Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, July 15, 2008

Melatah Eh Eh Eh

Assalamualaikum wbt

Kelmarin hari Isnin. Pukul 7 pagi rumah saya dah kosong. Lepas menyapu bawah garaj kereta tepi rumah, saya mengambil galah yang disandarkan pada pokok manggis. Saya kait buah manggis dan apa lagi. Saya bersarapankan buah manggis segarlah pagi kelmarin.

Pagi Selasa pula, saya menjenguk pokok betik di tepi rumah Tok. Ada yang sudah masak. Saya jolok dengan galah yang telah diubahsuai untuk menurunkan betik masak. Jadi, sarapan saya pagi tadi ialah buah betik segar. Ingatkan nak simpan dalam peti dan makan bila hendak makan tengahari. Tapi godaan perut terlalu kuat. Sekelip mata saya dan Mak Tam habiskan betik itu.

Sekitar pukul 10 pagi, saya baru sudah menyapu halaman. Tok Cik saya datang. Sudahnya saya, Tok Cik dan Mak Tam tercongok di bawah pokok manggis menjolok buah lagi. Datang adik saya Adlan, dia sergahnya Tok Cik saya dengan niat menyakat. Memang Tok Cik terkenal dengan kuat melatah. Lan hanya menyebut: Haa... Makan manggis! Tok Cik terus melatah dengan menyabung ayat itu menjadi panjang berjela: Oh makan manggis. Makan sorang-sorang. Eh sorang-sorang apanya. Ni ada Ani (Mak Tam) dengan Sarah. Eh Sarah duduk jauh. Ini Fatimahnya (Kaklong). Eh apa kerja Fatimah balik, dia kerja. Awok ni Lan. Eh Lan makan manggis. Eh manggis masam manis. Eh manggis ada ais. Awok ni Lan. Eh Lan kait manggis.

Haaa... Ni belum dengar semuanya lagi. Tak campur versi yang ada mengutuk, mencarut dan segala macam perkataan lagi keluar. Saya gelak mengekek-ngekek mendengar Tok Cik melatah. Tak baiknya saya. Tapi memang lucu! Bila Mak Tam menyapa Tok Cik ketika dia sedang melatah tu, lagi berjela-jela dia melatah. Yang paling menarik, di hujung latahannya pagi semalam, sempat dia berpantun 6 kerat!

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Luarnya hitam dalamnya putih,
Kupandang hitam rasanya manis,
Lagi kupandang bertambahlah kasih,
Lagi kukasih bertambahlah sedih,
Kasihku hilang tak balik-balik.

Pantunkah? Apa-apa ajelah. Yang pasti apa yang dilatahkan oleh Tok Cik ini sangat mendalam maksudnya ok. Terdiam pula saya mendengarnya. Memang orang tua dah lebih dulu makan garam daripada kita, kan.

Pokok rambutan dah mula berputik. Nanti saya nak dengar Tok Cik berpantun versi buah rambutan pula. Hehehe.

Sejak balik cuti, saya jarang makan makanan berat untuk sarapan. Paling habis pun saya akan jamah roti dan minum nescafe. Lepas tu saya akan cari buah. Kalau stok mangga atau jambu batu tiada, saya akan kait manggis di pokok. Tak sabar tunggu rambutan memerah. Sekarang masih hijau kelat lagi. Pernah tengok rambutan jadi telur ayam? Haa... Kalau nak tengok, tunggu nanti ye. Saya akan tunjukkan. Inilah untungnya duduk di kampung dan ada banyak pokok buah di rumah. Bolehlah mempraktikkan diet yang sihat. Hahaha (~~,)v Ok. Nak tidur awal. Esok pagi mahu jogging di tasik. Jogginglah sangat ye. Balik jogging makan macam-macam. Takde maknanya kan. Hehehe =)

Nota ilmu: Pasti ramai yang tengok debat antara DSAI dengan Dato' Seri Shabery Chik kan. Saya ni bukan siapa-siapa pun nak bercakap tentang politik (kalau saya tulis lebih-lebih, ada yang meluat pula nanti). Tapi bila mendengar perdebatan tu tadi, kita dengan jelas dan nyata dapat bezakan siapa yang berdebat dengan fakta dan siapa pula yang berdebat mengungkit-ungit cerita entah apa-apa dan lebih kepada hendak menjaga nama. Kot ye pun dah tiada modal nak dihujahkan sangat, tapi janganlah sampai memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Awak tu Pak Menteri. Bikin malu saja apabila setiap soalan yang diajukan tidak dijawab dengan setepatnya. Ini kalau ada terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (nanti siaran ulangan di TV3 mesti ada terjemahan), buat malu pada 1 dunia saja ada Menteri Penerangan yang begini. Takkan Pak Menteri kita ni dikira melatah orang tua pula kot. Tak tua mana pun lagi Pak Menteri kita ni. Saya tidak pula kata DSAI betul semuanya. Tapi kredibiliti dan debat yang berteraskan ilmu dan fakta daripada DSAI benar-benar membuktikan beliau ialah ilmuan bidang ekonomi yang layak untuk dipanggil untuk membincangkan isu ini dan seterusnya pendapat ilmuan yang sebeginilah yang perlu kita pohonkan tunjuk ajar untuk mengatasi masalah yang melanda negara. Ini tidak. Ramai yang membodoh sombong.

Kalau rasa diri bukan harimau, jangan cuba mengaum. Jangan nanti dah terbuat silap, jadi seperti kasawari. Badan di luar, kepala sorok dalam pasir. Sebesar-besar bangkai gajah, takkan tertutup dek sepasang kaki semut hitam. Ok. Titik.

Tuesday, May 06, 2008

Nostalgia Seorang Pembahas Cabuk

Assalamualaikum wbt


Ewah. Tajuknya macam apa saja bunyinya, kan. Tiba-tiba saya rasa ingin berkongsi cerita ketika zaman sekolah dahulu. Apa lagi kalau bukan dunia saya dengan perbahasan. Dulu saya pernah berniat hendak merahsiakan identiti sebagai bekas pembahas daripada pengetahuan ramai tetapi dalam satu entri lama dahulu, seorang junior saya telah mendedahkan segalanya di ruangan komen. Punahlah impian nak menyimpan cerita lama di dalam poket. Alang kepalang semua pun sudah tahu, jadi saya pun terasa hendak berkongsi sedikit pengalaman dulu-dulu.

Saya mula berbahas sejak darjah 4. Ketika itu perlawanan hanyalah di antara rumah sukan. Sukan Ilmiah Dwi Tahunan. Peringkat sekolah sajalah. Saya masih ingat guru yang membuatkan saya terlibat dengan bahas. Ustazah Norlida. Guru sementara pada ketika itu. Dialah yang memperkenalkan bahas pada saya. Seterusnya ketika dalam tingkatan dua, saya bersekolah sidang petang. Mungkin secara kebetulan saya yang pada ketika itu menjadi anak murid kesayangan cikgu Bahasa Melayu dan Sejarah merangkap Guru Penasihat Badan Disiplin dan jurulatih bola jaring saya, Cikgu Zaitun, saya telah diserap antara 8 orang yang pergi menonton tayangan promosi Bahas Ala Parlimen yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 1998. Ketika saya menonton video promosi itu sudahpun tahun 1999 dan juara Piala Perdana Menteri tahun 1998 adalah milik Sem. Men. Sains Teluk Intan (selepas ini baca SEMESTI). Dan setelah disaring, saya satu-satunya pelajar tingkatan 2 yang dipilih untuk menyertai pasukan bahas Bahasa Melayu Sek. Men. Agama Al-Khairiah bersama-sama 5 orang lagi pelajar tingkatan 4 yang lain. Kak Maslina, Suhaimi (Matmie), Fadlian, Syamley dan Fakhrul Rofiz. Saya diletakkan dalam pasukan utama dan Syamley dan Fakhrul akan bergilir-gilir menjadi simpanan bagi pertandingan yang berbeza. Saya memang sangat kekok pada mulanya kerana mereka semua di sidang pagi dan sudah senior-senior. Sayalah yang paling kecil dari segi umur dan saiz dalam pasukan itu. Tahun 1999 menjadi titik permulaan saya membina nama dalam Bahas Bahasa Melayu di daerah Temerloh. Saya memegang posisi pembahas ketiga merangkap tugas sebagai tukang bidas segala-galanya. Lain katanya, saya tidak boleh bergantung dengan sebarang teks melainkan isi-isi penting yang ringkas dan dengan spontannya perlu berhujah untuk membidas. Inilah peranan orang ketiga. Tapi saya juga boleh dan pernah memegang posisi sebagai pembahas pertama atau Perdana Menteri dan juga pembahas kedua.

Dan pada tahun itu juga saya dipaksa mewakili sekolah dan seterusnya menang untuk mewakili daerah dalam syarahan Bahasa Melayu ke peringkat negeri. Alhamdulillah. Rezeki agaknya. Saya menjuari Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang. Dan pada tahun yang sama, kakak saya memenangi Syarahan Bahasa Arab peringkat negeri bagi kategorinya dan bagi adik saya pula, Adnan, memenangi Syarahan Bahasa Inggeris bagi kategorinya. Lengkap 3 bahasa.

Pada tahun 2000, saya masih dikekalkan dalam pasukan utama. Saya sudah di sidang pagi dan kemesraan bersama senior-senior bahas yang lain memang sudah serasi. Saya masih ingat kepadatan jadual saya pada ketika itu (sebab itu saya tidak suka tuisyen kerana menambahpenatkan lagi diri). Pernah sekali dulu saya dalam masa seminggu lebih berderet-deret setiap hari mengikuti pertandingan yang berbeza-beza. Bermula dengan Bahas Ala Parlimen Piala Dato' Shukur dari hari Isnin sehingga Jumaat. Diikuti dengan berkampung di sekolah saya untuk mewakili Syarahan Bahasa Arab peringkat Zon (saya berpaling tadah masuk Syarahan Bahasa Arab menggantikan kakak saya. Kakak saya sudah bertukar sekolah selepas PMR) dari Jumaat petang sehingga Isnin dan pada hari Rabunya pula terus bertolak ke Kuala Lipis untuk mewakili kontijen Temerloh dalam Syarahan Bahasa Arab peringkat negeri dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang.

