Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

An Unusual Lazy Saturday

Assalamualaikum wbt


Ainul tagged me two weeks ago. As usual, I don't put much interest in doing tags. But anyway, here it goes. This is how I spend my unusual lazy Saturday.

::Do you think you are hot?
Impossible in any way.

::Upload your favourite picture of you.

::Why do you like that picture?
This is my first picture captured with a moving metro, the famous subway in Russia. I was having a day out with my buddy. She snapped this one for me.

::When is your last time you ate Pizza?
Last week. Home made pizza by Diba. I don't enjoy cheesy meals that much.

::The last song you listen to?
You Belong To Me - guitar and vocal cover by someone.

::What are you doing right now beside this?
Purposely killing my time sitting in front of my laptop doing this tag. I'm planning to go to the market to get some groceries after Zuhur.

::What name would you prefer beside yours?
Aya. A nickname given by comrades in KISAS during orientation week. It lasts still. It sounds like a Japanese name. For real, it was actually extracted out from the word 'ayam'. I know you're laughing. But there was a story lying behind this.

::People I tag.
1.Kaklong
2.Nisa
3.Hidayah
4.Linda
5.Maya

::Who is number one?
My elder sister, Kaklong. My enemy, my other half and my juxtaposed hidden soul.

::Number 3 is having relationship with?
Hidayah is my cousin. A third year undergraduate in Electrical Engineering. I don't think she dates someone at the moment.

::Say something about no 5.
Maya is my cousin (this one is from Penang side). She is my age. She works and stays with family in Shah Alam. She is a Quantity Surveyor. I don't know her that much. We know each other when we were 18. How weird it is. Again, there's a story behind this. I'm still working on to know her more, or, to introduce myself more. Nevertheless, we cope up easily and we have great sense of humor when we are together. However long the night, the dawn will break. Isn't it?

::How about number 4?
Linda is also my dear cousin. Hidayah's sister. An undergraduate in Pure Physics. She talks less than Hidayah but acts faster in everything. Except one thing. She's clumsy. She easily forgets her stuffs including the very important one.

::Who is number 2?
Nisa is my best cousin. The bestest one. She is my age. We compete in almost everything since childhood. We were like two rivals who wanted to prove who did better in exams, competitions and all. But we ended up getting the same results. We are copycat of each other. Except in two things. She's more beautiful and much taller than me. Currently she's in IIUM Kuantan completing her medical school. She was offered to do medicine in Russia too but she rejected it. There we go, in our own separated ways.

All five of them do read blogs but they don't blog. Hahaha. So, this tag basically stops here.

Note: Home is where my heart is. Nothing can't beat that. Hmm.

Thursday, December 04, 2008

Telefon

Assalamualaikum wbt


Di kemuncak musim sejuk, Isyak masuk sekitar jam 5.45 petang dan Subuh pula masuk sekitar 6.30 pagi. Menjadi kebiasaan ketika cuti musim sejuk, ramai yang solat Isyak di awal waktu, tidur awal dan bangun sekitar 8 pagi kerana masih dalam waktu Subuh.

Ketika di tahun satu, beginilah saya menikmati musim cuti. Masih budak-budak. Asyik fikir hendak tidur saja. Tambahan pula, bila tengok kawan-kawan yang lain tidur, kita pun hilang punca tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Paling habis, di malam hari kami menonton filem beramai-ramai dengan rakan se-batch, bermain Uno Card dan bagi kaki ping-pong seperti saya, sangguplah kami turun ke tingkah bawah hostel (Pushkin Hostel) semata-mata untuk bermain ping-pong sehingga jam 3 pagi.

Ketika itu, kemudahan internet hanya boleh didapati di Cyber Cafe di tingkat 4 hostel tersebut. Harganya dahlah mahal. Jadi terpaksalah berfikir dua kali untuk kerap ke sana. Tapi, perkhidmatan telefon sangat murah. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan. Ada tiga buah syarikat utama di sini. Megafon, MTC dan Beeline. Saya memilih Megafon kerana perkhidmatannya sangat murah dan ketika itu selalu berlaku crossline yang membolehkan kami menelefon Malaysia dengan percuma.

Kalau crossline sedang berlaku, habis tersebar luas di kalangan kami semua rakyat Malaysia di tingkat 13 dan 14 itu. Semua pun apa lagi. Pakat menelefon keluarga atau kawan masing-masing sementara crossline masih terjadi. Tapi kalau crossline di tengah malam buta waktu Malaysia, untuk orang seperti saya, tak dapatlah hendak menghubungi sesiapa kerana keluarga pun sedang tidur.

Megafon ketika itu menawarkan 3 pakej perkhidmatan (seperti Celcom dulu-dulu). Ada O'lite, Ultralite dan Fix. Saya menggunakan O'lite. Kosnya hanya 1 sen USD per SMS (ke mana saja) dan 3 sen USD per minit panggilan di dalam Moscow. Bagi Ultralite pula, panggilan sesama Ultralite adalah percuma. Cubalah bayangkan. Betapa murah kos penggunaan telefon kami ketika itu.

Tapi, apa kaitannya cuti musim sejuk dengan perkhidmatan telefon semua ini ya?

Hehe. Saya pernah berbual dengan seorang kawan dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi ketika musim sejuk dulu-dulu menggunakan perkhidmatan Ultralite yang percuma itu. Saya tiada Ultralite tapi berjaya meminjam abang senior sebelah bilik punya. Dan kawan saya juga tiada Ultralite tetapi dia meminjam kawannya punya. Habis berbual, hari sudah Subuh. Selesai solat Subuh, barulah tidur sepuas-puasnya. Bijak sungguh kami mengguna pakai peluang yang ada!

Sangatlah tiada kehidupan ketika itu, kan. Moscow dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Warga Malaysia di Moscow dulu dan sekarang juga sudah sangat berbeza.

Tag dari Kak Inah yang bertangguh lama dah. Gambar kandid spontan katanya. Saya ni masih tak ada kamera baru lagi. Hari tu Fareena tiba-tiba ambilkan gambar ni ketika saya bertugas di bahagian paramedik perempuan untuk Liga Futsal, kira spontan jugalah ye Kak Inah. Ini kenangan dengan Fiza Si Comel. Jangan nangis-nangis dah ye Fiza. Kita orang perempuan ni ada banyak benda yang kena beralah dan jaga =) (simbolik kegemukan yang sedang saya alami!)

Nota 1: Jangan buat macam saya ye. Orang lain bergayut boleh meninggikan diri. Saya bergayut tak tinggi-tinggi juga. Aishh...

Nota 2: Musim sejuk juga kami di sini kuat beribadah. Ramai yang rajin berpuasa sunat. Maklum sajalah. Siang pendek. Hikmahnya juga sangat bagus. Taklah cepat gemuk. Jadi apa lagi. Buat kawan-kawan di Moscow, kita lancarkan kempen puasa sunat ye. Sikitpun tak rugi untuk jasmani apatah lagi rohani. Hehe.

Tuesday, October 28, 2008

Lima Belas

Assalamualaikum wbt

Ditag lagi. Tengah-tengah malam ni saya layankan sajalah si Jinggo-Jinggo ini. Ditag oleh Farah. Siapa Jinggo? Adik saya si Adnan tu mempunyai kawan-kawan baik yang rapat sejak zaman belajar di MMU dulu. Ada 7 orang semuanya: Adnan, Adeep, Najib, Salman, Farah, Azra dan Faezah (Kak Ngah tak silap kan wahai Jinggo sekelian?). Bila ada masa lapang, saya mesti buka blog Jinggos ini. Saya suka mengikuti perkembangan zaman belajar dan kini zaman bekerja mereka. Sesungguhnya saya cemburu melihat persahabatan mereka yang sangat erat. Saya sungguh cemburu. Mari buat tag cepat-cepat. Lepas ini kena sambung baca buku. 15 perkara pelik/habit/fakta tentang saya.

1) Suka nescafe saja.
2) Tak boleh makan benda manis sangat. Terus sakit kepala.
3) Suka tengok jari orang lain.
4) Allergic to fresh red meats namely beaf and mutton.
5) Suka cuba mengingati semula mimpi sampai berjaya.
6) Tak suka orang yang tak punctual.
7) Serius dalam kelas/hospital.
8) Suka mandi tengah malam buta. Tak mahu mengantuk.
9) Saya bercakap laju. 100 km/j. Diakui ramai.
10) Bersifat ignorant yang tegar.
11) Tak pernah guna aku-engkau. Saya guna saya-awak/kamu saja.
12) Saya geli dengan orang Melayu yang suka ber I-You sesama Melayu.
13) Saya tak reti bergambar. Semua gambar saya mesti tak menjadi.
14) Apa saya rasa, saya pendam. Bukan peluah.
15) Tak suka dipuji. Saya tak reti bezakan pujian atau sindiran. Silap-silap, saya boleh jadi tak suka pada orang yang memuji itu.

Ada sedikit info tambahan hasil selongkaran berjaya di sini dan saya tak mahu tag sesiapa.

Saturday, October 11, 2008

Tag Raya

Assalamualaikum wbt

Sejak bila puasa penuh?

Mula berpuasa sejak tadika. Puasa penuh sejak darjah 1.

Pernah ponteng puasa dan apa alasannya?
Waktu darjah 3, dalam kelas Al-Quran di surau sekolah, tiba-tiba ada darah mengalir keluar melalui mulut saya. Menitis-nitis atas helaian Al-Quran. Emak datang sekolah dan bawa saya terus ke klinik. Gastrik saja, kata doktor (gastritis). Waktu itu Ramadhan. Saya terpaksa berbuka serta-merta. Tapi bila dah tingkatan 4, baru tahu rupanya saya ada gastric ulcer. Dan Ramadhan tahun lepas, ketika saya sakit teruk tu, saya tinggal 4 hari puasa kerana keadaan diri yang sangat tak mengizinkan.

Pernah bermain mercun dan bunga-api?
Mestilah pernah. Tapi saya kurang meraikan sangat benda-benda alah ni kerana masih terasa fobia saya terbakar tahun 1993 dulu. Saya main gitu-gitu aje.


Juadah yang paling disukai ketika berbuka?
Apa-apa saja yang emak masak. Saya lagi suka makanan berasaskan mee berbanding nasi untuk berbuka. Ni dulu-dulu. Sekarang, tak dapat nasi waktu berbuka, rasa longlai 1 badan. Hehe. Kalau di rumah, dulu-dulu emak mesti sediakan nasi dan lauk juga makanan seperti mee hailam atau bihun atau apa sajalah yang bukan nasi. Tapi sekarang ni, berapa orang saja yang tinggal di rumah. Emak masak yang sederhana saja. Agaknya tahun depan, meriah semulalah Ramadhan kami. Erk, ni yang buat saya nak kerja di Temerloh saja ni. Boleh tolong tengokkan adik-adik kan. *Alasan*

Lagu raya kegemaran?Beraya di mana tahun ini?
Hanya 3 lagu yang 'sentiasa hijau' di hati saya:
1) P. Ramlee - Dendang Perantau
2) Hail Amir dan Uji Rashid - Seloka Hari Raya
3) M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Beraya semestinyalah di Tanah Tsar ini. Season Finale Autumn Version =)

Pernah bertugas di Hari Raya?
Belum bekerja lagi. Setakat ni, hanya pernah mempunyai kelas di pagi raya ketika di tahun 2. Erm. Tapi pernah bertugas sebagai pencuci pinggan-mangkuk rasmi ketika hari raya. Hehe. Sebab rumah saya pastinya akan diserbu oleh saudara-mara, orang kampung dan kawan-kawan ayah sebab rumah saya merupakan lokasi lepak-lepak terbaik untuk makan laksa Penang yang best! Emak saya sangat handal membuat Laksa Penang. Sampaikan, orang tersilap sangka ingatkan ayah saya tu orang Temerloh kerana dialeknya yang dah macam orang tempatan manakala emak pula yang disangka orang Penang.

