People's expectations are hard to be expected, people's interpretations are hard to be interpreted, people's wishes are hard to be wished, people's dreams are hard to be dreamt, people's lifes are hard to be lived, people's loves are hard to be loved, people's acheivements are hard to be acheived.
Pada hari Ahad lepas, sesuatu terjadi di rumahku di Malaysia. Persoalan mula bermain di benak ibu bapaku perihal kehidupan anaknya yang seorang ini. Persoalan diajukan terus padaku. Mahukah aku jika ada yang mahu? Sudikah aku jika ada yang sudi? Siap sediakah aku jika ada yang telah siap sedia mahukan diri ini? Sepenuh hatikah aku jika ada yang telah sepenuh hati hendak memberi dan berkongsi.
Sakit kepalaku (migraine) menyerang sebanyak lima kali dalam masa empat hari. Tidur lewat bukan jawapan kepada persoalan pelajaran, tetapi kerana persoalan kehidupan. Persoalan harapan dan persoalan masa depan.
Mizan tiba-tiba muncul dalam aturcara hidup yang tak pernah aku aturkan dengan baik ini. Bersimpang malaikat empat puluh empat sekalipun, takkan pernah menjadi bayangan diintai oleh lelaki muda sempurna budi pekerti ini. Pengharapan yang disuarakan langsung melalui emak dan ayah benar-benar megganggu fikiran dan pastinya hati. Tidak tenang. Marah. Geram. Keliru. Semuanya bercampur tanpa diawasi kerasionalan fikiran dan hatiku. Yang sangat aku pasti, tiada rasa yang lain yang boleh menyentuh hatiku tentang diri lelaki ini.
Dengan sangat optimis, aku sangat yakin apa jawapan yang menanti. Tapi dalam masa yang sama, aku teringatkan hadis Abu Daud yang mengatakan, jika telah datang pada kamu seorang lelaki yang baik agamanya, janganlah dikatakan tidak. Sungguh aku tersepit. Tapi pada tika yang sama juga, seluruh tubuh bersetuju dengan hatiku, mempercayai bahawa ayah dan emak jauh lebih setuju dengan keputusanku ini.
Panggilan jauh kubuat untuk mengkhabari ayah tentang keputusanku. Ayah berlapang dada dengan pilihanku. Kata ayah, putih kataku, putih juga kata mereka kerana mereka sangat tahu aku rasional dan selalu sahaja berdikari dalam membuat keputusan terbaik. Dan dengan alasan ini jugalah dulu, aku diizinkan terbang menyambung pelajaran di bumi bekas tampuk komunis, tanah kelahiran Lenin ini.
Kakakku jauh lebih berlapang dada. Kata kakakku, dia yakin Mizan bukanlah yang cocok denganku. Aku kurang setuju dengan pendapatnya. Sebetulnya, akulah yang kurang cocok buat Mizan. Akulah yang jauh kurang sempurna untuk bergandingan dengan Mizan. Akulah yang banyak cacatnya hendak dipadankan dengan Mizan.
Selepas keputusan kuserahkan pada ayah, aku bertawakkal penuh dan bergantung pada kebijaksanaan ayah untuk mengkhabari Mizan akan hal ini. Takut. Bersalah. Jahat. Menolak tuah. Rugi. Semuanya bagai bergema memarahi diri ini. Menyalahkan diri ini kerana sangat tidak bijak dalam berdiplomasi dengan hati demi masa depan iman dan taqwa. Sungguh Ya Allah. Aku ini hamba yang tidak pandai mensyukuri!
Kelmarin aku melayari internet seperti biasa. Yahoo! Mesenggerku aktif seperti biasa. Yang kucari tidak online. Ataupun dia meng'invisible'kan dirinya? Aku tunggu beberapa minit lagi. Tiada juga. Mungkin dia sedang mengulang kaji pelajaran. Tak mengapa. Pasti ada sahabat lain yang boleh kukongsikan berita menikam jiwa ini.
Abang Zulkhairi menegurku di YM. Seperti yang dirancang Allah, ketika aku mencari orang terdekat untuk bercerita, abangku yang seorang ini online pula.
Suraya:Salam Abg Zul. Tgh buat apa tu?
