerana semangatnya, perjuangannya dan kelantangannya bersuara dan bertindak. Cuma yang menjadi kekurangsenangan dunia Islami adalah kediktatorannya yang tinggi. Benarkah lontaran pendapat saya ini? Saya cuma menyetujui pendapat para ilmuan Islam yang sering saya ikuti perkembangannya.

Sebagai penutup headline 7 pm itu, pembaca berita berkulit putih kuning, berambut perang emas, berhidung mancung, bermata kelabu itu menyebut, biarpun hilang seorang jaguh Islam, akan wujud lagi nanti pejuang seterusnya pada masa mendatang, dengan dikhaskan penggunaan perkataan 'WARRIOR' yang membawa maksud 'PAHLAWAN'. Wah! Sekali lagi saya terkagum dengan apa yang diucapkannya.

Benar! Saddam Hussein pergi sebagai ASY-SYAHID. Bukan sebagai Pengganas Antarabangsa.

Sebagai penutup tirai, BBC WORLD menayangkan keadaan sambutan di negara-negara di timur dunia yang telahpun menyambut Tahun Baru 2007. Kelihatan meriah dan laghanya keadaan di Tokyo, Seoul, Ho Chi Minh, Medan dan tidak ketinggalan Kuala Lumpur.

Di saat dunia Islam kehilangan seorang WARRIOR-nya, umat Islam masih ramai yang alpa dan leka...


Di manakah orang seperti Fahri?
At night, I sigh.

Saturday, December 23, 2006

Eid Mubarak...In the Real Meaning


" Ya Allah, andai ingin Kau berikanku nikmah, janganlah Kau lalaikan aku dengan nikmahmu itu. Ya Allah, andai nikmahMu itu akan menjauhkan aku dariMu, Kau tariklah ia kembali dariku agar aku benar-benar mensyukuri segala apa yang telah sedia ada padaku dengan seikhlas hati dan agar hatiku tidak lari dari jalanMu, jalan yang Kau janjikan di akhirnya ada nikmah terbesar. Amin"

Salam alaikum

Summary Of Eid Mubarak

22/10
Takbir in room. Syahdu. Tomorrow I'll have class. Can't join the rest in embassy.

23/10
Solat sunnat in the room and prepared to class. Breakfast a bit, everything was prepared by my roommates. Nasi himpit & kuah kacang, soto, laksa penang (my part) and a few more. Without Baju Raya, I took bus to class (eventhough it's only walking distance from my room). Attended Neurology lecture with Faisal, then to Neurology class, went to patient, discussed with him about his Polyneuropathy, jot down important notes for patient' s case history. NOTE: Have to submit by end of this week. After class, went to Endocrinology lecture in diff. hospital. Then, with my groupmates (yg memang sangat best!), we went to the bowling centre. Celebrate our raya there. Then went to Meor and Thines' house. 1st thing i did: called my family. Raya in Malaysia will be tomorrow. There we cooked, solat and ate together there. All group members were there (muslims). At that time, I realized that that's the real feeling of becoming a medical student in overseas, celebrating raya in class, celebrate with whatever food that we have, as simple as it sounds, but as meaningful as what we are supposed to. At night in my room, we invited friends to come (especially 2nd year students) and we talked about our memories during Hari Raya in Malaysia in childhood. Time runs fastly...

29/10
Open room in 205! I made it in purposed, for Iman Al-wahdy, my Indonesian friend that I'm close with. Alhamdulillah, mission completed (^^,) Imen and Ineas, my Tunisian friends came too, as well as Usamah, Annas and Ibrahim, the three siblings from Syria. My batchmates came and we had a great time together. And 1 guest from M2 also came. Abg Khairil really made it. Rezeki dia la kot dapat jumpa my Tunisian friends. Hehe.

11/11
Baked 4 chocolate cakes moist and 4 tupperwares of pudding triffle for PPIM and KUMOSC Open House tomorrow afternoon. Only me and Wani were in the room. The rest went to Aidil Vaali Celebration organizes by SMSA. They came back with 5 little turtles for me. Didn't sleep at all for the whole night.

12/11
PPIM and KUMOSC Open House in embassy. A great time working with the rest. 1st time wearing my Baju Raya that I brought. No meaning anymore. Hmm...


Here are some pics.
Time: Throughout Syawal
Veneu:
Diff. places, mostly in Moscow, but some are in Malaysia (from my family)




























































p/s: OK. Gambar terabur lagi sekali. Saya dah malas nak edit semula entry lama ni :p

(November 15, 2006)