Thursday, May 24, 2007

Dilema Bercuti...

Salam wbt

Study leave dengan rasminya bermula hari ini (May 23rd). Disebabkan 2 malam yang lepas tidur saya sangatlah tidak terurus dek kerana cycle Obstetrics yang akan tamat (pastinya kena submit case report dan get ready for final test to complete our credit hour), maka saya telah memperuntukkan masa 11 jam untuk tidur (baca: qadha' tidur) pada malam semalam. Sebaik bangun dengan segarnya pagi tadi, sejak jam 8.30 pagi saya telah duduk di meja study bertemankan segelas nescafe, roti dan peanut butter blueberry beserta ubat (adui).

Bermula dari detik itu, saya hanya bangun dari kerusi untuk ke dapur membancuh air, ke tandas mengambil wudhu' dan ke ruang tamu untuk makan dengan ahli rumah yang lain. Selebihnya, hanya dengan buku-buku dan nota-nota Topography Anatomy and Operative Surgery saja (TopAn).

Kami makan malam agak awal hari ini. Maklum sajalah. Semuanya lapar kerana tidak mengambil makan tengahari yang sempurna. Sesudah makan, saya mengusung nota-nota duduk di para tingkap, berjemur di bawah terik panas 30'C pada hari ini, dengan niat di hati supaya mata tak mengantuk apabila berada di bawah panas begitu. Sesudah Maghrib berjemaah dan mengaji, saya kembali ke meja dan disebabkan di luar guruh dan kilat pula yang sedang sabung menyabung, fokus otak tidak lagi 100% terhadap nota-nota di tangan. Otak saya ligat menyusun aktiviti ketika cuti di Malaysia nanti (sangat nakal nih).

Apa yang perlu saya lakukan?

Praktikal - Saya ada beberapa tempat pilihan. Sebenarnya saya sudah agak lambat kerana masih belum menghantar surat permohonan tapi saya yakin pasti akan ada jalan penyelesaian.

Pilihan pertama seperti biasa di Hospital Temerloh. Tapi sudah dua tahun berturut-turut saya menyudahkan praktikal saya di sana. Ramai doktor sudah mengenali saya. Saya ingin lari dari situasi 'dikenali' atau 'dicam' oleh mereka. Tambahan pula, Dr. Bahari, Pengarah Hospital Temerloh, merupakan ayah saudara saya (dua pupu emak). Jika tahun lepas denga penuh niat dia meletakkan saya di bawah seliaan Mr. Jeffry, seorang Pakar Bedah merangkap Head of Surgical Department, apalah pula plannya tahun ini. Dan saya juga hendak larikan diri daripada Mr. Jeffry (rujuk
entry dulu). Memang dia 'ganas', merendah-rendahkan kualiti pelajar dari Moscow secara keseluruhannya (walaupun hanya saya seorang saja di situ sedangkan kami semua di sini pelajar JPA dan MARA) tapi akhirnya disebabkan saya menunjukkan prestasi yang terlebih sedikit saja baiknya daripada 3 orang HO ketika di bilik prosedur, Mr. Jeffry telah mengubah persepsinya terhadap saya. Disebabkan 3 alasan di atas, kemungkinan besar Hospital Temerloh bukanlah tempatnya kali ini.

Kedua, Hospital Seberang Jaya atau Butterworth menjadi pilihan saya. Ini atas cadangan emak dan Nan. Saya boleh tinggal bersama tok dan berulang-alik saja dari rumah. Tapi tiada kawan juga yang akan bersama dengan saya. Kalau adapun, bukanlah 'klik' saya. Kemungkinan besar, pilihan ini juga akan saya tolak.

Ketiga, Hospital Serdang. Hospital ini telah bermain-main di kepala memandangkan Nisa (my best cousin, Medic UIA) juga akan bercuti sebentar pada waktu itu. Jika dia mahu, saya boleh mengajaknya praktikal bersama di Hospital Serdang. Tapi malangnya, di saat saya sampai di Malaysia nanti, cutinya juga telah tamat. Pilihan ini juga hampir-hampir saya tolak ketepi. Tapi siang tadi saya online bersama Faaiqah (my best friend, Medic in Cairo Uni, Egypt). Katanya, dia memilih Hospital Serdang. Rumahnya di Bangi saja. Jadi boleh berulang. Saya bersetuju (setakat ini) untuk menyudahkan praktikal di Hospital Serdang dan boleh tinggal di rumah Ayah Long (rumah Nisa) di Seri Kembangan. Kebetulan Nan pula praktikal di MIMOS Bukit Jalil pada waktu itu. Boleh berulang-alik bersama Nan. Selesai masalah. Tapi tetap ada tapi. Saya malas untuk berulang-alik ke rumah di hujung minggu. Tujuan saya balik bercuti pastilah sebab hendak bersama keluarga. Mengapa perlu saya ke Serdang untuk praktikal. Adui. Tak pandai saya untuk memilih.

