Memang betul. Ada sesetengah perkara dalam hidup ini tidak perlukan kata-kata untuk menjelaskan tetapi hanya dengan perbuatan saja cukup untuk menceritakan. Dan saya tahu, saya ada banyak kekurangan untuk menyampaikan apa yang saya rasa sama ada melalui kata-kata ataupun perbuatan. Kerana bagi saya ada sesetengah perkara itu perlu ditinggalkan tak berusik tanpa perlu dijelaskan. Tapi didiamkan untuk dirasai. Saya insan serba kurang. Maafkan saya sebab masih belum khatam ilmu insani ini.
Friday, February 29, 2008
Dari Hati
Memang betul. Ada sesetengah perkara dalam hidup ini tidak perlukan kata-kata untuk menjelaskan tetapi hanya dengan perbuatan saja cukup untuk menceritakan. Dan saya tahu, saya ada banyak kekurangan untuk menyampaikan apa yang saya rasa sama ada melalui kata-kata ataupun perbuatan. Kerana bagi saya ada sesetengah perkara itu perlu ditinggalkan tak berusik tanpa perlu dijelaskan. Tapi didiamkan untuk dirasai. Saya insan serba kurang. Maafkan saya sebab masih belum khatam ilmu insani ini.
Thursday, February 28, 2008
Zaman Dulu Kala
Sejak adanya entri tentang permainan tradisional yang saya tulis pada tahun lepas, entri itu menerima hit tertinggi daripada mereka yang mencari maklumat tentang permainan tradisional (setakat yang saya sedar). Jadi, saya teringat semula pada kisahnya kami sepupu-sepupu dulu yang rajin sangat bermain tuju selipar apabila semua balik berkumpul di Temerloh. Kawasan rumah Tok yang luas memang sangat strategik. Dicampur dengan halaman rumah Tok Cik, Mak Tam Chinor dan halaman rumah saya sendiri menjadikan bukit rumah kami cukup luas untuk kami semua lari bertempiaran bermain ketika cuti. Terutamanya cuti hujung tahun. Ini aktiviti wajib keluraga Bahaman ini.

Tapi baru-baru ni saya merajinkan diri membelek Friendster adik saudara saya. Ada pula gambar ketika mereka semua sedang bermain. Dan mentang-mentanglah geng sepupu-sepupu perempuan kebanyakannya semua sudah besar panjang, geng sepupu-sepupu lelaki telah curang dan memulakan tradisi baru pula. Ragbi. Sungguh tak aci. Manalah kami yang perempuan boleh main. Bila saya melihat gambar tu, walaupun saya tiada di sana ketika itu, saya dapat merasakan kemeriahannya. Dalam gambar di atas, cuma anak lelaki keluarga Mak De Aida saja yang tiada wakil. Mungkin Mak De tidak balik waktu itu. Oh. Terlupa nak cerita. Kami semua 29 orang jumlahnya.

Ini gambar ketika raya bulan 10 lepas. Aksi sepupu-sepupu dan adik saya. Merepek je. Ada telinga tutup, ada mata tutup, ada mulut tutup. Hehe.
Saya rindu zaman kanak-kanak dulu! Membesar bersama Hidayah dan Linda, berlumba dalam peperiksaan bersama Nisa dan Mirul yang sebaya dengan saya, bermain bersama-sama adik-adik lelaki saya tak ingat dunia, intip Nan memancing di jeti Tok Cik, tengok adik-adik dan kawan-kawan mereka bermain lumba kereta Dash Yankuro, main banjir dengan Kaklong, ikut ayah pergi mandi sungai dan macam-macam lagi. Seronoknya...!
Dan lagu yang ada ini lagu Cantik. Lagu di zaman saya sekolah rendah. Mesti Kalong dan Nan ingat lagu ni, kan? Nan, Ngah rasa awak mesti ingat lagi lagu Casey. Yang kita selalu nyanyi waktu naik buai di rumah Tok Penang.
Tuesday, February 26, 2008
Bullshit in Politics
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
87120574 015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
If you want to play a cheat, play it smartly please. Aishh... I can't stand reading here and there regarding this issue anymore. What a liar! I am emotional looking at the PMS of our politic. Dirty? Yes, it is.
Source: Bersumberkan Nan yang bersumberkan Dayat.
Monday, February 25, 2008
Kisah Dari Terengganu
Entri ke-2 hari ini. Balik dari hospital, terus saya buka The Star Online. Biasanya akan baca sebelum ke kelas. Tapi pagi tadi tak sempat. Satu isu betul-betul menarik perhatian saya pada petang ini. Dan saya rasa, tak semua warga Malaysia tahu hal ini. Hep. Kita semua kena tahu isu ini. Isu se-Malaysia. Kawan saya kata, Malaysia itu untuk warga Malaysia. Mari kita jadi warga yang mengambil peduli.

Menifestonya, nenek ni nak membetulkan yang salah dan menurunkan harga barang-barang keperluan. Ok orang Terengganu. Undi nenek ni ye. Nanti kita boleh usung dia ketuk pintu PM suruh turunkan harga minyak kereta, minyak masak, minyak urut, minyak wangi dan orang minyak. Ops!
Gaya, Mutu, Keunggulan
Kelmarin saya menghadiri majlis perpisahan yang dibuat untuk Mr. Chong dan keluarganya (Pegawai di Kedutaan Besar Malaysia) yang telah tamat perkhidmatannya di sini dan akan berpindah ke Hong Kong pula. Semuanya bergaya-bergaya (kononnya). Majlis diadakan di rumah Pengarah Tourism Malaysia di Moscow, Kak Zah. Kebetulan, kami serumah baik dengannya. Jadi sekitar 5.30 petang kami tiba di sana dan pulang pada jam 1.30 pagi selepas siap membantunya berkemas dan mencuci pinggan-mangkuk.
