Showing posts with label Angkasawan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Angkasawan Malaysia. Show all posts

Saturday, October 13, 2007

Ceritera Raya Di Moscow 2007/1428H

Assalamualaikum wbt

Salam lebaran buat semua.

Ramadhan berlalu membawa seribu kenangan dan keinsafan. Bulan yang sepatutnya kita jadikan sebagai madrasah terbaik untuk membersihkan hati dan jiwa kini diganti oleh Syawal. Sejauh manakah tazkiyyatun nafs berjaya kita perolehi? Semakin tenangkah diri kita? Semakin tenteramkah hati kita? Dan Syawal yang datang terasa awal. Kerana indahnya beribadah di malam-malam Ramadhan masih belum puas dirasakan. Walau apapun yang dirasa, sebenarnya hakikat 1 Syawal juga boleh membawa keinsafan andai dihayati dan disambut dengan seadanya.

Entri sempena sambutan raya saya di Moscow buat kali ke-5 ini saya kira agak panjang. Saya sertakan gambar-gambar untuk saya kongsikan suasana dan kemeriahan kami semua di sini walaupun kami jauh di perantauan. Apatah lagi kemeriahan aidilfitri di tanah air. Klik gambar untuk imej yang lebih jelas.

Pada malam ke 29 Ramadhan (Rabu malam Khamis), kumpulan tadarus kami mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama-sama dan sedikit jamuan ringan. Semoga Al-Quran bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi menjadi amalan harian kita semua. Pada hari terakhir Ramadhan, seperti yang dijanjikan, kami berbuka bersama Faiz di Arbat Street (tempat kali pertama kami semua bertemu dulu). Lebih meriah, Faiz membawa bersama 2 orang pegawai Angkasa (Kak Zahira) dan Nuklear (Kak Hazfa).

Lebih memeranjatkan kami, ibu kepada Sheikh, Auntie Zuraidah, dan abangnya, Sheikh Ahmad Shukor, turut serta bersama kami. Suasana sangat meriah kerana keramahan mereka membuat kami terasa dekat dan sangat senang sekali. Di malam raya itu, kami sebilik bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah; kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, 2 jenis kuih raya, ketupat dan lemang segara. Dan di pagi raya, inilah wajah-wajah gembira kami usai solat raya di Kedutaan Besar Malaysia.

Raya kali ini sangat meriah. Moscow dibanjiri oleh pihak media yang membuat liputan keberangkatan angkasawan pertama negara dan juga para saintis yang menjayakan program ini. Kami juga sempat bertemu Shuhada pengacara Nona! Tidak boleh dilupakan, bertemu Uncle Zul. Sangatlah meriah! Tanpa Uncle Zul, suasana pada hari semalam pasti kurang berseri. Dan buat kali kedua, Faiz berhari raya di Moscow. Ibu bapanya baru bertolak pulang ke Malaysia pada pagi itu.

Gambar bertemakan ungu muda ini adalah pelajar JPA tahun akhir universiti saya. Mereka mengambil kesempatan aidilfitri terakhir di Moscow ini untuk menggayakan warna baju raya yang sama. Dan lihatlah wajah-wajah anak dara pelajar tahun 3 itu. Sangat manis! Saya rasa, saya masih belum pernah menceritakan tentang kewujudan kembar saya di sini. Sejak saya berada di tahun 2, ramai orang mengatakan wajah saya dan seorang junior di Russian State Medical Univ. (RSMU) kelihatan seiras. Itulah dia Mazrin (Mayein). Selepas saya mengenalinya, saya pun bagaikan terlihat kelibat diri saya pada dirinya. Kata orang, kami punya bentuk muka dan senyuman yang sama! Yang berbaju biru itu adalah sahabat baik saya di sini. Nadiah Hamimah. Oh, dia bakal dimiliki!

Mengikut perancangan awal, kami akan ke rumah Uncle Zul selepas majlis di kedutaan untuk memasak nasi dagang bersama-sama. Tapi malangnya, rancangan perlu ditukar kerana Uncle Zul dan Faiz perlu bergegas ke Malaysian Control Center (MCC) pada jam 3pm. Jadi, memandangkan kami telah siap membawa juadah raya yang kami sediakan, Uncle Zul terus mengajak kami balik ke hotelnya untuk makan-makan di sana kerana Uncle Zul dan Faiz akan bertolak ke MCC dari sana bersama Dato JJ. Gambar di atas adalah ketika kami berjalan keluar menuju ke jalan besar untuk mendapatkan teksi untuk ke Swiss Hotel di Paveletskaya.