Jika menurut cadangan ayah, ayah menyuruh saya ke Hospital Jengka. Oh tidak! Sebenarnya Hospital ini tidak tersenarai dalam pilihan saya. Ada dua sebab. Pertama, jarak perjalanan dari rumah hampir 1 jam suku. Pukul berapa saya perlu bertolak setiap pagi? Memandu seorang diri di kawasan felda yang di kelilingi pokok getah dan kelapa sawit lagi. Lemah semangat saya ni jika 'terjumpa' apa-apa. Menjatuhkan lagi semangat saya untuk ke sana. Keduanya kerana di sana ada Dr. Shaffi. Doktor yang pernah menyuruh kakaknya, Kak Ngah Fauziah, menelefon saya satu masa dulu. Oh TIDAK! Semestinya saya jauhi.

Jadi ke mana harus saya pergi sebenarnya? Hospital mana yang terbaik untuk saya? Di hospital Temerloh, hampir semua orang mengenali saya. Baik staf mahupun pesakit. Maklum sajalah. Anak tempatan. Keluarga pula dikenali mereka. "Eh, ni anak Haji Shukor ni", "Laa..Ni kan anak Cikgu Noor ni", "Ni bukan cucu Cikgu Kamaruddin ke?". Mana nak sorok lagi ni?

Boleh tak kalau 'malas' nak buat? Lagipun walau sibuk macam mana sekalipun, tugasan sebagai sukarelawan di Psychiatric Center di Klinik Kesihatan Temerloh pasti akan saya laksanakan. Banyak juga yang dapat saya lakukan di sana. Sudah menjadi kelaziman berkhidmat di situ sejak tahun 2004. Masakan saya sampai hati untuk meninggalkan pesakit-pesakit yang sudahpun mengenali saya di situ.

Atau mungkin saya boleh menjadi pelajar praktikal peribadi kepada sesiapa yang memerlukan saja?
*Sarah berangan*

Hmm... Penat befikir. Rupanya-rupanya berfikir begini lebih penat daripada study ye!

Al-Baqarah 2:216 - Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Saya perlu lebih bijak meletakkan diri dalam situasi rasional agar dapat membuat keputusan dengan lebih baik, tidak terlalu memilih dan yakin bahawa untuk setiap muslim itu, yang terbaik untuk kita adalah apa yang telah terjadi atas kita. Kesimpulannya, di mana-mana hospital pun pasti ada kebaikannya yang tersendiri. Tapi....
_________________________________________________________

Hari buat dia:

8) Jangan pandang pada perbezaan, pandanglah pada persamaan. Jangan hanya mengungkit kesilapan, kenangilah kebaikan.

31 comments:

Anak Singa said...

Salam. Dalam dilema rupanya. Cadangan saya, Hospital, Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan. Akak kan suka duduk di Perak?

p/s: kalau ada budak-budak kolej melayu yang saja-saja ponteng kelas, buat-buat sakit utk ke hospital, akak inject je :D

Anonymous said...

salam..
mari kita mengundi hospital serdang!:-D

aja2 fighting sarah^_^

so'od said...

salam..

owh ada beratus-ratus hospital di Malaysia.. pilih saja yang mana.. kan di mana-mana pun ada kebaikan tersendiri.. kalau nak lebih skit kebaikannya pegila kat Sabah Sarawak.. heheh..

Mudzil said...

hospital bahagia tanjung malim..
baru adventure sket..
hehehehe..

Sarah Mohd Shukor said...

salam

1)Alif:
jauh amat. takdek tempat nk stay nanti.

2)faaiqah:
so far nilah pilihannya. tp ntah la faiq..tunggu na. nnt cek habaq mai

3)Dr. Am:
Ni utk attachment aje. jenuhla sy kl ke sabah sarawak nun. klu housement nnti, lantak la dapat mana pun. x kesah. tp nak negeri2 utara klu buleh. ne ne ne ne

4)Mudzil:
adui. knp? sbb nk akak jg kamu kt sana ke? :)

Mimiamilia said...

sarah,
semoga buat pilihan yang baik..nak pilih hospital pon susah ek.ehehehe...

