Thursday, January 31, 2008

Tanda Ingatan Dari Mimie

Assalamualaikum wbt

Mimie Azrin membalas dendam pada saya. Saya dah kasi dia coklat, dia kasi saya tag semula. Saya pula bosan petang ni. Suka-suka untuk diri sendiri, jadi saya siapkan juga tanda ingatan tulus ikhlas dari Mimie ni.

1. Name one person who made you laugh last night?
Wanie. Dia suruh saya simpan duit untuk kawin. Ada ke patut. Dah la dah tengah malam dia cakap tu :p

2. What were you doing at 0800?
Kejut Pena bangun solat Subuh (di sini masih waktu Subuh lagi).

3. What were you doing 30 minutes ago?
Berborak pasal masa depan (beli kereta).

4. What happened to you in 2006?
Menempuhi zaman kesusahan bergelar pelajar. 3rd year memang sangat susah dan memenatkan. Dan diakhirnya menempuhi zaman kegemilangan. Semua papers excellent. Alhamdulillah.

5. What was the last thing you said out loud?
Apa korang semua ni? (saya jerit pada Pena dan Wanie yang menempel kat sini cakap pasal entah apa-apa)

6. How many beverages did you have today?
Semug nescafe saja.

7. What color is your hairbrush?
Merah hitam. Simple je. Dah lama sikat ni dengan saya tau. Ehem. Sebut pasal merah hitam, saya tahu ada orang senyum baca ni. Hehe.

8.What was the last thing you paid for?
Malam tadi pergi beli barang makan di Mini Market.

9. Where were you last night?
Dalam bilik je. Study dan belek-belek Friendster. Takde kerja betul.

10. What color is your front door?
Coklat cair. Kalau kat Malaysia, warna putih.

11. Where do you keep your change?
Dalam satu kotak mengkuang kecil kat atas meja kecil tepi katil. Kotak tu set Body Shop punya sebenarnya. Banyak sangat syiling dalam tu. Tak larat nak usung dalam purse. Huhu :p

12. What's the weather like today?
Salji mencair. Jadi macam hujan. Langit kelabu je. Saya rindu langit biru terang tang tang.

13. What's the best ice-cream flavor?
Coklat. Saya kurang makan yang lain.

14. What excites you?
SMS from family.

15. Do you want to cut your hair?
Tak mau ok.

16. Are you over the age of 25?
Saya masih muda :)

17. Do you talk a lot?
Bila rasa nak cakap, saya cakap. Tapi kat kelas, saya akan diam je.

18. Do you watch the O.C.?
Tak pernah tengok dan saya tau saya tak minat cerita-cerita macam tu.

19. Do you know anyone named Steven?
Steven? Tu adik saya tu. Haha. Takde la deknon oi. Takde sorang pun yang saya kenal nama ni.

20. Do you make up your own words?
Erm.. Takde kot. Cuma saya selalu guna beberapa perkataan yang orang lain jarang guna. Siapa boleh teka? Hehe.

21. Are you a jealous person?
Rasanya tak :) Kalau ye pun, simpan sendiri dan buat-buat matang la. Hehe.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Acai. Haaa. Silalah senyum.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
KI. Abg Khairil la tu. Siapa lagi kan.

24. Who's the first person on your received call list?
Ada nombor sorang junior call dari airport pagi tadi waktu saya tengah tidur lagi. Sampai sekarang saya tak tahu dengan siapa saya bercakap tadi. Budak tu pun meribut je cakapnya. Huhu.

25. What does the last text message you received say?
Ikhwan. Junior saya. Bagitahu pasal masalah visa dia. Erk. Baru saya sedar saya ni pusat rujukan orang yang ada problem je dari pagi tadi.

26. Do you chew on your straw?
Saya masih waras. Roti kosong yang saya suka makan setiap kali breakfast tu jauh lebih sedap daripada straw tau. Hehe.

27. Do you have curly hair?
Takde kot dalam adik beradik saya yang kerinting :)

28. Where's the next place you're going to?
Shower. Nak mandi. Hehe.

29. Who's the rudest person in your life?
Russians in general! Huhuhuhu. Racist kan? :p

30. What was the last thing you ate?
Biskut yang saya beli malam tadi tu. Dah setengah bungkus dah. Matilah saya.

31. Will you get married in the future?
Insya Allah kalau ada yang nak.

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Anak Halal. Tengok dengan housemates kat laptop 3 hari sudah. Saya tak pernah pergi wayang pun :)

33. Is there anyone you like right now?
:)

34. When was the last time you did the dishes?
Sat tadi. Basuh cawan.

35. Are you currently depressed?
In a very good mood. Saya bukan PMS. Haha.

36. Did you cry today?
Tak. Takde kerja nak nangis eh.

37. Why did you answer and post this?
Mimie balas dendam. Jadi dia tag saya. Saya pulak bosan lepas study Therapy tadi. Hehe.

38. Tag 6 people who would do this survey.
Saya tak nak jawab soalan akhir ni. Baik kan saya. Selamatlah kamu semua kali ni :)

Wednesday, January 30, 2008

Memahami Fitrah Wanita

Assalamualaikum wbt

Semalam terasa hendak berdiam diri sekejap kerana masalah internet yang masih belum selesai. Tapi kebetulan dapat menggunakan talian wireless jiran. Semalam saya mengulang kaji subjek Gynaecology, Sakit Puan dalam bahasa kita. Terasa padat semula kepala dengan ilmu. Jadi topiknya hari ini berkaitan dengan permasalahan wanita. PMS dan senggugut.

Premenstrual syndrome (PMS) ini adalah sindrom yang dihadapi oleh wanita yang belum mencecah menopause. Dalam bahasa secara literalnya boleh diterjemahkan sabagai Sindrom Premenstruasi. Pendek ceritanya, dalam kitaran normal yang dihadapi wanita (kira-kira 21-35 hari), sebelum mencecah genapnya kitaran itu (kira-kira seminggu atau beberapa hari sebelumnya), hampir 80% wanita akan menghadapi PMS.

Antara yang dialami adalah emosi yang tidak stabil, berpeluh, muka dinaiki jerawat, tertekan, keletihan yang ketara, insomnia, lebih banyak berdiam diri dan yang paling ketara ialah meningkatnya selera makan. Semua ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku mengikut fasa kitaran wanita.

PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama. Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan. Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

Kenapa saya memfokuskan tentang isu PMS dan senggugut ini? Biasanya wanita yang PMS dan senggugut dikatakan panas baran dan emosi. Benar. Ini kerana level serotonin yang meningkat. Tapi fokus utama saya ialah tentang cara menghadapi masalah ini. Sungguhpun berada dalam keadaan tertekan dan emosi, para wanita harus bijak untuk menanganinya. Bersenam adalah cara terbaik untuk mengadaptasikan perubahan yang berlaku ketika PMS dan senggugut. Dengan bersenam juga emosi dan panas baran dapat dikurangkan. Selain menjaga pemakanan, mengelakkan ambilan caffein yang tinggi dan mengambil bekalan vitamin, bersenamlah satu-satunya cara natural untuk mengurangkan rasa sakit ketika sedang menstruasi dan untuk mengawal emosi.

Bagi kaum lelaki pula, toleransi dan hemah cuba memahami sindrom yang dihadapi oleh wanita ini sangatlah dihargai. Ini sudah fitrah mereka. Janganlah pula ditegur-tegur jerawat sebutir yang naik di muka mereka. Memang akan makin melentinglah jawabnya. Cubalah menjadi suami, abang atau rakan yang memahami lebih-lebih lagi ketika mereka senggugut. Bak kata seorang pakar yang pernah saya bekerja dengannya di Hospital Temerloh, sakit ketika senggugut ibaratnya ketika bersiap sedia untuk bersalin.

Dengan itu saya membuat kesimpulan bukan senang hendak menjadi wanita. Dengan PMS dan senggugut ini sebenarnya menjadikan wanita unik dan kuat. Hanya yang bijak dan gagah dapat melaluinya dengan bijak dan gagah jua.

Nota: Dilema politik negara kita sedang menghadapi PMS agaknya. Boleh rujuk sini. Dengar hujah Encik Azwan dan kerabat-kerabatnya di sana. Hebat. Moga-moga dalam kitaran baru nanti, tiada senggugut melanda dan hasilnya selepas kitaran baru akan muncul seorang yang bijak dan gagah. Bukannya yang kurang pandai dan lemah. Oh. Sinikal juga ya saya ni. Hehehe. Ok. Mahu angkat kaki dulu. Nanti saya diserbu. *Masuk bawah selimut nak tidur dah. Dah habis study dah untuk hari ni* :)

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

84) Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me.

Tuesday, January 29, 2008

Selamat Malam Dari Moskva Yang Dingin

Assalamualaikum wbt

Saya ada seorang kawan. Dia sangat baik hati. Yang boleh dibawa berbicang. Yang boleh dipercayai. Yang sanggup bersengkang mata kerana seorang kawan. Yang sanggup mendengar celoteh susah senang. Yang dengannya sentiasa terasa penuh ilmu dan tidak kosong.

Dia kawan yang rasional dalam tindaknya. Juga biacaranya. Saya senang sebab dia jujur. Kalaupun dia sedikit keras, tapi saya boleh menerima sebabnya kenapa. Kalaupun dia melawak, saya suka sebab saya boleh ketawa. Bahasanya unik. Saya terima keunikan itu sebab saya terasa bertemu golongan bangsawan. Kawan saya itu memang baik orangnya. Semoga Allah panjangkan umurnya.

Kawan, awak orang yang baik-baik. Saya tahu awak layak mendapat jauh lebih baik daripada apa yang awak jangkakan. Terima kasih sebab awak mendengar soalan-soalan saya yang pelik. Sebab kata awak saya ini manusia yang pelik.

Malam ini Moskva bersuhu -5'C. Selamat malam dari Moskva yang dingin.


Nota: Internet masih rosak. Dan saya? Dan saya pula sudah malas hendak ambil pusing. Maaf masih tidak dapat melawat-lawat blog kawan-kawan semua. Undur diri dulu buat beberapa hari.

____________________________________________________________

Hari buat dia:

83) If you want a friend, be a friend.

Sunday, January 27, 2008

Memori Seorang Guru

Assalamualaikum wbt

Terasa hendak berkongsi kisah ketika baru tamat SPM. Ceritanya bermula setelah ayah memberitahu Kak Long dan saya bahawa Guru Besar sekolah rendah di kampung saya itu meminta jasa baik kami berdua mengajar kelas intensif Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar tahun 6 pada setiap hujung minggu.

Ketika itu, Kak Long baru saja tamat matrikulasinya dan sedang menunggu panggilan kemasukan ke universiti. Ketika hari pertama, kami berdua berjalan kaki saja meredah jalan pintas menuju ke sekolah yang hanya terletak bersebelahan dengan rumah (kira-kira 200m dari rumah). Sebaik sampai, saya masih ingat, kerani di pejabat memanggil kami dengan gelaran Anak-anak Encik Shukor. Mungkin dia sendiri keliru mana satu Fatimah, yang mana satu Sarah. Sebetulnya, orang kampung saya yang tidak dapat membezakan kami hanya akan memanggil kami dengan gelaran Siti saja. Sudah cukup bagus jika ada yang tahu yang mana satu Kak Long, yang mana satu Kak Ngah.

