Thursday, May 31, 2007

Tapi Ini Pasal Maruah...

Assalamualaikum wbt

Sudah hampir seminggu hati terdetik untuk menghubungi orang itu. Orang yang bergelar lelaki pertama negara. Orang yang bagai tiada istilah rehat untuk dirinya. Sebaik sudat solat Maghrib, saya mencapai telefon bimbit. Nekad untuk menghubungi ayah saudara yang sudah lama tidak saya temui. Kali terakhir ketika di Kepala Batas 5-6 tahun yang lalu. Matlamatku kali ini hanya satu. Untuk bertanyakan pendapat peribadinya perihal kes Lina Joy.


"Assalamualaikum Pak Lah. Ni cek ni. Sarah anak Mat Shukoq." Salam hormat saya hulurkan.

"Waalaikumussalam warahmatullah. La..Sarah ka. Hang gheja ka la ni?" Balas Pak Lah dengan suara yang girang.

"Idak aih. Cek mana abih lagi. Tapi tak lama mana dah la. Pak Lah apa habaq?"

"Pak Lah lagu ni la. Tapi kalau hang nak kata Pak Lah nampak tua, hak tu Pak Lah tau la", Pak Lah berseloroh bersahaja.

"Nampak tua takpa Pak Lah. Asaikan gheja jalan, negara tenteram. Agama tu yang paling penting. Kan Pak Lah?" Saya memulakan topik secara tidak langsung.

"Lagu tu la yang patutnya. Tapi la ni, kita duk buat A, depa duk usung mulut duk nak-nak B. Kita dah bagi B, depa duk hingaq pasai C tak bagi-bagi lagi. Tapi takpa la. Nak buat lagu mana. Adat duk kat ataih ni lagu ni la. Semua duk tak puaih hati." Pak Lah bagaikan melepaskan tekanan yang dirasainya.

"Ni Pak Lah. Cek call ni nak tanya pasai kes Lina Joy tu. Pak Lah duk rasa lagu mana na? Cek bukan apa Pak Lah. Kes ni pasal maruah. Maruah agama. Kerajaan takleh campuq tangan ka?"

"Hang nak Pak Lah jawab macam mana? Nak yang betui ka, nak cerita yang baik-baik ja?" Pak Lah memulangkan soalan kepada saya semula.

"Nak hak betui la. Hak muhung nak buat apa." Saya ketawa. Pak Lah turut ketawa.

"Disebabkan Pak Lah tau hang buleh dipercayai, belajaq pun tinggi, ilmu agama pun mak ayah hang bagi, Pak Lah bagitau la pada hang. Sebenaqnya, isu ni isu maruah agama. Dan ini pun isu perpaduan bangsa yang ada kaitan dengan agama. Pak Lah sebenarnya tak buleh nak cakap banyak. Satgi ghamai pulak duk kata kita ni duk pikiaq pasai Islam dan Melayu ja."

"Tapi ini pasal maruah, Pak Lah..." Saya agak sedih dengan apa yang Pak Lah katakan.

"Tapi tu la. Sebab Pak Lah duk ingat lagi apa pesan bapak Pak Lah, Pak Lah tau Pak Lah memang kena campuq tangan dalam hal ni. Memang tak berguna la Pak Lah kalau Pak Lah serah 100 persen pada hakim ja. Kalau tak, kalaula jadi apa-apa, Pak Lah akan rasa hina sangat. Sebab tak buleh nak jaga agama sendiri."

"Alhamdulillah. Lega hati cek la ni. Pak Lah nak tau tak, cek sebenaqnya memang duk rasa dah yang Pak Lah misti akan pikiaq cara nak bagi selesai masalah ni. Ni yang cek bangga dengan Pak Lah ni." Saya menyatakan rasa lega kepada Pak Lah.

"Apa yang tengah duk jadi la ni pun buat Pak Lah rasa tak sedap hati. Apa nak jadi dengan orang Melayu kita yang macam tak kenai dah tuhan. Tak kenai dah adat. Tak kenai dah malu. Kadang tu Pak Lah tengok, Melayunya mengalahkan Cina. Pak Lah rasa bertimpa-timpa salah tu jatuh atas bahu Pak Lah. Sebab Pak Lah bukan la oghang yang baik."

"Takpe la Pak Lah. Kalau tu yang Pak Lah duk rasa sekarang, cuba la buat something yang buleh kasi betui semula apa yang salah ni. Cek tau ramai yang akan sokong Pak Lah kalau Pak Lah buat perubahan ni semua. Cek ni tak gheti politik-politik ni Pak Lah. Tapi yang cek tau 1 ja. Maruah agama dan bangsa bukanlah benda yang kita duk buleh letak tepi. Yang utama tetap utama."

"Baguih hang call Pak Lah ni. Paling tidak, Pak Lah buleh dengaq apa oghang muda duk pikiaq la ni."

"Eh tapi Pak Lah, tak semua oghang muda pikiaq macam cek ni. Tapi memang ada la. Ceq rasa, depa yang duk ngaji tinggi memang tau apa yang betui. Depa yang tak sekolah tu yang duk pikiaq nak enjoy ja." Saya tergelak, begitu juga Pak Lah.

Kring. Kring. Loceng pintu rumah saya di Moscow berbunyi.

"Pak Lah, ada orang mai ghumah cek ni. Cek letak telefon dulu na. Nanti-nanti Insya Allah cek call lagi na."

"Baik. Baik. Hang ngaji elok-elok kat sana. Jangan duk nano-nano."

"Yes sir! Hehehe. Ok Pak Lah. Assalamualaikum." Saya mengakhiri perbualan setelah salam dijawab oleh Pak Lah saya itu.

Saya bergegas ke pintu. Membukanya dan dengan tiba-tiba cahaya yang terang kelihatan di sebalik pintu.

