Showing posts with label Babble. Show all posts
Showing posts with label Babble. Show all posts

Wednesday, October 22, 2008

Arkitek

Assalamualaikum wbt

Semakin saya menggilai seni binaan dan seni kreatif hiasan bangunan, semakin saya rasakan mereka yang bergelar arkitek itu adalah seorang yang cool. Cuma itulah fasalnya. Setakat pemerhatian saya, sangat kurang arkitek yang berblog (kecuali sepupu saya yang seorang tu saja yang saya tahu berblog). Kalau tak, bolehlah saya tahu banyak tentang kehidupan harian dan skop kerja dari kaca mata seorang arkitek. Ada tak arkitek yang singgah di sini? Hehe. Teringin juga hendak kenal. Paling habis, nanti saya boleh kata pada kawan saya: Kawan saya si Polan(ah) bin(ti) Polan(ah) tu seorang arkitek. Cool kan? Entah kenapa, saya suka melihat seni melukis yang ada pada mereka. Kagum. Sebab itu saya kata mereka cool~

Cool itu bagi saya maksudnya bergaya. Jadi, pada kaca mata saya, seorang arkitek itu sungguh bergaya dengan caranya tersendiri. Setuju tak? =) Saya undi setuju!

Thursday, July 31, 2008

31 Julai 2008

Assalamualaikum wbt

Cerita 1
Tengahari tadi saya keluar ke bandar untuk ke bank. Menaiki bas saja. Kan saya pernah nyatakan dulu bahawa saya tidak tahu tambang dari rumah saya ke pusat bandar kerana jarang menggunakan bas. Jadi tadi saya menyediakan RM2 kerana seingat saya tambangnya sama ada RM1.10 atau RM1.30. Sebaik saya turun dari bukit rumah saya, terus ada bas. Saya menahannya dan sebaik naik, saya menghulurkan RM2 itu. Pakcik itu berkata: Takde syiling ke, dik? Saya jawab tiada. Sebetulnya ada tapi terperosok di dalam beg sandang belakang yang saya suka bawa itu. Lalu pakcik itu membalas: Ambik la lagi seringgit tu. Awak ni RM1.10 je. Kecik lagi. Saya pun mengucapkan terima kasih dan terus duduk. Kepala saya ligat berfikir. Eh, seingat saya, untuk bas berhawa dingin, RM1.10 untuk kanak-kanak. Saya terus tersengih seorang. Saya ni dikategorikan sebagai kanak-kanakkah? Hehe. Mentang-mentanglah saya bawa beg sandang belakang saja tadi, terus saya ni disangka budak-budak pula :p

Cerita 2
Dah lama tidak menangis bersungguh-sungguh. Tadi petang memang saya menangis sangat-sangat. Sampai basah kuyup muka dan terisak-isak. Bukannya apa. Saya memang sangat bengang, geram, sakit hati dan terkilan jika keberadaan saya di sebuah negara yang bernama Rusia dibanding-bandingkan dengan orang lain yang menuntut di US, UK, Australia atau di tempat-tempat lain. Yang saya sedihkan, yang membanding-bandingkan itu bukan orang lain. Orangnya dekat dengan saya. Kalau dulu saya di tahun pertama atau kedua dan saya diberi provokasi yang sebegini, saya memang boleh goyah dengan keputusan untuk meneruskan perjuangan hidup di Rusia. Tapi sekarang saya sudah di tahun akhir. Lagi mahu diteruskan dengan provokasi yang sebegitu. Siapa yang tidak geram. Bila saya balik rumah, saya menangis sambil menghidangkan makanan untuk emak berbuka. Bila saya masuk ke bilik air untuk membasuh muka dan kaki, ayah yang mungkin terdengar saya menangis keluar dari bilik dan bertanya kepada emak. Saya tidak tahulah apa yang emak jawabkan pada ayah. Yang pasti, saya sudah lama tahan sabar dengan beberapa orang itu yang seperti tidak pernah jemu hendak buat saya rasa rendah diri sebab dihantar belajar di Rusia. Untuk pengetahuan semua, sewaktu interview dengan JPA dulu, saya sendiri yang menamakan Rusia sebagai negara pilihan pertama. Saya ada alasan yang tersendiri. Jadi, apa masalah dia? Kalau saya yang dikatakan kolot kerana memilih Rusia sebagai tempat pilihan, saya rasakan orang sepertinya yang kolot kerana masih melihat Rusia itu sebagai sebuah negara Komunis atau apa. Sepatutnya sebagai orang yang dekat dengan saya, dia sepatutnya memberi saya semangat dan motivasi. Lebih-lebih lagi saya cuma ada kurang dari setahun saja lagi untuk tamat. Tapi tidak pernah sekalipun saya merasakan diberikan motivasi atau semangat atau apa saja yang berbentuk positif dan membina olehnya. Oklah. Dia tidak pernah membawa manfaat kepada saya. Jadi tak perlu saya ambil kisah dengan apa yang dikatakannya.

Cerita 3
Tadi adik-adik saudara dari Dungun balik ke rumah Tok. Begitu juga dengan keluarga Mak Andak yang baru tiba dari Egypt. Maka malam ini berkumpullah 3 orang Nana di rumah ini. Bak kata Syakira, ada 3 orang Kakak Nana. Nabiha Farzana (Nana 1), Nurul Jannah (Nana 2) and Ngah Sarah (Nana 3). Kepada Nini, Sila jangan jealous ye. Malam ni Nana dikerumuni oleh si kenit-kenit ini. Habis SMS Nana pun diorang baca. Huhu.

Cerita 4
Saya rasa nak berhenti berblog. Macam dah tiada mood... Kalau saya nak update pun, tengok keadaan dululah.


Nota 1: Mohd. Shamsul Amir, nama awak disebut-sebut oleh adik-adik saudara saya ni. Kredit yang baik-baik diberikan kepada awak. Hehe.

Nota 2: Hidayah, cepat-cepat sembuh ok. Semua risau pasal kaki awak tu. Mak awak asyik sebut-sebut aje.

Monday, July 07, 2008

Mahu Jadi Cantik Dan Kacak?

Assalamualaikum wbt

(i)
Tadi ke pejabat pos. Perlu perbaharui lesen memandu. Sebaik keluar dari ruang utama, ada jurujual kad Touch 'n' Go menghampiri. Saya tak sempat mengelak, banyaklah yang encik itu cakapkan. Saya dengar sajalah. Di pertengahan penerangannya, saya menolaklah dengan cara baik. Sudahlah ditahannya saya di tengah panas terik. Kot ye pun, jemputlah ke khemas operasi mereka di tepi itu. Bukannya tidak boleh, kan. Sebaik berjaya memberikan alasan itu ini, saya hendak terus pergi. Tapi disapanya lagi: Nama cik ni Siti kan? Cik Siti nanti datanglah booth kami lagi ye. Boleh la pergi minum ke, makan ke. Dalam hati saya rasa meluat betul. Saya tidak rasa orang awam suka ditegur begitu. Kan? Lagi pula, saya rasa dia kurang beretika dalam melaksanakan tugasnya. Dan dalam hati juga saya berkata: Inikah lelaki Malaysia sekarang?