Saya sebenarnya hendak mengajar Matematik tetapi Guru Besar menyuruh saya mengajar Bahasa Inggeris dan Kak Long pula mengajar Matematik. Ada dua kelas tahun 6. Jadi saya dan Kak Long akan bergilir. Jika pada waktu pertama saya mengajar Kelas A, Kak Long akan mengajar di Kelas B dan kemudian kami akan bertukar kelas.

Saya sangat kasihan dengan keadaan anak-anak kampung itu. Pendedahan mereka terhadap Bahasa Inggeris sangat kurang dan terbatas. Dalam salah satu sesi bersama mereka, saya masih ingat saya terpaksa mengulang ajar asas Bahasa Inggeris yang termudah. Sedih saya mengenangkan itu. Dan terasa sangat bersyukur kami adik beradik berada dalam keadaan yang jauh lebih baik kerana bersekolah di tempat lain, bukan di kampung.

Apa yang paling tidak boleh saya lupakan ialah di saat beberapa orang pelajar yang nampak macho dan matang bertanya: Ni nak panggil Cik Sarah ke Teacher? Amboi. Sangat berani budak-budak zaman sekarang ye. Saya garang ketika itu. Tapi Kak Long jauh lebih garang. Atas faktor itu, kami dihormati oleh mereka semua dan ada juga yang takutkan kami atas ketegasan kami itu.

Saya masih ingat 3 orang daripada mereka semua. Adib dan pasangan kembar Hasan dan Husin. Adib ini berkawan dengan adik-adik saya. Rumahnya di tepi bukit rumah saya. Sebelum menjadi cikgu intensif di sekolahnya lagi, saya sudah mengenali Adib. Hasan dan Husin pula adalah 2 orang murid yang menyerlah di dalam kelas. Bukan kerana kebijakannya tetapi kerana kenakalannya. Saya kadang-kadang sampai mati kutu apa hendak dibuat pada mereka berdua. Lebih-lebih lagi Hasan. Adiknya Husin kurang agresif berbanding Hasan. Tetapi kini hanya Husin yang tinggal. Hasan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya kira-kira 2 tahun yang lalu. Menurut adik-adik saya, kini Husin sudah tidak senakal dulu dan lebih sopan tingkahnya.

Saya dan Kak Long mengajar di sana kira-kira 2 bulan saja. Pada hari terakhir kelas, saya mendapat hadiah daripada murid-murid saya. Hadiahnya standard anak-anak kampung saja. Saya mendapat buka nota kecil, beberapa batang pen dan sebuah penanda buku yang dibuat daripada kad manila dan benang panas yang terukir 'Teacher Sarah'. Saya sangat terharu. Kerana saya disayangi mereka rupanya.

Saya menamatkan khidmat saya di situ setelah mendapat tawaran ke (matrikulasi) Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Kak Long pula mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya tidak lama di PASUM. 2 bulan setengah saja kerana selepas itu saya mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Dalam tempoh 2 bulan lebih itu, saya agak kerap pulang ke rumah. Selang dua minggu, saya mesti akan pulang. Saya menaiki bas ekspres kerana jarak Temerloh-Kuala Lumpur hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam saja. Pada suatu hari, sebaik turun dari bas apabila tiba di rumah (bas harian Syarikat Tanjung Keramat yang melalui Jalan Triang), Adib sedang berada di pondok bas di bawah bukit rumah. Dia duduk di atas basikalnya pada waktu itu. Sebaik ternampakkan saya yang hendak melintas jalan, saya sudah mendengar Adib memberi salam sambil tersengih-sengih kepada saya dengan ucapan: Eh, Teacher. Assalamualaikum Teacher.

Saya menjawab salam. Sebaik sampai berhampiran Adib sebelum saya mendaki naik bukit rumah saya, saya katakan padanya: Panggil Kak Ngah semula pun OK je, Adib. Adib membalas semula: Panggil Teacher lagi best lah. Saya tersenyum saja. Sepanjang perbualan pendek itu, saya melihat Adib menarik-narik hujung seluar tiga sukunya yang menampakkan sedikit lutut. Dia malu pada saya agaknya kerana ketika mengajarnya dulu, saya pernah mengingatkan, dalam menuntut ilmu, Allah jangan kita lupa. Solat kena jaga, aurat kena jaga kalau mahu ilmu kita berkat. Saya tersenyum saja sebelum berlalu. Saya tahu saya tidak perlu menegur lagi kerana reaksinya saja sudah memberitahu bahawa dia sedar akan salahnya itu. Sehingga ke hari ini, Adib kadang-kala berkunjung ke rumah saya kerana dia berkawan dengan adik-adik lelaki saya. Sudah anak teruna dia kini.

Apabila keputusan UPSR tahun itu keluar (2003), saya sudahpun berada di sini. Melalui Sufyan adik saudara saya, saya mendapat tahu bahawa Adib mendapat 4A 1B. Alhamdulillah. B-nya bukan Bahasa Inggeris sebaliknya adalah Sains. Apa-apapun, saya mengucapkan tahniah melalui adik saudara saya saja.

Kini telah 5 tahun berlalu. Kesemua bekas anak murid saya dahulu kini berada dalam tingkatan 5. SPM pula yang menanti mereka. Buat kesemua bekas pelajar tahun 6A dan 6B Sekolah Kebangsaan Lebak, Temerloh sesi 2003, Teacher Sarah ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam SPM pada tahun ini dan juga kehidupan masing-masing. Juga Al-Fatihah buat arwah Hasan.

Kini, saya bukan lagi seorang guru. Saya beralih arah. Jika ada rezeki, satu hari nanti mereka semua akan memanggil saya Dr. Sarah pula, insya Allah. Bagi Kak Long pula, dari seorang lulusan Kimia Tulen, dia kini sedang memenuhi hasratnya untuk menjadi seorang guru. Saya kira, pengalaman pertama kami mengajar di sekolah itu benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya sungguhpun ketika itu, kami berdua mengajar tanpa mendapat sebarang upah. Semoga niat kami berdua membantu anak-anak kampung itu diterima Allah sebagai amal jariah. Walau siapapun saya kini, saya harap mereka semua masih mengingati saya sebagai Teacher Sarah.

Nota: Saya terkenangkan seorang guru Bahasa Inggeris yang paling terkesan dalam hidup saya; Puan Hasanah. Puan Hasanah merupakan seorang sukarelawan yang datang mengajar kelas tambahan Bahasa Inggeris ketika saya sekolah rendah. Saya ada berjumpa dengannya 2 tahun yang lalu ketika membuat praktikal elektif di Hospital Temerloh. Ketika itu, saya bertugas di Bahagian Kecemasan bersama Dr. Min Tyen. Puan Hasanah datang sebagai pesakit luar dan kebetulan bertemu Dr. Min Tyen untuk mendapatkan konsultasinya. Dia terkejut mengetahui saya kini sedang mengikuti kursus perubatan dan terharu kerana saya masih mengingatinya sungguhpun sudah 10 tidak berjumpa. Dua hari berikutnya selepas tamat sesi di hospital, saya terserempak sekali lagi dengannya di sebuah kedai makan. Dan kali ini, Puan Hasanah memeluk erat saya. Dan membekalkan saya sebungkus karipap untuk dibawa pulang.

Saturday, January 26, 2008

Cuti-cuti Moscow ii

Assalamualaikum wbt

Kali ini, saya ingin menyambung kisah Cuti-cuti Moscow saya bersama Cik Wanie. Pada hari Ahad lalu, selepas Asar, saya dan Wanie bertolak menuju ke Metro Mayakovskaya. Kami ke sana dengan hajat untuk ke Restoran Pizza Hut bagi mengisi perut. Hajat lain, inilah hadiah saya untuk diri sendiri sempena ulangtahun kali ini. Tapi lain pula jadinya sebaik tiba di sana. Pizza Hut yang biasa saya kunjungi dulu sudah tiada lagi di sana. Sebaliknya, sudah diganti oleh sebuah Restoran Pizzerissimo, juga sebuah restoran berteraskan pizza tetapi lebih berkelas dan pastinya lebih mahal daripada Pizza Hut. Kami mengambil keputusan untuk membelanja diri masing-masing di situ saja. Sudah malas hendak ke stesyen lain untuk mencari Pizza Hut (sebenarnya satu stesyen selepas steyen itu saja).

Bersebelahan dengan restoran tersebut, terdapat sebuah Concert Hall yang digunakan untuk pertunjukan teater dan tarian. Yang pastinya, Concert Hall ini kebiasaannya hanya dilawati oleh golongan atasan kerana kelasnya yang lebih tinggi berbanding dewan teater lain. Dari luarnya saja sudah boleh dilihat lampu bergemerlapan dan karpet merah untuk masuk ke tangga utama.

Kami memesan makanan. Saya memilih Spagetti Ocean and Mountain (berasaskan makanan laut dan cendawan), sebiji pizza tuna saiz kecil dan air Strawberry Syrup Chocolate. Wanie pula memesan Fish Fillet with Baked Potato Puree and Mushroom Souce, sebiji pizza mozarella saiz kecil dan air Vanilla Ice Cream. Ya. Inilah menu kami pada hari itu. Memang banyak. Makanan tiba sedang elok ketika waktu Maghrib pun masuk. Jadi saya pun terus berbuka.

Makanannya sangat sedap. Betul-betul menepati citarsa lidah kami yang Melayu Jati Temerloh dan Melayu Jawa ini. Untuk pengetahuan semua, bila hidup di perantauan ini, salah satu masalahnya adalah untuk menyesuaikan lidah kita dengan citarasa tempatan. Tapi Alhamdulillah, di restoren itu, segalanya sempurna. Saya masih terbayang-bayang hirisan dan serbuk keju halus di permukaan spagetti saya yang mencair sebaik digaulkan dengan kuah sup cendawan berudang yang panas itu. Orang Itali kata: Perfecto! Malangnya, saya hanya dapat menghabiskan separuh saja daripadanya kerana saya mengalami gastrik dengan tiba-tiba. Sebetulnya perut saya telah mula pedih sejak jam 11 pagi tapi saya tetap mahu menghabiskan puasa pada hari itu. Nasib baik Wanie membawa ubat gastrik yang saya bekalkan padanya. Pizza saya hanya jamah sepotong saja dan selebihnya dibungkus pulang.

Lain pula bagi Wanie. Dia berjaya menghabiskan makanannya tetapi 2 potong pizza tetap terpaksa dibungkus pulang saja. Sebelum melangkah keluar, restoran itu mula dipenuhi oleh pengunjung yang baru sudah menonton persembahan di Concert Hall bersebelahan. Semuanya ala-ala Mak Datin. Yang lebih mencuit hati, kami memasang telinga mendengar perbualan beberapa orang pelanggan yang mengagak-agak kadar kalori yang terkandung dalam makanan yang hendak ditempah. Dan mereka membandingkan dengan berat makanan tersebut. Contohnya Cheesy Beef Steak seberat 90 gram satu hidangan. Aduh. Kami berdua ni. Tak sempat dah nak fikirkan kadar kalori semua ni. Nak makan, makan saja. Jangan fikir dah. Hairan betul saya dengan orang yang terlalu menjaga kelansingan badan ini. Hilang satu nikmat. Nikmat menghadap makanan dengan gembiranya!

