Salam wbt
Seketika saya menyepikan diri kerana kesibukan yang amat sangat. Semangat untuk mengemaskinikan blog ini meluap-luap tetapi perlu diketepikan buat sementara waktu. Entry kali ini ringkas saja. Sekadar mahu mengajak semua melayang pandang pada bahasa orang Pahang.
Sebelum itu, sekadar intro ringkas tentang diri ini. Ayah saya berasal dari Pulau Pinang. Anak jati Pulau Mutiara. Kampung Bakar Kapur dan Kampung Permatang Pauh di Kepala Batas. Bak kata orang putih, from an ordinary family. Sejarah di sebelah ayah agak kompleks. Jadi agak susah untuk diceritakan. Hidung ayah mancung dan matanya coklat sangat. Macam kacukan. Tetapi tiada di kalangan kami adik beradik yang betul-betul mewarisi kemancungan hidung ayah itu. Tapi mata coklat ayah itu, saya kira hanya 2 daripada kami yang mewarisinya. Saya dan Nan. Serius! Mata Nan sangat cantik sehinggakan sedari kecil, ketika kami di lapangan terbang untuk menghantar ayah (tak ingat ayah hendak ke mana), ramai orang sudah mula memuji mata Nan. Ayat yang selalu Nan ucapkan sewaktu kecil: Cina tu kata, mata Nan manyak cantek (meniru gaya dalam satu filem melayu lama lakonan Nordin Ahmad yang bercinta dengan seorang gadis Cina, yang mana di dalam filem tersebut adanya pantun tuai padi antara masak itu).
Emak saya pula anak jati Pahang. Keluarga emak keturunan Cikgu Besar. Semuanya cikgu (tak pelik emak saya juga seorang cikgu). Moyang sebelah emak merupakan seorang pahlawan terbilang. Tok Bahaman. Jika orang yang bertandang ke Temerloh bertanyakan saja perihal keluarga Tok Jantan mahupun arwah Tok Abah yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Kamaruddin, pasti semua orang tahu di mana letaknya rumah mereka. Di atas bukit, bertentangan dengan Sungai Pahang yang luas terbentang. Kini, di situlah letaknya rumah saya, rumah putih 1100 yang tersergam di atas bukit tersebut, Dan di situlah juga letaknya rumah Tok Halimah yang kuning cair warnanya. Dihiasi sebatang pokok semarak, tempat saya selalu berbuai menghadap angin semilir dari Sungai Pahang itu.
Emak dan ayah kedua-duanya lepasan UPM. Sungguhpun kakak saya dilahirkan di Teluk Intan, Perak, namun tarikan untuk terus bermastautin di Pahang sangat kuat. Sejak tahun 1984, emak dan ayah sudah mula menetap di Pahang. Bermula dengan saya sehinggalah adik Aiman, kami semua dilahirkan di Temerloh, Pahang. Disebabkan ayah yang pandai bertutur bahasa orang Temerloh dengan sangat baik, ramai yang menganggap bahawa ayah juga berasal dari Pahang. Sungguh! Siapa yang mendengar ayah bercakap dengan kawan-kawannya ketika bertemu di pekan sehari contohnya, pasti akan menyangka bahawa ayah juga berasal dari Pahang.
Keluarga di Pahang terutamanya di Temerloh sangat pekat loghat dan slanga Pahangnya. Terutamanya di Temerloh, Chenor, Kuala Lipis, Pekan dan Jerantut. Sungguhpun kehidupan di rumah kami menggunakan bahasa standard, namun ketika berkomunikasi bersama Tok Halimah dan juga nenek-nenek saudara yang lain, secara automatik, bahasa saya juga akan bertukar. Saya akan menggunakan bahasa Pahang yang kadang-kala didengari seperti bahasa Perak Tengah.
Bahasa Pahang sebenarnya agak leweh, nampak tidak segar kerana kebersahajaannya dan kadang-kala disalahertikan sebagai agak kasar. Saya tidak tahu di mana pendirian saya dalam hal ini. Bagi saya, kesimpulan yang paling tepat tentang bahasa ini adalah leweh tapi unik. Ada kala, kalau dieja, sudah jadi seperti ejaan Bahasa Inggeris pun ada juga!
