Tuesday, April 24, 2007

Monolog Bersama Iman (v)

"Astarozhna, dvery zakrivayutsya. Sleduyushaya stansia Spartivnaya" - "Sila beri perhatian, pintu akan ditutup. Stesyen seterusnya Spartivnaya". Begitulah kuat bergema pengumuman sebaik sebelum pintu ditutup setelah berhenti menurunkan dan mengambil penumpang di stesyen Baravyovy Gory. Terus aku teringatkan Hasiv yang kebetulan menaiki metro yang sama di stesyen ini tadi. Aku memandang Sungai Moscow yang mengalir nun jauh di bawah jambatan letaknya stesyen ini. Keemasan warnanya dicitra rembang petang.

"Alah, kan best kalau aku sempat bawa kamera tadi. Boleh turun sat kat sini ambil-ambil gambar", aku mengeluh sendirian kerana tidak membawa kamera ke kelas pada hari ini. Dalam beberapa saat, suasana gelap semula. Yang kelihatan hanyalah dinding bawah tanah yang menjadikan Moscow ini terbahagi kepada dua alam. Alam di atas bumi dan juga di bawah tanah. Tiga minit berlalu. Aku kini sedang menaiki eskalator menuju ke pintu keluar. Stesyen Spartivnaya ini letaknya kira-kira 20 meter ke dalam tanah. Ini bukanlah stesyen terdalam. Masih ada banyak lagi stesyen yang letaknya jauh berpuluh meter ke dalam tanah. Menjadi rekod terdalam adalah stesyen Park Pobedi atau stesyen Taman Kejayaan dalam Bahasa Melayunya. Letaknya hampir 50 meter ke dalam tanah.

Aku melewati kedai pastri Perancis yang terletak berdekatan metro tersebut. Aku menjeling ke dalam. Tuan kedainya, wanita Perancis berambut perang emas itu ada di dalam. Selalunya, andai aku singgah sebentar mendapatkan briyosh berkrim coklat atau pai zavernoi kegemaranku itu, ucapan terima kasih yang dialunkannya pasti akan membuatkan aku melangkah pergi dengan senyuman geli hati.

"Spasibaaa...", nyaring dan berpelatkan bahasa Perancis sebutannya. Spasiba. Terima kasih maknanya. Teringat satu pesanan lama yang pernah diwasiatkan oleh seseorang. Ucaplah terima kasih walau di mana kita berada dan kepada sesiapa saja. Alhamdulillah. Sehingga kini aku masih mempraktikkannya. Hatta kepada tukang cuci hostel yang menjenguk ke dapur rumahku setiap pagi.

Aku meneruskan perjalanan. Langkahku sangat perlahan kerana kaki kiriku masih sangat terasa sakitnya. Aku bercadang untuk singgah sebentar di pasar sebelum pulang ke hostel. Pasar Usachevsky itu tidak jauh. Letaknya betul-betul bertentangan dengan pintu masuk ke kawasan hostel. Strategik sekali kerana berhampiran dengan kawasan kediaman awam dan bersambung terus dengan dua jalan utama, Jalan Piragovskaya Kecil dan Jalan Usachevsky.

Teng teng. Telefonku berbunyi. Aku menyeluk saku jaket mengeluarkan telefon. Ada satu mesej kuterima. Iman Al-Wahdy pengirimnya.

"Sar, kamu di mana? Aku lagi mau ke bilik kamu ni. Tabung Palestin itu masih boleh diderma'in? Kalau kamu di bilik, dibalas'in semula deh". Ringkas saja mesejnya. Sambil berjalan, laju jemariku menekan-nekan punat telefon menaip kiriman balas.

"sy di rinak ni. baru balik je. nanti sy sampai bilik sy msg smula. tabung tu masih on lg. silakan iman. untung ada org spt kamu ya =) ". Iman Al-Wahdy adalah kenalan dari Indonesia yang turut bermusafir mencari ilmu di sini sepertiku. Sar. Itulah namaku khas dipanggil olehnya saja. Sudah menjadi budaya, bangsa Indonesia gemar memendekkan nama dengan memanggil suku kata termudah.

Iman ini terkenal dengan jolokan 'Rock Star'. Cukup popular di kalangan pelajar Moscow Medical Academy dengan kelunakan suaranya. Pernah dulu dia diundang membuat persembahan di Kedutaan Besar Malaysia ketika Hari Terbuka M1, nama lain alma materku. Bagi Iman, Malaysia juga sudah ibarat tanah airnya kerana keakrabannya yang tidak terkata dengan pelajar-pelajar Malaysia yang turut sama berada dalam Fakulti Perubatan, aliran Bahasa Inggeris. Teringat dulu dalam satu ucapan ketika sambutan hari lahirnya yang kami semua sediakan buatnya, Iman berucap ringkas tapi penuh makna. "I love you Malaysia!" Terdetik sejenak, ukhuwah kami semua di sini bagaikan adik beradik sudah. Apalah agaknya akan terjadi apabila kami semua terpisah setelah tamat belajar nanti.

"Ok, Sar. Buahnya jangan dilupa ya. ahaa. joking." Balas Iman semula. Ketika itu aku sedang menuju ke arah kedai buah yang selalu kulanggani. Muslim tuannya. Amu Abdul Wahab namanya. Baru aku teringat dalam balasanku tadi, aku katakan padanya bahawa aku berada di rinak. Rinak itu pasar maksudnya. Patutlah Iman memesan buah daripadaku. Baru aku memahami.