Dari situ, kami menaiki metro menuju ke stesyen Teatralnaya. Di situ terdapat pertukaran untuk 3 buah stesyen sebenarnya. Ke laluan Merah (Stesyen Okhodny Ryad), ke laluan Biru Tua (Stesyen Plosyad Revolutsy) dan ke laluan Hijau Tua (Stesyen Teatralnaya). Tapi kami tidak membuat sebarang pertukaran. Sebaliknya kami keluar menuju ke arah Kremlin. Ketiga-tiga stesyen tersebut letaknya di tengah-tengah Moscow City, berhampiran dengan The Red Square. Dari situ, kami berjalan kaki menuju ke dataran di hadapan Kremlin. Kebetulan, tempat meluncur ais awam telah mula beroperasi dan suasana sangat meriah pada hari itu. Waktu itu, jam baru menunjukkan sekitar 5.40 petang. Kami berjalan-jalan di sekitar The St. Basil dan sempat bercanda-ria dalam suhu 3 di bawah takat beku. Salji juga sedang turun pada waktu itu tapi tidak sesejuk mana. -3'C masih dikira boleh tahan saja buat kami.

Dalam perjalanan menuju ke metro semula, kami melalui Moscow Historical Museum. Pada hari tersebut, sedang berlangsung sebuah pameran Emas Ketuhanan Seantero Dunia. Sebenarnya tadi kami telahpun melintasi muzium ini tapi tidak berhajat untuk masuk. Tapi setelah lalu buat kali kedua, hati saya dipanggil-panggil untuk menyaksikan pameran tersebut kerana terpujuk dengan kelembutan ayat: Dear Moscow and Guests of Our City yang disebut oleh narator yang membacakan kronologi aktiviti di muzium tersebut. Setelah dua kali mendengarkannya, kami berdua ke kaunter tiket dan menunjukkan pas pelajar kami untuk mendapatkan harga pelajar. Murah saja.

Ketika menyaksikan pameran emas itu, saya kira, kami berdualah pengunjung termuda di dalam dewan pameran tersebut dan kami berdua jugalah yang riuh berceloteh kerana teruja dengan barangan emas sama ada milik agama Kristian, Islam, Buddha dan beberapa agama yang lain. Juga peralatan perang milik anak-anak raja (saya terbayangkan Putera Raja dalam cerita Cinderalla berperang menggunakan perisai emas yang dipamerkan. Hehe), pinggan mangkuk bersadur emas (dalam Islam, ini adalah haram ye :) ), hiasan di dalam rumah para bangsawan, baju-baju bersadur emas, bekas memungut cukai di zaman dahulu yang bersadur emas dan yang lebih dahsyat, saya baru saja mengetahui bahawa ketika sukan Olimpik pada tahun 1980 (atau 1960) yang berlangsung di Moscow, pingat emasnya juga disadur dengan emas tulen dan ia dipamerkan dalam koleksi Emas Seantero Dunia ini juga! Kaya sungguh Rusia pada waktu itu sehingga boleh menyediakan pingat emas tulen ya. Terkejut saya.

Selepas itu, kami menuju ke galeri muzium yang utama. Kisah sejarah manusia yang didahului dengan Teori Darwin yang kemudian disangkal dengan fakta saintifik pensenyawaan sperma dan ovum, bukannya melalui evolusi kaum ungka kepada manusia (Dalam Islam {rujuk Surah Al-Insan}, kita mempercayai manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam. Memang kita terbentuk hasil pensenyawaan yang kemudian terbentuklah seketul darah yang lalu menjadi daging dan tulang belulang, tetapi bapa kita Adam adalah manusia pertama yang Allah ciptakan daripada tanah syurga dan ibu kita Hawa daripada rusuknya). Kami menyusuri perkembangan zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan sehinggalah ke zaman pasca modenisasi dan seterusnya Rusia yang moden. Kenapa mereka amat menitikberatkan pengetahuan sejarah ini? Sebenarnya Rusia dan Tanah Siberianya yang melunjur sehingga ke Timur Uzbekistan merupakan antara pusat awal berkembangnya zaman Paleolitik. Di dalam muzium tersebut, ada dipamerkan rangka tulen dua orang dari zaman Paleolitik yang mana ketinggiannya adalah sekali ganda lagi daripada manusia zaman sekarang. Bagi orang bersaiz kecil macam saya, tinggi mereka adalah 3 kali ganda ketinggian saya! Saya terbelek-belek rangka-rangka tersebut sehingga apabila balik ke rumah, saya masih mengingati raut dua rangka tersebut!

Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri terdahulu, Bahasa Rusia ini sudah sangat tua usianya. Telah muncul sejak penghujung era Neolitik lagi. Banyak lagi fakta berkisar tentang pembangunan Rusia dan Ukrain (spesifiknya di Kota Kiev) yang diceritakan di dalam muzium tersebut tetap saya dan Wanie sudah pening kepala berlegar-legar terlalu lama di dalam muzium tersebut. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk pulang.

Kami terlupa untuk membeli pelekat kebenaran membawa kamera. Jadinya tiada gambar di dalam muzium. Hanya pemandangan dari luar sajalah yang ada.

Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR KE-21 buat CIK WANIE kita. Semoga hidup Wanie sentiasa dalam redha-Nya di dunia dan akhirat (26 Januari, Sabtu).

Nota 1: Maaf. Entri terlalu panjang. Tak reti nak dipendekkan macam mana. Maaf kalau ada yang jemu.

Nota 2: Internet masih rosak dan saya sudah mula terbiasa hidup tanpa internet. Lagipun, kelas akan bermula kurang 2 minggu dari sekarang. Jadi, maaflah saya tidak sempat melawat-lawat blog rakan-rakan. Saya sudah mula memfokuskan diri dengan nota-nota. Saya macam tak percaya telah menghabiskan hampir 6 jam menelaah pada siang tadi!

Nota 3: Welcome Home my dearest housemates! Dan semoga cepat sembuh Ayah!

Friday, January 25, 2008

The Dying Soul

Assalamualaikum wbt

I've been browsing my Neurology notes a few times since I started the holiday. It seems that I am so much into this subject. But I mind you to think otherwise. I didn't really enjoy Neurology but I admitted that while having this cycle during my 4th year of study, it keeps haunting me like a curse where I ever did wrong in my previous life.

Why do I hate Neurology? Oh. Sorry. I do not hate it but speaking on this matter, I will tell you that I am actually regretting the consequences faced by the patients. I think hard on how could people bear such diseases where they have not been alarmed before? Do you know how do neurologic diseases progress? They progress slowly. The sick body will slowly weaken. And the patients anyhow have to accept it by fate.

The intolerable part of it is when it comes to the degenerative type of diseases. The patients shrink in size. Melt in length. Disable as an invalid people do eventhough the souls are actually healthy and free but are prisoned inside the dying body. If it develops from the bottom, the right leg for instance, then it will progress to the left, raises up to the waist, chest and finally only the eyes that still can blink and the tongue that still can move.

They become fully dependent on others. Even other people have to wipe their behind and help them to urinate. Even worse if they pee on others as they can't control the urgency anymore. Have we ever imagined to put up ourselves in theirs? How would it be, I mean the feeling, if we have to depend on other people to do our private stuffs? How would it be if we actually have a lot to tell but since the vocal cord doesn't functoining good anymore, so we just have to keep them to ourselves? And if we are lucky, maybe our fingers are still working to let us jot down what do we feel on papers. The feeling of detachment is wrapping the patients, I reckon. Detachment from the world that left behind, detachment from the people who used to be with before.

So, what is the most important thing to them? Love is the answer, I bet. Love from the family members that endlessly support them throughout the suffer and love from the people around them who are not supposed to leave them because they are sick and dying. If they still can befriend them, support them and take care of them even to the little stuffs like helping them to wipe their running nose or the flutter foods out of their mouth when they choke while eating, this is what we call unconditional love. Money can't provide you happiness and contentment but love does and empowers you more than that.

Sorry for dragging you all reading such a medical based entry. I'm writing this because I apparently miss my patient who last time I met him, he was still on his own in everything but his steps were weak and the way he held my hands during the check up was weak too. I wonder how has he been at the moment. Anyway, he's suffering from Spinocerebellar Atrophy. Just like Aya in the movie One Litre Of Tears had.

I thank Allah if he is still alive and surviving right now. And I thank Allah too if he already passed away for not delaying the suffer that he faced while on the earth.

Note 1: I know I am not going to be a Neurologist after all. If I really have to choose, it would be the last on my list. I am still wanting to be a Cardiothoraxic Surgeon, insya Allah. But my Aunties are against me for some reasons...

Note 2: I've been working on a project barely 2 months. But what I've got in return???

Note 3: Internet still not working at my place!!!

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

82) Saya terjumpa nota kecil lama di dalam buku saya yang tertulis dengan ayat ringkas ini: Jangan membazir, yang disertai dengan sedikit kiraan Matematik yang saya tidak ingat lagi untuk apa tujuannya dan nombor telefon seseorang yang saya tidak pasti milik siapa.

Wednesday, January 23, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum wbt

Sudah tiga hari jadual saya sangat padat. Keluar awal dari rumah dan sekitar jam 9 malam baru tiba semula ke bilik. Hendak dijadikan cerita, semalam saya ke Kompleks Membeli-belah Ikea-Mega-Ashan lagi sekali. Tapi kali ini saya hanya ke Mega dan Ashan saja. Satu Mega saya kelilingi semalam semata-mata untuk mencari hadiah untuk seorang kawan dan juga meninjau-ninjau koleksi jaket untuk musim bunga yang akan tiba di hujung bulan Mac nanti. Tapi sudahnya, tiada satupun yang saya beli melainkan hadiah untuk kawan saya sahaja.

Disebabkan terlalu penat, saya dan Wanie mengambil keputusan untuk makan di medan selera yang bersebelahan dengan tempat ice skating. Tapi, sudahnya sekali lagi kami tidak makan sesuatu yang beratpun kerana tiada yang memenuhi citarasa. Tambahan pula, di rumah masih ada lebihan lauk sambal udang dan ikan salmon masak asam pedas hari semalam. Lagi puas jika makan nasi di rumah saja. Jadinya, kami hanya membeli koktail susu buah dan pai buah saja.

Ketika duduk makan di sebuah meja sambil berbual-bual, kami didatangi oleh dua orang remaja perempuan. Sekitar usia kami saja. Atau mungkin lebih muda. Mereka tersenyum-senyum dan bertanyakan sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami dan sengau bahasanya. Tambah mengejutkan, mereka mengambil kerusi daripada meja berhampiran dan duduk bersama kami di meja kami. Kami pada mulanya tidaklah terlalu terkejut kerana barangkali ada sesuatu yang hendak ditanyakan. Tapi hati saya yakin mengatakan bahawa mereka ini sekadar hendak mengacau kami.