(ii)
Saya singgah di sebuah farmasi. Sebaik keluar, saya melalui sebuah kedai runcit. Tiba-tiba saya disapa: Mak aih... Lajunya jalan. Boy friend tak lari la dik. Adik lambat pun dia sayang jugak. Saya kerling sekilas. Mereka sedang bercakap dengan sayakah? Tiada orang di belakang saya. Di depan saya pula hanya ada seorang pekerja restauran yang sedang duduk-duduk berehat di luar kedai. Dalam hati saya berkata: Habis tu, nak saya jalan lenggang-lenggok Mak Minah balik bendang? Agaknya mereka ni memang suka kalau dapat tengok perempuan jalan melenggang kangkung kot.

(iii)
Sebelum balik, saya ke kedai telefon. Sebaik keluar dari kedai itu, ada gerai burger dan air yang terletak betul-betul di hadapannya. Kedai itu memang penuh dengan budak lelaki melepak kosong. Tiba-tiba ada suara: Masam je. Kerut lagi dahi tu. Hahaha... Saya rasa hangin sangat waktu tu. Dalam hati saya berkata: Tak tegur tak boleh ke? Tak kuasa saya nak jalan tengah panas macam ni dengan muka senyum. Tambah pula sedang bengang kuasa dua dengan dua lelaki sebelum ini. Budak-budak di kedai tu memang cari pasal dengan saya nampak gayanya. Saya balas: Kalau masam pun pelik apa AKAK. AKAK kejar masa, bukan macam korang duduk telan angin. Sengaja saya bahasakan diri sebagai akak. Memang mereka semua itu lebih muda dari saya. Tak memasal disebabkan mereka adalah sumber kebengangan saya kuasa tiga, jadi merasalah mereka kena bebel dek saya. Dalam hati saya berkata: Geli betul dengan perangai budak lelaki yang macam ni.

Kisah i, ii dan iii mesti pernah dirasai oleh ramai lagi golongan wanita, kan. Kadang-kadang saya geram. Sudahlah muka tak berapa nak kacak, akhlak pun takkanlah hendak dibiar tak berapa nak segak juga. Yang melepak pun satu hal. Tidak bolehkah duduk diam-diam di situ dan jangan mengganggu orang lain? Saya memang pantang orang yang suka melepak begini. Tambah pula dengan perangai suka tegur-tegur anak dara orang yang lalu berhampiran. Merokok di khalayak ramai juga satu lagi halnya. Saya teringat insiden sewaktu tingkatan 3 dulu. Di perhentian bas. Saya baru pulang dari tuisyen. Lelaki di sebelah saya merokok dan hembusannya di arahkan pada saya kerana dia menyengetkan badannya menghadap saya. Di tengah-tengah alam yang penuh orang baru pulang dari Pekan Sehari, saya bangun dan menegur lelaki itu: Kot ye pun nak merokok, pergi merokok kat belakang tu tak boleh ke? Ni hembus-hembus merata macam ni. Selepas cakap, terus saya pindah tempat. Waktu itu saya memang tengah geram dan tak pasal-pasal, saya melepaskan marah saya pada lelaki yang kurang sensitiviti itu. Yang ajaibnya, lelaki itu bangun dan pergi ke tepi tandas awam di tepi perhentian bas tersebut. Rasa bersalah juga. Tapi siapa suruh dia yang sesedap hati menghembus asap rokok sebegitu. Mungkin baginya merokok itu tidak salah. Saya juga tidak menyalahkannya kerana merokok. Itu pilihannya. Tapi sensitiviti tentang asap rokok itu perlulah dipertimbangkan. Kalau-kalau saya ini ada lelah, tak pasal-pasal saya sesak nafas di situ.

Saya sedih kerana yang buat perangai dalam insiden i, ii dan iii semuanya adalah lelaki Melayu Muslim. Begitu juga yang kurang sensitiviti ketika merokok itu. Sungguh sayang kerana kacaknya lelaki itu bukan letaknya pada muka. Kacaknya lelaki itu jika akhlak dan agama menjadi hiasan peribadinya. Bukan wanita saja yang selalu dinilai begini. Lelaki pun sama. Jadi, marilah kita hiasi peribadi untuk menjadi wanita dan lelaki yang cantik dan kacak. Ini kempen "Akhlak Kita, Wajah Kita" di My World (^^,)v

'Siapa itu Melayu
bukan kiranya pada belacu
adalah sutera taruhan budi
tatapan sejagat insani'

Nota 1: Buat Nabil Mohammad Azmi, Selamat Hari Lahir (070708). Terlewat sedikit. Saya sudah tiada nombor telefon awak tau Nabil lepas telefon saya dulu rosak. Semoga sukses selalau! Buat Khairul, Selamat Hari Lahir yang ke-20! KS sentiasa doakan yang terbaik untuk Adik Kecik yang seorang ni ;)

Nota 2: Wah! Visitors counter My World sudah hampir mencecah 100000 pelawat. Siapa yang lawat blog ni dan dia sedar dia adalah pelawat ke 100000, silalah beritahu saya ye =) Counter tu telah bermula sejak 14 Mei 2007 dan saya telah exclude-kan kiraan lawatan daripada IP address saya di Moscow. Terima Kasih semua yang sudi menyinggah di sini. Nanti kita open table di alam maya ye. Hehehe (~~,)

Sunday, June 29, 2008

Ilmu Hisab

Assalamualaikum wbt

Soalan 1:
Saya bercuti di Malaysia kali ini selama 65 hari (terpaksa belek kalender untuk kira berapa hari :p). Saya telah berada di rumah selama 6 hari dan pada hari yang keenam, saya telah gembira sebanyak 3 kali sehari. Jika sekiranya saya masih berbaki 59 hari lagi dan setiap hari saya akan gembira 3 kali, berapa kalikah saya akan gembira sepanjang cuti ini?

Penyelesaian:
= (59 hari + 1 hari) x 3 kali
= 180 kali

Kesimpulan:
Pulang bercuti kali ini adalah sangat berbaloi dan menggembirakan jika kira-kira ini sama dengan yang dikirakan atau lebih dari itu.

Soalan 2:
Apakah penaakulan mantik yang boleh dikeluarkan daripada soalan 1? Jawapan mestilah mempunyai julat kesalahan kurang daripada 0.05%.

Soalan 3:
Apakah model graf yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menerangkan jawapan soalan 1?