Mari kita lihat beberapa contoh perkataan dan ayat yang menggunakan dialek Temerloh.
saya - kome/koi/kawan
awak - aok
hey - wei
mari/jom - moh
mual - chika
takkan tercapai/mustahil - bercinta
selimut - gebor
betul - benor
cuba - ce
itulah - atekan
kacau - gode
Contoh ayat:
1) Wei, moh gi sane senja ni. Aok bawok gebor. Koi doh bawok khemoh seme.
2) Nak makan budu?! Huh. Bercinta le dulu, baru koi makan.
3) Lame mana jalan nak ke sana ni? Kawan dah chika ni ha wei.
4) Ce jangan digode anak-anak ayam tu wei.
5) Ha! Atekan lagi. Lain kali pegilah lagi ke paya tu. Biar terserempak dengan benda lain pulak.
(Diingatkan, loghat di Temerloh hampir serupa dengan di Chenor dan Jerantut tetapi di Kuala Lipis dan Pekan mempunyai loghat tersendiri yang lebih berunsur loghat Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, loghat sebenar orang Pahang adalah seperti yang dituturkan oleh orang Temerloh, Chenor dan Jerantut.)
Macam mana? Apa pendapat anda tentang dialek orang Temerloh ini? Nampak sangat leweh kan? Sekarang, hanya adik Azizi dan adik Aiman yang selalu menemani Tok Halimah di rumah. Maklum sajalah. Cucu-cucu tok yang lain SEMUANYA di UNIVERSITI baik di dalam mahupun di luar negara dan kalaupun tidak, mereka tinggal di asrama. Makanya, adik Azizi dna adik Aiman sangat mahir menggunakan bahasa Temerloh ini dengan baik.
Tetapi, jika kami sekeluarga pulang ke Pulau Pinang, dengan lancarnya kami adik-beradik akan boleh bertutur dalam bahasa utara pula. Terutamanya Adlan yang sangat pandai berborak dengan orang-orang tua dalam loghat yang sangat pekat. Malah, di rumah juga ayah akan bertutur dengan kami dalam bahasa standard yang diselang-selikan dengan loghat utaranya. Inilah didikan dari ayah, agar kami tidak melupakan bahasa utara juga.
Sampai bila-bilapun, dua bahasa ini akan tetap menjadi bahasa keluarga saya. Selagimana Laksa Penang dan Gulai Tempoyak Ikan Patin menjadi sajian istimewa dari emak.

Bandar tempat lahirnya nama-nama besar negara: Allahyarham Sudirman & Dato' Siti Nurhaliza

Tak kenal maka tak cinta: Ikan Patin Sungai

43 comments:
salam..
-ks,unik entry kali ni..ntah bile plak wani nk wt pasai bhs jawe.. rasenye belom mahir lg nk ngumpat dlm bhs jawe..klo org rusia kate, lom layak dpt 'zachut'!!kikiki..
-term 'bercinta' paling unik wani rase..kui3>>sbb kene tunggu bape lame lg bru boleh makan budu!! hahaha
-walo dr mane asal kite,kite sebenarnye dh lame sedar yg kite berasal dr tempat yg same,ke mana kite akn pergi dan mane tempat yg kite akan tinggal untuk selame-lamenye (yg kekal abadi)..kn??
-wani pon harap wani dpt blaja loghat yg wujud kt mesia tu..(selame ni pon asyik ckp KL je), sekali - sekala dpt ckp utara ka, pantai timuq ka,sonok gak!!tp bisa ngomong jowo,ak rasa ak enggak bisa dong!!hihihi
"BAHASA CERMIN PERIBADI
BAHASA YG INDAH LAHIR DR JIWA YG TULUS SUCI
BAHASA YG SEMPURNA TERUCAP OLEH MATA2 YG SELALU MEMERHATI"
salam...
teruja cik sarah kita ini menceritakan perihal susur galur keluarga dan loghat daerah.
Kalau hendak diikutkan, saya sendiri tidak pasti tentang susur galur salasilah keluarga saya. Sebabnya, datuk sebelah ibu berasal dari dari pulau jawa manakala nenek sebelah bapa pula berbangsa cina tapi dibesarkan oleh keluarga angkat berbangsa melayu di singapura.