Sebaik mereka duduk, mereka bertanya lagi dalam bahasa yang tidak difahami dan dibuat-buat kesengauannya itu. Saya lalu berkata (dalam Bahasa Rusia): Mi ne panimaem (Kami tak faham). Mereka meneruskan juga aksi itu dengan tersengih-sengih. Saya bertambah yakin mereka ini hanya hendak mempermainkan kami. Lalu saya dengan sopannya bertanya: Do you speak English? Dan dengan laju mereka serentak menjawab: No. Kemudian mereka gelak besar.

Terus, mereka bangun dan lari meninggalkan saya dan Wanie. Kami berpandangan. Dan terpacullah soalan ini yang saya ajukan kepada Wanie: Kalau kita ni British, diorang kacau kita macam ni tak?

Sebenarnya, saya geram dengan budaya orang tempatan di sini yang tidak sukakan atau kurang terbuka dengan bahasa luar yang mereka dengari. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris. Walaupun mereka semua wajib mempelajari bahasa ini di sekolah, namun tidak semua boleh memahami patah lagi bertutur dengan baik menggunakan bahasa antarabangsa ini. Pendek cerita, mereka begitu berbangga dengan bahasa ibunda mereka. Ketika saya melawati Historical Museum di Kremlin pada hari Ahad lalu, saya baru saja mengetahui bahawa usia Bahasa Rusia sudah sangat tua. Bahasa ini sudah mula wujud sejak di penghujung zaman Neolitik yang mana pada waktu itu, abjad-abjad yang digunakan adalah alfabit Rusia Kuno. Dalam alfabit terkini, tidak banyak pembaharuan dilakukan. Cuma belitan dan lingkarannya semakin kurang (Sungguh! Alfabit kuno sangat berbelit-belit!). Mungkin atas faktor inilah, dasar bahasa mereka masih sangat kukuh mendaulatkan bahasa ibunda mereka ini.

Begitu juga dengan sifat keterbukaan mereka dengan bangsa luar. Saya rasa adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka ini agak kasar dengan bangsa luar lebih-lebih lagi warga Asia Tenggara yang kecil-molek berkulit sawo matang dan juga bangsa berkulit gelap. Tapi sekiranya bangsa asing itu adalah mereka yang berkulit putih, berhidung mancung, bermata kelabu, layanan mereka sama saja. Mungkin bagi mereka, itu adalah bangsa serumpun mereka.

Rusia ini sebuah negara yang perasan bagus sebenarnya. Eropah tidak mengaku mereka 100% berbenuakan tanah Eropah tapi Rusia ini masih hendak mendakwa mereka sebahagian daripadanya. Sedangkan Rusia ini hampir 80% daripada keluasan tanahnya berpetakan tanah Asia. Sehinggalah Liga Dunia hendak menjaga hati mereka (atas faktor ekonomi, kekuatan teknologi dan monopoli suara dunia) lalu mengelaskan mereka sebagai Eropah Timur (The Eastern Erope). Itupun kerana kewujudan St. Petersburg (sebuah bandar moden paling barat dalam geografi Rusia) yang dilihat sebagai pintu masik ke Eropah melalui jalan tanah. Ia digelar sebagai The Gate of Europe.

Perasan sungguh Rusia ini, kan? Kesimpulannya, bahasa itu jiwa bangsa. Dengan bahasa kita dihormati. Dengan bahasa juga kita dikeji. Saya sesopannya menggunakan perkataan DO ketika bertanya sama ada mereka boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris ataupun tidak. Saya masih mentatasusilakan bahasa saya walaupun dalam keadaan geram dengan tidak menggunakan perkataan CAN yang dalam peradaban bahasa akan membawa makna kita memerli seandainya mereka tidak boleh berbicara dalam bahasa itu. Nasib baik bukan semua warga Rusia bersifat kurang ajar seperti dua remaja perempuan itu tadi. Jika tidak, saya pun tidak tahu macam mana saya boleh bersabar selama 5 tahun bermastautin di sini. Sebenarnya, ada banyak lagi pengalaman saya berhadapan dengan bangsa keras kepala dan jenis tidak mahu kalah ini. Tapi cukup dulu untuk kali ini.

Ya. Inilah Rusia. Ya. Bahasa itu jiwa bangsa. Maka saya menutup pena saya untuk kali ini.

Nota 1: Peribahasa Inggeris ada mengatakan, 'When in Rome, do as the Romans do'. Tapi saya nasihatkan, 'When in Russia, do not do as the Russians do'. *senyum*

Nota 2: Internet saya masih belum OK!!!!

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

81) A rotten apple spoils the barrel - A dishonest or immoral person can have a bad influence on a group. Moral: Jagalah air muka agama, bangsa dan negara kita.

Monday, January 21, 2008

Hari Tag Sedunia

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya terasa terlebih masa sekarang ini. Jadi saya bermurah hati untuk melangsaikan hutang-piutang dengan beberapa orang rakan blogger. Pertamanya daripada Auntie Combi. Untuk meletakkan gambar desktop saya. Jadi, inilah dia. Saya tidak sukakan sesuatu yang serabut. Saya suka sesuatu yang plain and simple. Tiada apa-apa rahsia pun di sini ye Auntie :)


Hutang kedua adalah daripada Thirah. Tak pasal-pasal, di awal tahun 2008 lagi saya sudah ditag (yang peliknya bukan Ryn yang mengetag dulu).

[One]
Who was your last text from?

WaHi. Huhu. Dia kata dia di ofis hari ni. Tu je.

[Two]
Where was your default picture taken?

Kat Kremlin. Waktu keluar jalan-jalan sorang-sorang 2 bulan lepas.

[Three]
What's your FULL name?

Siti Sarah Binti Mohd Shukor. Tak penah hayat ada orang panggil nama penuh ni untuk kegunaan harian :p

[Four]
Your current status?

Bujang lagi. Future status: Akan kahwin satu hari nanti :p

[Five]
What is your current mood?

Lapar. Hari ni saya puasa sunat Isnin. Saya puasa dari hari Khamis lepas. Dah 5 hari dah non-stop. Macam bulan Ramadhan je rasanya.

[Six]
How old are you?

Si masam 23 (bak kata Hidayah, adik saudara saya)

[Seven]
If you could go back in time and change something, would you?

Takde apa-apa kot. Allah always knows best to put things in proper place. Jadinya, syukur ajelah.

[Eight]
What's your favorite color(s)?

Ungu. Tapi barang-barang saya banyak warna coklat cair. Layan je.

[Nine]
Ever had a near death experience?

Penah! 1 Mei 1993. Boleh baca kat entry ni.

[Ten]
Something you do a lot?

Waktu tak cuti, study sampai 9 jam duduk di kerusi dalam bilik. Waktu cuti macam ni, internet jelah.

[Eleven]
Who can you tell ANYTHING to?

Myself. Simpan sendiri je.

[Twelve]
Name someone with the same birthday as you.

Cikgu Jamaliah. Bekas guru bahas saya di KISAS dulu. Waktu birthday kami hari tu, saya mesej cikgu dan cikgu balas macam ni: Selamat hari lahir wahai puteri. Saya sayang kamu macam anak sendiri dah Sarah. Jaga diri baik-baik. Moga Allah panjangkan umur kita untuk jumpa lagi tahun ni. Cikgu Jam, saya sayang cikgu jugak!

[Thirteen]
If you could have one super power what would it be?

Boleh terbang balik Malaysia ikut suka hati.

[Fourteen ]
What's the first thing you notice about the opposite sex?

Jari tangan. Saya suka tengok jari yang runcing dan kemas. Hahahaha. Dan juga suara. Kalau auuww gitu, saya cabut! (ada kenangan pahit la lebih kurang. Ahaks)

[Fifteen]
Favorite season?

Musim durian. Huhuhu. Durian Jerantut sangat heaven gitu!

[Sixteen]
Do you still watch kiddy movies or tv shows?

Tak. Saya sangat jarang tengok TV.

[Seventeen]
What are you eating or drinking at the moment?

Saya puasa la Aci. Sat lagi berbuka nak masak asam pedas ikan je kot.

[Eighteen]
What language do you speak?

Bahasa Melayu, Inggeris, Arab (still improving), Russian (still improving) dan Bahasa Temerloh terchenta.

[Nineteen]
Describe your life in one word.

Blissful... Alhamdulillah :)

[Twenty]
Do you have any tattoos?

Saya budak baik yang hidup beragama :) Jawapan soalan, fikir sendiri.

[Twenty-one]
Who was the last person you hung out with?

Dengan Wanie petang semalam. Pergi ke Pizzerissimo. A birthday treat makan tak hengat kat sana. Lepas tu pergi ke Kremlin dan masuk Historical Museum tengok pameran emas dari seantero dunia. Nanti saya cerita ye.

[Twenty-two]
What are you thinking about right now?

Apakah caranya untuk membetulkan internet di rumah saya yang tak elok-elok lagi. Saya mati kutu bila takde internet. Dan apakah caranya untuk buat saya yakin diri, yakin hati. Banyaknya ganguan luar ni.

[Twenty-three]
What should you be doing?

Pergi pasar beli ikan untuk masak.

[Twenty-four]
Who was the last person that made you upset?

Abang-abang stream.ru yang tak aktifkan lagi internet rumah saya ni. Tukar ISP lain nanti, baru tau.

[Twenty-five]
What are you listening to?

Matta Band - Tak Bertepi (lagu ni ada dalam playlist saya sebab saya ambil daripada blog Ryn. Takde apa-apa signifikan pun lagu ni. Cuma best aje. Tak tahu pun takpe. Takde faedah sangat pun lagu ni.)

[Twenty-six]
Do you like working in the yard?

Suka! Kalau di Malaysia la. Saya akan cakar-cakar sampah dan lepas tu belek-belek bunga. Bunga pagar tepi rumah tu saya yang tanam waktu kecik-kecik dulu. Kan mak kan?

[Twenty-seven]
Who is with you?

Wanie dan Shahida (kat bilik Sha ni).

[Twenty- eight]
Do you act different around the person you like?

Entahlah. Ye kot. Tak jumpa lagi :p

[Twenty- nine]
What is your natural hair color?

Perlu ke tau? Huhuhu.

[Thirty]
Last time you were really happy?

Just now!!! Suka~


Ok. Hutang sudah selesai. Sekarang saya nak balik ke bilik nak berbuka dan lepas tu nak pergi pasar. Dan dengan rasminya, saya hendak mengetag:

Mimie Azrin, Adnan (adik saya), Salman (Abang yang tua 4 hari dari saya), Zuhdi Najib (aka Rain -fuh, perasan jugak kamu ni yek-adik saya yang lain emak, lain ayah) dan Farah (bakal adik ipar saya. Hehe). Sila buat dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, January 20, 2008

Entry Terima Kasih Hari Ahad

Assalamualaikum wbt

Ini entry tanda penghargaan. Buat semua yang mengingati hari lahir saya semalam. Atas ucapan-ucapan yang saya terima melalui panggilan telefon, SMS, pesanan di YM, komen di entry lalu, testi di Friendster, mesej di Facebook, entry istimewa daripada beberapa kenalan, gambar yang disusun atur sebagai ucapan dan ucapan langsung dari teman-teman di sini. Terima kasih tidak terhingga.