Mudzil said...

owh. tawaran yang baik tuh. haha. hospital bahagia tanjung malim x amik budak2 medic yang praktikal ke? hehe. mane la tau ade surgeri kat sane gak ke. kalo xde surgeri badan, surgeri mental sudey..;)

c's said...

kak sarah, kak faiqah bes fren akak yg dtg ngan akak ke ki masa 2005 erk? ada id ym x? radin tgh pusing nak taruk pilihan universiti mesir nih.. tnya orang lama, my uncle dulu kat alex, 2o thn lebih nun, dulu.. alex d best.. skang nih senior spm 2005 byk kat cairo.. jadi kami nih tgh pusing agi..mana ok?

btw, heheh, selamt memilih hospital..

Sarah Mohd Shukor said...

5)Mimi:
tu la psl..yg psti sy mcm rasa serabut skit lately..ayah dh janji nak tolong..hopefully will settle soon.

6)Mudzil:
Kalaula betui depa ada amik student, hang akn hepi ka? sbb dr. freaky specky ni akn jaga hang na? (smiley yg kening terangkat sebelah). hehe

Sarah Mohd Shukor said...

7)Radin:
yup.thats faaiqah. nnti akk passkn id kamu kt dia ok. kak faaiqah di cairo uni. nnti discuss la dgn dia ok.

*masih pening membuat pilihan. disbbkn hidup ni kejap je, x mau la jauh2 dgn family dh..hmm*

so'od said...

pilih saja hospital Temerloh yg di atas bukit yg nyaman tu.. :D

sbb hidup ni kejap je.. biar dekat dgn famili selagi mampu.. mmg betul apa Sarah pikir tu..

dan yg paling penting, dpt berkhidmat (walaupun bukan secara penuh) kepada masyarakat setempat.. give back to own society.. itu sepatutnya jadi satu perasaan yg membanggakan dan fulfilling.. biarlah org kenal pun.. isn't it a sign of appreciation and recognition rather than a burden? :)

lagipun saya nampak passion Sarah kat psychiatric day care centre tu.. if i were u, i'd probably want to continue my stint there.. sbb so much fun!

*sorry bahasa rojak.. otak susah nak pick the right word.. kejap pikir in english.. kejap pikir dalm BM.. biasala makin karat.. heheh..

Sarah Mohd Shukor said...

8)Dr. Am:
Dr. Am tau eh where is it? damai sungguh hospital tu. angin sepoi2 je atas bukit tu. *smugling*

hmm..sbb fikirkn tentang tu la, sy rasa sy dh buat decision kot.

psl dpt berkhidmat semula utk masyarat tempatan tu, thats the idea. it does give me point. cumanya kadang2 tu sy segan bila ramai sgt yg kenal :D

i really enjoyed working at the day care center. its not in the hospital compound. its somewhere near the clinic, in the town. its the 3rd psychiatric center in msia, after johor n kedah. i've been there since 2004 n get in touch with the patients since then. sampaikan ada patient yg fully recovered, getting married, she sent me invitation card fr msia. how thoughtful. psychiatrist is my 2nd choice after cardiac surgeon. eversince my eyes arent in the best shot of condition, i might give 2nd thought on it. i do enjoy psychiatry very much. not many really feel the way i do. day care center; teaches me about appreciating life. dr. am pun suka eh masak2, berkebun, gi main2 dgn patients, karaoke, jahit2 n kadang tu cuci jamban sama2. huhu. u should come to temerloh then. the place is heaven!

thanks for ur 2% about this. i appreciate every single of it very2 much

so'od said...

Mak Tam saya tinggal sana :D used to go there regularly for ikan patin masak tempoyak.. heheh.. the last time i went the new hospital wasn't completed yet.. lama dah tu..

yup.. i enjoy being in day care.. interacting with them.. part paling best bila kene buat karangan.. kelakar.. heheh.. pastu bila diorg masak nasi lemak ke roti ke, kita tolong sama.. tolong makan.. heheh..

ramai org belum nampak kelebihan psychiatry in our society now.. ramai yg kaitkan dgn hospital sakit jiwa.. biasala.. org tgk surgeon je kan.. heheh.. i want to change this perceptions.. actually i've drawn up my plans but for now they're kept inside my head dulu..

insya-Allah when I finally get back on my feet, I will pursue my dreams of becoming what I aspire to be.. insya-Allah..

goodluck to u!