YA ALLAH.... Dah nak cerah! Saya bermimpi rupanya tadi! Mimpi berbual dengan Pak Lah, ayah saudara dalam mimpi. Rupa-rupanya saya tertidur di atas lantai bertemankan nota-nota Neurology and Neurosurgery yang penuh di sekitar saya. Dan loceng pintu yang berbunyi tadi adalah 'alarm clock' handphone Emy. Dan yang cerah kelihatan adalah langit di luar yang sudah nampak rembang cerahnya. Oh, saya tertidur hampir sejam setengah! Dan saya perlu bergegas mengejutkan Wani, Emy dan Fareena untuk solat Subuh! Jam sudah menunjukkan pukul 3.35 am! Syuru' sekitar jam 4.20 am nanti.

Dan semalam, di saat sedang tekun membaca, seorang kawan menghantar khabaran bahawa kes Lina Joy dimenangi oleh Islam. No more joy for Lina.


Adakah apa yang saya mimpikan benar-benar ada menyumbang kejayaan di sebalik kemenangan ini....?

"Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah itu hanyalah Islam"

p/s: Dalam perjalanan menuju ke tempat untuk menukar tarikh balik tadi, saya beriringan dengan Ikhwan, junior tahun 2. Makin susut nampaknya Iku ye. Dia berseloroh, "KS, bila nak sebut nama saya dalam blog KS ni?" Saya bertanya semula, "Eh, kamu baca ke?" Ikhwan membalas semula, "Hari-hari saya bukak." Jadi, sebagai tribusi buat Ikhwan, ni KS nak sebut nama kamu dalam blog ni. TERIMA KASIH WAN MUHAMMAD IKHWAN aka IKU!

(Ini mimpi betul tau!)
________________________________________________________________

Hari buat dia:

11) Berdoa itu ibaratnya memakai baju baru; membawa satu kelainan dan berjalan dengan harapan.

Wednesday, May 30, 2007

Madness

Assalamualaikum wbt


Underlying facts:
a) Pic was not taken today. It was on May 1st 2007.
b) Neurology is not a simple chicky micky subject. It's seriously tough.
c) I am not 100% ready yet but can say that I'm pretending to be chill.
d) I do not really like chocolates. And I do not enjoy Snikers either. I prefer hot nescafe only.
e) Above pic is not the real KS and Diba. That's our housemates.

Thought of the day: Surah Al-Asr 103:1-3 - 1) For the Time! 2) Mankind are always wasting the chances. 3) Except those who are strong believers and work on the goodness. And who remind others (and themselves) about the truth, either the patience (good heart).

Note: May we all be granted with good time management as well as wiser personal doings.

(p/s: When I turn tense and bored, see what have I done. Photoshop, Photoshop, Photoshop. Poems. Poems. Poems. At least this is good enough rather than singing alone or mingling in the house from kitchen to toilet, toilet to kitchen :p Isn't it Faiq? Today we both are WUNGI :) )

___________________________________________________________________

Hari buat dia:

10) Az-Zumar 39:27 - Dan sungguh! Kami telah membuatkan di dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka mendapat pengajaran.

Tuesday, May 29, 2007

Apologi


Terbit matahari pagi tadi

Aku buka almari
Terlihat pada baju kurung putih
Putih sekali
Yang punya manik-manik kecil

Dulu aku rengek ibu jahitkan
Hadiah pada hari aku bergelar graduan
Manis sekali aku berdandan
Bersama bunga sejambangan

Di situ pintu aku memulakan pelayaran
Hidup bergelar pengamal perubatan

Aku ke hilir mengejar nyawa
Aku ke hulu membantu manusia
Bilang saja di mana
Aku pasti bisa

Janjikan tempat dan masa
Pasti aku tiba jua

Darahku mengalir semangat
Nadiku berdegup penuh minat
Mengusung nyawa selagi daya
Sungguhpun ada teriak tempik ke langit
Katakan aku bukan yang terbaik

Terkadang waktu itu aku jauh hati
Patah hati jua datang iri
Kerana aku bukan si baju putih terhebat

Yang bisa mengusir pergi si malaikat
Kerana aku bukan dukun handal
Yang bisa mengubat hidup-hidup yang sundal

Tapi aku punya kudrat
Yang akan bekerja selagi aku daya
Tapi aku punya tangan
Yang akan memberi selagi aku memiliki
Tapi aku punya hati
Yang akan berdoa selagi aku ada

Terkadang aku rasa mahu melolong
Berkata pada dunia bahawa aku kini kosong
Aku tidak lagi punya kudrat
Kerana aku sendiri melarat
Aku tidak punya tangan
Kerana aku kini buangan
Yang setia cuma hati

Tak pergi, masih mahu menemani

Perlahan kurung putih itu kukeluarkan
Perlahan kupangku ia atas ribaan

Dan perlahan kerusi roda itu kugerakkan

Duhai hati
Aku mungkin akan hilang dari sini
Tapi tulusku
Moga apologi diri ini
Didengar semua

Diampun semua
Kerana aku ingin pergi
Dengan tenang sekali
Sungguhpun diri
Bakal dilupai


Dunia
Apologi terdalam dari hatiku yang bersih
Dalam pembaringan
Berbaju kurung putih

26/05/2007
-resah exam-


Note: 1 exam's down. 5 more to go. Alhamdulillah did very well in TopAn. Thanks for all the wishes. Come whatever may, I found strength when you all are with me.

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

9) Jangan pandang kita yang dulu sebagai kayu ukur diri, kerana takkan terhitung rasa malu dalam diri - Saidina Umar Al-Khattab

Friday, May 25, 2007

Hasrat dan Harapan!

Salam wbt

Keputusan sudahpun saya buat. Puas juga berperang dengan hati dan rasional. Tapi Alhamdulillah. Hati bersetuju juga dengan rasional minda dan akhirnya bersatu mengatakan Hospital Temerloh yang menjadi pilihan. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang pendapat. Saya ada misi. Ada ramai yang ingin saya temui. Ada banyak benda yang perlu saya buktikan kali ini.

Mr. Jeffry: Selamat bertemu kembali. Semoga kali ini memberikan peluang dan ruang yang lebih baik untuk saya. Tanpa Mr. Jeffry, mana mungkin saya berpeluang membentangkan kes saya tahun lalu di program Pagi Ilmiah setiap hari Jumaat itu. Terima Kasih!