Alkisahnya, sepanjang siang semalam (Sabtu), internet di rumah kami tidak berfungsi. Kebetulan sehari sebelum itu, saya dan Wanie ke pejabat Stream.ru (internet privoder yang kami gunakan) untuk mendapatkan semula username dan password kami yang telah hilang. Bila terjaga dari tidur pagi semalam, internet sudah tidak boleh digunakan. Mungkin auto reset dari sana. Lagi 3 hari baru saya boleh online semula. Sedihnya!

Tiada kek istimewa kali ini. Saya yang mahukan begitu sungguhpun Wanie berkeras mahu membelinya. Saya hanya teringin makan cheese cupcake dan briosh coklat yang dibeli di kedai roti Perancis berdekatan rumah. Terasa sedikit istimewa hanya apabila Faisal menyanyikan lagu Happy Birthday buat saya. Sambil makan kek itu, saya dan Wanie menonton sebuah filem lama, The Truman Show.

(Melihat jam)

Malam semalam, saya hanya tidur selepas selesai solat Subuh. Sangat teruk kan. Sudah jadi burung hantu pula saya. Di tengah malam itu, saya online bersama adik-adik saya menggunakan YM (Sorry! Saya invi pada yang lain pada waktu itu :p ). Seronok mendengar keriuhan rumah di pagi Sabtu. Emak goreng nugget saja tapi riuhnya mereka waktu sarapan itu seperti sedang kenduri! Semuanya berebut-rebut mahu mengucapkan selamat hari lahir. Semuanya ada di rumah kecuali saya.

(Melihat jam)

Saya berpuasa semalam dan Wanie bermurah hati memasakkan juadah berbuka. Nasi goreng ayam saja. Tapi sudah cukup baik kerana pada hari Jumaat, saya berbuka di luar hanya dengan sepotong pizza.

(Melihat jam)

Disebabkan terlalu terdesak untuk menggunakan internet, saya ke bilik kawan. Sekadar menjenguk blog sebentar. Itu saja. Kemudian berbincang tentang pelbagai isu dengannya.

(Melihat jam)

Selepas solat Maghrib dan berbuka, saya dan Wanie yang terlalu jemu. Lalu kami sebulat suara bersetuju untuk menonton kartun, Cinderella 3. Sangat takde kerja, kan? Habis saja kartun, kami mengantuk. Terlalu jemu. Sedih! Sebelum tidur, saya melihat jam dan kami bertaruh. Jeng jeng jeng. 10 minit terakhir. 5 minit terakhir. 3 minit terakhir. Dan akhirnya 19 haribulan berlalu sudah di Malaysia dan digantikan dengan hari baru. Di sini tepat jam 7 petang. Pada mulanya saya diam. Tapi lepas itu kami dua-dua ketawa. Ok. Tak mahu cerita panjang. Kamu semua tekalah sendiri apa yang saya repekkan itu. Hehe.

Terjaga dari tidur pada jam 10.30 malam. Kami keluar ke kedai untuk membayar bil telefon (yang sebenarnya tidak tertunggak pun) di mesin top up. Berlari-lari kami kerana sudah jam 11.40 malam pada waktu itu dan pak guard hanya memberi masa 5 minit saja untuk keluar dari pintu utama bangunan ini (itupun setelah saya membuat muka kasihan padanya. Huh. Skema betul pak guard itu). Tiba di rumah, hari baru sudah hampir menjelma. Dan ya. Saya dan Wanie telah menang dalam pertaruhan kami!

Saya ada sesuatu ingin dikongsikan. Ini adalah hasil kreatif Uncle KS yang pakar dalam bermain nombor. Saya ambil ini dari blog Pakcik Sabtu. Tanpa pengetahuan saya, ada juga yang mengkaji tarikh lahir saya ya. Terima kasih.

190108 jika di campurkan 1+9+0+1+0+8 = 19, 19 dicampurkan 1+9 = 10, 10 dicampurkan 1+0 = 1 (angka satu membawa maksud masih seorang yakni masih single (still available).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, dicampurkan 24+22(umur) = 46, 46 dicampurkan 4+6 = 10, 10 dicampurkan 1+0= 1 (dua kali kira masih satu, confirm single lagi).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, 24 dicampurkan 2+4 = 6 (mengikut firasat saya, tuan badan suka bakal pasangannya 6 tahun lebih tua dari umurnya, iaitu pemuda berumur 28 tahun, siapa gerangannya) (sekarang 29 lah sebab umur saya sekarang sudah 23).

Kira-kira ini sangat menarik. Memang saya sukakan nombor satu! Saya disahkan masih single sebanyak dua kali. Jadi maksudnya apa? Ok. Ada sesiapa umurnya 29? Huhuhu. Tapi saya rasa yang 6 tahun lagi tua ni sedikit kurang tepat la KS. Kasilah yang muda sikit kot ye pun :) Hihi.

Dan yang terakhir, terima kasih buat Cikgu Jawe dan Abang Khairil atas entry istimewa daripada mereka berdua. Dan gambar ini adalah hasil sentuhan Abang Khairil. Setiap tahun, pasti ada koleksi gambar daripadanya. Pandai mencuri ni ye. Huhu.

Terima kasih semua kerana mewarnai ulangtahun kelahiran saya yang ke-23 ini. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan redha-Nya.


Nota 1: Saya update ni dari rumah Dr. K, seorang junior di sini. Terima kasih Dr. K kasi KS dan Wanie guna kat sini!

Nota 2: Jangan salah faham dengan pertaruhan itu. Saya maksudkan dengan main agak-agak je.

Nota 3: Ini kali pertama saya menerima lebih daripada 100 ucapan hari lahir. Terima kasih semua! Terharu betul saya tahun ni.

Nota 4: Entry berikutnya akan lambat sedikit. Saya akan sedikit sibuk selepas ini :) Jaga diri ye kamu semua.

Saturday, January 19, 2008

Di Hari Sabtu Ini


Terima kasih emak ayah
Atas hadiah namaku Sarah
Segala urusanku menjadi mudah
Kau beri namaku beserta hikmah
Kepada keluarga membawa rahmah

Terima kasih emak ayah
Atas kasih yang limpah ruah
Didikan yang tak sudah-sudah
Dan sanggup bersusah payah
Demi ilmu dan sebuah kehidupan
Kudoakan kalian jannah sebagai ganjaran

Emak
Terima kasih atas susah payah melahirkan
Ayah
Terima kasih atas penat lelah membesarkan




Assalamualaikum wbt

Tepat jam 7 pm waktu Moscow semalam, saya berada di pasar pada waktu itu. Saya menerima panggilan telefon dari Malaysia. Puas mahu dicamkan suara itu. Sangat tidak jelas. Selepas seketika talian dihujung sana beralih kepada suara seorang wanita. Eh, emak rupanya! Kata emak, tadi tu ayah yang bercakap. Ayah batuk. Ayah tiada suara. Tapi mahu menelefon saya juga. Terharu.

Emak berkias. Katanya, sudah jam 12 am di Malaysia. Ya. Tepat. Emak lantas mengucapkan Selamat Hari Lahir buat saya. Kata emak, emak mewakili semua di rumah. Kata emak lagi: You are now 23. Dah besar dah. All the best in your study. All the best in your life. Lalu saya pohon mahu bercakap pula dengan ayah. Suara ayah sangat susah unuk didengari Saya sebak. Teruknya ayah batuk. Saya bertambah sebak. Kata emak, sejak dua hari lepas ayah batuk. Sekarang Temerloh agak sejuk. Suara saya tersekat-sekat apabila bercakap dengan ayah. Ulas butirnya pun sukar untuk difahami. Emak, ayah, Ngah sayangkan emak dan ayah. Terima kasih atas didikan selama 23 tahun ini. Saya sandar sebentar di tepi kedai kebab. Mengesat air mata kasih buat emak dan ayah.


"Wahai Tuhanku, kau kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"

"Wahai Tuhanku, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran, dan aku berlindung pada-Mu dari azab kubur. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau."


Saya sudah 23. Saya sudah semakin seasoned pada umur, tapi tidak pada jiwa :) Semoga saya semakin matang dalam menjalani kehidupan dan diberikan kekuatan untuk beribadah dengan sempurna. Amin :)

Nota: Terima kasih Faisal Ramli (my groupmate) yang menyanyikan lagu Happy Birthday secara solo buat saya tadi (tepat jam 12 am tadi) dan Shazwani Adnan yang menemani saya sepanjang cuti ini :)

_____________________________________________________________

Hari buat SAYA:

80) The real art of conversation is not only to say the right thing at the right place but to leave unsaid the wrong thing at the tempting moment.

Thursday, January 17, 2008

Memahami Fitrah Lelaki


Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini, banyak kali pula saya mendengar perbincangan rakan-rakan apa sebenarnya yang dinilai oleh seorang lelaki pada seorang perempuan. Kecantikannyakah yang diutamakan, kepandaiannyakah, atau figura fizikalkah yang menarik perhatian?

Ada seorang kawan pula mengatakan, jika untuk dijadikan isteri, biarlah pandai memasak. Kalau masih tidak lulus, perlu dihantar mengikuti kursus. Tapi emak saudara saya dulu pernah mengatakan bahawa seorang perempuan itu apabila telah bergelar isteri, dia dengan sendirinya akan mula belajar untuk lebih pandai memasak. Sebabnya, dia pasti hendak menyediakan makanan yang terbaik untuk keluarganya. Air tangan isteri, terkandung kasih sayang katanya.

Bagaimana pula pandangan luaran? Secara umum maksud saya. Adakah wajah nombor satu, diikuti potongan badannya, perwatakan dan seterusnya baru kebijaksanaan? Agamanya pula di mana? Akhlaknya pula bagaimana? Dan apa sebenarnya yang dilhat oleh orang lelaki apabila memandang seorang perempuan? Uh, bingung.

Selalu dikatakan, lelaki sukar untuk memahami perempuan. Emosi yang tidak menentulah, cemburu tidak bertempatlah dan lain-lain. Sedarkah mereka, fikiran lelaki juga adalah agak rumit untuk difahami. Kadang kala, mereka ini tidak dapat membaca apa yang seorang perempuan mahukan pula sedangkan sifir kehidupan Adam dan Hawa ini mudah sebenarnya jika persefahaman dijadikan asas. Serumit manapun untuk memahami seorang perempuan itu pada waktu-waktu tertentu, ada caranya untuk atau mengendalikan hati mereka.

Atau, adakah lelaki yang ada sengaja buat-buat tidak faham?

"Sabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan iu akan membinasakannya. Dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya. Kerana mungkin kekayaan itu akan merosakkannya. Kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang miskin bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih sempurna." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Nota 1: Selamat Hari Lahir ke-73 buat Tok Halimah Yusof. Semoga Tok dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur sampai sempat tengok Ngah dan Nisa kerja ya. Seronok dapat borak-borak dengan Tok tadi. Rindu Tok!