Kalau nak buat kajian, memang sangat kompleks. Tambahan pula kita orang melayu tak ada nama keluarga atau 'surname' untuk menjejaki keturunan kita.
fuyooo....
hmm...nice entry..even jauh mana pn kite gi...dont ever forget our origin...la ni..org asyik sgt nk cakap engRish, smpai lupa abih bhs loghat di kampung2...btw, its good to preserve it..keep it up...
salam..
terasa nk memeriahkan entry kak sarah plak..sblum ni asyik bertandang kt page org lain je..hehe..nice entry..psl susur galur keluarga..n cite psl loghat bahasa org pahang..hmm, slalu baca psl Dato' Bahaman dlm buku sejarah wkt skolah dulu..msti best ek bila ada salasilah keturunan dgn pejuang tanah air sblum kemerdekaan..bole tmpang glamer skali..hehe..sy tertarik dgn term kaco-goda..sbbnya cam lawak je bila ckp goda anak ayam..hehe..org melaka plak x nmpak sgt loghatnya..agaknya sbb dh lama dok n9 kot..so, xreti sgt ckp loghat melaka..slalu guna bahasa biasa je bila bercakap..x berapa formal n x juga dikatakan leweh..=p
salam..
kak, saya pun org pahang...
Apa la hang ni Ngah-Ngah..Mak hang tak pernah kata pun mata ayah warna cokelat.
Yang sebenaqnya mata ayah ni asalnya warna biru..tapi lama kelamaan, due to overheating dia jadi cokelat
salam ks..
gebor tu bahasa jawa juga!! kekadang tu main guna je tapi tak tau asal-usulnya dari mana..
banyak la cerita keturunan ks ni.. kite ni pun tak tau sangat pasal keturunan sendiri sebab asalnya dari jawa. Terpisah lama ngan saudara sendiri kat tanah seberang sana.. boleh buat jejak kasihan ni..
salam
kak sarah, bestnya entry ni.
saya tertarik ngan perenggan ketiga. macam intro novel gitu.
ayat "bercinta le dulu" kalau orang x tau ni, boleh disalah anggap maksud dia. haha
last but definitely not least, ramai jugak kaum jawa yang bertebaran di dunia ni ek. dan sebagai kelahiran jawa yang tiada campuran darah lain, nantikan entry edisi jawa pula suatu hari nanti. hehe
salam buat semua...
wah. dahsyat ni. tak keruan kome menengok banyok benor komen deme seme bagi kat kome yek. hehe. mengaplikasikan dialek temerloh pulak dah sy ni.
1)Wani:
kalaula satu hari nanti wani buat entry pasal bahasa jawa, sure melambak org bertandang ke blog wani. sbb kaum kerabat jawa ramai atas muka bumi ni. paling koman, jawa campur. tp still ada jawa jgk lg kan.
pasal perkataan bercinta tu, kalau perasanlah, ks selalu jgk guna dlm rumah. contoh: ei, bercintalah ks nak pergi tgk wayang. hehe. tu ks ingat sangat lg ks penah guna sbb fatt tiba2 tanya ks semula, apa kebenda maksudnya tu. wkt tu ks kat dapur. so ks bg contoh yg ayat budu mcm yg ka tulis kt entry tu.hihi
p/s: ks setuju. BAHASA CERMINAN PERIBADI :D
2)Azfar:
hiiiiii..teruja ye awk kata. apa2lah.yg pasti wkt tulis td bukanlah dlm keadaan mood yg baik sgt pun. sbb wkt tu tgh panas ya rabbi dlm bilik. berbahang je muka. pulak tu memikirkan petang nya ada pingpong training, lg la rasa takdek mood tu bertambah lg.
actly dato' bahaman tu sendiri berasal dr kepulauan sumatera. so, sy ni sebelah mak pun asalnya dr sana jugala. dan kebetulan sebenarnya sejarah sebelah ayah juga yg dikatakan kompleks tu pun disebabkan ayah dibesarkan oleh keluarga angkat juga tp masih lg berkait dlm lingkungan saudara. tp apa2pun, sejarah keluarga kita ni hampir sama aja. walau dr mana pun latar belakang keluarga kita, setiap yg pernah terjadi dlm kehidupan org tua kita adlh sejarah buat kita juga.
hmmm. di russia ni pun diorg sangat menitikberatkan family name (surname). sy pun tiba2 terfikir, apalah agaknya ye kalau kita yg melayu ni pun mempunya surname (tolak wan, meor, putera, puteri, dll).
p/s: teringin nak buat surname pd anak2 nanti.huhuhuhu
ks, saye suke 'gode' ks..haha
jgn salah paham.. gode-kacau
3)ak47:
hiiiii :D boleh faham ke dgn bahasa ni? nanti kamu cuba2 la pulak ketengahkan dialek kamu pulak ye.
