Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, December 27, 2008

Ayah

Assalamualaikum wbt

Tadi ayah menegur saya di Gtalk. Ayah memaklumkan bahawa mereka semua sedang berada di rumah Tok Penang. Saya bertanya, kenapa mengejut sungguh ayah balik kampung kali ini. Kalau tidak kerana saya menelefon adik saya, Adnan, semalam petang, saya mungkin tidak tahu akan hal ini. Jawab ayah, Tok Anjang (Abang Tok Penang) meninggal dunia kelmarin di Alor Setar. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Barulah saya tahu duduk perkara yang sebenar.

Ayah menanyakan khabar saya, duit poket cukup atau tidak dan beberapa perkara lain. Semuanya baik-baik saja, jawab saya. Badan sihat, duit ada, sekarang sedang cuti dan tahun baru nanti pun cuti lagi. Ayah bertanya tentang sambutan Krismas di sini bagaimana keadaannya. Saya menceritakan keadaan orang di sini yang serba ringkas saja sambutan mereka kerana mereka di sini gila kerja (walaupun agak lembap sistem-sistem yang digunakan). Tambahan pula, perayaan sebenar disambut pada 7 Januari nanti. Sempat ayah mengomen, katanya di Malaysia cuti banyak sangat. Sampai nak dekat sebulan. Teringat pula rungutan seorang blogger di blognya.

Sebelum mengakhiri perbualan, kata ayah:
"See you. 6-7 bulan saja lagi. Lepas ni cuba belajar selok-belok orang Islam di Rusia pulak."

Saya tak pernah rasa kecewa dengan nasihat dan pandangan daripada ayah. Ayah memang memahami jiwa saya. Dia tahu saya berhajat untuk ke beberapa buah bandar Islam berdekatan ketika cuti nanti. Dan ayah tak pernah melarang saya walau dia tahu saya berkemungkinan pergi secara solo sekalipun sebab ayah sangat percayakan saya.


Nota 1: Bajet sudah diluluskan oleh ayah! Saya boleh mendapatkan barang itu. Horray!
Nota 2: Saya sayang ayah saya. Saya juga sayang emak saya. Saya sayang keluarga saya!
Nota 3: Saya yakin, kawan-kawan baik saya seperti Faiq, Yasir, Acai, Nadia, Akak dan Cik Ati akan mengejek saya ini anak ayah. Siapa cakap macam tu, nanti saya kejar dengan rotan! =p

Thursday, December 11, 2008

Misi Peribadi Demi Azizi

Assalamualaikum wbt

Di penghujung tahun empat dulu, saya merujuk kepada Abang Khairil berkaitan permasalahan Paediatric. Saya memberikan beberapa pembayang tentang masalah yang sedang saya fikirkan. Ketika itu, saya masih belum melalui cycle Paediatric jadi saya tidak mempunyai cukup info untuk membuat diagnosis tentang masalah itu. Alang-alang saya ada abang saya yang seorang ini, saya bertanyalah macam-macam padanya. Tapi masih juga tidak dapat membuat kesimpulan penuh tentang masalah itu.

Sebenarnya, ketika saya merujuk kes itu kepadanya, saya tidak menyebut secara jelas, siapakah orang yang dimaksudkan itu, keadaan dia dilahirkan dan beberapa maklumat lain. Tahun lalu, ketika mengikuti cycle Paediatric, saya sangat memberi tumpuan akan subjek ini kerana saya ada misi peribadi yang hendak dipenuhi. Terutamanya ketika semester musim bunga, ketika memilih projek untuk dibentangkan, saya membuat kajian penuh tentang Cerebral Palsy (CP) atau turut disebut sebagai Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE).

Saya ada sebab kenapa memilih tajuk ini yang susah dan memerlukan kajian yang meluas. Di dalam buku-buku atau mana-mana literatura rujukan, terminologi yang digunakan adalah berbeza-beza. Tapi saya tetap mahu mengetahui dengan lebih banyak juga. Akhirnya, saya pun membentangkan kes ini di kelas.

Baru-baru ini, emak ada menghantar mesej bertanyakan tentang satu sindrom yang dikhuatirinya ada pada seseorang. Saya menerangkan pada emak, mungkin emak tersilap kerana sindrom itu tidak ada. Jadi, pada petang Sabtu dua minggu lalu, saya menelefon emak hendak mendapatkan penjelasan yang lebih daripada emak tentang perkara yang dikhuatirinya itu. Saya menerangkan dan menenangkan emak, sesungguhnya tiada kematian boleh terjadi dalam hal yang sebegini. Dalam tenang suara emak, emak tetap menyebut perkataan 'emak redha kalau Allah nak ambil nyawa dia satu hari nanti'. Ibu mana yang tidak sedih bila menyebut ayat itu. Sedangkan saya yang mendengar pun sudah mula rasa pedih tekak yang menjadi perlambangan kesebakan yang amat sangat.

Sebenarnya, apa yang menjadi tajuk perbualan kami adalah berkaitan adik saya, Azizi. Berumur 13 tahun. Saya seorang yang jenis akan berfikir dengan sedalam-dalamnya tentang apa yang dipelajari dan akan mengaitkan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan. Dulu, sejak sebelum menjadi pelajar perubatan, saya selalu terfikir-fikir, apa masalah sebenar adik saya ini. Dia kecil saja orangnya. Sudah banyak kali dia dirujuk ke pakar kanak-kanak dan endocrinologist tetapi keputusannya semua normal.

Tetapi pulang ke Malaysia dua tahun lalu, saya mendapat tahu keputusan CT scan otaknya menunjukkan saiz cerebrum-nya sedikit kecil. Waktu itu, saya tidak mendapat penjelasan lanjut daripada doktor itu yang acuh tidak acuh melayan soalan-soalan daripada saya. Ada sekali tu, saya yang menemankan Azizi ketika dia ada temujanji bersama pakar di hospital. Alang-alang saya ada, jadi saya diberi kepercayaan oleh emak dan ayah untuk mendengar penjelasan daripada doktor itu. Tapi lain pula jadinya. Doktor itu seperti berdalih itu ini, dan akhirnya, tanpa satu penerangan yang memuaskan hati, dia 'menolak' adik saya ini untuk temujanji seterusnya di Putrajaya pula.

Saya geram waktu itu. Saya minta dia terangkan tentang beberapa perkara yang bermain di kepala saya sewaktu itu. Apabila saya bertanyakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan medikal, dia seperti keberatan untuk menjelaskan dengan sepenuhnya. Saya dapat rasa, dia menganggap bahawa saya ini pasti tidak faham kalau dia menerangkan semuanya sekalipun. Kerana bagi dia, saya ini mungkin entah orang mana-mana entah yang datang sekadar menemani adik. Baginya, jika diterangkan semuanya, saya mesti tidak faham juga. Maklum sajalah. Saya berbaju kurung biasa, sandal biasa, tidak bergaya langsung, tidak nampak berilmu pun ketika itu. Lalu dilayannya saya ala kadar saja. Inilah etika kedoktoran yang sangat salah. Tetapi disebabkan doktor itulah, saya sangat mengambil berat akan subjek Paediatric pada tahun lalu. Sebab saya perlukan sesuatu untuk input peribadi saya dan keluarga.

Lalu ketika berbual dengan emak dua minggu lalu, saya menerangkan kepada emak tentang permasalah Azizi. Bagi saya, Azizi tidak mempunyai segala simtom mahupun sindrom yang diterangkan oleh emak. Insya Allah hayat Azizi panjang dan keadaannya sekarang sedikit pun tidak membahayakan. Saya memberitahu emak, pada hemat saya, sewaktu Azizi dilahirkan dulu, dia berkemungkinan besar mengalami HIE kerana dia tidak cukup bulan (premature) ketika dilahirkan dan disebabkan itu dia ada CP yang tidak serius. Hanya minor saja. Emak menyampuk. Kata emak, menurut pakar, itulah yang disebutnya: Minor CP.

Nah. Tepat diagnosis saya. Disebabkan itu saiz cerebrum-nya sedikit kacil daripada normal dan menyebabkan dia mempunyai masalah dengan kaki kirinya dan pertumbuhannya agak lambat. Adik saya ini kecil orangnya. Dia sudah tingkatan 1 (hendak masuk tingkatan 2) tapi ketinggiannya hanya seperti pelajar tahun 5. Tapi dari segi intelektual dan segala fungsi otak yang lain adalah normal. Malah, level hormon pembesarannya juga normal yang berkadaran dengan saiznya sekarang. Erti kata lainnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan melainkan fisioterapi yang perlu dilakukan berterusan untuk kakinya itu. Dulu pernah dicadangkan untuk dibuat pembedahan pada kakinya itu tetapi saiz Azizi terlalu kecil ketika itu dan emak ayah agak keberatan. Berkat berdoa di depan Kaabah, sebaik ayah pulang daripada mengerjakan haji, Azizi yang ketika itu sudah hampir berumur 3 tahun (kan emak kan?) sudah pun boleh berlari menyambut kepulangan ayah.

Entah kenapa, tadi saya menelefon emak bertanyakan tentang Azizi lagi. Azizi memang menjadi subjek saya dalam segala hal yang berkaitan dengan bidang saya ini. Saya sangat berminat untuk mengetahui kenapa begitu, kenapa begini, sebab apa terjadi dan lain-lain. Menurut emak, Azizi dilahirkan tidak cukup bulan (premature) ketika kandungan berusia 35 minggu. Beratnya 2.5 kg. Apa yang menyebabkan dia mengalami HIE adalah kerana posisinya ketika dilahirkan ialah songsang. Breech presentation (buttock position). Aduh. Ngeri bila dibayangkan. Sebenarnya, ini adalah salah satu indikasi untuk menjalani Caesarean section. Sudahlah lahir premature, breech presentation pula. Bayi adalah berisiko tinggi mengalami HIE. Bagi kes Chronic HIE yang membawa kepada Major CP, kesannya jelas dan meninggalkan kesan sepanjang hidup kepada bayi itu. Alhamdulillah. Azizi kuat orangnya ketika dilahirkan. Dia tahu dia perlu berjuang untuk terus hidup demi emak dan ayah. Dia sumber kekuatan kami semua ketika itu.