Nota 2: Sabtu ini 10 Muharam 1429 H. Jom puasa ye semua :) Bestnya di Malaysia boleh makan bubur asyura. Saya suka bubur asyura manis. Bestnya!

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

79) Doa kepada mereka yang berkata 'Aku menyayangimu kerana Allah (Uhibbuka/ki fillah)' : Semoga Allah menyayangimu kerana engkau menyayangiku kerana-Nya.

Wednesday, January 16, 2008

Cuti-cuti Moscow

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas, emak saya bersungut mahu membaca perjalanan cuti saya. Tapi jujur saya katakan, minggu pertama cuti dipenuhi dengan aktiviti di luar, ke Mega-Ashan-Ikea, meredah Moscow dalam suhu serendah -17'C dan bermacam-macam lagi. Tapi minggu lalu saya hanya terperap di rumah. Berhibernasi. Tapi bukan tidur. Beraktiviti dengan novel dan memasak saja. Jadi, takkan saya hendak menjawab pada emak bahawa saya berhibernasi dengan jayanya sebagai orang Eskimo di rumah sedangkan anaknya ini tidak boleh duduk diam sebenarnya. Jadi semalam petang, selesai solat Asar, saya nekad untuk bercuti-cuti Moscow. Destinasinya adalah Park Pobedy (Victory Park). Letaknya di barat laut Moscow yang sebenarnya tidak berapa jauh dari kawasan hostel ini. (Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Teman saya hari ini adalah Wanie. Kebetulan Wanie masih belum pernah berjalan secara menyeluruh di taman itu memandangkan keluasannya adalah sekitar 4 km persegi. Kami tiba di sana sekitar jam 3.45pm dan sudah mulai senja. Taman ini adalah signifikan kepada kejayaan Russia dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945) ketika menentang tentera Jerman yang melaungkan semangat Fasism pada ketika itu. Terdapat 3 monumen penting di sini. Pertamanya adalah sebuah muzium perang yang menceritakan kronologi perang tersebut yang menyaksikan kemenangan besar Russia dengan teknik pengunduran ke Stalingrad (nama lama bagi Volgograd). Di hadapan muzium ini tegak berdiri sebuah tugu peringatan yang mencatatkan nama-nama bandar di Russia yang terlibat dalam perang 5 tahun ini. Ketika kami sampai, matahari sudah condong ke barat. Suhu pada hari ini hanyalah 1'C ke -1'C sahaja. Sangat nyaman. Tidak sejuk langsung. Ini menambahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan kami.

Monumen kedua dan ketiga yang terdapat di situ ialah memorial masjid dan gereja Kristian Orthodox. Memorial ini adalah tanda pernghargaan Kerajaan Russia buat tentera-tenteranya yang terkorban dalam perang tersebut di mana mereka ini terdiri daripada tentera Muslim dan Kristian. Kedua-dua buah memorial ini sedarhana saja saiznya tapi amat bermakna. Selain daripada ketiga-tiga buah monumen utama ini, terdapat beberapa buah tapak pameran teknologi-teknologi tinggalan perang yang dikelaskan kepada tentera darat, air dan udara. Tinggalan perang yang terbakar dan rosak teruk akibat dibom juga turut dipamerkan secara terbuka di tanah lapang. Malah, keretapi pertama yang digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan perang masih cantik dan kelihatan antik sekali. Saiznya cukup besar. Saya terbayangkan cerita Tom Sawyer apabila pertama kali melihat keretapi itu empat tahun lalu. Selain itu, pengunjung dapat melihat monumen-monumen menarik hasil sentuhan artistik yang didirikan di sekitar taman ini yang mempunyai maksud tersendiri.

Bagi kami di Moscow, suhu setakat -1'C itu adalah sangat nyaman dan tidak sejuk. Kami hairan kenapa musim sejuk pada tahun ini seperti malu-malu untuk beraksi. Saya masih ingat. 2 tahun yang lalu, musim sejuk adalah sangat dahsyat sehingga pernah mencecah -42'C di pertengahan bulan Januari. Ketika tiba di bahagian belakang muzium perang itu, kami lihat ada salji. Agak pelik pada mulanya kerana sudah hampir dua minggu salji tidak turun dengan lebat. Gambar bangunan itu pula adalah muzium tersebut yang berbentuk semi bulatan sebenarnya. Memandangkan saya hanya menggunakan Sony Cybershot W55 saja, jadi tidak dapatlah saya mengambil gambarnya secara penuh pada jarak yang dekat. Terlalu besar. Lainlah kalau saya punya Nikon D80! :)

Gambar helikopter ini adalah salah sebuah teknologi perang di tapak pameran tentera udara. Sangat banyak jet-jet pejuang yang bermacam-macam model termasuklah juga jet serang hendap. Saya tidak masuk ke tapak pameran ini (pernah masuk 4 tahun sudah) jadi saya pun menyerang hendap mengambil gambar dari luar saja. Sebenarnya, kami berdua sedang menuju ke masjid yang saya ceritakan tadi untuk menunaikan solat Maghrib. Kebetulan, Wanie masih belum pernah ke masjid ini. Untuk pengetahuan semua, masjid ini kecil saja. Seperti English cottage saja saiznya. Tapi sistemnya canggih. Untuk masuk ke tandas dan tempat mengambil wudhuk, penggunakan kad sentuh diperlukan. Kad ini boleh didapati dari kaunter kecil di dalam masjid. Mungkin ini untuk mengelakkan pembaziran air dan elektrik di dalam tandas jika tiada sesiapa menggunakannya. Di atas ialah gambar di dalam masjid. Sayangnya, tidak terlalu jelas pula. Chandeliar di tengah ruang masjid berbentuk bulan sabit.

Inilah masjid tersebut dari luar. Bercahaya dan jelas kelihatan daripada Minskaya Street yang terletak betul-betul bersebelahan dengan masjid ini. Minskaya Street merupakan antara jalan utama di Moscow yang kemudiannya menghubungkan pengguna jalan raya ke Kutuzovsky Street, sebuah jalan yang sibuk menuju ke Pusat Bandar dan juga ke Lebuh Raya Lingkaran Ketiga (3-oe Kolso). Gambar seterusnya adalah antara monumen yang terdapat di taman tersebut. Simbolik lambang kemenangan yang diperjuangkan oleh barisan tentera darat, udara, air dan pasukan perubatan yang saling bekerja sama. Di puncak monumen ini terdapat lambang UN yang saya tidak jelas apa signifikannya. Nanti saya kaji ya.

Selepas itu, saya dan Wanie menuju ke Kievsky Mall untuk mengisi perut. Saya tersangat lapar. Tidak menjamah walau apapun sejak pagi melainkan secawan nescafe. Kami tiba semula ke rumah pada jam 9.30 malam setelah menghabiskan masa berehat-rehat di food court selepas makan. Kaki tersangat letih untuk terus bergerak balik. Apa tidaknya. Kami telah berjaya menawafi taman yang luas itu!

Buat emak, anak emak ni sihat-sihat aje di sini :) Sampaikan salam Ngah buat Tok Halimah dan ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-73 buat Tok hari esok ya!

Monday, January 14, 2008

Monolog Bersama Iman (Finale)

Episod lepas: i-viii
Episod lepas:
ix
Episod lepas:
x


"Ok, ok. Gini. Dulu ada seorang laki ni. Dia ni askar. Simpan hati pada seorang perempuan nilah. Cantik. Baik budi, agama, hormat orang tua. Ya, baik-baiklah dia tu. Satu hari, si laki ni nak melamar perempuan ni. Tapi dia dengar yang perempuan tu dapat sambung belajar di sebuah sekolah tinggi. Yalah. Dia pun tak mahulah kacau dulu masa depan budak tu. Lepas tu, satu hari laki ni pulak dikerah ke medan perang. Zaman darurat-darurat lagilah waktu tu. Kena pergi berperang pulak untuk satu tempoh yang dia pun tak tahulah sampai bila."

"Ni cerita betul ke Man?" Aku mencelah.

"Betul ke tak, itu lain kira, Sar. Dengar'in dulu sampai sudahnya." Iman menyuruhku bersabar dahulu. Aku kembali membuat muka tekun.

"Sebelum pergi ke medan perang, laki ni janji dengan diri sendiri, habis perang, dia akan melamar perempuan ni. Dia tak mahu terlepas lagi dah. Dia dah lama tunggu. Jadi habis perang, itulah niatnya." Aku terangguk-angguk mendengar dan membayangkan.

"Takdir Allah, dalam perang tu, laki ni terkena periuk api. Dia terselamat tapi kaki dia kena potong sebelah sebab hancur. Yalah. Periuk api. Dahsyatlah kan. Dia kena hantar balik ke kampung dia semula dan khidmat dia dengan tentera hapus sudahlah. Udah cacat kan. Sudah terkecuali daripada peranglah." Iman berhenti seketika.

"Sejak dia duduk di kampung semula, dia dengar cerita perempuan yang tadi udah habis belajarnya di sekolah tinggi. Dia lagi amat gembiralah bila tahu tapi jadi sedih sebab dia sudah cacat. Dia rasa, budak perempuan ni mesti enggak mahu sama orang cacat gaya dia. Udahlah cacat, apa mahu dikasi makan pakai nanti, kan. Dia lagi rendah dirilah dengan diri dia yang kurang tu. Jadi, dia solat-solat minta petunjuk. Petunjuknya baik tapi dia tetap enggak mahu terus'in niat dia tu."

"Alahai, pulak dah." Aku menyampuk mengekspresikan rasa terkilanku.

"Sampailah satu sore, adiknya pulang dan khabar'in dia yang perempuan ni akan menikah esoknya tu. Keluarga laki ni dijemput ke walimah kecil-kecil tu. Ya, luluhlah hati laki ni. Tapi dia kuatkan semangat. Dia khabar'in hatinya, ni hikmah dia tidak melamar tempoh hari. Kerana barangkali perempuan ni udah ada calonnya. Ya, itulah laki ni fikir'in."

"Esoknya, laki ni dan keluarga dia kunjunglah sebentar ke walimah tu. Laki ni dah redha yang memang perempuan itu bukan jodoh untuk dia. Tapi bila dia lihat siapa si suaminya, laki tu jadi sangat terkejut dan menyesal banget enggak ikut'in petunjuk yang dia dapat. Dia nyesal, Sar. Nyesal banget! Dia lalu nangis di bahu adik dia, Sar." Iman berhenti di situ.

"Kenapa? Kenapa dia nangis? Dia sayang lagi ke pada perempuan tu?" Aku tertanya-tanya dengan sangat. Aku tahu pasti ada sesuatu yang diluar jangkaan akal lelaki itu.

