Aku bergegas ke bilik. Dalam perjalanan menaiki tangga ke tingkat dua, aku terserempak dengan Annas, lelaki warga Syiria yang selalu saja bisa membuatkan aku tertunduk malu dan segan. Sungguh. Aku teramat segan setiap kali bertemu dengannya. Kebetulannya, biliknya juga berada di tingkat dua. Hampir setiap hari kami bertembung ketika hendak keluar ke kelas mahupun ketika baru pulang ke hostel. Annas tinggal bersama-sama abangnya, Usamah, dan adiknya, Ibrahim. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar perubatan tahun keempat dan kedua dalam aliran Bahasa Rusia.
Setakat yang kutahu, ayah mereka merupakan seorang Diplomat Besar di Kedutaan Syria di Jordan. Mereka bertiga merupakan antara muslim yang sangat praktikal dalam segala segi dan kerana itu sangat dihormati oleh teman-teman muslim yang lain. Aku masih ingat tatkala mereka menghadiri majlis hari raya Aidil Fitri di bilikku. Abang yang sulung, Usamah, yang iras-iras Sami Yusuf wajahnya, telah diminta untuk memimpin bacaan doa selamat dan doa Rabitah. Terasa berkatnya majlis rumah terbuka di bilikku itu kerana lain dari majlis yang lain.
Aku mula mengenali mereka kerana Iman Al-Wahdy yang sering bertanyakan perihal agama padaku kadang-kala menceritakan tentang ukhwahnya bersama tiga beradik itu, terutamanya Annas. Pada suatu hari ketika bulan Ramadhan yang lalu, Iman menghubungiku menerusi telefon memberitahuku bahawa pada malam itu, ada dua orang muslimah Tunisia akan turun menunaikan jemaah Tarawikh di bilikku bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Aku bertanya kepada Iman, dari mana mereka mengetahui tentang lokasi bilikku yang dijadikan tempat berjemaah saban malam. Iman mengkhabari bahawa Annas yang mengetahui akan hal ini dan kebetulan kedapatan dua orang muslimah Tunisia yang baru tiba ini dan sedang mencari bilik muslimah lain untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawikh. Aku dengan berbesar hati meraikankan kehadiran Imen Mubarek Soleh dan Ines Yousef pada malam itu.
Sedar tak sedar, aku telahpun tiba di bilik. Beg dan plastik buah kuletakkan di sisi katil. Tudung kesangkutkan di dalam almari dan bergegas menuju ke bilik air. Sebaik wudhuk telah sempurna, telekung putih hadiah Abang Suffian satu masa dahulu kusarungkan.
"Allahu Akbar", aku memuji kebesaran Allah dalam takbirku. Dengan penuh harapan, biarlah solat Asarku diterima Allah Taala.
Usai solat, aku terus duduk di atas sejadah biruku. Ma'thurat Sughra kualun perlahan. Sebaik tamat kusudahi dengan selawat pendek, rasa malu pada diri sendiri menyerbu jiwa. Dalam minggu ini, belum sekalipun aku membaca Ma'thurat Kubra. Aku berazam, hujung minggu ini pasti aku laksanakan Ma'thurat Kubra sepeti biasa. Jangan dek kekangan masa, aku jadikan alasan untuk melanggar rutin mingguanku ini. Telekung kulipat-lipat dan menyimpannya semula ke dalam almari. Aku lantas menuju ke arah meja. Laptop kunyalakan dan terus menuju ke dapur. Kutinjau dapur yang penuh dengan plastik bahan-bahan memasak. Baru aku teringat. Pada malam ini, adik-adik teman sebilikku akan mengadakan jamuan makan ala potluck bersama ahli kumpulan mereka yang lain.
Aku memasak air dan segelas nescafe kubancuh. Aku kembali semula ke bilik dengan perut yang berbunyi. Terasa lapar tetapi memandangkan penatnya lebih signifikan, aku mengambil keputusan untuk berehat-rehat dulu.