Saya seperti merapu saja. Tapi sungguh. Memang gembira. Ok. Nanti siang saya kemas kinikan blog. Sekarang mahu tidur dulu. Mahu bangun menonton EURO 2008 final jam 2.30 pagi nanti. Malam ini saya bertemakan hitam-kuning-putih. Selamat malam Malaya =)

Sunday, June 15, 2008

Penyakit Keturunan

Assalamualaikum wbt

Semalam saya menelefon rumah seperti biasa. Bual dengan ayah. Bual dengan emak. Emak memberitahu serba sedikit keputusan peperiksaan pertengahan tahun adik-adik. Kata emak, adik-adik semuanya rendah-rendah saja Bahasa Melayunya. Pelik. Maka saya pun berbual dengan adik-adik yang di rumah kecuali Aiman. Sudah tidur awal kerana hendak bangun tengok bola katanya. Yang ada hanyalah Adam dan Azizi.

Selidik punya selidik, mereka semua ni sama saja. Adui. Apa nak jadi. Bahasa Inggeris semuanya tinggi tapi Bahasa Melayunya pula rendah. Selepas membebel pada Adam yang akan mengambil PMR pada tahun ini, saya megomel-ngomel pada emak pula. Kenapalah pelik sangat adik-adik ni. Nak dikata tidak cakap Melayu, hari-hari pun berbahasa Melayu. Emak jawab:

"Diorang ni semua kan kaki lagu. English je la hari-hari. Faham-faham je la, Ngah. Budak laki ni lain. Kena pantau, duduk sebelah dia, baru nak buat. " Adui la... Itukah alasannya. Gelak sajalah saya dan emak. Saya tanya emak, saya dulu-dulu macam mana ye. Kena dikerah semua ke baru hendak buat? Emak jawab:

"Awak bertiga dulu, sampai Nan, tak pun. Duduklah masing-masing memerap dalam bilik masing-masing, buat kerja masing-masing. Tak exam pun belajar jugak." Wah. Terus ketawa-ketawa kami semalam mengingatkan Kaklong, saya dan Adnan dulu-dulu. Kami bertiga yang di atas ni kiranya budak baiklah. Huhu. Tiba-tiba saya teringat waktu saya dalam tingkatan 2, ketika itu saya sudahpun berada dalam pasukan bahas sekolah. Satu hari cikgu bahas saya menegur saya. Kebetulan dia adalah guru kelas kepada Adnan. Katanya:

"Sarah, apa nak jadilah dengan adik kamu si Adnan tu. Bahasa Melayu dia rendah. Bahasa Inggeris je asyik A. Kakaknya pembahas, adiknya Bahasa Melayu pun C." Cikgu itu menegur bukan marah, tapi dalam keadaan ketawa-ketawa. Tapi nak buat macam mana. Bukannya saya boleh tukar Nan untuk jadi macam saya, kan. Dah kelebihan dia waktu itu adalah pada Bahasa Inggerisnya. Kebetulan, dia wakil syarahan Bahasa Inggeris ketika itu.

Dalam hati baru saya dapat kaitkan, ini penyakit keturunan ni. Abangnya yang teratas pun ada masalah dengan Bahasa Melayu dan 'mematsaleh-celupkan' diri, patutlah adik-adik pun sama. Haa... Inilah perangai anak lelaki. Liat sikit. Perlu disuruh, diteman, dipujuk suruh buat, barulah hendak buat. Tapi bab-bab makan dan 'mengusha', tak suruh pun tak apa. Ups...

Semalam kan, saya duduk studi dari jam 6 pagi sampai ke 5.30 petang. Rehat setakat gitu-gitu aje. Makanan pertama yang masuk ke perut pun ketika sudah pukul 7 petang. Sebelum makan dan sebelum menelefon rumah, saya berangan. Saya terbayang sedang berada di atas rumput belakang rumah dekat dengan ampaian belakang. Saya terbayang saya duduk melihat langit dengan Aiman. Kronik betul saya ni. Siap boleh terbayang berhindustanrama dengan adik di atas rumput pula!

Esok exam terakhir sebelum naik taraf bergelar pelajar tahun akhir. Tak sabar mahu balik rumah (^^,)v

Ayah, selamat hari ayah!

Friday, June 13, 2008

Cerita Cuti Nanti

Assalamualaikum wbt

2 hari yang lepas cukup memenatkan buat saya. Hari exam. Malamnya tidak boleh lelap mata. Sudahnya hanya tertidur barang sejam setengah saja. Selesai exam, saya dan Baiz ke Ismailovsky Park (rujuk entri ini untuk lihat suasana di sana). Mencari cenderamata untuk dibawa pulang nanti. Sudahlah tidak bersarapan, exam habis lewat, kami berdua sampai ketar lutut kerana kelaparan. Sudahnya selepas beberapa kali menawafi tempat tersebut, kami singgah makan di Teremok, restoran makanan segera tempatan yang menghidangkan Blinni (lempeng) sebagai menu utama. Baiz makan blinni pisang dan coklat. Saya pula blinni strawberry dan walnut. Lepas makan, Baiz pulang terus ke hostelnya. Saya pula ke Center. Sampai rumah, solat, telefon ayah dan emak, dan terus tidur.

Isnin ini saya ada exam yang terakhir. Tak sabarnya. Satu saja lagi. Lepas itu merdeka. Ops silap. Bukan merdeka. Saya akan bergelar pelajar tahun akhir! Waaa... Macam tak percaya. Sedikit saja lagi perjuangan saya di sini. Saya rasa saya tidak akan sempat untuk menulis tentang perancangan masa cuti saya nanti. Sementara masih ada masa untuk berehat, saya terasa nak cerita tentang apa yang saya rancangkan sepanjang cuti nanti.

Seawal cuti, saya akan ke Bangi. Sahabat baik saya dah nak kahwin. Huu... Gembiranya. Alhamdulillah sampai sudah jodoh mereka berdua. Juga hendak berjumpa dengan Kak Inah. Ada dating gitu. Kemudian, saya akan sibuk berulang-alik ke JHEOA di KL untuk menguruskan satu program. Kemudian saya kena ke Perak. Program yang dimaksudkan ialah Homestay di Perkampungan Orang Asli dan POS pilihan adalah di Sungai Siput. Tak sabar rasanya. Sebaik selepas program, saya akan terus ke Kelantan. Seorang lagi sahabat baik saya akan kahwin. Yang ini saya sengaja pergi awal sedikit. Nak memborong serunding di sana. Huhu. Lagi, saya mahu balik kampung di Penang. Ini wajib wajib wajib. Juga bertemu Bro Fisol dan Kak Mai di Jitra. Tak sabar rasanya. Di awal cuti sekolah Ogos nanti, seorang senior yang paling saya rapat akan berkahwin. Yang ini pun wajib saya hadiri. Hihi. Ini antara yang wajib dipenuhi. Lain-lain, mestilah saya hendak bermanja di rumah. Tak sabarnya dapat duduk-duduk rehatkan diri di rumah. Makan masakan emak, jogging dengan adik-adik, main dengan baby Mak Tam yang sudah tidak baby sangat, masak-masak, mencuba resepi baru dan kalau berkesempatan, saya nak tamatkan ilmu menjahit daripada Tok saya. Haa... Nanti bolehlah orang tempah telekung dengan saya =) Tok saya punya telekung jahit tangan cantik tau.

