Assalamualaikum wbt
Satu lagi review yang ingin saya kongsikan bersama. Kamu sedar tak bahawa rancangan televisyen di Malaysia sekarang ini bagaikan menolak tepi unsur-unsur agama? Mungkin agak keterlaluan apa yang saya katakan ini. Jadi saya kecilkan skopnya kepada amat sukar melihat figura wanita yang bertudung. Hmm... Mengeluh saya seketika.
Kalaupun saya mengulas panjang tentang isu ini, ia takkan ke mana. Saya bukanlah orang yang terlibat dalam dunia penerbitan. Baik secara langsung mahupun tidak. Tapi kadang-kala rasa terkilan itu memuncak datangnya di dalam hati ini. Mana tidaknya. Kita mewarwarkan kepada dunia bahawa kita adalah sebuah negara Islam. Berani saya katakan, Islam pada namanya saja. Isinya? Isinya Hadhari. Dan kesannya? Apa yang ada dan terjadi di Malaysia sekaranglah hasilnya.
Jika ditonton drama-drama Melayu pada hari ini, amat susah sekali kita dapat melihat adanya watak yang bertudung. Sebaliknya watak wanita yang trendy dan bergaya moden sangat banyak. Sekali lagi saya berani katakan, semua ini menjadi faktor besar yang menguja pemudi kini untuk turut mengikuti arus yang dipopularkan di kaca TV. Biasalah kan. Apabila ada saja gaya baru, si gadis pun pasti hendak mencuba. Tak mahu ketinggalan zaman katanya. Tidakkah mereka sedar, ibaratnya mereka adalah hamba kepada arus fesyen tersebut? Oh, lagi saya mengeluh sendiri.
Fenomena kedua yang ingin saya kongsikan juga ada kaitannya dengan isu drama-drama tempatan. Boleh saya katakan, kualitinya semakin baik. Ya. Memang semakin baik dan jalan ceritanya yang tidak melalut seperti zaman cerita Cinta Korporat dan Cinderella dulu-dulu itu. Namun ada sesuatu yang mengusik naluri saya sebagai manusia biasa yang datang dari keluarga yang tidak luar biasa.
Drama-drama pada hari ini terlalu unrealistic. Kaya yang terlalu kaya. Propaganda cinta yang terlalu... Yang terlalu... Aduh! Susah untuk saya terangkan. Senang cerita, yang terlalu melebih-lebih dari realiti yang ada. Tentang isu kaya yang terlalu kaya, bukanlah saya hendak memperkecilkan kewujudan Melayu yang kaya-raya. Persoalannya, di manakah realistiknya jika terlalu ramai Melayu yang bertaraf jutawan wujud di Malaysia seperti yang dicanangkan di dalam drama-drama tersebut? Contohnya drama bersiri Biarku Sentuh Cintamu. Jam 2pm di TV3. Alahai. Mengeluh lagi.
Tetapi saya suka akan cerita Emil Emilda. Bagaikan jalan cerita novel Bicara Hati karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 sungguhpun jalan ceritanya juga ada yang kurang realistik. Barangkali disebabkan pelakon-pelakonnya yang bersahaja dan tidak robotik mengikut skrip memancing tumpuan saya.
Semoga ada perubahan atas apa yang menjadi keluhan saya ini. Dan saya rasa, bukan saya seorang yang menyedari akan hal ini.
Nota: Siang tadi saya baru membeli 2 buah novel. Bagi saya, ciri realistik untuk novel pula diukur salah satunya dari segi penamaan watak-watak. Sungguh! Kadang-kala nama-nama yang digunakan terlalu mengada-ngada dan tidak berpijak di bumi nyata. Cubalah karang cerita yang boleh diterima akal nama-namanya. Nak tahu cerita apa yang boleh saya jadikan kayu ukur? Sekali lagi, Bicara Hati oleh Damya Hana. Saya telah membacanya lebih dari 15 kali! Dan Korban Kasih oleh Fatimah Saidin. Sebuah novel lama yang diterbitkan ketika saya berada dalam tingkatan 2 yang telah diminta untuk diulang cetak dua tahun lalu. Kisah kekeluargaan yang sangat realistik dan boleh menitiskan berliter-liter air mata! Ada sesiapa yang tahu akan novel ini?