Pendek cerita, hujung minggu kali ini walaupun penat, tapi penuh keunggulan. Masa terisi dengan baik walaupun rehatnya kurang.
Nota 1: Di DUN Semantan, yang bertanding bagi BA ialah Pakcik Syed Hamid. Kawan ayah merangkap ayah kepada kawan-kawan saya dari zaman sekolah rendah sampai menengah. Ni bukan nak promo tapi Pakcik Syed memang bagus orangnya. Kalau saya mengundi, tu calon pilihan saya tu. *hehe* Dan untuk Parlimen di kawasan saya, salah seorang yang bertanding ialah Lawyer Nizam. Juga BA. Pun kawan ayah. Sangat berkarisma orangnya. Huhu. Nasib baik bukan ayah saya yang bertanding baik DUN atau Parlimen :p
Nota 2: Saya batuk-batuk hari ini. Sekarang suhu sudah mulai positif. Di saat saya menulis ini, suhu ialah +1'C. Punca batuk: HUJAN!
Nota 3: Jawapan untuk soalan Pensil dan Sharpener dalam entry di bawah, saya lagi rela memilih Hep C dari Heb B. Lelaki yang Hep B seperti yang saya terangkan berpunca dari 1 masalah yang sama. Kalau saya kena kahwin dengan orang Hep B, saya akan rasa looser. Sebab, walaupun ada saya, dia tetap mencari yang sama jantina dengannya. Jadi secara psikologinya, saya akan rasa masalahnya ada pada diri saya. Tapi kalau Hep C, setidak-tidaknya itu masalah dia dengan diri dia sendiri. Siapa suruh jadi penagih. Jadi, tanggunglah sendiri, kan. Nauzubillahi min zalik. Saya tak mahulah ni terjadi. Cuma ni sekadar mentaliti yang ada dalam kepala saya sebagai seorang perempuan.
Saturday, February 23, 2008
The Leftover Type
Since last Friday, me and another 2 doctors were assigned to clerk on a patient with viral hepatitis. We went to a men's department for viral hepatitis which actually there is no department for women. In summary to let you all understand, there are 2 types of hepatitis that is being classified based on route of transmission.
For Hepatitis A and Hepatitis E, the route is fecal-oral. Meaning, we can get infected by consuming contaminated food or water. Mostly in suburban area, in country side and the endemic area. For Hepatitis B, Hepatitis C and Hepatitis D, the route is parenteral either by sexual contact, sharing contaminated needle for drug addict people, blood transfusion, mother-to-child during labor and a few more which related with blood exchange.
I've been assigned to a 25-year-old male who is handsome and very good looking young Russian guy. We performed the general clerking from top to toe as the basis to make the preliminary diagnosis. He was quite refusing to respond well. There were 2 possibilities of such behavior. Firstly because of his general condition which was quite bad at that moment, with very yellow skin, sclera and mucous membrane (jaundice). And the second reason maybe because of his social history which is the reason for this disease that made him embarrassed. What was the thing? Well, he is actually a drug addict. He takes drugs since 2 years ago and consistently uses it up till now. For Hepatitis C, the more frequent reason is because of sharing contaminated needle for drug addicts. And for Hepatitis B, the more frequent reason is because of sexual contact especially in homosexual homo sapiens as known as the gays.
So, my preliminary diagnosis for him was Acute Viral Hepatitis C, moderate stage, icteric (jaundice) course. As we went through his case report, he actually has Acute Hepatitis B and Hepatitis C together.
On Monday, we went meeting him again. He's active, friendly and the condition was better than before. He responded very, very good to our questions and he seemed interested to know the reasons of this and that. He asked about the pain in his right upper quadrant, the discomfortness in abdominal region and all when I performed the percussion of the liver, spleen and the palpation of the abdomen. He laughed and smiled too with us.
After leaving the hospital, my partner, Dr. Pari said: Ish. What a waste of men. Those handsome and charming guys either there are Hepatitis B or Hepatits C. Then Dr. Farah asked back: Wasting what? Then Dr. Pari explained: Those with Hepatitis B are mostly gays. And those with Hepatitis C are mostly drug addicts. The rest who are healthy are just the leftover type.
Ok. We laughed. The leftover type. At least these leftover-type young men are healthy and disease free.
The conclusion, please dear friends, get yourself free from drug and homosexualism or promiscuous free sex. Islam is too perfect for has forbidding these to let us live in harmony and healthy. Think twice to be wise.
Friday, February 22, 2008
Stress Releasing Therapy
Thursday, February 21, 2008
Dari Kerana Mata
Semalam saya buka email sebaik tiba dari kelas. Ada satu email dari seorang kawan. Agak lama tak mendengar khabar dia. Kurang lebih setahun setengah. Emailnya:
"Apa khabar? Tiba-tiba teringatkan awak. Mata awak yang coklat. Tu je. Teringatkan mata tu. Tiba-tiba je."
Ok. Kalau macam tu, saya nak jadi macam kisah sirah Hassan Basri dengan seorang muslimah yang dia temui di jalanan dan jatuh cinta padanya kerana matanya. Lalu muslimah itu mengeluarkan matanya kerana disebabkan matanya menjadikan seorang hamba yang soleh boleh sasau angau. Sungguhpun bukanlah niat muslimah itu hendak memperagakan matanya yang cantik.
