Wednesday, November 07, 2007

Cerita Tentang DIA


Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini, entry saya semuanya berunsur peribadi dan melankoli. Walau apapun yang terjadi, hidup tetap diteruskan. Sekadar ringkasan, exam PSM saya pada hari Isnin lalu Alhamdulillah dipermudahkannya. Markah juga cemerlang. Sangat banyak ujian untuk menduduki exam kali ini. Tapi Alhamdulillah. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Tidaklah akan diuji seseorang itu oleh Allah andai ia tidak mampu.

Sebaik pulang dari hospital petang tadi, di chatbox, Layla meninggalkan pesan. Ada tag yang perlu saya bereskan. Saya ke blognya untuk melihat tag yang bagaimana pula kali ini. Terperanjat kerana tagnya agak bersifat terbuka (yang mana saya agak kurang). Ini Husna punya angkaralah ni :) (Husna - Pelajar Perubatan di CUCMS. Mengenalinya ketika menyertai Program Sunathon'07. Anak kepada seorang Neonatologist yang hebat di Malaysia juga di dunia. Hidup Husna!)

Saya sebenarnya kurang berminat dengan tag-tag yang sebegini. Terasa seperti budak-budak pula. Tapi setelah difikir-fikirkan, sekali-sekala menjadi orang yang terbuka tidak mengubah fakta diri saya yang sebenar. Jadi, inilah dia Layla, Husna: 8 Ciri Pasangan Idaman. (Tajuknya saja sudah boleh buat saya tersedak. Inikan pula hendak menghuraikan satu persatu. Sangat susah. Tapi diingatkan ye. Saya malas dan tidak mahu menghurai panjang untuk setiap ciri-ciri yang ada ini.) :)

.:: Berilmu ::.
Sejak kecil, saya selalu berkata pada diri sendiri bahawa tanpa ilmu siapalah kita. Jadi takkanlah saya mahu saya seorang saja yang berilmu. Dia juga mesti berilmu. Baik ilmu agama dan juga dunia. Jadi, secara logiknya, dia mesti banyak membaca. Nanti boleh kumpul buku sama-sama :)

.:: Fokus ::.
Saya seorang yang fokus. Apa yang saya buat, saya pasti akan memberikan fokus terhadap perkara itu. Dan saya sukakan orang yang fokus juga. Kalau masih belajar, keutamaannya adalah pada pelajarannya. Kalau sudah bekerja, berikan yang terbaik dalam kerjayanya. Kalau tidak fokus, apa yang diimpi tidak akan tercapai seperti yang kita inginkan. Kalau nak berjaya, mestilah saya nak kami dua-dua berjaya.

.:: Bersukan ::.
Senang saja alasan saya. Saya suka bersukan. Saya wakil universiti dalam ping-pong. Satu masa dulu saya aktif dalam bola jaring ke peringkat negeri. Jadi, saya suka kalau dia juga terlibat dengan sukan. Tidaklah satu masa nanti jika diajak berjogging, dia menolak kerana kurang minat. Kan seronok kalau dapat bersukan bersama-sama. Kalau dia tahu bermacam-macam jenis sukan, itu satu bonus :)

.:: Boleh Diajak Berbincang ::.
Saya suka kalau dia seorang yang boleh diajak berbincang. Bukannya suka mengambil tindakan sendiri. Lagipun, ini sedikit sebanyak menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang ketua keluarga satu hari nanti. Tidaklah cakap dia saja yang betul kan :)

.:: Pandai Bawa Diri ::.
Pendek kata, jika dicampak duduk bersama-sama orang-orang tua, dia boleh membiasakan dirinya. Jika dihantar nun ke hujung dunia untuk bekerja sekalipun, dia pandai membawa dirinya dengan corak kehidupan di sana. Jika dengan keluarga saya, dia boleh menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekitar. Begitulah. Tiba-tiba saya terfikir. Saya selalu terlibat dengan kerja kebajikan di Psychiatric Center di Poliklinik Temerloh. Saya cuba membayangkan, kalau dia ikut bersama, bolehkah dia menyesuaikan diri? :) Harap dia boleh...

