Friday, May 25, 2007

Hasrat dan Harapan!

Salam wbt

Keputusan sudahpun saya buat. Puas juga berperang dengan hati dan rasional. Tapi Alhamdulillah. Hati bersetuju juga dengan rasional minda dan akhirnya bersatu mengatakan Hospital Temerloh yang menjadi pilihan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pendapat. Saya ada misi. Ada ramai yang ingin saya temui. Ada banyak benda yang perlu saya buktikan kali ini.

Mr. Jeffry: Selamat bertemu kembali. Semoga kali ini memberikan peluang dan ruang yang lebih baik untuk saya. Tanpa Mr. Jeffry, mana mungkin saya berpeluang membentangkan kes saya tahun lalu di program Pagi Ilmiah setiap hari Jumaat itu. Terima Kasih!

Faaiqah: Maaf tak terhingga. Setelah difikir-fikir semula, berjauhan dari keluarga walaupun dalam masa yang sekejap boleh buat saya rindu dengan sangat. Baiklah saya manfaatkan cuti itu sepenuhnya. Lagipun, dalam jadual yang saya rancang, saya akan mulakan praktikal sedari 2 Julai sebab Insya Allah saya akan tiba di Malaysia antara 15-20 Jun. Baik saya mulakan awal dan sudahnya pun awal. Maaf sangat. Tapi janji kita untuk berkumpul bersama akan tertunai Insya Allah!

Hasrat cuti ini:
1)Nak selesaikan praktikal sebulan ini dengan sesegera mungkin. Dapat mulakan lagi awal pun tak mengapa.
2)Hadiri Islamic Medical Symposium 2007 di Kota Bharu di penghujung Julai.
3)Sertai Sunathon'07 di Endau-Rompin dan Pulau Tinggi di pertengahan Ogos.
4)New glasses! A must! A must! A must! (Walaupun baru je buat yang baru di sini. Tapi..POWER keeps increasing!!)
5)A must-go-with-family: Waterfall!
6)Holiday with family (if ayah could make it, Insya Allah. Oh Ayah. Spend time with me please)
7)Pay a visit to Adi's new school and Adlan's in Terengganu
8)Balik Penang. (bak kata ayah: Cuti-cuti Malaysia)
9)Reunion dengan Family Bahas 01-02 (Buddies: Kak Anisa, Abg Wan, me, and a few more who can make it Insya Allah. Abg Khairil, will you?)
10)Makan banyak-banyak (Terutamanya Ikan Patin Masak Tempoyak dan Laksa Penang yang menjadi air tangan mak yang paling istimewa!)
11)Nak decorate bilik sendiri. (Kak Long, you should give me a hand)
12)Nak rehat, rehat, rehat, rehat, rehat dan rehat....

Harapan disandarkan pada:
- Topography Anatomy and Operative Surgery - 28/05/07
- Neurology - 31/05/07
- Obstetrics - 04/06/07
- Therapy (Internal Medicine) [Oral Part only] - 07/06/07
- Russian Language [Final of the Final] - 10/06/07
- Surgery - 13/06/07

Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa sepanjang mencoret sesuatu di dalam blog ini mahupun dalam dunia realiti. Doakan saya untuk final exam kali ini. Maintain excellent and if possible to maintain my name in Red Certificate List (a bit tension thinking about it but I definitely will give my best, Insya Allah). If any of you happened to read this entry, it would be so nice if you can leave a Do'a and All The Best message for me! Do as many as you want!

Al-Insyirah 94:1-8 - 1)Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? 2)Dan Kami menurunkan bebanmu darimu. 3)Yang memberatkan punggungmu. 4)Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. 5)Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6)Sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan. 7)Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah kamu bekerja keras (untuk urusan yang lain). 8)Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


Till the next entry,
From Moscow with Love...

Sarah Mohd Shukor

29 comments:

Anonymous said...

yes. 1st comment!

good luck sarah

adi said...

Good Luck =)

um, once is enough...coz u don need luck, HIS bless yes.

Anonymous said...

moga itu yg terbaik^_^...
all the best sarah..
aja2 fighting:-D

c's said...

Apa? Akak nak reunion? Nak ikut.. wa..dtg la lawat saya kat INTEC, masuk 17 Jun nih, ada dua orang lagi ex-bahas sezaman ngan saya, tp diorg gi Jordan nnti.. hurmmm… klu akak nak trn ki, let me know erk, my num kasi kat ym ..

Abang shafie (2002-2003) – dulu KMB x silap tapi ntah skang x dengo cite..

Kak Husna (2002-2003) amik medik, local… ada dlm fs, tp jrg lak berkomunikasi..(mcm x penah je)

Abang Faqeh((2003-2004) tanta univerct, mesir..

Kak Naili (2003-2004) ke benda nama u nya,kat UK, nak gi ke baru gi, x pasti.. TNB scholar holder

Abang Aiman (2004-2005) Matrik Melaka, tp dh abih.. tgh tnggu u ..

Abang Amir (2004-2005)Cairo Univrct, Mesir

Kak Syafaf (2004-2005)Cairo Univrct, Mesir..

Abang epul taun lepas jadi trainer SBPI Gombak, terer, smpi mng UIA..
Adeh, rasanya cam rami lak senarai yang amik medical study kat sini.. awat na..

Esok team taun nih gi SAKTI, Johor.. HKSBP… isk2…

Mimiamilia said...