Tapi, kalau dalam dunia sekarang ada orang buat pengorbanan menjaga diri dan hati seperti yang muslimah itu lakukan, apa agaknya yang masyarakat kita katakan? Nak jadi Kassim Selamatkah? Tiada cara lainkah? Bodoh ke apa?
Sebenarnya yang saya nak cerita ialah tentang angin kuat sewaktu saya berjalan kaki masuk ke perkarangan hospital pagi tadi. Terlalu kuat. Dengan saljinya lagi. Saya memang tak boleh buka mata langsung. Dan pagi tadi saya pakai tudung belit-belit macam Arab tu. Sudahnya, saya ambil hujung tudung yang diselit di bawah dagu dan selitkan di sisi pipi kiri. Jadilah saya seperti berpurdah. Yang kelihatan hanyalah mata yang berkaca dua. Untuk menahan angin kencang sejuk yang berjaya memerahpadamkan pipi saya pagi tadi.
Memang saya dan Nan mewarisi mata ayah. Coklat. Ayah, awatlah cheq tak dapat hidung mancung ayah na? Huhu.
Nota: Dua, tiga hari ni saya teringat-ingat lagu iklan Scott Emulsion waktu kecil-kecil dulu.
Memancing bersama ayah
Kurasa bertuah
Pulang sebelum hujan
Ibu menerangkan kami ada kawan
Bernama Scott Emulsion.
Sungguh riang waktu membesar
Badanku jadi sihat dan kuat
Ibu menerangkan kami ada kawan
Bernama Scot Emulsion.
Hehe.
Tuesday, February 19, 2008
Sepetang Di Ismailovskaya
Bangun awal pagi tadi (terjaga sebelum jam berbunyi), rumah ni gelap gelita. Baru teringat, malam tadi ada litar pintas selepas seterika kami meletup. Biasanya letrik akan kembali ada selepas seketika. Tapi elok selepas rumah gelap, saya terus tidur kerana hari pun dah lewat waktu itu (sudah pukul 2 waktu itu sedangkan kena bangun seawal 6.15am). Selepas berwudhuk, saya terus bergegas menuju ke security untuk memaklumkan hal ini.
Selang 10 minit, letrik kembali ada. Saya mandi, solat subuh dan terus ke dapur masak air untuk bersarapan. Hari ini kelas sampai ke petang. Selepas tamat kelas Infectious Disease pada jam 2.45pm (sepatutnya tamat pada pukul 2.30pm), terpaksa bergegas ke Ismailovskaya pula untuk kelas Philosophy di sana. Kelas bermula pada jam 3.30pm tapi kami tiba ke sana sekitar 3.45pm. Cikgu memahami. Tak mengapa.
Kisahnya, Ismailovskaya ini merupakan bandar di mana letaknya bangunan untuk kelas-kelas tahun pertama. Semua subjek ketika saya di tahun pertama dulu terletak di situ. Sebenarnya, subjek Philosophy ini berubah-ubah lokasi. Sem lalu, kelas saya di Bangunan Dekan. Sem ini di sini pula. Jadi, setelah 4 tahun tidak menjejakkan kaki ke bandar itu, tadi saya dan rakan-rakan seperti orang batak dan jakun meninjau-ninjau perubahan yang ada. Sebenarnya hampir semua pun masih sama. Tiada yang berubah sangat. Kedai pirazhok (pai) masih di tempat yang sama. Begitu juga kedai kuri gril (ayam golek), kiosk ais krim dan hachapuri (ala-ala roti nan tetapi berkeju dan dibakar) pun masih seperti dahulu. Cuma pasar lama tempat saya suka membeli anggur sudah tutup. Banyak kenangan di pasar itu. Pasar itu barangkali sudah digabungkan dengan Yamarka (Pasar Besar) Ismailovskaya yang berhampiran dengan metro.
Banyak kenangan saya di sini. Di jalan raya berhadapan stesyen metrolah menjadi tempat pertama saya memecah rekod jatuh terduduk ketika melintas jalan akibat jalan yang licin. Di bandar itu jugalah mencatit sejarah tangan kanan saya dislocated di bahagian pergelangan tangan. Sebulan berbalut. Ini gara-gara saya dipenyek di dalam trolley bus yang sendat. Juga menyaksikan saya dan Eza (teman sebilik sewaktu di tahun pertama) yang suka melihat merpati-merpati yang ada di sepanjang jalan menuju ke Bioorganic Chemistry Department yang sangat debab dan gebu. Di situ jugalah menyaksikan saya (dan ramai lagi sebenarnya) berlari-lari mengejar bas kalau sudah terlambat untuk ke lecture Physics dan kenangan kumpulan saya, Group 6, yang suka melepak di stalovaya (kantin) yang ada menjual pizza panas berharga 35 ruble saja di luar Main Building of Ismailovskaya.
Tadi ketika berada di dalam trolley bus bersama Eza, kami meninjau-ninjau keluar tingkap. Ibaratnya itu kampung kami yang sudah lama tidak dikunjungi. Dulu kami memanggil bandar itu sebagai Bandar Nenek Tua. Terlalu ramai orang tua. Naik bas pun, berebut dengan nenek-nenek tua (tapi kami tak lah berebut menolak-nolak, tapi mereka ya. Ganas kan?). Tapi kini nenek-nenek sudah tidak seramai dulu. Saya bertanya bersahaja kepada Eza: Mana la perginya nenek-nenek ni ye. Dah kurang dah. Dan dengan bersahaja juga Eza memjawab: Dah kurang sebab dah mati dah kot.
