Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, January 19, 2009

Kisah Hari Satu Sembilan Satu


Assalamualaikum wbt

Saya: Hello, assalamualaikum.
Emak: Wa'alaikumussalam. Ngah, happy birthday.
Saya: Eh, emak. Thank you, mak. Alamak mak! Dah pukul 7.30 dah! Ngah baru bangun je ni. Ya Allah, mak. Ngah dah lambat sangat ni nak ke hospital.

Apa punya nasiblah saya hari ini. Pukul 7.30 baru terjaga dari tidur. Itupun nasib baik emak menelefon. Tapi tujuan emak adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir. Bergegas saya bangun urus diri, solat Subuh, menggosok labcoat dan scrub (letih sangat malam tadi sehingga malas hendak menggosok awal-awal), beri ikan makan dan berlari ke stesyen metro.

Keluar saja dari stesyen metro, salji sedang turun dengan lebatnya. Bila salji turun, kita susah hendak berjalan. Hendak buka mata pun terhad. Tapi hari ini saya berlari. Hebat tak hebatnya saya hari ini, saya berlari tak jatuh pun tau. Sampai di cloakroom, salin scrub dan terus menuju ke tingkat 10. Saya lihat jam sudah pukul 9.10 pagi. Terlewat 10 minit dah ni. Tiba-tiba doktor saya kelihatan sedang berjalan di luar bilik kami. Saya mengucapkan selamat pagi dan meminta maaf kerana terlewat. Dia senyum saja. Wah. Saya bernasib baik nampaknya!

Di hospital pun seronok juga hari ni. Kami ke OT dah melihat Vaginal Hysterectomy. Satu prosedur membuang uterus (rahim) melalui faraj (dan bukannya melalui major operation di bahagian abdomen [Abdominal Hysterectomy]). Saya dan Farah berdiri bersebelahan dengan Assistant Doctor kami. Dia sedang menyambung dalam bidang ini. Dia banyak menerangkan tentang prosedur ini kepada kami. Tapi sudahnya kesimpulan saya dah Farah hanya satu: Ya Rabbi, sakitnya. Huhuhu. Kami sebenarnya membayangkan keadaan pesakit itu selepas selesai nanti (post-operative period).

Ok. Cukup dulu. Saya hendak studi. Terima kasih semua atas ucapan yang diberikan. Saya telah mendapat hadiah yang paling istimewa daripada adik saya, Adnan. Yang paling tidak akan saya lupa ialah entri khas daripada Wanie dan video yang disediakannya untuk saya. Lejut saya menangis. Perit-perit tekak tahan air mata. Terima kasih Wanie. KS sayang kamu!



Nota 1: Balik rumah tadi, eletrik tiada. Saya berlari melihat The Harolds. Ketiga-tiganya mati kerana bekalan oksigen mereka terputus. Entah dari pukul berapa eletrik tiada. Sedihnya saya!
Nota 2: Ya ampun. Muka budak-budak sungguh saya dalam video tu. Tapi kesemua lagu yang Wanie gunakan adalah lagu kesukaan saya. Menangis lagi tadi waktu menonton video tu.
Nota 3: Terima kasih Auyun, Faiz, Aizat, Glid, Asrul, Mubin, Nazlin dan Iku!
Nota 4: Penat ni. Baru sampai dari airport.

24 Tahun Menjadi Sarah

Assalamualaikum wbt

Hari ini genap 24 tahun hidup di dunia. Moga-moga lebih rezeki yang Allah berikan pada tahun ini juga yang mendatang. Moga-moga tamat belajar tepat pada masanya. Moga-moga ditempatkan di hospital yang memuaskan. Moga-moga kesihatan semakin baik. Moga-moga hidup semakin tenang. Moga-moga ibadah semakin terjaga. Moga-moga sempat berbakti untuk emak dan ayah.

Terima kasih emak atas didikan yang diberikan. Terima kasih ayah atas kekuatan yang dipinjamkan. Emak dan ayah adalah harta paling berharga yang Ngah miliki di dunia ini. Terima kasih kerana membesarkan selama 24 tahun ini.

24 tahun menjadi Sarah adalah satu pengalaman yang tiada bandingan. Ada pahit di tangan kiri tapi sentiasa ada manisnya di tangan kanan. Terima kasih Ya Tuhan atas nikmat umur yang dipanjangkan.

Friday, January 16, 2009

Hidup

Assalamualaikum wbt

Pagi ke hospital macam biasa. Pernah rasa malas nak ke kelas? Pagi tadi saya sangat malas. Sebab kepala terlalu pening. Petang ada janji dengan kawan di Center. Balik dari hospital terus ke Center. Dalam perjalanan baru sedar duit dalam tangan sudah sangat sedikit. Telefon ayah. Meminta simpati. Tak sampai 15 minit, ayah mesej. Duit sudah masuk. Terima kasih ayah.

Sampai di Center, kawan masih belum sampai. Kepala terlalu pening. Turun ke food court mencari kopi. Terduduk kepeningan. Makan ubat. Kawan sampai. Terus menuju ke Yiponskaya Kuhnia. Sampai di sana, seorang pelayan datang ke meja kami. Dia tenung saya, saya tenung dia. Dia cam saya sebenarnya. Isnin lepas pun saya ke sana.

Borak-borak. Makan-makan. Solat. Bincang-bincang. Fikir-fikir. Makan-makan. Solat. Rancang-rancang. Kami pun balik.

Minggu ini kerap pula telefon digunakan dan berbunyi. Semua orang penting dalam hidup: Faaiqah, Sarah Fazalul, Salman, Akak, Yasir, Acai, Nadia dan Kak Inah. Gembira. Mereka semua memang penyeri kehidupan. Cuma untuk Nadia dan Kak Inah, tak sempat nak dihubungi semula. Tunggu dah top up ya.

Nota 1: Selamat hari lahir buat Siti Sarah Fazalul Rahiman (16 Januari) dan Tok Halimah (17 Januari). Semoga Sarah dan Tok panjang umur insya Allah.
Nota 2: Pening kepala menjadi-jadi kerana kesan sampingan ubat.
Nota 3: Entri tak bermakna, kan? Komen untuk 2 entri lepas akan dibalas kemudian jika berkesempatan. Pening lagi ni. Tapi saya masih hidup.

Thursday, January 15, 2009

Kembar (ii)

Assalamualaikum wbt

Masih ingat akan kisah kembar imaginasi saya? Ini pula kisah saya menemui kembar nyata. Siapa sangka dalam berimaginasi sendirian, akhirnya saya temui kembar di alam nyata pula.

Dipendekkan cerita, dia merupakan salah seorang di antara kawan baik adik saya. Umur kami sebaya. Tapi dia lahir awal sedikit dari saya. Dia seorang anak yang baik. Juga seorang kawan yang mementingkan kawan-kawannya. Bagaimana kami mula berhubung, semuanya kerana kelompok kawan baik adik saya ini yang menamakan diri mereka Jinggo. Golongan computer geek yang saya sangat senang dengan kesemuanya. Disebabkan kami sebaya, maka sedikit demi sedikit kami menjadi sekepala dan banyak pula persamaan yang dikongsikan.

Dia baik hati. Suka cuba tolong adik beradiknya juga kawan-kawannya dengan sedaya upaya. Saya tahu dia seorang yang tenang. Tapi jangan cuba diuji api kemarahannya. Dia juga seorang yang kuat bermimpi. Kemudian suka cuba mengingati mimpinya semula. Mimpinya selalu pelik-pelik. Tapi saya suka melayan apa yang diceritakannya. Walaupun pelik, tapi ada sesuatu yang boleh buat saya ketawa.

Dia suka memberikan pendapat kepada saya. Kalau saya ada soalan pelik-pelik, saya boleh tanyakan saja padanya. Kami boleh berbincang tentang banyak perkara. Kalau dia terlupa untuk memberikan respon kepada soalan saya secara cepat, walaupun sudah berbulan selepas itu, dia masih ingat akan apa yang ditanya dan akan cuba memberikan pendapatnya berkaitan apa yang ditanya. Hebat betul memori dia. Mungkinkah berkat mengasah minda menggunakan teknik mengingat mimpi?

Dia pernah mengalami masalah dengan keretanya yang dirosakkan orang. Saya tumpang simpati dengan masalahnya. Jelas dia sangat terkilan dengan apa yang terjadi pada keretanya. Waktu itu, saya pula sedang berhadapan dengan masalah peribadi. Semuanya tentang kehidupan di sini. Tapi sengaja saya tak ceritakan padanya. Sebab saya tahu dia sedang pening dengan masalahnya sendiri. Jadi, tidaklah kami berhubung melainkan mengikuti perkembangannya melalui blognya saja.

Pernah suatu hari saya menemaninya pergi membaiki keretanya itu. Pada mulanya pusat baiki kereta itu tidak mahu menerima keretanya kerana sudah penuh kereta lain menanti. Saya berusaha memujuk mekanik kedai itu supaya menerimanya juga dan akhirnya keretanya siap dibaiki dengan harga yang berpatutan. Selepas itu saya hendak pulang terus. Tapi datang sekumpulan manusia yang paling tidak saya gemari kewujudan mereka berhampiran dengan saya. Saya dijerkah berkali-kali dengan sekuat alam menggunakan bahasa yang kasar. Alasan mereka, saya sengaja memburukkan nama mereka. Kisah di bahagian ini tidak perlu difahami sangat. Cukuplah tahu bahawa ini sebahagian daripada apa yang saya alami.

Kebetulan dia ada berhampiran dengan saya. Dengan semangat kesatriaan yang tinggi (seperti yang selalu didakwanya), dia berbalas hujah demi saya. Dia bukanlah jenis yang begini. Tapi demi saya yang sedang berhadapan dengan situasi itu, dia sanggup bertegang leher menyebelahi pihak saya yang sedang dikerumuni sepuluh orang yang dikelaskan sebagai orang jahat itu. Saya menangis kerana masalah yang saya alami diselesaikan olehnya dan dalam pada saya berdiam diri tidak dapat menolongnya tentang masalah keretanya selama ini, akhirnya dapat juga saya berbakti sedikit kepadanya.