Manusia ini hanya merancang. Tapi segalanya Allah jua yang menentukan. Kalau ikutkan hati, ada beberapa lagi yang hendak saya senaraikan sebagai wajib, tapi saya takut untuk meletakkan harapan sebab tidak mahu nanti rasa terkilan. Yang penting, balik cuti kali ini saya tidak perlu buat praktikal (Sebenarnya malas sebab elektif saja. Cukuplah saya sudah terlalu penat dengan kepadatan masa di sini). Jadi saya ada lebih banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Tak sabarnya nak balik Malaysia. My Boleh-Land, nantikan kepulangan anak watanmu ini. Huhu~

Nota: Selamat Hari Lahir Kak Lina! Sempat ke kita jumpa nanti? Erm... Mahu itu Hafiy! Mahu tonyoh-tonyoh gomol-gomol dia :D

Thursday, May 15, 2008

Saya Mahu Jadi Kajol

Assalamualaikum wbt

Jumaat yang sudah Rusia bercuti umum sempena Victory Day yang disambut setiap 9 Mei. Hari memperingati kejayaan Rusia menewaskan tentera Jerman. Sabtu juga cuti. Ahad pula ada kelas ganti bagi pelajar-pelajar yang punya kelas pada hari Sabtu. Saya tidak ada kelas pada hari Sabtu. Jadi saya telah berkurung di dalam rumah selama 3 hari dari Jumaat sampai ke Ahad.

Ahad tengahari, saya mula resah gelisah bagai hilang punca kerana sudah terlalu lama tidak jejak-jejak tanah. Memang terperuk di dalam bilik dengan buku-buku saja. Tetapi tengahari Ahad itu saya sudah mencecah tahap maksima kebosanan. Tahu apa yang saya lakukan?

Saya menonton Hindustan secara online yang bertajuk U Me Aur Hum sambil menelaah. Ceritanya memang bagus. Menepati citarasa saya sebagai pelajar perubatan. Babak tawa-tangis-tari memang tidak dapat dielakkanlah. Sudah resminya hidup Hindustan itu tidak boleh dipisahkan dengan 3T ini. Lagunya juga saya suka. Intro filemnya saja sudah ada lagu yang kena dengan citarasa saya. Bukan lagu yang ala-ala dangdut. Tapi ada sesuatu yang membuktikan saya ini terlampau bosan.

Saya menonton filem itu sehingga tamat (durasi : 2 jam 30 minit) walaupun tanpa terjemahan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris! Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh layan sehingga habis tapi yang pasti saya faham keseluruhan cerita. Kesimpulan cerita, sayangilah isteri anda selagi anda boleh menyayanginya. Cintailah kelebihannya dan cintailah juga kelemahannya.

Hehe. Saya sengal. Sekian.

p/s: Saya bukanlah peminat Hindustan sebenarnya. Saya pernah tengok beberapa filem saja secara penuh. Nah ni dengar lagu tema filem U Me Aur Hum lakonan Ajay Devgan dan Kajol. Saya bagi 9/10 bintang untuk keseluruhan cerita (Sebab kurang menari. Moleklah sikit kan. Kalau tak, saya bagi kurang daripada ini).



Sunday, April 27, 2008

Lek-lek Je La Kan

Assalamualaikum wbt

Kalau ada yang sedar, ejaan nama Far-East Kha-Lead saya ubah dalam entri emo di bawah. Puncanya kerana saya jumpa ramai yang cuba mengakses di Google atau Yahoo Search dengan kata kunci namanya, akan terjumpa entri itu.

Disebabkan terlalu geram semalam, saya mengambil keputusan untuk bersushirama dengan Wanie. Sushi - cara mengurangkan tekanan bagi saya. Makan tidaklah banyak mana tapi bolehlah untuk melepaskan tekanan. Dalam perjalanan menuju ke Kremlin dari restauran yang kami kunjungi, emak dan ayah menelefon. Mereka pun risaukan tentang apa yang saya tuliskan. Lucu pun ada juga kali ini apabila mereka bertingkah-tingkah mahu bercakap di telefon yang disetkan loud speaker. Nasihat mereka, cool je la ye Ngah. Ye. Saya sudah cool.

Dan bertambah lucu apabila saya menjadi pengintip di blog sendiri melihat capaian-capaian ke blog saya pada hari semalam banyak yang menggunakan kata kunci Far-East Kha-Lead, awek Far-East Kha-Lead, Sarah Shukor dan Far-East Kha-Lead di Moscow dan macam-macam lagi. Ini sangat lucu ok. Siapa yang membuat carian-carian menggunakan kata kunci yang terakhir itu betul-betul buat saya tergelak. Maka disebabkan itu, saya menukar cara ejaan nama orang itu sebab saya tidak mahu entri itu ditemui dengan carian Google atau Yahoo atau apa-apa saja enjin carian yang lain. Dan saya tidak mahu blog ini kecoh dengan serangan luar. Hihi. Perasan betul.

Saya tidak mahu meletakkan link yang saya katakan itu. Terima kasih pada seorang pembaca yang memaklum pada saya melalui YM semalam dan dia juga telah menolong saya menerangkan situasi yang sebenar. Terima kasih adik Taufiq. Flickr orang itu juga dengan tiba-tiba sudah tidak boleh dibuka pagi ini, Saya rasa, dia membaca entri emo itu dan rasa bersalah. Ok cukup. Saya rasa, tak perlulah saya memanjangkan rasa marah atau semuanya ini. Saya anggap dah selesai.

Lagi satu, saya tahu dia tidak mendapat sebarang faedah pun dengan apa yang dilakukannya. Bak cara budak-budak di Moscow ni kata: Lek lek je la (relax-relax je la). Huhu. Maka, saya pun lek lek je la kan.

Malam tadi saya ada usrah dengan adik-adik usrah saya. Antara kupasannya adalah tentang masalah pengguguran sosial (social abortion) yang banyak dilakukan sekarang, pembedahan plastik atas tujuan kosmetik, maksiat yang telah diterima sebagai kebiasaan dalam kehidupan dan bermacam-macam lagi. Ehem. Jangan ingat dalam usrah tidak boleh dibincangkan semua ini ya. Usrah ni antara lain fungsinya adalah sebagai kumpulan perbincangan intelek untuk membuka minda tentang pelbagai perkara. Dan topik malam tadi walaupun kami membuat kajian utama tentang iman, tapi kupasan lanjutan ini juga sangat manarik. Oh. Sekadar berkongsi info, di universiti saya kumpulan usrah diberi jolokan RUBY. Reunion of the brilliant youth. Kami ini ikut trend kembali kembali fitrah. Tak ikut usrah atau kurang dengar tazkirah-tazkirah lepas solat semua tu, tu tak ikut trend la tu kan. Hehe.