Faaiqah: Maaf tak terhingga. Setelah difikir-fikir semula, berjauhan dari keluarga walaupun dalam masa yang sekejap boleh buat saya rindu dengan sangat. Baiklah saya manfaatkan cuti itu sepenuhnya. Lagipun, dalam jadual yang saya rancang, saya akan mulakan praktikal sedari 2 Julai sebab Insya Allah saya akan tiba di Malaysia antara 15-20 Jun. Baik saya mulakan awal dan sudahnya pun awal. Maaf sangat. Tapi janji kita untuk berkumpul bersama akan tertunai Insya Allah!

Hasrat cuti ini:
1)Nak selesaikan praktikal sebulan ini dengan sesegera mungkin. Dapat mulakan lagi awal pun tak mengapa.
2)Hadiri Islamic Medical Symposium 2007 di Kota Bharu di penghujung Julai.
3)Sertai Sunathon'07 di Endau-Rompin dan Pulau Tinggi di pertengahan Ogos.
4)New glasses! A must! A must! A must! (Walaupun baru je buat yang baru di sini. Tapi..POWER keeps increasing!!)
5)A must-go-with-family: Waterfall!
6)Holiday with family (if ayah could make it, Insya Allah. Oh Ayah. Spend time with me please)
7)Pay a visit to Adi's new school and Adlan's in Terengganu
8)Balik Penang. (bak kata ayah: Cuti-cuti Malaysia)
9)Reunion dengan Family Bahas 01-02 (Buddies: Kak Anisa, Abg Wan, me, and a few more who can make it Insya Allah. Abg Khairil, will you?)
10)Makan banyak-banyak (Terutamanya Ikan Patin Masak Tempoyak dan Laksa Penang yang menjadi air tangan mak yang paling istimewa!)
11)Nak decorate bilik sendiri. (Kak Long, you should give me a hand)
12)Nak rehat, rehat, rehat, rehat, rehat dan rehat....

Harapan disandarkan pada:
- Topography Anatomy and Operative Surgery - 28/05/07
- Neurology - 31/05/07
- Obstetrics - 04/06/07
- Therapy (Internal Medicine) [Oral Part only] - 07/06/07
- Russian Language [Final of the Final] - 10/06/07
- Surgery - 13/06/07

Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa sepanjang mencoret sesuatu di dalam blog ini mahupun dalam dunia realiti. Doakan saya untuk final exam kali ini. Maintain excellent and if possible to maintain my name in Red Certificate List (a bit tension thinking about it but I definitely will give my best, Insya Allah). If any of you happened to read this entry, it would be so nice if you can leave a Do'a and All The Best message for me! Do as many as you want!

Al-Insyirah 94:1-8 - 1)Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? 2)Dan Kami menurunkan bebanmu darimu. 3)Yang memberatkan punggungmu. 4)Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. 5)Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6)Sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan. 7)Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah kamu bekerja keras (untuk urusan yang lain). 8)Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.


Till the next entry,
From Moscow with Love...

Sarah Mohd Shukor

Thursday, May 24, 2007

Dilema Bercuti...

Salam wbt

Study leave dengan rasminya bermula hari ini (May 23rd). Disebabkan 2 malam yang lepas tidur saya sangatlah tidak terurus dek kerana cycle Obstetrics yang akan tamat (pastinya kena submit case report dan get ready for final test to complete our credit hour), maka saya telah memperuntukkan masa 11 jam untuk tidur (baca: qadha' tidur) pada malam semalam. Sebaik bangun dengan segarnya pagi tadi, sejak jam 8.30 pagi saya telah duduk di meja study bertemankan segelas nescafe, roti dan peanut butter blueberry beserta ubat (adui).

Bermula dari detik itu, saya hanya bangun dari kerusi untuk ke dapur membancuh air, ke tandas mengambil wudhu' dan ke ruang tamu untuk makan dengan ahli rumah yang lain. Selebihnya, hanya dengan buku-buku dan nota-nota Topography Anatomy and Operative Surgery saja (TopAn).

Kami makan malam agak awal hari ini. Maklum sajalah. Semuanya lapar kerana tidak mengambil makan tengahari yang sempurna. Sesudah makan, saya mengusung nota-nota duduk di para tingkap, berjemur di bawah terik panas 30'C pada hari ini, dengan niat di hati supaya mata tak mengantuk apabila berada di bawah panas begitu. Sesudah Maghrib berjemaah dan mengaji, saya kembali ke meja dan disebabkan di luar guruh dan kilat pula yang sedang sabung menyabung, fokus otak tidak lagi 100% terhadap nota-nota di tangan. Otak saya ligat menyusun aktiviti ketika cuti di Malaysia nanti (sangat nakal nih).

Apa yang perlu saya lakukan?

Praktikal - Saya ada beberapa tempat pilihan. Sebenarnya saya sudah agak lambat kerana masih belum menghantar surat permohonan tapi saya yakin pasti akan ada jalan penyelesaian.

Pilihan pertama seperti biasa di Hospital Temerloh. Tapi sudah dua tahun berturut-turut saya menyudahkan praktikal saya di sana. Ramai doktor sudah mengenali saya. Saya ingin lari dari situasi 'dikenali' atau 'dicam' oleh mereka. Tambahan pula, Dr. Bahari, Pengarah Hospital Temerloh, merupakan ayah saudara saya (dua pupu emak). Jika tahun lepas denga penuh niat dia meletakkan saya di bawah seliaan Mr. Jeffry, seorang Pakar Bedah merangkap Head of Surgical Department, apalah pula plannya tahun ini. Dan saya juga hendak larikan diri daripada Mr. Jeffry (rujuk
entry dulu). Memang dia 'ganas', merendah-rendahkan kualiti pelajar dari Moscow secara keseluruhannya (walaupun hanya saya seorang saja di situ sedangkan kami semua di sini pelajar JPA dan MARA) tapi akhirnya disebabkan saya menunjukkan prestasi yang terlebih sedikit saja baiknya daripada 3 orang HO ketika di bilik prosedur, Mr. Jeffry telah mengubah persepsinya terhadap saya. Disebabkan 3 alasan di atas, kemungkinan besar Hospital Temerloh bukanlah tempatnya kali ini.