*Tadi Sarah mengeluh. Kini Sarah tersenyum*
____________________________________________________________________
Hari buat dia:
25) Perkara yang paling susah untuk dilaksanakan adalah kata-kata yang kita ucapkan.


35 comments:
salam
ks, i couldnt sleep tonight! maybe besause of 2 glasses of nescafe make me still awake.. since you are talking about novels, ive read a novel entitled "BUATMU KEKASIH", final conclusions of all the novels written by Aisya Sofea.
p/s: i love emil emilda too!
Wani!!!!!!!!!!
I just bought it!!!!! Bcos i know its a conclusion of all her novels before!!! i dont plan to sleep tonite. ni ks tgh duk sorg2 menghadap tv yg didiamkan. nasib baik wireless internet. dudukla kt mane pun. tv tu skadar peneman ks je. muehehehe.
p/s: tp emil emilda slow kn. adui. sempat ke kita tgk smpai abis nih?
dont worry KS! kita masih ade youtube sebagai pelengkap episod yang kita terlepas!
Yeah! u're absolutely right! hehehe
oh emil emilda tu x mengarut ke cite dia?
*tiba2 menyampuk dari atas katil*
dah alang2 suke bace novel, pada pandangan saya lebih baik bace novel yg diselit unsur2 Islam spt Ayat2 Cinta. Ataupun sekarang ni, dengar2 yang popular kat Malaysia ialah "tautan hati"(btul ke?)..
Sekurang2 di sebalik berada di awang-awangan ketika bace novel, dapat juga pelajari hukum2 agama yg diselitkan dlm novel tsb.
my 2 cents..
Assalamualaikum Kak Sarah,
best nye dah enjoy kat Malaysia, saya ada lagi 2 paper kat sini.
Btw pasal post akak, itulah yang saya panggil novel 'pop' dan drama 'pop'. Isinya tak lah bagus tapi ramai orang suka. Suka saya bandingkan macam makanan ringan, makanan segera (Maggi, KFC dll) tak berkhasiat pun tapi digila-gila. Dah tu mudah pula dibuat.
Bukannya kita tak ada pilihan, ada je makanan berkhasiat dan sedap tapi orang tetap pilih makanan segera sebab ia popular dan 'POP'.
Hehe salam dari saya yang tgh pening study.. *-*
kan drama melayu sama je dari dulu..apa yg nak diherankn?haha
dan memang unsur kemelayuan je yg slalu ditonjolkan,nak crite yg berunsur pgajaran/islamic sket,tgk nabilah..haha..ntah ada lagi ke tak crite tu...
anyway..suka layan..tak suka,tutup je tv, at least we still have another options,right?
lagipun, bukan kat sana ditegah tgk tv ke?hehe..nanti tercemar minda tu, pastu bnyk plak benda kena kupaskan..haha
get a life while you still can
si bintang tiba mentaburkan stardust
waa~
ryn x suke novel alaf 21.namenyew jekk da x masuk akal..x penah agik jumpe name2 seperti dania,emeriz ntahape2 agik.
huhu!
ade satu novel yg betui2 mempikat hati ryn tp x ingat tajuk die.nnt lau ryn jumpe,ryn gtau sarah oke!
psst! drama melayu skang sume x masuk akal.hiks!
salam semua.