Saya teringat perkongsian yang pernah saya kongsikan dengan seorang kawan dulu. Yang mana perkongsian inilah yang saya sampaikan semula sebagai kesimpulan kepada adik-adik usrah saya semalam. Tentang akhlak dan anak. Kita yang nanti ditentukan oleh kita yang sekarang. Mahu tak kita tengok anak-anak kita nanti mewarisi perangai buruk kita sekarang? Kalau buruk perangai kita sekarang, potensi untuk perangai itu diwarisi oleh anak-anak adalah tinggi. Ala-ala penyakit keturunanlah kiranya. Saya tidak mahu anak-anak saya nanti jadi perungut dan marah-marah. Jadi saya kena lek-lek je la kan. Hehe.


Nota:
Apa aktiviti saya dan Wanie semalam, tunggu Wanie post entrinya. Saya malas nak tulis. Nanti saya link kan ke sana ya. Tapi semalam memang penat. Tunggu ceritanya ya!

Ayah, Ngah teringatkan kawan ayah Pakcik Mat Lek. Hehe. Semalam baru je Ngah tengok flickr Uncle Wan dan tengok semula gambar-gambar time gathering 070707 tu. Best!

Saturday, April 26, 2008

Ini Entry Emo

Siapalah yang sesedap hati buat cerita kat internet pasal saya dengan Far-East Kha-Lead? Saya bukan awek, girlfriend, kekasih atau marka dia OK! Siap tepek gambar lagi. Karang saya kata tak redha karang, baru padan muka haru-biru hidup manusia tu. Pulak tu, lepas saya kaji selidik, gambar diambil dari blog ni dan dia dah masukkan dalam Flickr dia. Siap ada koleksi gambar-gambar yang semuanya dia ambil dari blog ni. Termasuk gambar-gambar lama sewaktu pertama kali diorang sampai di sini dulu. Semuanya!

Wahai manusia itu, saya sangat tidak suka dengan apa yang awak dah buat. Ikut suka sayalah kalau saya nak berkongsi cerita-cerita berbuka puasa, raya atau apa saja yang pernah kami semua beraktiviti di Moscow ni di blog saya ni. Tapi apa hak awak yang tak tahu apa-apa pergi buat gosip tu? Siap meletakkan gambar yang diambil tanpa izin dengan penerangan yang sungguh salah. Fitnah tu lebih teruk daripada membunuh.

Wahai manusia itu, kalau saya nak cari pasangan pun, saya takkan cari orang-orang ternama ni. Takde kerja la. Dan tak hingin langsung saya terhegeh pada Far-East. Cubalah fahamkan apa tu kawan yang menolong orang yang datang ke sini dengan tak tahu haram sepatah bahasa tempatan. Matanglah sikit wahai orang Malaysia yang memang suka gosip. Takde gosip, tak sah hidup.

Wahai manusia itu, saya memang marah pada awak. Marah! Sesedap hati dia je nak cakap apa. Awak tahu undang-undang tu apa tak? Kalau tak pun, awak tahu cabai merah tu apa tak?

Saturday, April 19, 2008

Kalaulah Boleh Mengidam, Saya Mahu...

Assalamualaikum wbt

Kalaulah saya boleh menyatakan 5 hadiah yang saya hajati, memang ada beberapa perkara yang terlintas. Tapi saya bukanlah orang yang sukakan barang berjenama, terlalu up-to-date atau bercitarasa tinggi. Yang akan saya senaraikan ini hanyalah barang idamanlah kiranya. Tak dapat, tak jadi masalah. Dari kecil, kami adik-beradik tak dimanjakan dengan hadiah. Setiap kali peperiksaan kalau dapat cemerlang, paling habis kami akan mendapat hadiah jam tangan, keluar makan atau... Atau apa ya? Saya pun sudah tidak ingat. Sebab memang tak dibiasakan dengan hadiah-hadiah. Kalau betullah emak ayah perlu bagi hadiah pada kami semua selepas exam, alamatnya memang setiap hujung tahun tercekiklah mereka menyusun perbelanjaan kerana semuanya menghulurkan buku rekod dengan tertera keputusan yang baik. Bagi saya, sayalah yang perlu memberi hadiah semula kepada mereka kerana mereka telah menyekolahkan saya. Dan setakat umur budak sekolah, hadiah terbaik yang boleh diberikan ialah buku rekod yang tak pernah bertukar nombor. Didoakan ini sudah menjadi hadiah terbaik untuk emak dan ayah. Ok. Mari lihat senarainya.

:: Macbook Pro 15'4 MA895 ::
Saya mula berminat dengan Macbook Pro (MP) sejak menjadi pengintip tidak rasmi di sebuah blog kepunyaan En. Batu yang sangat menarik. Setiap hari wajib saya menjenguk ke sana 4-5 kali. (Linknya saya tidak boleh letakkan. Kalau tidak, dia akan dapat mengesan siapalah silent reader di blognya itu.) Dari hari ke hari saya semakin menyukai MP. Kacak sungguh. Badan macam model gitu. Tip top. Skrin pun teramatlah menepati citarasa mata saya. Ada banyak lagilah sebabnya. Harganya sekitar RM8000++. Ini yang membantutkan impian. Tak apa. Saya tak kisah pun tak dapat. Cuma sudah jatuh cinta dengan MP.

:: Menjelajah ke Timur Tengah ::
Kalau orang lain berlumba-lumba hendak menjejakkan kaki ke Eropah, ke UK, Ireland dan negara-negara tersohor yang lain contohnya, atau hendak ke Amerika, saya tidaklah teringin sangat hendak ke sana. Lupa pula hendak beritahu. Saya belum pernah pun sampai ke UK. Ramai je yang gelakkan saya atas fakta ini. Pokoknya, saya tak teringin sangat pun. Saya lebih berminat untuk ke negara-negara di Timur Tengah. Saya lebih berminat dengan tamadun Arab. Tamadun zaman kegemilangan Islam juga melihat negara-negara yang mempunyai komuniti Islam yang tidak disangkakan. Saya teringat dahulu Mak Andak ada menyebut tentang Morocco. Saya teringin ke sana. Tapi entahlah bila. Pokok pangkalnya masa dan wang.

:: Mazda 6 ::
Kacak amat. Tak perlu cerita panjanglah. Sebab memang kacak. Tapi ini memang angan-angan sajalah. Harganya di Malaysia mencecah RM140 ribu. Membazir pula berhabis kerana kereta. Kalau nanti sudah bekerluarga, baik saya fikirkan tentang rumah dan pelaburan masa depan untuk anak-anak. Kalau kereta, pakai Wira atau Waja pun sudah ok kan.

:: Sony Ericson W54S ::
Saya pernah ceritakan di sini dahulu. Masih belum beli. Waktu telefon lama dulu rosak, saya pakai beli saja apa-apa yang sempat saya jumpa dalam lingkungan bajet masa itu. Mungkin nanti di Malaysia kalau harganya sudah turun, saya belilah. Tapi selagi telefon yang ada ini masih elok, tak kuasa saya beli yang baru pula kot. Jangan membazir.