.:: Memahami ::.
Saya bakal bergelar seorang doktor. Di seluruh dunia, persoalannya sama. Susah berkawan dengan seorang doktor ni. Kononnya tiada masa untuk dilapangkan bersama. Itu teori dunia. Tapi praktikalnya pada diri masing-masing. Masa untuk dilapangkan bersama itu bukannya bermaksud perlu bertemu dan bersama sepanjang masa. Teknologikan ada. SMS boleh, telefon boleh, online bersama pun boleh. Saya harap dia boleh memahami diri saya yang begini. Tapi secara peribadi, saya tidak memandang kerjaya menjadi penghalang untuk mencari keserasian dan seterusnya kebahagiaan. Pokok pangkalnya pada hati masing-masing. Dan memahami yang saya maksudkan juga, dia boleh menerima diri saya seadanya. Sebab saya adalah saya yang biasa yang tidak luar biasa. Noktah.

.:: Matang ::.
Skopnya luas. Yang paling mudah, tidak perlulah cemburu-cemburu merajuk-merajuk. 1. Saya kurang pandai memujuk. 2. Apa perlunya cemburu kalau kedua-duanya tahu apa erti setia, kan :) Matang juga saya maksudkan sebagai tahu membuat keputusan dan tahu batasan. Hanya orang yang tidak matang saja kurang boleh membezakan cinta yang bagaimana yang boleh membawa ke jalan Tuhan.

.:: Manis Dan Mengambil Berat ::.
Manis dan mengambil berat?? Saya tidak jumpa istilah yang lebih tepat untuk mencirikan dia sebagai 'sweet and caring'. Tidak perlulah seorang yang romantis sangat atau kacak sekali. Dari segi wajah, cukuplah sekadar sejuk mata memandang dan gambaran wajahnya boleh memberi saya ketenangan. Dari segi layanan, cukuplah sekadar dia tahu bagaimana untuk membuatkan saya senyum dan dia mengingati tarikh-tarikh penting yang perlu tahu. Awas. Saya seorang yang sangat peka dengan tarikh-tarikh penting :) Dan cukuplah sekadar dia tahu bagaimana untuk membuatkan saya boleh bertambah rindu padanya setiap hari :)

Walau siapapun DIA dan di mana pun DIA berada, saya doakan, DIA dapat membantu saya menjadi lebih sempurna, mengingatkan saya jika saya terlupa, menegur saya jika saya salah dan menerima saya dengan seadanya. Kita hanya merancang, tapi Allah yang tentukan. Jika ditentukan DIA nanti tidak punyai ciri-ciri ini, Allah itu lebih tahu kenapa dihadiahkan saya dengan DIA yang lain dari hajat di hati :) Buat DIA, saya terima kamu seadanya, Insya Allah...

Ikutkan syarat tag, saya perlu menyatakan terlebih dahulu gender pasangan itu. Aduh. Mestilah yang berchomosome XY. Dan ikutkan syarat, saya perlu mengetag orang lain pula. Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Bagi kawan-kawan di link di sebelah, sesiapa yang rasa hendak berkongsikan ciri-ciri yang ada, bolehlah buat dan maklumkan pada saya semula ye. Juga untuk pembaca-pembaca blog ini yang punya blog tapi linknya tidak saya sertakan di sebelah. Kalau terasa ingin berkongsi, silakan. Nanti maklumkan juga jika ada yang buat tag ini ye.

Tambahan: Tiba-tiba mood saya berubah selepas membaca beberapa komen. Barangkali, saya tidak sepatutnya membuat tag ini. Terasa seperti demand terhadap Al-Khaliq. Doa adalah harapan terbaik untuk kita semua. Menjadi motivasi supaya kita boleh mencari yang terbaik dan bersyukur jika dihadiahkan yang sebaliknya.

"Jika diri tidak sehebat Fatimah, jangan impikan suami sehebat Ali Karamallahu Wajhah..."

_________________________________________________________

Hari buat dia:

66) Pandanglah pada persamaan. Janganlah pandang pada perbezaan.

65 comments:

Anonymous said...

:)

Shazwani Adnan said...

salam..
wahwah.. ks.. hebat2!
harap2 DIA ade semua ciri tu.. betul gak ckp ks, bia muka tu sejuk mata memandang tp hati mahu baik punye..

Kene gak memahami kita.. kalo xpaham, tu yg asyik gaduh tetiap hari.. harap2 DIA nanti tidak begitu..