Dan kami tergelak berdua. Dan tadi saya tiba ke rumah pada pukul 6.30pm. Sudah pekat malam. Dan sejuk membungkam.
Saturday, February 16, 2008
Diari Seorang Sarah
Alhamdulillah internet sudah berfungsi semula. Terima kasih Asyiq Raffali sebab tolong kami semua malam semalam. Tapi, sekarang saya tidak berlaptop. Laptop saya dihantar kepada seorang kawan untuk diformat semula (bukan sebab rosak tapi sebab saya mahu install Vista English version). Gembira sebab nanti saya dapat gunakan versi English semula.
Tadi saya ada mesyuarat persatuan. Terasa jahatnya saya sebab kerja biro saya banyak yang tidak dapat memenuhi target dan tergendala lagi. Tidak lama lagi sudah hendak Mesyuarat Tahunan dan perletakan jawatan akan dilakukan. Saya sedih! Sebab saya tahu saya tidak memberikan yang terbaik dalam projek yang saya usahakan ketika cuti lepas. Ikutkan hati, rasa hendak menangis. Berkali-kali saya turun naik bangunan Dekan untuk membincangkan hal ini. Tapi sia-sia. Pendek cerita, saya sedih! Sungguh ni. Saya sedih!
Ketika mesyuarat, saya disegaringatkan semula dengan beberapa tugasan yang perlu saya ambil perhatian sebelum berakhirnya penggal saya. Ada dua program yang perlu diambil perhatian (kertas kerja, rancangan rapi dan tidakan susulan). Banyak yang menyebabkan saya tergendala dengan kerja-kerja pengemaskinian ini. Tiada internet buat seketika dan telefon lama dulu rosak dan saya kehilangan banyak nombor penting. Teman sebiro saya pula jauh dari sini. Dan banyak pula masalah komunikasi timbul. Kesimpulannya, saya ada banyak kerja yang perlu saya sudahkan. Saya bukan mengeluh. Tapi dengan menulis di sini, menjadi ingatan supaya saya lebih bersungguh-sungguh menyudahkan dua kerja yang ada ini. Dan sebelum balik bercuti musim panas nanti, (gayanya seperti) ada 1 program yang perlu saya uruskan sebab idea asal datangnya dari saya (uwaaaa). Tak mengapa. Bila ada program besar dalam cuti, baru rasa terisi masa cuti. (Kak Tikah, sila beri tunjuk ajar sebab Akak dah biasa dengan program dengan orang asli semua ni. Saya nak bekerjasama dengan Akak secara total. Saya serius ni. Akak ada banyak link dengan jabatan-jabatan yang terbabit, kan? Harap jadi kenyataan.) Kesimpulan sekali lagi, saya ada banyak benda untuk diuruskan!
Semalam, saya bertembung dengan sahabat saya itu ketika menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Sewaktu terpandangkan mukanya, air mukanya tiba-tiba berubah manis. Tidak keruh dan garang seperti sebelumnya. Memang ketika itu saya sedang tersenyum kecil teringatkan insiden lucu di dalam kelas ketika sedang makan dengan kawan-kawan. Jadi, seolah-olah saya telah memulakan proses damai itu. Dan ketika hendak pergi menemui pesakit, kami berbual sedikit. Sedikit saja. Tapi setidak-tidaknya, kami sudah boleh berbual, kan. Ya. Saya gembira dengan dinamika positif ini. (Saya rasa, dia mungkin membaca tulisan saya yang dulu.)
Pagi tadi saya mengemas-ngemas dua buah rak buku saya. Penuh dengan buku. Sampaikan saya tepaksa mengalihkannya ke dalam dua buah kotak (ikea yang lawa) supaya fail-fail dan buku-buku perlbagai disiplin itu tersusun rapi. Senang saya hendak ambil dan senang juga adik-adik rumah ni hendak mencari nota saya. Hehe. Saya ni bank nota. Ketika mengemas, saya terjumpa diari/buku lama yang saya coretkan kisah-kisah menarik dalam kehidupan di tahun 2 dalam bentuk cerpen. Saya baca semula kesemua cerita yang ada. Ada 17 buah! Dan ada banyak kisah saya dan sahabat saya itu. Nanti kalau saya rasa baik hati, saya kongsikan kisah-kisah yang ada ya. Tapi ada ke yang nak tahu kisahnya? Macam tak menarik je kan.
Friday, February 15, 2008
The Phenotopic Trait
In the metro:
SMS #1:
Sender: Happy Valentine's Day Sarah! --<@
Sender: You are Sarah Pang, aren't you?
Me: Hihi. Am Sarah 5th year :)
Sender: Ouhh.. Sorry Sarah. I must have been confused :p
In the very same metro:
SMS #2:
Sender: Hey. Come to see your cute daughter! Since you came back here, she started walking already. She's cute, even cuter by now!
Me: (Eh, bila pulak saya ada anak ni??)
SMS #3:
Sender: Anyway love, Happy Valentine's Day. I love you for the love we share all this while. Ops. We have the prayer at 10pm every night in my room. Hope to see u there love.
Me: (Aik. Berapa orang nak ucap Valentine's apa kejadah ni kat saya pagi-pagi ni? Sembahyang apa pulak pukul 10 malam?)
Me: (reply) Am single and not even a divocee. Erk.. What daughter did you mean? Hehe.
Me: Did u mean it for Sarah Pang? Am not her :)
Sender: Oh! Sorry sorry sorry! I really was mistaken by names. Ouch!
