Sunday, June 10, 2007

Di mana Jatidiri Kita?

Salam wbt

Mata terasa mengantuk, badan terasa penat. Tekak pula perit kerana tadi terbatuk-batuk agak lama selepas solat Maghrib. Tapi ada sesuatu yang bermain di benak dan dada yang serasa tak dapat ditahan lagi untuk diluahkan.

Selepas solat Asar petang tadi, saya menyambung duduk di meja belajar, menghadap powerpoint slideshow yang beratus-ratus muka untuk subjek Surgery, subjek terakhir untuk final semester ini. Sekitar jam 8 malam, dalam suasana yang masih panas terik di luar, Wani memanggil kami serumah untuk makan malam. Hari ini sekali lagi Wani bermurah hati menyediakan juadah. Maklum sajalah, dia telahpun tamat tahun keduanya sebaik cemerlang dalam kedua-dua finalnya yang berakhir semalam.

Dengan kehadiran Sharina dan Diyana yang turut menikmati makan malam bersama kami, jumlah kami semua berlapan jadinya. Dalam kami menikmati makanan, kami bercerita perihal isu wanita masa kini, kesihatan dan Melayu secara amnya. Pada mulanya memang tampak sekadar di permukaan saja perbualan itu. Namun setelah ditambah itu dan ini, begitu dan begini oleh semua yang ada, perbualan kami telah menjadi satu topik yang sangat patut untuk difikirkan oleh semua.

Isunya berkaitan bangsa Melayu pada hari ini. Setiap daripada kami menceritakan keadaan remaja Melayu di kawasan atau bandar masing-masing. Bermula dengan Sharina, Fareena, Diyana dan Diba yang tinggal di Kuala Lumpur dan Johor Baharu, keadaan remaja di sana sudah kita sedia maklum. Tak perlu rasanya untuk saya hurai dengan lebih terperinci. Tapi andai boleh, saya simpulkan bahawa remaja Melayu di KL dewasa ini semakin terasa 'malu' untuk mengaku Melayu dan berbangga seandainya mereka mempunyai satu identiti lain yang menampakkan kekelasan mereka sebagai remaja kota. Dari segi pakaiannya, bahasanya, sosialnya dan adabnya. Apatah pula jika diselidik dari segi agamanya. Saya bukan bersikap pesimis mahupun ofensif terhadap mereka. Namun inilah apa yang terzahir yang tidak boleh ditipu oleh mata lagi. Sekali lagi saya tegaskan, apa yang saya simpulkan ini, tidaklah saya maksudka kepada semuanya. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya.

Beralih pula kepada Wani, Fatini dan Emy. Klang, Bangi dan Nilai asal mereka. Boleh dikatakan, ketiga-tiga tempat tersebut mengalami perubahan budaya yang hampir sama. Menurut Wani, di Klang, gejala rempit sangat dahsyat. Hampir setiap malam, jalan raya utama berhampiran rumahnya dijadikan trek menayang kehandalan mat-mat rempit yang ada. Bagi saya sendiri yang pernah tinggal 2 tahun lamanya di Klang, saya kurang menggemari melihat Bandar Di Raja itu dipenuhi dengan remaja yang bertaburan melepak di hadapan Mydin, di sekitar The Store dan taman berhampiran Bank Islam Klang. Yang peliknya, semuanya Melayu. Di manakah bangsa lain? Hal ini sangat memalukan. Tapi 5 tahun yang lalu, saya cuba berbaik sangka. Setidak-tidaknya remaja Melayu berpeleseran di waktu siang. Mungkin bangsa lain berpelesitan di waktu malam. Oh, adakah salah istilah yang saya gunakan? Maaf saya pinta andai agak kasar bunyinya.

Namun menurut Fatini yang mempunyai kampung di Kelantan, katanya, remaja-remaja perempuan di kampungnya masih sopan-sopan akhlaknya. Saya suka mendengar fakta itu. Dan saya akui kebenaran fakta itu. Ketika saya bercuti di Kota Bharu selama seminggu dan tinggal di kampung Auyun, teman sekuliah, saya akui remaja-remaja Melayu Kelantan, bagi yang perempuannya, masih sopan-sopan belaka. Paling habis, mereka tidak bertudung tapi mereka tahu sosialiti yang perlu dijaga tatanya di khalayak ramai. Apa yang saya katakan ini bukan berunsur 'asobiyyah' atau berpuak-puak. Saya tidak menyebelahi mana-mana. Saya sendiri bukan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tapi sungguh. Saya kagum melihat jatidiri yang masih unggul di sana.