Kenangan paling manis pada Hari Raya?
Hehe. Sentiasa manis. Terutamanya raya tahun 2002 selepas tamat SPM (kali terakhir beraya bersama keluarga) dan pada tahun ini (kali terakhir beraya di Moscow).

Thursday, July 03, 2008

Kazoku

Assalamualaikum wbt

Mata belum mengantuk. Saya teringatkan tag dari Fathiyyah. Usrah Lazat Berkrim. Thia, KS dengan sesuka hatinya hendak menukar tajuknya kepada Kazoku. Kenapa Kazoku? Maksud Kazoku juga adalah keluarga. Ini Bahasa Jepun. Sewaktu sempat 2 bulan di PASUM, kami hendak memulakan sistem usrah di kolej. Memandangkan sistem AUKU yang entah apa-apa itu, segala program yang berbentuk agama adalah dilarang keras waktu itu dan sabit kesalahan akan membolehkan kami dibuang kolej. Di kolej juga ada pelajar-pelajar Ambang Asuhan Jepun yang sedang membuat persediaan untuk ke Jepun. Jadi, kami mengambil idea daripada mereka tentang perkataan Kazoku ini untuk mengaburi pihak pentadbiran. Saya masih ingat saya ada menyediakan kertas kerja ringkas yang menyatakan kononnya Kazoku ini adalah projek belajar secara berkumpulan yang digerakkan mengikut blok kolej. Untuk hidup, pandai-pandailah menipu kan. Tapi saya tidak rasa ini adalah penipuan kerana dalam setiap usrah yang dijalankan itu, ada perkongsian ilmu. Jadi, ini juga adalah salah satu daripada sistem belajar berkumpulan. Ok. Mari terus kepada tag.

Berapa lama telah sertai usrah
Saya mula tahu apa itu usrah sejak darjah 6 (1997). Jadi sudah 11 tahun lah lebih kurangnya.

Bagaimana boleh sertai usrah
Saya bersekolah agama swasta dari darjah 1 hingga 6 (Pusat Pengajian Al-Mukmin). Saya merupakan kumpulan kedua sekolah tersebut. Sewaktu saya darjah 6, kami semua mempunyai jadual Usrah yang dijalankan setiap hari Jumaat, selepas waktu rehat. Daripada sebuah program wajib sekolah untuk pelajar-pelajar tahun 6, saya mula memahami kepentingan mengikuti usrah dan kelebihan-kelebihan yang dapat daripadanya.

Ketika masuk tingkatan 1 di SMA Al-Khairiah, saya berulang dari rumah. Bukan budak asrama. Sewaktu itu, tiada program usrah yang boleh diikuti oleh pelajar yang berulang seperti saya. bagi yang tinggal di asrama, mereka ada program mereka sendiri. Sebaik naik ke tingkatan 2, saya masih lagi di sidang petang. Waktu itu saya menjadi Penolong Ketua Pengawas Petang. Saya dipanggil oleh Penyelia Petang waktu itu bertanyakan pendapat saya sebagai pelajar luar, apakah cara yang boleh dibuat untuk mengelakkan pelajar tidak datang lewat ke sekolah untuk sesi petang. Maklum sajalah. Ramai yang suka berlengah bagi pelajar asrama dan pelajar luar pula suka melepak di tembok bawah bukit sekolah dan hanya akan naik apabila pelajar sesi pagi mulai berduyum-duyun turun untuk pulang. Maka saya terlintas satu idea dan mencadangkan supaya dibuat satu sesi usrah atau tazkirah sebelum solat Zohor dan kemudian solat Zohor berjemaah terlebih dahulu sebelum kelas bermula. Idea saya diterima dan saya bersama-sama 3 orang kawan baik saya mengelolakan program itu. Mereka bertiga merupakan pelajar asrama. Fauzana (Jana), Wahida (Wida) dan Rabi'ul (Bi'ul). Yang dari luar pula ialah Zaiti dan Rushdiah (kedua-duanya adalah rakan saya sejak darjah 1 di Al-Mukmin). Sejak dari itulah masalah pelajar lewat untuk sesi petang dapat diatasi dan dapat memperkenalkan usrah kepada kawan-kawan yang langsung tidak pernah berusrah (sebab hampir 97% daripada mereka berasal daripada sekolah kebangsaan). Dan sejujurnya, di sinilah saya mula belajar menjadi Imamah untuk solat jemaah. Maklum sajalah. Saya bukannya budak asrama. Jadi tidak pernah ada kesempatan belajar menjadi Imam solat. Apabila naik ke sidang pagi pada tahun berikutnya, jika berkesempatan, saya akan menyertai sesi usrah adik-adik sidang petang di surau sekolah sebelum pulang ke rumah. Biasanya saya ada kelas tambahan. Jadi memang di surau itulah tempat saya berehat-rehat dengan beberapa orang pelajar luar yang lain selepas tamat kelas pagi.

Di KISAS pula, segalanya telah sedia ada. KISAS itu sebuah bumi yang suci dan menenangkan. Usrah yang ada di sana sangat mantap. Tapi sewaktu di tingkatan 4, perkataan 'wajib' selalu digunakan kepada kami. Sehinggakan menghadiri usrah itu juga disertai dengan 'wajib'. Kadang-kala datang rasa tidak ikhlas mengikuti usrah kerana terasa seperti dipaksa-paksa. Tambahan pula waktu itu perasaan hendak balik ke rumah terlalu tinggi. Dengan desakan yang macam-macam ini membuatkan saya rasa sebal hati. Jadual usrah saya waktu tingkatan 4 juga kurang kena dengan diri saya. Itu juga membuatkan saya rasa terbeban. Saya jadi marah dengan diri saya kerana tidak ikhlas dengan perkara yang baik begini. Bagi anak-anak Pahang di KISAS, sebulan sekali kami ada usrah bersama pelajar putera pula. Usrah ini best kerana ada bekas pelajar dari generasi-generasi sebelumnya yang datang memberikan pengisian. Semakin lama, saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan usrah saya. Sebenarnya, punca permasalahan saya ialah ketidakserasian dengan ahli usrah saya kerana ada yang hipokrit. Saya ini benci dengan orang yang hipokrit. Yang depan naqibah (kakak usrah) kami, dialah yang paling alim, tahu banyak, pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang, dia membawa walkman, membawa handphone dan berhubung dengan pelajar putera dan selalu bercerita tentang pelajar putera. Kurang gemar sungguh saya dengan orang hipokrit seperti ini. Tapi kita ni hidup kena belajar menerima orang lain seadanya. Akhirnya saya abaikan saja orang itu dan sangat gembira setiap kali tiba masa usrah. Sewaktu tingkatan 5 pula, saya seorang naqibah dan memimpin usrah pelajar tingkatan 4. Juga mempunyai usrah yang dipimpin oleh kakak tingkatan 6 atas. Juga mempunyai usrah 'kami' sendiri di kalangan ahli Tanzim Jabatan Nuqaba'. Padat sungguh jadual usrah waktu itu. Erm. Ada peristiwa pahit. Tapi tak mengapa. Sudah malas nak ingat.

Dan di Moscow, pada mulanya usrah hanyalah secara kelompok kecik pelajar batch saya yang berminat. Tidak lama kemudian, saya gerakkan usrah untuk pelajar perempuan batch saya saja. Dan kemudian, dengan adanya Amnah, kami berbincang merangka sistem usrah yang lebih tersusun dan sistematis. Amnah adalah junior saya di KISAS. Kami selalu sejiwa. Sentiasa serasi dalam bab-bab ini. Saya mendapatkan bantuan adik saudara di KISAS untuk menghantarkan buku silibus usrah KISAS kepada saya. Bermula dari situ, usrah jauh lebih tersusun rapi dan terancang sehinggalah sekarang. Termasuklah usrah naqibat. Saya gembira setiap kali dapat berusrah dengan adik-adik usrah saya dan juga ketika berkumpul bersama pada naqibah yang lain. Erm. Ada usrah yang pernah saya sertai yang saya tidak berkenan dengan caranya. Tanpa saya mengatakan sudah tidak mahu ikut, rupanya diam-diam saya memang sudah ditolak tepi. Saya tidak lagi dimaklumkan tentang waktu dan tempat usrah. Kelakar. Tapi inilah contoh 'menolak perbezaan' yang pernah saya ceritakan dulu. Ok. Abaikan. Dan jangan tanya saya apa-apa ya =) Nanti jadi isu lagi. Mati saya kena terjah dengan macam-macam soalan :p

Kenapa menyertai usrah
Pada mulanya kerana itu program wajib sekolah (waktu di Al-Mukmin). Kemudian, saya mengikuti usrah kerana bagi saya melalui usrah, saya dapat belajar sesuatu yang tidak disediakan di kelas. Ilmu yang didapati dalam usrah adalah ilmu untuk hidup sebagai Muslim dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup. Bukan diterima sebahagian yang kita mahu saja. Dan lama-kelamaan, bagi saya usrah ini adalah satu kewajipan yang boleh mendidik kita membuat persiapan rohani dan memantapkan mana-mana bahagian yang kurang. Wallahu a'lam.

5 perkara yang didapati daripada usrah
Saya tidak mahu menyenaraikan dalam bentuk nombor. Bagi saya, apa yang saya perolehi daripada usrah adalah terlalu besar dan banyak. Tapi yang utama ialah saya dapat menambah ilmu agama untuk lebih mengenali dan memahami kenapa dan bagaimana untuk menghidupkan diri dan hidup saya sebagai seorang Muslim. Kompleks tapi inilah rangkuman ilmu yang saya perolehi dengan berusrah. Dengan usrah juga membuatkan saya lebih memahami orang lain. Tidak semuanya sekepala dengan kita. Tidak semuanya faham macam yang kita faham. Tidak semuanya boleh menerima apa yang dibincangkan. Di sini kita belajar bertolak ansur, untuk menyuarakan pendapat dan cara untuk tetap memenangkan mana-mana hukum yang perlu dimenangkan (jika sedang ada pendapat yang berbeza) dengan cara yang penuh hikmah. Dan juga saya kira penting, saya belajar untuk bertoleransi dengan orang yang hipokrit. Saya belajar menjadi diri saya yang tak pura-pura. Saya jadi seperti apa yang saya cakapkan. Tak berlakon. Sebab saya tahu, saya benci dengan yang hipokrit seperti yang selalu saya jumpa dalam usrah-usrah sepanjang saya mengikuti usrah, jadi saya belajar untuk tidak menjadi begitu.

Saya yakin, kamu semua pastinya ada pengalaman yang tersendiri dalam mengikuti usrah (bagi yang pernah), kan =) Dan dalam banyak-banyak kumpulan usrah yang pernah saya sertai, saya paling terkesan dan rindu dengan rakan-rakan usrah ketika tingkatan 2 dahulu (Jana, Wida, Bi'ul, Zaiti dan Rushdiah) dan juga rakan-rakan usrah naqibah di Moscow. Kenapa? Kerana mereka semua inilah yang telah bersama saya dalam jatuh bangun 'membina' mata rantai usrah di SMA Al-Khairiah dan juga di Moscow Medical Academy (Spartivnaya). Terima kasih sahabat!

