Friday, June 29, 2007

Kesabaran Yang Tercabar


Assalamualaikum wbt

Dengan ini saya mengumumkan bawasanya saya berada dalam keadaan bengang yang teramat sangat kerana telah TIGA HARI berturut-turut saya cuba mengupload gambar untuk entry terbaru sebagai sambungan entry lepas tetapi TIDAK BOLEH! Dan saya juga tidak boleh mengupload gambar untuk dihantar melalui email!

Dan sesungguhnya saya pada saat ini berada dalam keadaan emosi yang kegeraman.

Dan sekarang saya hendak keluar mencari lampu cantik-cantik di kedai lampu untuk ruang tamu rumah. Emak memberi mandat kepada saya untuk memilih lampu yang sesuai menurut citarasa saya. Kalau jurujual di kedai itu nanti pula yang buat pasal dengan saya, agaknya mesti ada yang menangis disebabkan saya nanti. Dan sekarang saya berdoa dapat memandu kereta dengan tenang dan tak marah-marah.

Nota: Rasanya saya perlu mencari Restoran Sushi terdekat tapi tiada untuk melepas geram seperti biasa (rujuk entry ini). Oh Sarah. Bersabarlah!

____________________________________________________________________________

Hari buat dia:

27) If you miss somebody, let she/he knows about it. Or at least do contact them rather than doing nothing.

Wednesday, June 27, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Maaf kerana menyepikan diri buat seketika. Alah. Cuma beberapa hari saja. Kebetulan, Khamis dan Jumaat lepas saya agak sibuk di rumah. Jadi tidak sempat untuk melayari internet. Dan Sabtu lepas pula saya ke Bangi berkunjung ke rumah Kak Anisa Anuar.

Kak Ani merupakan senior bahas saya yang telah menamatkan pelajaran di UIAM dalam jurusan Undang-undang. Saya ke rumahnya kerana dia mengadakan kenduri kecil sempena perpindahannya ke Kerteh, atas tawaran daripada Petronas sebagai Eksekutif Perundangan di sana. Alhamdulillah. Dalam usia yang muda, Kak Ani betul-betul telah berjaya membina kerjaya yang baik untuk masa depannya. Kenduri yang diadakan hanya dihadiri teman-teman perbahasan batchnya dan juga batch saya. Keluarga terdekat turut hadir beserta guru bahas kami yang cukup banyak berjasa, Umi Noridah yang kini mengajar di STAR Ipoh.

Sabtu malam Ahad yang lalu, kami (saya, Abg Wan, Khaliz, Kak Zahar dan Kak Ani) melawat Umi Ida di UKM kerana kebetulan pada ketika itu, Umi Ida membawa pasukan bahas STAR menyertai Debat Piala TNC HEPA UKM. Dapatlah juga kami semua melepas gian melihat aksi adik-adik itu berdebat. Sungguhpun kami semua merupakan bekas pelajar KISAS, tetapi disebabkan Umi Ida berada di situ sebagai guru pengiring STAR, kami juga bagaikan bekas pelajar STAR lagaknya sungguhpun STAR merupakan sekolah berasrama penuh untuk lelaki sahaja!

Antara yang paling saya terkejut adalah ketika menyaksikan sesi penggulungan oleh pembahas pertama STAR, adik Syazwan, dan pembahas pertama SMAP Labu (sudah lupa namanya) yang sama seperti style yang saya reka untuk diguna pakai ketika PPM dan Piala Dato' Syukur dulu! Istilah 'analisa kes' dan 'timbang-tara kes pada hari ini' merupakan frasa yang saya ciptakan dulu ketika sesi penggulungan sungguhpun dulu saya merupakan pembahas kedua bagi pasukan saya. Oh, tak saya sangka masih ada kesan tinggalan saya dalam dunia perbahasan di Malaysia ini rupanya!

Dan yang paling tak diduga, seorang pendebat UNITEN datang bertemu dengan saya dan menawarkan atau lebih tepat mengundang untuk saya turut serta dalam Debat Bahasa Melayu Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini di UNITEN Bangi. Mampukah saya membuatnya? Sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan semuanya. Paling habis pun, saya hadir ke KISAS sebagai 'juruletih' tak rasmi untuk pasukan junior. Oh, saya rasa saya sudah hilang semua kata-kata azimat dan aura zaman Tok Kaduk saya itu. Yang tinggal hanyalah Sarah Si Debater Pencen! Sungguh!

Sebetulnya ada lagi aktiviti sambungan yang kami 5 beradik lakukan. Insya Allah saya akan sambung dalam entry seterusnya jika ada masa terluang. Buat masa ini terlalu penat rasanya untuk terus menulis kerana baru pulang dari hospital.

Dan sekarang masa untuk menziarahi rumah teman-teman yang saya rindui celoteh mereka. Apa khabar agaknya si Ryn, Alif, Dr. Am, Cik. Ati, Tirah, Mimi, May, Sunan, Azwan, DD, Ainishamsi dan lain-lain. Jom kita intai-intai mereka!

Nota: Saya teringatkan seorang lagi kawan tapi dia tidak berblog. Semoga dia sihat-sihat saja. Juga Mama Sarah nun di UK. Semoga gembira saja di sana ye :)

_________________________________________________________

Hari buat dia:

26) Kehebatan kita adalah sesuatu yang terhasil daripada diri kita dengan niat untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan membantu orang lain melihat potensi diri mereka menjadi yang lebih positif.

Thursday, June 21, 2007

Biarlah Realistik

Assalamualaikum wbt

Satu lagi review yang ingin saya kongsikan bersama. Kamu sedar tak bahawa rancangan televisyen di Malaysia sekarang ini bagaikan menolak tepi unsur-unsur agama? Mungkin agak keterlaluan apa yang saya katakan ini. Jadi saya kecilkan skopnya kepada amat sukar melihat figura wanita yang bertudung. Hmm... Mengeluh saya seketika.

Kalaupun saya mengulas panjang tentang isu ini, ia takkan ke mana. Saya bukanlah orang yang terlibat dalam dunia penerbitan. Baik secara langsung mahupun tidak. Tapi kadang-kala rasa terkilan itu memuncak datangnya di dalam hati ini. Mana tidaknya. Kita mewarwarkan kepada dunia bahawa kita adalah sebuah negara Islam. Berani saya katakan, Islam pada namanya saja. Isinya? Isinya Hadhari. Dan kesannya? Apa yang ada dan terjadi di Malaysia sekaranglah hasilnya.

Jika ditonton drama-drama Melayu pada hari ini, amat susah sekali kita dapat melihat adanya watak yang bertudung. Sebaliknya watak wanita yang trendy dan bergaya moden sangat banyak. Sekali lagi saya berani katakan, semua ini menjadi faktor besar yang menguja pemudi kini untuk turut mengikuti arus yang dipopularkan di kaca TV. Biasalah kan. Apabila ada saja gaya baru, si gadis pun pasti hendak mencuba. Tak mahu ketinggalan zaman katanya. Tidakkah mereka sedar, ibaratnya mereka adalah hamba kepada arus fesyen tersebut? Oh, lagi saya mengeluh sendiri.

Fenomena kedua yang ingin saya kongsikan juga ada kaitannya dengan isu drama-drama tempatan. Boleh saya katakan, kualitinya semakin baik. Ya. Memang semakin baik dan jalan ceritanya yang tidak melalut seperti zaman cerita Cinta Korporat dan Cinderella dulu-dulu itu. Namun ada sesuatu yang mengusik naluri saya sebagai manusia biasa yang datang dari keluarga yang tidak luar biasa.

Drama-drama pada hari ini terlalu unrealistic. Kaya yang terlalu kaya. Propaganda cinta yang terlalu... Yang terlalu... Aduh! Susah untuk saya terangkan. Senang cerita, yang terlalu melebih-lebih dari realiti yang ada. Tentang isu kaya yang terlalu kaya, bukanlah saya hendak memperkecilkan kewujudan Melayu yang kaya-raya. Persoalannya, di manakah realistiknya jika terlalu ramai Melayu yang bertaraf jutawan wujud di Malaysia seperti yang dicanangkan di dalam drama-drama tersebut? Contohnya drama bersiri Biarku Sentuh Cintamu. Jam 2pm di TV3. Alahai. Mengeluh lagi.

