Friday, June 29, 2007

Kesabaran Yang Tercabar


Assalamualaikum wbt

Dengan ini saya mengumumkan bawasanya saya berada dalam keadaan bengang yang teramat sangat kerana telah TIGA HARI berturut-turut saya cuba mengupload gambar untuk entry terbaru sebagai sambungan entry lepas tetapi TIDAK BOLEH! Dan saya juga tidak boleh mengupload gambar untuk dihantar melalui email!

Dan sesungguhnya saya pada saat ini berada dalam keadaan emosi yang kegeraman.

Dan sekarang saya hendak keluar mencari lampu cantik-cantik di kedai lampu untuk ruang tamu rumah. Emak memberi mandat kepada saya untuk memilih lampu yang sesuai menurut citarasa saya. Kalau jurujual di kedai itu nanti pula yang buat pasal dengan saya, agaknya mesti ada yang menangis disebabkan saya nanti. Dan sekarang saya berdoa dapat memandu kereta dengan tenang dan tak marah-marah.

Nota: Rasanya saya perlu mencari Restoran Sushi terdekat tapi tiada untuk melepas geram seperti biasa (rujuk entry ini). Oh Sarah. Bersabarlah!

____________________________________________________________________________

Hari buat dia:

27) If you miss somebody, let she/he knows about it. Or at least do contact them rather than doing nothing.

18 comments:

Anak Singa said...

Salam KS. Sabar-sabar. Biasala internet ni, die memang camtu. Cool k. KS kan cool :)

Anonymous said...

Sarah sudah panas hati. Nnt habis dia lontar molotov coctail kat semua backbone internet kat Malaysia ni.

Try to compress the image first to smaller size, it may help.

21 pieces ke plates? Huu. Sushi King ada promotion all u can eat Sushi for RM 2 exclusive for membercard holders. Meh la dtg Shah Alam. Boleh bersushirama. KS belanja. Terima kasih. *Larik jatuh guling-guling*

Eh jangan marah2. Tak manis begitu.

Anonymous said...

Silap pulak. Bukan all-you-can-eat sushi for RM 2 but RM 2 for every sushi available. Good deal eh? September sajaaa.

PS: Saya tak dibayar oleh Sushi King untuk promosi ni. Terima kasih.

*Larik!!*

Mimiamilia said...

ops..sarah nak meletupp...
Larikkkkkkk

ehhehe. Sarah, kita yang dah biasa internet laju ni, mmg akan menghadapi masalah bila balik Malaysia dgn tahap kelembapan internet yang maximum. Pakai streamyx pon kadang2 lebih kurang sama jer lembapnya.Nama jer ada Multi media super koridor.Tapi perkhidmatan internet masih ketinggalan. Rasanya, "syarikat gergasi telekomunikasi" tu perlu ada pesaing, baru la nak maju dan beri perkhidmatan yang lebih baik.
Harap2 3, 4 tahun akan dtg (bila saya balik menetap di malaysia semula) dah ada perkhidmatan broadband+tepon+TV satelite yang murah mcm kat sini (sumer sekali paling murah boleh dpt dlm 30 pound)

P/s: eh lupa lak..kan kita ni dpt perkhidmatan internet dr singapura...sendiri punya masih dlm pembinaan.Ahahaha..apapun sabar ek cik sarah

**tiba-tiba jadik sub entry dlm entry sarah nih!ehehhee

Mama Sarah said...

saya boleh bayangkan kegeraman anda. mungkin bila saya pulang ke malaysia juga akan berperasaan yang sama apabila gagal utk meng upload gambar.

kipas sarah bagi sejuk sikit.

so'od said...

1st time tengok sarah kebengangan..
huhuhuh..

*larikkkk gak sampai jatuh parit

MakcikMuda said...

si bintang tiba mentaburkan bunga2

sarah shayang :)

hadapi dgn senyuman oke :)

cam ni :)

hiks!

adi said...

sabar, sabar...heh.
hmm..mgkn gambar2 tu x patut diupload. heh, xdela camtu.

er, gtg.