Abg Zul:Salam Suraya. Tengah teringatkan adik abg nila. Suraya tengah buat apa tu? Abg sakit kepala dgn roommates abg yg tgh ribut2 di sini.
Suraya:Ada apa2 function ke mlm ni? kenapa ribut2 pula?
Abg Zul:Diorg tgh siap2kan bekalan makan utk ke winter camp dgn kwn2 dr Dublin esok.Maybe diorg sume ke Belfast.
Suraya:ooo..yeke. Abg x join ke? Ni sah malas ni. Huhu.
Abg Zul:Abg ada hal la dlm minggu ni. x dapat nk join diorg. Dr pegi sana, baik abg saving gi Moscow bulan 4 ni. Kan? =p
Suraya:Yea yea! Happy ni! Ala..abg ni kadang2 tu cakap aje lebih. Buatnye x jgk. Allah x suka org buat camtu k.. Dlm Quran pun ada cakap psl ni tau. Ngeh3.. Mcm ala2 penceramah plak sy ni. Hihi...
Abg Zul:Ala..x pelik..Mmg adik abg ni dh mcm penceramah bebas pun! Ntah2 nnti kawin dgn ustaz2 mana plak dia ni. Hehe..
Suraya: Uih.. Iye sangat la tu abg oiii...
Sebermula dari titik itu, aku mula menjuruskan perbualan kami kepada persoalan yang mengganggu hatiku. Tambahan, bukannya Abang Zul tidak kenal akan Mizan, rakan lama sewaktu di tingkatan menengah atas dulu. Betapa kecilnya dunia di matamu, Ya Allah.
Hampir tepat 1 jam berinteraksi bersama Abang Zul di alam maya ini, tiba-tiba isyarat kelihatan menyatakan "Mizan is now online". Tersentak aku. Terkejut Abang Zul. Terdiam kami.
Aku ambil keputusan untuk membutakan mata dengan kewujudannya dalam senarai YM ku. Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
Mizan:Salam, apa khabar Suraya.
Suraya:Salam. Baik2 aje.
Mizan:Hmm
Suasana sepi seketika...
Suraya:Sy rasa dgn berdiam diri bukanlah jalan yg terbaik. Sy mintak maaf. Bukan sy sengaja. Tp sy ada reason tersndiri knp sy buat keputusan mcm tu. Maaf sgt2 bro.
Mizan:Hmm
Suraya:Hmm tu seperti marah bunyinya.
Mizan:Sy x marah Su. Sy pun dapat jangka sebenarnya. Sy tau siapa yg sy harapkan ni. Klu Su dgn sy, bagai langit dgn bumi. Sy just mencuba, mencuba yg terbaik, utk dapatkan yg terbaik. Sbb bg sy, sy nmpak Su lah yg terbaik. Tp x pe... Allah dh tertukan ini yg trbaik pula utk kita.
Suraya:Hmm... Maaf skali lg bro. Sy x tau apa yg patut sy cakap lg.
Mizan:Hmm... Su, sy ada 1 soalan ni. Sy harap Su boleh jawab.
Suraya:Iya.. Apa dia?
Mizan:Klu sy kata yg sy akan tetap tunggu Su sampailah Su boleh yakinkan sy yg Su akn kawin dgn org lain, Su stuju x mcm tu? n seandainya Su masih belum menjumpai sapa2, adakah Su akn berikn peluang tu pd sy?
Diam lagi.
Aku menghubungi Abang Zulkhairi kembali.
Abg Zul:Ye Suraya. Kenapa?
Suraya:Abg, Mizan tgh online ni n dia kata mcm ni:
Suraya:Mizan:Hmm... Su, sy ada 1 soalan ni. Sy harap Su boleh jawab.
Suraya:Iya.. Apa dia?
Mizan:Klu sy kata yg sy akan tetap tunggu Su sampailah Su boleh yakinkan sy yg Su akn kawin dgn org lain, Su stuju x mcm tu? n seandainya Su masih belum menjumpai sapa2, adakah Su akn berikn peluang tu pd sy?