Ok. Saya tak mahu tag sesiapa. Saya kan baik hati. Huhu =) Tapi sesiapa yang ada masa dan rasa mahu berkongsi, silalah tulis dan maklumkan pada saya nanti ya.

Saturday, April 19, 2008

Kalaulah Boleh Mengidam, Saya Mahu...

Assalamualaikum wbt

Kalaulah saya boleh menyatakan 5 hadiah yang saya hajati, memang ada beberapa perkara yang terlintas. Tapi saya bukanlah orang yang sukakan barang berjenama, terlalu up-to-date atau bercitarasa tinggi. Yang akan saya senaraikan ini hanyalah barang idamanlah kiranya. Tak dapat, tak jadi masalah. Dari kecil, kami adik-beradik tak dimanjakan dengan hadiah. Setiap kali peperiksaan kalau dapat cemerlang, paling habis kami akan mendapat hadiah jam tangan, keluar makan atau... Atau apa ya? Saya pun sudah tidak ingat. Sebab memang tak dibiasakan dengan hadiah-hadiah. Kalau betullah emak ayah perlu bagi hadiah pada kami semua selepas exam, alamatnya memang setiap hujung tahun tercekiklah mereka menyusun perbelanjaan kerana semuanya menghulurkan buku rekod dengan tertera keputusan yang baik. Bagi saya, sayalah yang perlu memberi hadiah semula kepada mereka kerana mereka telah menyekolahkan saya. Dan setakat umur budak sekolah, hadiah terbaik yang boleh diberikan ialah buku rekod yang tak pernah bertukar nombor. Didoakan ini sudah menjadi hadiah terbaik untuk emak dan ayah. Ok. Mari lihat senarainya.

:: Macbook Pro 15'4 MA895 ::
Saya mula berminat dengan Macbook Pro (MP) sejak menjadi pengintip tidak rasmi di sebuah blog kepunyaan En. Batu yang sangat menarik. Setiap hari wajib saya menjenguk ke sana 4-5 kali. (Linknya saya tidak boleh letakkan. Kalau tidak, dia akan dapat mengesan siapalah silent reader di blognya itu.) Dari hari ke hari saya semakin menyukai MP. Kacak sungguh. Badan macam model gitu. Tip top. Skrin pun teramatlah menepati citarasa mata saya. Ada banyak lagilah sebabnya. Harganya sekitar RM8000++. Ini yang membantutkan impian. Tak apa. Saya tak kisah pun tak dapat. Cuma sudah jatuh cinta dengan MP.

:: Menjelajah ke Timur Tengah ::
Kalau orang lain berlumba-lumba hendak menjejakkan kaki ke Eropah, ke UK, Ireland dan negara-negara tersohor yang lain contohnya, atau hendak ke Amerika, saya tidaklah teringin sangat hendak ke sana. Lupa pula hendak beritahu. Saya belum pernah pun sampai ke UK. Ramai je yang gelakkan saya atas fakta ini. Pokoknya, saya tak teringin sangat pun. Saya lebih berminat untuk ke negara-negara di Timur Tengah. Saya lebih berminat dengan tamadun Arab. Tamadun zaman kegemilangan Islam juga melihat negara-negara yang mempunyai komuniti Islam yang tidak disangkakan. Saya teringat dahulu Mak Andak ada menyebut tentang Morocco. Saya teringin ke sana. Tapi entahlah bila. Pokok pangkalnya masa dan wang.

:: Mazda 6 ::
Kacak amat. Tak perlu cerita panjanglah. Sebab memang kacak. Tapi ini memang angan-angan sajalah. Harganya di Malaysia mencecah RM140 ribu. Membazir pula berhabis kerana kereta. Kalau nanti sudah bekerluarga, baik saya fikirkan tentang rumah dan pelaburan masa depan untuk anak-anak. Kalau kereta, pakai Wira atau Waja pun sudah ok kan.

:: Sony Ericson W54S ::
Saya pernah ceritakan di sini dahulu. Masih belum beli. Waktu telefon lama dulu rosak, saya pakai beli saja apa-apa yang sempat saya jumpa dalam lingkungan bajet masa itu. Mungkin nanti di Malaysia kalau harganya sudah turun, saya belilah. Tapi selagi telefon yang ada ini masih elok, tak kuasa saya beli yang baru pula kot. Jangan membazir.

:: Ke Air terjun dengan keluarga ::
Ini serius ni tau. Saya terkilan sebab tidak sempat ke air terjun ketika balik cuti lepas sedangkan bukannya jauh dari rumah pun. Bila tengok video ayah hari tu, rasa sebak pun ada walaupun gelaknya lagi banyak (ayah tahu kenapa Ngah gelak). Cuti nanti, wajib pergi. Memang terasa hati bila tengok gambar yang lain-lain pergi air terjun hari tu. Lupa hendak beritahu. Saya memang sukakan kawasan air terjun.

Ok. Siap. Sebenarnya ini adalah tag daripada Syam (Kid). Mari nak cerita sikit tentang Syam. Dia merupakan seorang junior yang kini menuntut di Nizhny Novgorad Medical State Academy. Mengenalinya kerana sama-sama berada dalam board PPIM-RSC. Kadang-kadang dia panggil saya KS. Tapi sekarang saya rasa dia panggil saya Kak Sarah. Makin mengenali Syam sejak bekerja bersama ketika program Simposium'07 di Kota Bharu. Waktu itu baru saya tahu tarikh lahirnya 11 Ogos dan sampai sekarang saya ingat fakta tentang tarikh lahir ini. Dia sangat handal komputer. Inilah contoh pelajar perubatan yang serba boleh.

Saya juga ditanya apakan ciptaan yang paling saya kagumi. Jika jawapannya dari skop seorang hamba, jawapan saya pastilah manusia. kerana Sang Pencipta itu telah menciptakan manusia yang sangat kompleks ini dengan sesempurnanya. Terperinci dari segala sudut. Maha suci Allah. Tapi dari segi teknologi, saya mengagumi bagaimana teknologi dalam neurosurgery dicipta. Terutamanya yang melibatkan otak. Sangat rumit dan kompleks. Apa-apapun, semuanya adalah idea kebijaksanaan kurniaan Allah.

Dan saya juga ditanya apakah yang paling tidak saya sukai. Jawapannya senang saja. Orang yang menipu dan tidak menepati waktu. Saya memang tidak suka. Lain kata, pantang betul saya dengan orang yang begini.

Saya tidak akan memanjangkan tag. Cukuplah sampai di sini. Kebetulan ada masa terluang, saya terus kemas kinikan blog untuk kali kedua pada hari ini. Bagi sesiapa yang juga tahu tentang blog En. Batu itu, janganlah dibocorkan rahsia saya ya. Sampai ke hari ini, dia tidak pernah tahu siapa saya. Huhu.

Friday, April 11, 2008

Yang Merah Itu Saga

Assalamualaikum wbt

Entri lepas agak sensitif saya kira. Komen masuk berderet-deret dan semuanya mempunyai pendapat masing-masing tentang topik itu. Buktinya, setiap orang bagaikan membuat sub-entri menceritakan pengalaman masing-masing dan menyatakan pendapat tentang topik tersebut. Terima kasih saya ucapkan pada semua yang berkongsi. Tapi maaf saya tidak mengulas satu persatu. Saya rangkumkan saja komen balas buat semua yang telah berkongsi pendapat. Semuanya bernas. Tiada siapa yang salah. Semoga kita semua belajar sesuatu daripada perkongsian itu.

Untuk mengurangkan ketegangan, saya hanya hendak menyudahkan tag daripada Kak Aleeya. Agaknya Kak Aleeya balas dendam pada saya ni. Tagnya tentang MERAH. Letakkan gambar baju, barang kepunyaan atau apa saja koleksi yang berwarna merah yang saya miliki dan terangkan kenapa saya memakai baju itu pada hari itu (kenapa memiliki barang itu). Jadi inilah gambarnya.





Gambar pertama kira-kira setahun yang lalu. Saya rasa baju itu tidaklah terlalu merah. Agak kemerah-jambuan. Gambar ini yang telah diedit untuk 1 entri lama tahun lalu. Gambar asalnya sudah tidak ada rasanya. Lupus bersama laptop lama yang rosak. Sebenarnya kebetulan saja saya pakai baju itu pada hari tersebut. Bukanlah sebab saya suka merah atau merah jambu.

Yang kedua pula ketika majlis Rumah Terbuka Tourism Malaysia Moscow 2 tahun lalu. Saya di tahun 3 waktu itu (erk... muka masih macam budak-budak). Sebenarnya bukan baju saya pun. Kebetulan ketika kami serumah bersiap-siap untuk ke rumah Kak Azizah, Pengarah Tourism Malaysia Moscow, kami bertukar-tukar baju. Saya pakai sajalah baju kurung merah ini. Sedondon dengan stokin lagi tu. Hihi. Saya tidak banyak barang peribadi berwarna merah. Baju pun, ada sehelai je kot rasanya yang berwarna merah. Itupun t-shirt universiti saya yang sentiasa bertemakan merah. Ini t-shirt sewaktu saya mewakili pingpong dalam kejohanan sukan tahun lalu. Paling habis, saya ada sikat yang berwarna merah hitam. Ha! Kalau merah saja saya kurang minat. Tapi sekiranya kombinasi merah-hitam, sangat kacak. Kak Aleeya, saya tiada kereta lagi untuk ditayangkan. Kereta kakak saya adalah. Merah juga warnanya. Baju kahwin warna merah pun tiada lagi. Tak bolehlah nak lawan akak nampaknya. Hehe.

Yang terakhir itu gambar cupcakes yang saya jumpa di internet. Saya belum pernah sentuh apatah lagi melihat dengan mata sendiri bagaimana rupanya cupcakes. Tadi adik saya Nan berjaya membuatkan saya cemburu dengan cupcakes yang dihadiahkan buat Farah sedikit masa dahulu. Huhu. Tapi saya berkenan sungguh dengan cupcakes yang ini. Itu sebab saya menggunakan avatar ini kebelakangan ini. Dan kenapa saya letakkan gambarnya? Pertama sebab ada warna merah. Kedua kerana kata-katanya yang manis.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Wednesday, March 19, 2008

Teman Ke Hospital

Assalamualaikum wbt

Semalam, abang saya yang seorang ni, yang katanya muka dia macam Rosyam Nor, dengan gembiranya telah memberikan saya tag percuma. Bila tengok tagnya, macam menarik. Jadi saya rajinkan diri untuk buat. Bro Hasrul, saya balik Penang nanti jangan lupa Pasembor ye.

Tag: (Diubah suai ikut suka hati dia je) Barang-barang di dalam beg sandang/dompet/poket/tangan.