Dengan berada di dalam bidang ini, saya dapat menjawab persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya kepada keluarga saya. Pakar-pakar yang kami temui tidak pernah menerangkan dengan jelas. Saya tidak faham mengapa begini keadaannya. Yang paling saya terkilan, sikap acuh tak acuh doktor yang melayan saya ketika temujanji Azizi dulu. Diskriminasi sifat. Saya mungkin nampak tidak berpelajaran atau apa sajalah ketika itu dengan penampilan saya yang nampak biasa-biasa saja, tapi etika seorang doktor ialah menerangkan kepada pesakitnya atau ahli keluarganya dengan sejelasnya tentang penyakit yang sedang dihadapi dan dari situ, pesakit dan ahli keluarganya menerima pendidikan kesihatan dan info yang jelas.

Segala syukur saya panjatkan kepada Allah kerana Kesayanganku Azizi kini sihat walafiat dan cerdas dalam kehidupannya. Mungkin dia hilang nikmat bermain bola, menunggang basikal dan berlari laju di dunia ini, tapi saya yakin Allah akan pulangkan nikmat yang lebih besar untuknya di syurga nanti. Benar kata orang tua-tua. Budak yang lahir songsang selalunya pandai mengurut. Ternyata jari jemari Azizi sangat sedap ketika megurut. Dia selalu mengurutkan kaki saya yang selalu sakit. Di sebalik setiap kekurangan, Allah adil dengan menganugerahkan kelebihan.

Azizi, lagu Albi Nadak ni Ngah kasi untuk awak ye. Mulut jangan homeh sangat. Stay macho jadi Mr. Kura-kura yang comel bila pakai cermin mata tu. Hehe.

Nota: Tahniah buat Kak Lina dan Abang Nuar atas kelahiran anak kedua mereka pada 5 Disember lalu. Saya yakin, Fahry juga akan kuat seperti Azizi. Fahry juga akan mendapat kembali nikmat kakinya di syurga nanti, insya Allah.

Thursday, November 27, 2008

Sentimental

Assalamualaikum wbt

Saya rasa, saya seorang yang sentimental. Kalau ada sesuatu yang menyentuh hati, pasti saya akan simpan sesuatu itu selama mana ia boleh disimpan. Salah satunya ialah SMS.

Saya mula memakai nombor telefon yang saya miliki ini sejak 14 Oktober 2003. Lebih kurang dua minggu selepas tiba di sini. Orang pertama yang saya hubungi menggunakan nombor ini ialah ayah saya. Dan sehingga ke hari ini, saya masih menyimpan mesej pertama daripada ayah.

Ayah: Dah dapat nombor. Kalau SMS murah ke? Alhamdulillah dah ada facility macam ni. (14/10/03)

Ketika di tahun kedua, ayah tidak mengirimkan sebarang ucapan selamat hari lahir untuk saya. Hanya emak, Kaklong dan adik-adik saja yang ada mengirim mesej. Tapi keesokannya saya ada menerima mesej daripada ayah. Belum sempat saya membalas mesej tersebut, satu lagi mesej saya terima daripada ayah.

Ayah: I know I can rely on you. (20/01/05)

Ketika hendak menduduki final exam di penghujung tahun dua, saya rasa sangat cuak ketika itu. Emak ada menghantar mesej untuk memberi semangat.

Emak: Zikir banyak-banyak. Kalau duduk dan zikir lepas solat diam-diam, nanti kita rasa tenang je. I know you have gone through a lot. Allah knows best. (31/05/05)

Ini mesej yang paling menyentuh hati. Malam raya ketika di tahun ketiga. Saya menyewa di luar pada ketika itu. Sebaik habis kelas pada Maghrib itu, saya dan dua lagi rakan serumah terus menuju ke hostel senior untuk bertakbir di sana. Saya katakan pada ayah, saya agak sebak untuk malam itu. Selepas membaca balasan ayah, rasa pedih tekak saya, rasa panas dalam dada menahan air mata daripada mencurah turun di hadapan senior-senior.

Ayah: All my children should be strong to undertake loneliness, stress, no money situation, heart break and death. Everything happens as God wants it to happen and He knows best to put things in proper place. (02/11/05)

Dan sewaktu saya menghadapi musibah ketika bercuti di Egypt pada awal tahun 2007, saya terpaksa cekalkan diri bertemu dengan pegawai itu ini di hotel tempat penginapan saya. Serius rasa seperti seorang dewasa kerana terpaksa menguruskan segalanya sendiri. Kalau di Malaysia, mesti semuanya ayah yang akan uruskan. Ayah menghantar mesej menanyakan keadaan terkini. Selepas saya balas, ayah membalas semula begini:

Ayah: That's my girl. I know you can handle things over there. Just beware of other possibilities. I know you can do it. (30/01/07)

Di pertengahan Ramadhan lepas, saya dapat rasakan bagaimana masa depan saya suatu hari nanti. Saya menceritakan pada emak melalui mesej.

Emak: Yes you can insya Allah. (10/09/08)

Memang sekarang telefon saya tidak berbunyi langsung kalau tiada mesej daripada keluarga tapi sebelum tidur, ketika hendak memastikan alarm disetkan pada waktu yang betul, saya mesti akan membelek koleksi mesej yang saya simpan ini termasuk beberapa buah mesej manis-manis daripada Kaklong dan Nisa.

Sebab saya mendapat semangat daripada setiap kata-kata emak dan ayah. Kalau sedang leka dengan hidup, down atau rindu, membaca mesej-mesej ini boleh membuatkan saya menangis.

Wednesday, November 26, 2008

Pilihan

Assalamualaikum wbt

Kalau sesiapa yang ada setkan auto update di blog masing-masing, jangan tertipu kalau baca saya ada entri baru malam ini. Memang tipu sungguh. Ini entri kosong. Sebab perut merengek katanya kosong. Perut saya pun tipu. Tadi sudah makan nasi ayam untuk makan malam. Di pasar sempat beli pai epal seketul. Mana ada kosongnya. Tapi perut tetap kata mahu makan. Kepingin mee hailam. Semuanya sebab mimpi tadi malam. Emak masak mee hailam dan emak panggil-panggil nama kami kerana kami tak bangun-bangun lagi di pagi Ahad untuk makan mee yang masih panas. Ini situasi sebenar yang selalu berlaku di rumah.

Kuat betul pengaruh mimpi. Mimpi mee hailam dan keluarga. Kalau mahu mee hailam boleh dimasak. Tapi kalau mahu keluarga, mana boleh balik. Memang lumrah dalam hidup perlu berdepan dengan pilihan. Untuk kali ini, walaupun tak rela, saya memilih mee hailam. Esok kita makan mee hailam ye, perut.

Ok ok. Kena ceria. Itu motivasi untuk diri sendiri. Siapa lagi yang boleh buat saya ceria kalau bukan diri sendiri. Sarah, cerialah kamu!

Tuesday, November 18, 2008

Anak Era 80-an

Assalamualaikum wbt

Jika ada yang menanyakan saya perihal lagu-lagu terkini di Malaysia, saya angkat bendera putih awal-awal lagi. Baik nasyid atau lagu, saya biasanya ketinggalan dari segala segi. Biasanya, sekali saya sudah suka sesuatu lagu, saya setia menyukainya sehinggalah saya rasa betul-betul muak. Seperti sekarang ini, saya tidak tahu perkembangan lagu-lagu termasuklah nasyid yang menjadi pujaan ramai. Tentang artisnya apatah lagi. Sebab itu saya masih melayan lagu-lagu dan nasyid-nasyid lama sehingga ke hari ini.

Sewaktu kecil dulu, zaman saya dan Kaklong betul-betul kecil, ketika kami diberikan mikrofon untuk bermain-main di rumah, saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh tahu lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu. Rock kapak habis ketika itu. Mungkin pengaruh daripada ramai dua pupu kami yang lelaki yang tinggal dengan neneknya (Tok Cik) di sebelah rumah Tok. Dari Abang Zani, Abang Jay, Abang Tilah, Abang Erry, Abang Mizi dan mungkin juga arwah Chik Joe. Mereka muda remaja dan sudah bersekolah menengah. Mungkin Abang Erry dan Mizi saja yang besar sikit saja daripada kami. Jadi, pengaruh abang-abang yang lain itulah yang menyebabkan kami terdedah dengan zaman rock kapak yang sedang mengganas ketika itu (pertengahan 80-an).

Sewaktu sekolah rendah, ketika saya dan Kaklong masih belum dipisahkan di bilik tidur yang berasingan, kami ada sebuah radio di dalam bilik. Saya dalam darjah 5 dan Kaklong pula darjah 6. Waktu itu, rancangan Pilihan Bersama di radio muzik yang ke udara dari jam 9 hingga 12 malam sangat kami nanti-nantikan. Kami sanggup teliti dan catit apa lagu-lagu yang telah dipilih oleh pendengar ruangan itu. Ketika itu, Kaklong sangat meminati kumpulan Exist. Waktu itu, Ezad baru saja masuk menjadi vokalis utama Exist menggantikan Mamat. Saya pula sangat gilakan kumpulan Umbrella. Aduhai. Bila sudah besar begini, baru saya terfikir, apalah yang istimewa sangat dengan kumpulan itu sehingga saya begitu gilakan mereka. Kebetulan ketika itu, di sekolah kami ada regu lawan mulut yang meminati kumpulan lain. Mimi adik kepada Kak Tikah, kawan baik Kaklong, dan juga Che' Yah, adik Kak Piah, rakan sekelas Kaklong dan Kak Tikah. Mereka berdua sangat meminati kumpulan Slam. Jadi setiap kali berkumpul untuk latihan bola jaring pada setiap petang Selasa, pasti ada sesi berbalah mulut (orang Temerloh sebut bertaki) untuk memenangkan kumpulan masing-masing.