Penat memang tidak terkata. Saya tidak duduk di hostel. Saya budak luar yang berulang. Waktu itu, saya hanya pulang ke rumah untuk mengosongkan beg baju dan mengisinya dengan baju baru untuk ke perlawanan yang berikutnya. Dan satu lagi, saya pulang ke rumah untuk membuat air asam jawa buatan sendiri yang saya jadikan petua melegakan tekak. Kalau suara tidak dijaga, agaknya bertukarlah suara saya menjadi suara garau selepas berderet-deret mengguna pakai peti suara kurniaan Allah ini. Berikutnya, apabila liga Bahas Bahasa Inggeris bermula, saya kembali sibuk kerana saya turut mewakili sekolah sebagai pembahas Bahasa Inggeris. Lagi sekali, posisi saya diletakkan sebagai orang ketiga. Geram betul saya.

Tahun 2000 satu rekod buat saya. Setiap pusingan perlawanan, saya telah dipilih sebagai Pembahas Terbaik. Lucu pun ada. Sebab kebanyakan peserta semuanya lebih senior dari saya. Paling tidak boleh saya lupakan adalah perlawanan dengan Sek. Men. Dato' Bahaman di Lanchang. Kesemua pembahasnya adalah pelajar lelaki tingkatan 5. Saya bertindak sebagai pembahas ketiga pada ketika itu. Kami menang. Dan selang beberapa hari selepas itu, saya mendapat panggilan telefon di rumah daripada ketiga-tiga mereka secara berasingan. Haha. Popular pula rasanya pada ketika itu. Tapi maaflah ye. Saya abaikan saja mereka selepas panggilan pertama itu. Tamatlah riwayat Ridhwan, Zakri dan Hannif. Wah! Saya masih ingat nama mereka.

Tahun berikutnya saya berpindah ke KISAS. Ini sekolah impian saya. Ada banyak faktor yang mendorong saya ke sana termasuklah pasukan bahas sekolah ini yang menjadi salah satu daripada tujuan ke sana. Sungguhpun pada mulanya saya tidak sukakan KISAS dan kehidupan berasramanya dan kedudukan saya yang diletakkan dalam pasukan Bahas Bahasa Inggeris, saya tidak rasa menarik langsung KISAS. Saya tidak jumpa kehidupan lama saya dulu. Saya tidak lama bersama bahas Bahasa Inggeris. Dua tiga bulan saja. Tapi bermula dengan mewakili KISAS dan Selangor di Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan di Terengganu, guru pengiring yang juga merupakan guru penasihat bahas Bahasa Melayu KISAS telah menyemak kembali latar belakang saya dan saya telah dijemput untuk menyertai pasukan Bahas Bahasa Melayu. Bukannya saya tidak mencuba dalam pemilihan pelapis tapi kumpulan bahas saya telah dibubarkan kerana 2 orang pelajar putera yang diletakkan sekumpulan dengan saya telah menarik diri di saat akhir.

Dipendekkan cerita, sejak Jun 2001, kehidupan saya dalam famili kecil pasukan bahas Bahasa Melayu KISAS pun bermula. Tugas saya pada mulanya hanya sebagai kuli kecil yang menjadi tukang cari fakta kes dari internet, tukang belikan air dan makanan dan segala kerja-kerja pengemaskinian untuk pasukan utama. Ada 3 orang guru penasihat. Cikgu Noridah, Cikgu Jamaliah dan Cikgu Siti Arfah. Pasukan utama terdiri daripada Abang Fairuz, Kak Najah, Kak Erny Julia, Abang Khairil dan Khaliz. Pasukan pelapis pula ada Wira Al-Fatah, Naseem, Ainur dan saya sendiri. Saya memang bukan objek penting sepanjang tahun 2001. Tapi dari situlah saya mula belajar selok belok Piala Perdana Menteri (PPM) yang menjadi tujuan saya. Sebetulnya tahun itu saya lebih menyerlah dalam Syarahan Bahasa Arab. Mungkin kerana rekod lama, cikgu-cikgu lebih melihat saya berpotensi dalam bahagian ini.

Tahun 2002 menyaksikan segalanya. Saya diletakkan dalam pasukan utama bersama-sama Khaliz (Perdana Menteri) dan Naseem (menteri ketiga). Simpanan untuk PPM ialah Husna Harun dan simpanan untuk Piala Dato' Shukur ialah Shafie Jameran dan Husna. Pelengkap pasukan kami (macam saya dulu-dulu waktu tingkatan empatlah) turut ada Anas Hamim, Mursyida dan Nurul Syuhadah. Saya tidak pernah menganggap mereka tidak penting. Sebaliknya merekalah adik-adik yang paling banyak membantu saya melengkapkan diri untuk menjadi pembahas yang baik. Bermula dengan Piala Dato' Shukur peringkat daerah (johan) dan seterusnya ke peringkat negeri. Final bertemu SMAP Kajang tapi bukan rezeki kami untuk ke Sarawak pada tahun itu (ada ketidakadilan dalam sistem penghakiman pada waktu itu. Aisshhh... Saya akan ingat sampai bila-bila. Hihi). Seterusnya kami mula sibuk dengan PPM. Cuti penggal dikorbankan dengan PPM yang berkampung di Sek. Men. Sains Dungun pada tahun itu. PPM sangat mendera fizikal dan mental. Jika tidak bersedia, memang boleh tersungkur. Ketika liga yang memenatkan itu, KISAS dilihat sebagai pasukan yang punya trademark yang tersendiri. Saya diletakkan sebagai pembahas kedua diapit oleh 2 orang lelaki yang sangat tinggi. Bila mana orang menyebut tentang pasukan KISAS, mereka akan terbayangkan kedudukan tinggi-rendah-tinggi. Itulah kombinasi Khaliz-saya-Naseem. Ketika itu, semua orang kenal kami. Saya pun kurang pasti dengan jelasnya apa yang buat kami lain dari yang lain. Mungkin kerana ketiga-tiga kami mempunyai stail yang tersendiri dan watak kami semuanya berbeza.

Alhamdulillah, PPM berjaya melangkahkan kaki ke final. Sementara menanti final di bulan September, kami menyertai Debat Piala Terbuka UIA kali yang pertama. Liganya sangat memenatkan. Alhamdulillah. Kami menang debat ini dengan liku perjalanan yang sangat payah. Sementara menanti final PPM juga, Naseem dan Husna memenangi Syarahan Bahasa Melayu peringkat kebangsaan dan Khaliz pula menjadi johan Pidato Piala Di Raja peringkat kebangsaan. Saya lebih tertumpu dalam bidang penulisan pada waktu itu. Murah rezeki famili bahas kami untuk tahun itu.

Ketika final PPM, kami bertemu pasukan legenda, SEMESTI. Pasukan yang saya kagumi sejak tahun 1999. Bertemu Lim Ann Nee, Amir Syafiq dan Fadhly Khairi adalah pengalaman yang hebat. Tajuk final PPM tahun 2002 ialah Karnival Jualan Mega Meningkatkan Ilmu Kepenggunaan Di Kalangan Masyarakat. KISAS menjadi pihak kerajaan dan saya diberi tanggung jawab untuk menjadi penggulung pasukan. Sesungguhnya persediaan untuk final memang sangat menyeksakan. Pulang ke hostel lewat jam 1 atau dua pagi selepas diskusi. Sesi prep petang terbang melayang kerana digunakan untuk diskusi juga. Segalanya hanya untuk PPM. Kalaulah sehari ada 24 jam, hampir 20 jam hidup saya bersama dengan bahas sahaja. Tapi Alhamdulillah. Sungguhpun malam sebelum final itu saya mengalami tonsilitis, Naseem yang tidak berapa sihat juga pada waktu itu, pasukan bahas Bahasa Melayu KISAS 2002 berjaya menjuarai Piala Perdana Menteri (PPM) pada tahun itu dan membawa pulang piala yang sudah 19 tahun tidak kembali ke kolej! Alhamdulillah! Segala puji dan syukur hanya layak untuk-Nya.

Setiap daripada kami bertiga punya kelebihan masing-masing. Saya pernah digelar sebagai robot oleh senior-senior dulu. Adalah kisahnya kenapa begitu. Dan disebabkan karakter yang berbeza-beza ini, pasukan kami tahun itu sangat unik. Hasilnya, Khaliz pernah menjadi Pembahas Terbaik Daerah Klang, saya menjadi Pembahas Terbaik Negeri Selangor dan Naseem menjadi Pembahas Terbaik Kebangsaan. Saya sayang dua orang teman saya ini. Mereka berdua banyak membantu saya membentuk satu karakter yang tiada pada orang lain pada waktu itu. Dan kerana mereka jugalah saya nampak lain ketika beraksi di pentas. Sebenarnya saya terkejut kerana selepas meninggalkan dunia perbahasan, rupanya-rupanya stail dan cara yang saya gunakan dulu-dulu telah digunapakai pula oleh junior-junior bahas dari pelbagai sekolah. Kata mereka, stail Kak Sarah KISAS. Lucunya. Macam legenda pula. Padahal siapa sajalah saya ni hendak dibandingkan dengan Khaliz dan Naseem.

Begitulah kisahnya. Selepas tahun 2002, saya tidak lagi berbahas. Sudah pencen sepenuhnya. Cuma setiap kali pulang ke Malaysia, saya akan melawat KISAS dan melatih adik-adik di sana. Begitu juga dengan sekolah lama saya dulu. Cukuplah menjadi juruletih saja. Pernah tahun lalu saya dihubungi oleh pendebat-pendebat Uniten yang saya temui ketika menyaksikan Debat Piala Timbalan Canselor UKM yang mengajak saya mengambil bahagian dalam Pesta Debat Bahasa Melayu sempena 50 tahun kemerdekaan. Tapi malangnya saya tidak dapat menghubungi Hafizi dan Meor (bekas pembahas SMAP Kajang dan SERATAS yang belajar bersama saya di Moscow) untuk membentuk pasukan dari Moscow. Ada beberapa kali berhubung dengan wakil-wakil dari Uniten itu. Faizal dan Niko (atau Niki) namanya. Bersungguh-sungguh mereka mengharapkan penyertaan dari Moscow. Tapi tiada rezeki.