Suraya:Ni sy paste kan apa dia kata td. Abg Zul, mcm mana ni? Abg misti tau sy mcm mana kan? Sy x mau. Sy sgt jelas sgn tindakan sy skrg. :((
Abg Zul:Suraya tenang2 aje k.. Biar abg yg try cakap dgn dia. Manalah tau kan. Kot2 abg ni berguna jgk. Huhu. Suraya x payah jawab apa2 lg pd dia. Biar abg yg online dgn dia. Gimme time k.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seketika masa berlalu.
Mizan:Su, ada x tu?
Suraya:Iye. Ada aja ni. Maaf bro, sy x dpt fikirkan jawapan terbaik nk bgtau bro. Hmm.
Mizan:x pe Su. Sy faham. Klu la dr awal sy tau cerita sebenar ni, munglin sy x kn seberani ni utk cakap semua ni pd Su.
Suraya:Bro tau apa?
Mizan:Su dgn Zul.
Suraya:Sy dgn Abg Zul? Apa yg bro tau?
Mizan:Haah. Td Zul dh terangkan semuanya. Sy kenal Zul tu mcm mana orgnye. Dia antara org yg paling bagus prinsip hidupnya yg sy kenal. Su jgn risau. Sy tau apa hak seorg sahabat pd sahabatnya. Mcm dulu waktu Su dgn Eizil. Sy tau walaupun dh lama sy cuba utk mendekati Su, tp sbb sahabat sy yg tu jauh lebih lama menyimpan hati pd Su, sy cuba menjadi org terbaik utk Eizil berkongsi masalah. Dr situ sy rasa makin dekat dgn Su, walaupun sbnarnya Su jauh, jauh dlm hati Eizil, sungguhpun skrg baik Su mahupun Eizil ada jln hidup masing2.
Suraya:So skrg, apa yg bro dh tau dr Abg Zul?
Mizan:Dia yg terbaik. Sy yakin tu. Dia sgt2 bagus orgnya. Since f4 lg. Su jgn risau. Sy tau mcm mana nk handle diri. Su doakanlah yg terbaik utk sy. Insya Allah sy ok aje ni.
Suraya:Terima kasih bro. Sy x tau nak cakap apa dh ni. Terima kasih sgt2.
Mizan:x de apa yg perlu diterimakasihkan. Terima n kasihkanlah dia. Dia jg sahabat sy. Ok Su. Sy kluar dulu. Klu ada apa2 perkembangan, sudi2lah bgtau pd sy. Insya Allah no. tel sy x bertukar kot.
Suraya:Insya Allah bro.
Mizan:Take care. Gd nite. Salam
Suraya:Salam.
Aku terpegun. Terkesima. Terdiam. Apa yang telah Abang Zul katakan pada Mizan? Apa yang menjadi buah bualan mereka? Apa yang boleh mengubah hati Mizan? Aku masih terdiam. Tidak berani mengajukan solan ini pada Abang Zul. Apapun kini, aku semakin kenal siapa Mizan sebenarnya. Dia memang seorang yang sempurna. Sempurna akhlak dan bahasa. Sempurna jiwa dan hati. Mulianya hati Mizan hanya Allah yang dapat membalasnya. Doaku, aku tidak kekok andai satu hari nanti ditakdirkan bertemu dengannya.
Abang Zul menegurku.
Abg Zul:U there?
Suraya:Yup. Im here.
Abg Zul:Hmm.. I guess dat I've settled evrthg for u.
Suraya:But how?
Abg Zul:Alah adik abg ni. Takkan Mizan x cakap apa2 td? Dgn abg td, dia sungguh2 mintak maaf sbb dia kata dia x tau langsung psl kita.
Suraya:Eh, chop3. Pasal kita? Apanya pasal kita pulak ni? Adui... Pening2.
Abg Zul:Hihi. Cuba Suraya tengok status abg mlm ni. Tadaaaaaa!
Aku klik untuk melihat kotak utama YM ku. Dalam senaraiku pada malam ini, hampir 54 orang kawan sedang aktif menggunakan YM mereka. Tetapi majority sedang "Idle". Pasti sudah tidur. Mataku mencari-cari nama Abg Zul. Tapi tiada dalam kategori "Friends" yang biasanya digunakan bagi kategori rakan-rakan di Malaysia atau di luar negara. Bagi rakan-rakan di Russia pula, aku kategorikan mereka dalam "Russia".