*mmg harap sgt si DIA boleh bwk kita ke jalanNya*

Husna said...

ks..

u dun need to write tht in the intro (maluuuu kotttt - lariii nyorok). seriously. since abah srh jadi paeds jgk but tnk, we shall wait for the o&g cum fertility specialist cum neonatologist cam addisons of greys anat (very much greys anatomized!), aci tak? tak tau la logic ke tk but one can dream. haha

act nk tag ks directly tp tgk2 list dah ckp 8 apelagi suruh la layla.kate bestfriend ngn layla skng.

anyway u wrote abt looking at the persamaan rather than the differences, i think we hv to look at both. if wer aware of the differences only then we can know when n where to complement each other. in the end loving is abt completing and complementing each other, more importantly someone who can luv u even for ur flaws and weaknesses.

dun let me talk bt this, i hv loads of theories in my head. (gelak besar)

the opposite of love is not hate, its indifference ? (sthing to ponder upon)

Mohd Hazreen Rashid said...

ahaha, nie macam malas fikir je, apa ada pada diri, itulah yg perlu ada pada pasangan....
kasi la detail sket...gaji pasangan idaman ker...belas2 ribu ke, puluh2 ribu ke...mueheheh...

.layla tumaisuri. said...

yeay! ks dah bwat!

like husna said..takyah intro tuh.. wawawa..sungguh straight!

thanx for ur comments in my blog.
ks doakan yg terbaik tuk layla k?
i really hope for the best!

i'll doakan for ks gaks!

*hugsss*

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua...

Faiq:
:) :) :)

Wanie:
harapnya mcm tu la kan. berbeza tu x pe. yg berbeza tu yg ikat kita sbnarnye (huhuhu...cam x caya je ks cakap mcm ni). tang muka plak, sejuk mata memandang tu very subjective to each of us. cukupla bg ks bila pandang dia (or tgk gmbar dia), bu=oleh buat ks rasa dekat dgn dia n sejukkan hati.
wanie rajin ke nak buat tag ni? :)

Husna:
tak kira.. tamau edit. nak biar je intro tu. hihi. oo..camtu ke kisahnye. kalau la tau, hri tu tak komen kt situ so that bleh la amik sikap berkecuali. huhu.
yg pasal kata2 tu, actly utk apply dlm dakwah. klu nak ajak org ikut kita buat buat, jgn opandang pd perbezaan pd org tu, tp pandang pd persamaan yg bleh kita cari dgn org tu. but when it comes to love, hmm.. kadang2 bleh apply. kadang2 x leh. tp kalau kita pikir konsep dia mcm yg utk dakwah tu, so bleh la di apply. maksudnya, walaupun ada benda yg kita rasa kita jauh beza dgn dia, tp hati sayang kt dia, so abaikan perbezaan tu. try looking at d similarities. org kata, tolak ansur n saling memahami. isshhhh.. sy olah banyak2 ni mcm well experienced je. padahal, yillek! u go husna! ur thoughts r alwys welcome here :)

Hazreen:
uiks uiks.. ks tak metarealistik. huhu. lg pun, pasal gaji sume tu, nnti sama2 tolong la utk family. baru la bahagia :) yeehee :D

Layla:
intro tu wajib. hehe. thnks for evrythg ya layla. my pray alwys wit u.. hugs from spartiv to u too dear.
p/s: layla..its cold.. ks sakit2 badan. sad i cant hug u for real :(

Shazwani Adnan said...

"wanie rajin ke nak buat tag ni? :)"

kene tgk dulu la ks. klo rajen, nnt wanie bgtau! kene pk dulu la dr sekarang klo nk buat! =P

Noor Aida said...

ngangah......siapa jua pasangan kita......percayalah itulah yg terbaik buat kita yg telah ditentukan oleh ALLAH. Lazimnya sukar utk mencari pasangan yg mempunyai citarasa sama sebab perkahwinan itu mesti complement each other. Kalau seorang kurang sabar....pasangan kita mesti penyabar orgnya kalau sama sabar2....alam perkahwinan akan sejuk dan slow le...ha.ha... kalau tidak memenuhi semua ciri2 yg kita idami...satu ciri yg amat penting ialah agamanya. Apa pun ....kalau tidak sama pun...anggaplah itu dugaan ALLAH yg amat sayang pd kita.

MakcikMuda said...

aahhh !

x ku sangka ~

ahhahahhahaha !

selepas ini,ramailah para jejaka yang mpunyai ciri2 demikian[or rather perasan ada ciri2 yang disebutkan] mengushar sarah.

huhu!