Ada yang bertanya, bagaimana saya belajar untuk SPM pada tahun 2002. Jawapannya mudah. Walau sibuk dan letih yang macam mana sekalipun, saya akan memastikan sebelah malamnya saya akan menelaah sehingga jam 2 pagi di bilik. Saya wajibkan diri supaya saya tidak ketinggalan. Sendiri memilih untuk berbahas, sendiri jugalah yang bertanggung jawab pada pelajaran kan. Dan sebaik telah menjuarai PPM, saya punya betul-betul 40 hari saja sebelum SPM menjelma. Saya tahu saya tidak akan dapat pulun 100% pada waktu itu. Tapi Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk tidak terlepas mengamalkan 40 kali bacaan Yaasin setiap hari sebelum menjelangnya SPM. Tahun itu, saya, Khaliz dan Naseem bukan sekadar menggondol PPM, kami juga sapu bersih SPM dengan jayanya. Alhamdulillah.

Petua saya hanya satu. Walau sibuk macam mana sekalipun, kita perlu bijak bermain dengan emosi dan menyusun jadual harian dengan baik. Jangan jadikan alasan sibuk dengan kokurikulum untuk tidak belajar. Salah begitu. Sebaiknya jadikan kesibukan itu sebagai guru terbaik untuk melatih diri menjadi lebih berdisiplin dengan masa dan diri sendiri. Huhu. Saya budak skema dulu. Lupa pula!

Di sebalik kejayaan pastilah ada pendorongnya kan. Pendorong saya waktu itu pastilah emak dan ayah saya. Setiap perlawanan-perlawanan penting saya pasti akan ada mereka datang bersama menyaksikannya. Juga 2 orang senior lepasan KISAS yang tidak jemu-jemu melatih kami dulu. Kak Anisa dan Abang Wan. Terima kasih Kak Ani, Abang Wan. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Juga senior-senior bahas KISAS yang ketika itu kebanyakannya sedang melanjutkan pelajaran di UIAM. Terutamanya Abang Cipul dan ramai lagi pendebat UIAM yang selalu menjadi pengkritik tetap kami. Kalau tak silap ada seorang yang namanya Abang Faizi. Inilah orang pertama yang kata suara saya seksi. Auw... Seksi ke apanya. Ganas macam jantan. Huhu. Abang Cipul, gelaran robot untuk saya itu kekal sehingga habis sekolah tau!

Inilah kisahnya. Inilah sejarahnya. Saya kini bukan lagi Sarah yang dulu. Saya seorang pembahas pencen yang tidak punya apa-apa lagi melainkan secebis kenangan manis yang insya Allah akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

"Andainya masih ada cinta dalam hatiku, akanku berikan kepada menteri yg kedua". Pasti Fadhly Khairi tersenyum andai dia terbacakan entri ini... Nostalgia sungguh.

Tuan Pengetua Ustaz Haji Abdullah Hussien, Naseem, Khaliz, Umi Ida, saya, Husna dan Umi Siti


Nota:
Maaf dengan sangat. Saya sibuk sekarang. Rindu-rindu, bacalah entri-entri lama dulu ye.

Sunday, March 09, 2008

Review : Keputusan Pilihanraya 12 Negaraku Tercinta

Assalamualaikum wbt

Saya kira saya tidak perlu mengulas panjang. Semalam memang sebuah sejarah buat negara apabila 5 negeri akhirnya mendapat kepimpinan baru. Kepimpinan Barisan Alternatif. Kepimpinan Pembangkang.

Kemenangan besar PAS di Kelantan bukanlah sesuatu yang pelik. Sudah dijangkakan. Monopoli DAP di Pulau Pinang juga sudah saya jangkakan. Mungkin kerana keinginan masyarakat Pulau Pinang yang inginkan orang lain menggantikan Koh Tsu Koon sudah jelas sejak sekian lama.

Namun, perubahan yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah benar-benar di luar jangkaan saya. Ini kemenangan besar. Ini perubahan yang dinanti-nantikan. Ini sejarah dalam pentadbiran negara.

Ada 2 ironi yang saya fikir-fikirkan sejak semalam. Pertama, Pak Lah kini bergelar pembangkang di negeri sendiri. Keduanya ialah ironi pihak kerajaan menjaga baik Sabah dan Sarawak selama ini. Sebenarnya fungsi dua buah negeri ini kepada BN hanyalah sebagai penyelamat di saat kesesakan. Cuba bayangkan, tanpa kerusi majoriti sumbangan Sabah dan Sarawak, Malaysia kini sudah mempunyai sebuah pentadbiran penuh yang semuanya baru. Ok. Ini hanya imaginasi saya. Mungkin selepas ini tiba masa untuk Sabah dan Sarawak pula untuk membuat pertukaran dan perubahan. Anjakan paradigma kata politikus.

Semalam, saya khusyuk dari pagi ke tengah malam menatap Malaysiakini untuk mendapatkan perkembangan terbaru. Dan saya bersama dua orang rakan di Malaysia yang turut melaporkan berita-berita terkini. Terima kasih Azwan sebab membantu saya mendapatkan keputusan terkini bersama-sama sampai ke pagi buta dan seorang lagi seorang kawan lama saya, seorang peguam yang ada memberikan sedikit info juga (dia tak baca blog ni rasanya). Cuba bayangkan, makan dan belajar semuanya di depan laptop. Gara-gara menunggu keputusan Pilihanraya 12.

Majoriti 2/3 juga telah dihapuskan oleh pembangkang. Ramai yang sujud syukur kerana sekarang sudah semakin ramai suara yang boleh membela rakyat di dalam Parlimen (baca: KJ dan Adnan Yaakob tak boleh sesuka hati buat pasal). A good check and balance. Dan saya yakin, doa dan harapan rakyat Malaysia kini ialah untuk melihat perubahan ini adalah perubahan yang positif. Yang boleh membawa manfaat buat semua. Ini bukan satu eksperimen tapi inilah doa dan harapan yang diharap-harapkan.

Malam tadi saya sujud syukur sebab kepimpinan ulama diakui oleh rakyat Kedah pula. Saya nak pindah duduk Kedahlah pula. Ups. Saya lupa. Saya ada kampung di Pulau Pinang (kawasan Pak Lah nun) dan di Sungai Petani. Ya. Saya nak jadi orang Kedah! Hehe.



Dan hari ini, 9 Mac 2008, kawan baik saya sewaktu sekolah rendah di Pusat Pengajian Islam Al-Mukmin telah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah buat Siti Hajar Mohd Yasin. Sebenarnya saya sudah terputus hubungan dengannya sejak dia berpindah sekolah di hujung darjah 1. Langsung tidak dengar berita. Sehinggalah di hujung tahun lepas saya terjumpa sebuah blog rahsia yang rupa-rupanya adalah milik Hajar. Blog yang menjadi tempat luahan hati Hajar pada seorang lelaki tanpa lelaki itu ketahui. Dan pada hari ini, selamat sudah Hajar menjadi isteri yang sah buat Mohd Idham (ED) di Tronoh. ED, itulah nama yang tersurat di blog rahsia itu. Menurut Hajar, sebulan lebih lepas mula menulis blog rahsia itu, ED menghubunginya dan ikatan pertunangan terikat. Dan kini, 4 bulan selepas segalanya berlaku, mereka telah bergelar suami isteri. Kerja Allah. Itulah jawapan mereka berdua ketika saya menelefon mengucapkan tahniah petang tadi. Selamat berbahagia buat Hajar dan ED.

Friday, March 07, 2008

Review : Pilihanraya 12 Negaraku Tercinta

Assalamualaikum wbt

"Burung apa tu, Pak?" tanya seorang anak.
"Burung murai" jawab si bapa.
"Burung apa tu, Pak?" tanya anak lagi.
"Burung murai" jawab si bapa lagi.
"Burung apa tu, Pak?" tanya anak mengulang benda yang sama.
"Burung murai" jawab si bapa penuh sabar.
"Burung apa tu, Pak?" tanya anak dengan muka penuh ingin tahu walaupun sudah tahu burung apa itu sebenarnya.
"Burung murai" jawab si bapa dengan tenang walaupun dia tahu anaknya itu sudah tahu burung apakah itu setelah berkali-kali dijawab soalan yang sama.

Itu saja. Tiada selingan lagu raya selepas dialog itu. Boleh kamu semua kaitkan adegan apakah yang senarionya sama dengan situasi di atas? Bukan petikan daripada mana-mana cerita Senario ye.

Sebenarnya 4 hari yang lalu saya melihat sebuah iklan pilihanraya kita di youtube (yang ditayang dengan jayanya di TV). Tali-bertali sandar-menyandar. Aduh. Perlu ke dibuat iklan yang sebegitu? Saya bukan apa. Terasa seperti yang punya iklan itu hendak memberitahu sesuatu yang orang sudah tahu tapi itu kisah lama. Dan sebenarnya orang dah taknak tahu pasal itu. Bukan bermaksud hendak melupakan tapi benda dah sedia ada dalam kepala, terangkan banyak mana sekali pun, orang akan jadi meluat dengar.

Situasi seorang anak, bapa dan seekor murai tu saya kaitkan dengan kesabaran pihak-pihak yang terlibat dalam arena politik negara yang berperanan untuk menerangkan kepada rakyat, atau masyarakat yang sebetulnya, tentang situasi yang ada dan kebenaran yang perlu ditegakkan walau penat macam mana sekalipun keadaannya. Kesabaran, kesabaran dan kesabaran mereka baru kebelakangan ini difahami dan dimengertikan kenapa. Kesabaran yang menuntut hati bekerja bersama rasional. Dan yang lebih utama, bertindak kerana iman dan bukan kerana kehendak peribadi.

