Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua? Alhamdulillah. Dengan izin-Nya, saya masih lagi dapat mencoretkan sesuatu di blog ini. Dan kali ini, lokasi saya di rumah saya di Temerloh, Pahang.
Sekadar ringkasan perjalanan pulang 4 hari lalu. Berlepas dari Moscow pada jam 2.10am 15hb dan tiba di Doha pada jam 6am waktu tempatan. Transit di sana selama lebih dari 10 jam kerana penerbangan ke Kuala Lumpur telah ditunda. Hanya Allah saja yang tahu betapa letihnya kami menunggu di Doha International Airport. Sempat saya dan Wani bermain BINGO dan bermacam-macam lagi aktiviti membuang masa yang kami lakukan.
Kebetulan, dari Moscow kami turut bersama-sama dengan seorang lagi kawan dari RSMU, Kogi, yang turut pulang ke Malaysia pada hari yang sama. Dan kebetulan di Doha, kami bertemu pula dengan sekelompok pelajar Malaysia dari UK dan Ireland. Kebetulan, pelajar dari Ireland itu adalah kawan kepada seorang kawan saya. Sebaik terlihatkannya dari jauh, saya rasa seakan pernah melihatnya. Dan sebaik kami bertentang mata pula, dia menyebut nama saya. Oh, kecilnya dunia! Dia mengenali saya. Azizah namanya. Pelajar tahun kedua di Trinity College, Dublin. Lebih memeranjatkan, dia juga bermastautin di Temerloh!
Sebaik tiba di KLIA, ayah, Nan dan Adam telah menunggu saya. Beg-beg disumbat ke dalam kereta, singgah solat subuh di Masjid KLIA, dan terus kereta dipandu melalui Seremban untuk pulang ke rumah. Seperti tahun-tahun sudah, saya pasti tidur ketika di dalam perjalanan. Hanya terjaga sebaik ayah menyebut tentang makan. Yang itu sudah pasti dapat saya dengar dengan jelas. Kami singgah di sebuah kedai makan di Kuala Pilah. Dari dalam kereta lagi saya katakan saya mahu makan nasi lemak special. Yang sambalnya ‘power’ gitu. Tapi di restoran tersebut, Sri Pepatih namanya, nasi lemaknya amat mengecewakan. Nasi pun tak lemak. Sedap lagi nasi lemak yang saya masak sendiri. Oh. Tak mengapalah. Walaupun tak sedap, habis juga sepinggan nasi itu.
Sebaik tiba di rumah, tiada siapa di rumah. Hanya adik Aiman yang ada. Itupun dia tinggal sebentar di rumah Tok sementara menanti kami sampai. Emak, Kak Long dan adik Azizi masih di sekolah. Ada sekolah ganti. Tak sabar menanti emak pulang.
Saya berkemas ala kadar. Dapat menghumbankan diri di atas katil besar di dalam bilik adalah sangat nikmat. Saya lihat, barang Kak Long penuh di dalam almari. Maklum sajalah. Dia telah tamat belajar. Saya mencari-cari tuala di dalam almari. Tidak saya temui. Lalu saya mengambil keputusan berehat-rehat saja. Dalam pada itu, saya tertidur. Saya hanya terjaga sebaik emak sampai dan menjenguk ke bilik. Saya memeluk emak. Terlepas rindu di dada.
Selepas berborak seketika, saya meminta tuala dari emak. Hendak mandilah kononnya setelah lebih 24 jam tidak berkesempatan menyegarkan diri secara total. Emak memberikan tuala. Saya masuk ke bilik sebentar. Hendak mencari pakaian yang hendak dipakailah hajatnya. Tetapi, lain pula yang terjadi. Kipas dihidupkan, dan saya menyambung baring di katil. Kali ini lelap saya lebih lama. Sehingga petang. Sebaik terjaga, saya mandi dan berehat-rehat dengan keluarga di ruang TV di dapur. Sesi memberi hadiah dan makan coklat! Seketika kemudian, saya, emak dan Kak Long berpindah ke ruang tamu di depan. Berborak perihal rumah yang sedang diubah suai sedikit. Belum pukul 10pm, saya kembali ke bilik. Terus tidur sehinggalah pagi Ahad. Oh, tidak! Banyak sungguh saya tidur. Dan pada hari Ahad, saya tidur siang dari pukul 4.30pm hingga ke pukul 7.30pm! Ya Allah. Banyaknya saya tidur. Tapi selepas maghrib, saya membancuh semug Expresso pekat dan menghadap TV menonton Gang Starz final dan di saat ini, saya menghadap laptop pula. Tidur lambatlah jawabnya saya malam ini.