Kami 9 orang semua. Seperti biasa, sayalah yang akan menjadi orang yang berkomunikasi dengan pakcik teksi untuk memberitahu destinasi (sebab paling senior! Oh, terasa tua!). Teksi pertama dinaiki oleh 4 orang termasuk Uncle Zul. Diikuti 3 orang dalam teksi kedua. Jadi, saya dan Faiz menaiki teksi ketiga untuk ke sana. Malangnya nasib kami, di pertengahan jalan, pemandu teksi mengatakan bahawa dia tidak tahu arah ke sana dengan setepatnya. Puas dia melihat-lihat peta Moscow.

Akhirnya Faiz mencadangkan agar dia menghantar kami ke stesyen metro yang terdekat. Dalam perjalanan menuju ke metro pula, kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas lebih kurang setengah jam.Aaaaa tidak! Kami akhirnya menaiki metro menuju ke hotel dan lebih melucukan, pada waktu itu Faiz tidak mempunyai duit kerana belum mengeluarkan duit. Dan saya pula membawa duit yang sangat besar. Jadi, ketika membeli tiket metro, saya terpaksa membeli untuk 10 trip sedangkan yang diperlukan hanya 2 saja supaya boleh mendapat wang baki semula. Jika membeli 2 tiket saja dengan not 1000 ruble, adalah sangat mustahil. Lagi dimarah adalah kerana tidak menyediakan wang kecil!

Sewaktu di dalam metro, Faiz menunjukkan beg plastik yang dipegangnya dan baru saya sedar betapa pentingnya kami berdua di saat itu kerana ketupat dan lemang ada bersama kami! Kalaupun yang lain sudah sampai bersama lauk-pauk, mereka tetap tidak boleh makan kerana ketupatnya tiada! Gelak besar kami waktu itu. Dan yang lebih melucukan, kami berdua menjadi model pakaian tradisional Melayu di Kota Moscow pada hari semalam. Apa tidaknya. Saya yang berbaju kurung cantik-cantik dan Faiz yang berbaju Melayu lengkap bersampin menaiki metro untuk tempoh perjalanan yang agak lama dan sebaik tiba ke destinasi, kami berjalan kaki menuju ke hotel dari stesyen metro itu pada suhu 2'C! Wah! Tourism Malaysia Moscow patut membayar kami atas khidmat yang kami berikan ini.

Dan ini keadaannya di bilik hotel. Semua sudah lapar dan sedang menunggu ketibaan kami. Pada mulanya, Mily menghidangkan makanan untuk Uncle Zul dan Faiz dulu. Ternyata kedua-duanya sangat lapar! Setelah Uncle Zul siap, Faiz masih belum berhenti makan!
Lihatlah aksi Uncle Zul dan Emy ini. Selesai makan, Uncle Zul berkata: Eh, Uncle tak bergambar lagi dalam bilik ni. Uncle pun nak la jugak. Dan sudahnya, inilah aksi Uncle Zul yang gila-gila melayan kerena mereka yang lain. Di saat itu, Faiz masih tidak berhenti makan! Dan itu dia saya. Akhirnya saya sudah boleh menelan solid food. Alhamdulillah. Sebaik Uncle Zul dan Faiz bertolak ke MCC, giliran kami semua pula untuk mengisi perut. Lihatlah betapa laparnya kami semua di saat itu kerana hanya makan sedikit saja di kedutaan. Inilah ceritera raya saya dan rakan-rakan di sini. Ini versi raya pertama. Versi untuk raya kedua dan rumah-rumah terbuka yang kami kunjungi akan menyusul dalam entri berikutnya (jika ada kelapangan).


























Sekali lagi, salam lebaran buat semua.
Maaf andai ada salah dan silap.
Salam penuh takzim dari Kota Moscow.