Ketika itu, apabila menjelangnya hujung minggu, saya akan sibuk mendengar rancangan Carta Mingguan di setiap stesyen radio yang saya dapat dengari dari rumah. Antaranya ialah Radio Muzik, Radio Malaysia Pahang, Radio Malaysia Negeri Sembilan, Radio Malaysia Kuala Lumpur, Time Highway Radio dan Best 104. Waktu itu masih belum ada Hot.fm dan yang seangkatan dengannya. Kalau boleh, saya hendak tahu di kedudukan manakah lagu-lagu kumpulan Umbrella berada pada minggu itu dan sebolehnya juga saya hendak tahu lagu-lagu manakah yang berjaya menjada juara carta. Ha! Sampai begitu sekali. Antara lagu-lagu hit kumpulan Umbrella ialah Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu, Maruah, Retak Jangan Relai dan Rindu. Saingan hebat pada waktu itu semestinya lagu-lagu dari kumpulan Ukays yang tak pernah luput dek masa, tak lekang dek zaman. Lagu Sebak, Sesak, Seksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Kekasihku Di Menara adalah antara yang terhangat di corong-corong radio. Lagu-lagu Exist pula seperti Masih Terserlah Ayumu, Diammu Gunung Berapi, Alasanmu dan Anugerah. Fuh. Macam tidak percaya saya masih mengingati semua ini. Tak dilupakan juga kumpulan-kumpulan lain yang menjadi tumpuan saya seperti Fotograf (Luka Seribu Rindu), Scan (Kau Dipaksa Aku Terpaksa), Eye (Namamu Kini Menjadi Sebutanku), Arrow (Aku Tak Marah, Terimalah Sayang Cintaku Seadanya) dan juga Lestari (Mahligaimu Dari Air Mataku). Ha. Tajuk lagu masa itu semuanya panjang-panjang. Kalau boleh, satu ayat dalam lagu nak dijadikan tajuknya. Hehe.

Saya masih ingat lagi, pada tahun itu, saya memenangi Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah. Hadiah tempat pertama pada waktu itu termasuklah wang saguhati sebanyak RM50. Tidak banyak manapun. Tapi dengan duit itulah, saya belikan hadiah hari lahir buat Kaklong berupa kaset Exist album Anugerah (1996) dan juga kaset Umbrella album Seribu Rahmat untuk diri saya sendiri. Hahaha. Nak minta pada ayah? Uh. Jangan harap. Ayah menentang kami mendengar lagu-lagu ini semua. Kaklong pada ketika itu sangat berani membeli majalah hiburan. Kena seludup masuk majalah itu melalui tingkap bilik untuk mengelakkan emak atau ayah nampak. Tapi seingat saya, pernah juga ditangkap oleh emak kerana membeli Mangga tapi Kaklong beralasan baik kononnya hendak membaca kisah adik Siti Musliha yang mendapat laporan eksklusif di dalamnya. Maka terselamatlah majalah yang itu daripada ayah sebab emak pun tumpang membaca cerita itu. Yang lain-lain? Hahaha. Walaupun telah disorokkan di dalam laci di dalam almari baju kami, ayah datang kutip, koyak-koyakkan dan dicampak bertaburan di perdu pohon manggis di tepi laman rumah. Hendak menangis pun sudah tidak berguna. Siapa suruh kami buat apa yang ayah larang. Kaklong memang kecewa betul waktu itu. Mana tidaknya. Duit untuk membeli majalah itu (ketika itu berharga RM3.50) disimpan daripada duit belanja.

Inilah zaman meningkat remaja kami dua beradik. Nasiblah kami berdua saja perempuan. Kalaulah saya ada adik perempuan, apalah agaknya kecenderungan muzik adik saya itu. Kalau dikisahkan adik-adik lelaki saya pula, si Adnan lebih meminati lagu-lagu seperti Redline95, Domino Effect dan Apple Trees. Bila masuk adik-adik yang lain, lagu-lagu Indonesia lebih menjadi minat mereka. Terutamanya Adlan dan Adam. Dari Sheila On 7 hinggalah Nidji dan macam-macam lagi. Zaman saya dan Kaklong dulu masih tiada radio IKIM.fm. Selepas tamat SPM baru saya menghabiskan masa dengan IKIM saja. Sebetulnya, zaman muzik-muzik saya ni hanya sekitar darjah 5 dan 6 saja. Masuk saja ke tingkatan 1, saya sudah tinggalkan semua ini. lebih matang. Dengar pun setakat dengar saja. Lebih-lebih lagi bila Kaklong sudah ke asrama, saya tiada teman untuk bercerita tentang kumpulan-kumpulan ini semua. Zaman rock kapak jiwang-jiwang dah lama ditinggalkan. Legasi nasyid mula mengambil tempat sekitar saya tingkatan 3 (sebab abang kepada Zaiti kawan saya ialah anggota In-Team), maka bertukarlah aliran muzik remaja pada waktu itu. Tapi jiwang tak ingat dunia juga! Kasih Kekasih-lah, Impian Kasih-lah, Nur Kasih-lah, dan segala kasih-kasih yang lainlah. Aduhai. Bila tamat SPM pula, UNIC mula menyengat dengan lagu CUDIPT dan Hanya Tuhan Yang Tahu. Masya Allah. Nasyid pun boleh tahan jiwangnya ya. Hehe.

Sebenarnya, emak dan ayah saya sangat tegas dalam bab-bab hiburan ini. Kami tidak boleh menonton rancangan Muzik-muzik dan Melodi dulu-dulu. Anugerah Skrin dan anugerah-anugerah yang lain pun tidak boleh juga. Kadang-kadang, kami berkeras cuba juga membuka TV walaupun ayah telah padamkan suisnya tapi tak lama selepas itu, ayah keluar dari bilik dan memadamkan TV semula. Ini bentuk didikan yang kami terima. Tapi saya berterima kasih kepada emak dan ayah, terutamanya ayah, kerana sangat bertegas dengan kami dalam memilih hiburan. Sejak Raihan muncul, era kegemilangan nasyid pun bermula. Tapi saya dan adik beradik lebih meminati Hijjaz kerana banyak nasyid yang Hijjaz nyanyikan mengimbau kenangan kami ketika sekolah rendah dulu, ketika kami popular dalam pasukan nasyid sekolah. Huhu. Dan bila munculnya Firdaus dan Mirwana, emak pun menyukai mereka dan kami pun terikut-ikutlah. Saya tak menyesal dengan didikan emak dan ayah. Bagi saya, sememangnya dunia hiburan ini jika tidak diletakkan satu garis pemisah boleh menyebabkan seorang remaja itu hanyut dan melupakan banyak perkara. Antaranya tentang perkara fardhu, adab pergaulan, batas aurat, terabai pelajaran sehingga menjejaskan masa depan dan melalaikan.

Ha. Entri ini menjadi bukti bahawa saya anak era 80-an. Ada yang segeng dengan saya? Sila tersenyum sendiri =)

Friday, November 14, 2008

Sebulan

Assalamualaikum wbt

Hari ini genap sebulan insiden barang-barang saya dicuri. Ini bermakna, genaplah sebulan saya mendapat sumber kewangan penuh daripada emak dan ayah saya.

Sewaktu mula-mula dihantar ke sini dulu, pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA hanya menerima 200 USD untuk perbelanjaan sebulan. Saya pernah ceritakan di sebuah entri khas dulu tentang hal ini. Kisah bagaimana kami hidup cukup-cukup makan saja dengan duit yang ada. Itu 5 tahun dulu di mana kos hidup tidaklah setinggi sekarang.

Tapi setakat ini, sepanjang sebulan saya bergantung sepenuhnya kepada bank emak ayah saya yang punya, saya hanya membelanjakan RM600 saja dan masih lagi berbaki. Serius. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh hidup dalam keadaan begini. Tapi hakikatnya, saya bukan jenis orang yang makan di luar. Atau kalau diajak pun buat masa ini, saya lebih selesa menolak. Jangan harap saya hendak membazirkan duit saya sesuka hati. Saya pun bukannya jenis yang sukakan makanan ringan atau makanan sampingan seperti biskut dan kudapan yang lain. Bila teringin sangat saja baru saya beli. Untuk sarapan, siapa yang mengikuti blog saya sejak dari dulu lagi akan mengenali tabiat saya yang suka bersarapan dengan roti kosong dicelupkan ke dalam nescafe panas. Makan nasi sekali saja sehari. Lain-lain waktu, saya jarang mengunyah. Rusia ini lain. Musim sejuknya lebih lama daripada musim-musim yang lain. Kalau banyak makan, kadar glycogenolysis lebih rendah daripada kadar glycogenesis. Nanti makin gemuk pula kalau tidak diiringi senaman yang cukup.