Sejak demam pilihanraya melanda di mana-mana saja, saya juga turut tidak mengecualikan diri. Mungkin ada yang memperlekeh. Apalah yang saya dapat ubah sekalipun saya berkobar-kobar sekarang ini. Jawapan saya mudah. Sekurang-kurangnya saya tergolong bersama mereka yang celik. Di sana nanti, jika disoal, ada jawapan oleh hati saya, tangan saya, mata saya, mulut saya tentang tanggungjawab yang saya pikul.

Dan apabila wujud perbezaan, tak dapat dielakkan, persengketaan pun timbul. Hanya disebabkan berbeza latar belakang politik, ada yang hendak bergaduh bertegang urat menegakkan pendirian masing-masing. Saya bukan jenis yang begini. Tapi saya jumpa ramai yang begini. Banyak kali juga dalam masa 2 minggu ini saya berhadapan dengan rakan-rakan yang menyindir secara reverse psychology. Bagi saya mudah. Dengan orang yang begini, tiada guna kalau meninggi suara bergaduh tak memasal. Kita senyum, diam dan teruskan dengan kerja sendiri sudah. Saya ingat lagi 1 insiden hujung minggu lepas. Saya terserempak dengan seseorang (saya yakin dia tidak baca blog saya). Berfalsafah segala macam tentang kebersamaannya dengan kerajaan biru dan kebenciannya dia pada keputihan bulan dan mata serta roket angkasa. Mulanya saya mendengar sajalah. Bagi saya, tak perlu pun saya menjadi minyak mahupun air dalam situasi itu. Tapi kemudian saya diprovok apabila dengan sengajanya keperibadian tuan-tuan guru dan kethiqahan mereka dibanding-bandingkan dengan beberapa pengkhianat agama. Ini melampau. Akibat diprovok, saya deras. 200 km sejam.

"Eh, kot ye pun taksub dan suka pada yang satu ni, janganlah sampai kita mendatangkan fitnah pada orang yang faqih agama. Siapa kita nak menilai diorang. Jangan sebab nak jaga pride (maruah), bukak cerita orang lain pulak sampai nampak yang orang lain tu lagi buruk. Buruk sendiri pulak sorok belakang, simpan dalam CD, DVD kat rumah je. Kita bukan budak-budak lagi. Jangan sebab seronok sebab yang awak suka tu banyak hidurannya. Dan jangan pulak sebab takut kalau BA naik, banyak pulak yang agamanya."

Ok. Saya tahu saya agak tajam waktu itu. Maafkan saya kawan. Saya sensitif bila agama dipersenda. Saya rasa saya bukan dalam kategori emo. Tapi kerana saya peduli agama. Saya tidak boleh dengar jika para ulamak dipersenda. Sehinggakan yang sudah selamat pulang kerahmat-Nya juga diungkit sama. Itu namanya menghina. Kalau saya ini peguam, saya saman awak ni. Atas akta menghina. Awak, takut tak dengan saya? Nasib baik saya bukan peguam.

Bagi saya, jangan disebabkan berbeza pendapat, kita bergaduh sesama sendiri. Tidak perlu begitu. Dan bukan begitu anjuran agama. Mengapa kita ada perbezaan kaedah feqah dalam setiap mazhab? Sebab dengan perbezaan itu memberi peluang untuk kita membuat penilaian dan perbandingan. Mana yang terbaik, yang itu kita guna. Dan sebenarnya perbezaan ini memberi peluang untuk kita lebih berfikir dan membuat timbang tara. Bukan untuk bergaduh bertekak sana, bertekak sini.

Lagi yang menjadi perhatian saya adalah fenomena berkempen di Malaysia. Walaupun saya tidak dapat melihat dengan mata kepala sendiri keadaan perang bendera dan poster di sana, tapi saya dapat gambarkan bagaimana situasinya. Saya buka dan baca dan lihat dan kaji banyak blog yang berkongsikan gambar 'langit berdacing', 'bulan mengambang sejuta di awan biru', 'mata bukan matahari' dan 'roket terapung tak sampai ke ISS'. Semuanya semangat. Semangat berkempen. Tapi satu yang saya kurang setuju di sini. Ini membazir namanya. Beribu dihabiskan untuk poster-poster ini saja. Nanti akan dipungut buang juga. Ambil contoh di Rusia ini. Pilihanraya memilih parti mahupun presiden tidak ada langsung poster-poster membazir ini. Dan apa yang lebih menyedihkan, ada poster-poster menghina. Meletakkan gambar 'kerbau pendek' (baca: khinzir la tu) bersebelahan dengan gambar Tuan Guru Nik Aziz. Ini melampau. Kata-katanya pula: Pergi jahanam dengan agama. Hidup Melayu. Selamat pagi encik. Siapalah kita ini kalau tiada agama. Apalah yang ada pada bangsa kalau agama dibuang begitu saja. Sedih betul melihat mentaliti manusia yang sebegini.

Tentang SPR pula. Ini satu lagi masalah negara. Kenapalah kisah ketulusan dan ketelusan SPR masih hangat panas tak sudah-sudah sejak dulu. Saya sudah mula mendengar isu SPR ini sejak saya kecil lagi. Zaman Semangat 46 masih hidup marak. Ketika musim pilihanraya itu, semua orang Semangat 46 marahkan SPR kerana kononnya Ku Li kalah sebab SPR tidak telus. Apala-apalah. Nak cakap banyak, saya sudah ingat-ingat lupa kisahnya. Dulu saya tidak tahu SPR itu apa. Sama seperti SRP ke? Atau SPR itu juga sebuah parti? Masih kecil. Sampaikan waktu itu saya tidak tahu yang mencabut poster-poster adalah satu kesalahan. Tapi saya geram sebab papan tempat duduk buaian yang saya, Kaklong, Nan dan dua orang sepupu selalu naik di tebing rumah pun menjadi tempat tampalan poster. Kalau kami dengan slumber duduk atas buaian itu, nanti ditangkap kerana 'membontotkan' dacing pula. Haha. Ok. Saya agak ganas kali ini. Dan bagi PRU12 ini, SPR mulanya memberikan janji manis. Macam orang baru hendak berkahwin. Baru bertunang, dah tunjuk belangnya. Belum menikah lagi. Tak best lah begini. Hilang seri hubungan itu. Sepatutnya ketelusan dan ketulusan itu dizahirkan sejak dari sekarang. Sepatutnya, dizahirkan sejak dari dulu lagi kan. Ini belum lagi majlisnya, sudah nampak semua. Sudah hilang sparkling mereka ini. Ok. Tak lucu. Cuma yang terbaru ini tentang penggunaan dakwat dimansuhkan. Selamat petang pula encik. Apa kes ni? Bau belerang sudah mula menghangatkan ak47 setiap mata-mata yang menanti silap salah di majlis itu nanti. Jaga-jaga ya. Jangan sampai ditembak hidup-hidup di atas pelamin. Nanti ramai yang ucapkan selamat malam terus.

Ok. Saya sudah terlalu ganas untuk hari ini. Maaf salah silap terkasar bahasa, tertajam kata, terpanah petir terkena nyawa-nyawa yang ada dan terbakar jiwa-jiwa yang sedang panas membara. Maaf. Ini pendapat dan luahan seorang anak Malaysia Muslim yang mahukan Malaysia lebih intergriti, Islam lebih diberikan hak yang dominasi disamping agama lain tidak didiskriminasi dan bangsa Melayu yang sedar diri.

Esok harinya. Sudah dekat masa untuk semua membuat pertimbangan akal dan iman, bukan nafsu dan keinginan. Hak kita semua untuk melihat Malaysia yang lebih madani dengan hak ukhrawi tidak dikesampingkan dan hak insani disamaratakan. Dan esok juga Hari Wanita. Selamat Hari Wanita. Jadilah wanita yang membawa perubahan nusa pada hari esok ya!

"Dan bahawasanya kepada Tuhamulah kesudahan (segala sesuatu)" An-Najm : 42

QUNUT NAZILAH

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
Di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu
Daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belah dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing-Mu kepada mereka.

Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa

Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka! Kalahkan mereka!Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka!

Tuesday, February 26, 2008

Bullshit in Politics

Try to put any of these numbers at SPR checking list:

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
87120574 015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069

Hello.... *echo effect* We are no that stupid ok. These voters are registered as born in 1880s!! And in case it was a mistake by computer, but how come those who were born after 1987 qualified to be a voter? There are not 21 yet. Look at the hell list. Even a 16-year-old kid (born in 1992 -last-) also can vote.

If you want to play a cheat, play it smartly please. Aishh... I can't stand reading here and there regarding this issue anymore. What a liar! I am emotional looking at the PMS of our politic. Dirty? Yes, it is.




Source: Bersumberkan Nan yang bersumberkan Dayat.

Monday, February 25, 2008

Kisah Dari Terengganu

Assalamualaikum wbt

Entri ke-2 hari ini. Balik dari hospital, terus saya buka The Star Online. Biasanya akan baca sebelum ke kelas. Tapi pagi tadi tak sempat. Satu isu betul-betul menarik perhatian saya pada petang ini. Dan saya rasa, tak semua warga Malaysia tahu hal ini. Hep. Kita semua kena tahu isu ini. Isu se-Malaysia. Kawan saya kata, Malaysia itu untuk warga Malaysia. Mari kita jadi warga yang mengambil peduli.



Kisah dari Terengganu ini betul-betul membuatkan dahi saya berkerut. Bukan saya nak perlekehkan nenek ni hendak cuba bertanding dalam pilihan raya kali ini. Yang buat saya terkejut ialah umurnya, sebabnya, menifestonya dan partinya! Iya. Partinya ialah Parti Tanah Melayu Beragama Islam. Ok. Yang ni saya tergelak sikitlah. Lawannya pula ialah Mat Sabu (PAS) dan Dato' Razali Ismail (BN). Oh ya. Ini cubaan kali ke-5 nenek ni untuk bertanding. Tapi 4 kali sebelum ini tidak berjaya. Lama tu kan. Maksudnya, hampir 20 tahun dulu dia sudah bersiap-siaga untuk bertanding dan semangatnya untuk mengubah nasib masyarakat masih tidak padam.

