Saturday, April 21, 2007

Monolog Bersama Iman (iv)


"Assalamualaikum", sapa satu suara dari arah belakang. Aku tahu itu pastinya Abang Khairil.

"Waalaikumussalam", aku menjawab salam sambil berpusing ke belakang. "Ni nak kena denda ni", kataku sambil menunjukkan jam tangan.

"Alamak abislah Abang macam ni, Sarah. Sorry. Terlambat." Sebenarnya, aku sedikit pun tidak bermaksud dengan apa yang aku katakan tadi. Jasa baiknya untuk datang ke metro Yugo Zapadnaya ini sudah tak terkata terima kasihku. Sudahlah kelasnya amat jauh hari ini. Sebaik tiba di hostel, terpaksa pula keluar semula untuk ke sini.

"Bas takde ke tadi?", tanyaku semula.

"Kurang nak ada sangat." Selalu begini. Bahasanya memang selalu dirojakkan menjadi tidak formal begini. Bahasa lazim yang sudah bertahun kudengar menjadi gaya percakapannya. Wah, bagaikan tidak percaya aku sudah boleh menganalisis gaya bahasanya!

"Sorry ye sebab Abang Khairil pulak yang kena datang sini." Aku menyatakan rasa bersalah kerana menyusahkannya.

"Alah. Bukan apa sangat pun. Eh, Sarah. Tu kedai tu semua barang dia harga 10 ruble je tau. Ala. Macam kedai RM2 kalau kat Malaysia tu", jelas Abang Khairil.

"Oh, yeah? Tapi kalau 10 ruble, tu lagi murah dari RM2 tu." Sambil itu, aku memerhati ke arah sebuah kiosk sementara di hadapan kami. Kecil cuma, tapi barangannya tampak pelbagai.

"Hmm. Ni nak bagi duit tambahan tiket tu. So, kira-kiranya lagi 4300 ruble la kan?", aku terus membuka topik. Sebenarnya, kakiku sakit sejak Sabtu yang lalu. Ketika menghadiri latihan ping-pong di hostel kawan, kaki kiri ini tidak betah lagi berdiri terlalu lama. Perlu diselangi dengan duduk yang sebentar. Berdiri terlalu lama sedari tadi membuatkan aku rasa seperti kaki kiri ini dipijak-pijak.

"Actually macam ni. Abang macam dah buat keputusan lain sebenanrnya." Bermula dari situ, kami sibuk berbincang tentang tiket pulang ke Malaysia, program di Turki sewaktu cuti musim panas nanti dan juga aktiviti-aktiviti PPIM yang bakal berlangsung di Malaysia ketika pulang bercuti nanti. Penuh luah itu dan ini. Jenuh fikir begitu dan begini.

Dalam pada kami berbincang itu, beberapa buah bas menuju ke hostelnya berlalu. Rasa bersalah semakin memuncak. Katanya, dia akan menaiki avtoline saja untuk pulang ke hostel. Oh, tidak. Lagilah rasa bersalah aku dibuatnya. Dengan menaiki avtoline, terpaksa pula dia mengeluarkan duit sendiri lagi sedangkan jika menaiki bas, tiada sesen pun perlu dikeluarkan kerana kami semua mempunya pas bas bulanan untuk pelajar.

Avtoline adalah sejenis kenderaan awam yang berfungsi seperti teksi. Tambangnya perlu dibayar dan kadar harganya adalah sama walau destinasi adalah berbeza. Bentuknya seperti van dan setiap avtoline mempunya nombor tensendiri yang akan membawa ke destinasi yang berbeza. Seawal kedatanganku di bumi Tsar ini, tambangnya 9 ruble cuma. Kini selepas empat tahun berlalu, tambangnya ada yang mencecah ke angka 25 ruble. Kebanyakannya, tambang normal yang tertera pada pintu avtoline adalah 12 ke 15 ruble. Kurang lebih RM2 di Malaysia. Disebabkan itu, aku keberatan membenarkannya menaiki avtoline.

"Ok, Ok. Lepas ni kalau ada bas, terus naik jelah. Saya rasa bersalah ni." Terangku. Selepas itu, aku mencuri masa membuat panggilan terus ke Volgograd, cuba mendapatkan pandangan Aiza tentang program kami di Turki nanti. Panggilanku tidak berjawab. Aku mendail pula nombor Iliana. Berjawab. Setelah berbincang barang tiga empat minit, aku menyudahkan panggilan. Abang Khairil menanti keputusan aku. Aku nekad, tiket terus ke Kuala Lumpur menjadi kata muktamadku petang itu.

Sementara menanti bas yang seterusnya tiba, kami berbincang tentang hal agama. Beberapa persoalan dikemukakannya. Begitu juga aku. Peluang ini aku ambil untuk bertanyakan pendapatnya tentang beberapa perkara. Sedari dulu, aku selalu menjadikan Abang Khairil sebagai tempat rujukku. Dia ibarat Abang Wan yang memang sentiasa bersedia untuk dibawa berbincang dan memberikan pendapat dan nasihat.

Ah, teringat pula pada abangku yang seorang itu. Apa khabar agaknya Abang Wan di Manchester? Tengahari tadi, setelah sekian lama aku tidak online dengan Abang Wan, Allah lapangkan sedikit masa untuk kami bertanya khabar. Kebetulan aku pulang sebentar ke bilik selepas tamat kelas Dermatology. Abang Wan pula sedang di pejabatnya ketika itu. Terjawab sudah persoalan. Rupanya, talian internet di rumahnya rosak. Patutlah diamnya terlalu lama. Aku berjanji padanya, berita terbaru akan kukirim lewat emel. Lebih klasik menurut Abang Wan. Insiden laptop terpadam yang menyebabkan emelku yang lalu tidak terkirim buatnya, kujanji tidak akan berulang lagi.