Anonymous said...

betul2 lenjan smua sushi kalau dapat .. kuantan kena buat jaya jusco la ..ke memang ada .. eh temerloh ... aa ..err .. sabar sabar ...
selamat lah menjaga rumah tangga dengan baik okeh ..

kadang2 bila perasaan di beritahu , sakit pula yang dirasa dan menjadi jadi ..

13may said...

sabar sabar....nak makan awat tak ajak aku sekali;)

LadyTiz said...

lumrah dunia internet malaysia... kena berkura-kura sikit... inilah masanya nk pakai sifat sabar...

huhu~~

Anonymous said...

Salam..wah amarahnya (dengan penuh ketakjuban...)insya Allah sabar tu separuh iman,maka dr sarah berjaya...so apa khabar sekarang?waiting the coming downloaded pics..

Sunan_Jati said...

sabo sabo k! eheheheheh!

Sarah Mohd Shukor said...

ALif:
kebengangan berjaya diatasi! *senyum*

Azwan:
all pics dh resized but stil couldnt. ni baru nk try semula :)

jom gi makan sushi. jaga la. sy dtg shah alam sy cari awk ye azwan. lumrah alam, org yg dh keje kena belanja budak yg tgh blaja lg. *lariiii sambil senyum gembira sbb ada org akn belanja!*

RM2 each? wowwy! nampaknya sushi king gonna be plentyful rich with my investment there. haha

Mimi:
Tu la pasal. So far pun amik dr singapura je. gah2 sangatla dgn MSC segala mcm. tp klu Jaring laju. streamyx ni yg slow semacam je. sabar..sabar.. semoga ada penyelesaiannya 1 hari nnti kan. sy kt moscow boleh dapat telefon+internet broadband (wireless) unlimited+satellite tv for 35usd only. lbh kurg RM80 je. cayalah! semoga malaysia nnti pun ada yg mcm ni jgk insya allah.

Sarah Mohd Shukor said...

Mama Sarah:
tu la pasalnya. moga2 malaysia ni bukan gah pd promosi MSC nya aja. tp gah jg pd perlaksanaannya.

oh trma kasih! dah sejuk dah dikipas oleh MS. hehe :)

Dr. Am:
sy pun org normal jgk. kadang2 tu bengang la jgk. eh, hari tu sy mimpi kamu la. huhuhu. lucu la pulak!

sakit tak jatuh parit tu? :p

Ryn:
Dah puas senyum dah :) smpai keras2 pipi ni :)

Sarah Mohd Shukor said...

Adilin:
ok ok..dah dapat bersabar dah :) gambar2 tu mogok kot. hihi :)

Ak47:
kuantan mmg kena buat jaya jusco. nak harap temerloh ni, huhu.. mmg so far x de apa la kat sini. tiba2 terfikir, nak try sushi ikan patin. huhuhu.

kadang2 bila perasaan di beritahu , sakit pula yang dirasa dan menjadi jadi --> r u ok? sabar ye.. semoga diberi kekuatan.

*sambil menghulur tangan meminjamkan kekuatan sy.hehe*

May:
sbb tak pi makan kt msia lg. nnti kita kumpul d shah alam. Azwan belanjan. kan azwan kan kan kan ;)

Tirah:
bukan kura-kura. tp ulat bulu. erk...sah2 TMnet band sy sbb kutuk dia free2 je. hihi

Oneib:
khabar baik aja. hari tu je yg terbengang skit. penat2 balik dr hosp ingat nk bertenet2 sat. alih2 slow la pulak. gambar akn diuplod kn dlm entry baru ok :)

Sunan:
baik cikgu! :D

akirasuri said...

rasa macam dah komeng. belum rupanya. ha ha ha.

oh oh cik adik sarah. macam semua dah cakap. cik ati pun nak cakap sabar ajalah jugak :D

jaga diri ek!

Sunan_Jati said...

rasa mcm dah komen... belum rupanya... ahahahah

jaga diri ek adeq saarah.. ahahha!
aik mcm sama jer komen ngan cik akira toriyama..!~