Selepas apa yang terjadi ini, saya tidak lagi sedih memikirkan apa yang saya alami selama ini. Sebab saya tahu saya ada seorang kembar yang sentiasa bersama saya. Dia mungkin tidak memahami saya 100% tapi dia sentiasa cuba menjadi kembar terbaik selagi mana yang dia mampu.

Hari ini 15 Januari 2008. Kembar saya sudah genap berumur 24 tahun. Selamat hari lahir buat Salman Faris. semoga Allah makbulkan segala yang awak idamkan selama ini. Semoga berjaya membina kerjaya dengan baik dan segala rancangan masa panjang awak akan terlaksana. Kata nak jadi kaya, kan. Hehe.

Ya. Kembar saya itu bernama Salman Faris. Safuan sudah lama hilang dari bayangan.

Nota 1: Cerita di penghujung entri ini berkaitan kereta dan dimarah orang itu hanya sekadar di dalam mimpi saya. Tapi saya menangis bila terkenangkan apa yang terjadi. Salman, inilah yang saya janji nak cerita tu. Tapi dah diringkaskan.
Nota 2: Apa agaknya kejutan daripada Jinggo sekelian ye? Farah, Nan, Najib, Azra, Adeep dan Faezah, apa kamu semua buat ye untuk si Salman ni?

Wednesday, December 31, 2008

Hari Untuk Budak Nakal

Assalamualaikum wbt

Kalau saya boleh memanjangkan hari, saya mahu tanggal 30 Disember 2008 dilebihkan 3 jam daripada normanya. Supaya, cerita yang bakal dikongsikan ini tidak terlajak daripada tarikh itu. Apapun masa takkan berhenti walau sesaat dan saya tidak dapat mempercepatkan apa yang sudah terlewat. Cerita kali ini khas buat Fareena, si Budak Nakal dalam rumah saya =)



Nota: Pena, maaf tau. KS pening kepala Maghrib semalam. Tak dapat nak siapkan awal-awal.

Monday, December 01, 2008

Sahabat Dunia Maya

Assalamualaikum wbt

Orang kata, kita tidak boleh mempercayai 100% kenalan yang kita temui melalui internet. Sebetulnya begitulah. Tapi tak dinafikan juga, bukan semuanya palsu dan berniat buruk ke atas kita.

Kalau ada orang mendakwa dia ditipu oleh beberapa kenalan di dunia maya ini, saya turut bersimpati atas nasib mereka. Bukannya apa, tapi kerana saya memahami apa yang mereka rasai. Atau dalam maksud lainnya, saya juga pernah mengenali watak-watak penuh kepalsuan melalui dunia maya. Marah? Itu sudah pasti tapi lama mana sangatlah kita boleh terus kekal hidup dalam kemarahan dan kebencian. Bagi saya, memaafkan dan melupakan adalah ubat terbaik untuk melepaskan benda lama berlalu pergi. Namun, peristiwa-peristiwa sebegini tidak dominan di dalam hidup saya. Kerana yang buruk itu hanya satu, sebaliknya, yang baik-baik pula ada seribu.

Sepanjang menulis blog, saya menemui beberapa rakan baik yang sangat memahami. Jika dulu saya berblog menggunakan platform Friendster, maka yang mengikuti tulisan saya hanyalah rakan-rakan di Friendster saja. Tapi sejak saya mula berblog menggunakan platform Blogspot, skop pembaca yang singgah di sini lebih ramai dan luas. Hit ke blog juga mencecah 400 kali sehari. Saya tahu ini tidaklah tinggi mana berbanding blog-blog milik ramai lagi blogger yang lain. Cuma bagi saya, 400 kali lawatan daripada rakan-rakan pembaca ini menunjukkan ada yang mengingati saya (atau blog saya) walau di mana kalian berada dalam pada saya di sini terasing daripada kehidupan normal bersama rakan-rakan.

Sejujurnya, di saat saya masih menulis di blog lama (Friendster) dulu, saya selalu meninjau blog adik saya. Saya cemburu melihat dia mempunyai domain sendiri dan aktif dengan update terkini yang lebih berbentuk perkongsian ilmu dalam bidang yang sedang dipelajarinya ketika itu. Walaupun ianya berkisar tentang Security Technology, tapi di situlah titik permulaan saya mula mencari platform yang lebih baik untuk berblog.

Ternyata, sejak menulis di sini, saya menemui beberapa orang kawan baik yang tidak saya miliki dalam kehidupan harian saya di sini. Mereka sungguh baik dan tak dinafikan, mereka ini antara sahabat yang saya hargai kewujudan dan kemunculan mereka dalam hidup saya. Ada di antaranya yang pernah saya temui dan ada yang belum tapi hampir setiap hari kami mendengar khabar melalui dunia maya ini juga alat telekomunikasi yang lain.

Buat Faiq dan Cik Ati, mereka ini istimewa sekali di hati saya. Faiq sahabat baik saya sejak sekolah yang merupakan pembaca setia blog saya. Setia dalam banyak hal. Hanya dia yang tahu! Cik Ati adalah ibu saudara Faiq yang telah saya temui ketika majlis perkahwinan Faiq dulu. Cik Ati merupakan sumber nasihat paling bernas yang boleh saya jadikan rujukan. Saya juga ada Kak Fauziah (Akak) sebagai salah seorang yang rapat dalam dunia saya di alam maya ini. Tak ketinggalan, saya ada Yasir yang sangat seronok untuk dibawa berbincang dan berdebat tentang banyak perkara. Nak berduet mesra pun boleh juga. Juga pernah membantu saya menyelesaikan beberapa perkara. Terima kasih! Dan yang paling istimewa, saya mengenali Nadia dan Acai yang menjadi teman terbaik saya sepanjang menulis di sini. Terima kasih Nadia, Acai kerana sangat memahami saya!

Dan pada hari ini, genaplah dua tahun saya bertapak di sini. Dan saya masih lagi percaya, dunia saya ini membawa saya mengenali ramai orang yang pelbagai watak dan ragam. Dan saya masih percaya, dalam keburukan yang pernah saya lalui sepanjang berblog, masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kebaikan yang saya peroleh.

Di sini saya temui rakan-rakan baik saya dan di sini saya temui dunia saya.

Nota: Lagu di sebelah adalah nyanyian Yasir, diberikannya kira-kira setahun yang lalu. Yasir, harap awak izinkan saya muat naik lagu ini di Imeem ye. Hehe. Awak kan tengah kumpul playlist Skoobedooparp =) Saya yakin awak senyum bila baca ni =p Terima kasih! Ada lagu nanti kasilah saya lagi =D

Wednesday, November 19, 2008

Shahida Zainal Abidin

Assalamualaikum wbt

Sejak kembali menulis di blog ini, saya sudah tanamkan satu hajat. Saya hendak membuat entri khas untuk sambutan hari lahir kesemua teman serumah saya. Kami tinggal berenam serumah tetapi Shahida yang tinggal di tingkat lain turut memasak dan makan bersama kami. Jadi, jumlahnya kami yang makan bersama adalah 7 orang. Sha tinggal bersama Mily dan kami juga rapat dengan Mily.

Tengah malam tadi, kami ke rumah Mily untuk menyambut hari lahir Shahida yang ke-20. Selamat hari lahir Sha. Sha ini yang paling muda antara kami semua. Kadang-kadang, kami gelar Sha sebagai Chi Chi. Dia satu-satunya pelajar tahun 3 yang tinggal di sini. Pelajar tahun 3 yang lain tinggal di Kahovskaya dan Kuzminki. Tapi Sha tak sendirian. Dia ada kami dan yang lebih penting, teman istimewanya juga ada di sini. Hehe.

Sha, entri ini KS tujukan khas untuk Sha sebagai kenang-kenangan kita bersama. Tapi maaf sangat sebab lambat siapnya entri ni. Dah nak bertukar hari, barulah siap. Awal-awal dulu, ada orang kata muka Sha dengan KS ada meh. Iras-iras gitu. Entahlah iya atau tak. Tapi yang pasti, KS suka betul tengok Sha tersenyum. Aura manis orang Kelantan memang terpancar pada muka Sha. Semoga Allah permudahkan segala urusan Sha dan semoga Sha menjadi anak yang solehah untuk Mama dan arwah Papa Sha. Kami serumah sayangkan Sha seperti adik kami sendiri =)

Sha dapat 3 biji kek malam tadi!

Rombongan rumah 205 walaupun semuanya dah pun mengantuk =p

Mily dan Pena yang aktif sungguh malam tadi

Kek yang Sha teringin. Kami tempah dari Auyun sajalah kan. Erm, Hadri, hehe, mesti kamu terkejut kan tengok kek ni. Sangatlah sedap =) Sha dah cerita pasal kamu dah. Hehe.

Ahha. Pena pun sudah memiliki DSLR sekarang ni! Dapatlah kami ber-photo outing mengikut Pena nanti. Huhu. Erm, Pena inilah teman ketawa menangis di dalam bilik =) Lepas ni birthday kamu pula ye, Pena!

Nota:
Selamat Hari Lahir buat Nadia Hamimah, kawan baik saya di RSMU. Awak tahu saya sayang awak selamanya kan walaupun awak dah kahwin =) Oh ya. Salji sudah mula memutih. Indahnya Moscow...

Sunday, October 05, 2008

Adlan

Assalamualaikum wbt

Hmm... How I wished to be at home right now. Should I text you Happy Birthday? I'm worried you will end up laughing at me being so sentimental... Plus, I don't know how to express it. Anyway, my dear little brother, Adlan Mohd Shukor, Happy 19th Birthday. May Allah grant you saadah, najah and jannah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah jalan hidup adikku
Kau terangilah hatinya
Kau tunjukkanlah jalan benar
Kau berikanlah kekuatan padanya
Dalam menempuh kehidupan yang dipilihnya
Kau lapangkanlah hatinya
Kau cerahkanlah dadanya
Kau berikanlah dia kecerdasan akal
Ketinggian akhlak, kebaikan lidah
Janganlah Kau uji dia dengan susah
Andainya susah membuatkannya menjauh
Janganlah Kau uji dia dengan payah
Andai payah membuatkannya jatuh
Kau limpahilah dia dengan rahmahMu
Dan MaghfirahMu
Semoga dia menjadi kuat dan tabah
Soleh dan taat
Berakhlak dan 'abid
Jujur dan istiqamah
Dalam meneruskan hidupnya
Sebagai anak, adik, pelajar, pemimpin dan khalifah
Dan aku mohon dengan sangat
Kau letakkanlah dia di atas jalan pilihan yang tepat.
Innallaha la yukhliful mii'aad.
Amin.