Hmm… Esok saya akan kebosanan. Seisi rumah akan keluar seawal 7 pagi ke sekolah dan kerja. Cuti yang membosankan. Saya akan keseorangan hampir 50% daripada cuti ini. Tapi Mak Tam baru saja melahirkan anak lelaki pada awal pagi Ahad (17/06/2007). Insya Allah, Iman Solihin namanya, sempena nama adik Aiman yang telah Mak Tam asuh sejak kecil. Sangat comel. Putih gebu wajahnya. Ayah yang mengazankan Iman dan Tok Cik yang membuat upacara membelah mulut.
Sampai di sini dahulu buat kali ini. Terasa seperti hendak makan pula walaupun sudah tengah malam. Esok saya perlu ke klinik, mengambil stok ubat. Stok ubat tertinggal di Moscow. Matilah saya kalau tiada ubat! Nasib baik emak tidak tahu.
Sebenarnya ada banyak isu yang ingin saya kongsikan bersama semua. Nantikan di entry yang seterusnya pula. Saya hendak menyelongkar dapur di tengah-tengah malam ini. Sambil makan, saya hendak mendengar Radio Hitz. Radio pilihan saya sejak dulu lagi.
Sarah,
Temerloh
(1.04am 18/06/2007)

______________________________________________________________
Hari buat dia:
22) Berusahalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi. Beramallah seperti kita akan mati pada esok hari.

19 comments:
Sarah,
jet lag kot..tu yg tido bnyk.
Best nyer tido di rumah.Poskad dah sampai?
Ok..selamat bercuti!
bukan jet lag mi. tp mmg rasa nak tidur dgn niat nak rest! teruk kn sy ni. poskad belum sampai. siang td 2x sy turun bukit rmh utk check postbox. xpe2. on d way tu :)
wah wah wah.
sudah menghirup udara malaya la ni :D
nurul mesti jeles :p
hahak..
selamat bercuti na!
jelesnyeee...hukhuk
ok, saye jeles! aaaaaa! nak balik juge! :( exam mode. kalau nak balik, kene tunggu 6 bulan lagi.:(
hehe dah balik. aku rindu. doooh.
:)
selamat pulang dan slamat beramaaal~ (pinjam ikim.fm..)
p/s:looking forward to a new customized look of KS's blog..=P
Hi sarah,
Hm..sekian lama jd observer,akhirnya ku tinggalkan jejak ku jua.. :)
Well, I’m also at Temerloh now..ade kije sket..sambil mencari peluang menikmati patin tempoyak..hehe
Really, panas amat kat sini..tp KL x sepanas ini tau, hujan siap banjir2 lg :)
Nway, welcome back 2 our M’sia..
selamat sampai.
oh! dah selamat tiba....
apa lagi, jom dating!
hahha...
Welcome home...Sarah..
tido la sementara boleh nak tido lama.. sok dah bosan tido buat la benda lain plak.. standard la tu student, bila habih sem jek, first thing nak buat is tido...you are completely normal.. don't worry :-)
wah... selamat kmbali!!!~~~
salam ziarah.
kehadapan kak sarah yang kini berada di Malaysia, upacara belah mulut tu apa? macam mana? bunyi macam ganas je, belah-belah X)
Cik Ati:
Nanti Faiq akan balik jua. x de jeles2 nye la :)
Sarah:
hikhik..x lama lg kamu pulak balik..jwb exm molek2 deh :)
Aini:
kamu pun sama..berexm la dgn molek. 6 bulan lg panjang umur balik jgk kn :)
Daud:
oh.. ada org rindu sy! rindu jgk pada awk dd. *wink wink*
Mudzil:
ne ne ne ne.. yg tu ntah bila la...tgh malas nak berkreatifan di alam maya ni :)
Bisyri:
salam. la yeke? ada kat mana ni? tgh praktikal ke? selamat dtg ke temerloh yg panas ni :) tp kalau siap hujan then banjir mcm di KL tu, sy prefer temerloh lg :))
Mama Sarah:
terima kasih :)
May:
Dating? huhuhu. tamau. cuaca sgt panas. lg best duduk dlm rumah :p
Ejalz:
yes yes. im normal! thanks for telling me the fact :)
Thirah:
thank u! im now following the case of altantuya. huhu
Alif:
upacara belah mulut tu actly bacaan selawat oleh sorg yg dh berpengalaman n akan sental air zamzam, kurma, cincin emas, duit syiling , garam kasar skit, asam keping skit kt bibir baby tu. kiranya mcm doa n harapan moga dia kenal erti susah sng hidup. x menyalahi agama. ni selawat2 je. x de yg ganas2 mcm yg ada dlm fikiran kamu ye :)
izyan balik 22 ni. selamat pulang.
oh selamat kembali.. baru hari ni menyinggahkan diri.. ingatkan dia nak rehat lama2.. heheh..
Najib:
yup. tau dah. nan bgtau. wah. apa2 yg related dgn izzat je, misti amik tau ye :)
Dr. Am:
Kalau sy rehat lama2, alamatnya mati bosanla sy kt rmh ni :p
Post a Comment