Setiap hari saya ke hospital membawa beg sandang coklat saya tu. Kalau perlu bawa scrub dan bekal makanan, baru saya guna beg lain warna ungu pula. Jadi, dalam beg itu ada:
1) Lab coat - Wajib dibawa setiap hari.
2) Stethoscope - Harta paling berharga yang saya ada sekarang
3) Passport Malaysia - Tak bawa, silalah cari saya di balai polis terdekat.
4) Kad - Saya beli hampir sebulan lepas. Nak kirim ke Malaysia tapi betul-betul masih belum ada masa. Jadi sentiasa ada dalam beg.
5) Fail lutsinar - Saya isikan nota-nota harian. Yang telah disiapkan terlebih dahulu di rumah dan juga nota ketika di hospital. Ada buku rujukan Psychiatry, pen dakwat basah Pilot G2-05 dan cecair kertas (liquid paper).
6) Dua buah buku cerita - Yang saya akan baca bila masa rehat (jika saya tidak main Sudoku). Di Atas Sajadah Cinta adalah novel kiriman Tuan Haji Sabtu yang saya terima sebulan yang lalu. Sebuah lagi adalah buku Wahai Ananda (Wasiat Al-Ghazali Atas Pengaduan Seorang Muridnya) yang saya pinjam daripada Iman Al-Wahdy (masih ingat Iman?). Kedua-dua buku ini adalah terbitan publikasi Indonesia. Sangat menyentuh jiwa.
7) Kad pelajar - Yang saya isikan dalam pemegang kad dan diluarnya saya kepilkan bersama pas bergambar untuk memasuki bangunan rumah.
8) Buku rekod exam - Yang berwarna merah gelap itu. Di dalamnya dicatatkan semua keputusan exam saya sejak di tahun pertama.
9) Kad perpustakaan - Berwarna merah terang. Tak pernah bertukar tempat.
10) Losyen badan Body Shop - Digunakan untuk tangan saja. Bau strawberi. Saya tidak suka pakai sarung tangan ketika sejuk. Rimas. Jadi untuk mengelakkan kulit kering, wajib ada losyen.
11) Pelembap bibir Vaseline - Warna neutral. Wajib dibawa ke mana saja.
12) Ubat - Yang wajib dibawa ke mana saja. Ubat apa? Ahaaa...
13) Kunci rumah - Tapi biasanya saya tak perlu risau tentang kunci. Bila saya keluar pagi-pagi, mereka semua masih tidur lagi. Bila saya pulang, semuanya sudah ada di rumah.
14) Cermin mata kedua - Dalam bekas bewarna ungu (sebelah beg). Saya ada 2 pasang. Yang ini saya gunakan dalam keadaan tertentu saja.
15) Beg duit - Adalah sedikit duit (tak sampai seribu rubles, memang kempis je), kad-kad penting dan gambar emak dan ayah.

Di dalam poket pula, hanya ada telefon bimbit Samsung. Warna merah hati, buka tutup (flipped). Yang ini saya selitkan di dalam poket depan seluar. Telefon inilah kawan yang paling banyak berjasa mengejut bangun dan sebagainya. Dan kadang-kala telefon ni jugalah yang buat saya tiada mood.

Di tangan pula, saya memakai jam Polo San Francisco yang saya beli 4 tahun lalu. Jangan suruh saya tukar. Selagi tidak rosak hancur, saya tidak akan tukar. Saya sayang jam ini. Muka jam ini berwarna ungu gelap dan jarumnya serta numerikalnya bewarna silver. Cantik.

Saya terasa hendak melampiaskan tag ini kepada beberapa rakan yang berlainan bidang dengan saya:

1) Cikgu yang paling saya sayang - Cikgu Jawe
2) Ibu kepada si Damia yang terlampau comel - Kak Aleeya
3) Seorang yang sangat rajin belajar dan bekerja - Kak Inah
4) Kawan saya yang comel dan nun jauh di Glasgow - Mimi Amilia

Friday, March 14, 2008

7 Perkara Pelik Tentang Saya

Assalamualaikum wbt

Saya tidur awal malam tadi. Sudah makan ubat, kepala jadi berat. Pagi ini terjaga awal. Mimpi yang bukan-bukan dan tidak selesa badan. Jadi ini tag ketiga yang diberikan oleh Maddie. Saya sengaja kerap menulis sejak semalam sebab dengan menulis di sini, menjadi terapi untuk kepala yang terasa penuh dan serabut.

Tag: 7 sillies about me. Saya besarkan sedikit rangkumannya menjadi 7 weird things about me. Tapi Maddie, KS sengaja tulis dalam Bahasa Melayu. Tak membawa sebarang perbezaan pun kan. Jadi, inilah antara 7 perkara pelik tentang saya.

1) Rumah saya ada sebuah koridor di tengah rumah yang luas dan di kiri kanan koridor itu ada pintu masuk ke 5 buah bilik tidur utama, ruang tamu hadapan dan meja makan ruang hadapan. Jika dilihat dari arah dapur ke hadapan, lantai koridor yang bermarmar itu akan memantulkan silau dek kerana adanya tingkap di ruang tamu yang bertentangan dengan koridor itu. Apa yang saya lakukan? Saya tidak boleh lihat permukaan lantai itu kotor atau berhabuk sedikit pun. Permukaan marmar itu wajib berkilat. Saya sanggup menyapu berbelas-belas kali pada hari-hari ramai orang yang lalu-lalang di situ contohnya Hari Raya atau ketika ramai saudara pulang. Saya tidak boleh lihat keadaan yang tidak kemas. Saya tak kisah terpaksa mengemas banyak kali asalkan keadaan rumah sentiasa kemas. Dulu ketika ada adik yang masih kecil, permainan mereka pun tidak boleh diselerakkan sesuka hati terutamanya di laluan koridor itu. Marmar itu wajib kemas dan berkilat. Huhu.

2) Saya takut dengan nombor. Atau lebih tepat, saya takut dengan nombor selain 1. Jadi saya akan berusaha sehabis daya untuk mengekalkan pencapaian terbaik saya ketika di sekolah dulu untuk mendapat nombor 1. Ketika di tingkatan 5, saya jatuh teruk akibat terlalu aktif dengan dunia bahas saya. Saya tertekan waktu itu. Tapi itulah juga saat yang mana telah mengajar saya: Number is nothing. What do you give and get in return is what counts. Sejak dari itu, saya sudah tidak kisah dengan nombor 1. Tapi nombor 1 tetap menjadi nombor kesukaan.

3) Sejak sekolah rendah sehinggalah tamat sekolah menengah (sudah ke Asasi Sains UM rasanya), saya selalu bertanya kenapa dan mengapakah manusia mencipta nombor dan seterika? Tentang nombor, menjawab persoalan kenapa saya takut dengan nombor 1 itu. Dan tentang seterika kerana saya pengawas sejak darjah 2 lagi. Jika baju tidak kemas, itukan tidak bagus dan disiplin diri seorang pengawas itu akan dipersoalkan. Ditambah pula dengan diri saya yang tidak sukakan sesuatu yang tidak kemas, jadi menggosok baju adalah 1 kewajipan. Tapi saya malas! Saya tidak suka tapi terpaksa buat juga. Siapalah yang mencipta seterika ini. Aishh...

4) Saya sangat suka mee sup sampaikan kalau hari-hari kena makan mee sup pun tak mengapa. Pernah satu hari saya menelefon rumah, adik Aiman kata tadi dia makan di luar. Dia kata, kat situ mee sup dia sedap. Dan dia teringatkan saya. Huhu. 1 keluarga saya tahu saya sukakan mee sup. Lebih umum, saya lebih suka mee dari nasi. Senang je nak jaga saya nanti. Makan mee sup hari-hari pun saya tak kisah.

5) Jika sedang memandu, saya ada cara sendiri untuk tidak mengantuk atau marah-marah pada pengguna jalan raya lain yang tidak berhemah. Saya bercakap seorang di dalam kereta dan bermain dengan plat nombor kereta yang saya nampak. Contohnya di simpang jalan ada seorang pakcik yang membawa kereta dan tidak sedarkan saya yang menggunakan jalan utama, saya tidak akan marah-marah menggunakan hon. Saya hanya akan bercakap seorang seperti: Eh, pakcik. Pakcik je ke yang nak hidup lama? Saya tak kisah mati dulu tapi ni kereta kakak saya. Nanti saya yang kena. Ataupun saya akan berkata begini: Aik. Awak je ke yang dah ada lesen besar. Saya ni lesen tolak stroller baby je ye. Haha. Tengok keadaan. Kadang-kadang, lagi teruk yang saya repekkan. Tentang bermain dengan plat nombor kereta, saya rasa ramai yang begini. Sejak kecil, saya suka menambah nombor plat kereta yang saya nampak dan memberikan jawapannya dalam kaedah matematik Mokhda. Contohnya CAT 8897. 8+8+9+7=32. Dalam kaedah Mokhda (kaedah cepat belajar Matematik yang pernah saya ikuti sewaktu sekolah rendah, susah hendak diterangkan tapi ringkasnya, setiap nombor diwakili oleh sebutan-sebutan ringkas). Jadi jawapan akhirnya ialah CAT gawa. Jadi bila terpandangkan kereta dengan plat ini, saya akan terus terfikirkan kesimpulannya sebagai Kucing Jawa. Sesuatu yang lebih kurang maknanya. Sangat rumit tapi inilah otak saya. Contoh kedua: BCB 763 (=BCB 16) (16=tunam) akan menjadi Bank BCB dan nak bertunang. Haha. Apakah? Ikut suka hati sayalah nak buat kesimpulan yang bagaimana :p

6) Saya sangat tidak suka tuisyen. Saya pernah tuisyen sewaktu tingkatan 3 saja. Itupun atas sebab saya banyak tertinggal kelas atas urusan bahas dan syarahan. Jadi untuk mengelakkan saya tertinggal silibus, saya ikuti kelas kombo 3 subjek: BI-BA-Matematik. Tapi saya rasa macam tiada fungsi pun saya ke tuisyen. Di tuisyen, saya pernah disuruh balik saja ketika kelas Matematik kerana ujian bulanan Matematik saya di sekolah, saya mendapat 99% (Mana boleh seratus kan. Tak logik sebab jalan kerja mesti ada yang kurang, kata cikgu saya). Bila di tuisyen, saya disuruh pulang pula. Apakah? Dan dalam kelas tuisyen BA pula, saya disuruh menjadi tutor kepada 2 orang kawan. Jadi, saya ni belajar ke tidak? Musykil... Sebab itu saya tidak suka ke tuisyen. Tambahan pula, dulu tuisyen saya bermula pada jam 2 pm setiap Sabtu. Saya akan terlepas cerita Spellbinder yang disiarkan secara bersiri di TV2 pada waktu itu. Ups. Baru saya sedar. Saya layan juga cerita fiksyen sebenarnya! *senyum* Untuk anak-anak saya nanti, saya tidak melihat tuisyen sebagai 1 kewajipan. Seboleh mungkin, saya lagi suka mereka belajar dan mengulangkaji di rumah. Jika terpaksa saja, baru akan menghantar mereka ke tuisyen. Saya lihat, sekarang ini bagaikan trend pula ibu bapa hendak menghantar anak-anak mengikuti tuisyen. Kadang-kala, memang tuisyen diperlukan sebab ada sekolah yang keciciran dari segi silibus. Selagi tidak perlu, tak usahlah. Ok. Ini pendapat peribadi saya. Mungkin ada yang tidak setuju :)

7) Saya tiada selipar di rumah. Kalau hendak keluar rumah, saya akan menggunakan selipar adik-adik saya saja. Kenapa? Sebab saya tidak suka keluar rumah dan lagi suka berkurung membaca buku, melayari internet atau menonton drama mana yang ada. Mana-mana drama yang merapu, dengan percuma saja akan mendapat kutukan dari hati saya yang tulus ikhlas. Jadi, selipar yang selalu menjadi mangsa ialah selipar Aiman dan Adi. Emak saudara saya kata, saya ni Puteri Lilin. Huhu. Apa-apa ajalah.