Tadi sedang saya menjamah nasi, baru saya sedar ayah ada menghantar mesej. Tanya ayah: Duit ada lagi ka? Saya jawab: Ada berlebih lagi ni. Boleh guna hingga Jumaat depan. Dalam hati saya berkira-kira, kalau tidak berbelanja, memang boleh bertahan sehingga Jumaat depan. Tapi tadi saya singgah membeli ayam dan sayur kerana hari ini giliran saya memasak. Saya beli ayam seberat 1.3 kg. Harganya ialah 170 rubles! Sekitar RM24! Kebetulan ada Rodo dan Maryam bersama saya di kedai itu tadi. Makcik kedai memberitahu kami bahawa pada hari esok dan Isnin, harga ayam akan naik lagi. Hmm. Apalah nasib kami di sini. Harga melambung-lambung naik. Yang paling pasti, setiap kali masuk tahun baru, tarif baru untuk segala benda akan bermula. setiap tahun begini. Harga barang naik. Begitu juga harga top up kad metro, pas bas bulanan dan segala yang lain.

Kadang-kala, bila kita dalam kesempitan kewangan dan terpaksa berjimat semaksimumnya, barulah kita betul-betul menghargai susah-payah ibu bapa kita membesarkan kita selama ni. Seperti situasi saya sekarang, saya rasa tak sanggup hendak meminta pada emak ayah. Kalau sudah terpaksa sangat, barulah saya minta. Kasihan emak dengan ayah. Anaknya dah besar panjang ini pun masih perlu ditampung macam adik-adik lagi :(

Kalau saya sambung senarai saya tentang times that my parents stood up for me mesti saya akan menangis. Satu hari nanti saya pasti akan sambung. Ada banyak lagi yang saya hendak kenang semula susah-payah emak dan ayah sepanjang membesarkan saya.

Nota: Kesimpulannya, Moscow ini sangat mahal. Ya. Maha mahal.

Monday, November 10, 2008

Saya Sibuk, Adi Lagi Sibuk

Assalamualaikum wbt


Sangat sibuk buat 2 minggu ini. Saya perlu habiskan ulangkaji subjek Pediatrics. Saya tak mahu sia-siakan posting kali ini. Posting kali ini mencabar. Moga-moga kanak-kanak di hospital itu sukakan saya yang kecil molek ini. Huhaha. Tapi, sesibuk-sibuk saya, ada seorang budak itu jauh lebih sibuk daripada saya.

Buat Adi, selamat menduduki SPM. Didoakan yang baik-baik saja untuk awak ya. Oh ye. Adi ini adik saya yang paling lucu. Amat sengal orangnya. Tapi sangat bertanggung jawab dan berakhlak. Semoga Adi tidak membaca entri ini bila dia pulang nanti. Risiko dia mengembang adalah tinggi. Semalam emak dan ayah ada menelefon saya ketika mereka melawat Adi di sekolahnya. Sempat saya berbual dan mendengar kesengalan dia. Adi ada impian selepas tamat SPM ini. Adi, Ngah doakan awak berjaya.


Nota: Saya pernah ditanyakan satu teka-teki oleh seorang kawan sewaktu menghadiri Program Homestay sewaktu balik cuti lalu. Bila balik rumah, saya tanyakan semula soalan itu pada Adi. Menurut Adi, suatu masa dulu dia pernah memberikan teka-teki itu kepada saya. Bila diimbau kembali, ya, memang dia pernah menanyakan saya soalan itu. Teka-tekinya berbunyi: Kenapa orang gali kubur tak pakai seluar dalam. Ha ha. Siapa berani jawab. Sila, sila.

Erm, masa seperti sangat mencemburui saya sekarang ni. Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Moga kita tergolong bersama mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran, yang sentiasa memanfaatkan masa mereka.

Saturday, November 08, 2008

And So I Love You!

Assalamualaikum wbt


Sometimes, the best person that can make we smile is not the closest person that we see almost everyday, we talk to almost every time we want to and we share almost every story that we feel like to.

That is just it. These days, I seldom go online with my violent brother, Adnan. I do not on my YM on weekdays and for him, he is super busy with his work. So we just left each others some short offline messages whenever we need some opinions on somethings.

But today, he really rocked my day. I was almost dying in bored spending the whole day IN MY ROOM and only spoke a few sentences with my housemates whose apparently having their discussion on their winter trip. I tried finishing the last novel I got in hand but failed due to boredom that really kills me. I texted Nan and told him how bored I was. He replied with simple answers. 3 SMS with 3 simple answers (Serius makan hati waktu tu). Ayah doesn't really entertain us via SMS. Emak is now having her camping in Dusun Eco Resort with the 2 kiddos. Kaklong didn't reply my SMS at all. I did not text Lan, Adi neither Adam. I know they are a credit-saver type.

But then, when Nan reached his house, he buzz-ed me (sorry, I purposely invi to all except my family). Ok we chatted about everything around us. The best part was the latest gossips that run in the family! About Nisa, about he himself, about his job, about his plan coming here for my graduation (insya Allah) and about everything!

Yeah. Thank you Nan. One thing about this fella. When he hurts my feeling in any way, he always knows how to tackle me back. I mean, if he did say something that I rather not paying attention to in his SMS, he would catch thing back while chatting with him.

Hishh... Nan, seriously, I love you!

You are no longer a violent kid. You're just the way you are. A successful charming young man. You are always dear to my heart.

p/s: Sorry Nan. Ngah don't have any latest pic of you. I think this one should be ok for you. Otherwise I'll put something fishy up here. Huhu~

Note: For the second night, I'll hit bed very early. Blame the boredom. (=_=)

Tentang Ayam

Assalamualaikum wbt

Bila bercerita tentang ayam, saya mesti teringatkan sepupu saya yang seorang ni. Shafiq namanya. Waktu dia masih kecil, sekitar 6-7 tahun, Mak De dan keluarga yang tinggal di Dungun balik bercuti di Lebak. Macam biasa, Tok mesti akan sembelih ayam kampungnya untuk dimasak lauk istimewa. Waktu Ayah Tam hendak sembelihkan ayam itu, Shafiq yang berada di situ untuk melihat proses itu menangis dengan kuatnya. Katanya:

"Tok bunuh ayam! Uwaa... Tok bunuh ayam!" Dan berterusanlah tangisannya hampir setengah jam lagi selepas itu. Aduhai Shafiq. Kalau tak disembelih ayam itu, mana nak dapat makan dagingnya tu untuk dibuat lauk. Waktu balik cuti Julai lalu, saya ada bertemu Shafiq. Dah besar panjang dah. Bila saya ingatkan dia kisah ini, dia tersenyum malu. Hehe. Nampaknya, inilah modal untuk mengusik dia satu hari nanti.

Satu lagi kisah berkaitan ayam ialah si Azizi adik saya tu. Kalau ada nasi basi atau sisa nasi semalam yang hendak dibuang, biasanya kami akan buangkan di tepi reban ayam Tok. Bagi ayam makan. Jadi, kami akan suruh saja si kecil dua orang tu yang pergi membuangnya. Satu hari, saya terdengar emak menyuruh Azizi pergi membuang nasi basi itu. Emak katakan: Nah, nasik ni untuk ayam Tok. Azizi pun berjalanlah ke rumah Tok sambil melaung:

"Tok, ni mak sedekah nasik untuk ayam Tok!" Hahaha. Saya yang berada di ruang tamu ketika itu memang gelak tergolek-golek. Macam manalah dia boleh terfikir nak cakap macam tu pula!

Lagi satu kisah berkaitan ayam ialah tentang Imran, anak Mak Andak. Waktu tu dia dalam darjah 3. Saya melayannya duduk di pintu dapur melihat ayam Tok berkumpul apabila Tok memanggil mereka dengan panggilan khas. Tiba-tiba Imran berkata:

"Lajunya ayam tok mengunyah." Huhu. Punyalah dia tak tahu perkataan yang sepatutnya ialah mematuk. Bila Mak Andak ada menulis sesuatu tentang Imran di blognya, Mak Andak pun beritahu yang Imran ni pernah tak tahu apa itu petani. Mak aih.

Nota: Happy birthday Farah (my groupmate, November 7th). Jangan blur dah eh! (^_^)p

Nan Yang Zalim

Assalamualaikum wbt

Aish. Saya sekarang ni memang tak suka biarkan entri-entri yang bersifat melankolik hidup lama di tangga teratas. Jadi, saya merajinkan diri untuk menulis lagi.

Saya baca di blog Salman. Dia cerita yang Nan kata, dia suka baby boy saja. Baby boy yang nakal. Maka, keluarlah beberapa teori mengatakan bahawa mesti Nan waktu kecil dulu seorang yang nakal. Maka, saya pun dengan sukacitanya hendak mengeluarkan kisahnya yang sebenar.

Ada satu masa dulu, kami masih kecil lagi waktu itu. Nan berkawan rapat dengan jiran sebelah pagar rumah Tok. Nama kawan-kawannya Hafiz, Alif dan Ridwan (Buyung). Pada suatu hari, Nan dan kawan-kawannya ini (serasa saya, yang bersama-sama dengan Nan waktu itu ialah Alif dan Buyung) telah menangkap seekor ayam kampung, dibunuhnya ayam itu dan langsung dipanggangnya. Saya tak ingat bagaimana ayam itu dibunuh. Mungkin dengan merejam dengan batu kalau tak silap saya. Setelah ayam itu mati, bulu pun dicabut ala kadar saja, terus ayam itu dipanggang pula. Kemudian, dia makan pula ayam itu ala-ala makan ayam panggang Kenny Rogers tu.

Kaklong dan saya yang pada waktu itu hanya faham bahawa ayam yang tak disembelih adalah haram dimakan telah menakut-nakutkan Nan bahawa dia telah berdosa kerana memakan makanan haram. Kecut perut Nan waktu itu.

Zalim dan ganas sungguh Nan dulu-dulu. Badan saja kecil dan muka tak tahan panas macam anak Mat Saleh mana entah tapi serius dia sangat ligat bermain entah apa-apa saja dengan kawan-kawan sezalim dengannya tu (partners in crime). Erk, tapi saya tak ingat dia kena marah dek ayah atau tak pasal insiden tu. Rasanya memang kena marah mati-mati dek ayah. Huhu.