Thursday, August 07, 2008

7 Ogos 2008

Assalamualaikum wbt

Ini entri wajib. Hutang yang saya janjikan dengan beberapa insan penting dalam hidup. Maka saya hendak menyempurnakan segalanya supaya tiada hutang lagi. Sempena Ogos ini, di dalam keluarga saya saja ada ramai yang menyambut ulang tahun kelahiran. Terlebih dahulu, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabat saya Nadia dan Alif (KB 2 Ogos 2008), sepupu saya Along Hafiz dan Kak Ain (Shah Alam, 3 Ogos 2008), juga buat teman terbaik merangkap abang yang paling saya hormati, Abang Khairil dan Kak Salwa (Teluk Intan, 9 Ogos 2008) dan senior bahas yang paling saya rapat merangkap kakak yang paling banyak menyimpan rahsia saya sejak 8 tahun dahulu, Kak Anisa dan Abang Ewan (Serdang, 16 Ogos 2008). Juga buat kenalan yang menjadi pembaca MW, Mahani dan Hafiz (KL, 23 Ogos 2008), 2 pasangan junior di Moscow, Awe dan Dayout (Johor, 9 Ogos 2008) serta Rafeeq dan Sikin (Klang, 17 Ogos 2008). Selamat Pengantin Baru. Semoga hidup kalian dalam redha Allah sentiasa. Juga takziah buat keluarga Abang Nizam dan Kak Maslina sekeluarga atas pemergian ibu kepada Kak Maslina pada petang semalam (Temerloh, 6 Ogos 2008). Semoga arwah ditempatkan di kalangan mukminin yang lain.

Dan pada tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kombo untuk 9 orang sekali gus.

Buat Kaklong, Selamat Hari Lahir yang ke-25 (9 Ogos). Ngah doakan awak berjaya menjadi pendidik yang bercita-cita tinggi dan lain dari yang lain.

Buat adik saya Adi, Selamat Hari Lahir yang ke-17 (10 Ogos). Semoga cemerlang dalam SPM tahun ini dan semoga awak kekal menjadi anak yang baik dan contoh kepada adik-adik.

Buat sepupu saya Ahmad Ridhuan (Wawan), Selamat Hari Lahir yang ke-19 (11 Ogos). Semoga dapat fly ke Australia pada Febuari depan dan kekal menjadi cucu contoh buat adik-adik saudara yang lain. Ngah bangga dengan apa yang awak buat sewaktu pemergian arwah Chik dulu. Awak contoh produk KISAS yang berkualiti =)

Juga buat dua orang rakan blogger, Azwan Ngali (8 Ogos) dan Yasir Tamizi (11 Ogos). Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat awak berdua. Selamat menamatkan dunia kolej untuk Azwan dan selamat membina kerjaya untuk Yasir. Didoakan yang baik-baik saja ya.

Juga Selamat Hari Lahir yang ke-18 buat dua orang sepupu saya, Sufyan (18 Ogos) dan Liyana (29 Ogos). Selamat meneruskan pelajaran di peringkat tinggi. Jangan main-main. Terlalu banyak yang menanti di hari muka. Buat seorang teman lama, Afifi Saifuddin di CSMU, Selamat Hari Lahir (7 Ogos). Saya tak pernah lupa tarikh ini sejak hampir 10 tahun yang lalu. Dan Syam Leokid, Selamat Hari Lahir juga buat kamu (11 Ogos). KS ingat tau =)

Buat semua, Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini selama ini. Maaf atas segalanya. Saya undur diri dengan harapan tiada dendam berbekas di hati dan terima kasih atas ukhwah yang telah diberikan. Hidup saya ceria kerana dapat mengenali kamu semua. Kamu semua tahu siapa kamu semua dalam hidup dan hati saya.

Hari ini hari Khamis, 7 Ogos 2008. Assalamualaikum wbt.

Thursday, June 12, 2008

Momenti Radosti

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya hati saya bercampur-baur ketika menulis entri ini. Pertamanya, kerana jam di saat ini menunjukkan jam 2.03 pagi. Saya tahu saya sudah terlambat untuk satu detik yang bermakna tapi saya tidak sengaja terlepas akan detik itu kerana memberi peluang perkara lain yang saya rasa lebih utama berlaku dahulu. Hari ini 12 Jun. Tarikh penting buat seseorang yang telah lama saya kenal. Maka saya sengaja biarkan detik 12 malam tadi sepi dari sebarang khabar dan ucapan daripada saya kerana saya hendak memberi peluang dia bersama rakan-rakannya buat kali terakhirnya di Moscow ini.

Dialah Khairil Idham Ismail. Seorang senior yang telah saya kenali sejak di bangku sekolah ketika di Klang. Seorang yang saya anggap Abang terbaik yang pernah saya kenali. Seorang yang juga saya anggap sebagai sahabat terbaik yang saya punya di sini. Yang juga mejadi tempat rujukan saya dalam pelbagai masalah. Yang menjadi sifu saya dalam pelbagai bidang. Baik agama, penulisan dan juga fotografi.

Saya rasa sudah ramai daripada rakan-rakan pembaca mengenali Abang Khairil. Saya pernah menulis tentangnya dulu. Tahun ini tahun akhir Abang Khairil di sini. Dia akan bergaduasi pada bulan Julai ini. Akhirnya penantian 6 tahun di sini akan berakhir sudah untuk dirinya. Akan kembali ke tanah air bergelar seorang doktor muda.

Abang Khairil, kalau tahun-tahun sebelum ini saya menjadi orang pertama yang menghubungi Abang Khairil tepat jam 12, maafkan saya kerana kali ini saya tertinggal entah menjadi yang keberapa. Saya sebak sebenarnya. Abang Khairil sudahpun akan tamat di sini. Memang saya terlalu sebak. Jadi di sini, saya hendak kongsikan beberapa kenangan masa gembira yang pernah kita lalu sepanjang 5 tahun sempat bersama di sini.

2003/04
-Kita kembali bertegur sapa setelah hampir 2 tahun perang dingin disebabkan insiden ketika dalam pasukan bahas dulu. Sejak itu, saya sangat hormati Abang Khairil kerana saya silap dengan prasangka yang saya ada dulu-dulu. Ketika saya demam, Abang Khairil titipkan ubat pada Eza. Malu pula saya teringatkan dulu-dulu betapa saya pernah 'geram sangat' pada 'Abang Senget' ini. Banyak yang telah Abang Khairil tolong saya ketika di tahun pertama di sini. Tanggal 12 jun 2004, sebelum saya pulang bercuti ke Malaysia dan sempena kita selesai final exam dan juga hari lahir Abang Khairil pada hari itu, kita menjadi kanak-kanak riang di Gorky Park. Saya masih ingat setiap permainan yang kita cuba hari itu. Gembira sungguh! Dulu, kita masih 'kanak-kanak'. Sekarang bila teringat semula, lucu pun ada juga, kan. Tapi sayangnya, gambar kita di sana tiada dalam simpanan saya di sini. Saya kira, semuanya ada disimpan di rumah. Tidak dapat pula saya sorot kembali detik itu.

2004/05
-Tidak banyak yang berlaku di tahun itu. Abang Khairil sibuk sebagai pelajar tahun 3. Kita pun hanya banyak terserempak di Kedutaan apabila ada majlis-majlis rasmi di sana. Saya kira, memori kita untuk tahun itu agak terhad. Melainkan, kita pada tahun itu sama-sama punya masalah besar yang sama. Meraunglah kita dua beradik bersama. Hanya Abang Khairil yang memahami situasi saya pada waktu itu. Dan tanpa saya sedari sebenarnya Abang Khairil sendiri sudah mula berhadapan dengan situasi yang makin meruncing.

2005/06
-Saya tumpang sedih dengan setiap yang terjadi. Pada tahun ini, terlalu banyak yang terjadi baik pada saya mahupun Abang Khairil sendiri. Di saat saya ada masalah rumah, masalah itu ini dan macam-macam lagi, Abang Khairil lah tempat rujukan untuk berbincang. Abang Khairil lah yang faham segala-galanya. Dan saya sebenarnya masih rasa terhutang budi dengan segala pertolongan dan semangat yang Abang Khairil berikan. Tahun itu juga kita mula bergabung tenaga menggerakkan PPIM di universiti masing-masing. Banyak tunjuk-ajar yang saya dapat sepanjang bekerjasama bersama Abang Khairil dan mantan AJK PPIM yang lain. Gambar ini ketika kita sama-sama ber-ice skating bersama Faiz Khaleed, Faiz Pilot dan VJ. Saya 'roger' Abang Khairil pada hari itu kerana saya tahu Abang Khairil pasti gembira dapat turut serta. Memang hari itu dipenuhi kegembiraan hingga ke malam, kan.