"Zakhaditiye, Sara. Assalamualaikum" - "Masuk-masuk, Sara. Assalamualaikum", sapa Amu Abdul Wahab dengan mesranya. Seperti lazimnya, huruf H di hujung namaku akan lesap tatkala diseru oleh bangsa Rusia. Akhiran A melambangkan pemiliknya seorang wanita. Oh, berapa versikah namaku di sini? Ini masih belum dihitung lagi gelaran yang diberikan oleh junior-junior buatku. KS - nama yang telah sebati denganku kini. Abbreviasi kepada Kak Sarah.

"Waalaikumussalam. Kak dela? Vsyo Normalna? - "Waalaikumussalam. Apa khabar? Semua ok ke?" Tanyaku berbahasa dengannya semula.

"Nu da. Vsyo proshlo kharasho. Kak uchitiyes? Normalna?" - "Ha'ah ye. Semuanya ok je. Macam mana belajar? Ok ke?", tanyanya semula. Ketika itu, pembantu Amu Abdul Wahab, Khuza masuk ke dalam kedai. Dia tersenyum cuma.

"Kak abichna. Ne shto-to interesna. No ekzamen pridyot cerez nedelyu. Hmm. Daiti pazhalsluista grusha konferens za kilogram" - "Semuanya macam biasa je. Takde apa yang menarik sangat pun. Tapi dah nak exam lagi 1 minggu. Hmm. Bagi saya buah pear konferens 1 kilo", aku menjawab dan lantas membuat pesanan terus. Jika berlama-lama, akan lambatlah Asarku nanti.

"Kharasho" - "Ok", jawabnya sepatah. Khuza ketika itu masih lagi tersenyum-senyum seperti biasa. Lelaki muda ini khabarnya dulu pernah belajar di sebuah institut kejuruteraan. Namun disebabkan desakan hidup, Khuza terpaksa berhenti dan bekerja. Lalu dia mendapat pekerjaan separuh masa ini daripada Amu Abdul Wahab atas dasar nasionaliti mereka yang sama, warga Tarjikistan.

Aku membuat bayaran, mengucapkan terima kasih dan melangkah keluar. Namun tiba-tiba Amu Abdul Wahab melaung memanggilku semula.

"Sara, shto s vami? Idti ne smogli?" - "Sara, kenapa dengan awak ni? Tak boleh jalan ke?"

"Magu no ne tak pariyadke. Prosta zdyes bolna" - "Boleh jalan tapi tak berapa elok sangat la. Cuma sakit je kat sini", kataku sambil menunkukkan ke arah hujung kaki kiriku.

"Buditiye zdarovie" - "Semoga cepat sihat", balasnya pendek sambil tersenyum.

"Vam spasiba. Da svidaniya!" - "Terima kasih, Amu. Jumpa lagi ye!" Aku terus melangkah. Dengan harapan agar cepat tiba ke bilik. Badan, mata dan kaki ini terlalu perlukan rehat. Dalam hati, rasa terharu menyelinap. Ramai yang prihatin akanku rupanya.

Terima kasih Amu Abdul Wahab. Juga buat Khuza.

........................................................................................................................

Bersambung...

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui ummatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, kata Rasulullah. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Semoga kita tergolong di kalangan Ikhwan yang dirindui oleh Baginda.

7 comments:

Da' gReaT said...

Hope u'll get full n fast recovery..n hopefully all u suffered will be rewarded with His maghfirah
SyafakaLlah..

~Allah know best~

Anak Singa said...

salam. ex KISAS rupanya anda :) bagus penulisan anda. anda bekas pembahas KISAS? teruskan menulis sesuatu yang seperti ini :)

Anonymous said...

kak sarah..i want more.. =)

Sarah Mohd Shukor said...

Salam wbt

1)Dzulqarnain:

In recovering process...Alhamdulillah. But still, Im d one who stubborn so much. Still get involved with so many things lately. (aiyak!)

2)Alif:

Ye Alif. Saya ex-KISAS. Mana tau pasal bahas tu? Ke kamu teka-teka je? Ada sebarang kritikan, komen atau apa-apa je yg membina tentang cerita ni atau apa-apa je, dont hesitate to tell me. im willing to change. terima kasih ;)

3)Shafiq:

but i wanna stop (sob sob sob)

Anak Singa said...

educated guess.

1. you are good in writing. normally, a BM debater is very meticulous of the words chosen. a proper word givers deeper impact. an English debater/public speaker won't care much :P

2. every debater has his/her own "aura". (been there, done that).

3. ur relationship with adik radin; she's a debater. so, there's a high probability that u r a debater too. i don't think u guys had the chance to meet at school before, considering the age gap. unless, u met her in a special meeting such as a debate training.

4. last but not least, the latest post confirmed it =)

btw, what's with the recovery stuff? are u sick?

amnah my. said...

salam ks..

kiter pun sukalah briyosh kat kedai makcik french tu.. setiap hari rabu dan khamis (2 hari ni je yg lalu masuk metro) balik kelas je mesti singgah ngan bedah sekali. ekler pun sedap gak..

btw, bilalah kite akan masuk dalam kisah hidup ks ni.. hmm.. macam takde je.. huhu..

Sarah Mohd Shukor said...

alif, really, it's an educated guest proved with evidences.

1. might be true. but some debaters are just debaters by name. but not in their heart. for me, to be a debater (was), is to educate people. that's what im applying now. hope i'll be blessed.

2. aura? oh no...

3. absolutely right! i met her when i went back for summer holiday in 2005. i attended the debate training. and there we met for the 1st time. a good guess anyway ;)

4. yes. the history of mine back in primary school. it was long time ago. but i treasure the value of becoming a debater so much when i was in KISAS. so memorable.


Amnah, ks x lalu makan ekler tu. manis sgt. nnti pening kepala ks. tak masuk dlm kisah hidup ni? ala..jgn la terasa..ni sbb ks pick a very certain day in my life. tp nanti2 insya allah ada kot.hehe