Kedua, Hospital Seberang Jaya atau Butterworth menjadi pilihan saya. Ini atas cadangan emak dan Nan. Saya boleh tinggal bersama tok dan berulang-alik saja dari rumah. Tapi tiada kawan juga yang akan bersama dengan saya. Kalau adapun, bukanlah 'klik' saya. Kemungkinan besar, pilihan ini juga akan saya tolak.

Ketiga, Hospital Serdang. Hospital ini telah bermain-main di kepala memandangkan Nisa (my best cousin, Medic UIA) juga akan bercuti sebentar pada waktu itu. Jika dia mahu, saya boleh mengajaknya praktikal bersama di Hospital Serdang. Tapi malangnya, di saat saya sampai di Malaysia nanti, cutinya juga telah tamat. Pilihan ini juga hampir-hampir saya tolak ketepi. Tapi siang tadi saya online bersama Faaiqah (my best friend, Medic in Cairo Uni, Egypt). Katanya, dia memilih Hospital Serdang. Rumahnya di Bangi saja. Jadi boleh berulang. Saya bersetuju (setakat ini) untuk menyudahkan praktikal di Hospital Serdang dan boleh tinggal di rumah Ayah Long (rumah Nisa) di Seri Kembangan. Kebetulan Nan pula praktikal di MIMOS Bukit Jalil pada waktu itu. Boleh berulang-alik bersama Nan. Selesai masalah. Tapi tetap ada tapi. Saya malas untuk berulang-alik ke rumah di hujung minggu. Tujuan saya balik bercuti pastilah sebab hendak bersama keluarga. Mengapa perlu saya ke Serdang untuk praktikal. Adui. Tak pandai saya untuk memilih.

Jika menurut cadangan ayah, ayah menyuruh saya ke Hospital Jengka. Oh tidak! Sebenarnya Hospital ini tidak tersenarai dalam pilihan saya. Ada dua sebab. Pertama, jarak perjalanan dari rumah hampir 1 jam suku. Pukul berapa saya perlu bertolak setiap pagi? Memandu seorang diri di kawasan felda yang di kelilingi pokok getah dan kelapa sawit lagi. Lemah semangat saya ni jika 'terjumpa' apa-apa. Menjatuhkan lagi semangat saya untuk ke sana. Keduanya kerana di sana ada Dr. Shaffi. Doktor yang pernah menyuruh kakaknya, Kak Ngah Fauziah, menelefon saya satu masa dulu. Oh TIDAK! Semestinya saya jauhi.

Jadi ke mana harus saya pergi sebenarnya? Hospital mana yang terbaik untuk saya? Di hospital Temerloh, hampir semua orang mengenali saya. Baik staf mahupun pesakit. Maklum sajalah. Anak tempatan. Keluarga pula dikenali mereka. "Eh, ni anak Haji Shukor ni", "Laa..Ni kan anak Cikgu Noor ni", "Ni bukan cucu Cikgu Kamaruddin ke?". Mana nak sorok lagi ni?

Boleh tak kalau 'malas' nak buat? Lagipun walau sibuk macam mana sekalipun, tugasan sebagai sukarelawan di Psychiatric Center di Klinik Kesihatan Temerloh pasti akan saya laksanakan. Banyak juga yang dapat saya lakukan di sana. Sudah menjadi kelaziman berkhidmat di situ sejak tahun 2004. Masakan saya sampai hati untuk meninggalkan pesakit-pesakit yang sudahpun mengenali saya di situ.

Atau mungkin saya boleh menjadi pelajar praktikal peribadi kepada sesiapa yang memerlukan saja?
*Sarah berangan*

Hmm... Penat befikir. Rupanya-rupanya berfikir begini lebih penat daripada study ye!

Al-Baqarah 2:216 - Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Saya perlu lebih bijak meletakkan diri dalam situasi rasional agar dapat membuat keputusan dengan lebih baik, tidak terlalu memilih dan yakin bahawa untuk setiap muslim itu, yang terbaik untuk kita adalah apa yang telah terjadi atas kita. Kesimpulannya, di mana-mana hospital pun pasti ada kebaikannya yang tersendiri. Tapi....
_________________________________________________________

Hari buat dia:

8) Jangan pandang pada perbezaan, pandanglah pada persamaan. Jangan hanya mengungkit kesilapan, kenangilah kebaikan.

Tuesday, May 22, 2007

Kisahnya Jodoh

Salam wbt

Semalam saya buka buku koleksi tazkirah lama yang saya usung ke hulu-ke hilir sewaktu di menengah atas dulu. Walaupun kertasnya sudah kekuningan dan lunyai sedikit, namun kenangan bersama buku itu yang saya cukup hargai. Selepas diselak-selak, terjumpa sekeping gambar lama di dalamnya. Tak sangka pula saya ada sisipkan gambar seorang kawan di dalamnya. Di manalah dia sekarang. Apa khabar dia agaknya. Masih belajar atau sudah bekerja dia ye.

Di 10 halaman terakhir buku tersebut, ada coretan teman-teman sekelas dulu. 5 Sains 7. Kelas pertama untuk pelajar puteri aliran sains. Streaming dalam erti kata lainnya. Ada 18 nama saja. Maksudnya ada 4 lagi yang tidak meninggalkan coretan di buku itu.

Setelah meneliti setiap ucapan perpisahan daripada mereka, hampir kesemuanya menyertakan doa sisipan berbunyi: "Kalau kawin, jgn lupa jemput", "Kalau makan nasi minyak, tau2 la nak hantar kad kt alamat tu yek". Macam-macam. Ini semua ragam zaman masih mentah dulu.