2006/07
-Abang Khairil sudahpun di tahun 5 pengajian. Semakin sibuk. Saya pula baru mencecah ke tahun klinikal. Dua-dua sibuk. Tapi dalam pada sibuk itulah, 'kretiviti' kita menjadi-jadi. Abang Khairil dengan fotografinya. Saya dengan penulisannya. Ada-ada sajalah yang kita lakukan sepanjang tahun itu, kan. Dan jika dulu saya yang banyak menyusahkan Abang Khairil dengan masalah peribadi saya, pada tahun itu, saya simpati pula dengan setiap apa yang terjadi pada Abang Khairil. Kita masing-masing cuba mengalih arah kesedihan yang terjadi dengan menyibukkan diri dengan beraktiviti. PPIM semakin aktif pada tahun itu. Dan saya pula selalu saja mendapat khidmat nasihat dalam penulisan saya daripada Abang Khairil mahupun arwah ayah Abang Khairil yang selalu memberikan motivasi buat saya (Al-Fatihah buat arwah ISBIHA). Gambar ini kenangan kita sewaktu pulang dari Pulau Tioman selepas selesai SUNATON di Endau-Mersing-Tioman dulu. Oh ya. Saya masih ingat ya saya dipaksa rela mendeklamasikan sajak ketika di Mersing. Ada ubi ada batas, ada hari saya mesti akan balas =) Kalau dibangding-bezakan gambar ini dan yang sebelumnya, bagi saya, sangat ketara air muka 'kanak-kanak' dan 'kedewasaan' kita, kan. Dan terima kasih juga kerana sepanjang cuti tahun lepas, saya sentiasa ada kawan untuk berborak atau apa saja walaupun kita terpaksa membayar bil telefon yang tinggi. Siap menyusun atur untuk 'berjanji temu' dengan 'orang di Kuantan'. Huhu. Lucu pula saya kenangkan. Semuanya sudah jadi kenangan kini =)

2007/08
- Ini tahun akhir Abang Khairil di sini. Dan tahun ini juga kita sangat sibuk dengan hal masing-masing. Tapi bila ada kelapangan, kita pasti akan berhubung bertanya khabar. Sungguhpun bukan setiap hari berhubung terus, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan Abang Khairil di blog Abang Khairil. Ada satu masa, kita sepi seketika. Masing-masing bagaikan terkejar-kejar dengan kesibukan dunia masing-masing. Sehinggakan untuk online bersama bagi membincangkan mutu penulisan masing-masing pun, terpaksa menyusun satu janji temu yang khas. Itu kerja sayalah tu. Mengada sungguh. Tapi memang maaf sangat. Kebetulan tidak ada kredit pada hari tu, terpaksalah saya guna email saja. Mesti Abang Khairil gelak dengan apa saya repekkan waktu itu, kan. Terima kasih sebab sentiasa menjadi yang teramat mengambil berat tentang kesihatan saya. Kadang-kala, bila Abang Khairil ingatkan saya tentang itu ini pasal kesihatan, saya rasa macam saya ini budak kecil saja. Gambar ini adalah satu-satunya gambar raya yang kita pernah ada di sini. Sudah 5 tahun, barulah ada kenangan ya. Ini pun gambar paksa. Seorang 'muka clown' dan seorang lagi ' muka euphoria'. Terima kasih berkunjung ke rumah saya pada raya yang lepas. Saya kira, itulah satu-satunya raya yang sempat Abang Khairil berkunjung ke sini, kan.

Abang Khairil, saya memang tidak banyak gambar kenangan sepanjang 5 tahun kita di sini. Tapi setiap apa yang terjadi saya simpan kemas dalam susunan memori. Saya memang tiada sahabat terbaik lain melainkan Abang Khairil. Yang saya hormati lebih daripada itu. Di saat saya tiada orang lain di sisi, saya sentiasa mendapat sokongan daripada Abang Khairil. Manalah saya dapat balas jasa ini semua. Saya rasa hendak mengalirkan air mata di saat ini kerana teringat semula segala yang telah Abang Khairil bantu saya sepanjang di sini. Sungguhpun bantuan yang datang itu hanya dengan kata-kata semangat melalui panggilan telefon atau mesej. Yang paling saya ingat adalah di malam cuti Women's Day 3 tahun yang lalu. Ketika saya ditinggalkan keseorangan di rumah saya (bukan rumah sekarang) dalam keadaan demam, Abang Khairil lah satu-satunya yang mengambil berat akan saya pada waktu itu. Di saat teman serumah keluar berhibur. Saya sangat terharu dan sedih teringatkan kisah itu.

Dan pada hari ini, saya seakan sudah hilang kata-kata untuk menyusun kembali kenangan 5 tahun kita di sini, yang menjadikan total tempoh perkenalan kita telah menginjak ke 8 tahun. 8 tahun bukannya sekejap. Kita sudah kenal, lebih daripada kenal. Dan perkenalan kita bukan setakat kita. Kita ada keluarga bahas kita di sekolah dulu yang melengkapkan kita menjadi sebuah keluarga.

Abang Khairil, Selamat Hari Lahir yang ke-24. Semoga Allah permudahkan segalanya buat Abang Khairil. Pulang menjadi doktor muda yang hebat, dikurniakan rezeki yang berkat, dilengkapkan hidup dengan pelbagai nikmat, diberikan keluarga yang sihat, ditemukan jodoh yang menjaga syariat dan dihadiah anak-anak yang menjadi saham di akhirat. Amin. Maafkan saya andai sepanjang saya bergelar adik, saya tidak memberikan yang terbaik setelah menerima yang terbaik. Semoga Allah memelihara Abang Khairil dalam redha-Nya dan membalas segala jasa Abang Khairil selama ini.

Momenti radosti ialah saat-saat yang gembira. Dan bagi saya, saat yang gembira di sini ialah kerana saya mempunyai seorang abang yang sangat baik hati. Yang sentiasa ada walau tak selalu menemani. Yang dengannya saya boleh menjadi diri sendiri. Selamat Hari Lahir Abang Khairil!


Dekat tapi jauh,
Sarah,
16-205 Malaya Piragovskaya,
3.08 am

Monday, June 09, 2008

Selamat Hari Lahir Emak

Assalamualaikum wbt

Dulu waktu kecil-kecil, saya selalu bergaduh dengan Kaklong. Maklum sajalah. Dua beradik saja perempuan. Yang lain semuanya lelaki. Dulu kami sebilik. Tapi semakin besar, kami dipisahkan duduk bilik berasingan. Dia di bilik berwarna kuning menghadap laman belakang rumah. Saya di bilik berwarna biru menghadap laman hadapan rumah. Siapa yang memisahkan, itu emak kami. Emak geram agaknya melihat kami asyik bergaduh.

Mentaliti budak kecil, saya selalu rasakan emak berpihak kepada Kaklong. Serba-serbilah. Semuanya saya rasakan emak memandang Kaklong yang betul. Kadang-kadang membawa dirilah saya merajuk dengan emak dan bercerita di buai depan rumah Tok dengan Mak Tam. Tapi apabila sudah semakin besar, di sekolah menengah saya kira pada waktu itu, saya mula nampak dan faham kenapa emak bertegas dengan saya dulu-dulu. Pada waktu itu, Kaklong sudahpun bersekolah di Kuantan dan tinggallah saya satu-satunya anak perempuan di rumah.

Kenapa emak tegas dengan saya kerana saya dulu seorang yang garang. Macam lelaki perangainya. Pemarah pun iya juga. Ganas pula tu. Kalau dengan budak lelaki, jangan harap saya nak kasi can mereka menang. Tapi Kaklong yang sebaliknya. Kaklong lembut. Pandai berjenaka. Sentiasa manis dengan senyuman. Memang 100% bertentangan kami berdua ini. Kaklong pandai mengambil hati orang tua. Kalau bersamanya mengikut Tok ke Pekan Sehari hari Ahad, Kaklong pandai melayan kerenah Tok dan kawan-kawannya.

Sejak itu saya mula faham kenapa emak mendidik saya begitu. Saya sayang emak saya sebab mendidik saya dengan sebaiknya untuk menjadi saya yang sekarang. Saya masih tidak seperti Kaklong tapi inilah saya seadanya. Yang paling berharga, hasil didikan emak, menjadikan saya seorang yang kental jiwa. Sangat kental. Hanya emak yang tahu kenapa saya katakan begini.

Hari ini hari istimewa buat emak saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-52 buat emak saya, Hajjah Noor Azimah Kamaruddin. Semoga emak dalam redha Allah sentiasa. Emak, emaklah katalis hidup Ngah. Emak, Ngah sayang emak. Sayang sangat-sangat. Uwaa... Mahu nangis... Rindu sama emak...

Emak (berbaju hijau) bersama Tok Maryam (Penang) dan adik-beradik ayah di rumah Makcik Liza di Alor Setar.


Nota: Selamat hari lahir buat ibu kepada Isa Azzaki juga. Isa, saya ingat lagi yang birthday mak kita sama :D

Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Lahir Ayah


Assalamualaikum wbt

Saya teringat satu masa dahulu ketika saya di tahun pertama di sini, saya mendapat SMS dari ayah mengatakan mereka semua sedang dalam perjalanan balik ke Penang. Saya bertanya kenapa tiba-tiba saja balik kampung. Ayah menjawab: Saja cuti-cuti Malaysia. 1-0 saya terkena. Setahun yang lalu, saya ada menulis entri tentang Bahasa Pahang. Saya ada menyebut tentang ayah yang bermata coklat. Di ruang komen ayah menulis: Yang sebenaqnya mata ayah ni asalnya warna biru. Tapi lama kelamaan, due to overheating dia jadi coklat. Aduh. 2-0 sudah. Selalu saja kami semua terkena dengan lawak ayah. Malah, bukan saja kami adik beradik. Kawan-kawan baik adik saya juga selalu terkena dengan lawak ayah dalam bentuk komen di blog mereka.

Tapi ayah pernah kalah sekali kepada kami. Sedang ayah bercerita kisah Nabi Muhammad dengan kaum Quraisy di pintu Gua Thur kepada Adi dan Adam sebelum mereka tidur suatu waktu dulu, ayah bertanya mereka berdua sekadar menguji pengetahuan mereka apalah agak-agaknya yang terjadi di muka pintu gua itu. Tanpa diduga, Adam menjawab: Diorang bagi salam dan jerit "Tokcik, orang datang nak beli kat kedai ni". Tok Cik merupakan nenek saudara kami yang suatu masa dulu mempunyai kedai runcit. Selalu saja kami sampai di muka pintu kedai dan jika ia tutup, kami akan melaung begitu memanggilnya. Terkena ayah pada malam itu. 1-0 buat ayah. Habis satu rumah berair mata tergelak.

Inilah ayah saya. En. Mohd Shukor Haji Mahamud. Tidak sah jika tidak mengenakan kami semua. Hari ini 14 Mei. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke-48. Ayah, Selamat Hari Lahir. Semoga ayah dipanjangkan umur untuk melihat dan menikmati kesenangan yang kami semua akan berikan pada ayah pula nanti. Terima kasih kerana telah membesarkan kami dengan sebaiknya. Semoga ayah dalam redha-Nya selalu, di dunia dan akhirat. Kami sayangkan ayah!