Lain pula keadaannya di bandar kelahiran saya, Temerloh. Sejujurnya, Temerloh tidak mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Namun apabila tibanya hari minggu, dataran Temerloh yang terletak di Lurah Semantan, di tepian Sungai Pahang, pasti akan dipenuhi oleh para remaja yang berpakaian pelik-pelik dan berperangai yang boleh membuatkan ramai bertanya: Bersekolahkah mereka ini? Saya masih ingat bagaimana saya terdengar perbualan sekelompok remaja yang bertenggek di luar kereta saya ketika sedang menunggu adik saudara saya mengambil seluar yang dihantar potong di sebuah kedai jahit. Mereka ber'I' 'You' sesama mereka. Namun sekadar itu sajalah patah butir bahasa Inggeris yang kedengaran. Paling maksimum, saya terdengar perkataan 'misscall' dan 'cover' yang dirojakkan bersama dua lagi perkataan iaitu 'baik punya'. Aduh! Rosak. Mereka ini sebenarnya bukanlah dari golongan yang benar-benar 'belajar' ketika di sekolah. Tapi di luar sekolah, mereka cuba untuk membuktikan kejaguhan mereka untuk menjadi yang termoden dan terkini.

Tapi sayang. Akhlak mereka rosak. Bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan ibaratnya mereka adalah adik-beradik. Berpeluk manja seperti mereka suami isteri. Berfesyen sakan seperti berada di pentas model di Kota Paris. Tapi sayang juga, fesyen mereka tak pernahnya sesuai dengan peredaran masa, menurut telahan saya yang jahil ini. Saya ini sebetulnya buta fesyen. Tapi setakat untuk menilai mana yang sedap dipandang mata, itu bukanlah satu masalah besar. Saya kira adik-adik kita yang kecil juga tahu menilainya.

Saya teringat satu insiden di mana kakak saya pulang dari UKM dengan menaiki bas kerana dia meninggalkan keretanya di Temerloh. Lalu saya menjemputnya di terminal bas di bandar. Kakak saya turun di Terminal Ekspress di bahagian atas bandar Temerloh, bukan di kawasan dataran. Jadi dia berjalan kaki menuju ke tempat saya menunggunya. Sebaik dia tiba di kereta, saya melihatnya memegang senaskah akhbar The Star di tangan. Saya bertanya akan berita yang terkandung. Katanya, dia juga belum membacanya lagi. Membeli sekadar untuk memegang terlebih dahulu. Jika tidak, dirinya tidak ada bezanya dengan remaja yang penuh berpeleseran di luar kereta kami waktu itu.

Oh, saya terkesima. Sejauh itu kakak saya berfikir. Tapi saya sebenarnya bersetuju. Namun kenyataan saya menyetujuinya itu tidak sekali-kali membawa maksud : I sound stupid when I speak Malay. Saya sangat menyanjungi Bahasa Melayu. Bahasa itu identiti kita. Tanpa bahasa, terasa cacat bangsa kita.

Kesimpulan yang boleh saya berikan menurut diri saya yang dhaif ini, janganlah kita gadaikan agama dan maruah bangsa semata-mata kerana terikut-ikut dengan arus budaya terkini. Apalah yang ada pada arus masa kerana jika kita fikir sejenak dengan sedalamnya, kita sebenarnya menjadi hamba masa seandainya yang kita buru adalah kepuasan yang tak pernah lupa untuk terus bergerak menuju sesuatu yang baru. Ingatlah wahai Melayu semua. Hang Tuah pernah bersaksi mengatur ayat 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'. Tapi andai inilah yang terjadi, 'Pasti Melayu Terkubur Jua' jawapannya. Muliakanlah bangsa kita dengan pengamatan agama yang datang dari hati agar Melayu itu dikenali dengan tinggi akhlak budi, tinggi nilai insani.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita"

Nota: Terfikirkan kata-kata di atas kerana teringatkan seorang kawan di Bumi Jerman.

_____________________________________________

Hari buat dia:

18) Apa ada pada rupa andai ilmu kosong di dada. Apa ada pada nama andai iman rompong di jiwa.

16 comments:

ainishamsi said...

kadang-kadang, sekam yang membakar dalam dibiarkan sahaja.kelakar bukan? sama-sama kita membaiki diri ke arah yang lebih baik. :)

jap, akak orang temerloh ek? tahu kg pangsenam?

amano said...

heh.. jangan dipuji sangat kelantan.... sebab remaja kelantan skarang makin "maju....." sedih dan sakit hati kadang2 bila balik tengok dah ramai bermini skirt n bersleeveless di bumi kota bharu.

danialle said...

yup. kelantan skrg makin goyah. bandaraya islam tdk segah namanya.

pasal bahasa melayu tu, mmg tak dinafikan kita sepatutnya cinta bahasa kita sendiri. sy sendiri mula meminati gaya bahasa dan lenggok bahasa melayu ni sejak aktif berblog. tambah lg bestnya apb disulami dgn pepatah dan peribahasa. tp still xdpt elak mggunakan bahasa rojak.mungkin sebab nk cepat kot.