Menifestonya, nenek ni nak membetulkan yang salah dan menurunkan harga barang-barang keperluan. Ok orang Terengganu. Undi nenek ni ye. Nanti kita boleh usung dia ketuk pintu PM suruh turunkan harga minyak kereta, minyak masak, minyak urut, minyak wangi dan orang minyak. Ops!

Wednesday, January 30, 2008

Memahami Fitrah Wanita

Assalamualaikum wbt

Semalam terasa hendak berdiam diri sekejap kerana masalah internet yang masih belum selesai. Tapi kebetulan dapat menggunakan talian wireless jiran. Semalam saya mengulang kaji subjek Gynaecology, Sakit Puan dalam bahasa kita. Terasa padat semula kepala dengan ilmu. Jadi topiknya hari ini berkaitan dengan permasalahan wanita. PMS dan senggugut.

Premenstrual syndrome (PMS) ini adalah sindrom yang dihadapi oleh wanita yang belum mencecah menopause. Dalam bahasa secara literalnya boleh diterjemahkan sabagai Sindrom Premenstruasi. Pendek ceritanya, dalam kitaran normal yang dihadapi wanita (kira-kira 21-35 hari), sebelum mencecah genapnya kitaran itu (kira-kira seminggu atau beberapa hari sebelumnya), hampir 80% wanita akan menghadapi PMS.

Antara yang dialami adalah emosi yang tidak stabil, berpeluh, muka dinaiki jerawat, tertekan, keletihan yang ketara, insomnia, lebih banyak berdiam diri dan yang paling ketara ialah meningkatnya selera makan. Semua ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku mengikut fasa kitaran wanita.

PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama. Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan. Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

Kenapa saya memfokuskan tentang isu PMS dan senggugut ini? Biasanya wanita yang PMS dan senggugut dikatakan panas baran dan emosi. Benar. Ini kerana level serotonin yang meningkat. Tapi fokus utama saya ialah tentang cara menghadapi masalah ini. Sungguhpun berada dalam keadaan tertekan dan emosi, para wanita harus bijak untuk menanganinya. Bersenam adalah cara terbaik untuk mengadaptasikan perubahan yang berlaku ketika PMS dan senggugut. Dengan bersenam juga emosi dan panas baran dapat dikurangkan. Selain menjaga pemakanan, mengelakkan ambilan caffein yang tinggi dan mengambil bekalan vitamin, bersenamlah satu-satunya cara natural untuk mengurangkan rasa sakit ketika sedang menstruasi dan untuk mengawal emosi.

Bagi kaum lelaki pula, toleransi dan hemah cuba memahami sindrom yang dihadapi oleh wanita ini sangatlah dihargai. Ini sudah fitrah mereka. Janganlah pula ditegur-tegur jerawat sebutir yang naik di muka mereka. Memang akan makin melentinglah jawabnya. Cubalah menjadi suami, abang atau rakan yang memahami lebih-lebih lagi ketika mereka senggugut. Bak kata seorang pakar yang pernah saya bekerja dengannya di Hospital Temerloh, sakit ketika senggugut ibaratnya ketika bersiap sedia untuk bersalin.

Dengan itu saya membuat kesimpulan bukan senang hendak menjadi wanita. Dengan PMS dan senggugut ini sebenarnya menjadikan wanita unik dan kuat. Hanya yang bijak dan gagah dapat melaluinya dengan bijak dan gagah jua.

Nota: Dilema politik negara kita sedang menghadapi PMS agaknya. Boleh rujuk sini. Dengar hujah Encik Azwan dan kerabat-kerabatnya di sana. Hebat. Moga-moga dalam kitaran baru nanti, tiada senggugut melanda dan hasilnya selepas kitaran baru akan muncul seorang yang bijak dan gagah. Bukannya yang kurang pandai dan lemah. Oh. Sinikal juga ya saya ni. Hehehe. Ok. Mahu angkat kaki dulu. Nanti saya diserbu. *Masuk bawah selimut nak tidur dah. Dah habis study dah untuk hari ni* :)

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

84) Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me.

Friday, January 04, 2008

Kisah Si Bodoh


Assalamualaikum wbt

Suatu ketika dahulu, saya pernah sangat bodoh. Saya tidak tahu perkataan apa yang patut saya guna walaupun saya benci mengatakan diri saya bodoh. Tetapi itulah hakikat. Lama saya biarkan diri terikat dengan kebodohan itu. Sebab saya tidak tahu dan tidak matang untuk mengatur kaki melangkah keluar dari kebodohan yang saya cipta itu. Mungkin kerana saya masih anak-anak dan tidak punya suara untuk berterus-terang. Kalau boleh diundurkan masa, saya mahu berada semula di suatu ketika dulu di saat sebelum kebodohan itu bermula.

Ada dua sebab saya mahu kembali ke waktu itu. Pertamanya kerana saya harapkan saya lebih matang membuat keputusan pada waktu itu. Agar tidaklah saya terpenjara dalam kebodohan itu. Kebodohan yang buat jiwa saya sakit tanpa mereka yang terlibat tahu bahawa saya tidak bersalah dan saya tersepit. Mereka tidak tahu itu! Kedua kerana saya harapkan insan-insan yang terlibat dalam kebodohan ini lebih berani dan tidak meninggalkan semuanya untuk saya tanggung seorang diri bertahun-tahun. Empat tahun. Ya. Empat tahun. Kenapa mereka itu semuanya lari tutup mata? Kenapa tidak mahu berdepan dengan saya yang saya kira jauh lebih matang dalam menghadapi hal ini daripada mereka? Kenapa dibiarkan masa menentukan semuanya? Penakutkah? Atau mahu meletakkan salah sepenuhnya kepada saya? Saya tidak pernah menipu mereka dan saya sangat jujur dalam meletakkan siapa saya pada masa dan ketika itu. Kenapa sudahnya saya yang dibiarkan dan akhirnya mencipta kebodohan yang saya sesalkan sekarang.

Saya kesal, sedih tetapi cerita bodoh itulah yang menjadikan diri saya yang sekarang. Jadi dalam pada itu, saya berterima kasih kepada mereka yang meletakkan saya dalam kebodohan lampau. Kerana membolehkan saya membezakan yang mana rasa, yang mana jiwa. Yang mana kawan, yang mana teman. Yang mana jahat, yang mana sahabat.

Beberapa hari yang lalu, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai sahabat. Sungguh saya ikhlas. Saya hargai mereka sebagai sahabat sungguhpun mereka tidak mengiktiraf apatah lagi tahu akan apa yang saya sempurnakan itu. Semoga mereka tidak terleka dan mengulangi penderaan yang pernah mereka lakukan. Semoga mereka tahu di mana untuk menghentikan sebuah pertanyaan.

Buat mereka semua, belajarlah daripada sejarah. Jangan dikelek ke masa hadapan. Yang sudah tu sudahlah. Biarkan sejarah tinggal dengan sebuah noktah. Bukan koma yang ada sambungan. Saya minta maaf atas apa yang terjadi biarpun saya bukanlah punca segala. Saya tahu kamu tidak pernah tahu tentang hal ini. Saya bukanlah punca segala. Jadilah kita sahabat semula. Semoga persahabatan yang pernah wujud dulu, dijernih dan dihidupkan semula. Itu doa saya untuk tahun ini.

Pada hari ini genap empat tahun kita hidup dengan sejarah yang tidak sudah itu. Saya mahu kamu terus sebagai sahabat. Jangan pergi!

Nota: Sajak baru ada di blog lagi satu. Sabut Di Tengah Laut.

Nota 2: Menghayati hikmah Al-Baqarah 2:216 - Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Allah Taala A'lam...

Saturday, September 22, 2007

A Chinese, I Am?

Assalamualaikum wbt

Reminiscing the past 4 years of my life in Moscow, they're just superb. Maybe at times, they were a few moments that I just feel like deleting them from the movie of my life here. But where the rainbows come from if not poured by the rain at the first place, isn't it?

What I want to share here is about my nationality which has frequently been asked either by my patients, my lecturers, my fellow colleagues from other countries and not to forget the local people that I bumped onto them these years. Sometimes, tourists that I met during my day out in front of the candy house St. Basil and the historical Kremlin and The Red Square did ask me about my origin as well. Anyway, we talked because I helped them to snap photos of theirs at those mentioned places.

In the past 4 years, I can tell you that so many had mistakenly thought that I'm an Arabian lady from what-so-ever Arabic countries somewhere near the Gulf. What a mistake! I once been told that I look like a Syrian. I twice been told that I resemble a modern Egyptian lady who wears slack and long blouse (of course with the hijab). I several times been told look like a Saudian and even weirder there were a few assumptions that told me, I do look like a Qataris! No way. Qataris is just too much fairer, fatter, taller and all the -er that they originally have. I am no way near them.

The conclusion is, people mistakenly thought that I'm from some Arabic country which they hardly can name it. Muslim women from this region all look alike, that's the best conclusion I can give, I suppose.

But I once been told that I look like a Korean. Oh, no no no. Seriously I have no Chinese nor Korean blood in my body. Neither Japanese as well. But maybe the look is there, they said, after I explain from where I actually am.

But last Tuesday, I went to the park in front of the main building of my Academy. I met this one old guy who was trying his best to speak English with me. He told me that he had spent almost 5 years of his life in Ho Chi Min City, Vietnam, to follow his son working there. So he can speak a little Vietnamese actually. And he was so glad to meet me at the park. I innocently asked why he's so glad seeing me there? He seemed didn't get why I asked him such question. Then he started to speak Russian with me to smoothen the conversation. Oh, only then I got the idea that he thought I'm from Vietnam! Ya Allah...

The main building of my Academy, Sechenov Moscow Medical Academy (MMA).

And yesterday, I met my friend, a Malaysian Indian. We are quite close but for this semester, it was the first time I met her. We just had time to greet and asking where to go. Just before leaving, she said (with her unique intonation): Sarah, why you look like a Chinese now? And then she talked to her friend next to her (again, with the intonation that uniquely hers): Right Jien? She's so like a Chinese now. Don't you see?

Oh people. A Malaysian, I am. A Muslim, I am. And a pure Malay, I absolutely am!