Buat emak pula, Puan Noor Azimah Kamaruddin, Selamat Hari Guru. Semoga jasa emak mendidik kami dan pelajar-pelajar yang lain akan diberkati Allah dan menjadi saham terbaik buat emak di akhirat nanti. Kami sayangkan emak!

"All my children should be strong to undertake loneliness, stress, no money situation, heart break and death. Everything happens as God wants it to happen and He knows best to put things in proper place" (SMS dari ayah, 2/11/05 -malam raya-)

"Kalau penat sangat, zikirlah dengan nada yang lembut lama-lama. Nanti penat akan hilang..." (Emak, Januari 2004 -persiapan exam Bioorganic Chemistry-)

Dan saya berpegang dengan kedua-dua nasihat ini sehingga ke hari ini...

Tuesday, April 29, 2008

Aiman Mohd Shukor


Assalamualaikum wbt

Hari ini 29 April. Ulang tahun kelahiran Adik Aiman yang ke-10. Ini adik bongsu saya. Buat Adik Aiman, Selamat Hari Lahir.

Aiman merupakan adik yang paling suka request saya masak itu ini ketika di rumah. Dia jugalah yang boleh menjadi peneman terbaik untuk dibawa berjogging (mak tak bagi jogging seorang diri di Taman Tasik Temerloh *saya pun tak berani*). Dia juga peneman terbaik yang boleh saya bawa ikut membeli barang (makanan ringan) selepas berjogging. Kadang-kala, selepas berjongging kami berdua akan singgah makan roti canai di Old Town. Sangat best. Dia ini agak lembik badannya tapi hebat bertaekwando. Ada beberapa pingat yang telah dimenanginya. Tapi dia pernah patah tangan tahun lalu. Tak pasti pula saya sama ada dia masih aktif atau tidak. Rasanya masih bertaekwando lagi cuma sudah tidak seperti dulu.

Jika hari dia ada taekwando, pulang dari menjemputnya, wajiblah kami singgah di pasar tani. Wajiblah dibelikan untuknya air coconut shake sehinggakan abang di kedai itu sudah mengenalinya. Aiman suka bergambar dan akan membuat simbol peace. Dia rasa cool begitu agaknya. Hehe. Aiman seorang yang tinggi. Umurnya 10 tahun tapi sudah hampir mencecah bahu adik saya Adnan yang paling tinggi melangit di rumah itu. Dan Aiman ini manja dengan semua. Dengan emak ayah dan juga Tok dan Mak Tam.

Saya teringat dulu kami mengusiknya dengan memanggilnya sotong (sumpah Aiman. Ni Adi yang kata mula-mula tu tau). Dia sedang melukis di meja makan sambil berdiri dan kami semua pula duduk-duduk menonton TV di sofa dapur. Tiba-tiba Adi berkata: 'Cuba tengok sotong tu berdiri', kami semua menoleh. Aiman terdengarkan usikan kami. Dia melukis sambil bergenang air mata. Sebak pula saya rasa ketika itu. Dan kemudian, dia jerit kuat-kuat 'Aiman bukan sotonglah!' dan terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu dari dalam. Sayalah yang pergi mengambil gugusan kunci pintu-pintu bilik dan kemudian memujuknya. Saya duduk di tepi katilnya dan hanya begini yang saya katakan. 'Aiman bukannya sotong, kan. Aiman tak kuat je lagi. Aiman besar sikit nanti Aiman kuatlah kan'. Terus dia kesat-kesat air mata dan ke dapur semula untuk menyambung lukisannya. Saya rasa, disebabkan inilah dia berusaha untuk membuktikan dia kuat dengan bertaekwando.

Aiman, awak memang kuat. Buktinya, awak selalu jadi peneman dua orang kakak awak ini, awak selalu jadi peneman emak di rumah, awak selalu tolong Abang Azizi dan awak selalu jagakan adik Iman untuk Mak Tam. Dan awak memang anak yang baik. Awak dengar kata, boleh diharap untuk menolong kerja rumah dan awak rajin bangun pagi sebelum Subuh masuk sebab awak hendak solat hajat terlebih dahulu. Ngah yakin, emak dan ayah sejuk hati melihat awak begini.

Selamat hari lahir Adik Aiman. Semoga awak cemerlang dalam semua yang awak ceburi. Doa Ngah pada adik-adik setiap kali ulang tahun sama saja. Semoga menjadi anak yang baik, dengar kata dan jangan tinggal solat.

Dan saya juga hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir buat beberapa nama penting dalam hidup saya:

::Sepupu saya Farzana Che Ismail (25 April)
::Sepupu saya Syafiq Che Ismail (30 April)
::Sepupu saya Rifqa Kamarul Ariffin (30 April)
::Kawan saya yang ada signifikannya yang tersendiri Ammar Azhar (1 Mei)
::Abang kesayangan keluarga bahas kami, Abang Wan Zokhrie (3 Mei)

Dan ucapan selamat pengantin baru buat Iffah Azhar (adik Ammar) yang akan melangsungkan majlisnya pada 1 Mei ini di Doha, Qatar. Ifa, akak doakan semoga jodoh kamu berdua diberkati dan berkekalan insya Allah :) Akak dah janji nak ucap dalam Bahasa Arab. Tapi dah terlupa pula teks panjang yang akak hafal dari malam tu. Jadi pendeknya hanyalah Alf Mabruk ya ukhti :)

Friday, April 25, 2008

The Power of Nature

Assalamualaikum wbt

Bad days do come sometimes. And the nature never fails to help me channeling the mood to the good side. Yesterday, I spent time walking by the lake. The wind was all the time with me. I felt good.

I froze my eyes at the awan-less sky. The blue portrays simplicity in life.

The trees stood still in green but lend me their music of life. I felt entertained.

And the sun set in golden. I learned the importances of being sound and silent.

And today after hospital, I headed to this place. Who can tell me from where this shot was taken? And who still remember why usually I come here? And the reason is still the same for today's visit. I suppose that, at least, I must come here once in a sem.

Okay. Currently listening to Tak Bertepi by Matta Band. Lagha sungguh saya ni...

Dear Rynn Ku Sayang, Happy Birthday in advance! May Allah ease and bless you here and hereafter. You are 1 of my sweetest friends. Thanks for being such a great friend to me =)
p/s: The pic was taken on my way to hospital. Every time I look at this painting drawn on a wall near the housing area over there, it reminds me to you. Yes. Noone else but YOU! And it's our 1st anniversary! It has been a year and I wish that Allah will make it lasting forever.

Sunday, February 03, 2008

Bila Kad Dan Buku Bertemu




Assalamualaikum wbt

Dua hari lepas, saya terkejut menerima dua kiriman. Satu dari Malaysia dan satu lagi dari Indonesia.

Kiriman pertama adalah daripada Rynn Arunak Arina Ku Sayang. Sekeping Kad Hari Lahir yang beralamat dari Kuching, Sarawak. Terima kasih banyak-banyak Ryn! Saya sangat suka kata-kata dalam kad tu. Terharu. Pasal nombor yang ditunggu-tunggu, nanti saya SMSkan ye. Terima kasih Ryn Ku Sayang!

"Red roses to keep you warm with love, pink roses to wish you all the happiness in th world and peach roses to say thank you for being a great friend. I've more roses for you. And these are white - so full of reverence and such a heavenly sight."

Kiriman kedua pula adalah sebuah bungkusan kecil. Pada mulanya saya tidak dapat mengagak siapa pengirimnya. Tetapi sebaik melihat kandungannya, saya menjerit gembira kerana saya mendapat novel Ketika Cinta Bertasbih 2! Dan sungguhpun tiada nama pengirim disertakan (nak rahsia-rahsia kot), tapi melihatkan tulisan tangannya saja saya sudah tahu siapa itu. Terima kasih Isa Azzaki! Sangat gembira dan terharu dengan tanda ingatan dari awak ni. Saya ada kirim SMS untuk maklumkan bungkusan sudah selamat diterima tapi saya rasa awak tak dapat SMS tu sebab saya tak dapat sebarang delivery report pun. Huruf S dan Z awak agak unik. Jadi saya cam tulisan tu. Apa-apapun, terima kasih Isa! Untuk pengetahun semua, ini buku keempat yang saya terima daripada Isa. 3 yang lain ialah Ayat-ayat Cinta (versi Indonesia), Ketika Cinta Bertasbih 1 dan Suzana (novel pembangunan jiwa di Malaysia hasil tulisan ayah Isa sendiri). Kesimpulannya, Isa memang baik!!!!!!

"People are like stained-glass windows. They sparkle and shine when the sun is out but when the darkness sets in, their true beauty is revealed only if there is a light from within" [Elizabeth Kubler Ross : 1926-2004]

Kaut rumput kemuncup tersisih,
Semalu mendiam lalang memanjang,
Kukenang kuucap terima kasih,
Sepanjang hayat akan kukenang.


Bila kad dan buku bertemu, saya benar-benar terharu!

Selamat Hari Lahir yang ke-21 buat Fatini Najwa (Housemate). Fatt, meriah sungguh malam ni bila Shaun, Khairul, Shashi, Reza, Ika dan Arzilza datang kan. Semoga hidup kamu diberkati Allah.

Nota: Fareena, siap kamu ye. Ada ke patut dia kata bunyi huruf S yang Mouth (One Tree Hill) sebut macam saya. Aiishhhh... :

Friday, February 01, 2008

Kita Ini Manusia

Assalamualaikum wbt

Bangun dari tidur pagi tadi (31 Jan), saya sedar saya sedang memegang Ma'thurat saya. Tenangnya hati pada waktu itu. Saya menghabiskan 2 jam tengahari tadi menghafal semula jenis-jenis rawatan untuk beberapa penyakit. Senangnya ilmu masuk hari ini. Macam air mengalir. Kemudian saya berehat sebentar dengan membuka beberapa blog kawan-kawan.

