Salam wbt
Setelah seminggu lebih tidak menghubungi keluarga, baik menerusi panggilan mahupun SMS, semalam saya menghubungi rumah dengan sepenuh hasrat untuk berborak-borak bersama emak dan Kak Long. Menurut Kak Long, adik-adik semua telah masuk tidur kecuali Adlan (yang pulang bercuti) berada di rumah Tok, melawat Suffian yang kemalangan kelmarin. Emak pula sedang solat Isyak dan ayah masih belum pulang (seperti biasa, ayah memang busy).
Kak Long menyerahkan telefon kepada emak sebaik setelah emak selesai solat. Dimulai dengan bertanya khabar, kemudian topik perbualan dengan tiba-tiba bertukar kepada topik yang lebih peribadi. Saya pun sudah tidak ingat bagaimana kami tiba-tiba berbincang tentang masa depan. Alang-alang telah dibuka topik ini, saya terfikir untuk mendapatkan pendapat emak tentang dua perkara. Kata orang, soalan-soalan ini hanya orang yang berkhayal saja yang bertanya (baca: Sarah koya).
Soalan 1:
Mak, kalaulah nanti Ngah dah kerja, mak prefer Ngah kerja kat mana?
Pada mulanya emak hanya menjawab emak memang tidak kisah walau di mana saya akan bekerja. Manurut emak, "how far you are apart from home, I know you'll be able to get back home."
Tetapi saya memberikan alasan. Andaikata saya boleh memilih tempat untuk berkhidmat nanti, di manakah kawasan pilihan emak. Selepas saya memujuk-mujuk, akhirnya emak mengeluarkan top 3 pilihannya.
1)Perak
2)Negeri-negeri di utara (Kedah/Penang/Perlis)
3)N.Sembilan
Tergelak besar saya mendengarkan susunan pilihan emak ini.
Soalan 2:
Kalaulah Ngah nak kawin nanti, dengan orang mana yang mak prefer?
Kali ini, emak dengan jelas mengatakan, emak tidak pentingkan asalnya dari mana. Yang utama adalah, carilah yang memahami agama. Biar nanti tak hilang arah hidup berkeluarga, kata emak. Setuju. Saya sangat setuju dengan pendapat ini. Lagi menurut emak, kalau boleh biarlah saling memahami dengan cukup baik. "Tak kisahlah dia kerja apa. Tapi biar dia faham apa Ngah akan kerja nanti. Tak semestinya same profession will have the same minded. And the same for u. Don't take it for granted. U should understand him more too. Women always demand for love. But men, they need your understanding."
Sedang berbual-bual, emak memberitahu bahawa ayah telah sampai ke rumah. Terus telefon bertukar tangan. Suara ayah ceria, menerima panggilan daripada anaknya yang nakal ini.
Setelah bertanya khabar dan berbincang sedikit isu semasa di Malaysia (perkara lazim kerana ayah sangat informatif orangnya), topik juga beralih kepada kedua-dua soalan tadi.
Soalan 1:
Jawapan ayah setelah tergelak besar:
1)Negeri-negeri di Pantai Timur (Kelantan/Terengganu)
2)Perak atau Negeri-negeri di utara
3)N.Sembilan/Johor
Pendapat emak dan ayah hampir sama.
Soalan 2:
Ayah sekali lagi tergelak. Juga seperti emak, ayah menerangkan bahawa asalnya dari mana bukanlah satu perkara penting baginya. Asalkan ada persefahaman dan ada ilmu agamanya, itulah yang terbaik. Adakah ayah dan emak cuba menyimpulkan, erti sebuah perkahwinan itu terhitung pada tinggi rendahnya persefahaman? Saya terangguk-angguk mendengar kata-kata ayah. Agaknya saya bersetuju. Tapi entahlah. Terlalu subjektif untuk saya katakan.
Bagi soalan 1, saya mempunyai senarai saya sendiri yang telah lama saya fikir-fikirkan:
1)Perak
2)Selangor/Terengganu
3)N.Sembilan
Saya ada alasan tersendiri dengan pilihan-pilihan ini. Yang pasti, semua tempat yang telah saya senaraikan, geografinya bukanlah di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Hati saya masih cenderung kepada bandar yang tenang.