Shazwani Adnan said...

salam
hmm..memang panjang perbualan kita semalam kn ks? dari satu topik ke satu topik. seteruk - teruk rusia ni (bile org dok kte time winter, sume tutup. time summer..??),kate teruk lg keadaan kt malaysia. tapi bukan semua. wani tak kutuk malaysia ye..(alamak, nnt kene 'gam' la pulak!aiyoo!!)mintak maaf banyak2. bukan niat mengkritik, tp sekadar mengingatkn kpd yg masih belum beringat.. ntah la.. masing2 dah besar.. dh boleh pk. so, pk la org kebaikan diri sendiri..

afiqawe said...

Salam..

wah, seramnya nak balik malaysia...
benda-benda yg biasa kita nampak kat sini, boleh nampak di malaysia pula..

silap2 kita pandang biasa pula dgn benda2 mcm tu nanti...

Anak Singa said...

Salam. nice one. org2 dulu kata;
"biar mati anak, jangan mati adat". adat kita adalah deen yg suci; islam. jatidiri kita adalah islam. mudah2 an Allah buka hati yg berkenaan.amin.

c's said...

tuh psl sya ske kg.. selen bleh petik cili, betik tepi umah, n x polluted, kg agak kurg ter'cemar' dgn bnda2 sebegitu..bleh kata rare lagi le..

tp klu tgk suasana di kg sndri mkn berubah ..sedey.. sedey tgk org2 yang menggelabah nagn bnda2 x best nih..selalu background die sedey skit, belajo mak x brape nak galak.maka, lepak le jwbnya..

Sarah Mohd Shukor said...

Aini:
kesimpulannya, padamkn dulu api yg di dalam tu supaya yg di luar pun sejuk :) yup. ks org temerloh. kg pangsenam misti lah tau. ks duduk kg lebak. lepas kg pangsenam tu. owh. knp? tu kg kamu ke??

Amani:
sy bukan memuji sgt. cuma apa yg terus kt sana x seteruk kt tmpat lain. suka sy duk sana. best. cuma kena belajar bahasa lebih skit la. suka suka kelantan :)

Danialle:
bahasa ni terpulang pd kita mcm mane. mmg ramai yg guna singkatan je tp kalau ayatnya masih bertatabahasakn yg betul, sedap jgk bunyinya. yg sy nmpak, cara awk menulis, sgt harmoni bahasanya cuma awk guna singkatan. yg pasti, sy tetap suka tulisan awk. mengena tepat pd yg dituju.

Sarah Mohd Shukor said...

Wani:
Allah tu bijak ciptakan kt sini bermusim2 yg perlukan kitaran pakaian yg berbeza. cuba bayangkan kalau selamanya summer je kt sini. fuh. jenuh kita sume tanggung dosa maksiat mata. huhu. dahsyat kan dressing russian girls. lg x tahan kalau tgk yg lelakinya meliar je mata n tgn time2 nih. adui :)

Awe:
betul awe. setuju. kadang tu kan, ks rasa rimas bila jalan2 d msia. rasa rimas dgn aksi bdk2 skrg. yerr.. kita yg duduk kt luar ni pun x mcm tu. adui. ntah la. harapnya benda ni takkan mengimunkan diri kita terhadap sensitiviti tgntg kemaksiatan nih. yg hitam tetap hitam kn.

p/s: ks akn balas email kamu psl soalan2 tu by tonight. before subuh ks akn hantarkn jawapannya. harap ks dpt bantu sikit sebyk.

Alif:
betul tu anak singa (^^,) adat n jatidiri yg patut kita ada misti base on islam. la budda (x boleh tidak) mmg kena base on our deen.

Radin:
Owh.. akk pun suka kg. tambah2 pulak rumah sendiri d tanah sndiri. sume benda senang je. tp bdk kg tempat akk same je dgn bdk bandar. kalu kamu nak tau, akk x de selipar pun kalau balik msia. nk keluar rmh g main buai pun guna selipar adik2 akk je. sbb akk mmg x kluar rmh. sbb akk 'kurang' gemar dgn bdk kg tmpt akk. nampak memilih bulu kn? tp x dapat nk ubah la. adui. wassini yg ukhti..