Saya terpempan membaca perkongsian yang ditulis oleh Hidayat. Tidak pernah saya membayangkan seperti apa yang diceritakannya ini. Bacalah coretannya kali ini. Moga-moga kita dapat menilai semula diri kita. Ya. Kita manusia memang tidak pernah lari dari salah dan silap tetapi kita tidak pernah terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dan selepas membacanya, saya terfikir apalah agaknya yang kamu semua dan rakan-rakan, baik yang sekarang mahupun kawan-kawan lama fikirkan tentang saya. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas segala salah silap, bahasa yang kasar mahupun tindakan yang tidak menyenangkan yang pernah saya lakukan. Maaf dengan sangat.

Semalam 31 Januari 2008. Hari penyudah bulan Januari. Juga hari bersejarah buat seorang insan yang cukup penting dalam hidup saya. Kak Nuranisa Anuar. Seorang senior yang saya kenali sejak zaman sekolah dahulu. Yang sudah saya anggap seperti kakak kandung. Ketika saya masuk ke KISAS, Kak Ani sudahpun tamat SPM. Kami menjadi rapat kerana Kak Ani datang membimbing pasukan bahas ketika itu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-25 buat Kak Ani. Semoga redha Allah sentiasa bersama Kak Ani. Juga Selamat Bertunang buat Kak Ani dan Abang Ewan. Semoga impian Kak Ani dan Abang Ewan untuk hidup bersama dipermudahkan Allah. Nasib baik majlisnya bulan Ogos nanti. Kalau tak, saya merajuk tau Kak Ani. Nampaknya ada 2 walimah orang penting dalam hidup saya yang akan saya hadiri ketika pulang nanti. Walimah sahabat baik saya Faaiqah dengan pasangannya (juga sahabat saya) Saufi dan walimah Kak Ani dan Abang Ewan. Gembira betul saya. Mereka berdua inilah penyimpan mohor-mohor besar untuk diri saya. Sekarang tinggallah saya seorang nampaknya.

Dan pada hari ini pula (1 Februari), Selamat Hari Lahir yang ke-13 buat Adik Azizi. Ngah doakan Zizi diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan dipanjangkan umur. Macam yang Ngah mesejkan pada Zizi, semoga Zizi jadi anak yang baik, tak tinggal solat, tak melawan kata dan rajin belajar. Ngah gembira dengar Zizi suka kelas baru Zizi ni. Walau macam mana sekalipun keadaan Zizi, Ngah sayang Zizi. Sayang dengan sangat.

Salam maaf atas segala kekhilafan diri sepanjang saya bernama Sarah buat kamu semua. Salam sayang buat Kak Ani sepanjang saya bergelar Aya dalam hidupnya. Dan salam rindu buat Adik Azizi sepanjang Ngah menjadi kakak buat Zizi.

____________________________________________________________

Hari buat dia:

85) Petikan dari Ma'thurat - Ya Allah, aku terjaga (atau tertidur) olehMu dalam nikmat afiah (keselamatan dari bencana) dan terjaganya dari rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku. Maka sempurnakan nikmatMu, afiahMu dan penjagaanMu itu ke atasku di dunia dan di akhirat. Doa ini cukup memotivasikan hari dan tidur kita. Semoga Ma'thurat terus menjadi amalan kita semua. Motivasikan diri kita untuk rajin mengamalkannya.

Sunday, January 20, 2008

Entry Terima Kasih Hari Ahad

Assalamualaikum wbt

Ini entry tanda penghargaan. Buat semua yang mengingati hari lahir saya semalam. Atas ucapan-ucapan yang saya terima melalui panggilan telefon, SMS, pesanan di YM, komen di entry lalu, testi di Friendster, mesej di Facebook, entry istimewa daripada beberapa kenalan, gambar yang disusun atur sebagai ucapan dan ucapan langsung dari teman-teman di sini. Terima kasih tidak terhingga.

Alkisahnya, sepanjang siang semalam (Sabtu), internet di rumah kami tidak berfungsi. Kebetulan sehari sebelum itu, saya dan Wanie ke pejabat Stream.ru (internet privoder yang kami gunakan) untuk mendapatkan semula username dan password kami yang telah hilang. Bila terjaga dari tidur pagi semalam, internet sudah tidak boleh digunakan. Mungkin auto reset dari sana. Lagi 3 hari baru saya boleh online semula. Sedihnya!

Tiada kek istimewa kali ini. Saya yang mahukan begitu sungguhpun Wanie berkeras mahu membelinya. Saya hanya teringin makan cheese cupcake dan briosh coklat yang dibeli di kedai roti Perancis berdekatan rumah. Terasa sedikit istimewa hanya apabila Faisal menyanyikan lagu Happy Birthday buat saya. Sambil makan kek itu, saya dan Wanie menonton sebuah filem lama, The Truman Show.

(Melihat jam)

Malam semalam, saya hanya tidur selepas selesai solat Subuh. Sangat teruk kan. Sudah jadi burung hantu pula saya. Di tengah malam itu, saya online bersama adik-adik saya menggunakan YM (Sorry! Saya invi pada yang lain pada waktu itu :p ). Seronok mendengar keriuhan rumah di pagi Sabtu. Emak goreng nugget saja tapi riuhnya mereka waktu sarapan itu seperti sedang kenduri! Semuanya berebut-rebut mahu mengucapkan selamat hari lahir. Semuanya ada di rumah kecuali saya.

(Melihat jam)

Saya berpuasa semalam dan Wanie bermurah hati memasakkan juadah berbuka. Nasi goreng ayam saja. Tapi sudah cukup baik kerana pada hari Jumaat, saya berbuka di luar hanya dengan sepotong pizza.

(Melihat jam)

Disebabkan terlalu terdesak untuk menggunakan internet, saya ke bilik kawan. Sekadar menjenguk blog sebentar. Itu saja. Kemudian berbincang tentang pelbagai isu dengannya.

(Melihat jam)

Selepas solat Maghrib dan berbuka, saya dan Wanie yang terlalu jemu. Lalu kami sebulat suara bersetuju untuk menonton kartun, Cinderella 3. Sangat takde kerja, kan? Habis saja kartun, kami mengantuk. Terlalu jemu. Sedih! Sebelum tidur, saya melihat jam dan kami bertaruh. Jeng jeng jeng. 10 minit terakhir. 5 minit terakhir. 3 minit terakhir. Dan akhirnya 19 haribulan berlalu sudah di Malaysia dan digantikan dengan hari baru. Di sini tepat jam 7 petang. Pada mulanya saya diam. Tapi lepas itu kami dua-dua ketawa. Ok. Tak mahu cerita panjang. Kamu semua tekalah sendiri apa yang saya repekkan itu. Hehe.

Terjaga dari tidur pada jam 10.30 malam. Kami keluar ke kedai untuk membayar bil telefon (yang sebenarnya tidak tertunggak pun) di mesin top up. Berlari-lari kami kerana sudah jam 11.40 malam pada waktu itu dan pak guard hanya memberi masa 5 minit saja untuk keluar dari pintu utama bangunan ini (itupun setelah saya membuat muka kasihan padanya. Huh. Skema betul pak guard itu). Tiba di rumah, hari baru sudah hampir menjelma. Dan ya. Saya dan Wanie telah menang dalam pertaruhan kami!

Saya ada sesuatu ingin dikongsikan. Ini adalah hasil kreatif Uncle KS yang pakar dalam bermain nombor. Saya ambil ini dari blog Pakcik Sabtu. Tanpa pengetahuan saya, ada juga yang mengkaji tarikh lahir saya ya. Terima kasih.

190108 jika di campurkan 1+9+0+1+0+8 = 19, 19 dicampurkan 1+9 = 10, 10 dicampurkan 1+0 = 1 (angka satu membawa maksud masih seorang yakni masih single (still available).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, dicampurkan 24+22(umur) = 46, 46 dicampurkan 4+6 = 10, 10 dicampurkan 1+0= 1 (dua kali kira masih satu, confirm single lagi).

19185 dicampurkan 1+9+1+8+5 = 24, 24 dicampurkan 2+4 = 6 (mengikut firasat saya, tuan badan suka bakal pasangannya 6 tahun lebih tua dari umurnya, iaitu pemuda berumur 28 tahun, siapa gerangannya) (sekarang 29 lah sebab umur saya sekarang sudah 23).

Kira-kira ini sangat menarik. Memang saya sukakan nombor satu! Saya disahkan masih single sebanyak dua kali. Jadi maksudnya apa? Ok. Ada sesiapa umurnya 29? Huhuhu. Tapi saya rasa yang 6 tahun lagi tua ni sedikit kurang tepat la KS. Kasilah yang muda sikit kot ye pun :) Hihi.

Dan yang terakhir, terima kasih buat Cikgu Jawe dan Abang Khairil atas entry istimewa daripada mereka berdua. Dan gambar ini adalah hasil sentuhan Abang Khairil. Setiap tahun, pasti ada koleksi gambar daripadanya. Pandai mencuri ni ye. Huhu.

Terima kasih semua kerana mewarnai ulangtahun kelahiran saya yang ke-23 ini. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan redha-Nya.


Nota 1: Saya update ni dari rumah Dr. K, seorang junior di sini. Terima kasih Dr. K kasi KS dan Wanie guna kat sini!

Nota 2: Jangan salah faham dengan pertaruhan itu. Saya maksudkan dengan main agak-agak je.

Nota 3: Ini kali pertama saya menerima lebih daripada 100 ucapan hari lahir. Terima kasih semua! Terharu betul saya tahun ni.

Nota 4: Entry berikutnya akan lambat sedikit. Saya akan sedikit sibuk selepas ini :) Jaga diri ye kamu semua.

Saturday, January 19, 2008

Di Hari Sabtu Ini


Terima kasih emak ayah
Atas hadiah namaku Sarah
Segala urusanku menjadi mudah
Kau beri namaku beserta hikmah
Kepada keluarga membawa rahmah

Terima kasih emak ayah
Atas kasih yang limpah ruah
Didikan yang tak sudah-sudah
Dan sanggup bersusah payah
Demi ilmu dan sebuah kehidupan
Kudoakan kalian jannah sebagai ganjaran

Emak
Terima kasih atas susah payah melahirkan
Ayah
Terima kasih atas penat lelah membesarkan




Assalamualaikum wbt

Tepat jam 7 pm waktu Moscow semalam, saya berada di pasar pada waktu itu. Saya menerima panggilan telefon dari Malaysia. Puas mahu dicamkan suara itu. Sangat tidak jelas. Selepas seketika talian dihujung sana beralih kepada suara seorang wanita. Eh, emak rupanya! Kata emak, tadi tu ayah yang bercakap. Ayah batuk. Ayah tiada suara. Tapi mahu menelefon saya juga. Terharu.