KS, penah bace karya faisal tehrani? tak promo sekolah lame pun? :D
he he he.
cik ati suka baca karya SN Abdullah Hussain. sangat terkesan. huhuhu. terutamanya IMAM. sungguh!
oh oh! cerita kat malaya ni semya melalut dan meleleh :D
cik sara... nanti boring2 dok mesia tu... tulis la novel sebijik ker... tulis satu script filem ker... nanti saya pass kat yusof haslam.. suruh die gunakan buat reference... heheheh... enjoy ur holiday!!!
kak..di malaysia sudah?
hmm, mmg la drama x realistik..dan skrg pun byk drama melayu saduran drama asing..jalan cite diambil dr telenovela, sinetron, dll..namanya pun drama..tp palinh x realistik, drama2 indon la..tp layan je, sbb cara diorg cakap cm lawak je..haha
ntahla..xtau nak ckp pe
oh, selalu tertidur x sampai 10 minit siaran emil emilda..xtau kenapa..haha
ada sesetengah tu kata mereka hanya dedah aurat semasa berlakon...luar lakonan depa sopan santun....
hehhe...ntah la...
ps: bila nak pos durian kat aku????
Salam,hu hu something in common... saya pun baru semalam baca Aisya Sofea,memang susah nak finish by overnight,biasa seminggu,baru page x sampai 100,promo Bicara Hati tu,ada share ke?saya pun ada beli dah baca tapi x khatam,lepas sekali baca wat koleksi sampai ada buruk jadi pinjaman orang ke orang,Quran pun khatam sekali setahun..teruknya taraf pembacaan saya kan isk,isk, Drama ni yang Melayu xde follow sangat sebab keje,klu dulu telenovela filipina dan latin susah nak miss(pelakon cun gler)tapi skang ni tengok Heroes je.
Maaf, sy bukan material Alaf21 dan juga yang seangkatan dgnnya...
tak tengok juga Drama dan filem melayu...
soal tak realistik tu, kalau dh nama drama, mmg mengarut...
Naik jelak melihat drama drama Melayu yang ada kat dalam TV. Semuanya x masuk akal. Terlalu difantasikan, jalan cerita tipikal.
Orang kaya jatuh cinta dengan gadis biasa. Dpt tentangan daripada orang lain. Komplot untuk menjatuhkan bisnes/orang lain. Mak ada skandal dengan laki org/bujang. Bapak ada perempuan simpanan. Anak derhaka confirm masuk neraka free. Kisah orang korporat konon perasan kaya & Datin wannabe. Argh baik tgk Barney The Pepel Dinaso. Hari ni kita belajar huruf V.
cry for freedom : aku sku hurup V.Hakhak !
V for Vendeta!
saya menantikan suggestions dari peminat sastera, novel apa yang elok utk saya baca. Akan saya masukkan ke dalam list 'must read' saya 2 novel yang disarankan oleh cik Sarah kita.
salam sarah,
bagai mana cuti di malaysia ??? panas kan?
cuti sampai bila ya?
p/s: sy xbrapa minat drama melayu ..kecuali yg agak2 lucu itu masih boleh diterima - Sembilu kasih sgt out~!!!
tah.. besk ker citer tuh...
heheheh!
salam,
to warx:ko sume tmpat tdo..bkn depan tv jer..
erm,sbnrnye da lame drama msia lari dari realiti..cume akhir2 ni makin menjadi..tgk jer la pelakon2 msia camne..yg botak pn ade!(walhal haram hukumnye..)atas name seni sume halal..
(baik sy layan kitaro lagi huahuahua)
tp xdinafikan ade la jugak satu dua drama yg memang bagus..drama pasal pengorbanan anak ke,anak derhaka ke..
xpun mutiara hati tv9 kol 530 sudey..:D
erm..x minat cite melayu..
rindunya kat sarah...lama betul exam nih nak abes....doakan ek^_^
~absence makes the heart grows fonder~
^_^
saya suka korban kasih juga, sampai bila2 baca pun boleh menanges.. :D
wah suka jugak.. !
wahahha!