Tetapi saya suka akan cerita Emil Emilda. Bagaikan jalan cerita novel Bicara Hati karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 sungguhpun jalan ceritanya juga ada yang kurang realistik. Barangkali disebabkan pelakon-pelakonnya yang bersahaja dan tidak robotik mengikut skrip memancing tumpuan saya.

Semoga ada perubahan atas apa yang menjadi keluhan saya ini. Dan saya rasa, bukan saya seorang yang menyedari akan hal ini.

Nota: Siang tadi saya baru membeli 2 buah novel. Bagi saya, ciri realistik untuk novel pula diukur salah satunya dari segi penamaan watak-watak. Sungguh! Kadang-kala nama-nama yang digunakan terlalu mengada-ngada dan tidak berpijak di bumi nyata. Cubalah karang cerita yang boleh diterima akal nama-namanya. Nak tahu cerita apa yang boleh saya jadikan kayu ukur? Sekali lagi, Bicara Hati oleh Damya Hana. Saya telah membacanya lebih dari 15 kali! Dan Korban Kasih oleh Fatimah Saidin. Sebuah novel lama yang diterbitkan ketika saya berada dalam tingkatan 2 yang telah diminta untuk diulang cetak dua tahun lalu. Kisah kekeluargaan yang sangat realistik dan boleh menitiskan berliter-liter air mata! Ada sesiapa yang tahu akan novel ini?

*Tadi Sarah mengeluh. Kini Sarah tersenyum*

____________________________________________________________________

Hari buat dia:
25) Perkara yang paling susah untuk dilaksanakan adalah kata-kata yang kita ucapkan.

Absence Makes The Heart...

Assalamualaikum wbt

I am now sitting on my bed in the dark, with Kak Long sleeping quietly next to me. A mug of hot nescafe is on the table on my left, giving me accompany to make me fresh awake. Ah, actually even without the nescafe, I can fully survive throughout the night feeling fresh and energetic. I slept after watching Impian Ilyana this evening. For your information, I can't sleep during days because it will let me have no night! That's why I don't like to keep that habit.

I went to hospital this morning. To make it short, everything was smooth and perfect. Except the weather. I almost collapsed when I reached home. Am I allergic to the weather? Terrible... And actually I haven't bought my 'stock' yet. Meaning that I have skipped my 'meal' for 6 days. I am seriously crazy, am I not? By hook, I have to get it tomorrow. Ops. When I was at the hospital, I met my favorite psychiatrist that I admire most. Dr. Lazli Abu Bakar. Actually, there are two of them. The other one is Dr. Hafeezul Wilson Antony Abdullah. But he's no longer serving for the goverment. He now is working at Klinik Sulaiman which has a few branches all over Pahang. I know the reason why he's there.

If you guys ask me, what do I miss most in Moscow, I would say they are:

1) My Al-Quran - the 1 that I use everyday. I left it on the small table next to my desk with the trasnslation 1. When I read the other Al-Quran of mine at home, I really miss the 1 that I belong in Moscow. It keeps so many secrets of mine that I've been keeping since I came to Moscow.
2) Ivan Ivanovish - little skeleton on my desk given by a friend of mine when I was in my 1st year of study. He's cute! His eyes are 2 small blue diamonds. And the name was given by Eza, my roommate back in Pushkin Hostel.
3) Zacky - a cute light brown bunny on my desk, where I place Ivan Ivanovich on his big ears. Zacky is a gift from UK (from Abg Wan Zukhri). I named him Zacky in rememberance of my Abg Wan.
4) Kimi - a medium size bear sitting on a medium size cushion on my desk given by Auyun on my 20th birthday. She named it Kimi. I have no idea why Kimi. But I think I can guess why.
5) Lana and Lini - 2 small little bears hanging on the heads of 2 crystal swans next to the heater. Why Lana and Lini? Hehe. After the names of 2 siblings who lived here in my village last time and used to make me laugh in the mosque when we met for solat Tarawikh. Anyway, don't get me wrong. I was only 11 at that time. Laughing was not a big deal at all. Plus, people knew it wasn't me who wanted to laugh. It's all because of Lana and Lini. But up till now, I don't even know their full names. They are in Perak right now (if I'm not mistaken).

And, if you guys ask me who would be the person I miss most, I certainly will name:

1) My housemates - Pena, Emy, Wani, Fatt and Diba. We share almost everything. Eventhough they are all my juniors, we are all like same-age friends. Hep kamu semua, KS rindu kamu semua sangat-sangat tau.
2) Abg Khairil - Okay. You all must have known him already since I posted an entry dedicated for him. Oh! This is the 1st time I admitted I miss him. He must be laughing if he read this through. My 1st brother, Abg Wan is now in Malaysia. So, don't need to say I miss him (Plus, he pranked me yesterday. Yerrrrrr....!)
3) My Usrahs - to all my adik usrah; Amil, Maddie, Anet and Syima, rindulah nak berusrah! And to all Usrah Naqibat Members: Sorry for the creepy chips and dales throughout the sems. Semoga kita lebih dan sentiasa bersemangat pada sem depan. Erm, anyone wants to replace me leading the usrah next sem? Changing towards a better qudwah and qiadah Insya Allah *smile*
4) My funny groupmates - Faisal, Davina, Wendy, Meor, Fizy, Farah, Smoque, Thines and Azam (I know I skipped 1 name here. Huh. Let it be. I purposely did it. Who knows him, shhhhhhhh ok!)

Owh, my nescafe is cold! That's all for tonight. I wanna go reheat the drink in microwave. Sorry if you all get bored reading this 'mumbling' entry.

p/s: I admit, absence makes the heart grows fonder. What say you?

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

24) Kita pernah berjanji untuk tidak melupakan Allah. Tetapi kita selalu mungkiri. Dan Allah pula selalu bersama-sama kita dalam senang dan susah. Tetapi kita selalu persoalkan kembali. Semoga kita belajar menjadi insan yang lebih mentaati Allah dan mensyukuri nikmat Islam dan Iman dengan lebih penghayatan.

Wednesday, June 20, 2007

Original Recipe of Ours

Assalamualaikum wbt

Yesterday was the 1st day I started my routine as a fullltime housewife. It's not that I'm married. It's simply because I'm now taking care of the house, replacing Mak Tam for a while. She now is concentrating on her cute baby boy, Iman Solihin.

After everyone leaving for work and school, I'll start cleaning the kitchen, sweeping the floor, rearranging the books of Azizi and Aiman, doing the laundry, and watching the only available program in the morning, Malaysia Hari ini. At 12, I'll defroze either chicken, fish or whatever thing that is needed to prepare the lunch. As for yesterday, I made ikan tilapia bakar with my own style. And for today, it's only chicken curry. It wasn't hot as I wanted. The chilly boh (blended) was running out of stock. I was too lazy to blend some more. Whatever it is, it really suits Azizi's and Aiman's taste. Not hot!

I watch TV a lot within this few days. It reminds me to my habit when I was 14-15 years old. Hmm... It was about 7-8 years ago. But it seems just happened a year ago. At that moment, I liked watching Chinese serial dramas at 7pm everyday. I still can list down a few of them: The Good Old Days, The Stepping Stone, Fei Mau, The Police Academy and a few more. My mum even addressed me as Hantu Cina for being so into the dramas very much. But now I'm no longer a drama addicted. I'm now an observer. I observe almost everything about Malaysia. From the people, the culture, the weather and even up to the politics and crisis.

What attracts me most is the people. And to be specific, the women. And to be more specific, the Muslim women. Women nowadays put on make up to appear beauty and eligent. They look happy to be the center of attractions. I sometimes get confused with their mind. Some of them are wearing hijab but still are proud to be up-to-date with this make up thing. Don't they know the do's and don'ts that a muslim woman should apply in daily life? Well, maybe I can say it's still okay as long as they are still covering their aurah (parts of the body that should be covered). But what about the non-hijabis? Can we say that they are putting themselves at higher risk to be 'murdered' by irresponsible men? Can't they think that hijab can protect them from harms or at least lower the risk to be raped or what so ever bad things desired by men?