Saya tak terbayangkan kalau Nan nanti ada anak lelaki yang senakal dan sezalim dirinya. Haru dunia~

Friday, November 07, 2008

Mereka!

Asssalamualaikum wbt


Masih ingat kisah The 7 Azaleas of Kampung Lebak? Ha. Ini gambar 4 anak dara otai itu. Serius. Sekarang semuanya lembut dan ayu orangnya. Tak tipu. Gambar ini masih sangat baru. Ketika majlis perkahwinan Angah, Abang kepada Kak Nawwar. Dah besar panjang pun mereka masih rapat. Kalau berkumpul di Lebak, tak sah mereka tak berjumpa. Cemburu amat saya ni wei =p

Kak Ida (belakang sekali), Kaklong (biru), Kak Nawwar (hijau) dan Kak Anim (depan sekali).

Thursday, November 06, 2008

Misteri Doa-doa Cinta

Assalamualaikum wbt

Saya pelik sungguh. Setiap kali ada saja entri yang berbaur rahsia hati ni, mesti ramai je yang bertanya macam-macam, meneka macam-macam. Seakan saya ini terlalu misteri. Mari saya bongkar misteri Doa-doa Cinta.

Dua hari lepas, saya menghantar mesej kepada si dia. Bertanya khabar dan apa aktivitinya ketika itu. Tapi tidak berbalas. Saya pun sudah mula terfikir macam-macam. Saya ada buat si dia berkecil hatikah? Saya ada mengabaikan mesej-mesej si dia kebelakangan inikah? Saya cuba ingat kembali. Saya tak pernah tak membalas mesejnya, kalau terlewat tu adatlah kan. Kadang-kala saya sedang di hospital. Kalau email, walau sependek mana yang ditulisnya, saya balas juga dengan penuh ceria. Tapi apabila mesej saya tidak berbalas semalam, saya nukilkan sajak itu, Doa-doa Cinta. Saya kenal sangat dengan si dia ini. Dia tak boleh melihat saya merajuk hati, memendam rasa sedih sendirian, membawa diri tak tentu hala atau lebih tepat berayat-ayat sastera dalam mengekspresikan perasaan saya. Si dia pasti akan menghubungi saya untuk memastikan keadaan saya stabil atau sebetulnya, si dia ini hendak mengetahui duduk perkara yang sebenar sehingga boleh menyebabkan saya seperti ini: patah hati.

Jadi, saya umpan si dia dengan sajak membawa diri ini. Sayangnya, umpanan saya kali ini tidak mendapat respon daripadanya. Langsung. Fikir saya, mungkin si dia tidak membuka blog sajak saya itu (saya tulis sajak itu pada 4 November, hari yang saya tidak mendapat balasan daripadanya). Saya tunggu sejam, dua jam 3 jam dan akhirnya tengahari tadi, saya ambil keputusan untuk letakkan sajak itu di blog ini pula. Saya tunggu lagi hingga ke petang, pun tiada juga respon daripadanya. Dalam hati, saya fikir, mungkin si dia sudah faham benar dengan taktik saya. Sudahnya, saya juga yang beralah. Demi rindu, demi ingin mendengar khabar dan demi mendapatkan penjelasan sebenar mengapa si dia tidak membalas mesej saya, akhirnya saya nekad menelefon si dia.

Saya: Assalamualaikum. Kat mana ni?
Si dia: Wa'alaikumussalam. Kat luar ni. Tengah beli barang. Baru je tengah nak balas mesej semalam. Tiba-tiba dapat call pulak ni.
Saya: Yeke? (Sejuk hati sikit masa ni. Kira macam cairlah kononnya. Hehe)
Si dia: Iye. Ni tengah beli makanan sikit di R&R. Rojak buah. Lepas ni nak baliklah.
Saya: Kenapa tak balas mesej semalam? Orang dah puas tunggu. Dah risau dah apasallah tak balas mesej.
Si dia: Busy sangat. Musim exam kan. Minggu depan nak ke Dusun Eco Resort pulak. Ada camping pulak kat sana.
Saya: Oo yeke. Hmm.
... dan berlanjutan beberapa minit lagi sehingga kredit telefon habis...

Selepas tamat panggilan, baru saya dapat jawapannya kenapa umpanan saya melalui sajak putus hati ini tidak mendapat layanan daripadanya. Rupanya, si dia sibuk. Musim peperiksaan di mana-mana saja sekarang ini. Dan kenapa entri siang tadi tidak dibacanya lagi kerana dia masih di luar membeli barang. Mungkin masih belum berkesempatan untuk online di rumah.

Tapi, detik hati kami sentiasa sama. Di saat saya sangat teringatkannya, si dia pasti teringatkan saya juga. Seperti tadi, sedang saya berhajat hendak menelefonnya, si dia pula sedang menulis mesej untuk membalas mesej saya. Suka~ Hihik.

Si dia itu memiliki separuh daripada jiwa saya dan saya tahu si dia itu mencintai saya sepenuh hatinya. Dan, saya juga mencintai si dia itu dengan sepenuh hati saya juga. Si dia itu ialah...

Emak saya!

Hehehe. Lain yang saya hendak umpan, lain pula yang terumpan. Untuk Falin, Critical Thinker, Penjejak Malam, Cikgu Jawe, Shamsul, Bro. ASHAR dan Izu, saya bukan berjiwa-jiwa ye. Tiada maknanya saya nak berputus hati. Bercinta pun idak. Hoho. Ok. Kisah tamat. Tak usah ungkit-ungkit dah. Hehe.

Nota: Lagu kali ni memang tak boleh blah langsung =p Ni lagu rock kapak zaman saya sekolah rendah ni. Rasa terngiang-ngiang lagi. Bila saya buka Imeem untuk cari lagu tadi, saya gunakan kata kunci 'merajuk'. Terus tersenarai lagu ni. Mak aih. Macam apa lucunya. Tapi tak kira. Saya letak juga. Memang rasa nak tergelak lagi ni. Kalau dengar sampai rangkap akhir tu, lagilah lucunya. "Andainya kasih aku merajuk, adakah mungkin engkau memujuk". Emaknya, nak ke emaknya pujuk anak bertuah sorang ni ha? Huhuhu. Mahunya sakan emak ayah saya gelakkan saya kali ni =p

Saturday, November 01, 2008

Remincsing The Past

Assalamualaikum wbt

Just having this little something in my mind lately. And this little something is really something to me.

Times that my parents stood up for me:

i) When I was 50% burnt in 1993, they took care of me to the maximum. Nothing can beat their sacrifices at that moment. I still remember the touch of my mother when she put cream on my body and when she helped me to take my bath.

ii) When the first time I entered a story telling competition, my father was the one who encouraged me to kick my best on the stage. I made it. I won the 1st place with my story about Saidina Ali Karamallahu Wajhah. On the way back, ayah told me that his friend who watched me on the stage said that I have a good future onward in this public speaking field. He was right. Starting by the next year, I joined the debate team (for my primary school) and 9 years later, in 2002, I was one of the debaters who carried the responsibility to bring Piala Perdana Menteri back to my collage (my secondary school, upper form). Everything started because of the microphone at home that I used to manipulate as my stuff as an entertainer. Kaklong and I were a good singer back then, singing Isabella and Fantasia Bulan Madu songs by the rock group, Search, on the living room's table in our Tok's house. Ayah was mad listening us singing the songs but that was the very first exposure to hold microphone in our life and that gave us advantages not to be a mocrophonophobia. We enjoyed talking using a microphone pretending as entertainers and that explains why Kaklong can really be a good English and Science teacher.

iii) My parents, both attended my final grand competetions in debate. They travelled all the way from house to be at the places that I had to be. One more thing, they would pay me visits in hostel if I could not go back during end of the month because of the restriction for having my debate discussion with my team. Whenever I was on the stage, to gain confidence, I would search for their faces in the first place and only after that I would be the smiling Sarah on the stage. And there I go, que sera sera.

iv) They always take care of me when I got sick. Hmm. People know that I've a disease. When I was admitted to the ward for 3 weeks in Klang and then been transferred to Mentakab Hospital (Temerloh Hospital wasn't there yet), my mother was the one who came and fro to satisfy my need. Ah. A lot to tell about this. But it's enough to say that they both were and still are the one who really care after me, my healthiness and my well being, up till now. They are the doctors of my life.

v) They never complained about giving me money. Like my situation right now, they are my bank, my saviors in any way, any condition. Thank you emak and ayah.