LadyTiz said...

huhu...

rasa cam sarah ni dh smpai seru je.. wahaha~~

penah wat tag cmni dlu.. pastu kna kondem sbb ciri-ciri terlalu perfect utk seseorg itu wujud... ekeke... well... berangan sikit2 x salahkan...

Anonymous said...

Salam Sarah...
Tag ni...fuyyoooo, setiap di antara kita mahukan yang terbaik dari pasangan kan...kan...kan...yang terbaik itu pastinya hadiah dari Allah agar ianya saling melengkapi, yang pasti setiap nilai yang diceritakan boleh dibentuk...dan...dan...dan...matlamat terakhir dalam berpasangan adalah mencari titik kebahagiaan...tidak semudah yang kita sangkakan...Walau siapa pun DIA, sy doakan Sarah selesa dan bahagia bersamanya kelak...InsyaAllah

13may said...

oh! rasanya memenuhi kriteria semua tuh...

oh hi Sarah!

*wink wink*

kah kah kah :P

Sarah Mohd Shukor said...

Wanie:
anything, lemme know okay.

Makde:
betul apa makde kata tu. our partner is the complementary of ourself. the other half of us. alaa.. ngah buat tag ni for the sake of completing the task given by a fren. bukannya ngah ikut sangat sume ni. u know me better. wat i hv, i wil gratefully thanks for having it. harapnya it will apply the same in this fact. sape pun dia, i just hope that we can appreciated each other n know how to love each other even more day up to day, year up to year.

makde, sometimes i feel so tiny n small to talk such an adult thing. but sometimes i do nod my head that the time is just perfect for me to start thinking. its not a mistake to think it over but do i still look like a little child in ur eyes? did i say any wrong statement in my entry? guide me if im wrong.. myb im big enuf to think over such matter but to u, to mak, to ayah, to mak andak n a few more, maybe im still a kiddo who still need a perfect guidance in rowing my life :)

Sarah Mohd Shukor said...

Ryn dan lembunya:
haa.. wkt baca ur comment, the 1st person yg sy terfikir was May! n see! what he just did up there!
May, mmg terer bab2 ni :D *sure azah marah*

Tirah:
sampai seru? uiks.. mane ada. buku2 atas meja ni sentiasa ingtkan sape diri sy *hati bercampur aduk..fokus2!*
tp sy rasa list sy ni tak la perfecto sgt org yg sy idamkn.. yg biasa2 je. sbb sy ni pun biasa2 je. takkan la nk impikan yg luar biasa. susah la nk cakap psl ni. perception dr org yg fahamkn points kat atas ni kadang2 lain dr apa yg kita maksudkn. tp sungguh. entry ni skdar penuhi syarat. bukannya 'a must'.

kalau diri tak sehebat fatimah, jgn impikan suami sehebat ali karamallahu wajhah...

tiba2 rasa sebak...n rasa jauh diri dr dunia realiti...sapelah sy kan dlm dunia ni... sy x patut pun buat entry ni sbnarnye kan.. trasa kita demanding pd Allah...

Sarah Mohd Shukor said...

Dayat:
Salam Dayat. At 1st, keliru sat sbb dayat x sign in. but whoelse dayat in my world :) betul tu. yg akan Allah hadiahkan tu semestinya yg terbaik dr-Nya sbg complement utk diri kita masing2. myb at the begining kita x sedar kat part mane la dia menyempurnakan kita, but getting to know him/her more, kita akn realize all the criteria that we lack of. apa yg Allah dh susunkan, aturkan dan rancangkan tu sgt cantik sebenarnya. kadang2, tak terjangkau dek akal kebetulan2 yg Allah datangkan satu persatu, tp mengikut kronologi yg sesuai dgn kedua-duanya.
Tp skrg ni sy rasa mcm tak patut plak sy buat tag ni.. trasa demand dgn apa yg Allah dah or bakal kasi. diri tak hebat mana, tp hajatkan seorang yg melengkapkan segala.. sungguh rasa mcm x layak langsung to wish to have such a complete nice guy to be with me.. sgt2 rasa tak layak..
tp ayat dayat yg next tu buat sy cool down. nilai tu boleh dibentuk. sy pn x kn dapat penuhi 100% ciri2 yg DIA nnti idamkn. tp insya allah bleh dibentuk. sbb matlamat kedua-duanya di akhirnya adlh mencari kebahagiaan..
semoga dipermudahkan Allah.