Back to the make up issue. To make it simple, I just want to drag your attention on aurah issue again. Since we know that for women the should-be-covered area is the whole body except the face and the palms. But it doesn't mean that we can simply make our face up with colors and blushers here and there. This is what we call 'tabarruj' or 'menunjuk-nunjuk' or showing off. The same goes for perfume. Rasulullah once said that if a woman went out of her house with perfume around and had attracted men to look at her, she is no different with the prostitutes (sharbutah = wanita penzina). But what is happening around us is totally different. They are proud to be 'in' make up and feel that they are left behind if they don't follow the trend.

Err... I lost my words already. While writing this on, I keep doing another job actually. So the result is, I mess up my mind and can't even think of a word to continue the topic. Well, maybe I can conclude that, "Girls, be proud of your originality. " Make up is just a thing that runs you out of your originality. There is always hikmah behind the reason of make up prohibition. Think about it.

Now I'm seriously totally empty. Why??

p/s: Why can't we just accept our natural beauty?

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

23) Janganlah bersedih jika apa yang kita pinta tidak dimakbulkan Allah lagi. Sebaliknya rasalah bersyukur kerana Allah memilih kita untuk terus mendengar suara kita sebagai suara hamba yang selalu ingat kepada-Nya.

Tuesday, June 19, 2007

Oh Malaysia Yang Panas

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Alhamdulillah. Dengan izin-Nya, saya masih lagi dapat mencoretkan sesuatu di blog ini. Dan kali ini, lokasi saya di rumah saya di Temerloh, Pahang.

Sekadar ringkasan perjalanan pulang 4 hari lalu. Berlepas dari Moscow pada jam 2.10am 15hb dan tiba di Doha pada jam 6am waktu tempatan. Transit di sana selama lebih dari 10 jam kerana penerbangan ke Kuala Lumpur telah ditunda. Hanya Allah saja yang tahu betapa letihnya kami menunggu di Doha International Airport. Sempat saya dan Wani bermain BINGO dan bermacam-macam lagi aktiviti membuang masa yang kami lakukan.

Kebetulan, dari Moscow kami turut bersama-sama dengan seorang lagi kawan dari RSMU, Kogi, yang turut pulang ke Malaysia pada hari yang sama. Dan kebetulan di Doha, kami bertemu pula dengan sekelompok pelajar Malaysia dari UK dan Ireland. Kebetulan, pelajar dari Ireland itu adalah kawan kepada seorang kawan saya. Sebaik terlihatkannya dari jauh, saya rasa seakan pernah melihatnya. Dan sebaik kami bertentang mata pula, dia menyebut nama saya. Oh, kecilnya dunia! Dia mengenali saya. Azizah namanya. Pelajar tahun kedua di Trinity College, Dublin. Lebih memeranjatkan, dia juga bermastautin di Temerloh!

Sebaik tiba di KLIA, ayah, Nan dan Adam telah menunggu saya. Beg-beg disumbat ke dalam kereta, singgah solat subuh di Masjid KLIA, dan terus kereta dipandu melalui Seremban untuk pulang ke rumah. Seperti tahun-tahun sudah, saya pasti tidur ketika di dalam perjalanan. Hanya terjaga sebaik ayah menyebut tentang makan. Yang itu sudah pasti dapat saya dengar dengan jelas. Kami singgah di sebuah kedai makan di Kuala Pilah. Dari dalam kereta lagi saya katakan saya mahu makan nasi lemak special. Yang sambalnya ‘power’ gitu. Tapi di restoran tersebut, Sri Pepatih namanya, nasi lemaknya amat mengecewakan. Nasi pun tak lemak. Sedap lagi nasi lemak yang saya masak sendiri. Oh. Tak mengapalah. Walaupun tak sedap, habis juga sepinggan nasi itu.

Sebaik tiba di rumah, tiada siapa di rumah. Hanya adik Aiman yang ada. Itupun dia tinggal sebentar di rumah Tok sementara menanti kami sampai. Emak, Kak Long dan adik Azizi masih di sekolah. Ada sekolah ganti. Tak sabar menanti emak pulang.

Saya berkemas ala kadar. Dapat menghumbankan diri di atas katil besar di dalam bilik adalah sangat nikmat. Saya lihat, barang Kak Long penuh di dalam almari. Maklum sajalah. Dia telah tamat belajar. Saya mencari-cari tuala di dalam almari. Tidak saya temui. Lalu saya mengambil keputusan berehat-rehat saja. Dalam pada itu, saya tertidur. Saya hanya terjaga sebaik emak sampai dan menjenguk ke bilik. Saya memeluk emak. Terlepas rindu di dada.

Selepas berborak seketika, saya meminta tuala dari emak. Hendak mandilah kononnya setelah lebih 24 jam tidak berkesempatan menyegarkan diri secara total. Emak memberikan tuala. Saya masuk ke bilik sebentar. Hendak mencari pakaian yang hendak dipakailah hajatnya. Tetapi, lain pula yang terjadi. Kipas dihidupkan, dan saya menyambung baring di katil. Kali ini lelap saya lebih lama. Sehingga petang. Sebaik terjaga, saya mandi dan berehat-rehat dengan keluarga di ruang TV di dapur. Sesi memberi hadiah dan makan coklat! Seketika kemudian, saya, emak dan Kak Long berpindah ke ruang tamu di depan. Berborak perihal rumah yang sedang diubah suai sedikit. Belum pukul 10pm, saya kembali ke bilik. Terus tidur sehinggalah pagi Ahad. Oh, tidak! Banyak sungguh saya tidur. Dan pada hari Ahad, saya tidur siang dari pukul 4.30pm hingga ke pukul 7.30pm! Ya Allah. Banyaknya saya tidur. Tapi selepas maghrib, saya membancuh semug Expresso pekat dan menghadap TV menonton Gang Starz final dan di saat ini, saya menghadap laptop pula. Tidur lambatlah jawabnya saya malam ini.

Hmm… Esok saya akan kebosanan. Seisi rumah akan keluar seawal 7 pagi ke sekolah dan kerja. Cuti yang membosankan. Saya akan keseorangan hampir 50% daripada cuti ini. Tapi Mak Tam baru saja melahirkan anak lelaki pada awal pagi Ahad (17/06/2007). Insya Allah, Iman Solihin namanya, sempena nama adik Aiman yang telah Mak Tam asuh sejak kecil. Sangat comel. Putih gebu wajahnya. Ayah yang mengazankan Iman dan Tok Cik yang membuat upacara membelah mulut.

Sampai di sini dahulu buat kali ini. Terasa seperti hendak makan pula walaupun sudah tengah malam. Esok saya perlu ke klinik, mengambil stok ubat. Stok ubat tertinggal di Moscow. Matilah saya kalau tiada ubat! Nasib baik emak tidak tahu.

Sebenarnya ada banyak isu yang ingin saya kongsikan bersama semua. Nantikan di entry yang seterusnya pula. Saya hendak menyelongkar dapur di tengah-tengah malam ini. Sambil makan, saya hendak mendengar Radio Hitz. Radio pilihan saya sejak dulu lagi.


Sarah,
Temerloh
(1.04am 18/06/2007)
______________________________________________________________


Hari buat dia:

22) Berusahalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Beramallah seperti kita akan mati pada esok hari.

Thursday, June 14, 2007

Pre-Balik Kampung (ii)

Assalamualaikum wbt

Seharian keluar lagi bersama Wani. Kali ini destani kami ke Ismailovsky Park atau Taman Ismail. Tetapi sebelum itu kami ke hostel pelajar tahun pertama universiti kami. Bertemu seorang junior menyelesaikan urusan-urusan yang belum sudah.

Ismailovsky Park juga merupakan pusat tumpuan pelancong. Tempat jualan cenderamatanya jauh lebih unik berbanding di The Old Arbat Street. Di sini, pengunjung dapat membeli dengan harga yang lebih murah jika pandai tawar menawar. Jika di Arbat, harganya agak lebih tinggi kerana lokasinya betul-betul di tengah kota. Ismailovsky Park ini letaknya di Timur Laut geografi Kota Moscow. Sebetulnya, taman ini dikenali ramai sebagai pusat tumpuan orang Islam. Lihat saja pada nama taman ini; Ismail, sempena seorang wira yang berjuang menghadapi serangan Jerman ketika perang dunia kedua dahulu. Mengenangkan jasa beliau, namanya diabadikan buat taman ini dan kebetulan, sejak zaman dahulu lagi, kawasan Partizanskaya ini (kawasan terletaknya taman ini) dipenuhi oleh taburan Muslim yang ramai.

