Assalamualaikum wbt
Sudah lama sebenarnya saya hendak ketengahkan isu ni. Tapi ada saja halangan atas tuntutan isu lain yang menjadi perhatian sampingan.
Lebih kurang 2 minggu lepas, saya ada bersembang dengan seorang kawan yang kini di UIAM. Hentah dari mana angin ributnya, perbualan kami mengungkit kisah zaman kanan-kanak. Lebih spesifik, tentang permainan tradisional atau permainan rakyat yang sering menjadi pilihan kami suatu waktu dahulu.
Tapi setelah dinilai semula, bukan semua permainan yang kami senaraikan bersama adalah permainan tradisional atau rakyat. Ada juga di antaranya merupakan permainan kanak-kanak yang baru direka.
Jom kita lihat senarai pendek yang terlintas di kepala saya di saat ini.
Permainan rakyat:
1. Batu seremban
2. Congkak
3. Layang-layang/Wau (!)
4. Pukul berapa datuk harimau
5. Sang kancil
6. Rumah batu/Jingkit-jingkit
7. Laga semut hitam
8. Nyorok-nyorok
9. Main masak-masak (pondok-pondok)
10. Tuju selipar (Baling selipar dan dirikan semula binaan selipar itu! Orang dulu-dulu tuju sabut je tau!)
Ah... Panjang sangat senarainya nanti.
Ok. Kita lihat pula beberapa contoh permainan kanak-kanak yang boleh dikatakan baru dicipta oleh anak-anak zaman 80-an (termasuklah saya!)
1. Tudung botol (siap dengan skill-skill terhebat!)
2. Tayang (nama lain bagi Galah panjang)
3. Polis santri
4. Coca-cola aiskrim soda
5. Da da si, sida sida da si (hehe)
6. Cuit tiang
8. Rounders
9. Main jentik pen (yang kena sampai ke hujung kertas untuk kalahkan lawan)
10. Lawan pemadam
Sangat kreatif kanak-kanak dulu kan? Kalaulah diberi peluang untuk bermain, permainan mana yang terlintas di hati untuk anda semua bermain semula?
Kalaulah saya, saya teringin sangat nak main tuju selipar. Dalam keluarga di sebelah Pahang, taburan cucu perempuan lebih sedikit daripada cucu-cucu lelaki. Tapi setiap kali kami semua berkumpul (kerap juga bila semuanya pulang ke Rumah Putih Di Atas Bukit), tuju selipar akan menjadi permainan rasmi kami semua. Lebih menjadi nostalgia, pasukan kami cucu-cucu perempuan ini yang selalunya menang! Sangat tak feminin kan? Lari ligat mengalahkan yang lelaki. Tapi tak kira. Demi dapat ikut pergi mandi dan berkelah di sungai, kami mesti menang waktu tu. Hehe.
Buat cucu-cucu Tok Halimah, baik yang di luar negara, di Malaysia, sedang buat preparation course, di sekolah menengah dan rendah dan juga semua emak dan ayah saudara, baik yang engineer, lecturer, chef, cikgu, businessman dan apapun jua, ingat janji kita semua sewaktu raya tahun 2000 dulu! Revenge game mesti dilaksanakan. Hehe.
Apa permainan pilihan anda semua dulu ye? =)
(Tadi ada yang YM saya, tanya pasal entry ni. Kesinabungan entry Bahasa Pahang kah? Jawab saya, bukan. Ini entry Kita Anak Malaysia)
______________________________________________________________
Hari buat dia:
5) Kadang-kadang selepas panas dan terang yang panjang, Allah datangkan kita hujan dan ribut. Kita sedih kerana matahari kita hilang sebentar. Jangan bersedih. Kerana selepas hujan dan ribut itu, Allah nak hadiahkan kita pelangi.

21 comments:
5. Da da si, sida sida da si (hehe)
tak pernah dengarlah. mainan apa erk?
saya punya zaman 1989.. sedo2 dh main game mario .. n seakan dgnnya.. waduh.. ade main pasir.. huhu, smpi abih kaki nih..
teng-teng takde ke? (betul ke eja nih)
a'kum sarah,
Eheheh mimi dulu memang la kuat main jingkit2(ting2 kan tu?) cop tiang, seremaban, nyorok2, balikng selipar.