:: Ke Air terjun dengan keluarga ::
Ini serius ni tau. Saya terkilan sebab tidak sempat ke air terjun ketika balik cuti lepas sedangkan bukannya jauh dari rumah pun. Bila tengok video ayah hari tu, rasa sebak pun ada walaupun gelaknya lagi banyak (ayah tahu kenapa Ngah gelak). Cuti nanti, wajib pergi. Memang terasa hati bila tengok gambar yang lain-lain pergi air terjun hari tu. Lupa hendak beritahu. Saya memang sukakan kawasan air terjun.

Ok. Siap. Sebenarnya ini adalah tag daripada Syam (Kid). Mari nak cerita sikit tentang Syam. Dia merupakan seorang junior yang kini menuntut di Nizhny Novgorad Medical State Academy. Mengenalinya kerana sama-sama berada dalam board PPIM-RSC. Kadang-kadang dia panggil saya KS. Tapi sekarang saya rasa dia panggil saya Kak Sarah. Makin mengenali Syam sejak bekerja bersama ketika program Simposium'07 di Kota Bharu. Waktu itu baru saya tahu tarikh lahirnya 11 Ogos dan sampai sekarang saya ingat fakta tentang tarikh lahir ini. Dia sangat handal komputer. Inilah contoh pelajar perubatan yang serba boleh.

Saya juga ditanya apakan ciptaan yang paling saya kagumi. Jika jawapannya dari skop seorang hamba, jawapan saya pastilah manusia. kerana Sang Pencipta itu telah menciptakan manusia yang sangat kompleks ini dengan sesempurnanya. Terperinci dari segala sudut. Maha suci Allah. Tapi dari segi teknologi, saya mengagumi bagaimana teknologi dalam neurosurgery dicipta. Terutamanya yang melibatkan otak. Sangat rumit dan kompleks. Apa-apapun, semuanya adalah idea kebijaksanaan kurniaan Allah.

Dan saya juga ditanya apakah yang paling tidak saya sukai. Jawapannya senang saja. Orang yang menipu dan tidak menepati waktu. Saya memang tidak suka. Lain kata, pantang betul saya dengan orang yang begini.

Saya tidak akan memanjangkan tag. Cukuplah sampai di sini. Kebetulan ada masa terluang, saya terus kemas kinikan blog untuk kali kedua pada hari ini. Bagi sesiapa yang juga tahu tentang blog En. Batu itu, janganlah dibocorkan rahsia saya ya. Sampai ke hari ini, dia tidak pernah tahu siapa saya. Huhu.

Thursday, April 17, 2008

Kembali Kepada Fitrah

Assalamualaikum wbt

Bangun Subuh pagi tadi sangat awal. Maklum sajalah. Subuh jam 4. Selesai solat, tidur semula. Kelas pagi tadi jauh hospitalnya. Selewat-lewatnya 7.45 memang sudah bertolak. Biasanya 7.30 sudah hilang dari rumah.

Pagi tadi hendak mencetak nota di mesin cetak. Dakwat pula habis. Geram betul saya. Pagi-pagi lagi sudah hitam tangan terpaksa menyuntik dakwat isian. Selesai satu kerja, basuh tangan dan hendak menggosok tudung pula. Rupa-rupanya ada kesan dakwat hitam di jari yang belum betul-betul tanggal dan apabila memegang tudung yang dikeluarkan dari almari, dakwat terkena tudung pula. Sedang menggosok, baru tersedar hal ini. Bergegas ke bilik air mencuci segera supaya dakwat tidak kekal. Alhamdulillah. Selesai. Tapi sudah macam agak terlambat pula hari ini.

7.45 selesai calow bete dan menghantar sms pada sepupu, saya kabut terus. Baru 10 tapak keluar dari pintu utama bangunan, saya berlari laju mendaki tangga balik semula ke rumah. Kena kejar anjing? Eh bukan. Sejuk sangat. Tak tercapai akal yang pagi ini terlalu sejuk. Saya lihat suhu pagi tadi 3'C. Jadi saya kira pakai jaket biasa seperti 3-4 hari sudah tidak ada masalah. Tapi silap. Jadi saya balik untuk menukar jaket. Saya capai kot labuh hitam ala-ala The Matrix. Macho? Ye kot.

Bila jalan-jalan menuju ke metro, terasa nyaman amat sebab suhu sejuk tapi saya ada kot yang macho ini. Saya kata dalam hati, nanti petang bila hendak balik hari sudah panas, pegang sajalah kot ini. Tak jadi masalah pun. Masuk metro, saya kena berdiri. Oh, tak dapat tempat duduk pun tak mengapa. Malam tadi tidur cukup. Jadi tak perlu tidur lagi. Saya baca buku di sepanjang perjalanan. Sebaik melihat bumi semula setelah hampir 45 minit berada di bawah tanah, saya terkejut. Sudah mula bersalji pula. Sedangkan seminggu yang sudah, suhu sudahpun mencecah 18'C. Ajaib kan aturan Allah. Bila Dia mahu matahari itu disorokkan, bila-bila masa saja boleh ditarikNya. Bila-bila masa saja Dia mahu titik-titik hujan digantikan dengan keping-keping salji yang seperti kapas, tiba-tiba saja langit nampak gelap berkumuluskan salji. Bumi pun kemudiannya putih.

Sambil jalan-jalan kaki kurang lebih 15 minit menuju ke hospital, saya bernasyid Keluarga Bahagia versi Saujana wanita. Seorang-seorang. Siapa kisah kan. Sebenarnya tersangat rindukan ayah dan emak. Terus saja terbayangkan nasyid ini. Layan sajalah. Blues pagi Khamis. Sekerat jalan, saya tunduk betulkan tali kasut tercabut. Bila saya dongak hendak mulakan perjalanan, saya nampak 2 orang gadis berlari-lari anak dari arah depan. Skirt pendek separas lutut, jaket nipis separas pinggang, kasut 2 inci lebih tingginya kot. Lari, lari dan lari. Kedek-kedek saja sebenarnya. Laju manalah sangat kalau dah kasutnya tinggi yang amat. Dan di hadapan saya kemudiannya ada 3-4 orang lagi yang sebegitu. Berskirt pendek. Lari-lari kecil menuju arah bertentangan.

Saya tahu kenapa mereka lari begitu. Mereka sejuk sebenarnya. Cuaca pagi tadi memang tidak disangkakan. Tiba-tiba lari dari jangkaan. Ramai yang berjaket nipis saja. Berskirt pendek saja. Berbaju pendek pula memang normal rasanya. Tiba-tiba daripada dendangan suara perasan seorang diri tadi, saya bertukar kepada gelak-gelak seorang pula.

"Ha... Padan muka. Pakai lagi pendek-pendek. Pakai lagi singkat-singkat. Dah sejuk. Kasut pulak tak boleh tak bertumit rumah 2 tingkat. Nak lari pun kena beringat. Kalau jatuh golek-golek, nanti malu muka yang tebal warna-warni tu."