Aku melilau ke bahagian "Russia" pula. Ha! Ketemu juga akhirnya. Sejak bila pula aku tersalah mengkategorikan kawan-kawanku ini? Aku tersenyum seorang dengan kecuaian yang tidak pernah aku sedari sudah sekian lama ini.
Tiba-tiba aku tersentak. Apa? Status Abang Zul sangat pelik bunyinya. "I'm married today. So?". Hanya Allah yang tahu betapa aku terkejut setelah mulai faham apa yang telah dikatakan Abang Zul kepada Mizan. Ya Allah. Kesian sungguh Mizan. Ya Allah. Apa sajalah yang telah Abang Zul lakukan ini. Ya Allah, patutkah aku tersenyum? Atau marah? Atau ketawa kerana lucu? Atau terkejut? Ya Allah. Sungguh aku kasihan pada Mizan...
Suraya:Abg zul. U there?
Abg Zul:Yup dear. Alwys here.
Suraya:Apa ajelah abg ni. Daring nye buat mcm tu. Huhu...
Abg Zul:Ala... Utk adik abg ni jgk kan.
Suraya:Isy..Kalaula Kak Amalina tau ni, mati sy nnti!
Abg Zul:Ala... Suraya kan tau mcm mana abg dgn Kak Amal skrg. Kami ada plan n prinsip kami. Lagipun, Kak Amal akn tau jgk apa abg buat ni. Abg ni kan takde rahsia2 dgn dia. Hihihi. Abg takut Suraya je yg ada prob nanti klu berani buat mcm abg ni. Huahuahua!
Suraya:Ala... Mana ada org nak intai setiap apa status sy stiap hari. Sy ni bukan mcm abg. Abg tu hot stuff! Sume org pandang.
Abg Zul:Elehhhh... Mcm iye je dia berani buat. Huhuhuhuhuhuhu.
Suraya:Hey x baik gelak. Tengok la nnti...
Aku nekad. Aku lihat kembali senarai di YM ku. Ada! Nama Mizan masih aktif. Aku nekad. Aku mesti meneruskan apa yang telah bermula ini. Kulihat jam di sisi laptopku. Jam 12.35 am 28 Disember 2006. Benar. Aku nekad!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asmawi:Salam Su
Suraya:Salam. Iye?
Asmawi:Betul ke tu?
Suraya:Apa dia?
Asmawi:Ur status. Sounds great.
Suraya: =)
Asmawi:Wah... Congrats!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fairuz:Salam
Suraya:Salam Fairuz
Fairuz:Betul ke ni? Wah...Lg awal dr sy ni! Tahniah2.
Suraya:Hmm... Ntah nak kata mcm mana. It happened so sudden.
Fairuz:Apapun, tahniah2! Bagus2. Dr bercouple je kn. Baik kawin terus. Status tu patutnye bunyi mcm ni "I'm married today. So dont u guys wanna wish me something?"
Suraya: =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Huda:Salam Su
Suraya:Salam Huda.
Huda:Gila best! Tahniah2. I'm proud of u!
Suraya: ni misti Fairuz yg bgtau kn?
Huda:Abis tu sape lg. Bila awk kawin ni? Knp x bgtau awal2? Gila best ni. Sy dh agak dh. Awak sah kawin awal punya!
Suraya:Eh, kenapa camtu plak? Apapun Huda, rahsiakan dulu hal ni. Bukan utk dihebohkan tau.
Huda:Okes Su! No prob!!
Suraya:Terima kasih. Utk awk n Fairuz, doa byk2 ye. Moga Allah lembutkan hati ayah awak n fmly dia.
Huda:Thanks bangat deh!!!! Okay.. Selamat pengantin baru ye Su. Nite. Salam.
Suraya:Nite, Salam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku teringat akan cadangan Fairuz. Lalu aku lihat jam sekali lagi. Aku yakin, di saat ini, jam 1.15 am, tiada siapa yang sedar akan statusku yang berbunyi pelik ini. Lalu aku tukar status itu kepada "I'm married today. So dont u guys wanna wish me something?" Lalu aku hubungi kembali Abang Zul.