What count is not the face. But the heart. What count is not the look. But the soul.

View of the MMA building from the Frunzenskaya Lake Park.


____________________________________________________________________

Hari buat dia:

53) Al-Hujurat (49:15) - The believers are only the ones who have believed in Allah and His Messenger and then doubt not but strive with their properties and their lives in the cause of Allah. It is those who are the truthful.

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawikh serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bersalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.


Thursday, September 20, 2007

Tragic


LATEST UPDATE: Here, here, here and here.

Assalamualaikum wbt

I finished my round a bit early today. I reached home at 11.30am. Alhamdulillah finally managed to do the laundry, do some surfing related to my latest patient that I have to clerk and check on the web about the kid body found recently.

I first opened The Star Online. Ya Allah. What surprised me most is the DNA test conducted by the Forensic Department shows that it belongs to the eight-year-old-missing-girl, Nurin Jazlin Jazimin.

How could the assassin kill her? All this while, I was imaging that she would be found safely alive somewhere in Malaysia (if really she has been kidnapped). What was proved is that pederasty been done on her for several times before she was seriously injured and died. Could you imagine to see a small little girl been sexually murdered?

Eventhough the parents refused to accept that the body belongs to their beloved missing daughter, the 2nd attempt that will re-conducted by the Forensic Department would show no difference I guess. It's very rare to hear mistakes take place in DNA test confirmation.

My condolence to the family. Al-Fatihah.

And may the murder be detected and let's Allah and the law judge him!

Note: Sarah emo...

Reference: Here and here

____________________________________________________________________

52) Love is about to see an imperfect person perfectly, and bring ourself as a complement to the person just the way the person completes us.

Saturday, August 25, 2007

Sunathon 2007 Endau, Mersing - P. Tioman



Assalamualaikum wbt.


Seminggu saya menyepikan diri. Bukan sengaja tapi kerana memenuhi tuntutan menabur bakti kepada anak-anak kampung di kawasan Endau, Mersing di Johor dan berehat sehari dua di Pulau Tioman bersama kawan-kawan yang turut sama menyertai program khidmat masyarakat yang diberi jolokan Sunathon dari 18 hingga 21 Ogos yang lalu.


Hari Pertama


Saya bertolak ke sana dengan memandu sendiri dari Temerloh. Lebih kurang 4 jam perjalanan, saya selamat sampai ke sana. Check point adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau yang terletak bersebelahan dengan sungai sempadan Mersing-Romping. Setelah selesai pendaftaran, saya bersama Amani dan Shuhaina berkejar ke kedai makan untuk mengisi perut. Terlalu lapar kerana di sepanjang perjalanan, saya hanya berhenti untuk mengisi minyak saja.


Selesai makan, kami kembali semula ke sekolah tersebut untuk majlis perasmian dan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Biiznillah, saya ditemukan dengan Cikgu Rosli, seorang guru di Sekolah Menengah Ungku Husin. Cikgu Rosli merupakan anak kepada ibu angkat saya yang tidak dapat datang menjemput. Kebetulan, sebelum bertolak ke Endau, saya berseloroh dengan emak saya berhajatkan kluarga angkat yang punya ramai anak perempuan. Dan dengan ketentuan Allah juga, saya ditemukan dengan keluarga Cikgu Rosli yang mempunyai 5 orang anak perempuan yang semuanya comel-comel belaka. Dapat adik instant saya pada petang itu. Seorang lagi anak angkat untuk keluarga tersebut ialah Azliana atau mesra dengan panggilan Yan. Dengan itu, rasmilah kami berdua sebagai anak angkat kepada Puan Nom Binti Ilias selama program Sunathon itu berlangsung di Endau.


Pada sebelah malamnya, ada majlis memperingati atau memperkasa Dato' Onn sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Yang saya geramkan, tak pasal-pasal saya telah dipaksa rela untuk mendeklamasikan sajak kemerdekaan pada malam itu. Lebih mencuit hati, sejak malam itu, saya lebih dikenali dengan nama KS sebaik turun dari pentas setelah membuat persembahan. (KI, Ainul and Ammar: You all owe me! Beware ok. Huhu)


Setelah kudapan malam, saya dan Yan bertolak pulang ke rumah ibu angkat kami di Kampung Air Tawar. Sudahlah malang disuruh bersajak, dalam perjalanan pulang pula, saya dan Yan sesat kerana kami tidak menjumpai rumah ibu angkat kami. Jalannya sudah betul tapi sebaik saja kami masuk ke perkarangan sebuah rumah batu yang luas berpagar, baru kami tersedar rupa-rupanya kami tersalah rumah! Kami berpatah balik dan kemudia melalui semula jalan yang sama untuk mencari rumah kami. Setelah 2 kali lalu-lalang di kawasan itu, barulah kami temui rumah kami yang sebenarnya terletak di sebelah rumah yang kami tersalah masuk pada kali pertama itu. Ya Salam. Memang memalukan. Nasib baik tuan rumah jiran kami itu tidak terjaga apabila ada kereta memasuki perkarangan rumah mereka itu.


Hari Kedua

Seawal 7 pagi lagi kami telah berangkat ke kawasan sekolah kerana pada hari inilah program menyunatkan sejumlah 100 orang kanak-kanak akan berlangsung. Saya bersama surgical team no. 8 untuk katil nombor 8 bersama-sama Prof. Latif telah menyunatkan 17 orang kanak-kanak. Walaupun jumlah ahli kumpulan ini kecil saja, tapi kami telah berjaya menyusun jadual yang kemas agar membolehkan segala prosedur berjalan lancar dan kesemua ahli kumpulan dapat merasai melakukan setiap bahagian prosedur untuk proses berkhatan.


Pasti ada yang tertanya-tanya. Bolehkan wanita mengkhatankan kanak-kanak lelaki? Jawapannya ya. Mengikut aulawiyyat (keutamaan) dalam mengkhatankan kanak-kanak ini, seorang lelaki muslim duduknya pada tangga teratas. Diikuti oleh perempuan muslim, seterusnya lelaki bukan muslim dan yang terakhir perempuan bukan muslim. Fardhu kifayah inilah yang sedang kami semua pelajari dan penuhi dalam merealisasikan MUSLIM BOLEH BERDIRI SENDIRI. Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar sepanjang hari kedua Sunathon. Masih ada beberapa keping yang ingin saya kongsikan tetapi gambar-gambar tersebut masih belum saya terima daripada KI, Alif, Deney dan Yan. Sebaik saya telah mendapatkan gambar-gambar tersebut, saya akan kemaskinikan semula entry ini.


Bersama Prof. Latif yang menjadi Doktor Pakar untuk katil nombor 8.


Di bilik post-operation. Kanak-kanak yang telah dikhatankan direhatkan selama 15 minit di situ dan dipantau oleh pelajar-pelajar yang bertugas agar tiada komplikasi terjadi. Sekiranya tiada masalah, mereka akan diberikan ubat, bunga telur dan bekalan makanan untuk pulang.

Antara prosedur utama adalah menjahit setelah incision dilakukan oleh Prof. Latif. Bagi kumpulan kami, Prof. Latif memberi kepercayaan penuh kepada pelajar-pelajar yang menjadi assistant doctor pada hari itu untuk melakukan prosedur tersebut. Saya sendiri berpeluang melakukan 3 kali prosedur penuh sebagai assistant doctor. Alhamdulillah. Pengalaman ini sangat berharga untuk diri saya sendiri. (Gambar: Taka ini action)

Surgical Team no. 8 for Hospital Kita. From left: Iqbal, KI, Aishah, Ijat, Salwa, Ummu, Hidayah, KS, Jihan, adik Jihan, Alif dan Hisham (Engineering student from Korea). Thanks for the co-operation that was given throughout the day. I missu all!



Barisan para peserta dari semua Medical Universities dari Russia.


Hari Ketiga

Kami bertolak ke Pulau Tioman setelah sesi penyerahan kembali anak angkat kepada pihak penganjur. Sebaik tiba di Tioman, saya bersama-sama Yan dan Deney (2 orang pelajar perubatan dari IMU) telah memilih untuk duduk bersama. Sepanjang hari itu, kami menghabiskan masa bersama-sama. Setelah solat Zuhur, kami bertolak ke Kampung Tekek dan seterusnya ke Marine Park. Sebenarnya, pada tahun lepas saya telahpun datang dan menetap di kampung dan kawasan chalet yang sama. Jadi pada kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak mandi atau snorkling. Saya hanya duduk-duduk saja di jeti dan bertugas mengambil gambar kawan-kawan dari atas. Di samping itu, saya mengambil peluang itu untuk menulis. Alhamdulillah. Ilham datang melimpah-ruah pada petang itu.


Antara yang sempat saya rakamkan. Gambar ini ada simboliknya yang tersendiri :)
Geng Damai lah kononnya ini :)

Rakan-rakan seferi. Gaya mereka ini bagai nelayan pulang petang. Jangan marah ye :)

Ketika di Pulau Remis (jika tidak salah). Walaupun pada mulanya saya tidak berniat untuk snorkling, tapi akhirnya di sini saya turun juga ke air tapi bukanlah dengan niat untuk melihat batu karang yang ada. Sekadar untuk mandi-manda saja. Dalam ratusan pelajar yang sedang berenang ketika itu, ada juga yang menyedari saya di tengah-tengah lautan luas itu. Siapa ya? Yan, Deney, cut the story off ok :)

Hari Keempat

Setelah berkemas-kemas pada pagi Selasa itu, kami semua bertolak pulang ke jeti di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang. Sesungguhnya, program Sunathon ini sangat bermakna buat saya. Saya berpeluang berkenalan dengan ramai kenalan baru sama ada yang menuntut di dalam atau di luar negara dalam bidang yang sama. Juga mengenal erti ukhwah yang indah, erti pengorbanan dan yang paling terkesan adalah keluasan ilmu yang tidak hanya boleh diperolehi dengan membaca dan mendengar daripada para pengajar, tapi juga memerlukan kesungguhan dan ketekunan untuk berani mencuba dan mengamalinya dengan sebaik mungkin untuk melengkapkan lagi diri kita sebagai seorang Muslim. Juga belajar untuk lebih bertangjawab dengan taklifan yang diberikan ketika bergerak dan bekerja dalam kumpulan dan selalu berlapang dada agar setiap kerja yang dilakukan diberkati kerana husnuz zon (berbaik sangka) yang ada dalam hati kita.