Emak berkias. Katanya, sudah jam 12 am di Malaysia. Ya. Tepat. Emak lantas mengucapkan Selamat Hari Lahir buat saya. Kata emak, emak mewakili semua di rumah. Kata emak lagi: You are now 23. Dah besar dah. All the best in your study. All the best in your life. Lalu saya pohon mahu bercakap pula dengan ayah. Suara ayah sangat susah unuk didengari Saya sebak. Teruknya ayah batuk. Saya bertambah sebak. Kata emak, sejak dua hari lepas ayah batuk. Sekarang Temerloh agak sejuk. Suara saya tersekat-sekat apabila bercakap dengan ayah. Ulas butirnya pun sukar untuk difahami. Emak, ayah, Ngah sayangkan emak dan ayah. Terima kasih atas didikan selama 23 tahun ini. Saya sandar sebentar di tepi kedai kebab. Mengesat air mata kasih buat emak dan ayah.


"Wahai Tuhanku, kau kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil"

"Wahai Tuhanku, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran, dan aku berlindung pada-Mu dari azab kubur. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau."


Saya sudah 23. Saya sudah semakin seasoned pada umur, tapi tidak pada jiwa :) Semoga saya semakin matang dalam menjalani kehidupan dan diberikan kekuatan untuk beribadah dengan sempurna. Amin :)

Nota: Terima kasih Faisal Ramli (my groupmate) yang menyanyikan lagu Happy Birthday secara solo buat saya tadi (tepat jam 12 am tadi) dan Shazwani Adnan yang menemani saya sepanjang cuti ini :)

_____________________________________________________________

Hari buat SAYA:

80) The real art of conversation is not only to say the right thing at the right place but to leave unsaid the wrong thing at the tempting moment.

Wednesday, January 16, 2008

Cuti-cuti Moscow

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas, emak saya bersungut mahu membaca perjalanan cuti saya. Tapi jujur saya katakan, minggu pertama cuti dipenuhi dengan aktiviti di luar, ke Mega-Ashan-Ikea, meredah Moscow dalam suhu serendah -17'C dan bermacam-macam lagi. Tapi minggu lalu saya hanya terperap di rumah. Berhibernasi. Tapi bukan tidur. Beraktiviti dengan novel dan memasak saja. Jadi, takkan saya hendak menjawab pada emak bahawa saya berhibernasi dengan jayanya sebagai orang Eskimo di rumah sedangkan anaknya ini tidak boleh duduk diam sebenarnya. Jadi semalam petang, selesai solat Asar, saya nekad untuk bercuti-cuti Moscow. Destinasinya adalah Park Pobedy (Victory Park). Letaknya di barat laut Moscow yang sebenarnya tidak berapa jauh dari kawasan hostel ini. (Klik gambar untuk imej yang lebih besar)

Teman saya hari ini adalah Wanie. Kebetulan Wanie masih belum pernah berjalan secara menyeluruh di taman itu memandangkan keluasannya adalah sekitar 4 km persegi. Kami tiba di sana sekitar jam 3.45pm dan sudah mulai senja. Taman ini adalah signifikan kepada kejayaan Russia dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945) ketika menentang tentera Jerman yang melaungkan semangat Fasism pada ketika itu. Terdapat 3 monumen penting di sini. Pertamanya adalah sebuah muzium perang yang menceritakan kronologi perang tersebut yang menyaksikan kemenangan besar Russia dengan teknik pengunduran ke Stalingrad (nama lama bagi Volgograd). Di hadapan muzium ini tegak berdiri sebuah tugu peringatan yang mencatatkan nama-nama bandar di Russia yang terlibat dalam perang 5 tahun ini. Ketika kami sampai, matahari sudah condong ke barat. Suhu pada hari ini hanyalah 1'C ke -1'C sahaja. Sangat nyaman. Tidak sejuk langsung. Ini menambahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan kami.

Monumen kedua dan ketiga yang terdapat di situ ialah memorial masjid dan gereja Kristian Orthodox. Memorial ini adalah tanda pernghargaan Kerajaan Russia buat tentera-tenteranya yang terkorban dalam perang tersebut di mana mereka ini terdiri daripada tentera Muslim dan Kristian. Kedua-dua buah memorial ini sedarhana saja saiznya tapi amat bermakna. Selain daripada ketiga-tiga buah monumen utama ini, terdapat beberapa buah tapak pameran teknologi-teknologi tinggalan perang yang dikelaskan kepada tentera darat, air dan udara. Tinggalan perang yang terbakar dan rosak teruk akibat dibom juga turut dipamerkan secara terbuka di tanah lapang. Malah, keretapi pertama yang digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan perang masih cantik dan kelihatan antik sekali. Saiznya cukup besar. Saya terbayangkan cerita Tom Sawyer apabila pertama kali melihat keretapi itu empat tahun lalu. Selain itu, pengunjung dapat melihat monumen-monumen menarik hasil sentuhan artistik yang didirikan di sekitar taman ini yang mempunyai maksud tersendiri.

Bagi kami di Moscow, suhu setakat -1'C itu adalah sangat nyaman dan tidak sejuk. Kami hairan kenapa musim sejuk pada tahun ini seperti malu-malu untuk beraksi. Saya masih ingat. 2 tahun yang lalu, musim sejuk adalah sangat dahsyat sehingga pernah mencecah -42'C di pertengahan bulan Januari. Ketika tiba di bahagian belakang muzium perang itu, kami lihat ada salji. Agak pelik pada mulanya kerana sudah hampir dua minggu salji tidak turun dengan lebat. Gambar bangunan itu pula adalah muzium tersebut yang berbentuk semi bulatan sebenarnya. Memandangkan saya hanya menggunakan Sony Cybershot W55 saja, jadi tidak dapatlah saya mengambil gambarnya secara penuh pada jarak yang dekat. Terlalu besar. Lainlah kalau saya punya Nikon D80! :)

Gambar helikopter ini adalah salah sebuah teknologi perang di tapak pameran tentera udara. Sangat banyak jet-jet pejuang yang bermacam-macam model termasuklah juga jet serang hendap. Saya tidak masuk ke tapak pameran ini (pernah masuk 4 tahun sudah) jadi saya pun menyerang hendap mengambil gambar dari luar saja. Sebenarnya, kami berdua sedang menuju ke masjid yang saya ceritakan tadi untuk menunaikan solat Maghrib. Kebetulan, Wanie masih belum pernah ke masjid ini. Untuk pengetahuan semua, masjid ini kecil saja. Seperti English cottage saja saiznya. Tapi sistemnya canggih. Untuk masuk ke tandas dan tempat mengambil wudhuk, penggunakan kad sentuh diperlukan. Kad ini boleh didapati dari kaunter kecil di dalam masjid. Mungkin ini untuk mengelakkan pembaziran air dan elektrik di dalam tandas jika tiada sesiapa menggunakannya. Di atas ialah gambar di dalam masjid. Sayangnya, tidak terlalu jelas pula. Chandeliar di tengah ruang masjid berbentuk bulan sabit.

Inilah masjid tersebut dari luar. Bercahaya dan jelas kelihatan daripada Minskaya Street yang terletak betul-betul bersebelahan dengan masjid ini. Minskaya Street merupakan antara jalan utama di Moscow yang kemudiannya menghubungkan pengguna jalan raya ke Kutuzovsky Street, sebuah jalan yang sibuk menuju ke Pusat Bandar dan juga ke Lebuh Raya Lingkaran Ketiga (3-oe Kolso). Gambar seterusnya adalah antara monumen yang terdapat di taman tersebut. Simbolik lambang kemenangan yang diperjuangkan oleh barisan tentera darat, udara, air dan pasukan perubatan yang saling bekerja sama. Di puncak monumen ini terdapat lambang UN yang saya tidak jelas apa signifikannya. Nanti saya kaji ya.

Selepas itu, saya dan Wanie menuju ke Kievsky Mall untuk mengisi perut. Saya tersangat lapar. Tidak menjamah walau apapun sejak pagi melainkan secawan nescafe. Kami tiba semula ke rumah pada jam 9.30 malam setelah menghabiskan masa berehat-rehat di food court selepas makan. Kaki tersangat letih untuk terus bergerak balik. Apa tidaknya. Kami telah berjaya menawafi taman yang luas itu!

Buat emak, anak emak ni sihat-sihat aje di sini :) Sampaikan salam Ngah buat Tok Halimah dan ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-73 buat Tok hari esok ya!

Sunday, December 30, 2007

Majlis-majlis Di Hujung Tahun Masihi

Assalamualaikum wbt

Semakin namanya bercuti, semakin sibuk pula saya. Sejak hari Jumaat, boleh dikira hanya beberapa jam saja saya berada di rumah. Selebihnya saya berada di luar. Walaupun penat, saya puas hati kerana cuti saya tidak kosong dan hambar.

Pagi Jumaat yang lalu, saya bersama Fatt dan Mily ke Dom Knigi mencari buku-buku yang saya hajatkan itu. Fatt dan Mily pula mencari bahan-bahan rujukan dan peta Sepanyol kerana mereka akan mengembara ke sana selepas exam nanti. Hampir sejam setengah saya duduk membelek buku-buku di sana. Siap duduk bersila di atas lantai lagi tu. Malangnya, ketiga-tiga buku yang saya hajatkan itu tidak ada di sana. Terkilan betul. Tapi saya tetap tidak pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya saya telah membawa pulang 4 buah buku! Rasputin's Daughter (Robert Alexander), Olga's Story (Stephanie Williams), Tuesdays With Morrie (Mitch Albom) dan My Secret Lover (Imogen Parker). OK jugalah kan daripada pulang dengan tangan kosong. Tapi, pokailah saya kerana saya telah berhabis hampir RM250 untuk buku-buku ini! Saya mesej emak mengkhabarkan hal ini. Emak tidak kisah dan siap bertanya takkan hendak membaca buku saja cuti ini. Apa lagi aktiviti lain yang ada dalam senarai. Demi buku, saya juga tidak kisah. Tambahan pula, 2 buah buku bertemakan sejarah itu memang minat saya. Kalau ada sesiapa yang pernah membaca buku tentang Rasputin dan kisah keterlibatannya dengan keluarga Tsar (Di Raja) Russia, pasti hendak membaca apa pula kisahnya dengan anak perempuan sulungnya ini. Juga kisah Olga itu. Sebuah cerita di zaman melarat di Siberia dan bagaimana dia dibuang ke London dan terpisah daripada keluarga bertahun-tahun lamanya.