Ok. Cukup 7. Saya rasa, saya tidaklah sepelik mana. Dan 7 perkara ini bukanlah terlalu bodoh dan tidak disangkakan, bukan?

Maddie, sorry for the lack in any that I did. And I stop the tag here. I don't know whoelse could bear doing such tag. It's tiring to think over things we always do but we don't really notice them. Hehe. Anyway, this tag makes me realize who I am for real. A half-weirdo. Hehe.

Thursday, March 13, 2008

Tempat Saya Bekerja


Assalamualaikum wbt

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah buat adik saudara saya, Liyana Che Ismail (Yana) yang telah mendapat 12A1 dalam SPM baru-baru ini. Produk KISAS juga sepupu saya yang seorang ni. Hehe. Harapnya, dapatlah dia menyambung dalam bidang Seni Bina (Architecture) seperti Abang Long dia.

Hari ini saya demam. Ubat dah makan. Badan masih panas. Saya nak rehatkan otak dengan menjawab 3 tag santai yang telah diberikan. Yang pertama adalah daripada adik saya Nan. Dah hampir setahun dia tag saya. Baru ni saya terasa nak buat. Tagnya ialah: My working station. Jadi, inilah tempat saya menghabiskan sebahagian besar masa saya. [Klik gambar untuk imej yang lebih besar]

1) Buku-buku dan sefail nota-nota untuk cycle Pediatrics ini. Nota-nota dari sem lepas yang perlu dirujuk semula sepanjang cycle ni.
2) Al-Quran dan Al-Quran terjemahan. Sebelah Al-Quran tu ada tiket balik. Huu. Dah beli dah. Bawah tu kotak hijau berisi diari yang kosong. Seekor beruang kecil yang dah berusia 3 tahun dan sekuntum bunga rampai yang dah tak wangi tapi saya sengaja simpan lagi.
3) Jadual sem ini.
4) Stethoscope, cekak rambut dan penanda buku dari Egypt.
5) Medal naib johan terbuka ping-pong uni saya pertengahan sem lepas.
6) Dua buah sajak dan doa dari kawan.
7) Koleksi keychain dari merata tempat. Termasuk skeleton kesayangan saya yang namanya Ivan Ivanovich. Hehe.
8) Bil rawatan di klinik swasta yang saya pergi waktu sakit teruk dulu. Sengaja letak di dinding supaya tak hilang sebab balik nanti boleh claim dari insurans kesihatan yang saya ada. Dan pada bil itu saya ada tulis peringatan untuk diri saya sendiri dalam Bahasa Arab (jadi housemates saya takkan faham. Hehe), alamat Alif Anwar di Adelaide dan perbelanjaan rumah yang telah didahulukan (yang belum kira untuk akaun bersama kami serumah).
9) Sajak baru yang belum ditulis ke dalam buku sajak saya. Yang ini contoh sajak yang saya sempat buat sewaktu dalam perjalanan ke hospital atau ketika di hospital. (Faaiqah, awak dah baca sajak ni =) )
10) Gambar yang diedit oleh Abang Khairil untuk birthday saya yang lalu dan sebenarnya di bawahnya ada sekeping gambar lagi. Gambar apa? Gambar berwarna oren! Takkan ada yang boleh teka punya :p
11) Gambar yang dilukis menggunakan application doodle di YM ketika online dengan seorang kawan. Saya suka sebab comel-comel gambarnya.
12) Handbooks, kamus Bahasa Inggeris dan sebuah lagi untuk Bahasa Rusia. Juga Ma'thurat, juzuk Amma yang saya sedang ulang, cermin mata ke-2 stapler dan punch.
13) Koleksi novel-novel. Ini yang terkini. Ada yang masih belum dipulang oleh junior-junior dan yang disimpan di dalam almari.
14) Losyen tangan, krim muka dan lip balm.
15) Laptop saya, teman baik saya.
16) Lampu study yang sama umur dengan permastautinan saya di sini. Dah 5 tahun dah.

Dan ini tag daripada Faresya pula. Faresya berumur 13 tahun. Jadi tagnya juga masih sangat ringkas :)

1.When did you bought your pet/pets?
I have none here. But back in Temerloh, my ayah loves cats. We have a number of them at home.

2. When is the most embarrassing moments in your life?
A mattress fell on me in front of relatives who came to visit during hari raya in Pulau Pinang. I was in standard 3 or 4 and I didn't even run away after that. But when I was 13, those relatives came again and recognized me as the-fallen-mattress girl, nah, I was so embarrassed by that calling.

3. What make you hate your favourite food all of sudden?
Nausea after a hot mug of Milo. And was phobia to take it in big amount. Or maybe I can say, I don't really drink Milo. But hot chocolate, yes I do.

4. Do you love to watch My Girl?
Have watched but do not love it.

5. Who is the first person that wish you 'HAPPY BIRTHDAY'?
My emak and ayah.

6. When is your fun moments in your life?
Forgot. Final night in KISAS perhaps. Huhu.

7. Have you ever drank oil that you think it was tea?
Never ever :D (soalan apakah ini?)

8. Do your teacher ever said to you 'You are the bad student in my class!'?
Never happened and won't ever take place insya Allah.

9. Who always make you laugh?
Laugh out loud, none. Giggle alone, yes. Dia! The one who always talk sempoi stuffs with me. Hehe.

10. Do you think you are going to marry the person you love now in the future?
Marriage is a home for two who are fated to be together. Alahai. I have no answer for this. Sorry.

For the 3rd tag, I will do it somewhere later. Sorry. Need to take some rest. Galava kruzhitsa.

Saturday, March 01, 2008

Linking Parks : Places Where I Always 'Lay-Park'

Assalamualaikum wbt

I have 4 days off before my exam on Wednesday. I wish to start focusing on the notes by midnight. For the mean time, I really want to rest, rest and rest. I owe Aizu (some people call her Intan but I used to call her Aizu since back in KISAS) a tag. She kindly tagged me with this regulation:

1. Must be clean. No X-rated sites.
2. Only FIVE links.
3. MUST tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you.
5. An active link.

1. The Star Online
Everyday I'll spend time reading latest news from this site. Sometimes up to 10 or more times I'll hop in to get the latest info. Such a weirdo. But this is me. Why do I prefer an English paper. Because they are very honest in the words picking and the story telling. I remember reading a news about Pak Lah. He was blamed for being so slow in arranging the candidates of BN eventhough the nomination day was just in 2 days to come. The sentence was: Pak Lah and Najib were slow and seemed to deteriorate.... bla bla bla. The word is slow. The meaning in Malay is lembap. What would happen if Utusan wrote an article with such word? Bungkus tikar on the spot!

2. The Access Medicine
I am sure nowadays' students are in need for technologies for their studies. The same goes to me. Lacking of in-hand references force me to have some additional materials to refer to. I personally prefer this link because of the virtual books provided are very much help. I have an account in order to let me use the site. Thank you Access Medicine. I found lot of materials from you!

3. The Internet Medical Journal
I promise myself to read at least 1 new medical journal everyday. Since somewhere in 2006, I found this blog which provides me the links to the latest medical journal/stories almost everyday. It is a simple blog. Very simple ones but the info that I gain is what I regard.

4. Imeem
My friend said, this is Pilihan Hatiku. He claims that I had influenced him to open Imeem more frequent than before. What to do friend. I have no other choice to listen to the latest songs for free. Actually, I use Imeem to litsen to my favorite playlist which contains not-so-new songs/nasyids. I started to use Imeem frequently since my previous laptop broke down and I had lost all my nasyids collection. Therefore, I pick Imeem as my source since I can listen to them with RM 0. Hehe.

5. My Email Accounts
I actively use these 2 accounts: Gmail and Yahoo! Therefore, everyday, I will/must, log in at least 3 times to check the emails. Sometimes nothing much important is waiting but this is the medium of connection for me and my parent, a few close friends and the place where I can read tazkirah everyday. There is 1 sender whom I don't know the details of him, generously sends me tazkirahs and good stories everyday via my Gmail. I treasure it so much because the tazkirahs given are very, very heart-touching and soothing the soul. I believe that some of us will just delete the emails containing long unattractive tazkirahs. Why? Do they bother you? Or do they make you feel unease? But those emails that I received via my Gmail are very, very nice, self-composed and have a good conclusion in the end. Ok. Thank you Mr. X-Men. Hehe. (I just guessed that he is a man. I'm not 100% sure actually.)

For the 3rd rule, I don't feel like continuing it actually. Hehe. Erm, maybe I would like to know the favorite links of Faresya, Fizz, Hafiz, Hayyi and Yasir? Why do I choose them? Because the 5 of them have different backgrounds of current doings and different personalities. Maybe we all can see different types of favorite links too. Mind to share?

So dear friens, these are the links of mine. The parks where I always 'lay-park' everyday.

Thursday, January 31, 2008

Tanda Ingatan Dari Mimie

Assalamualaikum wbt

Mimie Azrin membalas dendam pada saya. Saya dah kasi dia coklat, dia kasi saya tag semula. Saya pula bosan petang ni. Suka-suka untuk diri sendiri, jadi saya siapkan juga tanda ingatan tulus ikhlas dari Mimie ni.

1. Name one person who made you laugh last night?
Wanie. Dia suruh saya simpan duit untuk kawin. Ada ke patut. Dah la dah tengah malam dia cakap tu :p

2. What were you doing at 0800?
Kejut Pena bangun solat Subuh (di sini masih waktu Subuh lagi).

3. What were you doing 30 minutes ago?
Berborak pasal masa depan (beli kereta).

4. What happened to you in 2006?
Menempuhi zaman kesusahan bergelar pelajar. 3rd year memang sangat susah dan memenatkan. Dan diakhirnya menempuhi zaman kegemilangan. Semua papers excellent. Alhamdulillah.

5. What was the last thing you said out loud?
Apa korang semua ni? (saya jerit pada Pena dan Wanie yang menempel kat sini cakap pasal entah apa-apa)

6. How many beverages did you have today?
Semug nescafe saja.

7. What color is your hairbrush?
Merah hitam. Simple je. Dah lama sikat ni dengan saya tau. Ehem. Sebut pasal merah hitam, saya tahu ada orang senyum baca ni. Hehe.

8.What was the last thing you paid for?
Malam tadi pergi beli barang makan di Mini Market.

9. Where were you last night?
Dalam bilik je. Study dan belek-belek Friendster. Takde kerja betul.

10. What color is your front door?
Coklat cair. Kalau kat Malaysia, warna putih.

11. Where do you keep your change?
Dalam satu kotak mengkuang kecil kat atas meja kecil tepi katil. Kotak tu set Body Shop punya sebenarnya. Banyak sangat syiling dalam tu. Tak larat nak usung dalam purse. Huhu :p

12. What's the weather like today?
Salji mencair. Jadi macam hujan. Langit kelabu je. Saya rindu langit biru terang tang tang.