Dr. Am:
mmg mengarut jgk la. tp emil tu (aaron aziz) muka baru yg sy suka! muehehe~~
Penyampuk:
sy ada 2buah buku ayat2 cinta. 1 versi bahasa melayu. 1 versi bahasa indonesia. baca yg versi bahasa indonesia lg zuppp rasanya. dh berkali-kali tamat buku tu. skrg tgh menanti buku terbaru dia sampai ke tgn ni dr indonesia; Bila Cinta Bertasbih. best mcm ayat2 cinta
Fadly:
bahaya sebenarnya kan yg segera2 ni. Pop lebih2 nanti meletup!
balik nnti contct ks ok. ada projek besar utk kita! sungguh ni!
Anon:
owh cerita nabilah! dh tgk dh yg tu. kt sana mmg sy x tgk tv. paling abis pun tgk berita je. selebihnya hidup dgn internet je. nak tgk tv pun, tgk tv msia guna syoktv.net. tu pun kalau ada masa je :)
Ryn:
sy pun baca english novels jgk. tu 1 kemestian tu. cuma jiwa ni x bleh dipisahkan drpd buku2 bahasa. Suka!
eh nnti klu ingt tajuk novel tu, bgtau sy okes :)
Najib:
buku2 faisal tehrani sume ks dh baca. yg latest ni je kot belum baca lg. hehe. takyah promo2. dia mmg dh sedia glamour!
Cik Ati:
Sy dh baca Imam wkt skolah menengah dulu. pinjam di perpustakaan daerah. sy pun suka dia. cuba baca konserto terakhir. kalau didramakan, misti meletup.
Hannan:
ish..actly, mmg ada yg offer utk publish my writing. tp sy rasa rendah diri la. rasa masih kurang yg sgt2. so, nnti2 la.. klu dh elok sikit penulisannya, baru nk fikirkn. hehe. cepat2 balik hannan!
Syafiq si wak hensem:
Drama melayu skrg mmg sgt2 membosankan. hehe. ala..kamu tu kt mana2 pun mmg suka tidur. ataupun mudah tidur. huhu~
May:
betul tu. diorg ni x memahami konsep 'matlamat tak menghalalkan cara'. alamak. sorry. mmg nak hantr durian tu. tungguuuuu~
Anon:
novel aisyah sofea yg baru tu x berapa best la. yg paling best cuma kesimpulan kisah hidup luqman, farah n zarin. menangis sy baca isi hati anak kecil tu. sedih...
Tirah:
mmg semuanya merapu2..tp tgk jgk sbb jemu. datin diaries tu lg la. bajet mcm desperate housewives la konon. ceh.
Azwan:
dan sy suka cerita Tele Tubbies!
Ryn lagi:
dan sy tau knp V!!! V to the L utk cik ryn si bintang!! huhu~
Alif:
Vendeta sgt heaven kalau dimakan di tgh panas di msia! nyum2. huhu. jgn jeles!
Mama Sarah:
nanti sy list kn utk MS ye. dont worry. my suggestion is always the best :D
Rodrigo:
allooo :)
Mimie Azrin:
dh 2mggu sampai. msia mmg panas. tp nest la. asyik makan je. huhu. sembilu kasih mmg OUT! :p
Sunan:
cite apa: emil emilda ke? jalan cite dia biasa je. tp org yg berlakon tu. ehehek. sy suka aaron tu(uwek) :p
Mudzil:
betul tu, matlamat tak menghalalkan cara. n mmg ada a few yg betul2 ok. teringat ada 1 drama dulu2 zaman awal 90-an. tajuknya masihkah ada esok untukku. best ooo. kalau tayang semula misti ramai je yg suka.
Faaiqah:
sy rasa sy tau apa taste awk. drama arab. hihihik..acah je. cepat2 balik. nk jumpa awk! weekend lepas sy spend masa d bangi. silapnya awk x balik lg.
mis u so mush dear!
Mizunderstood:
owh ada geng! tak sangka ada jugak dlm ramai2 ni yg dh baca novel tu. sgt la best. tu top rank tu!
Sunan:
alalala..dan dan dia pun suka la jgk ye :)
Post a Comment