Times that I did not stand up for my parents:

i) I admit, I am not a good daughter. I came out to argue with them on a few things. Sometimes, I was just being selfish to myself. I raised up my voice when talking to them. I still remember about me comparing the attention from my parents on Kaklong and I. To me, it seemed that they had paid more attention on Kaklong. I envied Kaklong for this and I kept complaining about this and that. Emak separated us in different rooms since then. And all that I could remember, since that moment was the more I got jealous with Kaklong. It was when I was in form 1, Kaklong was in form 2 and my mother was teaching in the evening session at the nearby school. To show my protest, I went to school by bus instead of going with my mother, I did not pick up the pocket money from ayah on the table, I did not eat anything at school, I did not touch my mother's cookings at home and many more stupid actions (lasted for one week). That's how stubborn I was. Very stubborn. And now, I am ashamed of myself for all the stupid things I had done before. But slowly after that, I learned how to be more mature. I feel guilty to have compared their love and attention on Kaklong and I. I know I have hurt them in a stupid way. But then I learned one thing: No parents want to hurt their children. They love their children equally the same. One thing that I learned from that was, I want to love them more and more and more.

ii) Babbling. That is me. Sometimes I babble on small things that happened around me. During the last summer break, when I was at home, I complained why ayah came back late, why emak came back late from school too leaving me alone at home until evening, why Kaklong, Nan and Lan have their own tranports, why can't I go to my friend's wedding, why can't I join the program organized by our association, and even I complained why the internet is slow at certain times. Just imagine, so many why, why, why out from me. How can my parents stand me for having such many whys. That is only from me. What if the two budak kecik at home, Azizi and Aiman, have so many whys to ask too? And there I learned one more thing from them: To love is to be patient. And they are sooooo patient to face me (and the kiddos) at home. In fact, my brother Adam, is even better than me. He can just run his life in silence. No complains, no comments and he, IN FACT, is really a nice mama's boy to the family. He does the drink in the evening, he cooks rice when my mother is out for school on Saturday, he takes care of the 2 kids when no one is home, he does almost everything that my mother does. He even can cook simple dishes for the kids. And he never complained on that. Yup I do them too. When I am back in Malaysia, I won't let my Mak Tam cook for us. Only if there's something difficult to be cooked. I clean the house, I do the laundry, I cook lunch almost everyday and I try to prepare something new almost everyweek. But at my age, I should not have such behavior anymore. Why should I be so childish as if I am the youngest in the family? I should not have complained on this and that. But why I still behave like one? I know I have hurt them in that way. To be childish for asking why, why and why at the age of 23.

iii) During the last summer break, I woke up for Subuh prayer and my mother was in the kitchen preparing breakfast for my father and the kids. She herself then has to move forward in a rush to prepare herself to go to school. And where was I? After Subuh, I kept myself locked in the room and only before they left for work and to school at 7 am, I went out, salam-ed their hands and then locked the main door and continue my reading in the room. Why didn't I help my mother during weekdays in the kitchen? Why? Why? Why? Why? Why? At night, before I went into my room, I saw my mother checking my little brothers' school uniforms and bags, cleaning the kitchen, ironing her clothes and my father's shirts too. And then, she sat down at her table, marking her students' books and after that, she checked the doors whether they were locked or not and only after that, she would head to her room. My mother is an iron lady. Yes, she is.

Comparing the times that I did not stand up for my parents to what have they done for me, I now realize that I am not a good daughter, I treated them unfairly to what they have done for me and I will never can pay back for all the sacrifices they did for me. May Allah bless my parents till end of their lives and may Allah forgive me for all the misbehaves I have done since I was a kid.

Emak, ayah, you are the Mr. and Mrs. Bond in my life. Or to suit the character that ayah likes better, you both are my Mr. and Mrs. Sakor 007 in my life! I love you!

Monday, October 27, 2008

Batik Lepas

Assalamualaikum wbt

Saya menelefon katalis hidup saya Sabtu lepas. Cerianya suara emak. Bila saya tanyakan apa yang emak sedang lakukan, jawab emak, sedang membelek-belek kain batik lepas Langkawi yang diberikan oleh Mak De saya, adik emak. Saya tanya, untuk pakai dengan apa kain batik itu. Jawab emak, untuk kalau-kalau ada yang mati.

Tersentap saya. Saya di pasar waktu itu. Saya sudah rasa dada saya penuh, mata panas. Saya kata pada emak, tak sukalah cakap begini. Jawab emak, iyalah, memang itupun tujuannya. Saya kata lagi, sudah-sudah, jangan cakap lagi. Saya sudah mula tidak sedap hati. Jawab emak kemudian, iyalah, orang pakai batik lepas lilit-lilit dengan kebaya, kita buat sedia untuk tutup jenazah sajalah. Saya kata pada emak, cukuplah, jangan sebut lagi. Saya tak boleh tahan sebak. Emak pun menukar topik kepada isu-isu di rumah. Saya pun beransur reda daripada sebak yang penuh di dada. Saya sensitif dengan isu kematian sejak berada di sini.

Hari ini katalis hidup saya itu akan ke Terengganu dan kemudian ke Kuantan. Berkursus hingga Rabu nanti. Semoga emak dan ayah sihat sejahtera dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Nota: Daylight saving sudah bermula di sini. Jadi, beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 5 jam sehingga penghujung Mac nanti.

Saturday, October 25, 2008

The 7 Azaleas of Kampung Lebak

Assalamualaikum wbt

Apart of staying in the village area, I was sent to a private school since grade 1. These two factors explain why don't I have good friends at home. My only tremendous memories with friends in my village are with my Kaklong and a few cousins and second cousins who lived nearby at that moment. Since Kak Nawwar is now one of the readers here, it calls me up to write something about my childhood.

There is only two girls in my family. Kaklong and I. But my dearest cousins, Hidayah and Linda, are staying with my Tok whose living just 200 meters away from my house. We were brought up together eversince we knew the word of 'uwekkkkk'. Kaklong is two years older than me while Hidayah is two years younger than me and Linda came out a year later. Nearby our houses, there live our second cousins, Kak Ina, Kak Ida, Kak Anim and Wanie. And just next to the main masjid in our village, there lives Kak Nawwar and her family.

What makes the story is, Kaklong, Kak Nawwar, Kak Ida and Kak Anim are in the same group of age. They were once attended the same school (just next to my house) before Kaklong and Kak Nawwar moved to the private school in town. Kak Ida and Kak Anim left behind but they still met up almost every evening hanging out at the jetty facing the Sungai Pahang downhill my house compound. See. At least, Kaklong was still able to meet her friends because they still lived nearby plus one of them attended the same school as she did.

Where was I in the story? Well, I was not in the picture. The four of them always have something secretive which only they themselves could understand it. I always ended up hanging with my cousins, Hidayah and Linda, in front of my Tok's house. We played everything even perhaps out of what can you all imagine. If the weather was good, we played 'cari semut hitam dalam lubang' using a kemuncup. Then, if we felt like going crazy a bit, we played 'cari pucung' under my Auntie's house. I don't know how to decribe what pucung is but it is an insect (if I could name it so) which resides in the dusty soil in the dark place. For example, under the village house (village houses are known to have high pillars, that is what my Auntie's house looks like).

Only if Kaklong permitted me to follow her, I'd be a part of the ladies team at the jetty. And only then I could see how and what they actually did over there. Nothing much actually. They just chatted about school and daily updates that they wanted to share. When they were in secondary school, before Kaklong and Kak Nawwar moved to boarding schools, they still have this routine continued. They were anak dara pingitan by age. With good looks, good performances and records at schools, they were popular among the kampung boys.

And again, where was I in the story? Easy answer. At home. When I was 14 and 15, my two dearest cousins, Hidayah and Linda moved to Penang. So, there I spent my time alone without them. I have no friend to go to. Very seldom, I joined Kaklong's group to meet up at the jetty. But this time around, I learned how to improve myself to cope up with them. From the style to the way I carried myself. I was an anak dara too back then. So, at least I must learn how to be more easy going. Hehe. We were closer. Eventhough I seldom joined them at the jetty (I just didn't like spending time out of the house especially to be in the public), but we used to spend time in Temerloh's library together. In fact, we went to the dental clinic together too! I still remember the way we walked like the Pendekar Bujang Lapuk on the way back from the dental clinic. We sang the Pok Pok Pok, Bujang Lapuk song together. So funny!

Why didn't I hang out with my own clan? The answer is, I was too in mood to be a Puteri Lilin wannabe. Haha. Kidding. The reason was, I have no friend with the same age living nearby. Yes, I do have one. Up till now, that particular friend is still living there. But he is a he. I didn't want to spend time with boys anymore. Enough that I have so many boys at home. Hahaha. Plus, he's so anak emak type. He didn't play 'cari pucung', 'cari semut hitam dalam lubang' and stuffs like that. He only enjoyed fishing. But when he was 13, I realized that he became more boyish. Only at the age of 13, I heard that he went to the swamp area (padahal paya tu belakang rumah dia je!)! But he was a good friend to me since then because we went to the same secondary school in town and he always backed me up when he knew some mafia students planed to block my way or something like that. When I moved to a boarding school, I no longer heard anything from him but after SPM, we spent time going for raya convoy to our lower form's friends' houses together with other friends. He is Amin. A friend of mine up till now. Other than Amin, I have no other friends who live nearby. And that explains why do I spend most of my time at home (with novels, TV and internet, ngeh ngeh ngeh).

And now, Hidayah and Linda are in UiTM Shah Alam furthering studies in Electrical Engineering and Physics. Kaklong graduated from UKM in Chemistry and now continuing her study in Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. She's so in love in teaching line and insya Allah she'll be graduating by December. Kak Nawwar is now working (I'm not so sure where) but surely she has completed her study. Kak Ida graduted from UPSI and now teaching in a secondary school (which I forgot where is it located). Kak Anim graduated 3 years ago in accountancy and now is working, too, in Bera and she's the only one who has got married among the 7 of us. But in 2-3 years to come, surely there will be more nasi minyak feasts that we can attend insya Allah.