"Sar, calon suami perempuan ni kudung dua-dua kakinya, Sar. Dua-dua belah! Dia duduk atas kerusi roda, Sar. Dia parah dalam accident mobil, Sar. Dan waktu perempuan ni nampak laki ni tadi datang ke walimah dia dan dia nampak laki ni merah matanya, perempuan tu pun tunduk dan menangis. Kamu tahu, Sar. Sebenarnya, perempuan ni memang hajat'in laki ni jugak. Cuma dia tunggu udah terlalu lama dan laki ni pulak udah give up sebab dia cacat. Udahnya, bapaknya terima aja pinangan orang yang baik agamanya untuk anaknya tu, Sar." Lirih Iman menyudahkan ceritanya itu.

Aku diam saja. Aku agak terkejut dengan kesudahannya. Dan yang lebih penting, aku tidak dapat mengelaskan pada kedudukan siapakah Iman mahu meletakkan aku dalam cerita ini. Tapi yang pasti, aku tidak sedikitpun memberikan komen. Aku diam saja. Aku berfikir dengan dalam. Selepas seketika, aku bersuara.

"Man, saya yang mana satu awak maksudkan? Si askar ke, perempuannya ke, atau suami yang kudung tu?" Aku diam sekejap. "Kalau saya ada dalam tempat perempuan tu, saya akan bagitahu ayah saya terus terang saya tunggu orang lain. Bukannya seorang perempuan tak boleh menyatakan hajat. Tapi kena betul caranya kan." Aku melepaskan keluhan di hujung ayat. Aku sedang kuat berimaginasi, cuba meletakkan diriku dalam ketiga-tiga watak.

"Kamu si askar kudung sebelah tulah, Sar. Cepat sangat deh kamu rasa kurang. Sedangkan kurangnya sikit aja. Kalo laki tu fikir'in dalam-dalam, ikut petunjuk solatnya tu, cuba dulu sebelum terus give up walau dia tu kudung, perempuan tu udah jadi isteri dia dah. Tapi yalah. Cepat sangat rasa diri tak cukup itu ini."

"Kamu Sar, janganlah rasa kurang itu ini dari si Annas. Janganlah banding'in dia alim, warak, beriman semua tu. Dia lihat kamu perfect untuk dia. Dia tak pandang yang lain. Di mata dia, abang dia, aku, kamu udah cukup sifatnya. Usamah setuju loh Annas mahu nikah'in kamu. Susah tu mahu abangnya tu kasi green light, Sar. Rendah-rendah gaya ni cukuplah tu untuk Annas. Paras bahu dia apa, Sar." Iman ketawa.

"Iman! Sempat lagi tu dia ni. Ish. Iman, saya sungguh-sungguh tak nak dan kalau boleh tak nak tahu dari awal pun pasal ni. Susah Man. Saya ni nampak je macam ni tapi saya tak tipikal macam tu. Saya bukan nak kata ni style orang yang tipikal ke, konservatif ke, apa ke. Tapi cuma sebab saya rasa ni belum masanya. Dan kalaulah tadi awak kata saya duduk dalam tempat askar kudung tu, saya nampak ada satu benda yang tak sama. Saya belajar lagi. Askar tu dah kerja. Sedangkan askar tu sendiri pun sanggup tunggu perempuan tu habis belajar dulu baru dia nak melamar. Saya fikir pasal banyak benda, Man. Tapi paling senang nak cakap, saya fokus dengan title student lagi ni. Sungguh saya tak nak, Man." Aku meletakkan kata putus dengan mengkiaskan tanggung jawab sebagai pelajar menjadi alasan.

"Dan saya rasa, mak ayah saya pun tak nak berjauhan dengan saya sampai ke Syria nun. Jauh tu, Man. Dan saya sendiri tak terfikir pun pasal kahwin-kahwin semua ni sekarang. Please, Man. Cakaplah elok-elok pada Annas ye. Please...", aku memujuk Iman supaya memahami situasiku. Aku sebenarnya tahu di mana pendirian Iman dalam hal ini. Bukan sehari akan mengenali dia. Bukan sedikit rahsia dia yang aku ketahui. Tapi aku tahu Iman juga rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan yang terbaik bagi pihak Annas.

"Sar, kamu kenal aku kan. Aku faham sangat deh. Aku pun takut sebenarnya mahu ngomong sama kamu. Aku takut lepas ni kamu enggak percaya sama aku lagi. Tapi udah kebetulan Annas minta aku nolong dia. Usamah pun kata please sama aku. Jadi aku cubalah. Sar, aku sekarang jelas banget apa kamu fikir. Aku faham tu. Tapi untuk kata tak nak pada dia, aku rasa baik kamu kukuhkan alasan dengan istikharah, Sar."

"Maksud awak macam mana tu?" Aku membalas.

"Aku akan tanya lagi sekali keputusan ni lagi tiga hari. Kamu dahulu'in dengan istikharah. Lalu nanti aku tanya'in lagi sekali, kamu bagi jawapan ikut istikharah. Aku yakin, kamu buat keputusan ni kerana kamu rasa Allah ada rancang yang terbaik untuk kamu, Sar. So, mesti Allah tu maha adil untuk kamu, Sar. Mesti istikharah tu sebelahi kamu nanti. Yakinlah tu, Sar. So, nanti kalau aku khabar'in Annas yang kamu nolak dia, kamu ada alasan yang baik yang datangnya dari Dia kan", sudahi Iman sambil jari telunjuknya lurus menunjukkan ke atas sana. Aku mengangguk. Faham dan jelas. Dan terharu kerana Iman memahamiku dan cuba untuk meletakkan penolakkan itu nanti dalam keadaan yang murni. Terima kasih, Iman. Pendapatmu benar-benar pendapat seorang yang bergelar sahabat!

"Terima kasih, Man. Terima kasih." Aku sudah tidak tahu apa untuk dikata.

"Loh, jangan nangis pulak Sar. Aku tak tolong apa-apapun ni. Aku pun lagi tersepit ni. Tak ditolong, Annas tu kawan aku. Yang di sini tak dipertimbangkan, kamu sahabat aku, Sar. Dulu, kamu yang banyak nolong aku. Ni aku nolong mana yang dapat aja. Udah-udah. Kamu jangan riso la, Sar. Ni Iman ni."

"Iman dut!" Aku laju mencelah untuk menceriakan semula suasana. Dut. Singkatan kepada perkataan gendut yang aku namakan padanya kerana satu masa dulu di depan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Indonesia, dia pernah memalukan aku dengan memanggil Sarah mut. Mut itu singkatan perkataan imut. Yang maksudnya comel seperti budak-budak. Bising seketika majlis berbuka puasa itu gara-gara kecohnya mulut Iman. Iman Al-Wahdy yang sentiasa disenangi ramai walau di mana dia berada.

"Ok, Sar. Aku pulang dululah. Kamu udah-udah fikir'in pasal ni. Serahnya pada Allah. Dia lagi tahu kamu. Kok tapi kalo udah solatnya tunjuk yang baik-baik, nikah ajalah, Sar. Aku untung makan nasi walimah kat sini nanti." Iman tergelak. Gelak yang cukup besar. Agak bengang juga aku dengan kesimpulan mudahnya itu.

"Heh, apalah dia ni. Ada ke macam tu pulak. Huh, takde maknanya, Man. Ni sarah ni. Tak nak maksudnya tetap tak nak, ok." Aku menegangkan muka. Kononnya aku geram dengannya.

"Yalah, yalah. Aku joking la, Sar. Ok, aku pulang dululah, Sar. Lapar ni. Nanti kamu masak, tak dapat punyalah hari ni."

"Man, kalau hari ni turn saya masak, dah lama saya kasi sikit. Tapi hari ni turn housemate saya masak. Diorang ada potluck kejap lagi. Lain kali ye. Ni janji ni." Aku mengangkat tangan kanan tanda berikrar.

"Ok. Deal ya, Sar. Aku tunggu. Haha. Makan free aku nanti. Baguslah gini, Sar." Iman terus gelak.

"Iya, iya. Saya ingat ni. Nanti dah masak nanti, saya roger awak suruh datang ambik kat sini ok."

"Ok, beres. Oklah. Aku balik dulu. Tenang ya. Aku tau apa doa kamu tu, Sar. Aku doa'in sama. Balik deh. Assalamualaikum."

"Terima kasih, Man!" Aku sungguh-sungguh memaksudkan ucapanku itu. Dan salamnya kusambut perlahan. Pintu kubuka dan melangkah masuk bersama tabung derma itu menuju ke bilikku. Dari pintu dapur yang sedikit terbuka, bau masakan yang harum menusuk hidung membuatkan perutku berbunyi-bunyi.

Di bilik, aku lihat Fareena sedang menghadap buku. Menyalin nota barangkali. Aku menghampiri. "Pena, KS ada cerita nak kongsi ni. Kamu free?"

Seperti biasa, Fareenalah orang pertama yang akan kukongsikan kisah-kisah hidupku.

"Free je. Ni tengah salin note Russian Class je. Esokkan saya ada Russian je." Fareena kelihatan bersungguh. Aku duduk di atas katilnya sambil meletakkan tabung di atas riba. Aku mencari punca cerita yang terbaik, supaya Fareena tidak pelik dan tiada siapa akan terpekik. Dengan suara yang perlahan dan penuh hati-hati, aku menceritakan segalanya pada Fareena.

"KS!!!!" Jerit Fareena. "Jangan, KS! Saya tak nak KS kahwin dengan dia. Just not yet. It is not you! Orang Arab pulak tu. Jangan, KS!" Fareena setegas-tegasnya mahu aku menolak.

"Iya, iya. KS memang tak nak pun. Kamu ni pun. Kasilah KS cerita sampai habis dulu. Ni dah jerit dulu. Nanti yang lain dengar, matilah KS. Aisshh....", aku bersungut semula sambil menepuk lembut lututnya. Selesai aku menceritakan keputusanku dan Fareena yang berpuas hati dengan cadangan bernas Iman, aku melangkah ke tandas untuk berwudhuk.

Aku menunaikan solat Isyak diikuti istikharah. Aku berdoa, tiga kali dalam masa tiga hari sudah mencukupi untuk meyakinkanku dengan keputusanku ini, Insya Allah. Selesai menyimpan telekung ke dalam almari, aku menuju ke katil. Jam sudah hampir ke pukul 9.55. Di luar bilik kedengaran suara adik-adik rumahku sedang bersiap-siap untuk majlis potluck mereka. Aku masih belum makan apa-apa hari ini. Tapi badanku terlalu letih.

Aku wajib tidur sekarang. Jam 2 nanti aku perlu bangun untuk studi. Aku wajib. Subuh akan menjelang jam 4.15 pagi nanti. Musim sejuk memang begini. Waktu solat jauh bezanya dengan waktu lazim kita di Malaysia. Sebelum naik ke atas katil, aku menyusun buku-buku yang hendak kubaca apabila bangun nanti. Dua buah buku rujukan Surgery dan Therapy. Cycle Surgery dan Therapy akan bermula pada hari esok.

Perut terasa sangat lapar. Tapi aku nekad untuk terus tidur. Katil kunaiki, dan lampu kupadam. Dalam gelap bilik, aku memandang langit menerusi tingkap.

"Terima kasih Tuhan atas nikmat persahabatan yang kau berikan padaku dan terima kasih Tuhan atas nikmat ujian yang Kau berikan ini. Dengan ujian ini, aku mohon Kau tambahkan nikmat iman ke atasku. Dan aku mohon monolog iman hatiku ini benar dan keputusanku datangnya diiringi redha-Mu. Amin..."