4)harne2 aka hanafee:
tak sangka awk jumpa jgk blog sy ni ye. sy sokmo je menyinggah blog awk. tp biasanya sekdar memerhati. so lepas2 ni sy kenalah singgah n meninggalkan kesannya sekali =)
betul tu. org skrg prefer guna engRish. sy sendiri selang-seli guna engRish dlm blog ni. yg pasti sy akn gunakan bahasa yg sempurna. baik bahasa melayu mahupun english.
walau bahasa apapun yg kita guna di saat dan ketika ini, jgnlah pula 1 hari nanti (bagi yg berada di luar negara), kita lupa bahasa yg pernah kita tutur bagaikan air pd suatu ketika dulu.
p/s: tok penang kata, kalau tak cair jgk, tonyoh belacan kat mulut kasi dia sedar yg dia asalnya dr mana.hiiiiiiii :D
i think the ability of one to converse in any dialect is a gift, even multi-language. yes, it's something that can be work on, but if one is gifted, switching from one language to another or even one dialect to another is not easy.
really, respect sbb adik ni blh switch the dialect from temerloh's to utara's.
perhaps that explains why/how you can learn/converse in russian.
to be honest, this is a good entry. for me to learn about other part of our beloved country.
come to think of it, i should learn the custom and dialect of my hubby's family. yes... that's my mission. thanks adik for sharing. share more of your stories ok. with pictures lagi best. yet to explore more of that part of our country. pernah pergi sekali je seumur hidup for mere 2 hours to attend my friend's wedding.
5)Adah:
1st - dulu wkt sekolah, takdekla nak rasa glamour ke, apa ke. sbb mana ada org tau pun psl hal ni. tambah plak, version yg dlm buku lain. x sama dgn cerita yg kita sbg ahli keluarga tau. that's why dulu2 akk penah nak sangat jd peguam. sbb nak tuntut bela. huhu. tu semua nampak tinggal impian ajelah. takpelah. cerita lama malas nak diungkit semula.
2nd - term 'gode' tu dibaca huruf 'e' tu mcm bunyi 'e' dalam perkataan ekor atau epal. bukan seperti 'e' dalam perkataan emak. makanya, bunyinya adalah god'e'. hehe.contoh lain yg boleh diberikan: tolong gode2kan lauk dlm kuali tu. nanti hangit pulak. so, gode ni maksud lainnya adalah gaul2kan disampaing maksud yg dah akk berikan di entry iaitu kacau. dah faham dh maksud n cara bacaan yg benor? hehe.
3rd - akk ingat lg peristiwa lucu wkt f5 dulu. kena 'marah' dek makcik kantin. rupanya makcik tu org melaka. ckg jamaliah yg bgtau yg makcik tu org melaka.
ceritanya mcm ni: dulu kan akk sokmo je lunch di kantin. ada sekali tu, akk x sempat makan di dewan makan sbb balik dr kelas lambat. so akk pegila ke kantin. akk mintak nasi kosong sbb nak makan dgn lauk yg kita pilih sendiri. makcik tu jawab: nasi kosong takdek dik. pastu akk diam sat. pikir nak makan apalah tghari tu. takkan nak minum nescafe je lg. so akk decide nak mkn nasi goreng. so akk orderlah: kalau mcmtu, kasi nasi goreng kampung lah 1. tiba2 akk yg mmg tgh lapar ya rabbi wkt tu kena marah dek makcik td tu: dah org kata nasi putih takdek, takdeklah! akk terdiam sat. apa kaitannya takdek nasi putih td dgn nasi goreng kampung yg akk order? dah nak dekat 10saat berlalu, baru akk sedar ke'slow'an akk ni. dah nasi putih kosong pun takdek, mcm mana nak masak nasi gorengnya pulak kan?! yg akk tak puas hatinya, makcik tu cakap mcm tengking2 tau. then tgk2 ada ckg jamaliah kat situ. terus dia kata: ala sarah. makcik tu org melaka. org melaka cakap mmg mcm nak marah org. huhuhu. esoknya, cerita pasal akk ni sampai budak 5/9 pun tau! malu betul akk wkt tu.
