Rindu Dengan Sangat
Siti SarahMohd Shukor
Dalam subuh Rabiul Awal yang suram
Jazirah Arab yang sunyi, diam
Gempita tiba melawat sekelian alam
Gembira menyambut tibanya penyampai kalam
Lantas sumur api Kisra Parsi turut padam
Hening, tenang
Kerana lahirnya
Rasul agung si yatim yang terbilang.
Lahirnya dijanjikan
Munculnya dinantikan
Teruja si pendita mendengar khabaran
Terbitlah sudah matahari buat zaman
Buat menjadi pedoman tauladan
Buat umat yang bergelar insan
Hemah budi menjadi pujian murni
Bening mata memandang penuh rasa cinta di hati
Bijak tindaknya bagai seorang rahib
Kias sempurna anugerah dari ilahi
Tak kusut dek umpan dunia
Tak hanyut dek laguan wanita
Tak lurut dek ugutan Quraisy durjana
Sungguh demi Tuhan!
Dia buta huruf!
Dia ummi!
Dia ummi!
Junjungan mulia itu
Bukan sebarang insan
Junjungan mulia itu
Bukan orang buangan
Junjungan mulia itu
Seorang calon pilihan
Juangnya tiada tara
Takutnya di hati bukan pada manusia
Bertahun tohmah mehnah iringi
Uliti jalan yang dipilih, terpilih
Kau Al-Amin
Si ummi pilihan tujuh langit
Bergema Arasy berselawat padamu
Tatkalau Si Jahal dan Lahab mengherdik menyiat hatimu.
Kini sepi dunia tanpamu bersama
Kosong. Lengang. Sunyi.
Bagai kau pergi tanpa tanda
Salahkah dirimu tersurat telah pergi?
Salahkah diriku abaikan wasiat buat ummati?
Atau salahkah mereka memuja melodi dunia kini?
Ya Nabi Allah!
Aku bukan Ali yang wajahnya dimuliakan Allah
Aku bukan Al-Farisi yang gagah berjihad di medan Yarmuk
Aku bukan juga Aishah yang bisa mengalun syair pembakar semangat muslimin
Aku tidak juga setanding Rabiatul Adawiah
Pencinta sejati, Ar-Rahman dan engkaulah kekasih hati
Aku bukan mereka
Aku bukan di sana.
Aku budak kecil yang besar rindu padamu
Aku orang besar yang kerdil jahil di sisimu
Aku hamba dunia yang paling hodoh menanti syafaatmu
Aku wanita tua yang tercari-cari suaramu
Aku lelaki berkusta, jijik di mata manusia
Tapi aku tahu kau menantiku di sana.
Ya Rasulullah
Rinduku sepenuh dada
Rinduku tak terucap dengan kata
Rinduku tak tertulis dengan pena
Rinduku sakit tak tertanggung dek jiwa
Rindu, Ya Allah
Rindu kekasihmu, Al-Malik
Rindu cintamu, Al-Salam.
Ya Allah
Aku rindu dengan sangat
Aku rindu dengan hebat
Kekasihmu pemberi syafaat
Cinta yang ku damba kelak di akhirat.
Rindu aku tak terucapkan
Sayang aku tak tergambarkan.
Khas buat Mama Sarah dan Ayah. Persembahan yang sangat dhaif kerana terpaksa rela. Ibarat hanya membaca lirih tanpa sebarang nada deklamasi. Sudah lama tak mendeklamasikan sajak di depan orang ramai. Lebih 8 tahun sudah. Makanya, expresionless! Semoga motif rindu buat Rasulullah dalam sajak ini dapat dihayati bersama.


30 comments:
Salams sahabatku Sarah,
wah~! sajak itu sgt menyentuh perasaan..sayangnya tak dapat tgk video tu, office ni guna proxy, streaming video semua kena block.
Rumah pulak tadek line telefon, tgu after moving to my new house nnt kot baru nak pasang streamyx.
Perasan tak ada link baru di tepi blog saya? itu blog my new cousin, batrisyia hani. Comel kan baby?
Tgk la Pan's Labyrinth, kita pon bli DVD jerk, malas nak tgk kat wayang..tapi the sad ending, uh..kesian betul dia..trying to live in her own world.
Saya pun busy jugak lately, nak update blog pun tak sempat. Later --daa~ salams :)
bestnye sajak kak sarah..
salam..
waa..bestnya bila baca sajak ni..tersentuh btul..terasa zouk kt dlm hati..tuh bru baca..xtgk lg kak sarah mendeklamasikan sajak tuh..msti lg hebat ek..btw, this is really a nice piece of art..=)
wow too long but VERY3 nice poem. o'oh video tu takleh tengok...=(
tahniah.sajak yang baik!