13. What's the best ice-cream flavor?
Coklat. Saya kurang makan yang lain.

14. What excites you?
SMS from family.

15. Do you want to cut your hair?
Tak mau ok.

16. Are you over the age of 25?
Saya masih muda :)

17. Do you talk a lot?
Bila rasa nak cakap, saya cakap. Tapi kat kelas, saya akan diam je.

18. Do you watch the O.C.?
Tak pernah tengok dan saya tau saya tak minat cerita-cerita macam tu.

19. Do you know anyone named Steven?
Steven? Tu adik saya tu. Haha. Takde la deknon oi. Takde sorang pun yang saya kenal nama ni.

20. Do you make up your own words?
Erm.. Takde kot. Cuma saya selalu guna beberapa perkataan yang orang lain jarang guna. Siapa boleh teka? Hehe.

21. Are you a jealous person?
Rasanya tak :) Kalau ye pun, simpan sendiri dan buat-buat matang la. Hehe.

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Acai. Haaa. Silalah senyum.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
KI. Abg Khairil la tu. Siapa lagi kan.

24. Who's the first person on your received call list?
Ada nombor sorang junior call dari airport pagi tadi waktu saya tengah tidur lagi. Sampai sekarang saya tak tahu dengan siapa saya bercakap tadi. Budak tu pun meribut je cakapnya. Huhu.

25. What does the last text message you received say?
Ikhwan. Junior saya. Bagitahu pasal masalah visa dia. Erk. Baru saya sedar saya ni pusat rujukan orang yang ada problem je dari pagi tadi.

26. Do you chew on your straw?
Saya masih waras. Roti kosong yang saya suka makan setiap kali breakfast tu jauh lebih sedap daripada straw tau. Hehe.

27. Do you have curly hair?
Takde kot dalam adik beradik saya yang kerinting :)

28. Where's the next place you're going to?
Shower. Nak mandi. Hehe.

29. Who's the rudest person in your life?
Russians in general! Huhuhuhu. Racist kan? :p

30. What was the last thing you ate?
Biskut yang saya beli malam tadi tu. Dah setengah bungkus dah. Matilah saya.

31. Will you get married in the future?
Insya Allah kalau ada yang nak.

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Anak Halal. Tengok dengan housemates kat laptop 3 hari sudah. Saya tak pernah pergi wayang pun :)

33. Is there anyone you like right now?
:)

34. When was the last time you did the dishes?
Sat tadi. Basuh cawan.

35. Are you currently depressed?
In a very good mood. Saya bukan PMS. Haha.

36. Did you cry today?
Tak. Takde kerja nak nangis eh.

37. Why did you answer and post this?
Mimie balas dendam. Jadi dia tag saya. Saya pulak bosan lepas study Therapy tadi. Hehe.

38. Tag 6 people who would do this survey.
Saya tak nak jawab soalan akhir ni. Baik kan saya. Selamatlah kamu semua kali ni :)

Monday, January 21, 2008

Hari Tag Sedunia

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya terasa terlebih masa sekarang ini. Jadi saya bermurah hati untuk melangsaikan hutang-piutang dengan beberapa orang rakan blogger. Pertamanya daripada Auntie Combi. Untuk meletakkan gambar desktop saya. Jadi, inilah dia. Saya tidak sukakan sesuatu yang serabut. Saya suka sesuatu yang plain and simple. Tiada apa-apa rahsia pun di sini ye Auntie :)


Hutang kedua adalah daripada Thirah. Tak pasal-pasal, di awal tahun 2008 lagi saya sudah ditag (yang peliknya bukan Ryn yang mengetag dulu).

[One]
Who was your last text from?

WaHi. Huhu. Dia kata dia di ofis hari ni. Tu je.

[Two]
Where was your default picture taken?

Kat Kremlin. Waktu keluar jalan-jalan sorang-sorang 2 bulan lepas.

[Three]
What's your FULL name?

Siti Sarah Binti Mohd Shukor. Tak penah hayat ada orang panggil nama penuh ni untuk kegunaan harian :p

[Four]
Your current status?

Bujang lagi. Future status: Akan kahwin satu hari nanti :p

[Five]
What is your current mood?

Lapar. Hari ni saya puasa sunat Isnin. Saya puasa dari hari Khamis lepas. Dah 5 hari dah non-stop. Macam bulan Ramadhan je rasanya.

[Six]
How old are you?

Si masam 23 (bak kata Hidayah, adik saudara saya)

[Seven]
If you could go back in time and change something, would you?

Takde apa-apa kot. Allah always knows best to put things in proper place. Jadinya, syukur ajelah.

[Eight]
What's your favorite color(s)?

Ungu. Tapi barang-barang saya banyak warna coklat cair. Layan je.

[Nine]
Ever had a near death experience?

Penah! 1 Mei 1993. Boleh baca kat entry ni.

[Ten]
Something you do a lot?

Waktu tak cuti, study sampai 9 jam duduk di kerusi dalam bilik. Waktu cuti macam ni, internet jelah.

[Eleven]
Who can you tell ANYTHING to?

Myself. Simpan sendiri je.

[Twelve]
Name someone with the same birthday as you.

Cikgu Jamaliah. Bekas guru bahas saya di KISAS dulu. Waktu birthday kami hari tu, saya mesej cikgu dan cikgu balas macam ni: Selamat hari lahir wahai puteri. Saya sayang kamu macam anak sendiri dah Sarah. Jaga diri baik-baik. Moga Allah panjangkan umur kita untuk jumpa lagi tahun ni. Cikgu Jam, saya sayang cikgu jugak!

[Thirteen]
If you could have one super power what would it be?

Boleh terbang balik Malaysia ikut suka hati.

[Fourteen ]
What's the first thing you notice about the opposite sex?

Jari tangan. Saya suka tengok jari yang runcing dan kemas. Hahahaha. Dan juga suara. Kalau auuww gitu, saya cabut! (ada kenangan pahit la lebih kurang. Ahaks)

[Fifteen]
Favorite season?

Musim durian. Huhuhu. Durian Jerantut sangat heaven gitu!

[Sixteen]
Do you still watch kiddy movies or tv shows?

Tak. Saya sangat jarang tengok TV.

[Seventeen]
What are you eating or drinking at the moment?

Saya puasa la Aci. Sat lagi berbuka nak masak asam pedas ikan je kot.

[Eighteen]
What language do you speak?

Bahasa Melayu, Inggeris, Arab (still improving), Russian (still improving) dan Bahasa Temerloh terchenta.

[Nineteen]
Describe your life in one word.

Blissful... Alhamdulillah :)

[Twenty]
Do you have any tattoos?

Saya budak baik yang hidup beragama :) Jawapan soalan, fikir sendiri.

[Twenty-one]
Who was the last person you hung out with?

Dengan Wanie petang semalam. Pergi ke Pizzerissimo. A birthday treat makan tak hengat kat sana. Lepas tu pergi ke Kremlin dan masuk Historical Museum tengok pameran emas dari seantero dunia. Nanti saya cerita ye.

[Twenty-two]
What are you thinking about right now?

Apakah caranya untuk membetulkan internet di rumah saya yang tak elok-elok lagi. Saya mati kutu bila takde internet. Dan apakah caranya untuk buat saya yakin diri, yakin hati. Banyaknya ganguan luar ni.

[Twenty-three]
What should you be doing?

Pergi pasar beli ikan untuk masak.

[Twenty-four]
Who was the last person that made you upset?

Abang-abang stream.ru yang tak aktifkan lagi internet rumah saya ni. Tukar ISP lain nanti, baru tau.

[Twenty-five]
What are you listening to?

Matta Band - Tak Bertepi (lagu ni ada dalam playlist saya sebab saya ambil daripada blog Ryn. Takde apa-apa signifikan pun lagu ni. Cuma best aje. Tak tahu pun takpe. Takde faedah sangat pun lagu ni.)

[Twenty-six]
Do you like working in the yard?

Suka! Kalau di Malaysia la. Saya akan cakar-cakar sampah dan lepas tu belek-belek bunga. Bunga pagar tepi rumah tu saya yang tanam waktu kecik-kecik dulu. Kan mak kan?

[Twenty-seven]
Who is with you?

Wanie dan Shahida (kat bilik Sha ni).

[Twenty- eight]
Do you act different around the person you like?

Entahlah. Ye kot. Tak jumpa lagi :p

[Twenty- nine]
What is your natural hair color?

Perlu ke tau? Huhuhu.

[Thirty]
Last time you were really happy?

Just now!!! Suka~


Ok. Hutang sudah selesai. Sekarang saya nak balik ke bilik nak berbuka dan lepas tu nak pergi pasar. Dan dengan rasminya, saya hendak mengetag:

Mimie Azrin, Adnan (adik saya), Salman (Abang yang tua 4 hari dari saya), Zuhdi Najib (aka Rain -fuh, perasan jugak kamu ni yek-adik saya yang lain emak, lain ayah) dan Farah (bakal adik ipar saya. Hehe). Sila buat dengan bersungguh-sungguh.

Wednesday, November 07, 2007

Cerita Tentang DIA


Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini, entry saya semuanya berunsur peribadi dan melankoli. Walau apapun yang terjadi, hidup tetap diteruskan. Sekadar ringkasan, exam PSM saya pada hari Isnin lalu Alhamdulillah dipermudahkannya. Markah juga cemerlang. Sangat banyak ujian untuk menduduki exam kali ini. Tapi Alhamdulillah. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Tidaklah akan diuji seseorang itu oleh Allah andai ia tidak mampu.

Sebaik pulang dari hospital petang tadi, di chatbox, Layla meninggalkan pesan. Ada tag yang perlu saya bereskan. Saya ke blognya untuk melihat tag yang bagaimana pula kali ini. Terperanjat kerana tagnya agak bersifat terbuka (yang mana saya agak kurang). Ini Husna punya angkaralah ni :) (Husna - Pelajar Perubatan di CUCMS. Mengenalinya ketika menyertai Program Sunathon'07. Anak kepada seorang Neonatologist yang hebat di Malaysia juga di dunia. Hidup Husna!)

Saya sebenarnya kurang berminat dengan tag-tag yang sebegini. Terasa seperti budak-budak pula. Tapi setelah difikir-fikirkan, sekali-sekala menjadi orang yang terbuka tidak mengubah fakta diri saya yang sebenar. Jadi, inilah dia Layla, Husna: 8 Ciri Pasangan Idaman. (Tajuknya saja sudah boleh buat saya tersedak. Inikan pula hendak menghuraikan satu persatu. Sangat susah. Tapi diingatkan ye. Saya malas dan tidak mahu menghurai panjang untuk setiap ciri-ciri yang ada ini.) :)

.:: Berilmu ::.
Sejak kecil, saya selalu berkata pada diri sendiri bahawa tanpa ilmu siapalah kita. Jadi takkanlah saya mahu saya seorang saja yang berilmu. Dia juga mesti berilmu. Baik ilmu agama dan juga dunia. Jadi, secara logiknya, dia mesti banyak membaca. Nanti boleh kumpul buku sama-sama :)

.:: Fokus ::.
Saya seorang yang fokus. Apa yang saya buat, saya pasti akan memberikan fokus terhadap perkara itu. Dan saya sukakan orang yang fokus juga. Kalau masih belajar, keutamaannya adalah pada pelajarannya. Kalau sudah bekerja, berikan yang terbaik dalam kerjayanya. Kalau tidak fokus, apa yang diimpi tidak akan tercapai seperti yang kita inginkan. Kalau nak berjaya, mestilah saya nak kami dua-dua berjaya.