Sekali lagi, saya agak keletihan untuk menulis panjang. Saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika Wani sibuk membeli-belah. Fungsi saya pada hari ini hanya sebagai peneman dan juru bahasa. Namun, sempat juga saya membeli 'sesuatu' buat diri saya sendiri.


Inilah Wirawan Ismail dan pejuang-pejuang Muslim sezaman dengannya.

Ismailovsky Park dari kejauhan. Strukturnya seperti Mini Disneyland.


Keadaan di bahagian dalam kawasan jualan cenderamata. Unik ukiran kedai-kedainya.

Wani membeli-belah lagi!


Taman dalam bandar.

Deretan t-shirt di sebuah kedai yang kami kunjungi.

Matryoshka. Vladimir Putin in action!

Giliran saya mendapatkan 'sesuatu' untuk diri sendiri. Tapi bukan di kedai ini! Di kedai berhampiran :)

Sejam dari sekarang, taksi akan datang menjemput saya dan Wani. Doakan kami berdua selamat tiba ke Malaysia. Bagi pembaca yang mengikuti kisah Monolog Bersama Iman, saya akan menyambungnya ketika di Malaysia, Insya Allah. Terima kasih kerana ada yang prihatin akan kesudahan cerita tersebut.

Da svidaniya (paka) kawan-kawan. Berblog dari Malaysia pula nanti!

p/s: Buat Pena, Emy, Diba dan Fatt, jangan rindu-rindu KS ye. Jumpa nanti di Malaysia. All the best for your final paper tomorrow. Love you all so much!


Pre-Balik Kampung (i)

Assalamualaikum wbt

Final exam berakhir dengan rasminya buat saya pada pagi semalam sebaik tamat exam Surgery. Setelah di'viva' oleh seorang professor hebat, Alhamdulillah, hanya syukur tidak terkata yang mampu saya lafazkan dengan keputusan yang diterima.

Pulang ke hostel, dengan gembiranya saya menghadap internet, tanpa ada rasa bersalah kerana membuang masa ke sana ke sini ke situ ke mari melawat 'rumah' kawan-kawan. Jika sebelum ini selepas sejam setengah menghadap buku, baru saya rehatkan diri menghadap laptop, tetapi di saat ini rasanya tidak tidur pun tidak mengapa. Oh, saya dalam tahap kritikal dengan perkembangan kawan-kawan di dunia maya ini!

Selesai mengalas perut sekadarnya, saya dan Wani menuju ke Pejabat Dekan (Dean's Office aka Dekanat) untuk menguruskan urusan yang patut dan mengambil salinan keputusan penuh Final Exam Autumn and Spring Semesters (2006/07). Kebetulan, pakaian kami sedondon pada hari ini. Sungguhpun Wani baru mengakhiri tahun keduanya, tapi kami tampak sebaya!

Kemudian, seperti yang dirancang, kami bergerak menuju ke Stary Arbat (The Old Arbat Street), sebuah kawasan menjual cenderamata yang menjadi tumpuan pelancong di tengah Kota Moscow. Nama lain kawasan ini ialah The Painting River. Kenapa? Nanti kita lihat kenapa begitu namanya.

Disebabkan saya masih letih (baca: malas) untuk menulis panjang, jadi saya sertakan gambar-gambar sajalah untuk tatapan semua.


Di sinilah kami memulakan tinjauan. Tapi di sini sekadar 'membeli-belah ditingkap' sajalah.

Trademark Arbat Street. Hard Rock Cafe. Sekadar lalu. Saya tak mahu menambah 'saham' di sini.

Jom kita pusing-pusing dulu. Takkan nak terus beli kan. Mestilah kena tinjau-tinjau sekeliling dulu.

Inilah antara sebab nama lain The Old Arbat Street adalah The Painting River.

Dan lagi! Hampir sepanjang jalan ini pengunjung akan dapat melihat senario ini.


Dan ini pula antara kiosk lazim menjual t-shirt dan cenderamata.


Wani yang sedang men'shopping'kan dirinya.


Dan ini giliran saya. Saya hanya sekali borong saja di kedai ini dan telah menghabiskan hampir 5k rubles! Pendek cerita, sebenarnya saya malas untuk bergerak ke kedai-kedai lain. Alang-alang saya jumpa apa yang saya berkenan, terus saya beli saja di sini. Saya ni tak cerewet :)


Dan Wani shopping lagi! Sebetulnya semalam saya telah keluar masuk banyak kedai mengokori Wani mencari apa yang dihajatinya. Wah! Tinggi citarasa Wani ni ya!

Dan lagi! Di mana-mana saja.

Selepas hampir 2 jam setengah merayau-rayau, kami berdua berada pada tahap lapar optimum. Untuk memilih tempat makan juga menjadi isu kami. Sudahnya, kami memilih untuk singgah di sebuah Russian Cuisine, Yolky Palky. Kami telah mengambil pelbagai jenis makanan sehingga sontok perut akhirnya. Masya Allah. Makan bersama si tanduk agaknya kami semalam.

Dan semalam juga saya telah menjumpai Apricot Stewed Juice yang pertama kali saya minum adalah ketika tahun pertama saya di sini. Alhamdulillah. Terubat rindu kepinginkan jus itu. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba, andai berpeluang, cubalah Apricot Stewed Juice satu hari nanti. Kamu pasti akan suka!

Selepas makan, kami terduduk kekenyangan. Kami hanya menginggalkan restoran itu kira-kira sejam setengah dari saat kami masuk tadi. Sebelum pulang, sempat saya mengira duit di dalam beg duit. Owh.....

Owh... Duit masih ada! Jadi boleh sambung membeli di tempat lain pula!

Nota: Gambar-gambar adalah koleksi peribadi saya sendiri.
____________________________________________________________________

Hari buat dia:

21) Membazir itu amalan syaitan.


Wednesday, June 13, 2007

Wanita 3G vs Lelaki 3B


Assalamualaikum wbt

PUTRAJAYA 12 Jun – Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu dan Gebu, Gempal dan Gemuk. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Kesimpulan yang cuba diteluskan di dalam kenyataan di atas adalah 'Sejuta Wanita Malaysia Makin Gebu, Gempal dan Gemuk'.

Terkejut juga membaca artikel ini.

Tetapi andai saya boleh membawa sekilas pandang kita semua kepada skop kemasyarakatan dan sosial, lelaki juga mempunya kesinoniman dengan beberapa perkara. Mungkin tidak keterlaluan andai saya katakan lelaki Malaysia mempunya 'Masalah 3B' - Boroi, Budget dan Botak.

Dan tidak melampau juga saya katakan, bagi segolongan (baca: segolongan besar) wanita Malaysia pada hari ini, mempunya Extravaganza 3G dari sudut yang lain; Genius, Gempak dan Gorgeous (Pandai, Hebat dan Menawan).

p/s: Wahai penduduk Malaysia, mari bersenam. Kita bersenam bukan untuk kelihatan cantik dan kurus tapi untuk sihat. Buat wanita yang mempunyai BMI yang tinggi dari julat normal, jangan cepat berputus asa. Senaman yang berkala adalah penawar yang mujarab.

*Sarah hanya tersenyum selepas menulis entry ini*

Nota: Selepas exam Surgery pagi nanti, saya berhajat untuk membeli-belah. (Tawaran dibuka sehingga petang saja. Saya nak ke Arbat Street petang nanti). Siapa yang inginkan sesuatu, sila-silalah tinggalkan pesanan kamu ye. Moga-moga poket saya berisi untuk mendapatkan apa-apa yang dipesan =)

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

20) An-Nisa' 4:137-138 - 137) Sesungguhnya orang-orang yang beriman lalu kafir, kemudian beriman lagi, dan kemudian kafir lagi, dan lalu bertambah kekafirannya, maka Allah tidak akan mengampuni mereka dan tidak akan pula menunjukkan mereka jalan (yang lurus). 138) Khabarkanlah kepada orang yang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih.