This is the story of the 7 azaleas of Kampung Lebak. We may look naughty but Alhamdulillah we all succed in studies and really bring up the names of our families. We are now humans and not a nonsense kids anymore. Perhaps, this is the benefit of eating fresh ikan patin and tilapia =)

Note 1: Actually, we were 12 azaleas all together. Kaklong, me, Dayah, Linda, Kak Ina, Kak Ida, Kak Anim, Wanie, Kak Dayah, Naim, Kak Nawwar and Thirah. We're cousins (1st and 2nd). When holidays came, the number was floaded up to 20 something. It only happened when Nisa and siblings, Yana, Fatin and a few more were back in Lebak. Our port of meeting surely was the jetty. It's kind of proud to show them our jetty which has a sceneric view and the river bank is like a dam wall. But I haven't been there for 6 years already. The port is now conquered by men, smoking and lepak-ing (euuuw). Therefore, I have no idea how does it look like now and that becomes the reason why do I not know much about people in my village. Moreover, there are only young men left there. The ladies? Well, out in universities or working outside. Irony? A long yeaaaaahhhh~

Note 2: Ha! Only now I realized how can I mingle around with my current housemates who are all 2 years younger than me. I've been practicing the skills to mix with budak-budak kecik since I was a little kid. Huhu. Jangan marah naaa Wanie, Pena, Fatt, Diba and Emy (^^,)v

Wednesday, October 15, 2008

Surat: Apa Khabar Orang Kampung

Assalamualaikum wbt

Emak dan ayah,

Apa khabar semua di rumah? Ngah doakan semuanya sihat-sihat saja. Petang tadi, selesailah segala pertarungan di Oncology Hospital. Sengaja Ngah tidak khabarkan bahawa Ngah menduduki Credit Day pada hari ini. Ringkas cuma coretan untuk emak dah ayah. Sekadar hendak mengkhabarkan bahawa Ngah telah lepas dengan baik dan pembentangan kes juga dapat dibuat dengan baik. Ya. Baik pada penilaian dan kepuasan diri sendiri. Emak dan ayah jangan khuatir. Anak yang seorang ni tak memonteng sekali pun, tepati masa dan sanggup berjaga malam semata-mata hendak memastikan nota lengkap, ringkasan kes dikemaskinikan, persediaan hari berikutnya dibuat dan blog dikemaskinikan untuk ditatap oleh emak dah ayah. Nampak gayanya, emak dah ayah perlu sentiasa menjenguk ke mari agar tidak terlewat membaca repekan terkini daripada Ngah. Agak-agak, emak masih berebut PC di dapur tak dengan adik-adik? Hehe.

Emak dan ayah,

Ngah ada satu cerita yang hendak dikongsikan. Tadi, Dr. Alexei bertanyakan nama Ngah. Siapa Dr. Alexei? Dialah yang menjadi fasilitator untuk posting kali ini. Antara 10 orang, nama Ngah saja yang ditanyanya. Sarah. Jawab Ngah. Biarlah kalau orang nak kata Ngah perasan atau apa sekarang ini tapi Ngah gembira kerana kerja keras untuk posting kali ini berbaloi dan 'dilihatnya'. Tentu emak dan ayah faham apa yang Ngah maksudkan, kan. Dengan perhatian yang diberikan oleh Dr. Alexei sejak Isnin lalu sehingga tadi, Ngah rasa segalanya terbayar, tiada apa yang menggusarkan hati lagi. Keranya jugalah Ngah rasa bersemangat untuk meneruskan posting yang lain pula dan menyudahkan tahun akhir ini dengan sebaik-baiknya. Kalau Ngah punya gambar Dr. Alexei, pasti Ngah titipkan di sini. Biar emak dan ayah kenal siapa pendorong semangat anak yang seorang ini.

Balik dari hospital petang tadi, Ngah balik bersama Azam. Dalam kami berbincang pelbagai isu, dia ada menyatakan sesuatu. Ngah terkesan dengan apa yang dia katakan. Katanya: Jadilah seperti ikan. Biar hidup di air tawar, ia tetap tidak tawar. Biar hidup di air masin, ia tetap tidak masin. Dalam maksudnya, kan. Ngah tahu emak dan ayah faham apa yang Ngah maksudkan di sini. Insya Allah, ini janji Ngah. Mahu jadi seperti ikan.

Emak dan ayah,

Cukup di sini dulu untuk kali ini. Esok Ngah akan bercuti sehari sebelum memulakan posting Autopsy yang sekejap saja tu pada hari Jumaat nanti. Kalau makan ikan patin masak tempoyak ataupun asam pedas ikan pari, jangan lupakan Ngah ya! Salam buat adik-adik di rumah. Katakan pada Adam dan Adi, doa Ngah tak putus untuk PMR dan SPM mereka.

Nota: Ayah, lucu pula bila baca email ayah. Operasi Tebuan namanya ye. Tak sangka pula sampai terpaksa panggil JPA3 untuk menurunkan sarang tebuan di atas pokok nangka di tepi garaj tu. Meriah juga nampaknya gambar-gambar ketika operasi tu ye. Maklum sajalah. Jarang-jarang ada insiden begini terjadi, kan =)

Salam dari Moscow,
Ngah.

Sunday, October 12, 2008

Gelaran Pangkat

Assalamualaikum wbt

Aduhai. Entri yang lepas tu saya merapu-merapu pun, habis semua orang melayan kemerapuan saya ye. Tapi ceria juga rasanya. Kebetulan saya memang tiada apa yang hendak dilakukan hari ini.

Semalam saya menelefon rumah. Saya ceritakan kisah kuah kacang 10 kg kepada ayah. Kata ayah, ayah pun ada menempah kuah kacang istimewa dari pakcik-yang-saya-dah-lupa-nama yang terkenal dengan kelazatannya. Selesa ini siapnya. Saya tanya, nak buat apalah sampai siap menempah kuah kacangnya. Kan boleh buat saja. Kata ayah, saja nak merasa sebab orang ramai sanggup menempah berkilo-kilo daripadanya. Saya bertanya lagi, makan dengan apa kuah kacang itu nanti. Dengan ceria ayah menjawab, dengan cakoi emaklah. Saja nak cicah-cicah. Ah. Ayah sengaja buat saya terliur. Saya suka betul kuih cakoi. Lagi gebu, lagi enak.

Saya meminta izin hendak berbual dengan emak pula. Saya mendengar ayah melepaskan telefon kepada emak dengan mengatakan: Nah mommy. Anak you nombor 2 pulak telefon. Tadi anak nombor 1. Haha. Mengada-ngada betul ayah nak bermommy-daddy pula dengan emak, ye.

Salam bersambut, saya terus berkata: Mommy, ni anak nombor 2 mommy dah call. Mommy tengah buat apa tu? Hah. Apa lagi, tergelak sakanlah saya dengan emak. Geli pula nak bermommy-mommy bagai seperti ini. Emak kata, sebelum tu, Kaklong ada menelefon. Saya dah agak dah begitu. Maklum sajalah. Hujung minggu kali ni, Kaklong tak balik ke rumah. Kaklong lagilah kaki gayut dengan emak. Gosip cikgu-cikgulah katakan! Haha.

Menyebut tentang isu emak-ayah, mommy-daddy, mama-papa, ibu-abah, umi-abi dan pelbagai varian yang lain, bagi saya, yang menjadi pilihan hati saya pastilah varian yang pertama: emak-ayah. Mudah saja alasan saya. Saya suka sesuatu yang melambangkan keluarga Melayu bukan campuran. Hehe. Mesti ada yang kata tak semestinya dengan bermama-papa, mommy-daddy semua tu melambangkan campuran atau 'penjajahan' kecil dalam keluarga. Memang bukan itu maksud saya. Cuma secara peribadi, saya suka sesuatu yang tulen. Saya suka apabila dapat memanggil emak kita dengan gelaran emak dan ayah kita sebagai ayah. Maksudnya jelas, maknanya mendalam dan pemiliknya juga kita ketahui siapa. Begitu juga untuk emak dan ayah saudara. Saya suka gelaran makcik-pakcik (Mak De-Ayah De, Mak Andak-Ayah Andak dan lain-lain). Saya tak gemar auntie-uncle semua ni. Serius tak minat. Macamlah bahasa kita tiada kata ganti nama yang indah untuk pangkat-pangkat yang berbeza. Selagi ada pangkat dalam bahasa kita sendiri untuk digunakan, pasti yang itulah menjadi pilihan saya. Apa yang jadi pilihan saya ini boleh diaplikasikan untuk semua bahasa tempatan kita termasuklah gelaran mak-pak, chek-ayoh, wak, yaie dan lain-lain. Ini cuma pendapat peribadi. Setiap daripada kita pasti mempunyai pendapat dan pilihan masing-masing, kan.

Kalau nanti saya sudah punya anak, saya suka gelaran emak. Sebab saya nak rasa apa yang emak saya rasa bila saya waktu pelat-pelat dulu mula memanggilnya emak. Entah-entah waktu itu saya menyebutnya 'mamak', 'emok', 'mok' dan entah apa lagi. Saya nak rasa gembiranya tatkala pangkat emak itu disebut. Saya hendak ketawa bila dia nanti pelat macam saya cuba menyebut perkataan emak itu. Bagi saya, emak dan ayah itu adalah 2 perkataan yang sangat bermakna dan takhtanya jauh lebih tinggi daripada raja dalam hati saya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah diriku dan kedua orang tuaku dan Kau limpahilah kasih sayang-Mu sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil.

Info: Kuih Cakoi juga disebut sebagai Kuih Kocok atau Pak Tunku. Ha. Pilih mana suka. Kalau di rumah, saya sebut Kuih Kocok. Dengan Tok Lebak, saya kena sebut Pak Tunku. Tapi dengan Tok Penang atau dengan ayah, saya kena sebut Cakoi. Layan sajalah. Bendanya sama je pun. Hehe.