Duduk saja di meja belajar, kedengaran suara Fatini, Emy, Wani, Diba dan Fareena masuk ke bilik. Aku meneruskan fokusku ke monitor laptop. Aku memeriksa emelku. Ada khabaran daripada Liyana, sepupuku yang kini berada di KISAS, sekolah lamaku. Cepat-cepat aku membuka dan membaca emel tersebut. Khabaran ringkas cuma. Namun menurut Liyana, baru-baru ini Cikgu Jamaliah, guru bahasku dulu, beberapa kali menyebut-nyebut namaku di dalam kelas. Cikgu rindu, tulisnya. Aku mengambil keputusan untuk terus menghantar pesanan ringkas buat cikgu. Cikgu Jamaliah yang lebih mesra degan nama Cikgu Jam merupakan guru yang paling aku rapat ketika di KISAS dahulu. Bersamanya, aku rasakan seperti bersama emakku. Kebetulan, tarikh lahir kami jatuh pada hari yang sama. Saban tahun, setiap kali hari lahirku tiba, aku tidak akan lupa untuk menghubungi cikgu juga.
Sedang aku menghirup nescafe panas itu, aku terasa sejuk lantas bergerak ke tingkap untuk mengecilkan bukaannya. Di luar tingkap, aku terlihat kelibat Annas yang dalam perjalanan pulang ke hostel semula. Ke mana agaknya dia tadi? Mungkin ke Mir Vkusa, sebuah mini market 24 jam yang terletak di tepi Jalan Piragovskaya Besar. Aku cepat-cepat turun dari para tingkap. Takut dia terlihatkan aku.
Fareena masuk ke bilik dengan senyuman.
"Macam mana tadi KS? Settled dah ke semuanya?" sapa Fareena.
"Ala. Gitu-gitulah. Nak cerita penuh pun tak reti nak kata macam mana. Tapi KS dah amik keputusan nak balik Malaysia terus."
"La, pulak." Pendek komennya.
"Hmm... Tu yang lagi elok kot." Jawabku sambil menghampiri katilnya. Aku duduk di atas katilnya sambil dia sendiri duduk di kerusi menghadap laptopnya. "Pena, KS ada benda nak share ni", kataku sambil melihat sekeliling. "Tapi kalau boleh rahsiakanlah dulu dari Emy semua ok." Kataku lirih padanya.
"Haa.. Ceritalah. Ceritalah. Dah agak dari tadi dah ni." Kata Fareena.
Lalu, duduklah kami berdua hampir 20 minit di katil. Aku memberitahu Fareena bahawa keputusan balik ke Malaysia untuk cuti musim panas kali ini adalah keputusan terbaik untukku.
"KS harap sangat cuti kali ni tak jadi macam cuti tahun lepas-lepas. KS dah penat. Tak mau dah ada macam-macam problem. Pena mesti faham kan apa KS cerita ni?"
"Faham, KS. Faham sangat-sangat. Tapi kan KS. Kalau dah nak jadi jugak, nak buat macam mana. Kalau KS tak nak macam mana sekalipun, KS elak macam mana sekalipun, tapi kalau tu yang Allah nak kasi kat KS, akan jadi jugak. Tapi entahlah KS. Kompleks sangat. Actually, sorry la kalau saya cakap ni. Saya tak suka cara dia treat KS. Macam dia ingat senang-senang je dia nak dapatkan KS. Dan..."
"Eh, cop, cop, cop. Dah berapa kali KS kata, KS dah bulat hati. KS tak nak. Sungguh ni Pena. KS dah made up mind. Since last time KS cerita dengan kamu dulu, KS memang nekad tak nak. Jadilah apapun, KS akan elakkan diri. Alaaa... Tak sukanya cakap pasal ni." Aku luahkan keputusanku kepada Fareena.
"Kalau betul macam tu, ok la. Cuma saya kesian je tengok ada salah sorang yang sedih-sedih nanti. Tapi saya rasa, saya memang side KS la. Haha..." Fareena menyatakan persetujuannya dengan pendirianku tadi.