kesimpulannya, jgnlah kita lupa asal-usul kita =D
6)Awe:
ks tau kamu pun org pahang. tp skrg dah duduk kt KL dh. x aci la. tp actually ks pun org KL jgk. sbb nama kampung tempat rumah ks skrg adlh: Kampung Lebak. so, kira KL jgk la kn. hehe
7)Ayah:
Ya rabbi ayahku ini. tahap perasan tahap maximum ni ayahnya. perasan nak jd mcm sape ntah penyanyi english zaman 70an yg ayah guna dlm google talk tu.hehe.
memanglah mak tak cakap. kalau mak cakap nanti, ayah mengembang pulak nanti. kami yg lain ni pun taknak la sebut kat ayah depan2. bahaya. satgi tak sudah jd topik ayah duk sebut2 pi mana pun lah. huhu. yg sebenaqnya ayah, overheat la lagu mana pun, mata ayah tak penahnya bighu. jd takdak istilah bertukaq dr bighu jd coklat na.
p/s:ngah balik nantikan laksa penang ngah pulak! n i want ur nasi goreng kampung berlada besaq2. supreme punya na! ;)
8)Amnah:
org perak pun guna gebor jgk. patutnye la kan am, wkt kita duduk sebilik dulu, kita guna abis semua perkataan2 yg pelik2 ni. biar kita familiar.hehe.
silalah berjejak kasihan. kalau nanti buat family gathering, kenal2kanlah dgn family yg baru dijumpai tu ye ;)
9)Warx aka Shafiq:
terima kasih shafiq. disebabkan kamu dah berminat nak menyambung entry ni dgn menulis pasal bahasa jawa pula, so akk nak tengoklah sapa dulu antara kamu, wani (rumet akk yg komen 1st sekali tu) n amnah yg akan tulis dulu pasal bahasa jawa pulak. kebetulan kamu bertiga ni jawa pure gitu! akk nantikan!
intro perenggan ke-3 mcm novel? hukhuk.terbatuk akk. tak berniat nak membunyikannya mcm tu pun ;)
10)Pena:
hehe. nak 'gode' ks ye....nak gode tak boleh, tp kalau nak god'e', boleh aje. mmg sokmo pun kamu god'e' n godek2 ks. jaga la! (penerangan rujuk feedback pd Adah ok) =)
11)Anonymous:
thanks for visiting my blog. n thanks for sharing ur thought abt it. n thanks for ur compliment as well. frankly speaking, im not that good in conversing the dialect frm temerloh's to utara's but experiences teach me so.
i hv 1 cute story just bcos i didnt undrstand utara dialect long time ago (when i was 7). it was in the middle of a conversation among my relatives. 1 of them asked me: hang mengaji tang mana la ni? just to bare in mind, before i went back to penang, i just reached surah al-kahfi (juzuk 15) bcos my tok halimah (in temerloh) told me that surah al-kahfi is the most middle in al-quran.so that's why i really remembered it. then i simply answered: juzuk 15 (was fully confident!). then my belated tok wan corrected me: la ni depa adik beradik semua duk ngaji kat sekolah agama kat temerloh tu. al-mukmin apa tah mad shukoq duk habaq.tup! so shy! since then, i memorized every single word that i should know as my basic knowledge. luckily, ayah used to speak utara + standard with us siblings. no mater what, i can say that this is his effort to teach us not to forget utara's ;)
sis, its good to know that u gonna learn more abt ur hubby's side. the language, custom etc. it gives me point to be ready for that time when it comes to me ;)
p/s: my russian isnt that good yet. but when it comes to those who have zero idea abt russian, my russian is enough to tell them that i've major the laguage very well. hiii..
suke...
