Sebaik pintu metro yang kunaiki ini terbuka di stesyen Baravyovy Gory, seorang lelaki yang kemas bersut lengkap masuk. Baru pulang dari kerja agaknya. Dia lantas turut bersandar di tempat pemegang berhampiran pintu, bertentangan dengan tempat aku berdiri. Aku menoleh sekilas ke mukanya. Tenang saja. Lalu aku teruskan menunganku tadi yang entah telah sampai ke mana.
Tapi aku rasa diperhati. Diperhati dengan ekor mata. Terasa diri ini ada cacat, baik pada fizikal mahupun pakaianku yang camping di mana-mana. Aku angkat muka. Lelaki tadi sedang merenungku. Tapi riaknya masih tenang, bukan seperti sesetengah warga Moscow yang suka memandang wanita berhijab sepertiku ini bagaikan makhluk asing. Tidak kuasa aku ambil hirau dengan pandangannya. Namun, dalam diam aku perhatikan pakaianku hari ini. Aku yakin, tiada yang comot di mana-mana.
Skirt labuh hitam bermanik yang kupakai sempurna menutupi atas kasutku. Jika terangkat sekalipun, kenapa perlu dia memangdang sebegitu sekali? Wanita-wanita Rusia jauh lebih terbuka cara berpakaian mereka. Kemeja hitam yang kupakai pula ditutupi oleh jaket labuh krim yang kusarung di luar. Ah, takkanlah pula jaketku yang kotor? Sekilas aku memeriksa jaketku dengan jelingan mata. Tiada apa-apa pun. Lalu aku memandang ke cermin pintu. Refleks diriku jelas kelihatan di dalam cermin itu. Tudungku juga tidak ada yang cela. Tapi jelas, mataku meceritakan kepenatan diri yang amat sangat.
Metro berhenti di stesyen Universitet. Stesyen di mana letaknya universiti teragung Rusia, Moscow State University. Berduyun penumpang masuk sekali gus menghalang pandangan aku dari mencari kelibat lelaki tadi. Alhamdulillah. Tidaklah aku rasa janggal lagi. Aku menoleh jam di tangan. 5.09 pm. Masih awal. Ada lagi dua buah stesyen sebelum aku sampai ke destinasi.
Sebaik Metro berhenti di stesyen terakhir, Yugo Zapadnaya, aku antara penumpang terawal yang membolos keluar. Di tanganku terjinjing sebuah buku Neurology yang tidak kumasukkan di dalam beg. 6 langkah aku berlalu, tiba-tiba aku terasa buku itu ditarik. Aku menoleh dan mendapati lelaki itu tadi berada di tepiku
"Assalamualaikum. Vi Musulman da?" - "Assalamualaikum. Awak Muslim, kan?", tanyanya. Oh, saudara seagamaku rupanya!
"Da. Ya Musulman." - "Ya. Saya Muslim", balasku semula dengan senyuman di wajah. Sapaannya menjawab persoalan pandangannya sebentar tadi.
"Ne bayutyes. Zavut menya Hasiv. Ya bizhu shto vi s platokam. Ya prosta hachu uznat, vi atkuda. Prosta tak." - "Jangan takut. Nama saya Hasiv. Saya tengok awak bertudung. Jadi saya nak tahu, awak ni dari mana. Itu je", terang lelaki bernama Hasiv itu.
Aku senyum. Sudah kuduga soalan ini. "Zavut menya Sarah. Ya iz Malayzii. Paka uchus zdyes. Ochen priyatna. Ya vas ne bayus" - "Nama saya Sarah. Saya dari Malaysia. Sekarang belajar di sini. Selamat berkenalan. Eh, takdelah takut pun pada awak", aku berseloroh semula dalam jawapanku padanya. Sambil itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke pintu keluar.
"Ya dumal vi sama iz Egypta. Vi vigliditye kak zhe arabskaya devushka" - "Saya ingatkan awak dari Egypt. Awak iras-iras seperti perempuan Arab." Juga sudah kuduga hal ini. Dulu aku juga selalu ditanya hal ini. Malah ada juga yang menyimpang mengatakan aku kelihatan seperti perempuan dari Korea.
"Net. Ya Malayziets. Nu kak skazat. Mnye vsegda skazali shto ya iz arabskii strani" - "Taklah. Saya orang Malaysia. Tapi nak buat macam mana ye. Selalu je orang kata saya ni dari negara Arab", terangku semula dengan ringkas. Di saat itu, kami sudah pun berada di luar pintu yang penuh orang berpusu-pusu keluar. Kami berdiri di hadapan kaunter tiket pada waktu itu.
"Nu ladna. Vam kuda nada? Mnye na leva, na astanovku" - "Ok lah. Awak nak ke mana? Saya ke laluan kiri, ke perhentian bas." Terangku pendek.