May:
expected action! huuu.
wink wink.. tp may reti masak x? or reti bersukan x? :p *big smile*

Anonymous said...

Errrmmmm...saje nak jawab dan beri pandapat ttng tag tu dalam ruang comment ni...terima kasih sbb Sarah turut bersetuju ttng nilai yang boleh dibentuk itu...kerana kita manusia dikurniakan akal fikiran, maka kita perlu menilai setiap kelemahan dan keistimewaan yang kita miliki...salah satu cabaran yang perlu difahami bila melangkah dan mula berfikir ttng masa depan adalah penerimaan pasangan trhadap diri kita...1st step adalah penerimaan kemudian saling mengenali dan melengkapi...dalam tempoh melengkapi itulah cabaran byk datang, pelbagai dugaan kita perlu hadapi...jika dalam tempoh itu kita berjaya maka titik terakhir kita akan temui dan dari itu kita perlu membajainya dengan persefahaman, toleransi dan keihlasan...perlu ada penghayatan yang menyeluruh...

*macam ustaz bandi leman wan sohor tak???, heheheeh...

Sarah Mohd Shukor said...

Dayat:
Dayat, terima kasih banyak2. betul tu. dgn akal yg ada, kita kena tahu evaluate kelemahan n keistimewaan yg kita ada. point yg sy dpt dr dayat:
1. penerimaan pasangan tntg diri kita
2. saling mengenali n melengkapi
3. sabar n cari solution terbaik utk dugaan yg dihadapi
4. baja persefahaman
5. kuatkn dgn toleransi
6. hiasi dgn keikhlasan
7. penghayatan yg menyeluruh
8. insya allah akn temui titik akhir, bahagia..

Lesson learnt, ustaz :)
my point is: sy sebenarnya x maksudkn sgt dgn ciri2 yg ada dlm tag ini. siapapun DIA, dia tetap istimewa dgn dirinya yg sedia ada. sy yakin itu. erti hidup pd memberi. kalau sekadar mengharap yg terbaik, smpai bila pun kita takkan dapat yg terbaik. kan kan kan :)

one said...

Alhamdulillah :)

cry4freedom. said...

Tak salah kalau kita nak impikan seseorang yang perfect walaupun secara dasarnya takde manusia yang perfect kecuali Rasulullah. Akhlak Rasulullah tu akhlak Allah.

Rasanya tak susah pun nak cari semua 8-8 kriteria kat atas tu. Mungkin ada kat sebelah kita tapi kita selalu terlepas pandang. Rasanya takde la terlalu perfect sangat, Sarah. Fitrah le tu. Sape je yg taknak yang terbaik.

Artis yang pakai seksi, tak tutup aurat pun tau nak suami soleh dan beriman serta boleh membimbing ke jalan lurus.

Boleh la usulkan suggestion utk buat event speed dating kalau gini. Caruklah. Near future.

Anonymous said...

Salam..
Insyallah, akan ada DIA utk awk :)

hope u enjoy this song http://www.youtube.com/watch?v=db92VO6F52E

Noor Aida said...

Ngangah....fizikalnya ngangah cukup matang dan besar ( bukan saiz...ok) tapi dari kacamata mak de , tok, mak dan mak andak.....ngah masih kecil ...biasa le org tuakan. Tapi bak life partner ini....selagi belum berkahwin dgn Si DIA...kita belum betul2 mengenalinya.....sebab masa bercinta semunaya chome2 belaka....bila dah kahwin kita belajar mengenali, bertolak ansur, bertoleransi, banyak bersabar dan berusaha memastikan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.......doakan makde dan ayahde kekal bahagia ....dan bila Mekah kat atas Jabbal Rahmah doa bnyk2 agar perkahwinan kita bahagia....(tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu semula selepas dipisahkan dan dimakbulkan doa mereka bertemu di sini)...pesanan tok (umrah 2004 bersama tok) dan juga org2 alim. Buat masa ini berdoa agar ngangah dipertemukan pasangan yg sebaik mungkin...dan setiap kali makde gi Mekah tidak lupa mendoakan agar setiap anak2 dan anak buah dipertemukan dgn pasangan yg soleh dan solehah. Amin

dhiyauqalbii said...

dear Sarah..
tak salah kita mengimpikan yang terbaik.. impian juga satu doa kan..
tapi yang paling penting, bukan mencari, tapi menjadi..
bila kita sentiasa jadikan diri kita yang terbaik, Allah jua akan beri yang terbaik dari sisi DIA, Insya Allah..