Ngah,intresting tajuk ni.Nak pulak banyak yang dok sebut-sebut Jawa.Actually, ayah minat dan admire bangsa Jowo dan Kampar ni.They created a very positive impact on the Malays in almost every aspect.Yang Jowo nya dengan gigih usaha pertanian mereka dan masyarakat Kampar pulak telah menyelamat maruah orang Melayu apabila mereka lah yang banyak dok berniaga di pekan-pekan dan bandar-bandar.At least ada jugak representative orang Melayu yang berniaga di Bandar dan Pekan.
So, ada sapa-sapa yang mulakan?
gerobok.....
cuba cari orang mane suke pakai dis term..?
mmg berminat sgt nak guna loghat negeri lain. setakat ni asyik dok cakap loghat utara je. loghat pantai timur dah lama tinggal. skrg ni dh ada basic loghat temerloh. haha.. abes la osmet yg lain. ternganga la nanti bila sy cakap temerloh.
menarik nie.. kisah loghat temerloh..
hmm..kalau sarah nak praktis loghat Temerloh tahap maksimum, turun aje ke Pekan Sari (Sehari) tiap Ahad tu.. urusan jual beli dijamin dalam loghat Temerloh.. akak selalu kalau balik, pagi Ahad ikut mak dan abah ke sana.. rindu wei kome nak dengor ngan cakap loghat Temerloh nie..
Hm.. akak pernah diberitahu (wallahu A'lam betul tak, tapi ada logiknya).. kat Pahang ada 11 daerah so, macam yang kita perasan, walaupun loghatnya hampir sama, sebenarnya ada perbezaan dari cara bercakap (intonasi) malah beberapa perkataan juga bebeza maknanya.
dikisahkan- perbezaan itu mengikut derasnya air sungai Pahang..
so kalau belah K.Lipis/Raub, orangnya bercakap dengan laju.. kerana di sana hulu sungai, airnya deras,, maka intonasi bercakap juga deras (akak perasan ni.. coz ada kawan2 dari belah2 sana, memang cakapny laju jer..) so, semakin menghilir ke muara, cakapnya,intonasinya menjadi semakin leweh.. Temerloh di tengah-tengah.. dan akak juga perasan.. kalau di belah Pekan tu, cakapnya lebih leweh dari Temerloh..
contoh: Basikal- basikei
hospital- spitei
(dengan bacaan sukukata belakang dipanjangkkan 2 harakat ;-) )
sebab Pekan tu dah belah muara sungai, bertembung dengan laut.. airnya tak sederas di hulu..
wallahu a'lam..
salam kak sarah,mmg sgt menarikla entry ni sbb die psl asal usul dan mmgla sy ni sampai sudah kalo org tanye asal mana,mmg blur abes. almaklumlah arwah ayah dlu kerja merata tmpt.skrg ni pon tak pindah2..lahir jer KL tp la ni dok penang jugak.hehe..laksa penang n ikan patin tu my favourites jugak..kak sarah,dah terliur ni terkenangkan ikan patin yg wan dan nenek sy msk lomak..tambah2 kalo pedas..yerla kampong nogori la katakan(tp mmg xreti la nak berloghat ni..stakat tergelak dgr makcik2 riuh di kampong)
gebar n gerobok tu asal johor gak kan??hehe..
so kak sarah,kalo balek kampong kat permatang tu,jenguk2la sy kat umah sy nun di bandar georgetown..hehe..
woops kak sarah..anoynymous di atas tu saya la..hehe..terlupa nak tulis nama...=)
ey my mum pn from area pmtg pauh kepala batas tu!
and i'm actually kuantan born sbnarnye, org pahang juga :)
Salam buat semua,
12)Anonnymous aka munir:
terima kasih. gerobok tu kat johor pun guna jgk kan? tp kalau di pahang maksudnya almari. akak confirmkan dgn mak akak. dia pun kata betul yg maksudnya almari/kabinet.
13)Ayah:
pengaruh jawa dan kampar. ayah nantikan aje ye. wani rumet ngah tgh semangat nak buat entry pasal bahasa jawa. mungkin shafiq pun tgh semangat mengumpul prosa kata dr mamanya utk menulis entry terbaru juga. i'll let u know when they've done their piece of work ok.
14)Danialle:
Terima kasih melawat ke mari. teman ni idok le pandei bebenor nak cakap bahasa temerloh ni. keknye, kalau aok dah dapat belajo smthg dr teman punye blog ni ha, syukurla teman. at least, ada jugok ilmu yg teman kongsi dengan aok seme.