Nota:
- Mari kita sempurnakan puasa 6 pula ye lepas ni nanti :)
- Maaf sebab saya rasa gambar-gambar ni nampak tidak teratur dan comot kalau di'view' di monitor kamu semua. Saya malas nak buang masa menyusun atur gambar-gambar ini dengan baik kerana perlu bergegas menyediakan kuah kacang sebanyak 9 kg untuk Rumah Terbuka Hostel Spartiv pada hari esok. Sesiapa yang berada di Moscow, kamu semua dijemput hadir ye ;)

Wednesday, October 10, 2007

Melakar Sebuah Sejarah

Assalamualaikum wbt

Saya tahu, pasti ada yang kurang senang dengan entri ini. Apatah lagi Program Angkasawan Negara (PAN) ini tidak dipersetujui oleh sebahagian rakyat Malaysia yang menganggap Malaysia membazir duit melibatkan diri dalam penjelajahan angkasa sedangkan masih banyak yang perlu kita perbaiki dan beri perhatian dalam negara kita itu. Seperti yang pernah saya katakan di sebuah blog (klik di sini), saya sudah jemu cuba menerangkan 'sesuatu' yang sedang dipikul oleh program ini, untuk negara dan kita semua. Tentang pembaziran, cuba rujuk di sini. Kira-kira yang disediakan paling tidak mungkin boleh membuat ada yang mengangguk setuju dengan PAN ini.

Sebentar tadi saya bangun bersahur pada pukul 4.45am (untuk makan ubat sebenarnya). Sambil itu, saya membuka TV saluran UTRO-RUSSIA (Morning Russia) (Saluran ke-13 dalam Stream Internet TV). Pukul 5 akan adanya berita awal pagi. Saya menatap menunggu ringkasan berita dibacakan. Nah! Seperti yang saya jangkakan, berita pelancaran Soyuz TMA II disebut-sebut. Russia mengiktiraf ekspidisi kali ini sebagai Ekpidisi Angkasawan (Orang tempatan menyebut Angkasawan sebagai 'Angkasavan'). Berkali-kali nama Malaysia diulang sebut dan kelihatan delegasi Malaysia yang kini berada di Kazakhstan diarak dalam sebuah majlis. Terasa besar hati saya. Teringat lagi minggu lalu. Pensyarah Philosophy kami di sini meyebut-nyebut tentang Malaysia dan PAN ini yang dikatakan sebagai membanggakan. Katanya, Malaysia ini kecil saja, tapi orangnya berjiwa besar. Sungguh. Besar hati dan semangat saya teringatkan kata-kata pensyarah tersebut.

Kini sejarah hampir terlakar. Perlukah ada lagi suara-suara yang terus menurus menidakkan usaha yang bukan memakan masa dan penilaian yang singkat sebaliknya keputusan untuk meneruskkan program ini pastilah kerana sudah dipertimbangkan baik buruknya oleh 'think tankers' negara.

Ini satu sejarah. Bukan untuk masa ini saja. Tapi akan kekal untuk selamanya. Bagi yang menidakkan kewajaran program ini, apabila mendengarkan sejarah yang bakal terlakar kurang dari 24 jam ini, tidak terharukah hati kalian? Tidak terasa berbesar hatikah kalian? Bukanlah dengan menyetujui program ini melambangkan saya seorang yang pro Kerajaan atau tidak, tapi atas kesedaran Saya Anak Malaysia, saya sangat positif dengan bidang baru ini. Agaknya, kalian perlu dihantar duduk bersusah payah di tempat orang, lalui kesusahan dipandang rendah oleh bangsa lain, baru kalian faham betapa Malaysia kini setidak-tidaknya telah berjaya meletakkan nama kita setaraf dengan negara-negara besar dunia.

Tepat jam 9.21 malam ini, sejarah akan terlakar!
Malaysia kini sudah punya seorang Angkasawan!

Buat Angkasawan Pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:
Selamat berangkat. Semoga ekspidisimu dirahmati Allah.
Jadilah Muslim yang sempurna ibadahnya di angkasaraya sana.
Sejarah tak indah jika Islam dilupa.

Rujukan: Sini dan sini.

Nota: Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah saya semakin sihat dan petang ini perlu ke hospital untuk rawatan lanjutan. Semoga Allah permudahkan semuanya (saya perlu bergegas pulang dari hospital kerana di sini waktu siara pelancaran Soyuz TMA II ini adalah pada pukul 5.21pm! Moga-moga saya tidak terlepas, biiznillah).

Masih ingat tak pada Kapten Faiz (pilot), top 4 dalam pemilihan calon Angkasawan? Semalam beliau menghantar mesej kepada saya dan Fareena menyatakan ketibaannya di Moscow. Insya Allah Khamis ini (hari terakhir puasa) kami akan berbuka bersama-sama. Terharu kerana beliau masih ingatkan kami berenam.