In my uni, there are 6 Sarahs which are relatively 1 from each year. The most senior is supposedly known as Sarah Senior. I am the 2nd. So called as KS or Sarah Shukor. The next is known as Sarah Karaoke. That is Sarah Pang. She won the Open Karaoke Competition organized by Malaysian Students. The 4th Sarah is Sarah Aqilah. A 3rd year student. Well known as Sarah Hatim. Hatim is her best friend here. Wherever they go, they will be together. The 5th Sarah is known as Sarah Junior. She is a mixed Mamak girl. So people address her as Sarah Mamak. But I don't give a bright to call her with such name. I always address her as Sarah Pushkin for the fact that she's staying in Pushkin Hostel. And the last Sarah is Sarah Chinese. I don't know her full name. So, I simply address her that way. A 1st year freshie.
Would this phenotopic trait continue to last for the next few years? Let's wait and see. What I want to highlight here is, Sarah is a universal name. Is not it? :)
And what I wondered most when recieving the 1st SMS was: Hey, who wanna play jokes on me wishing Valentine's very early in the moning? Ehem. Sorry Encik. I do not celebrate Valentine's.
Note 1: I am extremely busy at the moment. Sad :(
Note 2: Internet connection is &^$%&(*&%#@* still. (Sekarang ni pun chori-chori chupke-chupke line budak laki. Ahaks)
Wednesday, February 13, 2008
Kehilangan
Dulu saya pernah ada seorang kawan baik. Yang sangat baik, rapat dan memahami. Sejak tahun pertama, itulah orang yang paling saya percayai di sini. Sewaktu cuti musim sejuk tahun kedua, itulah teman saya belajar secara maksimum untuk persiapan peperiksaan Anatomy. Dan begitu juga sebaliknya bagi dia. Berkongsi nota, menegur kalau malas dan mendengar bebelan saya adalah perkara lumrah kalau dia buat perangai.
Di saat duit JPA masuk lambat, kami pernah berkongsi duit mana yang ada (emak masukkan duit untuk saya) dalam tempoh hampir sebulan. Sama-sama ke pasar membeli barang dan memotong perbelanjaan bulan itu untuk berjimat. Susah senang bersama-sama pada waktu itu.
Ketika saya menyewa di luar, dialah teman yang paling banyak menolong ketika saya susah. Banyak betul dugaan ketika di tahun tiga. Tapi seronok. Susah senang itulah yang membuatkan saya menghargai dia sebagai sahabat baik saya di sini. Hampir setiap hari akan bergayut di telefon menceritakan 'perkara terkini' dengannya. Macam-macam terma yang kami cipta yang hanya kami fahami. Botol, Daging, Ikan, Air, Hot-hot eh dan macam-macam lagi. Lucu sungguh. Dia pandai dan rajin memasak. Kagum betul saya. Jadi, selalulah saya dapat makan apa-apa yang saya hajatkan (sebab dia bagi peluang saya membuat permintaan). Roti canai, murtabak, popia dan macam-macam lagi. Oh ya. Kami berdua pernah terkenal sebagai pembuat kuih cek mek molek seawal kedatangan kami di sini! Dulu, jika saya buatkan roti canai, dia akan buatkan kuahnya. Semua tahu, kuah dalnya sangat sedap.
Mulai tahun keempat, tidak tahu di mana salah silap hujung pangkalnya, kami mulai menjauh. Jika sedikit tak mengapa saya rasa. Tapi ini terpisah yang bagaikan ada tembok tinggi. Sehinggakan, jika kami bertembung mata dan mata pun ibaratnya satu perkara janggal. Inikan pula berborak mesra.
Jujurnya, saya sedih. Saya sedih bila dia sakit, saya tidak meletakkan haknya sebagai sahabat pada tempatnya. Saya sedih sebab persahabatan kami ibaratnya sudah tidak wujud langsung. Dan saya rasa seperti mustahil untuk dapat menyambung kembali persahabatan seperti dulu.
Aduh. Melankolik pula cerita kali ini. Sebenarnya saya tidur awal malam tadi dan bangun pagi ini, saya teringatkan dia. Sebenarnya dari semalam saya asyik teringatkan kisah persahabatan sekerat jalan ini. Saya fikir-fikir semula di mana silapnya. Tapi tak tahulah pada siapa dan di mana punca semua ini terjadi. Benda dah nak jadi, tak dapat buat apa juga kan.
Tapi, memang lumrah kehidupan, tak semuanya kekal sampai bila-bila. Berhadapan dengan kehilangan adalah sesuatu yang perlu kita hadapi dengan kuat hati. Biarpun sekarang kita rasa kita sudah berada dalam zon selesa kita sendiri, bersiap sedialah menghadapi sebarang bentuk kehilangan yang bakal mendatang lagi.
Saya juga sedang mempersiapsediakan diri untuk rasai kehilangan lagi...
Sunday, February 10, 2008
Moskovskaya Metropolitena
Moscow Rapid Transit System (Metro) adalah pekhidmatan pengangkutan yang paling penting di bandaraya ini. Mempunyai 11 jaringan laluan yang menghubungkan seluruh pelosok kota ini, jaluran-jaluran ini dikenal pasti berdasarkan warnanya yang berbeza. Sebagai contoh, jaluran pertama lebih dikenali dengan nama Jaluran Merah (Krasnaya Linia atau Red Line). Daripada 11 jaluran ini, 9 jaluran adalah jaluran panjang dan penting dan 2 lagi adalah jaluran pendek.