Assalamualaikum
Tahniah kak sarah, hasil karya yang amat bermakna dan bermutu...
Nampak kak sarah banyak bermain dengan pengulangan ritma misalnya
'JuangnyA tiadA tarA
TakutnyA di hati bukan padA manusiA'
pengulangan ritma memberikan kelancaran pada sajak. Satu aplikasi yang baik terutama pada sajak yang panjang. Ini membolehkan pendengar terus bersama hingga ke akhir sajak tanpa bosan.
Saya suka dengan permainan metafora pada awal sajak
'Tak kusut dek umpan dunia
Tak hanyut dek laguan wanita'
namun pada kebanyakan rangkap seterusnya, kebanyakan bersikap terus. Saya rasa pengunaan metafora yang akak waktu sajak meditasi lebih ketara. Bukannya apa, pengunaan perbandingan dan metaforalah membezakan sajak dengan ucapan berbunga dan lambang pemikiran penulis.
Meskipun begitu, dengan kebanyakan pendengar=pelajar medik maka sajak bersikap terus saya rasa adalah lebih baik sebab ia lebih mudah untuk difahami. Otak kita sekarang pun banyak dah dilatih untuk berfikir terus, saya sendiri sudah susah nak buat metafora dana perbandingan.
Apa2pun yang lebih penting adalah pada makna yang hendak disampaikan. Gambarannya jelas sekali, dengan perihal nabi pada tengahnya dan ucapan ikhlas penulis pada akhirnya jelas sekali memberi kesan kepada jiwa. Betapa tingginya manhaj Rasullah tergambar dalam sajak ini dan kak sarah saya kira berjaya mengajak pendengar untuk sama rindu dengan sangat dengan rasullah.
Tahniah...
p/s: saya sekadar memberi ulasan ikut apa yang saya belajar dulu pun. Tak lah pandai sangat pun menulis sajak.
wah... beautiful. and thanks.
(p/s: gerun pula membaca comment Fadly Kharie. hebat-hebat sahabat anda ya)
http://www.designmuseum.org/design/zaha-hadid
let me help u understand why he doesnt know what he was talking about
Salam Salam Salam~
Wah! Sangat terharu bila baca komen2 korang. Ramai jgk yg prihatin pd entry kali ni ye. Sedangkan entry kali ni lebih berbentuk personal interest.
1)Mimie:
Salam. Tak dapat tgk skrg pun takpe. Baca pun dah cukup. huhu. Link baru baby batrisyia hani tu sy dh jenguk dh. comelnya! siap boleh tgk video dia menyusu n bunyi suara lg tu. untung2 betul baby2 zaman skrg. lahir2 je terus dh glamour dlm internet. huhu.
Nanti bila sy dh tgk Pan's Labyrinth sy kasi personal comment plak k. but from the gazette i can say that film tu nampak memenuhi citarasa sy la jgk.
klu takde masa, rilex2 la. takyah update lg. nanti sekali harung update combine mcm2 cerita terus. huhu =)
2)Shafiq hensem:
Aduh. Perasan tak akk address kamu dgn nama apa ni? Take it as ur belated bday present k. Apa2pun, terima kasih byk2. Perjalanan masih jauh. Masih banyak nak dipelajari lg.
3)Odah:
Salam adikku. terima kasih byk2. mcm yg akk cakap kt shafiq, byk lg nak kena baiki. hakikatnya sangat byk lg.
p/s: dulu2 selalu sebut 'terasa zouk' tu klu nak refer KI. adakah KI masih se'zouk' dulu? apa khabar bumi waqafan kita tu ye...
4)Kaklong:
Panjang...sbb tu datang dr dalam hati. tak tgk video pun takpe.baca pun kira cukuplah. lg pun ni pun dh kira beruntung awk baca malay poem. kalau tak, huhu..haru! tak hendaknya gamaknya.
5)ak47:
Terima kasih. Banyak2. juga atas pendapat peribadi (yg tak mengambil kira siapa penulis sajak ni dulu) yg sgt berguna utk sy. Tunjuk ajar kamu sentiasa dinantikan lagi.
6)Fadly (my favorite figure here):
Terima kasih sangat2. komen2 yg sebeginilah yg akk nanti2kan. Akk menulis sebenarnya tak berlandaskan apa2 peraturan. Akk menulis ikut sedap halwa terlinga akk utk sekian waktu tu. Kalau terasa nak buat pengulangan, akk akn fokus lebih sikit. Metafora pulak bukanlah teknik yg akk gemar sgt sbb akk nampak (sendiri rasa) macam terlalu kuat membuat perbandingan dgn ganti nama atau ganti sifat yg lain. Telalu 'sejenis' sangat nanti.