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

60) "Whatever you do will be insignificant, but it is most important that you do it" - Gandhi

Thursday, September 27, 2007

Kenangan Terindah

Assalamualaikum wbt

Kelmarin, sewaktu menghadiri majlis orientasi pelajar-pelajar baru yang tiba 3 hari yang lalu di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Dr. Zulkifli (Pegawai Perubatan Pengiring untuk dua orang bakal angkasawan negara - saya menggelarnya Uncle Zul) telah tiba di Kedutaan. Ini bukanlah kali pertama Uncle Zul datang ke Moscow. Telah berbelas-belas kali Uncle Zul berulang-alik Kuala Lumpur-Moscow. Kebetulan, saya dan Uncle Zul mempunyai talian persaudaraan (sebelah emak di Temerloh).

Ketika bertemu di Kedutaan, Uncle Zul telah menyatakan hasratnya untuk datang berbuka di rumah kami seperti tahun lalu (kami = housemates). Lebih melucukan, Uncle Zul telah 'merequest' Nasi Tomato sebagai menu berbuka. Kebetulan pada waktu itu, Nizal Muhammad (pesonaliti TV3) dan Team Penggambaran Astro turut berada di situ. Maka mereka juga menyatakan persetujuan untuk bertandang ke rumah kami untuk berbuka puasa.

Semalam petang, sebaik tiba dari hospital, Uncle Zul menelefon dan memberitahu bahawa dia akan datang bersama Pasukan Saintis Negara yang turut berada di Moscow kini. Juga Sheikh dan Faiz yang turut akan berbuka di rumah kami selepas selesai urusan visa di Kedutaan. Oh! Saya sangat terkejut kerana jumlah kesemuanya adalah 14 orang!

Sebaik selepas menjawab panggilan, kami serumah mula menyediakan juadah berbuka. Sebenarnya Wanie yang bertugas memasak pada hari semalam tapi dia mempunyai test hingga lewat petang jadi saya menggantikan Wanie untuk memasak pada hari semalam. Juadahnya adalah: Nasi tomato, ayam masak merah, trifle buah, keropok, popedam, buah-buahan (yang sangat banyak), jus buah dan teh tarik.

Pada awalnya, hanya Pasukan Saintis Negara yang terdiri daripada 7 orang; 3 orang profesor daripada HUKM dan UPM serta 4 orang saintis muda dan researcher. Kami telah berbuka dahulu kerana Uncle Zul berserta Team Penggambaran Astro, Sheikh dan Faiz tiba lewat sedikit. Sebaik kesemuanya telah tiba, suasana menjadi lebih gamat kerana ibaratnya kami bertemu kembali di rumah ini setelah hampir setahun mereka (Sheikh dan Faiz) tidak ke mari (kali terakhir adalah pada Ramadhan yang lalu untuk berbuka dan tarawikh bersama-sama).

Selesai makan, ada sesi temuramah khas oleh Nizal untuk edisi ucapan di Radio 24.fm (sungguh saya tidak pernah dengar tentang radio ini). Juga sesi penggambaran oleh Team Penggabaran Astro untuk edisi khas Diari Seorang Angkasawan sewaktu kami semua sedang berkenal-kenalan antara satu sama lain (sesi-sesi yang lain tu off record lah).

Saya malas untuk menulis dengan lebih panjang. Gambar-gambar di bawah ini adalah suasana di rumah kami sejak jam 7.30pm hingga ke 11pm. Semalam adalah hari yang sangat meletihkan tetapi sangat penuh nostalgia yang tidak semua dapat rasakan.


Yang bertudung merah jambu (Sheila), tudung hitam putih (Kak Lyn) dan 2 orang Chinese (Siew Ping dan Sue Men) adalah saintis muda yang datang bersama-sama Prof. Rahman (HUKM), Prof. Ramlah (HUKM) dan Prof. Raja (UPM).

Prof. Rahman dan Prof. Ramlah (gambar separuh: Prof. Raja).

Makan Nizal. Sila sila.

Selepas sesi recording utntuk ucapan di Radio 24.fm (Wanie bersama Team Penggambaran Astro).

Faiz yang datang dengan sut lengkap sesi latihan sebab tak berkesempatan balik ke rumah sebelum ke Kedutaan untuk menyelesaikan urusan visa.

Kak Lyn (Saintis - PhD Student) dan Sue Men (Saintis - PhD holder) yang sangat banyak bercerita.

Inilah hero kami. Uncle Zul yang sentiasa cool dan best.

Juadah berbuka. Dah nak habis dah.

Semuanya sedang mendengar cerita dan jenaka Uncle Zul.

Semua asyik sedang menjamah kuih raya yang dibawa oleh prof. Raja. Bak kata Sheikh, majlis berbuka semalam adalah seperti Pre-Raya meriahnya!