Sarah Mohd Shukor said...

Ooo sungguh? Di area mana ye? Dr. Am org Kedah kan? Sy ada Mak Tam jgk. Asalnya Kedah :) kebetulan aje. Klu terasa nak turun Temerloh, lemme know. a special treat for u insya allah. ikan patin masak tempoyak tu small matter je. tak campur talapia bakar lg tu. hihihi

part buat karangan mmg yg paling best! seriously i even astonished by their stories. penah sekali tu hasil tulisannya sound smthing like this: "Jikalau di pagi raya kita tidak menyediakan masakan yang enak-enak, kita kena menyediakan pulut panggang sebagai ganti." sampai hari ni sy masih tak faham knp patient tu nakkan pulut panggang sbg makanan gantian di pagi raya. dan yg lebih mencuit hati, tajuk sebenar yg doctor beri was keluarga saya. a big smile here.

if u ever decided to work on ur plans, do let me know. i surely would like to join u insya allah. thats why u kena dan mesti gain strength n spirit to run life long. because we all, in fact, gain the same things fr u too.

-see..now im rojak already. but not sharifah amani ya =)

Shazwani Adnan said...

salam
lorh..skang isu hospital la pulak.. ks ni, ks g je mane2 hospital yg xde dpt doktor cam mr jeffri. kn bahagia tu.. huhu
wani rse kn ks, ks g je mane2 hospital pon, sure org akn kenal punye. xkesahla ks nk ke xnk, sure org akn kenalla.. (ape maksudnye tuh..??!!~sy pon xtau ape yg sy ckp ini..hahhaa)
sori la,otak tgh bengong..
chaiyok!!ks...

akirasuri said...

Sarah.

posting saja ke serdang. ha ha ha. nanti boleh kita [saya, nurul@faaiq dan sarah] berperang di dapur. oh oh! sempat ke korang nak tolong cik ati masak ni. hahak :D

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati,
masak-masak no problemo! tung tang tung tang. dah siap. klupun sy x buat di serdang, insya allah sy akn ke bangi. jumpa faiq n sfi si a must. so dpt la jumpa cik ati jgk :)

Sarah Mohd Shukor said...

Wani,
Org yg mcm Mr. Jeffry la sebenarnya wake sleeping students up (but not me). i thank him for being strict with me. u know how i like it. strict. 1st class disciplinary. adui. i just hv no reason for this minded. sbb anak cikgu kot.

-oh mak dan tok-tok ku sekelian. knp kalian cikgu-cikgi ye-

akirasuri said...

oh oh! jumpa sopi ngan nurul ek. bila la depa tu nak menikah. tak larat tau, angau! hahak :D

opsss!! nurul!!! jangan marah :p

hahak. auw! ada blind date la kita nampaknya nanti ek sarah :D..suspender nya, rasa macam nak jumpa bakal mak mentua la pulak :))

pssstt tak ada abang ka? hang bawak sekali abang hang na! hahak...:))

*sarah, makcik si nurul@faaiqah ni memang gila-gila bahasa sikit. tak caya tanya nurul ;)

Anonymous said...

ahaks..awat tgh hangat ckp psl blind date lak ni...our topic now is choosing the best hospital utk wat praktikal...hehe...
pssstttt,..actually kita kena simpan lg rahsia ni...doa2kan la kami naa...ameennn

p/s:cik ati,angau tu apa:-D

akirasuri said...

oh oh! Dr nurul in da house :D

hahak. ish nurul ni jeles la cik ati nak deting dengan sarah. kan kan kan sarah. nanti kita blind date dua ek. :))

pssstt nurul: angau tu sejenis kueh yang sedap untuk dimakan. sungguh! :D

*sarah! inilah jadinya bila tingkapmu tingkapku jua. hahak..

Anonymous said...

tak johor negeri sembilan tak negeri sembilan johor tak johor melaka bandaraya bersejarah berbudi bahasa dan bersopan-santun .. (org melaka bersopan ke ..? marah orang melaka kalau ditanya macam ni ...)