Lepas itu saya beringatlah untuk berhenti gelak-gelak. Tak baik kan. Nanti saya pula yang jatuh atau apa, padan muka sendiri. Pagi tadi, Allah kurniakan akal yang waras dan sihat. Supaya lari balik menyalin kot yang sedikit tebal. Alhamdulillah juga saya hanya berkasut Sketchers dark brown-pink berbatu 3 kecil berkilat. Tapaknya leper. Pastilah boleh lari ligat-ligat balik ke rumah. Jatuh tiada masalah. Saya tak malu sebab muka saya memang tak lawa pun. Tiada warna-warni. Orang pun tak mahu pandang lama-lama.

Saya hanya berminat dengan promosi seorang kawan saya. Katanya siapa pakai ketat-ketat, tak ikut yang sepatutnya, segan berkopiah, bertudung dan sebagainya, orang tu ketinggalan zaman. Sekarang ini trendnya bertemakan kembali kepada fitrah. Siapa tak mahu rasa kuno, jom kita sama-sama buat. Kembali kepada fitrah.


Nota:
Mula hari Jumaat sehingga Selasa depan, kami semua di Moscow bercuti 5 hari. Jika dirujuk dalam takwim kerajaan Persekutuan Rusia, tiada cuti pun yang tercatat untuk tempoh ini. Jadi kami di sini bercuti apa? Huh. Saya malas hendak cerita. Sebenarnya saya benci duduk di sini kerana adanya isu ini. Dan inilah salah satu sebab kenapa saya tidak suka bulan April. Kenapalah kolot, sempit fikiran dan bodoh sombong sangat mereka ini? Ok. Saya emo pula. Tinggal dulu. Perechek....~

Tuesday, April 01, 2008

Analisis Diri

Assalamualaikum wbt

Saya hilang fokus sepanjang hujung minggu yang lalu kerana:

1. Sedang mengalami mood instability.

2. Sudah berderet 3 kali hujung minggu saya tidak berehat.

3. Terlalu berfikir tentang suatu isu. Penatnya!

4. Rasa macam otak dah penuh.

5. Rasa nak keluar dari Moscow sekejap.

6. Nak balik rumah!



Tapi, saya tahu saya tak akan:

1. Abaikan study. Terpaksa tidur 2 jam saja pun tak kisah.

2. Jadi macam Sufiah Farooq.

3. Buat perkara bodoh yang lain.



Tapi, saya akan:

1. Terus belajar terus terus terus terus!

2. Cuba baiki suatu keadaan supaya kembali seperti biasa.

3. Terus belajar terus terus terus terus!


Saya ni pelik. Jangan hiraukan saya. Sebab saya memang pelik. Ye. Saya pelik. Saya memang pelik! Bak kasi saya sushi sekotak. Saya mahu sushi Unagi dan Geisha saja. Roll tak mahu. Lain-lain pun tak mahu.

Saya sedang benci amat dengan Belanda. Dengan filem Fitna itu. Menonton video itu buat saya rasa hendak menangis dengan fitnah yang dilontarkan kepada Islam. Istighfar tak sudah-sudah saya. Jadi semua, siapa yang selalu isi minyak di Shell, guna produk Unilever, basuh baju guna sabun Fab semua tu, produk Dove, majerin Planta, suka sapu roti dengan Lady's Choice, suka makan coklat Ferrero Roche, sila-silalah berhenti sekarang. Boikot. Kuasa ekonomi boleh melumpuhkan mereka. Bro Sebol, ini kenyataan saya buat masa ini merangkap Menteri Luar dalam kabinet Bro. Tak punya banyak masa. Tapi saya harap, semua muslim dapat sama-sama meneruskan boikot ini dan semoga azab Allah yang selayaknya untuk mereka laknatullah itu.

Saya juga akan beli shower foam baru. Dove sudah tidak wangi. Tidak relevan. Wajib ditukar. Sudahlah dulu. Jumpa lagi nanti. Salam.

Sunday, March 30, 2008

Bila Saya Hilang Fokus

Assalamualaikum wbt

Semalam saya menelefon seorang kawan lama. Sekejap saja bualnya. Sebab tidak mahu telefon dihidupkan lama-lama. Dia bertanya: How's life? Saya menjawab: Well, great. It was great. Dia sedikit meninggikan suara: Was??!! Why? What with it now? Alamak. Baru saya tersedar. Saya tersilap cakap rupanya. Saya membalas: Hep hep. Sorry. I meant it to be now and forever. But my tongue just slipped out it way. Not was. It is great. Hehe. Don't worry. Itu saja perbualan muqadimahnya. Kesimpulan dari kisah ini ada dua. Pertama, otak saya serabut. Saya fikirkan hal lain, lain pula yang dijawab. Atau tidak kena cara jawabnya. Kedua, apa kena dengan Bahasa Inggeris saya kebelakangan ini? Macam makin berkarat. Karat coklat gelap. Marah betul saya. Tapi sugguh. Saya tidak suka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan berbangsa Cina di sini. Mereka makin merosakkan bahasa saja. Oni, oso, oledi. Jadi, saya buli mereka dengan bercakap Melayu. Biarkan. Biar mereka belajar lebih. Hendak berbahasa Inggeris, saya lagi suka bercakap dengan kawan-kawan dari luar. Dengan Nelyn dari Nigeria, dengan Imen dari Tuniasia (campur Arab), dengan Leila dari Iran dan dengan Deema yang berbangsa Rusia.

Saya sepatutnya fokus dengan buku-buku saya. Memang saya duduk menghadap buku dari hari Jumaat lagi tapi fokus saya kurang. Saya sudah lama tidak membuka akaun Friendster saya itu. Tapi, dalam sibuk-sibuk inilah saya tiba-tiba gatal tangan hendak mengemaskinikan Friendster saya itu. Ada dua alasan juga. Pertama kerana disebabkan saya tidak pernah ambil serius sangat dengan akaun itu, saya jarang melihat-lihat aplikasi-aplikasi yang ada. Tapi semalam tergerak hati untuk melihat 'who has grabbed your photos'. Yang ini buat saya geram. Hentah siapa-siapa saja yang sesedap hati grab gambar-gambar saya di Friendster tu. Tak berkenan sungguh saya. Saya pernah hendak membuang saja akaun di Friendster tapi memikirkan itulah medium saya boleh dijejak oleh kawan-kawan lama, jadi saya biarkan saja dulu. Jadi, semalam saya membuat operasi pembersihan. Habis saya buang semua gambar-gambar peribadi. Yang tinggal hanya sejemput. Gambar bersama keluarga, kawan baik, rakan-rakan sekumpulan dan kucing kawan saya, si Nelly yang comel.