Favourite dulu, lompat getah..Ala..yg lompat sampai satu jengkal atas kepala.Kalau masa sekolah rendah dulu tak sabar nak rehat.sebab nak main!
kakak sarah oh kak sarah..maen getah not included ker???haha..cuma tringat jer kat kwn2 sy yg lelaki pon sama naek jer maen getah...klu kat kelas xde kerja men pemadam gak smpi cikgu rampas koleksi2 pemadam2 yg ada gambar bendera negara2 luar..hahaha..tula zaman kanak2 zaman paling best..carefree..tp skrg dak2 millenium baru ni men komputer ngan playstation jer reti..rindunyeeee..nak jd dak kecik balek leh x?????hehehe
Salam,
1)Radin:
Tu main lawan ibu jari tu. genggamkan tgn kita dgn tgn kwn kita tu, then ibu jari kena try tangkap ibu jari dia. da da si sida sida dasi tu lagu yg kita nyanyi wkt tgh nak 'makan' jari dia tu. hihi. nmpk mcm budak2 sgguh kn. teng teng tu jingkit-jingkit la. atau rumah batu.
2)Mimi:
kita sebaya ke mimi? sbb main cop tiang ni budak2 baya2 kita je yg sempat n famous time drjh 3-6 dulu2. sy plak dulu x sabar tggu time balik sbb ayah jemput lambat./ so sure sempat main cop tiang or tayang. adui. bestnye teringat zaman2 kanak2 neh.
3)Nabilah:
KS pun overheated dlm bilik neh. diorg sume x de ni. gi housewarming rumah kak zah tourism. sunyi je rumah ni. ok ok la. ks terlupa psl main getah tu. so kita includekan main getah kt kategori permainan yg baru dicipta oleh budak2 batch 80-an (kita le tu). atau nama lainnya org panggil zilofon kan? dulu sampai mak pun marah jgk sbb sanggup kumpul duit belanja sbb nak beli getah gelang. mak dah la cikgu. anak sendiri plak duk beli getah bawak gi sekolah. nasib baikla ks x sekolah di sekolah mak tu. klu x, sian mak. nab, jom kita beli getah main petang2 kt bawah? klu time exm ni biasanya nmpak org rollerblading, jom kita main getah jom.
salam. zaman akak dulu akak tak men bingo ke? haha. tu femes time kitorg dulu tu. okla.menjawab soklan akak, kalau diberi peluang lg, sy tingin nak men todong oren! bleh tunjuk skill cekup arab, cekup bintang, cekup segala cekup. then tunjuk skill kt nak jentik utk susunan bunga, jentik utk susunan jamban n mcm2 lg la. akak tau ke abenda sy merepek ni?
mane ade kalah la... :P
1 lagi permainan traditional yang awak lupe ketengah kan...!!! ingat tak?
Prince of persia!! Running on Microsoft Windows 3.11 (on fifth-generation x86 architecture microprocessor PENTIUM MMX!!!! hahahaha)
1. satu hari, cikgu saa'ri berkata kepada murid-muridnya;
"berikan 1 contoh permainan tradisonal org melayu"
seorg anak muridnya bgn, lalu menjawab:
"aci ligan (main kejar-kejar), cikgu!"
2. dulu suka main baling2 selipar dgn alif-alif yg lain. tapi ada alif yg baling dgn terompah. maka, pecahlah bibir saya.
3. sebab dulu suka main polis sentri, kini sy dapat bermain touch rgbi dgn agak baik.
4. kalau nak buat Revenge Game tu, saya nak join, walaupun saya bukan cucu Tok Halimah. bolehkan? (anggap saye imported player aa)
sekian. majulah permainan tradisional utk negara.
saye main byk bende..
darjah 1-3 : main lari2 dgn lompat getah
darjah 4-6 : main getah, tutup botol, uno card, 'satu lubang tikus', donkey card, 1 happy family, batu seremban, lawan pemadam, ape lagi ntah..
saya sgt suka main waktu kecik dulu. tambah2 ada kakak ramai, maka kami pon main bersama - sama.. lagi satu, dulu saya suka main panjat2 pokok (ni termasuk skali ke?hehehe..)
bile dah naik ting.1,saya dh dok hostel, hanya sempat main netball, volleyball n ping pong je.. sumer permainan tradisional dh x main dh..nk jd kecik balik gak!!!
4)Dr Kurus:
Ni Judin ke sape ni? ke Nazlin? ke Baiz? hahahaha...abis sume yg kurus2 akk senaraikan neh. kurus pn kurusla. asalkn sehat walafiatkn. ooo BINGO! haah. haah. wkt drjh 6 sokmo main. sampaikn cikgu english marah sbb kitorg bukannya main bingo english. tp malay. huhu. betul sgt tu. akk tau segala jebis cekup tu. cekup arab tu klu dpt tangkap semua 5 tudung oren tu dpt 10. klu cekup bintang tu plak siap kena pusing liang lintukkan tangan lg tuh. adui. x tahan!