Sejak kembali ke sini untuk sesi tahun 2006/2007 pada bulan September yang lalu, aku mula didatangi persoalan hidup yang sangat kompleks. Jika ditanya hati, memang aku akui ada rasa tenang tatkala dilamar olehnya, seorang kenalan lama yang tidak kusangka kembali menghubungiku. Namun kini, setelah aku rasionalkan kembali diriku, aku tahu ini bukanlah jalan pilihanku. Aku punya cita-cita yang tinggi dalam jalan dakwah yang kuikuti. Aku ada matlamat yang masih jauh untuk kucapai. Aku tidak mahu kerana lamaran yang kuterima ini mematikan langkah aku untuk terus bergerak dalam jalan ini.
Aku telah berfikir panjang. Bukannya aku memilih. Bukannya aku mempunyai citarasa yang tinggi. Doaku hanya satu. Andai aku ditakdirkan Allah untuk dicintai, aku mahukan si dia juga berada di atas jalan ini. Biar kami sama-sama dapat bekerja untuk agama. Biar kami sama-sama merasa susah senang berjuang. Biar aku menjadi sayap kirinya, memberikan semangat ketika dia berpayah, memujuknya ketika dia gundah. Begitu juga dirinya. Biarlah dia yang menjadi orang pertama yang tahu segala masalahku, yang sentiasa memahami aku, yang boleh menyejukkan hatiku jika emosiku lebih daripada akal.
Aku yakin. Keputusanku kali ini adalah tepat. Aku menyudahi perbualan bersama Fareena, mengambil tuala dan terus beredar ke bilik mandi. Maghrib akan tiba beberapa minit lagi.
..........................................................................................................................
Bersambung...

10 comments:
Tak semua yang baik adalah yang terbaik untuk kita. moga-moga dipermudahkan segala urusan. cekal dan berdoalah.
Orang kata malu-malu tu tandanya .....ehem..ehem..haha..
Saja melawat blog ini. Dapat daripada abg Mudzil.
sedia menanti akan sambungannya :)
Kita merancang Allah menentukan. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan yg disertakan dengan usaha n tawakal kepada Allah..
Banyakkan istikharah..
~May Allah ease ur way~
p/s Owh.. adakah ini klimaks novel ni?? peristiwa yg memberi impak yg besar dalam diri?? Feel eager to know what's happen next (",)
salam. wah, lamaran? :)
salam, wah gosip! cerita la sape lamar.
salam wbt,
1)Abg Khairil:
hmm...lg senang berkata drpd berdepan dgn situasinya. ni la punca lost yg sy kata tu (kot)..allah knows best.utk abg jgk. cekal n berdoalah.
2)nurani nafa:
malu malu..ehem ehem.. tunggulah dulu apa sambungannya.baru tau apa sbb malu tu..hihi
3)Mama Sarah:
insya allah akn sy cuba sambungkan terus.
4)Dzulqarnain:
tu la masalahnya. akak ni bukannya pandai menulis. akak pun x tau nak kata yg mana klimaksnya. tunggu jela nnti apa sambungannya (kalau ada) ;)
5)Alif:
mungkin dulu boleh tersenyum tp skrg ni rasa benda ni yg rosakkan hati..
6)Najib:
wah wah wah.. gosip-gosip ni cepat je dia eh..
salam buat semua,
jangan salah tafsir ye dgn cerita yg tengah tergantung ni. dilema berkocaknya iman ni bukan disebabkan hal ini je. tapi psl hal lain. kewujudan annas dalam kisah ni, belum tamat lg. insya allah sy ada masa nanti akan sy sambung. td sy baru pergi makan sushi utk release tension sbb subj Obs yg mengecewakan dgn 4 org lg grpmates sy. skrg ni nak tidur. penat sbb mlm td x tidur.
to najib: kamu mmg boleh jd pengumpul gosip terkemuka la! ~salute vera~
oh, sori2..
no sorry2 please ;)
Post a Comment