:-)
sama-sama 'menjadi'

Girl A said...

sarah, saya punya list dulu agak panjang... tapi bukan semua pun dipenuhi sekarang ni :P tapi takpe, yang penting, saya mmg bahagia dgn dia :D *cuba menepis gosip2 liar* hahaha

MakcikMuda said...

sarah my sayang,
it's not wrong for wanting the best.
nothing wrong with that. mmg xde manusia yg sempurna tp hak sarah nak pilih sape nan sarah and lau ade rejeki,Allah akan kasi.

Allah Maha Mengetahui.
yg ptame mungkin yg terindah tp yang terakhir adelah yg terbaik. Allah Knows Best.

ryn akan sentiase doakan utk sarah. ryn syg sarah sgt2. i want you to be very happy. plus, ini sekadar tag. just nak mempenuhi kehendak tag. nothing wrong with that.

xmo sedey2 oke,sayam.

senyum~

ainishamsi said...

kak sarah: hehe, sape je yg tak berharap dan tak mencari. siapa je yg tak meminta? fitrah kita manusia.

tahu apa yg selalu saya simpulkan? untuk mendapat yang terbaik, kita sendiri perlu menjadi yg terbaik.

chill~~

fattnieniey said...

heemm..
what a good way to express ur true feelings,although rather indirectly..:)

One can hope and dream.Doesn't mean DIA have to fit the pecularities.

Anyway,what a heart to do when it has found the true one?kan,kan,kan?

Alam Setia said...

bagus entri yg ini...

Sarah Mohd Shukor said...

Oneib:
Alhamdulillah..

Azwan:
Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. betul tu. trma kasih sbb memotivasikn sy smula. eh, nak buat speed dating event?? apa benda tu wan oi? amboi.. lepas karaoke, nk buat program Mencari Cinta plak ye? kekekek :)

Anonymous:
Insya Allah.. trma kasih.. DIA yg dihadiahkn Allah, insya Allah..trma kasih link tu. SEMPURNA. sedap liriknya walaupun muziknya kurang skit kena dgn jiwa sy :) what counts is the meaning :)

Sarah Mohd Shukor said...

Makde:
im always a kid to u..always n forever coz by being so, i gain love more n more evyrday. ngah love family tok lebak so much. rindunya nak balik temerloh...

doa makde di jabal rahmah tu sgt menyentuh hati. nak ajak mak ayah buat umrah insya allah. jom pegi skali makde. kita bawak tok lg. sementara tok masih sihat lg ni.

hmm..harapnya cinta or wat so ever sweet2 thing in my life will hv His bless :) sooner or later makde will know abt this. hehehehehe *big smile*

Kak Tikah:
"tapi yang paling penting, bukan mencari, tapi menjadi.." --> suka dgn nasihat ni. terima kasih kak tikah. tiba2 terasa betapa budak2nya sy. hehe :)
sama2 menjadi? ehem :)

Azah yg memang comel:
azah..sy pun x 100% harap apa yg ada kt tag tu. kalau boleh nak je sy tulis sy nak org yg boleh mengaji dgn baik. sbb sy nk solat berjemaah dgn dia. so kan best dpt dgr suara dia mengaji. n dpt dia ajar sy apa2 yg sy x tau :) n kalau boleh nk je sy kata sy nk yg humorous. sbb sy suka dgr org cakap n buat2 jokes sbb sy kurang pndai. jd sy suka kalau ada org boleh buat sy gelak. tp tu la kan. nampak sgt demanding. apa2pun, kisah azah sy jd kn contoh :) tenkiu tatak ajah!

Unknown said...

waaaaaaaaaaaaa... bnyk nyer komen sara.... anyway, I'll pray u'll find ur "special One" someday... soon! heheheh... all the best yaaa.
I did mine.. so check it out.. dont be dissapointed thou.. i'm suck at this !

Sarah Mohd Shukor said...