Nota: Saya rasa, semakin saya meningkat umur ni, semakin saya manja. Jika dulu, saya yang akan menelefon rumah setiap minggu. Tapi sekarang, selang seminggu, emak dan ayah pula yang akan menelefon saya. Pernah juga saya musykil. Apakah Kaklong ada memberitahu rungutan tak berasas saya kepada mereka? Pernah suatu hari ketika balik bercuti yang lalu, saya merungut bengong-bengong kepada Kaklong. Saya katakan: Awak tak aci, Long. Kalau awak nak cakap dengan emak ayah, awak miss call je. Nanti ayah atau emak akan call awak semula. Ngah mana adanya macam tu. Sesungguhnya saya sengaja cari pasal dengan Kaklong waktu tu. Mana taknya. Kalau saya tak timbulkan isu ala-ala gaduh begini, malam-malam cuti sebaik dia sampai ke rumah, lepas Isya' saja, terus dia nak tidur. Tak faham betul saya dengan kakak saya tu. Huhu. Bila adanya isu-isu begini, dia mestilah nak puaskan hati saya supaya tak berkecil hati, kan. Jadi, puaslah dia cuba menerangkan itu ini. Tapi penyudahnya, dia mati kutu sebab saya sengaja diam je. Yang dia pula, tak hingin nak memujuk. Geram je, kan? Hehe. Dia terus tarik bantal tutup muka dan tidur. Saya pula? Huh. Tarik laptop dan online. Inilah gaduh-gaduh sayang namanya. Kalau tak, takkanlah bila dia jauh dari rumah, dia mesej kata rindu kat saya. Huhu. Long, I lap you tau!

Sunday, October 05, 2008

Adlan

Assalamualaikum wbt

Hmm... How I wished to be at home right now. Should I text you Happy Birthday? I'm worried you will end up laughing at me being so sentimental... Plus, I don't know how to express it. Anyway, my dear little brother, Adlan Mohd Shukor, Happy 19th Birthday. May Allah grant you saadah, najah and jannah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah jalan hidup adikku
Kau terangilah hatinya
Kau tunjukkanlah jalan benar
Kau berikanlah kekuatan padanya
Dalam menempuh kehidupan yang dipilihnya
Kau lapangkanlah hatinya
Kau cerahkanlah dadanya
Kau berikanlah dia kecerdasan akal
Ketinggian akhlak, kebaikan lidah
Janganlah Kau uji dia dengan susah
Andainya susah membuatkannya menjauh
Janganlah Kau uji dia dengan payah
Andai payah membuatkannya jatuh
Kau limpahilah dia dengan rahmahMu
Dan MaghfirahMu
Semoga dia menjadi kuat dan tabah
Soleh dan taat
Berakhlak dan 'abid
Jujur dan istiqamah
Dalam meneruskan hidupnya
Sebagai anak, adik, pelajar, pemimpin dan khalifah
Dan aku mohon dengan sangat
Kau letakkanlah dia di atas jalan pilihan yang tepat.
Innallaha la yukhliful mii'aad.
Amin.

Thursday, July 31, 2008

31 Julai 2008

Assalamualaikum wbt

Cerita 1
Tengahari tadi saya keluar ke bandar untuk ke bank. Menaiki bas saja. Kan saya pernah nyatakan dulu bahawa saya tidak tahu tambang dari rumah saya ke pusat bandar kerana jarang menggunakan bas. Jadi tadi saya menyediakan RM2 kerana seingat saya tambangnya sama ada RM1.10 atau RM1.30. Sebaik saya turun dari bukit rumah saya, terus ada bas. Saya menahannya dan sebaik naik, saya menghulurkan RM2 itu. Pakcik itu berkata: Takde syiling ke, dik? Saya jawab tiada. Sebetulnya ada tapi terperosok di dalam beg sandang belakang yang saya suka bawa itu. Lalu pakcik itu membalas: Ambik la lagi seringgit tu. Awak ni RM1.10 je. Kecik lagi. Saya pun mengucapkan terima kasih dan terus duduk. Kepala saya ligat berfikir. Eh, seingat saya, untuk bas berhawa dingin, RM1.10 untuk kanak-kanak. Saya terus tersengih seorang. Saya ni dikategorikan sebagai kanak-kanakkah? Hehe. Mentang-mentanglah saya bawa beg sandang belakang saja tadi, terus saya ni disangka budak-budak pula :p

Cerita 2
Dah lama tidak menangis bersungguh-sungguh. Tadi petang memang saya menangis sangat-sangat. Sampai basah kuyup muka dan terisak-isak. Bukannya apa. Saya memang sangat bengang, geram, sakit hati dan terkilan jika keberadaan saya di sebuah negara yang bernama Rusia dibanding-bandingkan dengan orang lain yang menuntut di US, UK, Australia atau di tempat-tempat lain. Yang saya sedihkan, yang membanding-bandingkan itu bukan orang lain. Orangnya dekat dengan saya. Kalau dulu saya di tahun pertama atau kedua dan saya diberi provokasi yang sebegini, saya memang boleh goyah dengan keputusan untuk meneruskan perjuangan hidup di Rusia. Tapi sekarang saya sudah di tahun akhir. Lagi mahu diteruskan dengan provokasi yang sebegitu. Siapa yang tidak geram. Bila saya balik rumah, saya menangis sambil menghidangkan makanan untuk emak berbuka. Bila saya masuk ke bilik air untuk membasuh muka dan kaki, ayah yang mungkin terdengar saya menangis keluar dari bilik dan bertanya kepada emak. Saya tidak tahulah apa yang emak jawabkan pada ayah. Yang pasti, saya sudah lama tahan sabar dengan beberapa orang itu yang seperti tidak pernah jemu hendak buat saya rasa rendah diri sebab dihantar belajar di Rusia. Untuk pengetahuan semua, sewaktu interview dengan JPA dulu, saya sendiri yang menamakan Rusia sebagai negara pilihan pertama. Saya ada alasan yang tersendiri. Jadi, apa masalah dia? Kalau saya yang dikatakan kolot kerana memilih Rusia sebagai tempat pilihan, saya rasakan orang sepertinya yang kolot kerana masih melihat Rusia itu sebagai sebuah negara Komunis atau apa. Sepatutnya sebagai orang yang dekat dengan saya, dia sepatutnya memberi saya semangat dan motivasi. Lebih-lebih lagi saya cuma ada kurang dari setahun saja lagi untuk tamat. Tapi tidak pernah sekalipun saya merasakan diberikan motivasi atau semangat atau apa saja yang berbentuk positif dan membina olehnya. Oklah. Dia tidak pernah membawa manfaat kepada saya. Jadi tak perlu saya ambil kisah dengan apa yang dikatakannya.

Cerita 3
Tadi adik-adik saudara dari Dungun balik ke rumah Tok. Begitu juga dengan keluarga Mak Andak yang baru tiba dari Egypt. Maka malam ini berkumpullah 3 orang Nana di rumah ini. Bak kata Syakira, ada 3 orang Kakak Nana. Nabiha Farzana (Nana 1), Nurul Jannah (Nana 2) and Ngah Sarah (Nana 3). Kepada Nini, Sila jangan jealous ye. Malam ni Nana dikerumuni oleh si kenit-kenit ini. Habis SMS Nana pun diorang baca. Huhu.

Cerita 4
Saya rasa nak berhenti berblog. Macam dah tiada mood... Kalau saya nak update pun, tengok keadaan dululah.


Nota 1: Mohd. Shamsul Amir, nama awak disebut-sebut oleh adik-adik saudara saya ni. Kredit yang baik-baik diberikan kepada awak. Hehe.

Nota 2: Hidayah, cepat-cepat sembuh ok. Semua risau pasal kaki awak tu. Mak awak asyik sebut-sebut aje.

Saturday, July 19, 2008

Azizi Oh Azizi!

Assalamualaikum wbt

Azizi adik yang kedua bongsu. Dia sangat menyukai Bahasa Melayu. Ini gara-gara cikgu tuisyennya, Cikgu Ros, yang sangat pandai mengajarnya subjek tersebut ketika mengikuti kelas tuisyen peribadi di rumah Cikgu Ros. Kami menyakat Azizi mengatakan dia adalah anak angkat Cikgu Ros. Pengaruh daripada tuisyen itu, dia selalu menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik, yang jarang-jarang kita guna dalam kehidupan harian. Kalau bernasib baik, dapatlah kami mendengar dia berperibahasa dan berpepatah. Mengalahkan orang tua bunyinya!

Pada suatu petang, dalam perjalanan menuju ke hostel Adi untuk melawatnya, ayah menelefon emak. Ayah bertanya, dah nak bertolak ke tempat Adi kah. Emak mengatakan ya kerana mengikut persetujuan pagi itu, ayah menyuruh emak ke sana bertemankan saya saja. Rupa-rupanya kami berselisih dengan kereta ayah pada waktu itu jadi ayah ternampak akan kami dan menyuruh kami patah balik untuk menjemputnya terlebih dahulu. Ayah mahu ikut sekali ke sana. Lalu, Azizi yang turut ada di dalam kereta pada ketika itu berkata: Emak dengan ayah ni bagai isi dengan kuku. Air dicincang pun takkan putus.

Saya dan emak gelak besar dalam kereta. Azizi tersengih-sengih. Dia bertanya, salahkah ayat tu? Lalu dia memberikan perbahasa seterusnya: Ke yang sebetulnya muafakat membawa berkat? Mendengarkan itu, lagilah saya dan emak tergelak.

Petang semalam, emak sibuk memasak di dapur. Emak mahu membuat mee kari. Mak gembira. Kesemua kami 8 beradik akan berkumpul di rumah. Sedang emak membasuh sesuatu di singki dapur belakang, Azizi bertanya: Mak, ada apa-apa nak Zizi tolong tak? Sebaik lepas dia bertanya, dia menambah: Hehe. Zizi ni ajak-ajak ayam je. Tiba-tiba Kaklong tergelak besar. Saya pada mulanya tidak mendengar apa yang Azizi katakan. Lepas diulang oleh Kaklong, barulah saya tahu kisahnya. Saya pun tergelak sama. Habis tu apa, tanyanya. Kaklong membetulkan: Hangat-hangat tahi ayam la Zizi!

Habis kami bertiga yang ada di dapur ketika itu tergelak besar. Azizi memang begitu. Obsesif dengan segala unsur keindahan bahasa ini!

Ok. Hari ini ahli rumah saya lengkap kesemuanya. Oh, gembiranya!