Buat Yan dan Deney, mengenali awak berdua adalah satu kebetulan yang terindah sepanjang di Sunathon 2007. Semoga kita dapat bertemu lagi!

Sunathon 2008, here I come Insya Allah......!

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

41) Bertolongbantulah kamu dalam membuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan kemungkaran.

Wednesday, August 15, 2007

Congratulation Kak Long!


Assalamualaikum wbt.

I'm sorry for not updating My World since last week. I was not able to catch up some space for me to draft up what to write and to tell you all about the latest events took place in my life.

To simplify everything, just have a look on the photos below and the short story enclosed with them. Enjoy them :)

People: What's she doing up there? Anyway, who's this?
KS: She's my sister. My Kak Long. She's packing her stuffs to go to Bangi.
People: What for?
KS: To UKM la. Her so called Alma Mater. Wanna know why? Wait wait aa...

People: Alaa.. Now she's drinking somemore. Where is she going to actually? To her friend's wedding?

KS: Nope. Wait la. You'll figure it out later. Let's have Mini Poppers 1st. Hehe.

People: Wallawei... Complete with her shades somemore! She's cute, isn't she?

KS: Huhu. That's mine! She borrowed mine! She has her own but mine are prettier. Huhu. Yup yup. She's super cute!

KS: There's she! Her convocation day was on August 14th (yesterday) but she went earlier to Bangi to celebrate her friends' graduation ceremony which were earlier than her. I went there yesterday with my Ayah, Mak, Lan and Adik Aiman. She's so beautiful yesterday! Anyway, CONGRATULATION, KAK LONG!

People: Ooo...Anyway, Congrats KS's sis. Hep, what's her name again?

KS: Siti Fatimah. People call her Kak Siti only. Hep hep.. She's single! Anyone? Hehe

KS: Kak Long with Mak and Ayah. They were like enjoying the 1st wedding of their children. Padahal...Huhu!

People: Well, can see that. They were in terqois. Sweet couple!



KS: Kak Long, Ayah, Mak and Hanif, her very best friend. Repeat, her best friend.
People: Ooo... Who knows what's coming up later. Hehe.
KS: Ayoyo... He's engaged la.



KS: And this is Kak Long and the princess Kak Azah, her best friend since 1st year in UKM.

People: Waa... Azah is also cute. Is she single too?

KS: No way. No way. She's taken. Zul is waiting for her. Hehe.



KS: And here are Kak Long's coursemates. From left, Peyja, Kak Azah, Kak Long, Kidir behind there, 2 unknown girls and Hanif.

People: They look so close!

KS: Yup, they do.


KS: And here is the most memorable time. But the journey is just started. A lot more to come in the future, Long.

People: Right, right. A lot more to come... Wait and see...



KS: And, whatever it is, I love my Kak Long so very much!

You are now a degree holder of Bachelor in Chemistry. May your dreams come true!

_____________________________________________________________________________________

Hari buat dia:

40) Hari itu senang jika hati sentiasa tenang. Hati itu tenang jika Allah sentiasa dikenang.

Friday, August 10, 2007

Bai Oh Bai...


Assalamualaikum wbt

Kali ini ingin saya berkongsikan kisah seorang lelaki warga Indonesia yang pernah tinggal di kampung saya. Bai gelarannya. Sebenarnya, nama penuh Bai adalah Sukarno. Tetapi, setelah budak kampung saya mengetahui nama sebenarnya itu, mereka menukarnya kepada satu gelaran yang tidak nampak ke’Indonesia’annya. Bagi mereka, nama Sukarno itu terlalu klasik. Maka, bermulalah kisah hidup Bai di Malaysia bernamakan Bai.

Setakat apa yang saya tahu, nama Bai diambil sempena perkataan Baiya yang bermaksud Abang. Bai hanyalah ringkasan kepada Baiya. Sememangnya, budak-budak kampung saya amat menghomati Bai kerana sifat keabangan yang ditunjukkan olehnya. Budak-budak kampung yang saya maksudkan ini adalah remaja sekitar umur 14 hingga 18 tahun. Setahu saya, umur Bai pula adalah 21 tahun.

Sebaik saya tiba ke Malaysia di pertengahan Jun lalu, saya terlihat deretan pakaian lelaki berjemuran di ampaian baju rumah Tok Cik saya yang juga terletak di atas kawasan bukit yang sama dengan rumah saya. Cuma, rumah Tok Cik memanjang dan bahagian depannya yang dulu merupakan sebuah kedai runcit mengunjur ke bahagian tebing bukit, menghadap Sungai Pahang. Saya bertanyakan Mak Tam yang baru lepas bersalin ketika itu. Baju siapakah yang bergantungan di ampaian itu? Mak Tam menjelaskan kewujudan Bai yang tinggal di rumah kedai di bahagian depan rumah Tok Cik itu. Sebetulnya, Bai bekerja dengan Ayah Tam Din, menantu Tok Cik, dalam bahagian kimpalan besi atau lebih dikenali dengan welding.

Bai datang secara sah dan mempunyai permit kerja yang sah. Ayah Tam Din juga sangat menjaga kebajikan pekerjanya ini. Setiap hari dia akan menghantar makanan untuk Bai kerana dia tahu Bai tidak pandai memasak. Jika Bai tidak ditugaskan untuk membuat apa-apa, Bai sangat ringan tulang untuk menolong orang kampung demi mencari rezeki tambahan. Dia sanggup melakukan apa saja kerja yang halal untuk mengumpulkan wang buat keluarganya di Indonesia.

Sejak saya mengetahui perihal kewujudan Bai di rumah depan itu, jika saya hendak berehat di buaian di bawah pokok Semarak di depan rumah tok juga perlu bertudung. Setakat 2 minggu pertama saya berada di rumah, tidak pernah lagi saya melihatnya. Tapi setiap hari pasti ada saja cerita mengenai Bai yang akan disampaikan oleh adik-adik saya. Menurut mereka, Bai ini sangat baik orangnya, baik juga budi pekertinya. Ringan tulang dan tidak lokek dengan senyuman. Mak Tam juga menyifatkan perihal yang sama tentang Bai. Menurut Mak Tam, ibu bapa yang mengetahui anak-anak mereka bukannya merayap ke tempat lain di sebelah petang dan berada di pangkin di hadapan rumah Bai, mereka tidak pernah menghalang apatah lagi marah. Pada mulanya saya tidak tahu mengapa. Setelah bertanya kepada adik-adik saya, barulah saya jelas duduk perkara yang sebenar.

Menurut Adi dan Adam, Bai selalu memberikan nasihat kepada budak-budak itu. Bai selalu menyuruh mereka belajar dengan rajin supaya dapat membantu keluarga mereka di kemudian hari. Kehidupan Bai yang serba sederhana di rumah itu memberikan pengajaran kepada mereka. Dalam kesederhanaan itu, mereka menerima kehadiran Bai sebagai Abang yang boleh berkongsi apa saja cerita dengan mereka. Tidak pelik jika setiap mereka yang datang ada membawa makanan yang dikirim oleh ibu masing-masing. Jika mereka menjenguk di waktu tengahari pada hujung minggu, pasti ada sedikit lauk-pauk dikirimkan bersama. Jika mereka datang pada sebelah petang, pasti ada sedikit kuih-muih buat manisan mulut sambil mereka berborak di pangkin.

Pendek cerita, kedatangan Bai di kampung saya disenangi ramai. Bai rajin membantu membersihkan kebun orang kampung, menebang buluh dan mengecat rumah. Walaupun kadang-kala Bai membersihkan kebun dan menebang buluh itu dengan niat menolong saja, tapi orang kampung saya tidak akan membiarkan Bai pulang dengan tangan kosong. Pasti ada sedikit upah untuknya. Mana tidaknya. Jika hendak diharapkan budak-budak kampung yang selalu melepak di kedai kopi berhampiran bukit masjid, ibaratnya menunggu bulan jatuh ke ribalah jawabnya.

Ketika rumah saya hendak di cat baru di penghujung bulan Jun, emak mengupah Mat Keris, seorang budak kampung, teman setadika Kak Long pada satu masa dulu, untuk mengecat. Disebabkan hanya saya yang berada di rumah pada sebelah pagi, maka sayalah yang akan menjadi mandur menguruskan urusan cat-mengecat ini. Kebetulan, Mat Keris datang bersama Bai sebagai pembantunya. Di situlah saya mula mengenali Bai. Wajahnya tidak kelihatan seperti warga Indonesia langsung. Yang boleh saya katakan, wajahnya ada iras-iras adik saya, Adam. Bezanya Adam lebih cerah tetapi wajah Bai sedikit gelap. Mungkin kerana kerja-kerja yang dilakukannya menyebabkan dia sedikit gelap. Ketika mereka mengecat rumah, saya ditemani oleh Hidayah, adik saudara saya yang sedang bercuti sebelum semesta baru universitinya bermula.

Sepanjang kerja-kerja mengecat dijalankan, saya selalu terdengar Bai boleh bertutur dengan menggunakan dialek Temerloh yang pekat. Saling tak tumpah seperti Mat Keris. Hebat sungguh Bai. Saya anak jati Temerloh ini pun tidak boleh menggunakan loghat itu dengan sebetulnya. Tapi apalah yang hendak dihairankan. Setiap hari Bai bercampur dengan orang kampung. Sudah pasti dia cuba menyesuaikan dirinya dengan bahasa tempatan juga.

Tetapi 3 hari yang lalu, Mak Tam yang telah habis pantang datang ke rumah saya mendukung Dak Iman. Kata Mak Tam, Bai sudah balik ke Indonesia malam tadi. Setakat yang Mak Tam ketahui, ini kerana permit kerjanya hampir tamat. Jadi dia perlu balik untuk mendapatkan permit kerja yang baru. Terkejut saya mendengarnya. Waktu itu, Adam masih belum pulng dari sekolah dan Adi pula berada di asramanya. Apalah reaksi Adi dan Adam jika mengetahui Bai sudah tiada lagi di sini. Perginya agak mengejut juga.

