Wahai Tuhanku,
tiada yang senang melainkan yang telah Engkau jadikan senang,
dan kalaulah Kau datangkan kesusahan,
maka Kau senangkanlah semula Wahai Tuhan sekelian alam.
Wahai pendidik Adam,
maka Kau didiklah pula kami.
Wahai sumber kefahaman Sulaiman,
maka Kau fahamkanlah pula kami.
Wahai penganugerah hikmah (cerdik pandai) kepada Luqman,
maka ke atas kami Kau hikmahkanlah juga.
Bersama sahabat-sahabat di reunion Al-Mukmin.
Doa ini sudah menjadi amalan sejak saya darjah 6. USTAZ ARIS yang beri. Mana-mana kawan-kawan yang masih belum ada doa ini, ambillah buat amalan. Dan untuk kawan-kawan Al-Mukmin yang sudah lupa akan doa ini, ambillah juga. Kalau hafal yang Bahasa Arabnya lagi bagus. Tak dapatlah pula saya nak tuliskan di sini. Doa ini merupakan salah satu daripada sepuluh wasiat Ustaz Aris sewaktu kali kedua mesyuarat HAMAS diadakan supaya dijadikan amalan kita apabila sudah keluar dari Al-Mukmin. Aaa... Rindunya pada Al-Mukmin. Tak pernah saya rasa serindu ini. Siapalah ni yang buat saya teringat-ingat pada Al-Mukmin ni ya? Jijan, arrange reunion bulan 7 ni ya. I'll b back Insya Allah! Yeah.
(taken from my former blog in my Friendster page, January 3, 2006)



1 comment:
assalamualaikum..maaf kalau mengganggu..saya cuma nk tnya,kt mana nk dpt atau download bacaan al Quran yg awak pasang kt page ni?saya suka dengar imam ni baca tp saya xtau nk download kt mana..saya x ada cd bacaan dia,cuma ada kaset..harap awak blh kongsi..thanx a lot..
sakura_ilhani@yahoo.com
Post a Comment