Sarah Mohd Shukor said...

Radin lagi:
Nasib baik rumah akk atas bukit n terasing dr rmh org lain. ada rumah tok n mak saudara je ats bukit tu jgk. so risiko sakit mata tgk aksi diorg yg ntah apa2 tu kurang skit la. mak akk pun restrict kn pergaulan adik2 lelaki akk agr x terlalu rapat dgn bdk2 muda kg akk yg ntah x tau utk akk kategorikan sbg apa. alhamdulillah kondisi klga akk sgt lain dr mentaliti org kg yg lain.

kesimpulan yg akk boleh buat, agama n pendidikan tu sgt penting. x leh kurang salah 1 drpd keduanya. wallahu a'lam.

akirasuri said...

oh! isu melayu takkan selesai sampai bila-bila. melayu itu dan melayu ini. ya. melayu memang bangsa target yang perlu dijatuhkan jatidiri. selagimana melayu tak sedar diri. selagi itulah tak ada apa-apa yang dapat membantu. memang ada yang sedar diri. tapi segenlintir saja. yang majoriti pulak banyak tak sedar diri. oh! mengong.

*harus berhenti di sini. nanti cik ati jadi lebih sarcastic!

фарина захари said...

seronok bbual topic pada mlm tu..topik hangat!!terasa naive lak for a moment

adi said...

sy fikir masalah ni sudah berlarutan sejak 30 thn dulu lagi... maksud sy generasi ibu bapa kita yg sibuk mencari rezeki, sehingga sstgh dr generasi kita dinafikan asas2 agama dan moral yg kuat utk mereka menghadapi pengaruh luar. mgkn mrk x dpt beza mana yg baik, mana yg buruk..mgkn mrk tahu, tp x kisah dan peduli lg akan akibat dan balasannya. mrk sepatutnya bljr dr kesilapan tp mrk x mahu atau x sanggup bertaubat malah terus hanyut sehingga terjebak dlm dosa yg lbh besar...

betapa bezanya antara mrk yg tahu dgn mrk yg x tahu, antara mrk yg sedar dgn mrk yg x sedar. utk kita mengubahnya, bknlah mudah.

um, psl negeri sy nh... thn lps sy blk, sy lihat keadaannya bukanlah lbh baik berbanding sethn sblmnya. sedih jugak=(

heheh, sy pedang yg x potong org. jgn takut =P

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati:
Memang ada yang sedar diri. tapi segelintir saja. moga2 kita ni tergolong dlm yang sedar diri tu. sgt tak sedap bunyinya kalau kita ni tergolong sbg org tak sedar diri. mcm teruk sgt bunyinya kan.

Fareena:
Dan lepas tu bila kita berdua sambung cakap kat katil kamu lepas maghrib tu, ks pun terfikir, ye x ye jgk kn, rasa naif sgt2. nasib baik ada kwn2 yg hebat2 *smile*

Adilin:
Betul tu. kadang tu, mak bapak zaman skrg ni, bila anak dia x moden mcm anak org lain, diorg pulak yg cuba utk memodenkan anak diorg tu. asas didikan dlm klga tu sndiri dah rosak, mcm mana kita nak harapkan remaja skrg boleh bentuk diri sndiri dgn keadaan sekeliling yg pelik2. dgn hiburan yg x sudah2 n mcm2 yg lain. uh. sy membebel pulak ye. tp ni la hakikatnya budak2 zaman skrg. kita pun budak2 zaman skrg. tp harapnya akal yg allah bg kita dpt guna dgn baik utk bentuk diri kita.

sorg ustazah penah bgtau, diri kita pd hari ini adalah gambaran anak kita pd umur kita yg skrg suatu hari nanti. cuba bayangkan. kalaulah perangai kita ntah apa2 skrg ni, nak ke kita 1 hari nanti tgk anak kita sndiri ntah apa2 jgk? misti x nak kan. tp x ramai yg fikir mcm ni skrg..hmm.

moga2 thn ni kalau balik keadaannya lebih baik pula dr thn lepas..amin.

sy tau pedang yg ni tak potong org. cuma sy doa pedang yg ni boleh jd 'adi' utk org2 yg adil utk trus memotong kejahilan :) amin lg..

LadyTiz said...

Kita imbal balik mana yang betul mana yang salah...

Isu ini memang orang kata lapuk tapi terus berkadaran dengan peredaran zaman. Ia wujud dan berterusan...

Orang kata, segala perubahan bemula dari diri sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.

Sarah Mohd Shukor said...

Thirah:
mmg isu ni takkan habis selagi masih x sedar2 diri dan x cuba utk mulakn dgn diri sndiri