Tamat

.........................................................................................................................

Nota: Inilah kisahnya Monolog Bersama Iman. Saya minta maaf atas gaya penulisan dan penyampaian yang tidak baik. Saya bukan penulis amatur apatah lagi profesional. Saya memang ada menulis beberapa buah cerpen tapi ini kali pertama saya berkongsi secara maya. Saya tidak tahu apa pendapat kamu semua bila sudah membaca hingga ke penyudahnya. Mungkin ada yang kata, tidak nampak pengajarannya pun. Tidak nampak kemuncaknya di mana pun. Tidak nampak apa-apa signifikasinya pun. Saya minta maaf atas segala kekurangan dan kejemuan yang saya bawa di sini. Terima kasih kerana tetap sudi membaca dan memberi komentar. Jika ada yang kurang bersetuju dengan gaya penulisan, bahasa, tindakan atau kesimpulan yang saya buat dalam cerita ini, sudi-sudilah menegur saya. Saya terbuka dan boleh menerima teguran.

Nota appresiasi: Terima kasih Iman Al-Wahdy, Abang Khairil Idham (K.I), Emy, Fatt, Wanie, Diba dan Pena yang mewarnai hidup saya pada hari itu. Dan menjadi sumber saya menulis. Buat Annas, terima kasih kerana melihat diri ini istimewa. Dan maaf kerana terpaksa menolak keistimewaan itu. Maaf dengan sangat.

Nota gembira: Yeay~ Akhirnya hutang saya terlah terbayar. Alhamdulillah. Nak buat nescafe panaslah untuk raikan. Hehe. Ada yang mahu minum dengan saya? :) Mari kita lihat siapa yang akan mengomen dulu kali ini *kenyit mata sikit!*

Sunday, January 13, 2008

Monolog Bersama Iman (x)


Episod lepas: i-viii
Episod lepas:
ix

"Loh, gayanya terkejut banget sih kamu ni Sar." Iman menegur.

"Mestilah. Ingat apa. Macam dengar berita bila exam ke?" Aku berbunyi agak emosi. Sungguh aku masih terkejut Annas ini yang dimaksudkannya. "Tak naklah Man. Orang Arab tu. Tak nak, tak nak." Sempat aku membuat muka kepada Iman.

"Yang benar, Sar!" Iman kelihatan terkejut. "Ini baik orangnya ni. Yang bisa aku panggil soleh orangnya. Yalah aku ni bukan senang-senang mahu promote segala tapi yang ni aku kerat jari bisa jadi suami. Huh, udah empat hari dia bilang sama aku ni. Tapi aku je yang tak kemari nemu'in kamu."

"Kenapa pulak saya yang dia tanya pada awak? Tu Imen dengan Ines ada. Tak pun tu budak Morocco tu ada. Siapa hentah tu nama dia. Jesmin ke apa. Maha ke, Noura ke. Tu ramai lagi set-set Arab yang dia boleh tanyakan. Melayu gelap ni je ke yang dia nampak." Aku tahu aku berbunyi agak garang dan tegas. Aku sengaja itu. Setidak-tidaknya aku memberikan gambaran ketegasanku tentang hal ini.

"Begini Sar. Annas ini nampak kamu sejak kamu duduk di sinilah. Usamah yang alim tu pun setuju kalau kamu yang Annas mahu."

"Eh, sat. Usamah tu abang ke adik? Saya tak cam sangat", aku memotong percakapan Iman.

"Usamah tu abangnya. Ibrahim tu adik. Yang lagi kurus tu. Hmm... Gimana ya. Annas nyuruh'in aku tanyakan kalo-kalo kamu ni udah sedia belum untuk nikah kalo udah ada yang mahu. Aku lalu tanyalah sama dia, apa dia sungguh-sungguh atau mahu book dulu. Yalah. Lalu dia kata mahu nikah teruslah. Buat apa mahu book dulu kalo udah ada di sini depan mata. Banyak fitnah hidup di sini. Ada isteri, fitnah terjaga dan separuh daripada agama pun sempurnalah gitu."

Iman berhenti seketika. Aku pula diam. Sebetulnya aku mendengus kecil. Terasa rimas dan yang paling tepat aku masih rasa seperti diheret ke dalam sebuah situasi yang aku tidak mahu. Tidak mahu terjadi lagi. Belum masanya lagi.

"Sar, aku tahulah kamu ni gimana orangnya. Tapi aku tanya'in juga kok apa yang dia tahu tentang kamu. Apa yang dia pandang pada kamu. Aku pun tak mahulah kalo aku nolong orang yang main-main aja sama kamu, Sar. Aku tak mahulah kok nanti lewat aku juga dapat dosanya."

Aku cepat-cepat memotong lagi. "Jadi apa dia kata? Yang peliknya, dari mana dia kenal saya, Man? Setahu saya, saya pernah cakap dengan Usamah tu je kot. Tu pun sekali je. Waktu malam raya lepas. Waktu tukar-tukar kuih tu. Tuuuu je." Aku menegaskan.

"Heh. Kamu salahlah tu. Yang kamu nukar'in kuih tu Annaslah tu! Huh. Mata di lutut apa, Sar." Iman ketawa besar. Siap menepuk dinding luar rumahku lagi. Aku kepelikan. Terpinga-pinga sekejap.

"Eh, eh. Apa ni? Biar betul, Man?" Aku pula yang terkaget. Aku salah orangkah selama ini? Aku sangka ketika bertukar-tukar kuih raya dengan muslim daripada beberapa buah negara lain pada malam raya yang lalu Usamahlah orangnya. Aku memang tidak memandang sangat orangnya. Aku menyerahkan bekas kuih raya dari kami serumah dan dia menyerahkan sepinggan manisan Arab yang tak kuketahui namanya. Cuma kalau tidak silap aku, Bakhla namanya. Entahkan iya, entahkah tidak.

"Sar, Sar. Tu Annaslah tu. Loh, cinta kuih raya rupanya deh! Kelakar bangat ni. Baru aku tahu kamu tak sedar tu Annas." Iman kubiarkan gelak dulu. Aku menahan geram saja. Tapi dek kerana aku ingin mendengar cerita seterusnya, aku biarkan saja Iman ketawa percuma di atas kecuaianku mengenal pasti si penerima kuih itu dulu.

"Annas itu udah kenal kamu sejak Ramadhan lepas, Sar. Waktu tu, Usamah nanya'in aku siapa imam Tarawikh untuk perempuan di floor ini. Aku sebutlah nama kamu, Sar. Bila Usamah nanya'in lagi yang mana satu, aku gambarkanlah sih mana yang aku boleh."

"Yang pakai spect. Yang rendah-rendah. Yang muka comot, serius tu." Aku memotong dan sekali gus mencebekkan muka.

"Ceh, dasar amat sih kamu ni Sar. Enggaklah. Aku khabar'in kamu yang sekuliah sama Annas itu. Yang pagi-pagi selalu gerak sama-sama ke hospital. Ya itulah. Lagi aku khabar'in yang kamu tak pakailah baju fit-fit macam yang lain. Pakai stokin. Gitulah. Tapi lepas tu Annas kata dia kenal kamu. Kenal banyak. Banyak yang gimana tu aku enggak tahulah, Sar. Tapi lepas solat Tarawikh tu, aku dengar dia ngomong sama Usamah. Aku dengar nama kamu dia sebut-sebut'in. Pasal apa tu, aku tak tahu Sar. Tapi sejak tulah aku tahu Annas ni sudah aim kamu, Sar. Hmm...", Iman menghela nafas. Aku diam lagi.

"Iman, saya tak sukalah macam ni. Dia tu orang baik-baik. Siapalah saya ni yang dia nak pandang. Lagipun, macam tak logik je nak kahwin time ni. Belajar pun tak habis lagi. Orang Arab pulak tu. Takut saya dengar. Yang lagi tak bestnya, nanti kekok pulak dah kalau terjumpa kat mana-mana. Tak sukanya macam tu, Man. Tapi sungguh ni. Dia tu terlalu baik. Alim. Tak layaknya saya ni, Man." Aku menjawab jujur. Inilah yang aku rasakan.

"Sar, kamu pernah dengar enggak cerita seorang askar dengan seorang perempuan cantik? Aku banyak kali dah dapat dalam email. Pernah enggak?" Iman bertanya dengan serius.

"Tak pernah pulak. Macam mana tu?" Aku sangat berminat untuk mendengar. Kaki kiriku terasa berdenyut kerana telah lama berdiri di situ. Bertahanlah kaki. Aku tahu ada ilmu yang bakal aku pelajari dari kisah ini.

.........................................................................................................................

Bersambung...

Nota: Saya jadi takut untuk terus meng-update cerita ini kerana saya takut dengan harapan/jangkaan yang terlalu tinggi daripada kamu semua tentang penyudahnya. Saya ni tak pandai menulis. Saya dah mula rasa kurang seronok untuk sudahkan kerana saya takut penyudahnya tidak memuaskan hati kamu semua. Tapi tadi saya menelefon rumah. Emak bertanya, bilalah saya hendak habiskan cerita Monolog Bersama Iman ni. Emak lebih berminat hendak mengetahui aktiviti cuti saya di Moscow. Emak kurang berminat dengan benda-benda alah bahasa ni. Jadi nak tak nak, saya kena menghabiskan secepat mungkin cerita ni supaya saya tidak berhutang lagi dan dapat pula saya menceritakan aktiviti cuti saya di sini yang sebenarnya biasa-biasa saja.

Esok emak dan ayah akan menghantar Kaklong ke Kuala Lipis. Kaklong akan menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazahnya di sana (KPLI). Saya kagum dengan Kaklong. Bukan dia tidak ada kerja yang bagus. Gajinya setiap bulan besar dan dia juga ada ditawarkan bekerja di tempat bagus-bagus yang lain untuk meneruskan kerjaya Chemist/Reseacher-nya itu. Tapi, jiwa Kaklong adalah guru. Dua hari lalu, kami bermesejan. Saya tanya Kaklong apa yang buat dia betul-betul berminat menjadi seorang guru. Balas Kaklong semula:

"Kaklong suka mengajar. Kaklong nak bagi budak-budak pandai Sains. Pandai English. Tak semua orang untung macam kita Ngah. Kaklong nak jadi macam Cikgu Sali (seorang cikgu kami ketika menengah rendah yang sangat berdedikasi) dan macam Cikgu Liza waktu Kaklong di Ihsan yang buat Kaklong jadi minat sangat dengan Kimia. Dan yang paling penting, Kaklong nak jadi macam Emak. Emak idola Kaklong, Ngah. Awak pun tahu macam mana Emak sangat suka mengajar."

Kaklong, Ngah sayangkan awak. Ngah kagum dengan semangat awak yang tak pernah jemu belajar. Endlessly! Ngah doakan awak terus cemerlang di Kuala Lipis nanti. Terus cemerlang macam awak yang dulu. Ngah doakan sungguh-sungguh. Awak contoh terbaik untuk kami semua.