.:: Bersukan ::.
Senang saja alasan saya. Saya suka bersukan. Saya wakil universiti dalam ping-pong. Satu masa dulu saya aktif dalam bola jaring ke peringkat negeri. Jadi, saya suka kalau dia juga terlibat dengan sukan. Tidaklah satu masa nanti jika diajak berjogging, dia menolak kerana kurang minat. Kan seronok kalau dapat bersukan bersama-sama. Kalau dia tahu bermacam-macam jenis sukan, itu satu bonus :)

.:: Boleh Diajak Berbincang ::.
Saya suka kalau dia seorang yang boleh diajak berbincang. Bukannya suka mengambil tindakan sendiri. Lagipun, ini sedikit sebanyak menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang ketua keluarga satu hari nanti. Tidaklah cakap dia saja yang betul kan :)

.:: Pandai Bawa Diri ::.
Pendek kata, jika dicampak duduk bersama-sama orang-orang tua, dia boleh membiasakan dirinya. Jika dihantar nun ke hujung dunia untuk bekerja sekalipun, dia pandai membawa dirinya dengan corak kehidupan di sana. Jika dengan keluarga saya, dia boleh menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekitar. Begitulah. Tiba-tiba saya terfikir. Saya selalu terlibat dengan kerja kebajikan di Psychiatric Center di Poliklinik Temerloh. Saya cuba membayangkan, kalau dia ikut bersama, bolehkah dia menyesuaikan diri? :) Harap dia boleh...

.:: Memahami ::.
Saya bakal bergelar seorang doktor. Di seluruh dunia, persoalannya sama. Susah berkawan dengan seorang doktor ni. Kononnya tiada masa untuk dilapangkan bersama. Itu teori dunia. Tapi praktikalnya pada diri masing-masing. Masa untuk dilapangkan bersama itu bukannya bermaksud perlu bertemu dan bersama sepanjang masa. Teknologikan ada. SMS boleh, telefon boleh, online bersama pun boleh. Saya harap dia boleh memahami diri saya yang begini. Tapi secara peribadi, saya tidak memandang kerjaya menjadi penghalang untuk mencari keserasian dan seterusnya kebahagiaan. Pokok pangkalnya pada hati masing-masing. Dan memahami yang saya maksudkan juga, dia boleh menerima diri saya seadanya. Sebab saya adalah saya yang biasa yang tidak luar biasa. Noktah.

.:: Matang ::.
Skopnya luas. Yang paling mudah, tidak perlulah cemburu-cemburu merajuk-merajuk. 1. Saya kurang pandai memujuk. 2. Apa perlunya cemburu kalau kedua-duanya tahu apa erti setia, kan :) Matang juga saya maksudkan sebagai tahu membuat keputusan dan tahu batasan. Hanya orang yang tidak matang saja kurang boleh membezakan cinta yang bagaimana yang boleh membawa ke jalan Tuhan.

.:: Manis Dan Mengambil Berat ::.
Manis dan mengambil berat?? Saya tidak jumpa istilah yang lebih tepat untuk mencirikan dia sebagai 'sweet and caring'. Tidak perlulah seorang yang romantis sangat atau kacak sekali. Dari segi wajah, cukuplah sekadar sejuk mata memandang dan gambaran wajahnya boleh memberi saya ketenangan. Dari segi layanan, cukuplah sekadar dia tahu bagaimana untuk membuatkan saya senyum dan dia mengingati tarikh-tarikh penting yang perlu tahu. Awas. Saya seorang yang sangat peka dengan tarikh-tarikh penting :) Dan cukuplah sekadar dia tahu bagaimana untuk membuatkan saya boleh bertambah rindu padanya setiap hari :)

Walau siapapun DIA dan di mana pun DIA berada, saya doakan, DIA dapat membantu saya menjadi lebih sempurna, mengingatkan saya jika saya terlupa, menegur saya jika saya salah dan menerima saya dengan seadanya. Kita hanya merancang, tapi Allah yang tentukan. Jika ditentukan DIA nanti tidak punyai ciri-ciri ini, Allah itu lebih tahu kenapa dihadiahkan saya dengan DIA yang lain dari hajat di hati :) Buat DIA, saya terima kamu seadanya, Insya Allah...

Ikutkan syarat tag, saya perlu menyatakan terlebih dahulu gender pasangan itu. Aduh. Mestilah yang berchomosome XY. Dan ikutkan syarat, saya perlu mengetag orang lain pula. Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Bagi kawan-kawan di link di sebelah, sesiapa yang rasa hendak berkongsikan ciri-ciri yang ada, bolehlah buat dan maklumkan pada saya semula ye. Juga untuk pembaca-pembaca blog ini yang punya blog tapi linknya tidak saya sertakan di sebelah. Kalau terasa ingin berkongsi, silakan. Nanti maklumkan juga jika ada yang buat tag ini ye.

Tambahan: Tiba-tiba mood saya berubah selepas membaca beberapa komen. Barangkali, saya tidak sepatutnya membuat tag ini. Terasa seperti demand terhadap Al-Khaliq. Doa adalah harapan terbaik untuk kita semua. Menjadi motivasi supaya kita boleh mencari yang terbaik dan bersyukur jika dihadiahkan yang sebaliknya.

"Jika diri tidak sehebat Fatimah, jangan impikan suami sehebat Ali Karamallahu Wajhah..."

_________________________________________________________

Hari buat dia:

66) Pandanglah pada persamaan. Janganlah pandang pada perbezaan.

Friday, September 14, 2007

8 Random Things About Me

Assalamualaikum wbt

Actually, I've been tagged (again) by Ryn Si B*ntang about 2 months ago. Due to some reasons, I couldn't complete the task during my holiday in Malaysia. And therefore, here I'm telling you : 8 Random Things About Me.

.:: Perfectionist ::.
-I just can't help myself from being an A-to-Z-no-skip type of person. If possible, I want everything around me to be in the best condition, the best achievement. In study, I'm willing to give my best to the fullest that I can. In the house, I want everything looks clean and in the best order. You name it, it will be in the list!

.:: Love Art ::.
- I love poems. Very much. My favourite poet is Pian Habib who is so simple yet comes out with meaningful melancholic poems and he delivers them in his very own style. I do write lyrics as well. Not many know about this. And now I'm revealing the fact out! I like writing short stories or maybe quite suitable to be called as almost novels. But I don't publish them. And so far, I have 5 stories of my own. And the latest art that I am into it so much is photography. I started liking photography since I started exploring photo blogs of people all over the world. Simply I can say, I can relax my stress after class by looking at those marvellous photos. Owh.. I am now usha-ing a new giant camera. Huhu. So then I can go out with Aizat to snap-snap. Maybe not now, but sooner or later, I'll buy one for sure. Plus, my buddy, Faisal, is planning up to get himself one, too. Yes!

.:: Love Reading ::.
- A bookworm, I am! I just love to! Anything. Eversince I was 6 years old, I'd started reading novels. the 1st novel I managed to finish was The Sherlock Homes' Story: The Toys. Eventhough it took months for me to finish it. Then on my 7th birthday, my Mak De gave me a serial novel, Tingkatan Satu Di Seri Melur. It's only one book of the 10-volumes-collection. Only by the age of 12, I found the rest of the collection somewhere in my town. And they were sold RM1 for 1!! So cheap! Maybe the seller thought noone would have been interested in such seasoned books. Ayah did play big role in this matter. Whenever he went to a book fair or bookstores, he will buy us a set of '5 Sekawan', '6 Penyiasat', and a few other collections. Sesame Street, we have all of them at home. All types. All volumes. All editions. Blame my mum to have made us love Sesame Street very much. I still remember one book entitled 'Eto, The Green Alien'. My sister and I used to fight to read it 1st during free time eventhough we have read it for hundred times! And the other one is 'Rumput Di Tepi Jalan'. I claimed that the book is mine. But my sister claimed it is hers. If I'm not mistaken, her book is 'Anjing Yang Malang'. But now, seriously I already forgot which one is actually mine! Huhu. And now, I love novels so very much. Either Malay or English. But I don't read cheap stories such as usual, common love stories, bla bla bla. On top of it, I read fikrah books as well as journals about science and technologies. I just don't want to be outdated.

.:: Hate Compliments ::.
- I hate compliments. When people say some to me, I just don't know how to differentiate whether they are actually a sincere compliment or an insinuation. Help me! I just don't know how to! So please don't take into heart if my expression isn't that welcoming when you, or you, or you say some compliments to me. That's why, you better don't. Hehe.

.:: Love Cooking ::.
- Simple. I love cooking. I like to try something new. What is my speciality? Ups...~

.:: Sensitive ::.
- Easily hurt by harsh words, insensitive comments, people that make jokes of me, people who talk something that I hardly understand and being ignored by people that I care.

.:: Invisible ::.
- I like to be at the back of the stage. Not at the front line. But in some cases, I've to make it work. To be at the front which actually I don't feel ease at it. And that's the reason why I like to appear invisible on my YM and MSN. Hehe.

.:: Hate Grand and Formality ::.
- I don't like grand functions with formality. What comes 1st is the content. Frankly speaking, if someone invite me to go to a formal, high class function, I will reject it without doubt. Sorry to say, I am not that type of person. A kampung girl, I am. Fullstop.

Dear Ryn, tag accomplished. You know what, I'm tired doing this task. Fuh. Tired to think of them, one by one. No tagging anymore, okay dear :)

Dear readers, I am now looking for these 2 books: The Thirteenth Tale by Diane Setterfield and Rules by Cynthia Lord. Anyone has read them? Where can I get them? Hmm... Maybe I've to spend a bit in Book House in New Arbat tomorrow. Anyone wants to join me?

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

48) -Sudah diedit kerana kesahihannya dipertikaikan. Terima kasih kepada yang menegur-

Thursday, July 19, 2007

Kali Ini RINDU Pula

Assalamualaikum wbt

Alang-alang saya ada masa yang lapang hari ini, saya hendak melangsaikan satu lagi tag yang telah diserahkan oleh Ryn Si B*ntang (lagi!). Kali ini tagnya berlandaskan idea Cik Azah. Yang jadi mangsa siapa? Saya juga. Berkenan sungguh Ryn mengetag saya. Ish ish ish. Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak perlu lagi ke hospital, jadi inilah kisahnya.

Tema tag kali ini adalah 5 perkara yang saya rindui. Jadi, inilah dia 5 perkara tersebut:

1) Zaman tingkatan 5 di KISAS
Waktu itu, kehidupan saya sangat padat dengan jadual latihan dan diskusi bahas. Setiap pagi saya akan bangun pada jam 5 dan sesi di kelas akan saya guna pakai dengan sebaiknya. Pada sebelah petang, ketika semua pelajar sedang menjalani sesi prep petang, saya pula akan terperuk di dalam bilik komputer guru atau di perpustakaan (PerKISAS) bersama ahli pasukan bahas yang lain kerana inilah masanya untuk berdiskusi. Selepas itu, pulang ke hostel untuk solat Asar dan pada waktu itulah saya dapat mengurus diri dan menyempurnakan kerja-kerja KP (Ketua Pelajar) seperti menyediakan laporan dan bertugas di meja KP berhampiran alat siaraya di Dewan Makan. Pada sebelah malamnya, jika tiada pertandingan dalam masa terdekat, maka itulah satu-satunya masa saya dapat mengulang kaji dengan berkualiti. Tapi kadang kala syahid juga di atas meja berbantalkan buku-buku. Jadual di siang hari saya sangat padat. Jadi pastilah letih. Sebaik prep malam tamat, pulang ke hostel untuk bacaan Al-Mulk dan selepas itu saya akan terus berjaga sehingga jam 2.30 pagi. Menelaah pada waktu itu sangat berkualiti saya rasakan walaupun kerap kali dapat saya dengar pelbagai bunyi yang datang untuk 'menemankan' saya study. Dan yang paling saya ingati adalah kenakalan saya sewaktu petang Sabtu dan Ahad. Saya gemar ke Gazebo, taman di hadapan pejabat, dan study di situ. Kadang-kala saya akan terserempak dengan 'Abang Pujaan' (AP) saya. Oh! Tiada siapapun yang tahu apa tingkah saya waktu itu. Segalanya menjadi rahsia peribadi. Yang kononnya bergelar AP itupun tidak pernah mengetahui akan hal ini. Oh! Nakalnya saya. Tapi pengalaman ini semualah yang saya rindukan. Saya rindukan Shuhada teman sebelah katil yang sama-sama sakit dengan saya sehinggakan boleh berkongsi ubat yang sama, Kak Nazifah (F6) dan Kak Mai(F6). Di waktu malam, Kak Nazifahlah yang menjadi telefon karat yang menyampaikan cerita perihal AP. Semoga AP selamat dalam chambering yang sedang dilakukannya.