Lalu saya imbas wajah seorang demi seorang kawan-kawan seangkatan dengan saya. Di seluruh pelosok dunia bertaburan mereka kini. Ada yang di Mesir, New Zealand, Australia, USA, UK, Ukraine, India, Indonesia dan tak kurang yang berada di seluruh ceruk IPT di Malaysia. Ada di kalangan mereka yang telah pun berkahwin. Paling menjadi kenangan buat kami semua, seorang kawan, yang dahulunya sangat rapat dengan Makcik Dobi kini telah pun bergelar menantu kepadanya. Siapa sangka. Jodohnya Allah temukan dengan anak lelaki Makcik itu. Walaupun masih belajar, saya yakin, kedua-duanya berjaya mengharunginya dengan baik.

Sebenarnya ada beberapa pasangan lagi yang telah pun berkahwin. Tak kurang juga yang telah mengikat ikatan pertunangan (Tahniah untuk Nurul dan Haikal). Namun tak satu pun yang sempat saya hadirkan diri. Malang rasanya. Kenduri biasanya di musim cuti sekolah. Tapi summer break biasanya di hujung bulan Jun. Maka terlepaslah saya majlis keramaian teman-teman lama ini. Hanya SMS atau email yang menjadi ganti diri.

Di awal bulan Jun ini, beberapa undangan perkahwinan kawan-kawan lama telah mula saya terima. Nur dan Safwan (lower form), Zura dan Idham (lower form), Taufiq dan Atikah (lower form), Mr. Pepsi Blue aka Fitri dan Shada (ex-PASUM) dan juga Mimie dan Azrin (blogger, bukan Mimi Amilia ye. Hehe) . Ah.. Ramainya. Sayangnya, saya tak dapat mengunjungi mereka. Mungkin akan bertandang melawat mereka jika berkesempatan bila tiba di Malaysia hujung Jun nanti. (Jangan lupa tuntut hadiah masing-masing ye!)

Sekilas mata saya terpandangkan hadith pertama dalam himpunan Hadith 40, hasil kupasan bicara Kak Nusaibah, naqibah saya dulu yang tercatat kemas dalam buku tersebut.


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya setiap amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia hijrahkan (kerananya)."

Semoga penghijrahan menuju ke sebuah kehidupan baru setiap daripada kita ini disertai dengan niat yang lurus dan semoga jodoh yang Allah temukan untuk teman-teman semua kekal selamanya. Amin.

________________________________________________________________

Hari buat dia:

7) Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya. - Umar ibni Abd al-Aziz-

Sunday, May 20, 2007

Ikan Bilis


Salam wbt


Nak tergelak pun ada. Tapi tak sampai hati ini. Memang selalu junior-junior di sini akan merujuk kepada saya seandainya ada masalah kesihatan. Ibaratnya, saya sudah pun bergelar doktor. Amin. Moga-moga benar-benar menjadi kenyataan. Tapi apa yang terjadi petang tadi sangatlah mencuit hati saya. Mungkin ini hanya salah satu contoh antara kisah lucu yang boleh saya kenang setelah tamat belajar nanti.Bacalah sendiri apa yang menjadi topik perbualan ringkas antara saya dan seorang junior di sini petang tadi.

Junior: ks
k.s.: ye
Junior: nk tanya
k.s.: iye
Junior: tadi
Junior: saya makan nasi goreng
Junior: dalam nasi goreng tu ada ikan bilis
k.s.: then?
Junior: pastukan
Junior: ada taik ikan bilis
Junior: tak kluarkan
Junior: camna erk
k.s.: tak pe la
k.s.: x kn effect apa2 pun
Junior: byk lk tu
k.s.: kamu penah makan belacan x?
k.s.: misti penah kn
Junior: pernah
k.s.: belacan tu buat kadang tu x bersihkn semua pun perut ikannya tu
k.s.: taik ikan bilis tu sama la dgn perut ikan kering
k.s.: *perut ikan yg dh dikeringkn
k.s.: lg pun ikan bilis ni ikan kecik
Junior: ohh
Junior: ok
k.s.: paling abis dia makan plankton je
k.s.: so x de apa benda pun
Junior: ok terima kasih
k.s.: n maybe rumpai2 laut je
k.s.: so x de benda
k.s.: ok?
Junior: ok
Junior: mekasih ks
Junior: hehehe
k.s.: no problem
Junior: assalamualaikum
k.s.: w'salam wbt
Junior has signed out. (5/20/2007 7:54 PM)

Lalu tak semena-mena pecahlah senyum lebar saya di bilik.

___________________________________________________________

Hari buat dia:

6) Hargai apa yang tersedia, cari apa yang tersembunyi. Jaga apa yang ada, kejar apa yang diimpi.

Saturday, May 19, 2007

Permainan Tradisional

Assalamualaikum wbt

Sudah lama sebenarnya saya hendak ketengahkan isu ni. Tapi ada saja halangan atas tuntutan isu lain yang menjadi perhatian sampingan.

Lebih kurang 2 minggu lepas, saya ada bersembang dengan seorang kawan yang kini di UIAM. Hentah dari mana angin ributnya, perbualan kami mengungkit kisah zaman kanan-kanak. Lebih spesifik, tentang permainan tradisional atau permainan rakyat yang sering menjadi pilihan kami suatu waktu dahulu.

Tapi setelah dinilai semula, bukan semua permainan yang kami senaraikan bersama adalah permainan tradisional atau rakyat. Ada juga di antaranya merupakan permainan kanak-kanak yang baru direka.

Jom kita lihat senarai pendek yang terlintas di kepala saya di saat ini.

Permainan rakyat:
1. Batu seremban
2. Congkak
3. Layang-layang/Wau (!)
4. Pukul berapa datuk harimau
5. Sang kancil
6. Rumah batu/Jingkit-jingkit
7. Laga semut hitam
8. Nyorok-nyorok
9. Main masak-masak (pondok-pondok)
10. Tuju selipar (Baling selipar dan dirikan semula binaan selipar itu! Orang dulu-dulu tuju sabut je tau!)

Ah... Panjang sangat senarainya nanti.

