Thursday, April 19, 2007

Monolog Bersama Iman (i)


Puas rasa hati. Pembentangan kes Neurology petang tadi berjalan dengan sempurna. Sungguhpun pembentangan kes Dermatology akan dibawa ke hari Isnin depan, namun itu tidak sekali-kali membawa sawang kelelahan otak bertandang semula. Rehat. Cuti empat hari ini aku mahu berehat.

Malam tadi, seperti lazimnya, tidurku 2 jam cuma. Tilam hanya kusentuh setelah usai solat subuh. Tepat jam 7.15 pagi, aku telah terduduk kembali di hadapan laptopku ini. Membuat pengemaskinian yang terakhir untuk Dermatology dan menyediakan draf terakhir untuk Neurology. Aku tidaklah terlalu yakin. Namun aku tahu aku akan boleh melakukannya.

"So Dr. Sarah, what is your topical and final diagnosis concerning your patient?" tanya Dr. Olga Evgenevna.

Aku menutup draf yang kusediakan. Jantungku berdegup. Laju. Tapi otakku menegah hatiku dari takut. Jawab. Arahan ringkas logika yang meminta aku rasional dengan situasiku waktu itu.

"My topical diagnosis is degenerative type of spinocerebellar tract due to chronic consumption of alcohol. Due to this situation, his cortex functions are disturbed and pyramidal disturbances are observed. As a conclusion, the level of degeneration is in his cortex of cerebellum. But my final diagnosis is spinocerebellar atrophy due to dominant atrophic lesions of the cerebrum and cerebellum. The etiology is unknown and more predominant to be said due to hereditary disorder. Excessive alcohol consumption is only an exacerbation for the atrophy. To be true, all his symptoms especially the present of cerebral ataxia and regressive progression of the disease support my diagnosis on Spinocerebellar Atrophy."

Begitulah aku sudahi pembentanganku. Berpinar mata tatkala duduknya aku di deretan kerusi di dewan kuliah yang terletak di aras 2, Hospital No. 67, Jalan Rossalima 11 itu. Aku berpuas hati dengan pembentangan itu tadi. Bagi pelajar kategori sederhana seperti aku ini, pembentangan kes berat seperti ini adalah satu ujian besar untukku. Alhamdulillah, ternyata drama Jepun yang kutonton satu masa dulu benar-benar meringankan bebanku dalam menyudahkan tugasan ini. One Litre of Tears. Satu Liter Air Mata terjemahannya. Bernar-benar meninggalkan impak dalam hidupku.

Aku melihat jam. Tepat jam 4.24 pm. Aku perlu bergegas menuju ke hostel RSMU. Abang Khairil menungguku di sana. Urusan tiket untuk pulang ke Malaysia perlu disudahkan. Aku mencari telefon bimbitku. Ada 1 mesej. Daripada Abang Khairil. Pesannya, pukul 5 dia menantiku di Metro Yugo Zapadnaya sahaja. Bandar letaknya hostel tersebut, stesyen penyudah jaluran merah Sistem Pengangkutan Pantas Moscow. Tidak perlu aku ke hostelnya.

"Tp x pe ke ni? dh banyak menyusahkan ni. Ni nak kena dtg ke metro yugo pulak. Sy cuba rush sampai ke sana pukul 5 ni", balasku semula dalam bentuk pesanan ringkas juga. Sambil itu, aku berjalan kaki menuju ke Metro terhampir, Frunzenskaya. Cuaca sangat baik. Tidak terlalu panas dan angin pula sejuk bertiup.

"x payah rush2. take ur time. lebih kurang pukul 5.30 mcm tu boleh?", mesej seterusnya kuterima.

Laju aku membalasnya, "Boleh aje..."

Sepanjang perjalananku di dalam metro yang bergerak laju itu, aku termenung merenung gelap laluan bawah tanah yang sedang kususuri. Teringat dulu, ketika pertama kali menaiki metro di bumi Moscow ini, aku sangat benci akan kebisingan bunyi gema bawah tanah yang saling menampar gegendang telinga. Sangat benci. Aku tersenyum seorang. Kini, aku telah jauh berbeza. Bertemankan bunyi bising itu kadang-kala aku dapati menjadikan aku lebih selesa dan tekun membaca ketika sedang menuju ke kelas. Oh, tuhan. Betapa mudah hatiku ini Kau bolak-balikkan.

........................................................................................................................

Bersambung... Sarah sangat mengantuk...

Nota: Ini adalah sebahagian daripada diari kehidupan saya hari ini. Puncak kisahnya belum tiba. Saya sangat inginkan pengajaran cerita ini kita ambil bersama, Insya Allah. Iman Al-Wahdy, terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi saya hari ini. Terima kasih kerana sentiasa ada walaupun tak selalu menemani. Terima kasih kerana sentiasa sejiwa walau tak selalu memahami.

6 comments:

Anak Singa said...

menarik. kisah hidup pelajar perubatan memang selalu menarik, kan?

p/s: walaupun saya bukan pelajar perubatan, tapi saya cukup kagum dengan isi pembentangan tu. it sounds so cool. keep up d good work.

Sarah Mohd Shukor said...

live a life as a medical student isnt that tough actually. if we know how to manage time, world is in our hand.

(huhu..iye ke?)

h@rne2 said...

Bila membaca kisah awak ni...saya teringat buku ayat-ayat cinta..sy pasti awk pun ade membacanya kan..?

btw, sy sgt suka dgn ayat2 terakhir tu.."Terima kasih kerana sentiasa ada walaupun tak selalu menemani. Terima kasih kerana sentiasa sejiwa walau tak selalu memahami".

Sarah Mohd Shukor said...

salam hanafee,

yup. sy dh banyak kali baca. ada 2 buah buku tu dgn sy kat sini. 1 dlm versi bahasa melayu indonesia. 1 lagi dlm bahasa melayu malaysia. dua-dua buku ni dikirim oleh kwn2. sgt2 mendalam mesej y disampaikan oleh penulisnya kan.

tp kalaula apa yg sy tulis ni dibandingkan dgn hasil tulisan habiburrahman el-sherazi, memang tak terbandingkan langsung. bagai langit dgn bumi. sy ni budak baru belajar lg...

ayat terakhir tu ntah mcm mana ternukil mcm tu je sblm tidur mlm tu. sy tujukn utk iman al-wahdy kwn sy tu.

h@rne2 said...

hm buku tu sangat memberikan kesan yang mendalam. saya melihat gaya penerangan awak terhadap situasi sekeliling begitu baik, lantas teringat akan suasana dan keadaan metro yang terdapat di Mesir..huuhu

Sarah Mohd Shukor said...

tu semua sbb byk memerhati kot. pastu lebih2 kurang olah jadikan dlm bentuk cerita.

p/s: wkt sy ke egypt, sy naik metro di stesyen2 yg Fahri penah sebutkan dalam buku tu..hehe