Suraya:Tadaaaa. Tengok status sy. Lg best. Hikhikhik
Abg Zul:Waaaaahhh.. Ni kalahla abg mcm ni.
Suraya:Hehe. Apapun terima kasih ye abg zul. Abg banyak betul dh tolong sy. Ni yg best ada abg yg sporting mcm abg ni. Sayang betul sy kt abg.
Abg Zul:Suraya kan adik abg. Abg akn buat apa yg boleh utk tolong adik abg ni. (walaupun abg tau apa abg buat ni melampau banyak! Ahaks)
Suraya: =) terima kasih banyak2 ye. Abg tgh buat apa tu?
Abg Zul:Tengah belek2 gambar lama. Gambar lama kita dulu2. Di sekolah. Di rumah Khafiz, di taman, waktu jalan2, waktu pegi KFC sama2 dgn Syarafie dulu. Tak sangka plak byk jgk ye gambar yg abg still simpan. Hihi. Suraya plak tgh buat apa tu?
Suraya:Sy pun still ada semua gambar2 tu. Actly sy tengah siapkan last report on Obstetrics ni. Esok sy kena buat presentation dlm kelas. Pastu myb gi tgk delivery lg. Abg nak tau. Stiap kali tgk delivery, sy rasa nak nangis. Bukan sbb x tahan tgk, tp sy tringat kt mak sy tau. Rindu sgt2 ni.
Abg Zul:Ingatkan rindu pd Kamarul je! Huhuhu.
Suraya:Eh, kesitu plak dia. Mana ada. Abg tau sy mcm mana kn. Uwaaa.......
Abg Zul:Yup, i know u, n dats y abg x nak ada org sakitkan hati adik abg ni.
Suraya:Thanks sgt2 abg zul. Abg mmg slalu jd org 1st yg tau prob sy.
Abg Zul:Alaaa... Jgn la cakap mcm tu. Abg kn abg Suraya. Susah senang adik abg ni, abg misti nk tau, n akn tolong mana yg patut. Suraya, kawan2 abg dh nak bertolak ke winter camp tu. Abg undur diri dulu ye. Nanti senang kita online lg. Doa selalu tau. Tu senjata kita semua.
Suraya:Okay abg zul. Salam buat kwn2 abg. Doa doa doa. Nasihat abg tu dh sebati dlm diri sy. U take care k.
Abg Zul:Okay.. U too.. Nite.. Sweet dream Suraya. Adik abg sntiasa jd sumber inspirasi abg sbb adik abg ni tabah orgnya. Salam.
Suraya:Thanks abg zul. Salam.
Buat yang sudah faham situasi sebenar yang terjadi, saya harap cerita ini dapat memberikan penjelasan yang terbaik buat semua. Saya masih seperti ini. Tiada yang menjadikan saya lain dari saya yang dulu. Buat Mek La, Amy dan yang lain-lain di Nizhny, saya tahu kenapa cepat benar tersebarnya cerita-cerita yang boleh dikategorikan 'hot stuff' ini. Kerana adanya internet dan Husna! Apapun, saya sungguh tak menyangka status pada jam 12.35 am itu ada juga yang menyedarinya. Rajin betul korang semua stay up study sampai pagi buta ye. Nak exam ye? All the best to all!
Bagi yang tak faham dengan cerita ini, anggaplah ini sekadar cerpen ringkas hadiah dari saya sebagai penutup koleksi tulisan saya untuk tahun 2006 ini. Koleksi cerpen yang lebih mantap Insya Allah akan menyusul pada tahun depan. Lagipun, korang semua masih belum tahu siapa dia orang yang saya nantikan kemunculannya di YM tu =p
Salam eidul adha buat semua. Belajarlah erti bekorban. Semoga kisah Nabi Ibrahim dan puteranya membuka hati kita untuk membuat sedikit pengorbanan kecil dalam membantu saudara-saudara seiman dengan kita di Palestin dan di mana-mana jua.
Salam tahun baru 2007. Semoga misi dan visi yang baru telah disiapsediakan sebagai persedian minda dan menyediakan bekalan ruhani yang secukupnya untuk santapan jiwa.
Salam dari Moscow,
Sarah Mohd Shukor
\(^_^)/