Menurut laporan The Moscow Times di penghujung 2007, purata 2.3 juta warga Moscow menggunakan perkhidmatan Metro pada hari-hari bekerja. Memang tidak dinafikan, setiap pagi Metro memang padat dan sendat namun tiada apa yang dapat menyebabkan perkhidmatannya menjadi lambat sebaliknya sentiasa tepat dan sangat cepat. Bagi insan kecil seperti saya, menjadi mangsa penyekan orang adalah biasa. Tetapi untungnya, jika saya tersepit di celah-celah orang ramai yang sedang berdiri, saya tidak perlu risau jika tidak dapat berpaut pada tempat pemegang. Sesungguhnya badan orang di sekeliling saya adalah dinding lembut yang boleh saya bersandar jika saya hampir terjatuh. Jadi kebiasaannya, saya perlu memasang kuda-kuda seperti hendak bersilat supaya tidak terjatuh ketika berdiri di dalam metro yang bergerak laju.
Walaupun saya selalu memilih untuk berdiri dan bersandar di pintu belakang yang tertutup, tetapi saya kerap ditawarkan tempat untuk duduk. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Mungkin bagi mereka, saya ini kanak-kanak sekolah yang terpaksa ke sekolah bersendirian pada waktu pagi. Untung menjadi orang bersaiz kecil ini. Jadi, saya boleh duduk membaca. Atau, kalau tidak cukup tidur pada malam sebelumnya, perjalanan ke hospital yang jauh boleh digunakan untuk mengqadha' tidur dengan nyenyaknya.
Sistem tiket yang kami gunakan adalah kad metro yang perlu diaktifkan dengan membayar secara bulanan. Istilah lainnya adalah top up. Kali pertama saya tiba di sini dahulu, bayaran top up bulanan hanyalah 65 ruble sahaja. Itu pada tahun 2003. Setiap kali tahun baru menjelma, harganya semakin naik. Kini pada tahun 2008, harganya ialah 180 ruble. Hampir 2 kali ganda daripada harga dulu! Kad ini mempunyai cip di dalamnya. Menggunakannya sama seperti menggunakan kad sentuh dan lalu (touch 'n' go) di Malaysia. Tapi yang lebih istimewa, pada kad tersebut ada gambar dan butiran ringkas pemiliknya.
Di bawah ini ialah laluan setiap hari saya ke hospital. No. 1 ialah stesyen di mana letaknya International Hostel Spartivnaya. No. 2 ialah tempat saya melakukan pertukaran laluan metro untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan hospitalnya terletak di No. 3. Untuk hari Selasa, Khamis dan Sabtu, tempat pertukaran adalah di No. 4 dan hospitalnya terletak di No. 5. Sangat penat! Ini belum termasuk jarak menaiki trolley bus atau tram dan jarak jalan kaki.

Motivasi ke-2: Boleh kuruskan badan. Hooray!
Wednesday, February 06, 2008
Hidup Baru
Saya kira ini entri terakhir saya sebelum kelas bermula hari Jumaat ini. Tiada apa yang hendak saya katakan cuma mulai Jumaat ini sehingga bulan April nanti, saya tidak akan ada banyak masa untuk menulis di sini. Jadual saya padat. Di bawah ini ialah jadual Tahun 5, Semester 10 untuk group saya, Group 6. (Saya buka dan download dari website MMA, dalam Bahasa Rusia. Mungkin kamu tak faham. Boleh klik untuk gambar yang jelas).

Yang saya gariskan hijau ialah subjek-subjek untuk bulan Febuari dan yang digariskan dengan warna merah adalah subjek-subjek untuk bulan Mac. Ke semuanya terletak di hospital yang berbeza dan jauh. Seawal 7.15 pagi saya perlu bertolak dari rumah. Sepanjang Febuari (Infectious Diseases dan Traumatology), kelas bermula dari jam 9 pagi sehingga 2.30 petang. Hanya akan tiba di rumah sekitar jam 4 petang. Beginilah setiap hari termasuk Sabtu. Sepanjang Mac pula (Pediatric dan Psychiatry), kelas setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Alhamdulillah tiada kelas pada hari Sabtu. Dan ada 7 disiplin mempunyai Final Exam untuk sem ini!!!
Tinggal dulu ya semua. Jaga diri, jaga iman. Kamu semua sentiasa di hati saya :)
Motivasi: Setahun je lagi nak habis, Sarah!
Rabbi yassir wala tu'assir... Wahai Tuhanku, Kau permudahkanlah dan jangan Kau susahkan... Amin.
Tuesday, February 05, 2008
Nota Kecil Di Bangunan Dekan
Semalam saya berjaya mendisiplinkan diri untuk bangun awal pagi seperti hari lazim ke kelas. Tepat jam 6.15 pagi, jam yang dikunci pun berbunyi.
Pagi masih gelap. Tiba-tiba saya mendapat mesej daripada seorang kawan. Katanya mahu berjumpa dengan segera di lobi bangunan dekan yang terletak di Trubetskaya Street. Tidak jauh dari rumah. Kurang lebih 10 minit saja berjalan kaki. Saya bersiap pantas. Melihat suhu Moscow di internet. Tidak sejuk. -2'C saja. Saya hanya mengenakan blaus biru muda dan tudung biru putih dan disarungkan dengan kot labuh hitam separas lutut. Cukup.
Tibanya di sana, saya melepasi pintu kawalan keluar masuk pelajar. Selepas menunjukkan pas pelajar, mata saya melilau melihat sekeliling lobi. Kawan itu tiada. Saya terpusing-pusing di tangga utama menuju ke Dewan Persidangan Saintifik di tingkat satu. Tak semena-mena, saya didatangi seorang pelajar tempatan yang bertanyakan nama saya. Selepas saya mengiyakan nama saya Sarah, pelajar tahun 5 dari Malaysia, pelajar itu menghulurkan sekeping nota kecil. Katanya, nota buat saya.