Bagi soalan 2, saya sendiri belum tahu apakah jawapan terbaik. Memang hakikatnya asal tidak menjadi masalah. Tapi (biiznillah), biarlah orang Malaysia (baca: dengan nada malu-malu). Namun, buat masa ini, 'my eternal love' saya hadiahkan khas buat emak dan ayah. Tidak saya terfikir untuk meninggalkan mereka selagi belum tamat belajar di Tanah Tsar ini.
An-Nisa' 4:1 - Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) daripada dirinya. Dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.

15 comments:
Salam. tinggal di perak kah anda? di manakah?
1)Alif:
Salam. Tinggal di Pahang. Tapi simply sbb rasa suka dgn Perak. Tambah2 pulak, emak ayah pernah kerja di Perak dulu. Kak Long pun lahir di Teluk Intan.
Quote-Tapi (biiznillah), biarlah orang Malaysia (baca: dengan nada malu-malu)
hmm aje yang termampu ...
hmmmmmmmmmm.....
bukankah temerloh ada hospital baru? lebih suka untuk berdikari kah?
Perak ?!?!
oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooic no wonder
(long silence)
u know wat i mean, dun ya?
lol
naughty as usual,
xxx
salam KS,
aritu iye iye je kate kat kepala batas, wahahaha.
2)ak47:
hmmmmm juga jawapan dr sy utk kamu.
3)Mama Sarah:
memang ada hospital baru di temerloh. tp background family dikenali. semua kenal. so nak lari dari kebiasaan sikit. lg pun dh biasa praktikal kt sana. so 'larilah' ke tempat lain pulak.
4)Abg Wan:
dont get me wrong!!!!!!!!!!!!!!!!!! sy tak maksudkan mcm yg abg wan faham tu. jauh sgt abg wan melencong ni. ish abg wan niiiiii :(
5)Najib:
klu la kamu, izzat or izyan yg request sungguh, myb akk pertimbangkan (cewah. mcm iye je). tak mau la..org kampung penang pun kenal nnti. mau lari...
serious ngah!!! perak memang besh ngah!!! gi ah kat sane. dats why i joined anak perak masa kat U. ingat dpt pacar "perak"ian tp huk huk... takde hok berkenan ah... takpe!!! usaha tangga kejayaan!!!
erm ada shortlist rupanya...hehhehe
kalo keje perak, keje le kat kuale kangsar. best2
kaklong:
ngah rasa perak tu biasa je. mcm negeri2 lain jgk. cuma yg bestnya sbb.. ntah nak kata sbb apa. tp myb sbb mind setting dr dulu lg kot. nak balik penang je isti lalu perak n diceritakan byk yg best2 tntg perak wkt mak,atah n awk duduk di perak dulu. so terasala yg hati dh jatuh cinta dgn perak. tp bak kata ayah, kalau kena kerja ke sabah sarawak pn ok je. tp 1 day terasa nak keje kt luar plak. wkt smbung blaja bleh usung 1 family gi duk o/c..tingginya angan2!!!
Bro Mukhriz:
sekadar short-list. apa2pun nanti gov yg tentukan. ntah ke manalah sy kena campak nanti..
Alif:
tapi ks terasa nak duduk di teluk intan. kuala kangsar 2nd choice. sbb dulu mak ayah ks duduk di teluk intan. rindu dgn air bandung t.i!!
salam kak sarah
soalan 1. preference tempat keje:
1. Banting
2. Klang
3. Sepang
hehe, sy nak dekat2 ngan umah je..
soalan 2. preference calon isteri:
err, belum bersedia mentally..haha
warx,
errrr physically dah?
-guffawing madly-
xxx
salam
shafiq:
abis tu, physically ready? huhu..mmg sah kamu ni mmg anak mama! jd lah abg cik yg disayangi ramai :p
abg wan:
abg wan pulak mcm mana? klu ada peluang, abg nak ke terus menetap n keje kt sana? kawin n duduk kt sana jgk ke? jawab2..
Salam,I'll strive for it insyaAllah, lillahi taa'la.
Post a Comment