Wednesday, April 25, 2007

Monolog Bersama Iman (vi)

Dari kejauhan lagi aku sudah boleh mendengar suara pelajar-pelajar puteri tahun kedua sedang bermain futsal. Memang kini demam sukan melanda kesemua universiti di mana ditempatkan pelajar-pelajar Malaysia di Rusia ini. Ada enam buah kesemuanya. Lima daripadanya adalah dalam jurusan perubatan dan sebuah lagi dalam bidang kejuruteraan angkasa.

Menurut takwim tahunan, Malaysian Games pada tahun ini akan berlangsung pada 29 dan 30 April ini. Tuan rumah temasya tahun ini adalah Russian State Medical University di Moscow atau lebih dikenali dengan nama M2. Ini merupakan kali kedua Moscow menjadi tuan rumah temasya tersebut. Tahun lalu, Malaysian Games telah berlangsung di Kursk, kira-kira 550 km dari Moscow. Kontijen dari Moscow yang terdiri daripada dua buah universiti bertolak ke sana dengan menyewa 4 buah bas dan 3 buah avtoline. Perjalanan ke sana telah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Pengalaman menaiki bas meredah kawasan pedalaman Rusia sangat menarik. Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat ladang-ladang gandum yang sangat luas juga perkampungan Cowboy yang sangat unik. Dacha atau rumah rehat musim panas milik mereka yang tinggal di bandar juga kelihatan banyak di sepanjang perjalanan dan bentuk-bentuk dacha tersebut sangat cantik dan berseni.

"Ili, pass kat aku!" Aku cam. Suara itu milik Izni. Aku berjalan terus menghampiri perkarangan hostel. Kelihatan kelibat-kelibat kecil molek mereka sedang menjalani latihan.

"Sini! Sini!" Laung Fareena yang turut turun padang bermain pada petang itu. Agak pelik juga. Fareena dikenali ramai sebagai pemain bola keranjang yang baik. Ketinggiannya saja sudah membuktikan dia cukup syarat untuk bermain. Sekadar suka-suka mungkin. Itulah jawapan terbaik yang aku berikan kepada hatiku.

"Eh, KS dah balik." Celah Emy dalam keriuhan mereka bermain itu. Kebetulan, Emylah yang terhampir dengan tempat aku berdiri kini. Penjaga gol rupanya dia. Ya. Emy memang merupakan penjaga gol terbaik untuk pasukan M1. Ketika perlawanan futsal wanita anjuran Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Moscow, Emy menunjukkan prestasi di luar jangkaan. Malah aku sebagai teman sebilik juga terkejut melihatnya beraksi dengan sangat mantap dalam kejohanan tersebut. Sehingga kini, kami teman serumah yang lain menggelarkannya sebagai Goalie Girl.

Aku tersenyum saja. Kelihatan di tepi bangunan hostel, seorang seniorku sedang berdiri keseorangan. Izruf merupakan pelajar tahun kelima. Izruf tersenyum ke arahku seraya menyapa.

"Dari mana ni Sarah? Nampak penat je."

"Dari Yugo tadi. Ada hal sikit. Penat? Haih.. Biasalah. Cycle Neuro la." Aku membalas bersahaja.

"Relaxlah. Neuro je. Belum Infectious punya cycle lagi." Izruf menceriakan suasana. Aku tahu. Bagi pelajar tahun kelima, Infectious Disease Cycle merupakan Cycle yang amak sibuk sekali.

Aku senyum. Kepada diri sendiri dan kepadanya. "Tu la pasal. Tak taulah saya macam mana nanti. Ok ye. Saya naik dulu. Nak solat." Aku menyudahkan bicara.