Sarah,
Saya tunggu dalam Conference Hall.
Cepat. Nanti awak lambat.
-Kawan-
Saya pelik. Lambat untuk apa pula? Saya tetap mendaki tangga menuju ke dewan itu. Dari jauh saya lihat pintu utamanya yang di hadapan, di sisi kanan dewan terbuka luas. Dari situ, orang di luar boleh melihat pentas dan layar di hadapan. Sebaik tiba di situ, saya tercegat. Melihat satu susuk yang sedang hebat membuat pembentangan di atas pentas. Lengkap dengan sebuah laptop, LCD dan layar putih yang memaparkan projek pembentangan. Dia kelihatan kemas dan bertambah hebat dengan mikrofon yang sedang dipegangnya itu.
Iya. Itu kawan saya. Yang tadi dicari-cari. Berkemeja ungu gelap. Bertali leher kuning cair yang cocok dengan kemejanya. Saya terpegun melihat pembentangannya dari luar dewan. Ya Allah. Hebatnya dia... Siapa-siapa sajalah aku ini Ya Allah... Siap dengan tajuk besarnya tertayang di skrin itu: 'To Expedite, Confirmation, Maintainance and Follow-Up Projects'. Saya terasa kerdil berdiri di situ.
Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi. Saya laju mengeluarkannya dari poket dan membuka membuka lipatan flipped phone itu. Nyatanya, setelah menekan satu butang, bunyinya berhenti. Tapi saya tidak mendengar sebarang suara apatah lagi berbual. Yang dapat saya lihat, jam digital pada telefon berkelip-kelip menunjukkan jam 7.15 pagi.
Ya ampun! Saya bermimpi rupanya! Jam 6.15 pagi tadi saya telah terbangun seperti biasa tapi kemudiannya tertidur semula. Hanya saja apabila alarm kedua yang saya setkan pada jam 7.15 berbunyi, baru saya tersedar sepenuhnya.
Logiknya juga, universiti saya masih bercuti. Sangat jarang ada pelajar berlegar-legar di lobi bangunan dekan. Keduanya, universiti saya sebuah akademi perubatan sepenuhnya. Tiada kursus selainnya ditawarkan di sini. Tetapi pembentangan kawan saya itu berkisar tentang bidang kejuruteraan. Dan ketiganya kawan saya itu di Malaysia. Bukannya di Moscow ini.
Kesimpulannya, lain kali terus bangun apabila alarm berbunyi. Jangan snooze. Kelas sudah hampir bermula semula. Bahaya amalkan snooze alarm dah lepas ni. Faham tak, Sarah?
Uwaa... Mimpinya rupanya saya pagi tadi! Oh, hati. Rindukan Malaysiakah kamu? Titik, titik, titik.
Monday, February 04, 2008
Dunia Saya
Subuh pagi tadi, bumi di luar bagai hamparan permaidani putih. Serba putih. Salji turun dengan lebat tapi halus-halus saja butirannya. Sekitar pukul 10.30 pagi, tiba-tiba matahari menerik. Terik sungguh. Sehinggakan keping-keping salji dibirai atap jatuh mencair. Dan salji di langit luruh sebagai hujan. Bumi basah. Saya terasa panas kerana baru sudah bersenam. Membuat regangan ringan saja. Tapi gembira melihat ada terik kuning masuk ke bilik.
Jam 11.30 pagi, saya duduk di meja. Membaca buku dan makan biskut. Biskut Fitness. Tekak mahukan nasi lemak. Tapi siapa yang rajin mahu masak? Saya tersenyum membaca kisahnya Khairul Azzam. Untung Ayatul Husna punya abang sepertinya. Saya tiada abang. Jadi saya cemburukan Ayatul Husna. Boleh tak begitu?
Saya toleh memandang tingkap. Langit luas melaut. Langit hari ini sangat biru. Oh, hati saya gembira. Sudah terlalu lama tidak nampak rona biru terang di langit. Ada tompok-tompok putih juga. Cantik. Lama juga saya memandang langit tanpa menyedari air di dalam gelas sudah menyejuk.
Saya tarik gelas mampir ke diri. Saya pusingkan badannya. Ada gambar empat ekor anak kucing comel. Padanya tertulis:
Dlya tebya, s lyuboviyu... Buat kamu, dengan penuh kasih...
Saya tersenyum. Dan terus tersenyum. Ironinya, gelas ini dibeli sendiri, bukan dihadiahi :)
Sunday, February 03, 2008
Bila Kad Dan Buku Bertemu
Assalamualaikum wbt
Dua hari lepas, saya terkejut menerima dua kiriman. Satu dari Malaysia dan satu lagi dari Indonesia.
Kiriman pertama adalah daripada Rynn Arunak Arina Ku Sayang. Sekeping Kad Hari Lahir yang beralamat dari Kuching, Sarawak. Terima kasih banyak-banyak Ryn! Saya sangat suka kata-kata dalam kad tu. Terharu. Pasal nombor yang ditunggu-tunggu, nanti saya SMSkan ye. Terima kasih Ryn Ku Sayang!
"Red roses to keep you warm with love, pink roses to wish you all the happiness in th world and peach roses to say thank you for being a great friend. I've more roses for you. And these are white - so full of reverence and such a heavenly sight."
