Wednesday, November 19, 2008

Shahida Zainal Abidin

Assalamualaikum wbt

Sejak kembali menulis di blog ini, saya sudah tanamkan satu hajat. Saya hendak membuat entri khas untuk sambutan hari lahir kesemua teman serumah saya. Kami tinggal berenam serumah tetapi Shahida yang tinggal di tingkat lain turut memasak dan makan bersama kami. Jadi, jumlahnya kami yang makan bersama adalah 7 orang. Sha tinggal bersama Mily dan kami juga rapat dengan Mily.

Tengah malam tadi, kami ke rumah Mily untuk menyambut hari lahir Shahida yang ke-20. Selamat hari lahir Sha. Sha ini yang paling muda antara kami semua. Kadang-kadang, kami gelar Sha sebagai Chi Chi. Dia satu-satunya pelajar tahun 3 yang tinggal di sini. Pelajar tahun 3 yang lain tinggal di Kahovskaya dan Kuzminki. Tapi Sha tak sendirian. Dia ada kami dan yang lebih penting, teman istimewanya juga ada di sini. Hehe.

Sha, entri ini KS tujukan khas untuk Sha sebagai kenang-kenangan kita bersama. Tapi maaf sangat sebab lambat siapnya entri ni. Dah nak bertukar hari, barulah siap. Awal-awal dulu, ada orang kata muka Sha dengan KS ada meh. Iras-iras gitu. Entahlah iya atau tak. Tapi yang pasti, KS suka betul tengok Sha tersenyum. Aura manis orang Kelantan memang terpancar pada muka Sha. Semoga Allah permudahkan segala urusan Sha dan semoga Sha menjadi anak yang solehah untuk Mama dan arwah Papa Sha. Kami serumah sayangkan Sha seperti adik kami sendiri =)

Sha dapat 3 biji kek malam tadi!

Rombongan rumah 205 walaupun semuanya dah pun mengantuk =p

Mily dan Pena yang aktif sungguh malam tadi

Kek yang Sha teringin. Kami tempah dari Auyun sajalah kan. Erm, Hadri, hehe, mesti kamu terkejut kan tengok kek ni. Sangatlah sedap =) Sha dah cerita pasal kamu dah. Hehe.

Ahha. Pena pun sudah memiliki DSLR sekarang ni! Dapatlah kami ber-photo outing mengikut Pena nanti. Huhu. Erm, Pena inilah teman ketawa menangis di dalam bilik =) Lepas ni birthday kamu pula ye, Pena!

Nota:
Selamat Hari Lahir buat Nadia Hamimah, kawan baik saya di RSMU. Awak tahu saya sayang awak selamanya kan walaupun awak dah kahwin =) Oh ya. Salji sudah mula memutih. Indahnya Moscow...

22 comments:

Anonymous said...

Uish, nampak sedap je kek tu..terliur la ni.=) Hepi birthday Sha. May Allah Bless you.Amin.

фарина захари said...

huhu, hepi bday sha..meh, jom2..rombongan 205 ye..tp klu nk uat plus 1 camne?hehe :P

Ain Mardhiah said...

wah, mesti seronok kak sya dapat tiga kek serentak hari tu.. Hehe.. selamat hari lahir to kak sya.. ainul pun tahun ni dapat tiga kek tapi selang seminggu satu.. terasa birthday jadi sangat lama pula.. hehe..

Anonymous said...

sarah!.. birthday aku juga dh dekat. disember ni tau!.. hehe.. nk kek mcm sya juga.. tak kira!. hehehe.

=P

Shazwani Adnan said...

salam.

sedap kek tu cikgu. huhu..

selamat hari lahir sha. haha.. dah masuk 20. haaahha gelak lagi.. tak adalah wanie rasa wanie tua sangat. hihi

Anonymous said...

waaa..nak kek juge!! walaupun dah lepas birthday nya :)

rienmiel said...

salam ks~

happy birthday untuk sya juge =)

btw, kek Auyun tu nampak sungguh lazat...dr haritu dok jamu mate je...hehe

laki cikgu kimia said...

nak kek cekelet! nak kek cekelet!

[MH] said...

mengancamnyaaa tengok kek tuu...
kalah yang kedai buat..

Anonymous said...

emm..sahabat yg baikk

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua =)

Doyot:
mmg sgt sedap. berbaloi betul bila order kek tu. hehe. *naikkan saham kek auyun ni =D

Pena:
eleh. ks tau sape lg sorg tu =p

Ainul:
kebetulan yg dtg mlm tu semua bawak kek sebiji. tu belum kwn2 dia lg tu yg duduk jauh2 tu. time bday ks, kwsn ni kosong. sbb musim cuti. dh lama dh takde kek2 utk bday ks. huhu. *mood sedih ni tau

Cikagu Jawe:
oo. cikgu disember ke. bape hb cikgu. nnti sy tepek lg gambar kek kt sini utk cikgu ye. hehe.

Wanie:
kalau la kamu tua, ks ni apa la ye wanie =p

Sarah Mohd Shukor said...

Kak Inah:
haah kan. utk bday kak inah yg dh lepas, sy ucapkan happy belated birthday. sy tak tinggalkn komen pn wkt tu sbb wkt sy bca entri tu sy di hospital. skrg dh rasa bersalah dh sbb wish lambat sungguh dh ni. erm. barang yg sy nak bg kat kak inah wkt di KL dulu smpai skrg tak terbagi2 lg. insya Allah nanti sy pos kan la kat kak inah k.

Rien:
haah tu la. happy birthday utk kamu jgk =) anggap la ni kek kamu jugak. huhu.

Am:
nah amik. silalah jamu. jamu mata. kekeke.

Thia:
paling habis, mmg kalah kedai2 kat sini buat! sbb kt sini kek coklat mesti ada alkohol. jd kami takleh makan. alternatifnya ialah buat sndiri. jd ni la kek yg org jual yg paling best kt sini =D

Pencacai Tua:
erk.. kami semua kt sini rapat mcm adik beradik =)

NUHA said...

waa..bestnyer kek!!
boleh tempah dan poskan ke m'sia x? :p

Anonymous said...

okek memang best.
saya pon suka menyambut harijadi. tapi bukan suka menyambut. suka disambut. EKEKEKE :P

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

As'kum WBT

Terbaru dalam Sireh Dan Cengkeh. Temubual bersama Art Fazil dari kumpulan folk melayu Rausyanfikir.

Check out other interviews as well. Thanks for your kind support!

Syed

Ain Mardhiah said...

ala siannya... takpe2, kang time birthday ks ainul ks kek satu.. irbid mari.. kita pos guna blog.. haha~

Anonymous said...

heheheh mekaseh ks.
ks,nti sha ajr ks bhs klantan pekat2.blh kawen nga org klantan :D hoyeahh \o/

Anonymous said...

3 bijik kek tu! nak cket, huhu.

nurunnuha said...

eh? nadia hamimah ye? saya kenal dia..orang sekampung..hehe :p

bestnye kek tuh.. tengok pon dah tau best..betul,kan kan? ;)

Anonymous said...

ks.
asl kek 2 ngn hadri lak?
ta phm.
guu!

Unknown said...

hepi besday shahida zainal abidin:)

Zuhdi Najib said...

lorh, ingatkan miley tadi. wrong number ekceli.