Tuesday, June 12, 2007

Hari Buat Abang Khairil






Assalamualaikum wbt

Khas buat


Abang Khairil Idham Ismail @ KI

(5th Year in RSMU)

Selamat Hari Lahir ke-23

“Sarah, jangan pusing pen tu kat jari boleh tak? Nampak macam tak serius la”, sesedap mulut saja Khairil menegur Sarah, pembahas pelapis dalam pasukan itu. Kalau tak kerana hormat, hendak saja si Sarah membalas semula “Yang awak tu pusing takpe pulak?” Geramnya hanya TUHAN saja yang tahu. Ada ke patut dia tegur macam tu?”, rungut Sarah di dalam hati. Sebaik terpandang akan keseriusan Kak Najah, Kak Ju, Abang Fairuz, Khaliz, Nasim dan Ainur, Sarah segera membuang perasaan geram itu jauh-jauh. ”Lantak awakla Abang Khairil. Asal awak tak malukan saya sudah”, putus Sarah akhirnya.

Abang Khairil,

Ingat lagi tak insiden ni? Yang saya telah sematkan semula di dalam cerpen famili bahas kita. Insiden yang menyebabkan saya sangat sakit hati dengan Abang Khairil satu masa dulu. Hampir setahun saya mendinginkan diri daripada bertegur sapa. Siap memberi jolokan Abang Senget kepada Abang Khairil. Ini semua hasil sepakat Ainur dan saya.

Setahun menghilang, lalu Allah temukan semula kita di Moscow. Dimulai dengan rasa kekok dan kurang selesa kerana diam dan gaduh yang lama, akhirnya, di malam bulan Ramadhan 2003 kita bermaafan. Terasa lucu tapi inilah permulaan saya semakin mengenali dan menyanjung Abang Khairil sebagai seorang abang yang sangat prihatin dan baik hati.

Teringat dulu, sewaktu tahun pertama saya di sini, Abang Khairil sentiasa menjadi penasihat terbaik. Baik hal-hal pelajaran sehinggalah menjadi konsultan masalah peribadi. Terima kasih sangat-sangat. Sampaikan saya menjadi peminjam setia simcard milik Machi kerana skim Ultra Light yang digunakannya membolehkan panggilan dibuat dengan percuma. Ada saja masalah atau gosip yang hendak kita bincangkan, Machilah yang menjadi mangsa saya. Oh, mangsa kita setepatnya.

Oh, tiga tahun yang lalu, pada tarikh ini, kita ke Gorky Park. Sangat gembira. Sepanjang setahun saya menetap di Moscow, masih belum pernah saya ke sana. Walaupun cuaca sangat panas pada waktu itu, tapi kita betul-betul berjaya menjadi kanak-kanak gembira dengan jayanya.

Pernah dulu saya demam di penghujung musim sejuk 2004 dan Abang Khairil menemankan Eza dan Davina mengambil parcel di sebuah pejabat pos pada hari itu. Sebaik mereka pulang, ada ubat disertakan sekali. Terharunya saya. Menyesal dulu selalu mengutuk Abang Khairil dalam diam ketika di sekolah di zaman tok kaduk kita.

Sewaktu saya dalam tahun ketiga di sini, terlalu banyak masalah menimpa ketika saya tinggal di luar. Terlalu banyak. Pernah pada satu malam sedang saya menangis berseorangan di rumah, saya mendapat panggilan mengejut daripada Abang Khairil. Malu untuk mengaku tapi Abang Khairil selalu saja tahu apa yang terjadi dengan setepat dan secepatnya. Rasa bersalah kerana membebankan Abang Khairil dengan masalah saya pula. Sedangkan pada masa yang sama, saya tahu Abang Khairil sendiri berdepan dengan masalah peribadi yang tak kurang besarnya.

Kalau ada yang bertanya, siapakah best buddy saya di Moscow, jawapan saya tiada yang lain melainkan nama 'KI'. Saya yakin, andai ada yang tidak tahu usul cerita, mungkin ada yang sangka KS dan KI adalah adik beradik yang sebenar. Ya. Kita adik beradik di dalam satu keluarga yang kecil tapi gembira. Keluarga yang sedikit tapi meriah. Itulah Famili Bahas KISAS 00-01-02.

Setahun dari sekarang, Abang Khairil akan meninggalkan saya seorang di sini. Dulu pernah saya terfikir 'Owh, saya akan kehilangan seorang buddy. Saya akan tinggal sendiri di sini.' Tapi saya betulkan minda. Itu jalan kehidupan yang perlu ditempuh oleh Abang Khairil. Dia akan pulang bergelar Dr. Idham. Dia akan pulang menjalankan tanggung jawab. Dan saya di sini akan sentiasa mengirimkan doa agar dia dapat menempuh kehidupan alam pekerjaan dengan lapangnya. Agar tersimpang jauh daripada apa yang digusarkannya, seperti yang selalu diluahkannya.

Abang Khairil,

Saya tahu saya bukanlah insan terbaik yang sentiasa boleh membantu menyelesaikan masalah yang ada. Dan saya juga bukanlah adik yang sentiasa punya masa untuk mendengar permasalahan yang kerap timbul kebelakangan ini dek kekangan kesibukan yang tak henti-henti membebani saya. Tapi saya nak Abang Khairil tahu yang saya akan selamanya menjadi penyimpan mohor besar rahsia-rahsia yang ada dan akan menjadi adik yang sentiasa memahami walau tak selalu ada. Teruskan berkarya dengan foto-foto kamu tu ye. Sungguhpun saya tak pernah mengkhabari, tapi saya merupakan peminat nombor satu The Young Venturer Photography. Jangan berhenti bergiat. Andai nanti kita jauh, hanya 'dunia' Abang Khairil itu tempat saya boleh mengintai berita terkini dari tanah air.

Pada hari ini, saya panjatkan doa kehadrat ilahi. Memohon agar Abang Khairil dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik dan jalan hidup yang mudah lagi diberkati. Dibijakkan akal dan diterangkan dada dengan ilmu yang diredhai. Dihadiahkan isteri yang solehah dan anak-anak penyejuk jiwa sebagai saham di akhirat nanti. Walaupun doa saya ini saban tahun berulangnya buat Abang Khairil, tapi akan tetap saya doakan kerana inilah yang dihajati oleh Abang Khairil sendiri. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Hari Lahir yang ke-23. Semoga Young Venturer ini akan sentiasa muda di hati dan jiwa.

Dekat tapi jauh,
Sarah (MMA),
House No. 16, Room 205,
Malaya Piragovskaya Street,
Moscow.

_______________________________________________

Hari buat dia:

HARI BUAT DIA DIBERHENTIKAN SEKETIKA KERANA HARI INI HARI KHAS BUAT ABANG KHAIRIL (^^,)

Monday, June 11, 2007

The Answer

Assalamualaikum wbt

Sorry for keeping the answer of mine for more than 48 hours.

This is the piece of line that running in my mind answering what is in common between LOVE and SEA:

"You'll only know how deep they are once you fall in them. Either LOVE or SEA"

Anyone disagrees with me?

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

19) An-Nisa' 4:1 - O mankind, fear your Lord, who created you from one soul and created from it its mate and dispersed from both of them many men and women. And fear Allah, through whom you ask one another, and the wombs. Indeed Allah is ever, over you, an Observer.

Sunday, June 10, 2007

Di mana Jatidiri Kita?

Salam wbt

Mata terasa mengantuk, badan terasa penat. Tekak pula perit kerana tadi terbatuk-batuk agak lama selepas solat Maghrib. Tapi ada sesuatu yang bermain di benak dan dada yang serasa tak dapat ditahan lagi untuk diluahkan.

Selepas solat Asar petang tadi, saya menyambung duduk di meja belajar, menghadap powerpoint slideshow yang beratus-ratus muka untuk subjek Surgery, subjek terakhir untuk final semester ini. Sekitar jam 8 malam, dalam suasana yang masih panas terik di luar, Wani memanggil kami serumah untuk makan malam. Hari ini sekali lagi Wani bermurah hati menyediakan juadah. Maklum sajalah, dia telahpun tamat tahun keduanya sebaik cemerlang dalam kedua-dua finalnya yang berakhir semalam.

Dengan kehadiran Sharina dan Diyana yang turut menikmati makan malam bersama kami, jumlah kami semua berlapan jadinya. Dalam kami menikmati makanan, kami bercerita perihal isu wanita masa kini, kesihatan dan Melayu secara amnya. Pada mulanya memang tampak sekadar di permukaan saja perbualan itu. Namun setelah ditambah itu dan ini, begitu dan begini oleh semua yang ada, perbualan kami telah menjadi satu topik yang sangat patut untuk difikirkan oleh semua.