Tapi lepas dah baca komen n nasihat kamu, akk setuju dgn apa kamu kata. Sebenarnya metafora nilah yg membezakan sajak dgn kata2 berbunga. terima kasih atas tunjuk ajar ni. akk akn cuba baiki dalam karya yg akan datang (jika ada).
Sekali lagi, terima kasih sangat2. jgn bosan didik akk jd pengkarya hebat spt kamu ye.
p/s: moga2 impian kita tu akn terlaksana =p
7)Mama Sarah:
Many thanks to u. Yup. Fadly memang hebat orangnya. Juga cukup popular dalam dunia Bahasa Melayu. Lebih2 lagi sewaktu zaman sekolah menengah dulu.
p/s: kalau dpt tgk dia beraksi di pentas, lagilah hebatnya!
8)Anonymous:
Thanks for the link. but the link was about his next entry after the ones that we were talking about. This link is all about Zaha Hadid. that day, u condemned him that he doesnt know what he's talking about. in my opinion, that is azfar's right to say what he wants, to do what he likes, n to publish what he loves.
that piece of artwork was his 1st project. Actly it was not bad at all. I know, i knew nothing abt architecture. but he seemed wanna share his experience doing his 1st work with all of us. Thats y i was wondering, y u said so to him. Maybe u are a great architect, or already a graduated student. so u have a better perception abt it. so whoever u are, dont underestimate azfar's ability and his willingness to share his ideas with us. at least, he tried his best for his 1st project.
life is like a wheel. sometimes we are at the top, but some other days we'll be buried in the mud.
hm...nice poem though...ilham dari DIA...diterjemahkan melalui susunan bahasa yang indah...masya ALLAH...
keep it up dude..!TIGA DENGAN SENYUMAN...
salam wbt,
sampai jgk kamu ke sini akhirnya. yup. ni semua ilham dari-Nya. Thank u Allah!
akk pun tersenyum kerap skrg ni setiap kali baca komen2 kamu di mana2 je.
i do apologize for my last intrusion. but sometimes it getz annoying to see people produce shit werk and bluff like farting.
To copy and past an article from the net without even acknowledging the source is a disgraceful act. and it is on zaha....
here is my wekplace
http://www.oma.eu/
i hope u can understand why he knows nething he is talking abut.
and plz dont be naive, friendship is not a reason to defend stupidity.
hoits aduizz fre holla
Dear author,
I must say, ur words are self-inspiring (even i know less in BM Literature), but upon learning da comments given by others, i think u did such a great job within dis limiting period of time.
but i guess, doing sumting wholeheartedly is better than 'paksa rela' ain it?
my silence doesnt stop me 4 watching over you. im always be with you
love loads
x
Dear anonymous,
I really envy you since you are fully qualified architect and work under such a big award- practise-OMA.
Fair enough if you think I am blunt about architecture since I am just a 4th year architecture student and work in a practise that deal with healthcare and hospitals, in that case I am far inferior than you are. But again, what I was doing in my blog was just expressing my thought about architecture. Plus I like to write and express my idea about anything, this include field that I am studying at the moment-ARCHITECTURE!
If I have done anything wrong, please and I beg you PLEASE do tell me and CORRECT me. I am in a learning process so every input and knowledge from you would be great for me.
By the way, nice to meet you Mr/ Ms Anonymous, I really hope that we can be friend and probably I can learn more about architecture from you.
Salam...
1st - Greetings to Sarah.. Lama tak ketemu kabo.. Ngko sehat ker?? hehe
2nd - Happy Maulid Nabi pada sumer2 ;)
3rd - Puisi ngko mmg selalunyer indah.. Suka ajo ku baco ;) Kenangan Maulid Nabiii...
4th - Just nak tahu pendapat ngko.. Coz aku rasa enggak seswai bubuh perkataan malang lepas baris Rasul Agung Si Yatim etc.. What u think?? What other people think?? Coz pada aku kerana keYatiman, Rasulullah byk timba pengalaman.. So, it's more of a hikmah rather than being UNLUCKY hehe.. Wallahu a'lam.. Just my own personal point of view :D
5th - Ko ni dulu PEMBAHAS ke PENYAJAK ke PEMANTUN ke SASTERAWAN ke etc etc lol.. Byk benor posisi mu dalam dunia keKISASan :D
6th - Kisah pasal si Anonymous ni, kalo aku la, takyah peduli pon takpe.. DUNIA ni, kalo nak SUMER ORG SUKA SAYANG CINTA kita + bebenda kita buat memang SAMPAI KIAMAT pon takkan ada.. So long as dia tak menghina caci org sudah la.. Kalo dia nak berlagak ngan ilmu yg dia ada, mampus pi la.. Ilmu tu hak Tuhan.. Bukan hak dia.. Apa yg dia nak lagakkan lebey2 nyer pon?? ;)
7th - WORLD PEACE :D
Salam...