"Mnye suda na prava. Nu ladna. Mnye prosta pabezlo vstrechat s vami. Vi zviozd Islama. Hachu sprasit, yesli gde-to vstrechaemsia apiat, ne zabivaite menya. Kharasho?" - "Saya nak ke kanan ni. Ok lah. Saya cuma rasa bertuah dapat jumpa awak. Awak ni bintang agama. So saya minta, kalaulah kita terjumpa lagi di mana-mana, jangan lupa saya. Okay?"
"Kanechna ya ne budu. Spasiba vam balshoi. Ya ne zviozd. Prosta dlya menya, Islam eto nasha zhizn. Pravda?" - "Mestilah saya takkan lupa. Terima kasih banyak-banyak. Saya ni bukannya bintang. Cuma bagi saya, Islam tu adalah hidup kita. Kan?"
"Vi pravda. Da. Saversheni verna" - "Betul kata awak. Ye. Betul sangat tu". Dia kelihatan terangguk-angguk.
"Nu ladna. Ya uhazhu. Do svidaniya, Assalamualaikum" - "Ok la. Saya pergi dulu. Sehingga jumpa lagi, Assalamualaikum", aku menyudahkan perbualan.
"Ladna, ladna. Waalaikumussalam" - "Ok, Ok. Waalaikumussalam".
Lalu kaki masing-masing melangkah menuju ke destinasi tersendiri. Aku melihat jam tanganku. 5.25 pm. Dan aku terus melangkah menuju ke perhentian bas di luar stesyen metro itu. Entah-entah aku sedang ditunggu pula.
Kenapalah aku ini banyak sungguh menyusahkan orang?
......................................................................................................................
Bersambung...

9 comments:
untung juga dikatakan arabian/korean. on a chilly friday afternoon, a christian guy approached me & gave a bible talk. at the end, he asked;
"are you aborigin?"
no! a malay, i am.
note: aborigin=kaum org asli australia.
salam ks,
Ks macam korean? huhu.. kite tak sokong seratus peratus.. tulah, Russian ni suka pandang kita ni semacam. Kekadang kalau kena dengan yang nakal sikit tu gelak2 plak. Tu yang kekadang rasa takut tu.
Perempuan muslim kat sini tak ramai yang bertudung, mesti diorang rasa sangat bangga kalau ada muslim lain yang bertudung.. secara tak langsung, kite ni tunjukkan contoh yang baik pada diorang juga ye..
ada part tertulis "budu". russian pun tau budu kelate tu yek. hee hee
kak sarah, sambung cepat..x sabar nantikan klimaks kisah ini..
p/s boleh jadi blog untuk e-novel terbaru ni kak. nanti saya promote. haha
alamak!!ade org soh sambung citer ni ks..ape lg??tp wani rase ks cm xsambung dlm mase terdekat ni je.. cz cycle ni ks ade final kn??
menarik kisah iman ni. anda sungguh berbakat. tak sabar nak nantikan sambungannya.
sarah.... update cepat!!!!! ni permintaan junior2 kat sini.
-amani yg sdg mmaca blog sarah kat bilik junior-
Salam buat semua,
1)Alif:
Aborigin? hehe..try harder to express urself as a malay ;)
2)Amnah:
ks pun tak setuju yg pasal korean tu. im purely a malay. jgn susah hati yg pasal hijab tu. over time, kalau am sedarlah, kita yg berhijab ni selalu dipandang special sebernya kat sini. penah x org tegur kata 'awak nampak tak cantik pakai hijab ni'. tak penah kan. ayat lazimnya adlh: 'awak nampak cantik pakai hijab mcm ni'. ;)
3)Najib:
budu in russian means i will. kalau i wont pulak akan jadi ya ne budu. ne = tidak. selamay belajar bahasa rusia ye najib ;)
4)warx shafiq:
kalau ada masa akak sambung. tu dah sambung lg 2 parts. kalau ada masa bacalah. tp klimaksnya belum sampai jgk lg. entah bilalah ye. akk ni bukan reti menulis sangat pun. tup2 tgk2 ceritanya dh abis.then kamu sume tanya : mana klimaksnya? haaa..tak terjawab akk nanti ;)
5)Wani:
memang ada final. semalam sehari suntuk dengan laptop n buku je. except stop sat wkt ks buat usrah tu je. tp kalau ada masa lapang, di My World la tempat ks bersenang-senang ;)
6)Mama sarah:
Terima kasih daun keladi. ada masa jenguklah lagi. entah bila akan tamat ceritanya. ada masa sy akan terus update cerita ni.
7)Amani:
thanks sbb baca cerita ni. tu dah update lg 2 parts dh tu. selamat membaca. salam buat junior2 nizhny tu ;)
Post a Comment