Petang itu sebaik Adam pulang dari kelas tambahannya, saya memberitahunya tentang hal ini. Terkejut Adam dan dia menghantar mesej kepada Adi mengkhabari hal ini. Sebelum Maghrib tiba, kami mengetahui apakah hal sebenarnya yang terjadi.

Di kampung sebelah telah berlakunya satu kes yang memalukan. Seorang budak kampung itu telah melahirkan anak luar nikah baru-baru ini. Setelah diperiksa, menurutnya ini adalah perbuatan seorang pekerja Indonesia yang tinggal di kampung itu. Malangnya atas tuduh-menuduh di kalangan mereka, orang kampung sebelah mendesak polis menangkap kesemua warga Indonesia baik di kampung itu mahupun Bai yang satu-satunya berada di kampung saya.

Kisahnya, pada malam sebelum Bai membuat keputusan untuk pulang terus ke Indonesia itu, dia telah menemankan Shihab, seorang budak kampung saya yang tinggal berseorangan setelah ibunya meninggal dunia dan ayahnya berkahwin lain. Bai menemankannya pada malam itu kerana abang kepada Shihab, Iffat, telah pulang ke kampusnya. Kebetulan ketika polis datang ke rumah Bai pada malam itu, Bai tiada di sana. Jadi Bai ibaratnya terselamat untuk masa itu. Keesokannya, setelah Bai mengetahui apa yang terjadi, dia menghubungi Ayah Tam Din dan memohon untuk pulang ke Indonesia.

Jika sekiranya Bai ditangkap bersama-sama dengan warga Indonesia dari kampung sebelah, namanya pasti disenaraihitamkan daripada dapat terus bekerja di Malaysia. Oleh itu, dia meminta izin daripada Ayah Tam Din untuk pulang dulu dan setelah permit kerjanya yang hampir tamat itu dapat dipanjangkan tempohnya, dia akan datang semula. Maka, secara sah, Ayah Tam Din menghantar Bai pulang menggunakan kapal dari Klang.

Ada 2 pengajaran yang dapat saya simpulkan dari kisah ini. Pertamanya, budak-budak muda kampung saya setidak-tidaknya telah dapat meneladani Bai yang gigih bekerja dan baik hati. Nasihatnya agar tidak mengabaikan solat dan sentiasa mengutamakan ibu bapa itu memang sangat menyentuh hati mereka. Bai yang baik budi juga sentiasa menasihatkan budak-budak itu agar tidak lupa untuk berjemaah di masjid dan tidak pulang lewat malam ke rumah. Katanya, buat apalah kita bikin hati mak ayah kita risau-risau. Ribut nanti. Dan Bai yang setiap bulan menghantar gaji penuhnya 100% buat emaknya di sana kadang-kala menyebakkan hati kami yang melihat. Dia sanggup hidup ala kadar dengan upah tambahan yang dia dapat dengan menolong orang kampung. Betapa luhurnya pekerti Bai.

Keduanya, kes yang menimpa anak gadis kampung sebelah tidak saya salahkan pada orang yang merogol 100%. Remaja perempuan itu juga patut dipersalahkan. Sebetulnya siapakah bapa sebenar kepada anak itu masih belum dikenal pasti kerana menurut khabar yang didengari, dia meletakkan kesalahan itu kepada warga Indonesia yang ada di kampung itu untuk menjaga nama dan menutup kesalahan teman lelakinya. Kemungkinan ini juga tidak saya tolak. Hakikatnya, cara pemakaian remaja-remaja perempuan di kampung sebelah tidak kurang hebatnya dengan orang bandar.

Saya tahu itu semua. Saya selalu melihat mereka berkumpul di pondok bas di simpang jalan kampung itu setiap kali saya menuju ke bandar. Pakaiannya saja sudah melampau, inikan pula perangainya. Saya mempunyai 6 orang adik lelaki dan kebetulan adik yang di bawah saya, Adnan dan Adi kacak orangnya. Pernah saja saya melihat mereka datang meronggeng dengan motosikal masing-masing naik ke bukit rumah saya jika mereka mengetahui adik-adik saya itu ada di rumah. Tanpa salam, mereka membunyikan hon sebagai tanda mereka telah datang. Dengan pakaian yang menjolok mata, mereka memanggil-manggil nama Adi. Tetapi sebaik yang membuka pintu adalah Mak Tam ataupun saya sendiri, mereka akan terus memecut motor mereka menuruni bukit. Sungguh saya tidak berkenan dengan perilaku mereka. Nasib baik adik-adik saya bukanlah jenis yang melayan perempuan-perempuan sebegini dan nasib baik juga Adi itu pemalu orangnya dan Nan pula tidak pernahnya suka bergaul dengan orang kampung sebelah apatah lagi perempuan. Saya menyifatkan, kalaulah mereka sendiri tidak tahu menjaga maruah diri sendiri dan keluarga, kejadian buruk yang menimpa mereka baik di kampung itu atau di mana-mana saja kes sebegini didengari, pokok pangkalnya perlulah melihat perilaku dan pemakaian gadis yang terlibat. Jika beginilah keadaanya, kes yang berlaku tidaklah boleh kita klasifikasikan sebagai kes rogol sebaliknya adalah kes suka sama suka.

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah kita mahu melihat perkara sebegini terus berlaku dan kemudian meletakkan kesalahan atas bahu orang lain? Sehinggga kita terpaksa menjadi orang zalim mengheret orang yang tidak bersalah turut sama dalam kerja haram ini? Nauzubillahi min zalik…

Nota: Entry ini telah ditulis pada minggu lepas tapi atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan, saya tidak ada masa untuk mengemaskini blog ini. Nota maaf buat semua.

____________________________________________________________________


Hari buat dia:

38) Surah An-Nur 24:26 – Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Dan lelaki-lekai yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka ini terlepas dari tuduhan yang mereka ucapkan. Mereka ini memperolehi keampunan dan rezeki yang mulia.

Wednesday, June 27, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Maaf kerana menyepikan diri buat seketika. Alah. Cuma beberapa hari saja. Kebetulan, Khamis dan Jumaat lepas saya agak sibuk di rumah. Jadi tidak sempat untuk melayari internet. Dan Sabtu lepas pula saya ke Bangi berkunjung ke rumah Kak Anisa Anuar.

Kak Ani merupakan senior bahas saya yang telah menamatkan pelajaran di UIAM dalam jurusan Undang-undang. Saya ke rumahnya kerana dia mengadakan kenduri kecil sempena perpindahannya ke Kerteh, atas tawaran daripada Petronas sebagai Eksekutif Perundangan di sana. Alhamdulillah. Dalam usia yang muda, Kak Ani betul-betul telah berjaya membina kerjaya yang baik untuk masa depannya. Kenduri yang diadakan hanya dihadiri teman-teman perbahasan batchnya dan juga batch saya. Keluarga terdekat turut hadir beserta guru bahas kami yang cukup banyak berjasa, Umi Noridah yang kini mengajar di STAR Ipoh.

Sabtu malam Ahad yang lalu, kami (saya, Abg Wan, Khaliz, Kak Zahar dan Kak Ani) melawat Umi Ida di UKM kerana kebetulan pada ketika itu, Umi Ida membawa pasukan bahas STAR menyertai Debat Piala TNC HEPA UKM. Dapatlah juga kami semua melepas gian melihat aksi adik-adik itu berdebat. Sungguhpun kami semua merupakan bekas pelajar KISAS, tetapi disebabkan Umi Ida berada di situ sebagai guru pengiring STAR, kami juga bagaikan bekas pelajar STAR lagaknya sungguhpun STAR merupakan sekolah berasrama penuh untuk lelaki sahaja!

Antara yang paling saya terkejut adalah ketika menyaksikan sesi penggulungan oleh pembahas pertama STAR, adik Syazwan, dan pembahas pertama SMAP Labu (sudah lupa namanya) yang sama seperti style yang saya reka untuk diguna pakai ketika PPM dan Piala Dato' Syukur dulu! Istilah 'analisa kes' dan 'timbang-tara kes pada hari ini' merupakan frasa yang saya ciptakan dulu ketika sesi penggulungan sungguhpun dulu saya merupakan pembahas kedua bagi pasukan saya. Oh, tak saya sangka masih ada kesan tinggalan saya dalam dunia perbahasan di Malaysia ini rupanya!

Dan yang paling tak diduga, seorang pendebat UNITEN datang bertemu dengan saya dan menawarkan atau lebih tepat mengundang untuk saya turut serta dalam Debat Bahasa Melayu Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini di UNITEN Bangi. Mampukah saya membuatnya? Sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan semuanya. Paling habis pun, saya hadir ke KISAS sebagai 'juruletih' tak rasmi untuk pasukan junior. Oh, saya rasa saya sudah hilang semua kata-kata azimat dan aura zaman Tok Kaduk saya itu. Yang tinggal hanyalah Sarah Si Debater Pencen! Sungguh!

Sebetulnya ada lagi aktiviti sambungan yang kami 5 beradik lakukan. Insya Allah saya akan sambung dalam entry seterusnya jika ada masa terluang. Buat masa ini terlalu penat rasanya untuk terus menulis kerana baru pulang dari hospital.

Dan sekarang masa untuk menziarahi rumah teman-teman yang saya rindui celoteh mereka. Apa khabar agaknya si Ryn, Alif, Dr. Am, Cik. Ati, Tirah, Mimi, May, Sunan, Azwan, DD, Ainishamsi dan lain-lain. Jom kita intai-intai mereka!

Nota: Saya teringatkan seorang lagi kawan tapi dia tidak berblog. Semoga dia sihat-sihat saja. Juga Mama Sarah nun di UK. Semoga gembira saja di sana ye :)

_________________________________________________________

Hari buat dia:

26) Kehebatan kita adalah sesuatu yang terhasil daripada diri kita dengan niat untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan membantu orang lain melihat potensi diri mereka menjadi yang lebih positif.