"KS! Sat! Tolong tengok Miza ni. Kaki tergeliat ni. Cepat. Cepat. Pertolongan cemas!" Laung Emy, Wani, Ili dan beberapa yang lain. Aku mempercepatkan langkah menghampiri mereka.
Kelihatan Miza sedang mengerang memegang kaki kanannya. Aku meletakkan plastik buah yang kubeli tadi. Kaki Miza kucapai dan kuluruskan. Pada mulanya, Miza mendakwa kakinya kejang di bahagian betis. Aku melakukan teknik regangan untuk menghilangkan kekejangannya itu. Teringat praktikal ketika kelas General Surgery dahulu. Setelah aku luruskan kakinya, dengan perlahan-lahan aku bengkokkan semula kakinya di bahagian lutut. Kemudian, sekali lagi aku luruskan ke atas. Miza dengan penuh ekspresi kesakitan di wajah menyatakan bahawa kejangnya sudah tiada tetapi rasa sakit di buku lali amat perit sekali.

Aku menanggalkan stokinnya dan memeriksa pergelangan kakinya. Kelihatan agak merah. Aku membuat regangan ke atas dan ke bawah. Sakitnya tidak terlalu. Tapi sebaik saja regangan ke arah luar kubuat, Miza menjerit kesakitan. Hmm. Terus terbayang di dalam kepalaku saraf apakah yang terlibat. Posterior Perineal Nerve. Laluannya adalah betul-betul di belakang buku lali kita, dalam keadaan normal. Aku memimpin Miza berdiri dengan dibantu oleh Ili selaku ketua pasukan futsal wanita. Miza disuruh berjalan barang setapak dua. Hanya setapak yang boleh dilakukannya. Itupun hanya kaki kirinya saja. Kaki kanannya tidak boleh digerakkan.

Miza kusuruh duduk semula. Aku menggerakkan-gerakkan kakinya ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan lagi. Seketika kemudian Miza pula cuba menggerak-gerakkan kakinya sendiri. Alhamdulillah. Tidak berapa lama selepas itu, menurut Miza, sakitnya sudah kurang. Aku lantas minta mengundur diri. Solatku perlu disegerakan. Jam telah menunjukkan pukul 7.45 petang. Maghrib akan menyapa pada jam 8.40 pm nanti.

Dengan lafaz salam dan pesanan agar tidak mencederakan diri ketika bermain kerana hari sukan semakin hampir kutinggalkan buat adik-adik itu. Sebelum pintu utama hostel tertutup semula, keriuhan kembali kedengaran.

.......................................................................................................................

Bersambung...

5 comments:

Mama Sarah said...

bagai tak sabar menantikan sambungannya.

Unknown said...

iskh, macam kenal jer nama izruf si tahun lima itu... tapi agak lama sudah aku tidak memanggil empunya diri izruf itu dgn nama sebenarnya... and i think most of ppl here dont know that his real name is izruf rite? hehehe.. anyway... love ur writing style.. ur writing turned even a boring evening into such a wonderful occasion... keep it up!!!!

Anonymous said...

salam Ks

terima kasih banyak2
terima kasih byk jugak utk follow up-nye
kite dah boleh gi kelas amik colloq microb
rasanyer tak yah dah pegi klinik

tak sabar nak tnggu sambungn cite ni, ape la agaknye Ks nak sampaikan

wassalam

Da' gReaT said...

Peh, rajin nyer update...
Kalo dulu setiap hari habiskn satu buku utk exam.. skang lak sehari satu entry eh??
bagus2..keep it up..
Tak leh stop a!!
(",)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam wbt

1)Mama Sarah:

Tengoklah nanti. Ada masa Insya Allah saya sambung. kalau takde... (ups!)

2)Hanan:

tu la pasal.memang tak ramai yg tau pun nama dia izruf. siap ada yg buat lawak kata nama izruf qabil tu nampak holy sgt utk dia. mcm2 la depa sume ni. thanks anyway. ada salah silap tehurla sy.

3)Miza:

ks rasa dlm sambungan ni nanti akn ada cite psl miza lg la..hehe...tu pun kalau ada sambungan la. insya allah ada masa, adalah sambungannya.

4)Dzulqarnain:

nila revenge namanya. geram pd buku, balas pd blog. (apa punya peribahasa la ni kan).

kalau nak stop jugak mcm mana?? =p

Terima kasih semua kerana mengikut perkembangan tulisan saya yg tak seberapa ni. Apatah lagi kualitinya. Ada salah dan silap, tegur straight je. Saya jenis yg tak kisah punya. Sangat-sangat hargai kalau ada sebarang kritikan, komen dll =)