Selepas membeli buku, kami berjalan-jalan di sekitar The Old Arbat Street dan singgah solat dan makan di Sbarro. Pizza dan pasta sajalah untuk tengahari itu. Kemudian kami ke Midland Plaza di situ. Esprit sedang ada jualan murah. Sungguh! Memang sangat murah. Sehingga 70% diskaunnya. Pada mulanya saya tidak berhajat langsung untuk membeli apa-apa untuk diri sendiri (saya bukan kaki shopping atau barang-barang berjenama). Saya cuma terfikir untuk mendapat hadiah untuk Pena kerana hari lahirnya yang ke-20 adalah pada hari ini (30 Disember). Tapi sudahnya saya bawa pulang 2 plastik termasuk sehelai seluar untuk diri sendiri yang harganya memang sangat murah (murah untuk standad Esprit). Hajatnya kami bertiga hendak ke Kievky Shopping Complex untuk meninjau-ninjau hadiah di sana. Tapi saya terpaksa mengundur diri terlebih dahulu. Petang itu selepas Maghrib saya perlu ke Kedutaan Malaysia di Moscow (selepas ini baca sebagai embassy). Jadi, saya pulang dulu dengan metro dan mereka pula teruskan misi ke sana.

Sampai di rumah, saya hanya sempat solat Maghrib, minum segelas necafe capuccino dan sekeping roti. Kemudian, dengan tangan penuh bersama 2 biji blender, 2 bilah pisau dan beberapa barang keperluan memasak yang lain, saya bersama-sama 7 orang pelajar perempuan tahun 4 yang lain berangkat ke embassy dengan menaiki teksi. Kenapa kami ke sana?

Sebenarnya, pada hari semalam (Sabtu, 29 Disember 2007) telah diadakan Jamuan Hari Raya Haji oleh Kelab UMNO Moscow (KUMOSC) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM-MSC). Dalam mesyuarat yag lalu, saya telah diletakkan sebagai ketua memasak majlis kali ini. Dengan bantuan dua orang AJK PPIM uni saya (M1), Amnah dan Nabilah, kami bersama-sama menjadi ketua memasak kali ini. Terlebih dahulu, saya telah mengatur kerja-kerja yang sepatutnya dibuat di sebelah malam dan keesokan paginya agar tidak kelam-kabut. Begitu juga tugas memasak nasi dan mencelur mi dan yang akan menggoreng cucur udang yang akan disiapkan di hostel. Malam itu di embassy, pelajar-pelajar lelaki M2 memotong ayam dan membuat persiapan untuk dewan makan. Pelajar-pelajar perempuan yang lain pula menyediakan bawang-bawang dan sayur-sayuran yang perlu dikupas dan dihiris. Setelah semuanya siap, saya, Am dan Che Nab memulakan sesi memasak dengan dimulakan dengan kuah laksa. Ya. Salah satu menunya adalah Laksa Penang. Sekitar jam 9.45 pm, semuanya telah pulang meninggal kami bertiga. Kami perlu menyiapkan kuah kacang pula sebelum pulang. Sekitar 11.15 pm, kami pun meninggalkan embassy dan mengambil teksi untuk pulang. Cuaca malam itu dingin yang menyamankan. Tapi sayang, tiada salji. Sampai saja di bilik, saya solat Isyak, cek email sebentar dan terus tidur. Penat yang teramat sangat. Hinggakan saya tidak sempat menyalin baju yang saya guna ketika memasak tadi.

Pukul 6 pagi saya telah bangun. Bersiap-siap untuk solat Subuh dan kemudian ke embassy semula. Pagi ini segalanya perlu disudahkan. Lauk ayam masak lemak dan sayurnya. Saya membawa baju kurung di dalam beg. Alah. Bukannya baju raya pun. Baju kurung sejak saya di tahun 2 lagi. Sekadar cukup syarat punya baju salin selepas selesai memasak nanti. Kami memasak 60 ekor ayam tau. Dan sejujurnya, ini kali pertama saya melihat keadaan dapur embassy teratur dan kemas ketika proses memasak dijalankan. Sebelum ini, ketua memasak pastinya pelajar lelaki. Dapur macam tongkang pecah jadinya. Tapi masakan mereka tetap tip top. Pakaian saya, Am dan Che Nab tidak perlu diceritakan lagilah. Warna kuning kunyit melekat di mana-mana saja. Tangan dan kuku kami juga kuning.

Tetamu mula hadir pada jam 11.30 pagi. Dan kami pun menyalin pakaian, bersolat Zohor dan baru menjamah makanan. Saya makan sedikit saja kerana penat jauh lebih signifikan. Jadi saya lagi banyak duduk berehat dan berborak dengan kawan-kawan dan senior saja. Sekitar jam 3 pm, saya, Am, Che Nab dan Israfil menaiki teksi untuk pulang. Sebaik sampai, teman-teman serumah yang telah pulang lebih awal sudang mula proses memasak untuk jamuan yang kami buat pada sebelah malamnya pula. Ini sempena ulangtahun Pena. Dan sebenarnya hampir setiap tahun pada tarikh ini kami adakan jamuan untuk kawan-kawan datang.

Kali ini Wanie yang jadi ketua masaknya. Orang Jawa. Jadi menunya ialah Mi Jawa. Saya belum pernah makan mi ini. Saya menyalin baju memakai baju memasak pagi tadi kerana kononnya hendak menolong Wanie di dapur. Yang lain pula menguruskan bahagian memasak masing-masing. Ada yang membuat donat coklat, kek, agar-agar santan, kek batik dan air. Sebelum hendak menjenguk ke dapur, saya singgah di bilik Diba. Kerana terlalu penat sejak petang semalam, saya tertidur di atas lantai di sebelah katil Wanie ketika sedang melihat mereka menguli doh donat. Sungguh. Saya sangat penat. Yang saya sedar hanyalah ketika Fatt menghulurkan bantal untuk saya dan saya hanya menjawab thank you. Kemudian terlelap semula. Tapi lelap saya tidak lama. Setengah jam lebih saja. Kemudian saya bangun dan saya mengambil tugas mengemas rumah. Dari dalam bilik, tandas, ruang tamu tempat kasut dan termasuklah menggilap cermin besar di ruang tengah itu. Kemudian saya mandi dan bersiap-siap kerana tetamu akan mula datang pada pukul 10 pm. Saya hanya memakai semula baju kurung ketika di embassy pagi tadi walaupun yang lain berkemeja dan blaus. Tetamu yang hadir semuanya tinggal di hostel ini juga.

Suasana memang meriah malam tadi. Mereka yang hadir semuanya junior saya. Semuanya pelajar tahun 3. Terasa sudah tua pula berada di situ. Tapi saya suka bersama mereka. Lawaknya memang tak kering gusi. Terutamanya apabila mendengar Judin, Ammar, Syikin, Murni dan Balqis saling memangkah. Ini pasukan pertama. Di bilik sebelah pula, Fazil, Ili, Izni dan Afifahlah ketuanya. Memang gamat. Hentah apa-apa saja yang mereka repekkan.


Selepas tetamu pulang, saya tertidur di atas katil Fatt dengan berbaju kurung dan masih bertudung. Mata saya sudah tidak boleh dibuka lagi. Dalam pada mata saya terpejam, saya dapat rasakan rusuk kanan saya sakit. Mencucuk-cucuk di bahagian pinggang. Saya terjaga ketika terdengar tawa mereka. Saya cuba bangun tapi rasa mencucuk masih sangat terasa. Saya paksa diri dan berjalan dalam keadaan bongkok menekan rusuk kanan menuju ke bilik dengan dibantu oleh Diba. Saya terduduk dan terbaring di lantai bilik. Bergolek-golek pun iya agaknya. Terlalu sakit sampai saya mengetap gigi. Pena ke bilik sebelah memberitahu yang lain bahawa saya sakit. Diba datang semula dengan membawa minyak. Tapi sakitnya bukan perut memulas atau apa. Ia seperti renal colic bagi sesiapa yang tahu. Seperti kejang yang sangat kuat di bahagian bawah pingggang kanan. Lama saya mengerang. Bila sudah agak reda, Diba memberikan minyak untuk di sapu. Terima kasih Diba, Pena.

Setelah hilang rasa sakit, saya menyapu dan mengemop bilik. Kamudian saya memeluk Pena mengucapkan selamat hari lahir padanya dan terus tidur. Malah saya rasa macam saya tidak sempat membaca doa pun! Letak saja kepala, terus tertidur.

Hari ini, badan rasa sakit-sakit. Lepas ini hendak mendobi baju-baju dan petang nanti mahu ke pasar. Nanti pasar akan ditutup sempena cuti tahun baru. Baik bersiap-sedia dengan stok barang dapur yang mencukupi jika malas hendak ke kedai yang jauh.


Selamat Hari Lahir buat Fareena Zahari (Pena). Semoga hidup diberkati Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan. Juga lebih matang dalam membuat keputusan. Jika ada masalah atau apa saja, kamu tahu di mana untuk mencari KS kan.

(Sisipan: Pena adalah teman serumah yang paling saya rapat. Yang saya berkongsi segala cerita dan rahsia. Yang banyak menghabiskan masa bersama saya di bilik sama ada ketika study, bermain game dan berborak. Dialah penyumbang idea dan sentiasa memberikan respon jika saya bertanyakan pendapat. Dan dialah orang yang paling suka menyakat saya di rumah dan paling pandai mengambil hati saya semula. KS sayang Pena!)

Nota: Oh ya! Wahai kamu semua, ini entry saya yang ke-202. Hihihi =)

p/s: Gambar-gambar sudah dikemaskinikan! Yeehaa XD