Kiriman kedua pula adalah sebuah bungkusan kecil. Pada mulanya saya tidak dapat mengagak siapa pengirimnya. Tetapi sebaik melihat kandungannya, saya menjerit gembira kerana saya mendapat novel Ketika Cinta Bertasbih 2! Dan sungguhpun tiada nama pengirim disertakan (nak rahsia-rahsia kot), tapi melihatkan tulisan tangannya saja saya sudah tahu siapa itu. Terima kasih Isa Azzaki! Sangat gembira dan terharu dengan tanda ingatan dari awak ni. Saya ada kirim SMS untuk maklumkan bungkusan sudah selamat diterima tapi saya rasa awak tak dapat SMS tu sebab saya tak dapat sebarang delivery report pun. Huruf S dan Z awak agak unik. Jadi saya cam tulisan tu. Apa-apapun, terima kasih Isa! Untuk pengetahun semua, ini buku keempat yang saya terima daripada Isa. 3 yang lain ialah Ayat-ayat Cinta (versi Indonesia), Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Suzana (novel pembangunan jiwa di Malaysia hasil tulisan ayah Isa sendiri). Kesimpulannya, Isa memang baik!!!!!!
"People are like stained-glass windows. They sparkle and shine when the sun is out but when the darkness sets in, their true beauty is revealed only if there is a light from within" [Elizabeth Kubler Ross : 1926-2004]
Kaut rumput kemuncup tersisih,
Semalu mendiam lalang memanjang,
Kukenang kuucap terima kasih,
Sepanjang hayat akan kukenang.
Bila kad dan buku bertemu, saya benar-benar terharu!
Selamat Hari Lahir yang ke-21 buat Fatini Najwa (Housemate). Fatt, meriah sungguh malam ni bila Shaun, Khairul, Shashi, Reza, Ika dan Arzilza datang kan. Semoga hidup kamu diberkati Allah.
Nota: Fareena, siap kamu ye. Ada ke patut dia kata bunyi huruf S yang Mouth (One Tree Hill) sebut macam saya. Aiishhhh... :
Friday, February 01, 2008
Kita Ini Manusia
Bangun dari tidur pagi tadi (31 Jan), saya sedar saya sedang memegang Ma'thurat saya. Tenangnya hati pada waktu itu. Saya menghabiskan 2 jam tengahari tadi menghafal semula jenis-jenis rawatan untuk beberapa penyakit. Senangnya ilmu masuk hari ini. Macam air mengalir. Kemudian saya berehat sebentar dengan membuka beberapa blog kawan-kawan.
Saya terpempan membaca perkongsian yang ditulis oleh Hidayat. Tidak pernah saya membayangkan seperti apa yang diceritakannya ini. Bacalah coretannya kali ini. Moga-moga kita dapat menilai semula diri kita. Ya. Kita manusia memang tidak pernah lari dari salah dan silap tetapi kita tidak pernah terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dan selepas membacanya, saya terfikir apalah agaknya yang kamu semua dan rakan-rakan, baik yang sekarang mahupun kawan-kawan lama fikirkan tentang saya. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas segala salah silap, bahasa yang kasar mahupun tindakan yang tidak menyenangkan yang pernah saya lakukan. Maaf dengan sangat.
Semalam 31 Januari 2008. Hari penyudah bulan Januari. Juga hari bersejarah buat seorang insan yang cukup penting dalam hidup saya. Kak Nuranisa Anuar. Seorang senior yang saya kenali sejak zaman sekolah dahulu. Yang sudah saya anggap seperti kakak kandung. Ketika saya masuk ke KISAS, Kak Ani sudahpun tamat SPM. Kami menjadi rapat kerana Kak Ani datang membimbing pasukan bahas ketika itu.
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-25 buat Kak Ani. Semoga redha Allah sentiasa bersama Kak Ani. Juga Selamat Bertunang buat Kak Ani dan Abang Ewan. Semoga impian Kak Ani dan Abang Ewan untuk hidup bersama dipermudahkan Allah. Nasib baik majlisnya bulan Ogos nanti. Kalau tak, saya merajuk tau Kak Ani. Nampaknya ada 2 walimah orang penting dalam hidup saya yang akan saya hadiri ketika pulang nanti. Walimah sahabat baik saya Faaiqah dengan pasangannya (juga sahabat saya) Saufi dan walimah Kak Ani dan Abang Ewan. Gembira betul saya. Mereka berdua inilah penyimpan mohor-mohor besar untuk diri saya. Sekarang tinggallah saya seorang nampaknya.
Dan pada hari ini pula (1 Februari), Selamat Hari Lahir yang ke-13 buat Adik Azizi. Ngah doakan Zizi diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan dipanjangkan umur. Macam yang Ngah mesejkan pada Zizi, semoga Zizi jadi anak yang baik, tak tinggal solat, tak melawan kata dan rajin belajar. Ngah gembira dengar Zizi suka kelas baru Zizi ni. Walau macam mana sekalipun keadaan Zizi, Ngah sayang Zizi. Sayang dengan sangat.
Salam maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang saya bernama Sarah buat kamu semua. Salam sayang buat Kak Ani sepanjang saya bergelar Aya dalam hidupnya. Dan salam rindu buat Adik Azizi sepanjang Ngah menjadi kakak buat Zizi.
____________________________________________________________
Hari buat dia:
85) Petikan dari Ma'thurat - Ya Allah, aku terjaga (atau tertidur) olehMu dalam nikmat afiah (keselamatan dari bencana) dan terjaganya dari rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku. Maka sempurnakan nikmatMu, afiahMu dan penjagaanMu itu ke atasku di dunia dan di akhirat. Doa ini cukup memotivasikan hari dan tidur kita. Semoga Ma'thurat terus menjadi amalan kita semua. Motivasikan diri kita untuk rajin mengamalkannya.