Isunya berkaitan bangsa Melayu pada hari ini. Setiap daripada kami menceritakan keadaan remaja Melayu di kawasan atau bandar masing-masing. Bermula dengan Sharina, Fareena, Diyana dan Diba yang tinggal di Kuala Lumpur dan Johor Baharu, keadaan remaja di sana sudah kita sedia maklum. Tak perlu rasanya untuk saya hurai dengan lebih terperinci. Tapi andai boleh, saya simpulkan bahawa remaja Melayu di KL dewasa ini semakin terasa 'malu' untuk mengaku Melayu dan berbangga seandainya mereka mempunyai satu identiti lain yang menampakkan kekelasan mereka sebagai remaja kota. Dari segi pakaiannya, bahasanya, sosialnya dan adabnya. Apatah pula jika diselidik dari segi agamanya. Saya bukan bersikap pesimis mahupun ofensif terhadap mereka. Namun inilah apa yang terzahir yang tidak boleh ditipu oleh mata lagi. Sekali lagi saya tegaskan, apa yang saya simpulkan ini, tidaklah saya maksudka kepada semuanya. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Beralih pula kepada Wani, Fatini dan Emy. Klang, Bangi dan Nilai asal mereka. Boleh dikatakan, ketiga-tiga tempat tersebut mengalami perubahan budaya yang hampir sama. Menurut Wani, di Klang, gejala rempit sangat dahsyat. Hampir setiap malam, jalan raya utama berhampiran rumahnya dijadikan trek menayang kehandalan mat-mat rempit yang ada. Bagi saya sendiri yang pernah tinggal 2 tahun lamanya di Klang, saya kurang menggemari melihat Bandar Di Raja itu dipenuhi dengan remaja yang bertaburan melepak di hadapan Mydin, di sekitar The Store dan taman berhampiran Bank Islam Klang. Yang peliknya, semuanya Melayu. Di manakah bangsa lain? Hal ini sangat memalukan. Tapi 5 tahun yang lalu, saya cuba berbaik sangka. Setidak-tidaknya remaja Melayu berpeleseran di waktu siang. Mungkin bangsa lain berpelesitan di waktu malam. Oh, adakah salah istilah yang saya gunakan? Maaf saya pinta andai agak kasar bunyinya.

Namun menurut Fatini yang mempunyai kampung di Kelantan, katanya, remaja-remaja perempuan di kampungnya masih sopan-sopan akhlaknya. Saya suka mendengar fakta itu. Dan saya akui kebenaran fakta itu. Ketika saya bercuti di Kota Bharu selama seminggu dan tinggal di kampung Auyun, teman sekuliah, saya akui remaja-remaja Melayu Kelantan, bagi yang perempuannya, masih sopan-sopan belaka. Paling habis, mereka tidak bertudung tapi mereka tahu sosialiti yang perlu dijaga tatanya di khalayak ramai. Apa yang saya katakan ini bukan berunsur 'asobiyyah' atau berpuak-puak. Saya tidak menyebelahi mana-mana. Saya sendiri bukan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tapi sungguh. Saya kagum melihat jatidiri yang masih unggul di sana.

Lain pula keadaannya di bandar kelahiran saya, Temerloh. Sejujurnya, Temerloh tidak mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Namun apabila tibanya hari minggu, dataran Temerloh yang terletak di Lurah Semantan, di tepian Sungai Pahang, pasti akan dipenuhi oleh para remaja yang berpakaian pelik-pelik dan berperangai yang boleh membuatkan ramai bertanya: Bersekolahkah mereka ini? Saya masih ingat bagaimana saya terdengar perbualan sekelompok remaja yang bertenggek di luar kereta saya ketika sedang menunggu adik saudara saya mengambil seluar yang dihantar potong di sebuah kedai jahit. Mereka ber'I' 'You' sesama mereka. Namun sekadar itu sajalah patah butir bahasa Inggeris yang kedengaran. Paling maksimum, saya terdengar perkataan 'misscall' dan 'cover' yang dirojakkan bersama dua lagi perkataan iaitu 'baik punya'. Aduh! Rosak. Mereka ini sebenarnya bukanlah dari golongan yang benar-benar 'belajar' ketika di sekolah. Tapi di luar sekolah, mereka cuba untuk membuktikan kejaguhan mereka untuk menjadi yang termoden dan terkini.

Tapi sayang. Akhlak mereka rosak. Bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan ibaratnya mereka adalah adik-beradik. Berpeluk manja seperti mereka suami isteri. Berfesyen sakan seperti berada di pentas model di Kota Paris. Tapi sayang juga, fesyen mereka tak pernahnya sesuai dengan peredaran masa, menurut telahan saya yang jahil ini. Saya ini sebetulnya buta fesyen. Tapi setakat untuk menilai mana yang sedap dipandang mata, itu bukanlah satu masalah besar. Saya kira adik-adik kita yang kecil juga tahu menilainya.

Saya teringat satu insiden di mana kakak saya pulang dari UKM dengan menaiki bas kerana dia meninggalkan keretanya di Temerloh. Lalu saya menjemputnya di terminal bas di bandar. Kakak saya turun di Terminal Ekspress di bahagian atas bandar Temerloh, bukan di kawasan dataran. Jadi dia berjalan kaki menuju ke tempat saya menunggunya. Sebaik dia tiba di kereta, saya melihatnya memegang senaskah akhbar The Star di tangan. Saya bertanya akan berita yang terkandung. Katanya, dia juga belum membacanya lagi. Membeli sekadar untuk memegang terlebih dahulu. Jika tidak, dirinya tidak ada bezanya dengan remaja yang penuh berpeleseran di luar kereta kami waktu itu.

Oh, saya terkesima. Sejauh itu kakak saya berfikir. Tapi saya sebenarnya bersetuju. Namun kenyataan saya menyetujuinya itu tidak sekali-kali membawa maksud : I sound stupid when I speak Malay. Saya sangat menyanjungi Bahasa Melayu. Bahasa itu identiti kita. Tanpa bahasa, terasa cacat bangsa kita.

Kesimpulan yang boleh saya berikan menurut diri saya yang dhaif ini, janganlah kita gadaikan agama dan maruah bangsa semata-mata kerana terikut-ikut dengan arus budaya terkini. Apalah yang ada pada arus masa kerana jika kita fikir sejenak dengan sedalamnya, kita sebenarnya menjadi hamba masa seandainya yang kita buru adalah kepuasan yang tak pernah lupa untuk terus bergerak menuju sesuatu yang baru. Ingatlah wahai Melayu semua. Hang Tuah pernah bersaksi mengatur ayat 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'. Tapi andai inilah yang terjadi, 'Pasti Melayu Terkubur Jua' jawapannya. Muliakanlah bangsa kita dengan pengamatan agama yang datang dari hati agar Melayu itu dikenali dengan tinggi akhlak budi, tinggi nilai insani.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"

Nota: Terfikirkan kata-kata di atas kerana teringatkan seorang kawan di Bumi Jerman.

_____________________________________________

Hari buat dia:

18) Apa ada pada rupa andai ilmu kosong di dada. Apa ada pada nama andai iman rompong di jiwa.

Saturday, June 09, 2007

Selamat Hari Lahir Emak!


Assalamualaikum wbt

Pernah dulu seorang kawan bertanya, siapa yang paling banyak mempengaruhi hidup saya. Dengan tidak perlu berfikir panjang, laju saya menjawab "Emak saya". Pernah juga dulu seorang saudara dalam bersenda berkata "Angahlah yang paling iras dengan maknya". Dan laju kepala mengangguk mengiyakan. Dan hati bersetuju membenarkan.

Teringat dulu, sewaktu umur saya enam tahun, emak mengajar jauh di Chenor. Seawal 6.30 pagi emak telah bertolak. Saya selalu kasihan melihat emak apabila emak pulang lewat tengahari. Keletihan. Sewaktu itu, emak sedang mengandungkan adik Adi. Ketika itu kami tinggal di rumah yang kami gelar Rumah Sewa. Rumah dua tinggat di bawah bukit rumah kami sekarang. Sebetulnya, rumah kami dalam proses pembinaan di atas bukit itu. Kami punya seorang pembantu rumah waktu itu. Kak Lela namanya. Tapi kerana kasihan melihat emak pulang dengan kepenatan, saya tidak tahu mengapa, dengan sendirinya rasa hendak belajar memasak nasi. Menanak nasi. Sekadar nasi sajalah. Masih terlalu kecil untuk pandai yang lain. Emak riang hati mengajar saya waktu itu.