5)Adnan:
Eh, mmg korang kalah ye tuju selipar tu. jom revenge nanti. haha. prince of percia tu x ramai tau kot (lainla klu ada puteri eleena n megat2 sume tu. rumah diorg pn ada game ni). x semua tau game ni. tp ye x ye jgk eh. disebabkan ke-hightech-an ayah, kami ada PC sejak zaman awal PC-PC segala mcm ni. game prince of persia ni mcm aladin! sorg laki kena selamatkn puteri yg dlm kurungan. addicted sungguh dulu =p rebut2 lg tu dgn adik2. hehe
6)Alif Anwar:
1. oo..aci ligan ek nama lain dia. ligan tu tau la jgk sbb bahasa utara kan ligan tu lari. hehe.
2. Masya-Allahu ya rabbi. Terompah tu. Dahsyat.
3. Ada guna jgk kn latihan wkt kecik dgn polis sentri ni.
4. jom-jon. lagipun nama alif2 di rumah kamu tu semua cukup syarat utk gantikn adik2 akk klu2 diorg x boleh main. aiman kn patah tgn. azizi plak x leh lari sgt. adnan ntah2 tgh practical di mimos lg so x leh balik (huhuhu.marah nan baca ni). Adlan pulak di terengganu. ok set. kamu boleh dtg main =)
7)Wani:
ya allah. banyaknye kamu main nih wani. lasak ya rabbi nih. yg x tahannya, uno card tu. wkt 1st yr kt sini, winter teruk time tu. kitorg nak kuar hostel pn malas wkt tu (pushkin hostel). alih2 duk memerap d bilik study ramai2 main uno card. mcm zaman bdk2 dulu. sonok! haah. lg 1 permainan tradisional kita: lubang tikus! patutla sgt terer pingpong ye. dr lower form!teruskn aktif dgn sukan. majulah wani utk MMA. :D
i was the batu seremban champion back during my primary school time as well as champion among my neighborhood of my age.
=)
ada hajat mau lawan ka..? =P
masa kecik2 selalu main konda-kondi sbb duk ngan arwah tok, tinggal dalam kawasan sekolah..
masa sekolah rendah selalu main rounders.. time rehat x penah miss..
masa sekolah menengah selalu main mata.. ops.. takde dalam senarai.. kehkeh..
oh oh! sy juga main prince of persia.. ada minum2 potion.. silap minum mampos, racun!.. heheh.. pastu lompat2.. silap lompat jatuh bertingkat2.. kat bwh siap ada duri tajam.. adeh.. mati tercucuk.. kehkeh.. selalu berebut ngan sibling gak dulu..
Salam..
Erm, menarik...
saya mmemang tgh nak cadangkan untuk Kumosc games next year...
lagi2 yg tuju selipar tu..
:)
8)ak47:
i wonder where's the other 0.5 of yours? dh hilang semula ka ur other half tu? waa...juara batu seremban na. jums! kita lawan 1 hari nanti =)
9)Dr. Am:
haa..puas sy cuba ingatkn game tu punya name. yg cungkil kayu tu tinggi2 then ketuk dgn kayu lg 1 tu kan. konda-kondi! puas tny rumet apa nama game tu. diorg x tau. budak bandar. hehe.kita ni budak kampung.
yup. rounders dulu sy main sbb join adik2 sy yg laki ni gi main kt padang sekolah sebelah rumah. x feminin sungguh. =p
main mata tu x leh nak cakap apa da. tu penyakit keturunan kot dr. am. hiiii *wink wink*
10)Dr. Am jgk lg:
sangat x sangka ada jgk yg tau game tu! ni yg happy ni! betui2. ada kena minum ayaq dlm bekas mcm labu air tu. silap minum racun. pastu kena cari pedang. kena lompat2 lubang yg kalau jatuh kt bawah tu ada duri tajam. jatuh, mati. then yg sy still ingt lg bunyi pagar dia wkt terbukak. gek gek gek gek gek gek. punya la slow pagar tu nak terbuka. oh, wira baju putih! huhu. sgt happy ada org tau jgk game ni :D
11)Awe:
tuju selipar je ke? batu seremban? tudung oren? galah panjang? sume tu possible jgk tu. sure ramai nak main. kan?
Zero poin pun permainan tradisional gak kan?
sarah,
maybe mi lagi tua kot.U played that cop tiang game masa darjah 3, 4...i main masa darjah 5, 6
12)Bro Mukhriz:
oh..sebutan dia zero point ye? sy pakai sebut silofon je.. x tau pun apa sebenarnye sebutan yg betul. ok ok. game tu duduk bawah kategori game yg dicipta oleh budak2 zaman 80-an.
13)Mimi:
oo ye la kot. tgk profile mimi baru sedar. ok.tukar nama. kak mimi. sy anak thn 85 ;)
Masa kat sekolah aku main guli putih.
Post a Comment