I'm partially orang Melaka juaa...

sarahss said...

kak sarahhh..insyaAllah saye pon buat practical kat hosp serdang jugakk..mari menggamatkan hosp serdg dgn russian language..hehe

Sarah Mohd Shukor said...

tertidur awal mlm td. tup2 bgn tgk2 cik ati n faiq berperang saudara kt sini plak ye.

cik ati:
sy x de abg betul. tp sy ada 2 org abg yg betul2 concern psl sy yg sy anggp mcm abg sndiri. sorg tu sebaya cik ati kot. keje di manchester in law field. dr ciri2 ni, tingin x? muehehe..orgnye hensem. tampan. bergaya.sempurnala syarat2 utk jd suami. amacam? (icon kening terangkat kali kedua utk hari nih).

tp abg yg kedua tu sy reserve utk org lain la kot. ciri2 kurang sesuai utk cik ati. abg yg 1st lg ngam!

takpe..paling abis pun, nnti kita tetap akn ngedate berdua jua *smiling*

Faiq:
kami teman awk keluar (mcm biasa) tp biar sy dgn cik ati beramah mesra sesama kami ye. nih baru adil. then kita suruh yg lakilah bayarkn utk sume.

amacam cik ati? sounds good huh? hiii. klu di rmh sy ada mak tam sy yg gila2 jgk walaupun anak dh nk masuk 4, tak sangka bila dgn faiq sy ada cik ati pulak. nih yg best nih.

thanks all for being a part of my short life.. :)

Sarah Mohd Shukor said...

ak47:
knp lama menyepi? dh rindu dgn kwn sy sorg nih. n knp nick kamu kali ni 0.12 plak? dulu dh elok bertambah 0.5, pastu hilang. ni naik sikit amat pulak. ada apa2 problem ke?

tak johor, tak negeri sembilan dan tak juga melaka. klu buat di situ, kamu nak buat sekali ke? (soalan yg menuntut jawapan)

wahai dr. ak47, mata sy sakit! sungguh. di area supraorbital foramen tuh. apa nk buat...

Sarah:
oo yeke?! meriahnya klu buat di Serdang. semakin ada geng. bertambah jgk % serdang ye. hmm.. tp kadang2 tu buat sorg2 ni yg bestnya sbb focus tinggi. hehe. mcm dh bagi hint je keputusannya apa ye. all the best in final, Sarah!

Mama Sarah said...

Andainya saya diberi pilihan, sudah tentu 'kampung halaman' sendiri menjadi pilihan. (di mana ibu dan bapa juga tinggal)

Dah berbulan berjauhan dgn keluarga, kemudian nak ditinggal-tinggalkan lagi? Selagi masa mengizinkan, biarlah yang dekat dgn keluarga :)

komen saya yang lain sama sahaja seperti so'od.

Anonymous said...

hospital serdang la
sarah..sng..dekat ngan rmh makcik kamu.sbbnya byk antaranya...

*silaturrahim tu makin kuat ngan sedara-mara
*2 thn kat temerloh,cuba tukar angin kat kl pulak..mana tau org2 kl ni lg ngada2 ngan dr...lg2 kalo dr tu caring...
*"cik puan" kita ckp serdang is the best choice..:-D
*"cik puan" selalu ckp dia rindukan sarah smpi gering...adoi..jeles ku dibuatnya
*dan byk lg benefit2 yg laen sekiranya buat di spital serdang...

------------------------------------
nak suruh org laki bayar ek..should be no problem kot..stakat nak blanja mkn ape la sgt."cik puan" mkn sket sgt2..sarah pon malu2 kambing je bile mkn..hahaha..cik ati ku tak tau pulak..:-P

Anonymous said...

ups....namaku telah terslh type...habib albey..maapkan ku "cik puan"..ku tidak tahu berbahasa arab..yg ku tahu, tauhu dan tempe...:-D

Sarah Mohd Shukor said...

Mama Sarah:
Keputusan sy bgtau kemudian. Setakat ni mmg dh ada 1 keputusan yg tak berbelah bahagi dh. biarla apa2pun, sy akn teruskn dgn keputusan sy :)

Saufi:
wah. banyaknya alasan yg awk bg nih. akan dipertimbangkan. tp dlm byk2 tu, yg menarik sekali part awk kata nak belanja tu. hiii..tak sabar. dh nk dekat 2thn x jumpa. nasib baik sy kejar faiq sampai ke egypt. dapat jumpa dia hari tu. insya allah thn ni kita misti berkumpul. insya allah. insya allah. insya allah.

Anonymous said...

i was talking about myself .. =P
thinking of johor/n9/melaka to settle down ..

sakit mata...hmm....

Sarah Mohd Shukor said...

oh yeke! then settle down aje lah di tempat kamu ada skrg ni. ada org menanti dh insya allah =p