The black and white team.

Mendengar celoteh Nizal yang tidak ubah langsung baik di kaca TV mahupun dalam dunia realiti. Tak letih ke Nizal bercakap ye :)

Saintis-saintis yang best!

Sedang asyik berborak tentang plan kami bulan Oktober ini, Wanie ambilkan gambar ini.

Sheikh di meja saya sedang menggunakan laptop saya untuk mengakses internet. Nizal pun sempat menggunakannya atas urusan kerja semalam. Begitu juga Prof. Raja. Bertuah laptop ni. Semua orang penting penah menggunakannya.

Prof. Rahman dan Prof. Raja yang sangat comel.

Jaket Faiz. Huhu..~

Faiz sedang menulis sesuatu untuk kami serumah sebagai hadiah atas persahabatan daripada kami berenam sebelum bertolak pulang. Ups.. Ini gambar kedua yang kami pernah terima secara peribadi dari mereka berdua.

Dan inilah kami berenam yang sangat best! Girls of 205, you girls rulesss! :) (Dari kiri: Emy, Wanie, Diba, saya, Fatt dan Pena. Lokasi: Di luar hostel compound)


Nota:
Sebol - Saya baca komen awak tu selepas Nizal dah balik. Saya tak sempat nak tanyakan soalan tu. Maaf.
Alia Comey - Salam secara umum telah disampaikan untuk mereka semua :)
UNTUK SEMUA - Oh, kalau ada sesiapa yang terdengar dan terlihat ucapan saya di Astro mahupun TV1, anggaplah ucapan raya tu saya tujukan untuk kalian semua di Malaysia~

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

56) Ajarkan aku menari pada hari ini agar aku boleh memimpin tanganmu bergandingan pada hari esok. Ajarkan aku senyum pada hari ini agar aku boleh membuat kau tersenyum pula pada hari esok. Ajarkan aku ketawa pada hari ini agar aku boleh berkata-kata yang bisa buat kau ketawa pula esok. Ajarkan aku rindu pada hari ini kerana rindu pada engkaulah yang membuatkan aku kuat untuk terus menempuh hari esok. (boleh challenge ayat Dayat nun di Sarawak ni. Ngeehee~)

Wednesday, December 27, 2006

Cebisan Kenangan



Tak pernah terbayang akan menjadi rapat dengan bakal angkasawan negara ini.
Tak pernah terjangka pertemuan pertama membawa siri pertemuan yang seterusnya.
Tak pernah terjangkau akan sentiasa berpeluang mengetahui perkembangan terkini mereka.

Tak pernah terfikir akan keluar berjalan-jalan dengan mereka.

Tak pernah terlintas akan menemani mereka berlibur dan berhibur.

Tak pernah terhitung apa pula yang menanti apabila mereka telah benar-benar bergelar ANGKASAWAN NEGARA.



Assalamualaikum wbt,

Sekadar coretan ketika termenung di malam hari menyudahkan patient's case history on surgery. Apapun yang menanti di masa depan, walaupun tidak lagi rapat seperti kini, pasti akan ada juga cebisan kenangan di dalam hati dan minda mereka, harapnya...

http://www.youtube.com/watch?v=CazUpDXzhs4


(credit to KI for the photo)

Sunday, December 17, 2006

The Malaysian Spacedudes
















Assalamualaikum wbt.

Luckily I have a few opportunities to spend time with the 1st Malaysian Astronauts. The 1st time was when they were here in Moscow, May 2006. We went to Kremlin, The Old Arbat Street, Victory Park to watch the sunset and the tulips and went to hv dinner in a Korean Restaurant. The 2nd time was when they just got back from the Star City and went to watch Da Vinci Code together. I wasn't joined them for the movie(never been to cinema yet...huhuhu). The next day, they came to my room and we prepared dinner for them. Wah! What a lucky day! The very 1st Malaysian Astronauts came to my room =) Then the next day, we all went for ice skating and did some shopping in Mega Shopping Complex. Sheikh wasn't there because he followed Uncle Zul back to the Star City for some meetings. Only Capten Faiz, Faiz and VJ were there in Mega. Just before going to Mega, we had our brunch (we took late breakfast and lunch together) in their hotel as their special guests. Yummy! The food was ochen kharasho! Enjoy the pics. Will update soon for a few more pics with them during iftar and tarawikh together, in my room again.

p/s: Gambar terabur dan saya dah malas nak edit semula entry lama ni :p

(June 30, 2006)