(ni la contoh ayat harian dalam dialek ni)
p/s: singgah2lah lg ke sini nanti ye ;)
15)Kak Tikah:
salam! lama x dengar cerita kak tikah. sy kalau balik msia pun misti nak ikut ke pekan sari tu. tak sah kalau tak pegi. pulak tu, kalau pegi, sah2 dapat jumpa rodong2 wkt kecik2. alif dan fakhrul, firdaus syariff, de faezah, ustaz ustazah dll. yg lg bestnye, bila duk dgr tok sy borak2 dgn kwn2 dia.kalau gi dgn mak ayah plak, abis la seme jenis makanan dia nak belikn utk sy ni ha. padahal, sy teringin nak makan dodol kukus je. hehe.
yg pasal kelewehan bahasa di pahang mengikut deras air sungai yg mengalir dr hulu ke muara di pekan tu, sy setuju sbb sy pun penah dgr. dan sebenarnya wkt sy nak tulis entry ni, ikutkan mmg nak tulis jgk pasal kisah tu. tp takde sumber yg sah. so tak berani plak nak tulis. tgk2 kak tikah pun tambah pasal isu ni. so, meyakinkan sy bahawa cerita ni mmg sah.
terima kasih banyok2la wei. teman ni bukannya pandei sangat. nek bsikei pun paling awal reti ngayuh sendiri wkt drjh 3. apa keh ni wei.
(sy dalam mood tersenyum seorang teringat kawan2 lama di al-mukmin yg semuanya mempunyai slanga temerloh yg cukup pekat. kak tikah ingat afrizal adik misda? aka PJ? bapokla pekatnye wei bahasa dia!)
wah, betul tuh..bile balik maran je sure berubah, lebih2 lagi bila bakal tunang dengar aki bercakap, mau nganga dia tak paham heheheh
16)Nabilah:
tak sangka kamu menjenguk jugak di sini ye. di pahang glamour dgn dua jenis ikan; ikan patin dan tilapia. kebetulan, di kawasan rumah ks banyak org buat ternakan ikan patin n tilapia sangkar. harganya murah sikitlah drpd harga patin sungai. tp rasanya tak jauh beza sbb sangkar pun tetap dalam sungai jgk kan.
lauk favourite ks adlh ikan patin masak tempoyak yg tok ks masak dalam periuk tanah dia yg paling dia suka tu. kalau dia masak, tak dapat makan ikan pun takpe dah.hirup kuahnya pun dah cukup sodap. lg 1 lauk ikan patin masak lemak cili api. makan panas2. sedapnya. n kalau mak ks yg masak, ks suka tilapia sweet sour ataupun tilapia bakar ataupun tilapia kukus dgn halia n bahan2 marinate yg biasa mak guna. sampaikan kucing2 ayah ks kat rumah tu pun dah boleh agak lauk apa yg mak ks masak tu. huhu.
dulu pernah rombongan keluarga dr pulau pinang dtg ke pahang. 4-5 buah kereta jugak la. kami 1 family order je tilapia bakar siap dgn air asamnya drpd org dekat dgn rumah. puaslah org tu bakarkan puluh ekor ikan kot. pulak tu, bila keluarga dr penang ni nak balik esoknya tu ke penang, siap order ikan patin n tilapia fresh utk bungkus bawak balik. pelik! org ikan laut boleh makan ikan darat!
insya allah, klu ks balik penang summer ni, ks berjalanlah ke georgetown tu. sokmo gi sana. jalan2 cari makan dgn ayah.hehe
17)Maddie:
laaa..yeke.. sekampung la jugak kiranya kita ni ye. happy2! nanti kita speaking utara sama2. tak sangka plak ks yg u were born in kuantan. kalau mcm tu, bolehlah nanti cakap pahang sikit2 dgn kamu. hehe
18)Mimie:
dah nak terlupa pulak sy yg awk org maran. sungguh terlupa! so apa lg mimie. moh kita cakap bahasa kite jela lepaih ni. toksohla formal2 ngat. buat bese2 je. dr x reti, nanti2 reti le tu.
p/s: pesanan buat azrin ur fiance, dia kena la tau sikit2 loghat maran tu ha. susah nanti nak berborak dgn aki tu. mcm ayam dgn itik plak nnti wei.huhuhu
wah wah wah.... banyak lagi yg awak lupe ngah.
kohoit - penat melampau
bedooh - penipu
bapok la - sungguh2
kelako luar ghumoh - keje luar umah
peh banyak la lagi ngah!!! best2 entry dis time!!