Ketika berumur 8 tahun, insiden besar terjadi dalam hidup saya. Hampir saja saya kehilangan nyawa (rujuk
entry ini). Emaklah orang yang sentiasa menjaga saya, mengusung saya ke hospital dan klinik setiap minggu untuk rawatan lanjutan. Terima kasih emak.

Dan ketika saya telah menginjakkan kaki ke sekolah menengah (sekolah harian berhampiran rumah sebelum ke asrama penuh), emaklah yang menghantar dan menjemput saya dan kakak setiap hari. Saya paling suka apabila setiap hari Selasa petang, selepas emak menjemput kami, kami akan ke pasar malam sebelum pulang ke rumah. Sangat gembira.

Pada suatu hari (saya sudah lupa saya berada dalam tingkatan 1, 2 atau 3), saya pengsan di rumah buat kali pertama. Mulut saya berdarah kerana terhantuk pada meja bercermin di tengah-tengah koridor rumah. Emaklah yang berkejar membawa saya ke klinik. Dan emaklah orang pertama yang mengetahui kondisi kesihatan saya dari awal cerita.

Sebaik saya memulakan menengah atas di Klang, kesihatan saya bertambah teruk. Di awal tingkatan 4, saya pengsan di tengah-tengah malam di asrama. Dikejarkan ke hospital dan 3 hari lamanya saya di wad sebelum pihak sekolah dapat menghubungi keluarga saya. Pada waktu itu, mereka semua pulang ke Pulau Pinang. Sebaik mereka maklum akan hal ini, emak berkeras mahu saya dipindahkan ke Hospital Mentakab (Hospital Temerloh belum wujud lagi). 2 minggu lamanya saya di wad. Dan emaklah yang setiap hari membawakan keperluan-keperluan saya termasuklah buku-buku pelajaran saya. Kasihan emak. Dengan tanggung jawabnya terhadap sekolah, keluarga dan adik-adik di rumah, emak pasti akan datang juga setiap hari membawakan apa saja yang saya inginkan. Maafkan Angah, emak. Angah banyak menyusahkan emak waktu itu.

Apabila pulang semula ke sekolah, saya kerap pengsan dan saya menjadikan alasan ini untuk berpindah ke sekolah berhampiran rumah saja. Saya memujuk ayah. Tapi ayah tidak benarkan. Kata ayah, saya mampu bertahan di situ. Kata ayah lagi "Takkanlah Best Freshie nak balik sekolah lama". Saya mengalah. Tapi saya tahu, emak sebenarnya menurut saja kehendak saya itu. Bagi emak, itulah yang terbaik sebenarnya. Namun, hajat ayah saya teruskan juga. Disebabkan itu, ada beberapa kali insiden saya pengsan di sekolah tapi tidak saya khabarkan kepada emak kerana tidak mahu emak risau. Saya masih ingat bagaimana saya berkomplot dengan Mak Cik Zaharah, kerani yang bertugas tentang rekod kesihatan pelajar di KISAS dulu. Saya menyuruhnya agar tidak menghubungi keluarga saya tentang rekod terkini yang doktor berikan padanya. Seingat saya, saya berada di dalam tingkatan 5 pada waktu itu, di mana nama jolokan saya adalah "Budak Pengsan". Maaf sekali lagi emak juga ayah. Bukan niat Angah hendak menipu.

Dulu, anak emak yang bergelar Angah ini sangat jatuh cinta dengan dunia bahasnya. Dan apa yang membuatkan saya sangat terharu, emak dan ayah akan hadir di setiap peringkat akhir yang pernah saya lalui. Paling tidak mungkin dilupakan di Debat Piala Terbuka UIA kali pertama. Emak dan ayah datang seawal pagi lagi bersama adik Aiman dan adik Azizi. Begitu juga ketika Final Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2002. Emak dan ayah agak lewat tibanya. Saya sudahpun berada di atas pentas ketika itu. Dari atas pentas, saya terlihat kelibat emak melambai-lambaikan tangan kepada saya. Terus hilang gemuruh dan emak sendiri telah saksikan bagaimana saya berhujah selepas itu yang boleh saya katakan yang terbaik yang pernah saya lakukan. Terima kasih emak.

Kini apabila berjauhan, jika rindu, emaklah orang yang akan saya hubungi. Jika ada masalah, emak jugalah penasihat peribadi. Jika ada rahsia, emak jugalah orang yang akan mengetahui setiap segala inti cerita.

Emak pernah berjenaka. Katanya, jika emak sudah bercucu, emak mahu dirinya digelar Datin. Katanya, takkanlah ayah saja yang bergelar Datok. Dalam hati saya berjanji, andai saya sempat berbakti semula untuk emak dan ayah, saya akan meletakkan emak dan ayah dalam ketenangan rehat yang panjang dan tidak perlu bersusah-payah memikirkan tentang menyara kehidupan. Akan saya balas jasa kalian selagi hayat dikandung badan.

Dan buat masa ini, hanya doa yang menjadi ganti. Doa saya, semoga emak, jua ayah, sentiasa dalam redha Ilahi, diampunkan dosa-dosa dan dijanjikan syurga di akhirat nanti.

Buat emak tersayang, Noor Azimah Binti Kamaruddin, Selamat Hari Lahir. Terima kasih kerana telah mendidik Kak Long, Angah dan adik-adik untuk menjadi INSAN. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Salam sayang,
Angah, Moscow.

(mewakili Kak Long, Nan, Lan, Adi,
Adam,
Adik Azizi dan Adik Aiman)



p/s: Terpaksa kitar semula koleksi gambar yang ada je. Saya minta Kak Long emailkan gambar terkini, tapi katanya tiada di dalam PC di rumah. Mungkin Nan yang simpan semua koleksi gambar. Emak pernah suka penyanyi Cher. Tapi saya tidak ingat apa tajuk lagu yang emak minati. Sebagai ganti, saya sertakan salah 1 lagu Cher yang saya tahu. Strong Enough.




_________________________________________________________

Hari buat dia:

17) Al-An'am 6:11 - Katakanlah (wahai Muhammad) "Berjalanlah kamu di atas muka bumi. Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang yang mendustakan (Allah) itu.

Friday, June 08, 2007

A Questionaire

Salam wbt

A few days back, a line came into my mind. Not to be believed, yet to be proved.

So, anyone out there who knows, let me know your ideas ok. I actually have my own answer but for now, I'd like to know your opinions 1st.

Here it goes:

What is in common between LOVE and SEA?

Care to share your thoughts?

Note: I've finished my Russian Language State Exam. Alhamdulillah. Double smile for today since Wani also did well in her exam :)

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

16) Asy-Syura 42:26 - Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta menambah (pahala) kepada mereka daripada kurniaNya. Dan orang-orang yang engkar akan mendapat azab yang sangat keras.

Thursday, June 07, 2007

Hari-hari Yang Gembira

Assalamualaikum wbt

Empat hari lepas, emak menelefon saya kerana saya demam pada waktu itu. Rasa bersemangat selepas mendengar suara emak. Gembira.

Tiga hari lepas, dapat keputusan yang bagus untuk Obstetrics. Selepas hampir dua minggu hidup hanya bertemankan buku-buku, keputusan kali ini benar-benar memuaskan hati. Alhamdulillah. Gembira lagi.

Dua hari lepas, selepas menyelak-nyelak nota-nota tulisan tangan yang saya sediakan untuk Therapy, boleh dikatakan hampir 70% saya sudah sedia. Walaupun saya rasa masa amat suntuk sebenarnya, tapi saya tahu saya pasti sempat untuk mengulangkaji kesemuanya. Malamnya, mendapat panggilan daripada Abang Khairil. Selepas mendengar sedikit nasihat, terasa seperti telah mendapat semula semangat. Gembira juga.