Ok. Kita lihat pula beberapa contoh permainan kanak-kanak yang boleh dikatakan baru dicipta oleh anak-anak zaman 80-an (termasuklah saya!)
1. Tudung botol (siap dengan skill-skill terhebat!)
2. Tayang (nama lain bagi Galah panjang)
3. Polis santri
4. Coca-cola aiskrim soda
5. Da da si, sida sida da si (hehe)
6. Cuit tiang
8. Rounders
9. Main jentik pen (yang kena sampai ke hujung kertas untuk kalahkan lawan)
10. Lawan pemadam

Sangat kreatif kanak-kanak dulu kan? Kalaulah diberi peluang untuk bermain, permainan mana yang terlintas di hati untuk anda semua bermain semula?

Kalaulah saya, saya teringin sangat nak main tuju selipar. Dalam keluarga di sebelah Pahang, taburan cucu perempuan lebih sedikit daripada cucu-cucu lelaki. Tapi setiap kali kami semua berkumpul (kerap juga bila semuanya pulang ke Rumah Putih Di Atas Bukit), tuju selipar akan menjadi permainan rasmi kami semua. Lebih menjadi nostalgia, pasukan kami cucu-cucu perempuan ini yang selalunya menang! Sangat tak feminin kan? Lari ligat mengalahkan yang lelaki. Tapi tak kira. Demi dapat ikut pergi mandi dan berkelah di sungai, kami mesti menang waktu tu. Hehe.

Buat cucu-cucu Tok Halimah, baik yang di luar negara, di Malaysia, sedang buat preparation course, di sekolah menengah dan rendah dan juga semua emak dan ayah saudara, baik yang engineer, lecturer, chef, cikgu, businessman dan apapun jua, ingat janji kita semua sewaktu raya tahun 2000 dulu! Revenge game mesti dilaksanakan. Hehe.

Apa permainan pilihan anda semua dulu ye? =)

(Tadi ada yang YM saya, tanya pasal entry ni. Kesinabungan entry Bahasa Pahang kah? Jawab saya, bukan. Ini entry Kita Anak Malaysia)

______________________________________________________________

Hari buat dia:

5) Kadang-kadang selepas panas dan terang yang panjang, Allah datangkan kita hujan dan ribut. Kita sedih kerana matahari kita hilang sebentar. Jangan bersedih. Kerana selepas hujan dan ribut itu, Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Tuesday, May 15, 2007

When You Are Sick...

Assalamualaikum wbt

Life is not easy as we wanted it to be. We always have plans for our life but Allah always has a better plans for us too. We always dream to run a great life. With no pin-ball in our health. Hope to be in the pink of health. But if Allah has written you to have such life, I think we should just accept what we have.

Being sick is not the matter. What really matters is how do we live such life. I've been sick since I was thirteen. Living no
excuse being apart from medicine. Well, anemia sometimes pushing me aside and makes me think that I am a bit lack compared to the rest. It causes me had withdrawn from any sports and outdoors. Later on, it took away my joy while treasuring my high school. I parted behind just because I could not go to the front line. So I chose another way to find the fun. I proposed the debate and I made it through. That's how I live my life up till now.

Since I came to Moscow, I never felt seriously ill. But last Sunday I found the reason to just lie down after falling from chair straight away on the floor. I bumped my chin onto the bed's edge. And accidentally injured my lower lip by clenching it with my teeth. It bled and I knew that my pressure wasn't that perfect.

I reached my blood pressure kit. Shocking my heart, it was only 90/70 mmHg. As this was unusual for me, I came to a diagnosis that my pressure was low due to decreased blood volume that worsened my anemia too. At night, I measured it again. No change, it was still 90/70 mmHg.

I was so weak to go to class the next day. I started my medication with Sangobion back that has been my best accompany since 1998. I spent the whole day in room reading and resting. Every 2 hours I measured the pressure. It's all the same that made me grew even worrier. I laid on bed and my fingers had tremor. I sat on the chair and my eyes couldn't even catch any words from the Obstetrics note. I finally ran to Wani, asked her to give a touch to my head. Her massage was good enough to make me feel lighter and better.

And today I have Obstetrics. I slept officially at 4 and woke up at 6. Went to class at 7.45 am in a hurry. And I was alone but this time I brought along my mobile. If anything happened, I could give my roommates a call, I guess. I reached class with heavy and spinning head. My limbs were cold and sweating a bit. The whole time I was like counting the clock to touch number 3. So that, I could ready myself to go home happily.

On my way back, I was left behind by the rest. I was a bit slow when changing the scrub attire. It's all my fault but just couldn't help myself. It's 22'C today. Hot enough to make me dizzy. I stopped in the middle because I felt like falling. And was holding an apple tree to support my legs to stand still. I felt like crying at that very second. Seriously I felt so. No one with me. No one waited for me. I continued my walking and before reaching the metro, my tears really ran down the cheeks.

As I entered the station, they were all waiting for me inside there. Which actually not really waiting for me because the real reason was the train had just left. In the train, I stood apart from them and kept quiet was the best persuasion. And in my heart I wished that sick people won't be discriminated and left behind. Just because they can't run faster to reach the healthy in the front.

Allah knows best. To put things in order. To make us ponder. There is always hikmah behind the burdens. There is always nikmah behind the patiences.

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

4) Buat dunia, kau adalah seseorang. Buat seseorang, kau adalah dunia.

Monday, May 14, 2007

Happy Birthday Ayah

Assalamualaikum wbt

To my beloved Ayah
Tuan Hj. Mohd Shukor Hj. Mahamud


When I was just a little kid
I sat on my dad
Listening to his story
And his simple solawat
I was wondering why he is good at storying
And why I am good at crying
In my memory
I keep the feeling of crying to him
When he was feeding the ducks of him
He nailed me to the farm
To see the pond and the plumps
There were rabbits
There were chickens
And there were quails
I went there seldom
Whenever sad and bored mingled at home
But I found the freedom
Then came back home on my dad's shoulders
Happy with no more tears

He rushed me to doctor
When I was sick
He gave me watercolor
When I was six
He cheered my sport
When I was twelve
He supported my debate
When I was a teen
He said yes
When I said I'm flying
And he prays a lot
For my best doing

I tell him everything
To share my feeling
I keep away worry
So he will be happy
I sketch my dreams
He said just follow your stream
I say him thank you
He laughs and grins too

I told him that he is handsome
He replied he knows that he is warm
I asked why he now has belly
He said because he now is happy
I pointed to his gray hair
He smiled and said I'll leave you someday

He is my hero
He is my life
I love you so
Very-very much

Happy Birthday Ayah

May Allah bestow Ayah with rahmah and mardhatillah
May Allah guide Ayah through
May Allah love Ayah more
May Allah grant Ayah goodness
May Allah reserve Ayah a place in Jannah

Love loads
Your dearest Ngah



__________________________________________________

Hari buat dia:

3)
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Sunday, May 13, 2007

Ibu oh Ibu...