2) Di Pertandingan Debat Piala Terbuka UIAM Kali Pertama 2002
Yang saya maksudkan adalah di peringkat akhir pertandingan tersebut. Ada satu insiden 'berani mati' yang telah saya lakukan. Kebetulan AP datang beserta pasukan penyokong KISAS yang lain. Jeng jeng jeng. Dan dengan ini diumumkan bahawa selepas pasukan kami menjuarai petandingan itulah merupakan kali pertama kami bertegur sapa! Jangan salah faham. Sekadar ucapan tahniah. Itu saja sebenarnya. Huhu. Oh! Terasa lucu pun ada. Tapi inilah antara yang saya rindui. Kerana kalaulah saya dapat keluarkan hati saya pada waktu itu, pasti semua dapat melihat betapa hati saya penuh dengan bunga-bungaan dan kalaulah dapat saya keluarkan perut saya pula, pasti semua akan tergelak kerana betapa perut saya mengecut dengan amat dahsyat. Ya Rabbi...

3) Zaman Kursus Persedian di Intec
Durasi masa di Intec sangatlah singkat. Kurang 3 bulan tempohnya. Tapi dalam tempoh inilah saya belajar bermacam-macam perkara dan macam-macam juga yang telah terjadi dalam hidup saya. Dengan kehadiran Faiq yang sentiasa ada bersama saya, saya rasa dunia ini terisi. Waktu inilah saya mula berjinak-jinak menjadi teman baik handphone saya. Bukan setakat atas urusan rasmi yang banyak saya kena uruskan waktu itu, juga atas urusan peribadi yang manis-manis dan kelat-kelat untuk diingagti. Oh! Rindunya waktu itu. Seronok walaupun sebentar cuma saya merasai student life di Malaysia.

4) Makan di KFC Seksyen 18, Shah Alam
Paling saya rindukan saat itu! Tapi memang tak mungkin akan dapat berulang. Setakat hendak pergi makan saja-saja bolehlah. Tapi keberhargaan waktu itu tidak boleh diganti dengan detik yang lain! Sebab apa berharga? Sebab AP-nya datang. Nak telan makanan pun tak boleh. Ngahaha. *koya betul saya ni*

5) Saat hendak berlepas buat kali pertama ke Moscow (di KLIA pada 1/10/2003)
Ikutkan logik, mestilah sedih hendak berpisah dengan keluarga untuk ke Moscow. Tapi lain pula bagi saya. Saya rindukan suasana itu. Saya masih ingat lagi pada hari itu saya diberi kebenaran untuk menyelongkar inbox handphone seseorang dengan keizinan. Inilah keistimewaan orang yang hendak pergi jauh. Mintalah apa saja. Insya Allah akan ditunaikan jika tidak keterlaluan. Dan saya sangat gembira malam itu walaupun kesudahannya saya menangis juga apabila kelibat keluarga dan rakan-rakan hilang dari pandangan. Juga kelibat tuan handphone yang saya selongkar inboxnya itu. Maafkan saya.

Itulah 5 perkara yang saya rindui. Saya tidak mahu memanjangkan tag ini. Tapi seandainya ada diantara kamu yang terasa hendak berkongsi perkara-perkara yang dirindui, sudi-sudilah untuk mengkhabari saya setelah selesai membuatnya.

Nota: Aishh... Kelima-lima perkara yang saya rindui ini ada AP. Apa kes ni? Jangan salah faham. Saya berani menyebut tentang AP di sini kerana saya yakin dia tidak tahu bahawa dirinya AP dan yang paling utama dia tidak mengetahui kewujudan blog ini. Lagi pula, itu hanyalah kisah zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu. *LEGA+SENYUM*

___________________________________________________________________

Hari buat dia:

35) Tajam akal adalah hadiah dari Allah untuk menguji dari mana kita mendapat batu asahannya dan kemana kita gunakan ketajamannya itu. Adakah kedua-duanya dari dan ke jalan yang diredhai.

Kenapa Saya Sukakan Kamu

Assalamualaikum wbt

Saya ditag lagi. Dan kali ini angkara Ryn Si B*ntang. Tagnya mudah saja. Ceritakan tentang 4 orang yang saya suka beserta alasan. Dan sekiranya saya hendak mengetag orang lain pula, saya hanya perlu maklumkan kepada orang itu bahawa mereka telah ditag.

Maka, dengan jujurnya saya senaraikan siapakah yang saya suka (ahli keluarga adalah terkecuali):

NURUL FAAIQAH JAINUDDIN (FAIQ)
-Dia ni kawan baik sejak tingkatan 4 di KISAS. Kami sekelas di kelas 4 Sc 5 dan 5 Sc 7. Kami pernah berjanji kalau ditakdirkan kami masuk ke kelas yang telah dirombak (streaming class), kami hendak duduk sebelah menyebelah. Dan sememangnya kami duduk berempat di kelompok meja di pintu belakang kelas. Dulu aktiviti dalam kelas mesti kami lakukan bersama termasuk tidur sewaktu kelas BM. Kami berdua tersengguk-sengguk secara berjemaah. Cikgu BM kami adalah Cikgu Jam. Dia adalah cikgu bahas saya. Dia pun tak kisah melihat kami begitu. Apa nak buat kan, Faiq. Dah ngantuk. Layan ajelah. Tapi tidaklah sampai melepek di atas meja. Sehingga di ASASI Sains UM (PASUM), kami masih bersama. Sama blok hostel dan sama aras. Selalu berkumpul di suru bersama-sama. Lalu berpindah pula ke Intec setelah kami mendapat tawaran JPA. Sama blok hostel bezanya cuma lain pintu masuk. Tapi kami selalu berjumpa. Makan pun bersama-sama. Buka puasa pun bersama-sama. Buka puasa yang paling tak boleh dilupakan adalah pada 1/7/2003 di mana Faiq menjadi saksi saya yang sedang makan dan tiba-tiba mendapat mesej, terkejut lalu jatuh dari kerusi dan handphone saya jatuh berderai. Saya yakin, Faiq ingat semuanya ini. Setiap kali balik bercuti di Malaysia, kami akan berjumpa. 1 lagi kenangan adalah pada 1/8/2004. Kali ini saya pula yang menyaksikan detik-detik kebahagiaan dia. YM sentiasa menjadi penghubung kami berdua. Juga SMS dan lagi klasik, Faiq pernah megirim surat buat saya dari Cairo. Surat itu masih saya simpan beserta buku-buku yang dikirimnya. Faiq seorang yang sangat menyimpan rahsia, sentiasa terseyum dan sebolehnya cuba untuk membantu menyelesaikan masalah saya. Teringat pula sewaktu saya ke Egypt. Sebaik bertemu Faiq sewaktu di Abbasiah, kami berpelukan setelah setahun lebih tidak bertemu. Dan ketika di Alexanderia, kami berjalan berdua ke sana ke mari dan berperangai seperti budak-budak yang telah lama tidak kami lakukan. Faiq, saya sayang awak! Sangat-sangat!

NUR ANISA ANUAR
-Inilah Kak Ani yang sering saya sebut-sebutkan. Senior merangkap jurulatih bahas dulu. Kak Ani sinonim namnya dengan Abg. Wan. Mereka berdua ini banyak menyimpan segala macam kisah yang tejadi pada saya dulu-dulu. Maklum sajalah. Budak mentah. Mestilah perlukan nasihat orang tua-tua. Ketika itu, Kak Ani masih lagi belajar di UIA dalam jurusan Undang-undang. Mahallahnya selalu menjadi tepat saya 'menyeludup' ketika datang ke UIA. Dan kini Kak Ani bekerja di Petronas Kerteh. Saya sayangkan Kak Ani seperti kakak sendiri kerana dia seorng yang menyimpan rahsia, tabah, suka belanja orang lain terutamnya dalam bab makan dan Kak Ani merupakan orang yang akan cuba utuk memahami perasaan orang lain dengan sebolehnya. Bagi saya, Kak Ani tidak layak untuk disakiti. Kak Ani, saya sayang Kak Ani.

AHLI RUMAH 205
-Saya tau tak adil saya menggolongkan mereka sebagai 'seorang'. Tapi hakikatnya saya sangat suka akan mereka. Emy, Pena, Wani, Fatt dan Diba. Hidup saya di Moscow bermakna kerana adanya mereka. Cuti-cuti begini, saya rindukan mereka. Biasanya setiap hari, ada saja jenaka yang mereka kenakan pada saya. Lebih-lebih lagi ketika musim exam yang lalu. Setiap hari ada saja gelaran yang mereka berikan kepada saya termsuk tikus mondok, si ulat dan hentah apa-apa lagi. Oh, sungguh! Saya pasti akan rindukan mereka apabila telah tamat nanti. Sungguhpun mereka muda dua tahun dari saya, tapi kami semua bagaikan sebaya saja. 205 memang best!

NO NAME
-Ingat senang ke nak buat tag ni? Saya sangat kekurangan kawan dalam dunia nyata. Jadi sangat susah untuk saya senaraikan siapa yang saya suka sebab jawapannya sangat terhad. Jadi saya khaskan yang keempat ini untuk kamu semua kerana bagi saya, saya sukakan kamu semua! Siapa kamu semua itu? ITU! Yang tersenarai disebelah kiri blog ini. Dan ada beberapa yang tiada dalam senarai itu seperti 13May, Sunan Jati, DD, Azwan, Alia MMU dan Wani Nizhny yang masih belum sempat saya letakkan link mereka di situ. Juga yang hanya mengintip-ngintip secara diam di blog ini. Juga yang kadang-kala ada meninggalkan komen seperti Oneib. Juga seorang sahabat yang selalu menghubungi saya melalui Friendster message yang jika tak kerana dia, Friendster saya seperti tiada gunanya. Juga abang-abang saya yang best iaitu Abang Khairil dan Abang Zam. Saya sayang kamu semua! Sungguh!

Dan dengan ini saya hanya hendak mengetag 2 orang saja iaitu:
- Wani
- Pena
Sebab teringin nak tahu siapalah yang kamu suka. KS kot. *senyum*

_____________________________________________________________________________________

Hari buat dia:

34) Prihatin adalah apabila pandangan, teguran dan kasih sayang diadun dalam satu.