19)Kak long:
haah la. memangla banyak lg. keknya kalau ngah letok seme, mane nak muat wei.
mcm yg kak long dah senaraikan:
kohoit - penat melampau
bedo'oh - penipu
bapok la - sungguh2
kelako luar ghumoh - kerja luar rumah
contoh ayat:
1. terkohoit badan koi ngangkat pasu tok kat tebing nun.
2. bedo'oh palih aok ni. mane ada sang kelembai dah zaman ni.
3. bapok la teruknya pe'el dia. ngerjekan anak orang je kejenye.
4. W:tok mane wei? Z:tu ha kat luor tu ha. kelako pokok2 dia kat luar tu. marah bebenor dia pokok dia kena gode dek kerebo semalam.
ni perkataan2 tambahan yg sempat sy terfikir utk pembaca semua:
cengengeng - kuat menangis
ghodong (rodong) - kawan/teman sepermainan
boyok - penakut
mesti ada yg tergeliat lidah cuba membaca perkataan2 ni. tu pun belum pasti lg korg semua pass dari segi nahu dan harakatnya pulak =p
kalo kampar... suruh amir cakap yah! amir anak ustaz yaakob tu.. hahahaha
sarah!!! saya tinggal kat dilahirkan n dibesarkan kat pahang gak dulu. kat kg permatang badak. tau tak? tapi loghat stil kelantan je. hehhehe. sebab mak ayah 2-2 ore klate. anhyway, thanks sbb sudi mai nizhny!!! nanti mai lagi tau!!
20)Nan:
matamu memang cantik wahai adnan! betul tu. kalau kampar suruh amir. kalau tak pun, suruh imah. dulu2 klu ngah gi rmh dia, mmg tak faham apa mak dia cakap. pure kampar!
21)Amani:
kg permatang badak kat kuantan nun? ya rabbi. ingtkan lahir kelantan awk ni. tp still pantai timur jgk lg kn. (ups..asobiah pantai timur la pulak!). insya allah nanti mmg nak dtg lg. nizhny best. esply org2nya ;)
bahasa jiwa bangsa. jawa, melayu, arab, utara. kelantan dgn ganu je belom pandai lagi. isk.
22)Mrjournal:
akak pun x reti bahasa kelantan n terengganu lg ;)
ngah!awak ingat tak lagu ni?
kerba balak bantut
kucing makan panggang
anak dara takut
lari tunggang langgang
ce nyanyi sket weh!!! cepat teka sape nyanyi?
23)Kaklong:
tu lagu apis n kimi sokmo nyanyi tu! waktu kecik2 dulu. Apis lg la.skrg ni pun duk nyanyi lg.
"kerbau balak bantut
kucing makan panggang
anak dara takut
lari tunggang langgang"
ha dh nyanyi dh ni. siap dgn harakat n idgham leweh yg sempurna. tak teringat pulak pasal lagu ni.hehe
tu dia. bila jumpa klan dia. habis. kalau dalam tv, kena ada subtitle dah. hehe
hehe...ada subtitle? kelakarnya ;) tu lagu adik saudara selalu nyanyi waktu kecik2..sbb waktu tu ada 4 org je budak perempuan atas bukit rumah tu. yg lain semua adik2 yg lelaki. jd diorg suka nyanyi lagu ni. *kenangan*
bile kawan bace artikel kome nih, rindu benor rasenye nok balik pahang..hehe..testing speaking..good job Sarah! boleh la nak terbitkan buku "Bahasa Pahang for Dummies":)
salam anonymous,
tu la pasalnye. sy pun rindu rumah sgt2. terbitkan buku? huhu..takut x lepas dipasarkn je. sbb ada unsur2 berpuak-puak pulak. hehehehehe ;)
Dok kome sangke aok ni cucu - cicit Cikgu jantan.
Post a Comment