Kedua, sebab saya dalam usaha menjejak seorang kawan lama. Kawan sekolah rendah sewaktu darjah satu dulu. Saya gunakan Friendster sebagai medium. Saya jumpa. Dan yang lebih terkejut, dia baru saja berkahwin 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Nanti bila-bila ada masa, saya hendak jejak lagi kawan-kawan sewaktu darjah satu hingga tiga yang sudah terpisah lama. Siapa lagilah yang dah berkahwin agaknya.

Saya nampak merepek dengan entri ini, kan? Sebab saya tengah tunggu Prince Charming macam dalam kisah Cinderella. Tapi tak datang-datang juga. Sebab apa? Sebab dia tak faham-faham maksud indirect action saya. Huhu. Saya memang merepek. Dalam hidup ini, takkan adanya watak begini.

Untuk Adik Aiman, tahniah sebab awak dah pandai berniaga. Bagus. Bagus. Kecil-kecil ni untungnya biarlah RM8 je. Nanti dah besar, lipat ganda untung jadi RM80K ye. Oh ye. Dulu waktu kecil-kecil pun saya pernah belajar berniaga. Emak dan ayah menggalakkan kami bermain duit dengan berniaga asam boy di tingkat bawah rumah. Ada orang yang beli tau. Ok. Ceritanya kemudian. Saya beransur dulu. Nescafe saya sudah sejuk. Macam mana nak fokus ni???

Kemas kini (4.40pm):
-Beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 4 jam. Daylight saving sudah bermula pada hari ini.
-Kenapa saya tidak fokus? Ada banyak sebabnya. Dan saya rasa, saya juga manusia normal macam orang lain. Akan mengalami rasa merudum dan tidak fokus begini.
-Saya tiada masalah langsung untuk berbahasa Inggeris. Cuma konsep blog saya lebih mengutamakan Bahasa Melayu. Dan kenapa saya tidak suka berbahasa Inggeris dengan kawan-kawan Cina kerana bahasa yang mereka guna rojak campur pasembor. Rosak. Saya tidak suka rojak dalam bahasa. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ok. Panas. Saya nak keluar ambil angin. Untuk exam praktikal pada hari esok, insya Allah sudah siap siaga cuma saya kurang semangat saja sekarang ini. Tinggal dulu.

Friday, March 16, 2007

Enjet-Enjet Semut!!!

Salam to all. Just wanna share this video to ponder together. Should we (Malays) be proud of this video? Of the facts entitled in this video? Maybe the answer is yes for certain parts but there are a few no-i-don't-agree-with-it parts here. I don't like the part telling how sexy the Malay minahs (because there are still a lot who are very good in covering aurah). I don't agree with the statement that we are slow and steady but finally we are still the winners (basically Malays are always like that but by singing in that way, I think that the singer or the lyric writer proud to be in this kind of outlook. My grandma doesn't and neither do I). I don't agree with the scene of hanging out at stalls, lepaking there, playing guitar and singing. So not agree.

Hmm... At this moment, my closest Russian friend (description in Russian: maya lubimaya ruskaya padruga), Olga Vasilevskaya aka Olya is in Malaysia. She is there to take part in the International Malay Public Speaking, Deputy Prime Minister Cup regarding Malaysian's 50th Anniversary. She has been to Malaysia for 2 times before this. And last summer, we spent time together in Tioman Island. When we were there, we did discussing about Malays and their bad behaviors (I'm totally open to share things with her because she knows a lot about Malays. She studies Malays and theirs civilizations in Institute Of Asian Languages, Moscow State University). Sincerely she told me that she likes Malays as they (we) behave like the one that is lined by Islam blended with our adat and susila, theoretically, but after knowing the true colors of the youngsters, she believes that one day, Malays would have no value anymore if the youngsters themselves don't proud to be and to preserve the values of becoming or be born as Malay Muslims.

A deep sigh here. I youtubed again to find some videos showing about 'Malays show good performances in studies and working field' but I ended up found lots of videos showing the dirtiness of the nowadays young people.

Hang Tuah once said: Takkan Melayu hilang di dunia (Malay won't ever be disappeared from the world). Will this quote remain precious forever? Ask our mind, ask our iman...

I hand up. I'll let u do the comment part whether u agree or disagree with me.

Wallahu a'lam

Friday, February 23, 2007

C for Cantik

Salam wbt

I've tried my best in looking for a few minutes to spend time for My World. But it just happened that my daily routine in February is so pack. 9am-4.30pm, 6 days a week. What a hectic month.

The 1st cycle of the sem, again, is Topography Anatomy and Operative Surgery (Topan) and Ears, Nose and Throat (ENT). But after have gone through it for 3 weeks, I finally fall in love with the operative part. 3 days ago, I did a well done job on Anastomosis of Femoral Artery operation (on a corpse of course). I now can handle instruments and do the stitch up thing very fast. For my own record, I did it in 45 minutes only. If Mr. Jaffrey knows about this, he'd regret for double-standardizing me with medical students from UK and Ireland when I was in my practical term in Temerloh Hospital, last summer. Once he knew I'm from Moscow, RUSSIA, he started to cynically let me feel that only not-enough-qualified students are here in Russia. But once he knew that I'm a government sponsored student, he no longer brought up the subject in conversation since only fully qualified students with excellent record in SPM will be offered by JPA. What a pity thing. Such thing always happened to us, medical students from Russia and Ukraine. Ok. Leave the topic aside. Let's have a look on what I want to share with 'C'.

1) See Yen Nee - My groupmate Wendy. Her surname is See that sounds as simple as C

2) Cantik - reminds me to my best cousin, Nisa (now doing medicine in UIA, 3rd year)

3) Cute - Ustaz Marzuki and Kak Erin's youngest son, Aufa wawawawawawa

4) Creative - reminds me to my cousins, Hidayah and Linda who always have great ideas in producing something with their own hands

5) Charming - my dear Farid Kamil. Been my Prince Charming ever since 5 years ago (you know why)

6) Caring - my beloved Kak Ani and Abg Wan

7) Careless - Huhu... A****H H***M

8) Chocolate - Of course Alpen Gold (purple and yellow). Other than these two, I don't eat them.

9) Cappucino - Very the very very delicious! I prefer Imen's home made cappucino with chocolate cream on top!

10) Cinta - Undescribable. But a name suddenly crosses my mind... (the reason of being in shy mode. My Prince Charming tulah kan)

11) Cucur aka Cekodok - reminds me to an auntie who sells pisang goreng and also her son

12) Cold - It's Moscow

13) Clock - My watch that is same in pattern and brand with someone in Malaysia

14) Cermin mata - I'm the freaky specky who can't live without my spect on

All after all, I prefer C for Cantik (beautiful). Rasulullah pbuh said, women are decorations of the world and the best decoration is the pious ones (muslimah solehah).

Note: Mr. Jaffrey is a good guy actually. He's the Head of Surgical Department of Temerloh Hospital aka Sultan Ahmad Shah Hospital and also a Consultant Surgeon of the Pahang State. Only for the 1st 2 days he was very numb and bias, but after he knew me well, I think he already changed his perceptions towards students from Russia generally, and me specifically. Don't judge a book by its cover okay!