Sarah,
All the best! Org di glasgow ni sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama.Amin..

from glasgow with love... ;)

MakcikMuda said...

doakan kecemerlanganmu,sahabat.

diiringi doa keselematanmu untuk kembali,teman.

from si bintang with much lovehugsnkisses.

so'od said...

All The Best! darab berapa byk yg Sarah nak dan perlukan.. heheh..

genkidene said...

Salam K.Aya,
Good luck for the coming tests!
bittaufiq wannajah!
mge dipermudahkan sglnya!!
=D

afiqawe said...

All the best kak s !

shukor said...

ok lah sebagai satu strategi baru untuk mengisi masa cuti:-


1.cat bilik sendiri.cat dan berus roller tu ayah dah beli

2.ayah nak beli meja ping-pong.

Sarah Mohd Shukor said...

yeye! akan ada meja pingpong di rumah! yeye..yeye..yeye.. dapat decorate bilik sendiri with my own hands. owh.this is my dream! (sgt budak2 nih) =)

thanks ayah. doakan ngah can do well in exam. forgive ngah for my misbehave. my salam to d rest at home.

Sarah Mohd Shukor said...

To the rest up there:
(kak haida, sepu, faiq, radin, mimi, ryn si b*ntang, dr. am, syahidah, awe n ayah)
--> MANY THANKS from d bottom of my heart!

May Allah bless us all

my favorite figure up there:
Sepu --> thanks for ur visit here. tak sangka awak (dont know how to address u) rupanya org german yg selalu menjenguk ke sini. syukran jazakallah.

sarahss said...

goodluck kat sarah!!hehe..Allah permudahkn kte semue..

sarahss said...

*kak sarah..

Anonymous said...

Semoga berjaya dalam peperiksaan yang mendatang... Semoga dengan kejayaan itu dapatlah diteruskan kesinambungan perjuangan menegakkan daulah islamiah di bumi Allah ini... Have a nice holiday...

Anonymous said...

all the best to u

status u : hati terluka..ya allah mahakarya cinta, tenangkanlah hatiku... sound so..hmm.. u ok dear?

Anonymous said...

sara,

all da best. semoga sihat dan tak sakit2 dah.

akirasuri said...

moga sukses. :)

berusahalah.

Anonymous said...

best of luck.
Even at the best of u,the best of u is still yet to come....

Anonymous said...

good luck sarah ..
orang tekan loceng dan jaga masa kira family bahas juga ke ..? =P
malulah nak join hangpa reunion .. sapalah kita...

org nogori kata hoben jang hoben!!!
again,good luck utk semuanya..

Anonymous said...

salam perkenalan...
all the best.
moga kita sama2 mengukir kejayaan dibidang masing2...
Moga Allah bersama kita dimana kita berada

best regards,
'ur jiran sebelah'
europe

Sarah Mohd Shukor said...

To sarah,pembaca jauh(sape ye ni?), anon1, nuha, cik ati, ak47, abg khairil, n anon2: Thanks a lot.

abg khairil: penjaga masa tu nk nyamar jd 2nd debater wkt reU tu. muka depa kn iras2 :D hoben jang hoben! all d best to u too.

Anon Jiran sebelah: from where specifically? Czech, UK, Ireland??? salam perkenalan. thnaks sudi jenguk2 blog hina dina nih ;)

Anonymous said...

hoben? uhuk..lama x dgr bhsa tuh.

selamat berusaha (skema nak mati ni).

semoga berjaya (ni lg la skema).

semoga kekal cemerlang (masya allah skemanya aku).

go sarah go! (yg ni barula bunyi mcm aku!)

chowss
hazmin

Hafiz said...

not related to the post, i think...

nak jawab soalan kat shout box tu. tahun ni takder exam sebab dua semester diperuntukkan utk buat research yg baru sahaja tamat minggu lepas. selepas ni akan masuk tahun 4 dan start clinical years.

anyway, good luck for your exam :)

Anonymous said...

All the best Sarah.. Ganbatte kudasai..=) Bittaufiq wannajah.. (^_^)

Anonymous said...

Btaufeeq sara!let's do our best in examss n Allah; for sure, always do the best of His part.dapat link blog awak dr us.fazli.Di Jordan pon tgh 'demam xm'.doakan kami juga.;-)
-k.d'o,irbid,jordan

Sarah Mohd Shukor said...

To Hazmin, Hafiz, Meen n kak Dayah: Many thanks to u all. Tak sangka each of u is from diff country. hehe. bertemunya di My World juga ;)

hazmin: hang skema. mat salleh celup.. ups!

Hafiz: Owh. maksudnya skrg baru 3rd yr ye? nvm...age doesnt count. smhow kat sana 5 thn je kn? in 2 yrs time baru habis kan? so sama jgk la nanti. kt sini 6 thn. so sy ada 2 thn jgk lg. its all the same rite :)

Meen: dr bumi sakura yg jauh! trma kasih meen. lama x dengar khabar

K.dayah: saya dah agak dah. lately ramai x-ki menyinggah sbb ustaz fazdi letak link sy di blog dia. feel honored. all d best in exm. binnajah insya allah :)

Anonymous said...

wah ngah... kaklong tak nak cat bilik tu. nanti kena angkut sume barang kuar. huhu sekarang ni dah ok ape....

Sarah Mohd Shukor said...

Tak kira. nak jugak. nak jugak. nak jugak...!