Assalamualaikum wbt






“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibu bapanya kerana ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungkannya serta menyusuinya dalam tempoh 30 bulan.....”

(Al-Ahqaaf:15)







Pernahkah kita terfikir akan keperitan dan lelahnya proses ibu kita mengandungkan kita selama 40 minggu? Pernahkah terlintas di minda kita akan pengorbanan ibu kita yang menjadi teman terbaik, malah teman berkongsi makan dan bermain ketika kita bergelar janinnya? Barangkali kita terlepas pandang akan hal ini.


Sedari kecil, kita disusui, disuap makan dan minum, dipimpin tangan ketika berjalan, didodoi untuk tidur dan dibiayai untuk mendapat pendidikan yang terbaik dalam hidup kita. Sekalipun ada di antara kita tidak dibesarkan dengan limpahan kemewahan, namun sedarilah kita betapa hakikatnya, ibu bapa kita sangat berusaha untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk kita semua.


Tetapi apabila kita meningkat remaja, tanpa kita sedari, kita semakin berani ‘memijak’ kepala mereka. Meninggikan suara kepada mereka menjadi perkara biasa. Memberi alasan dan dalih adalah lumrah. Semakin sedih apabila ada yang mula berani
menipu, mengherdik dan menghina wanita bernama ibu itu. Na’uzubillahi min zaalik.


Allah swt berfirman dalam surah Al-Israa’ ayat 23: “Dan Tuhanmu telah menetapkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam memeliharamu, janganlah kamu katakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.”


Cuba kita imbas kembali bahasa harian dalam perbualan kita dengan ibu mahupun bapa kita. “Alah, nantilah dulu”, “Kejap lagilah mak”, “Takkan makan lauk ni lagi”, “Huh, nape lambat sangat jemput. Panas ni”. Kalau bisa untuk kita hitung setiap kekerasan bahasa yang telah kita gunakan selama hayat kita bergelar seorang anak, bagi hati yang benar-benar menyesali apa yang telah dilakukan, pasti boleh mengalir air mata kita apabila terkenangkan hal ini kerana betapa telah tertulis di dalam buku amalan kita bahawa kita pernah mengasari ibu bapa kita walaupun hanya dengan lidah.






“Dan turunkanlah sayapmu dengan rasa merendah diri terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang...”

(Surah Al-Israa’: 15)




Dalam Surah Al-Israa’ ayat 15, Allah telah memberikan panduan kepada kita untuk menyantuni ibu bapa kita dengan sebaiknya. Terdapat pelbagai cara untuk kita menzahirkan kelembutan dan kasih sayang kita buat mereka. Sekaligus, dalam masa yang sama, kita sebenarnya telahpun menyempurnakan sebahagian daripada tanggungjawab kita dengan berbuat demikian. Antaranya:

- Hormat dalam ucapan dan perbuatan

- Menundukkan diri di hadapan mereka

- Menjaga maruah dan nama mereka

- Mengutamakan kepentingan ibubapa daripada yang lain

- Tidak meninggikan suara di hadapan mereka

- Berterima kasih kepada mereka

- Mendoakan kesejahteraan mereka

- Memohon kasih sayang Allah untuk mereka

- Memenuhi keperluan mereka pada usia lanjut

- Membantu usaha ibu bapa (termasuklah mencapai kejayaan untuk mereka)

- Tidak masuk ke bilik mereka tanpa izin

- Tidak mendendami mereka

- Tidak menyusahkan hati mereka

- Sentiasa mendoakan keampunan ke atas ibu bapa kita

Sama ada sedar atau tidak, dalam setiap agama dan bangsa di dunia ini pasti mempunyai teladan yang mengisahkan anak dan ibu. Contohnya kisah Saidina Al-Qamah dan ibunya, yang mementingkan isteri lebih dari ibu, hanya dapat menghembuskan nafas terakhir dengan tenang setelah mendapat keampunan ibunya. Paling tidakpun kisah Si Tenggang yang menjadi batu kerana menderhakai ibunya. Bagi perempuan pula, sudah pasti ramai yang mendengar kisah akan kesusahan dan kesakitan yang amat azab ketika bersalin sempadan dari kisah-kisah mereka yang menderhakai ibu sendiri.


Kesimpulannya, sangat mudah di dunia ini Allah izinkan kita untuk menyemai bakti buat ibu juga bapa kita, dan dalam masa yang sama, tanpa kita sedari, ada banyak juga ruang dan peluang yang menyebabkan kita menyakiti mereka. Sempena Hari Ibu kali ini, marilah kita sama-sama mendoakan keampunan dan kesejahteraan khas buat ibu kita agar hidup mereka kekal dirahmati Allah dan hidup kita juga dilimpahi redha-Nya. Amin...


“Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku”


Buat emak yang sangat saya sayangi, Pn. Noor Azimah Binti Kamaruddin, Selamat Hari Ibu. Semoga emak dirahmati Allah selalu.