"Bagi Abang lah kan, sebenarnya ok je kalau seorang perempuan tu nak main futsal, tapi kurang sikitlah manisnya. Berlarinya di tempat yang terbuka. Tambah pulak, ramai yang tengok nanti. Masalahnya, kalau betul-betul pandai main yang memang best tu takpe jugak. Tapi ni main sekadar lari-lari sepak bola. Lagilah seronoknya orang yang tengok." Antara pendapat yang kudengar daripadanya.

"Macam mana pulak kalau memang ada yang memang pandai main? Dia nak main tapi dia consider pasal hal ni semua? So, macam mana?" Aku membuka kebarangkalian.

"Eh, Sarah ke yang teringin nak main ni?" Abang Khairil menyerkap jarang.

"Saya ni sepak bola pun tak pernah. Nikan pulak nak masuk main futsal." Aku menyatakan yang sebenarnya. Sepanjang hayatku, tidak pernah lagi aku terlibat dengan sukan bola yang berteraskan sepakan. Setakat bola jaring, hoki dan ping-pong sajalah duniaku dalam bidang ini.

"Hmm... Kalaulah dia consider yang baik tu, so tu satu kemenanganlah untuk dia. Dia menang sebab dia ikut yang good side tu. Lagipun, kan lagi manis kalau tak payah pun." Aku senyum. Akhirnya ada juga yang turut bersetuju dengan pendapat peribadiku. Secara peribadi, aku tidak melarang siapa yang ingin bermain, tapi andai ditanya secara ikhlas, inilah persepsiku perihal sukan ini.

Teringat beberapa hari lepas aku bertanyakan pendapat Nat, seorang kawan di sini. Nat juga bersetuju dengan pendapatku. Tambah rancak, kami bercadang untuk menganjurkan Hari Sukan Nisa', khas untuk pelajar wanita saja untuk menyertainya. Pada hari itu nanti, terpulanglah sukan apa sekalipun yang ingin disertai. Penontonnya juga di kalangan pelajar puteri saja. Ya. Impian ini perlu direalisasikan. Mana tahu, aku juga boleh bermain futsal pada hari itu nanti. Hatiku tersenyum sendiri.

"Eh, tu bas 718 tu. Baik Abang naik bas yang ni. Satgi rasa bersalah lagi saya." Tunjukku pada bas tersebut. Sambil itu aku menoleh jam sekilas. Tepat jam 7 petang. Sudah satu jam lamanya kami berdiri di tepi kiosk bunga itu. Sungguh tak sedar masa yang berlalu. Tapi yang aku sedar, sudah hampir enam buah bas menuju ke laluan hostelnya telah berlalu.

"Ok lah kalau macam tu. Abang balik dululah. Terima kasih ye Sarah. Selamatlah semuanya. Ups. Hati-hati ye balik."

"Eh, saya naik metro terus. Takde apa-apanya. Lakilah yang lagi kena hati-hati. Perempuan takkan kena apa-apa. Terima kasih banyak-banyak ye Abang Khairil. Semualah. Pasal tiket, pendapat. Semuanyalah. Terima kasih sangat-sangat."

"Alah, takde apapunlah. Ok ye. Assalamualaikum", dan Abang Khairil pun melangkah menuju ke aras bas.

"Waalaikumussalam warahmatullah", dan aku pun melangkah menuju ke tangga metro.

Di dalam perut metro aku berfikir lagi. Kalaulah aku tahu konklusinya hari ini aku tidak perlu menyerahkan sebarang duit tambahan kepadanya, sudah tentu aku tidak perlu menyusahkannya untuk datang ke metro Yuga Zapadnaya. Dan kalaulah aku tahu begini jadinya, melalui paggilan telefon pun sudah boleh kami bincangkannya. Kalaulah aku tahu...

Ya Allah, kenapa aku ini selalu sangat memikirkan kebarangkaliannya. 'Kalau' yang telah banyak kali bemain difikiranku sejak tadi membuatkan aku rasa semakin bersalah. "Sarah, 'Kalau' itu pembuka ruang untuk syaitan." Marahku terhadap diri sendiri.

Nota maaf buat Abang Khairil kerana telah menyusahkannya sepanjang petang itu.

Di dalam metro, perit di kaki semakin jelas terasa.

........................................................................................................................

Bersambung...

5 comments:

Unknown said...

hehehhe.. xper... kebarangkalian tu membuatkan manusia berfikir.... to find solution and making creative decision... tapi...memang betul pon "kalau" ni memang ayat setan la... hehehhe. take care sarah

Anak Singa said...

"if" opens a way for Syaiton. whatever happened is the best that could happen for us.

p/s:

1. a good long real story based entry this is.

2. exam molek2. moga Allah permudahkan kamu.

Sarah Mohd Shukor said...

Salam wbt,

1)Hanan:

tu la saya ni..asyik dgn 'kalau' je kn..(sy dh byk kali kena denda dek sorg kwn sbb asyik guna 'kalau' ni)

2)Alif:

terima kasih for no. 1.. alhamdulillah settled. excellent marks for all 3 papers ;)

Anak Singa said...

salam,

excellent marks? alhamdulillah. i wish u could sit yesterda's elec. eng test for me ;)

i need a brain transplant! elec eng test burnt all my neurons i reckon.

Sarah Mohd Shukor said...

oh alif..brain transplant wont solve the prob, coz u already died by the time the operation done. hehe..

note: bersyukurlah dgn apa yg kita ada ;)