Feel like to give feedbacks here
1)anonymous:
"friendship is not a reason to defend stupidity" - im not defending stupidity. what i was trying to tell was he has his right to just copy n paste whatever he likes. ok. since azfar had answered himself, so i think i will just stop here. i've visited ur link. well done for what u are now. may u use ur seniority to guide the rest =)
p/s: feel free to come here again. u are always welcome to my world
2)Azfar:
U are so calm n steady. hmm.. i guess that, come whatever may, u'll stay the same.
learning is a part of our life. so dont let the world give us up. chaiyok!
p/s: im waiting for more architectural stories in ur blog.
3)abg wan:
ups..terskip n terbagi feedback pd azfar plak dulu. apa2pun, abg wan is always no. 1 in my heart.
terima kasih for the compliment n also the advice. n thanks a lot for always watching over me.
we seem hv been apart for quite a long time. a long silence. but when i got u thru the fon, i felt so relief. n i know there's no other person that can really make me feel calm except u. no other person that can console me with the best words except u.
thanks for always being there.
love u loads,
aya
4)Ihab:
salam, lamanya tak dengar khabar.muncul jgk ye kt sini.
1st - alhamdulillah sehat je. hope awk pun sehat2 jgk la. (surely u are doing fine except the bz rotation now, isnt it)
2nd - sanah helwah ya rasulullah. semoga wajah2 kita dipandangnya di akhirat nanti
3rd - 1st time org sebut puisi ni 'indah'.biasanya best ke, sedap ke, puitis ke. tp kali ni indah plak. terima kasih byk2 la ihab.
4th - memang waktu sy tulis tu pun dh rasa dh mmg tak patut langsung guna perkataan 'malang' tu. tp puas cari perkataan lain yg nak masukkan rimanya. tak jumpa dah waktu tu. at 1st, sajak ni ditulis buka utk masuk pertandingan atau apa. mmg saje2 je tulis.tgh duk study2 tgh mlm tu, idea dtg tp duk cari rima yg 'masuk', tp x dpt. so letak je la dulu buat sementara wkt. then ada pertandingan sempena maulid nabi. so sy sudahkan mana2 yg tak sempurna lg. n perkataan tu sy 'ter'kekalkan plak. hmm..mmg tak sesuai pun kan sebenarnya. terima kasih sbb tegus psl ni. klu ada idea yg boleh sy gantikan perkataannya, silalah jgn segan memberi idea ye.
5th - PEMBAHAS ke, PENYAJAK ke, PEMANTUN ke, SASTERAWAN ke, tu suma takdek kaitan dah skrg ni wei. sume tu sejarah je. tp pemantun n sasterawan tu takdek kaitan langsung lah dgn dunia keKISASan dulu tu. (dunia keKISASan? pandainya awk buat name ni ek.huhu). yg paling tepat dulu sy x-4 Sc 5 n x-5 SC 7, dulu2 studious je, x-KP biro displin yg skema bangat, budak BADAR (wahhh) n sgt selalu sakit wkt sekolah dulu2. tu pasal yg nak jd doctor ni. ingat. ni sume is only our passion. not our mission. :D
6th - tu la pasalnya. n sy rasa, anonynous ni bukan msian. hmm. takpela. hak kebebasan bersuara. since azfar pun cool je, so kira settle la kot. (stay cool azfar). memetik kata2 awk semula: terima daku seadanya, aku hadir begini. so kita kenalah belajar menerima org lain dgn seadanya, mcm mana yg kita expect pple to accept us the way we are.
7th - apo2 ajolah ekau ni ihab oi. WORLD PEACE to all ;)
Sara,
Terima kasih, 4 April tadi hari jadi saya, well I receive this "gift" belatedly since I just saw it today...haha. I hope you will translate some part of it to English?
Daud
curi2 sajak ni buat lagu..
wonderful poem!
kak sarah..
saya mntk permission ntok deklimasikn
sjk ni sempena maulidur Rasul kt
sekolah..boleh x..??
aina_atikah1992008@yahoo.com
Atikah, ya diizinkan. Silalah. Tapi sajak ni tak indah mana pun. Moga yang baik dapat dikongsikan bersama =)
Salam,mintak kebenaran untuk mendeklamasikan sajak ini,insyaallah nama pengkarya akan kami maklumkan,jazakallahukhair,-bakatmu cahaya yang mampu menerangi kesuraman-
Salam. Ye. Boleh je. Takde masalah. Semoga ada manfaat untuk bersama.
amboi bab klimaks sajak tu sgt indah
xsangka bakal dr.(i guees) pandai bermain kata2
can juz rite a sajak about human love..nature love..or whats over about love.....
Post a Comment