Salam Sayang,
Ngah, Moscow

_____________________________________________

Hari buat dia:

2) Tawadhu' ialah apabila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim yang lain, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Saturday, May 12, 2007

Games Time

Assalamualaikum wbt

Studying the whole night (but I got enough sleep this time) and straight away after subuh I prepared karipap (Wani prepared the filling yesterday, I continued with the dough and clipping). While was cooking in the kitchen, the next door Russian girls were just got back from somewhere (at 1st I have this bad idea of them just came back from clubbing because there were 2 guys with them. But then after greeting them privet-dobre utra thingy, she told me they all were just came back from visiting their grandma somewhere out of Moscow region. Sorry for this thought...). It was good to know that the one who's from Ukraine, who now is a HO (ordinatura) major in Obstetrics in my hospital (can be considered as my teacher too) asked my permission 1st before using OUR refrigerator (usually she she put her stuffs without permission). That's the manner that we want. After the karipap is all done, again, I continued with my books.

OK. Now it's time to play a game. Simple rules. You read the lines below, then scroll down slowly to get the answers OK. Let's start. Note: Use your left brain crucially to get the most scrumptious answers. Otherwise you'll end up sighing "Ahhh..." or "Alaaa" or "Alamak" for not thinking it the other way that you should. All the best =)


man
1. ------------
board


Ans. = man overboard


Okay, let's see if you've got the hang of it.


stand
2. ------------
i


Ans. = I understand


OK. Got the drift...
Let's try a few now and see how you fare ?

3. r

road
a

d


Ans. = cross road


Not having a good day now, are you ?
Redeem yourself.



4. cycle
cycle
cycle


Ans. = tricycle


Not easy to figure out huh!


0
5. ------------
M.D.
Ph.D.

Ans. = two degrees below zero


Common, give it a little thought =)


knee
6. ------------
light


Ans. = neon light
( knee - on - light )



You can prove you are smart by getting this one.

ground
7.---------------
feet feet feet feet feet feet


Ans. = six feet underground


Oh no, not again =)


8. he's X himself


Ans. = he's by himself


Now you messing up big time.
Try this one.


9. ecnalg


Ans. = backward glance


Not even close huh? (^^,)


10. death ..... life



Ans. = life after death


OK. Your penultimate chance...



11. THINK



Ans. = Think big ;)


And the last one is real fun do...


12. ababaaabbbbaaaabbbbababaabbaaabbbb...



Ans. = long time no 'C'
( see )

So how was it? Mentally tricky ain't? So let me know how many out of 12 that you managed to answer correctly. I did 8/12. Ah. Not smart enough, I guess. Rest time is over. Got back to study. Salam~~~

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

1) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.

Friday, May 11, 2007

The Islamic Medical Symposium 2007


Assalamualaikum wbt


Let's all gather in Kelantan for THE 1ST ISLAMIC MEDICAL SYMPOSIUM 2007 by IMAM-RSC

For MMA student, you all can submit your names to me. And for the rest who are interested, just leave comment for further information.

Go to : Official blog of Symposium 2007

Thursday, May 10, 2007

Time Management


Assalamualaikum wbt

Talking about self management is actually reflecting our time management. As for myself, practically I'm quite (QUITE not TOTALLY) good at it. I always have schedules of things to do in certain duration (eg in 1 week time). And will have a list of things to be done on the note pad for daily achievement.

Sometimes as students, we just cannot deny a tiring day will destroy whatever kind of plans that we have set up. It happens to me as well. Not to regret of that wasting time that we mistakenly had done, I bare in mind that my plan is not as good as what Allah had planned for me. Falling asleep pathetically at study desk isn't a thing to be blamed IF we really have gone through a hectic day. The other side of it, Allah just wanted to let us have some rest, get up fresh and settle what is left.

What counts for me is whenever I set up mind to have a certain duration of sleep and then being disturbed by any fellows, that will certainly make me moody and a bit angry. Let's say that I have decided to sleep at 12.45am and set the clock at 3.45am for Subuh prayer and to continue study. But every hour after then I'll wake up for any kinds of distractions that come around. And to more extend, I finally have to be fully awake at 2.45am. Isn't this sound so miserable to have only 2 hours sleep while the day before you slept about 3 hours long (only) and the next day you're gonna have a long tiring-tension-long-journey-away-from-hostel class?

That is why. The most important thing that I learned is to be ignorant to what is happening around me especially when I'm sleeping. Sleeping is the only time when my brain can rest, my limbs are free from stress and my mind is recharging the power to fight in the next day battle of endless.


Note: Will I manage to be a good manageable doctor?

Tangisan Di Kala Subuh...


Kerana kuterkenangkanmu Ya Rasulullah...




"Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu..."


Wednesday, May 09, 2007

How Do I Release Tension?


Assalamualaikum wbt

Very common in our life to have a bit stress but it is not healthy to have a depression mood. And absolutely we ourselves know how to manage it.

When it comes to me, I'll fill up my time with studying. Sounds like it is my cup of tea of my life, isn't it? The truth is, the more the stress is, the more focus I gain. People around me say that I am totally crazy by having such mind. But what to do. Rather than spending time sleeping (which is not my hobby nor habit), I think studying at such time gives me more attention. More focus on what I am doing. Because I can just leave behind the distractions. And enjoy my study.

Yea. I sound crazy. And half-maniac with the books, I really do.


But since a year ago, I found out a new way to entertain myself while the stress comes around. SUSHI-ing at a Japanese Cuisine in Okhodny Ryad. Center of Moscow. It's quite cheap there (read: reasonable price) and the scenery inside the restaurant is so cozy.

What if I got stuck with stress frequently? How much money would have been spent there?!!

Don't worry (dedicate to emak, ayah and JPA). I go there once a month or if it has been months not hanging around, I'll pay a visit with one shot sushi-ing which costs me 40USD or around RM140. I normally eat very little at home but once a while I'll just satisfy my stomach with whatever come into mind (as long as halaalan toyyiba - halal + good).

I just went there yesterday evening (which means what?) and for God sake, I cleaned up 21 pieces of sushi and rolls at once with accomplishment of a glass of Irish Coffee (seriously my own home made coffee is far much nicer than this!) and a glass of Cherry juice. Thanks to Smoque and Faisal for clearing the last 4 pieces for me. Me and Farah were totally full! In 1 week time, I promise not to buy any food outside except what is prepared at home. A lesson for myself...


Note: Sarah is really out of her mind. Anyway, saving is a good lifestyle. Hehe.