Semalam, mendengar khabaran terkini pemimpin negara kita. Sudah rezekinya akan berumah tangga kali kedua. Dan semalam juga kualiti masa dirasakan sangat berharga. Hampir 100% saya gunakan dengan sebaiknya. Dan semalam juga, ada beberapa orang kawan yang gembira dengan alasan tersendiri. Saya gembira kerana mereka semua gembira. Dan semalam Abang Wan menghubungi saya membuat kejutan mengkhabari saya bahawa dia telahpun tiba di Malaysia tiga minggu yang lalu. Terkejut tidak terkata. Tapi keriangan kerana akan berjumpanya cuti kali ini. Rindu pada Abang Wan akan terlerai. Gembira lagi.

Hari ini, saya menyudahkan exam Therapy dengan senyum yang lebar. Subjek yang sangat saya suka. Alhamdulillah keputusan yang bagus juga saya khabarkan buat emak ayah lewat SMS. Emak gembira dan mendoakan untuk dua lagi subjek yang berbaki. Gembira tidak terkata.

Dan di saat ini, saya sedang mengemas-ngemas meja belajar saya. Stateskop saya sangkutkan ke tempat biasa berhampiran lampu meja berwarna ungu yang tergantung. Dan kini saya sedang menyusun buku-buku tebal pelbagai disiplin perubatan untuk dipulangkan ke perpustakaan. Sudah lama tak ke sana. Dalam cuaca panas begini (musim panas telah bermula), saya jangkakan pasti penat yang sangat akan menemani kepulangan saya nanti. Tapi yang pasti, kepenatan itu akan terawat sebaik teringatkan seminggu dari tarikh ini, saya akan pulang ke Malaysia bertemu keluarga yang sangat dirindui. Gembira tidak terperi.

Dalam saya bergembira, masih ramai yang berduka. Dan dalam saya tersenyum, ada sesuatu yang saya rudum.

________________________________________________________________

Hari buat dia:

16) Absence makes the heart grows fonder.

Wednesday, June 06, 2007

Pak Lah Saya Kawin Lagi...

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi, saya keluar berjogging dengan Emy. Seawal 7 am telah keluar rumah dan tiba semula kurang 10 minit ke pukul 8.

Sempat menyinggah ke pasar membeli strawberry segar. Ah! Sangat segar pagi ini.

Sebaik masuk ke bilik, saya menjenguk blog dan tak lama selepas itu, handphone berbunyi tanda ada mesej masuk.

Emak!

Emak: Salam. Latest news. Pak Lah getting married to Jeanne Abdullah on 9th June. Ok. All d best 4 next paper.

Saya: Salam mak. Who's Jeanne Abdullah? Never heard before. Confirmed ke ni?

Sementara menanti balasan daripada emak, Emy menyuruh saya membuka Utasan Online. Hampa. Tiada berita berkaitan langsung (Waktu itu tiada lagi berita terkini di ruangan teratas). Kami meng'google' pula nama Jeanne Abdullah. Juga hampa. Tiada direktori berhubung nama itu.

Tet Tet. Tet Tet.

Emak: Confirmed. Berita pukul 12 tadi.

Saya: Tapi sape Jeanne tu? Pakai tudung ke? Waaa...

Sekali lagi. Tet Tet. Tet Tet.

Emak: A Chinese, anak 2 org. Dulu Pengurus rumah TPM. Now Pengurus 5 stars hotel.

Saya: Jodoh Pak Lah kan mak. Later we update abt this ok. Mak shud b d reporter for me. Hehe.

Selamat bertemu jodoh sekali lagi Pak Lah.

Bermaksud rupanya mimpi saya minggu lalu. Rupanya kita semua akan dengar berita besar tentang Pak Lah.

Dan di saat ini, saya sedang menikmati strawberry ranum bertemankan semug teh susu panas. Gabungan 2 budaya yang menjadi warna-warni Malaysia kini.



________________________________________________

Hari buat dia:

15) Tiada yang pahit melainkan dijadikannya sebagai ubat; ubat badan dan jiwa yang melarat.

Tuesday, June 05, 2007

Bila Sarah Menulis

Assalamualaikum wbt

1st of all, praise be to Allah, Alhamdulillah, for my state of health which is better than the last 2 days. I've got back my appetite and my sleep ran well. My head is lighter and the mood is cheerer.

Since I left this blog with the previous entry, so many contacted me, left comments and wishes, that make my heart drown speechless. Thank you so very much for all the concerns given and on top of it, thank you very much for being there for me. Or maybe it's not too much if I say that, here, in this my small world, I found friends, which seems 'quite' impossible for me to have them in reality.

Obstetrics is over. Alhamdulillah. I did it again. Sometimes, I don't know how to put it into words. I found that clinical years are hectic and give me troublesome days, tasks, healthiness and moods. Classes are so pack and end with moody emoticon on my face. I ran through the months with sleepless nights and restless weekends. But all I can conclude now is "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". I forced myself to focus up to 90% during the Autumn and Spring sems. Therefore, when it comes to the Winter and Summer sems, where the exams are waiting, I found myself have a complete notes, and all I have to do is restudy again the materials. And the most suitable word for it is 'Say No To Laziness To Prepare Your Own Notes'.

What am I trying to say here? It's easy. Be prepared is the answer. Don't ever make up your mind to call your days with last minute things. It's horrible. Brings no good at all.

My newly found uncle, Uncle Zul, who is the incharged doctor for the Astronaut Team here, once told me about 'Luck'. Luck prefers prepared mind. And that is so true. And if we relate it to Islam, that's what we call 'Rezeki'. We prepare ourselves to the fullest that we can. In whatever doings. In study, life aspect, working field, or to more extend, to prepare ourselves to face Him oneday.

In chapter Ali Imran 3:109, Allah stated : And all the belongings in the universe are Hims. And only to Him we are returning to.

Does it sound related to the 'Luck' I'm talking about? Seem it doesn't. But here it is. We should always bare in mind that everything is up to Allah to put it in the best way because everything is hims. But we as a good 'insan' should always try to put it the best way that we manage to, and what would happen next is no longer our business. It's all up to Allah. Sometimes He gives us excellences to reward us. And sometimes He lines our life with failures to test us. But remember, success and joy are also some kinds of test from Him. Whether we live them up in good or bad. Don't too much enjoy our success otherwise it drives us to detach Allah in life.

So what can we do to make it sound we are grateful for what we have? The answer is 'Tawakkal'. To be fully aware that His decision is always the best for us, whether it's good or in the other way around.

Yesterday, straight away after exam, I took metro from Kashirskaya Station to Kahovskaya and from there I took trolleybus to Kalushkaya Station. And from there, again, I hopped onto bus to Volgina Street to get my airline ticket (the changed date ones). On the way from Kahovskaya to Kalushkaya, I checked my phone and there was a message from Abang Zam in Volgograd. Asking about the latest progression regarding Sympo'07. I replied once and then my phone turn off. No battery at all. I couldn't reply his second message right away. Felt bad. Plus, I couldn't call the agency to let them know I'm coming.

After the long journey, I reached the office and they told me the ticket wasn't arrived yet from the main Qatar Airways office and pleased me to come back tomorrow (today) at 4. Felt very bad. I took bus to Yugo Zapadnaya Station and all the way in the metro, I was taking my short but deep sleep, regardless the people who watching.

I walked back in hurry to reach hostel as soon as possible but instead of resting in room, I was stuck in Farah's room. Because my roommate brought my keys along! Only 2 hours after that, I could go back and rest.

After zuhur prayer and drank a glass full of milk, a slice of white bread without anything, I swallowed my medication and after that straight away rushed for bed to sleep. Before falling asleep, I rechecked myself. I've got excellent mark for Obstetrics. But why do I still not thank Him for it and have a heart to feel upset and moody for the ticket issue? Somehow, I'll get it by tomorrow, isn't it? How could I have this feeling and moody around?

At the very least, there's hikmah behind all these. I was so tired when reached home and that could give me a very deep sleep and that's what I was waiting for since days ago. I really did it last night. And by taking buses and metro, walked here and there, I, at least, could go wandering the town since I haven't went out for 2 months already!

At last, I told myself: Sarah, get a life!

And in the late evening, I went for a walk, alone, by the lake.

_________________________________________________________

Hari buat dia:

14) DOCTOR - Do Only Correct Things Otherwise Resign (a reminder for myself)