Ryn yg sgt sy sayang:
Ryn...terharu.. kenal x lama tp mesra..borak x banyak tp kenal.. sayang ryn jgk.. nnti sy balik cuti, serius sy nak ke sarawak. tunggu sy kat sana nnti k..

yg pertama mungkin yg terindah tp yang terakhir adlh yg terbaik. Allah Knows Best.. nasihat yg sgt baik.. n sgt betul.. :)

tenkiu Ryn!!

Aini:
1 lg nasihat yg ks dpt hari ni: untuk mendapat yang terbaik, kita sendiri perlu menjadi yg terbaik.
betul tu..ks setuju.. trma kasih.. trma kasih byk2 :)

Fatt:
All heart can do is to pray for it lasting n to be the best for DIA, and wish that DIA is the best for us. To pray for His guidance and to bless. And more thing, heart will smile days n nites, insya allah :)

Alam:
yeke? hehe. Alam buat la jgk..hihi.

Hannan:
Aminn :) Thank u hannan. yeah.. ni nak terjah blog hannan plak ni. jom sume! kita tgk tag yg hannan dh buat. ngeehee :)

Anonymous said...

Salam ziarah.

Waduh, panas, hangat :)

Bapa Singa pernah berpesan kepada saya;

Jika kita jadi hamba yang soleh/solehah, Allah akan izinkan kita utk ketemu dengan pasnagan yang solehah/soleh.


Semoga ketemu cinta yang sejati.

Unknown said...

dear sarah,


i cud smell sumting fishy ere lol

fyi- im not running away neither hiding myself. im standing ere still waiting n hoping. my presumption is - da line mite be da troublesome.

will reach u via email soon

regards
xxx

Mimie Azrin said...

Wah Sarah,

panjangnya ciri2 idaman :P, calonnye belum ada ya~!

takpe, itu pun sebagai satu doa, DIA mengurniakan rezeki dalam cara yang paling kita tak sangka, kan kan kan?

mane la tau, tibe2 jodoh depan mata. :P

btw, how r u today dearest Sarah? sihat?

Noor Aida said...

Ngangah..........kalu nak ajak makde gi Mekah, sekali ngan mak ngangah,tok, makandak, yana dan nana dll memang makde idamkan........Memang nak gi lagi Mekah........kota yg amat makde dan ayahde rindui....tempat kami melafazkan ikrar menyimpul kasih di depan Ka'bah bersaksikan ALLAH. semuga ALLAH murahkan rezeki ngah dan makde agar kita dpt gi bersama ke sana. jaga kesihatan ya.....ambil 2 sudu teh madu asli ngan air suam setiap pagi sebelum makan apa.....petua awet muda he he

Shumierain said...

Sarah,
Sy selalu berangan mcm ner my DIA will look like..n DIA wajib yg gah2 jer..t'lalu tinggi n xrealistik kan..

tp bl bc entry ni, insaf n malu pd Pencpta..sbb sy ni serba kekurangan tp demand nak yg hebat2 jer..sungguh xmalu kan..

Kalu c DIA bole jd p'bimbing ke jlnNYA,it good enuf kan..

Anonymous said...

Cik, list yang menarik. Tak ada satu pun yang kena hehe poyo perasan.. ok gurau.. seriusnya cik, list di situ seperti mahu mencari diri sendiri. Sarah KS mencari jejaka seperti Sarah KS.

cry4freedom. said...

Cari calon soulmate yang lebih refleksi seperti diri sendiri. Panglima Hikayat atas, bagaimana dengan 7 syarat pre-requisite x berani nak caruk jadi taruhan ke? Eh teringat dgn satu lirik lagu ni.

"Kenapa kau tidak bercinta saja dengan dirimu yang sempurna mempersona? Ku bahagia dengan celaku."

Cik Sarah KS tak mahu carikah jejaka yang serupa Panglima Hikayat? Hehe. Bikin panash blog ni, nanti ramai tak puas hati.

13may said...

oh! kena masuk kelas memasak ni nampaknya....

oh ya! petang ni nak beli boot bola...nak start bersukan...

kah kah kah :P

hi Azah! ;)

MakcikMuda said...

azwan,i soo love that song !

hahha !

may bek pektis bace muqaddam balek.hoho!

akirasuri said...

Salam sarah sayang..

Terlewat turut serta dalam kehangatan kotak komeng sarah..

Wah! Ramai dah tu sang teruna menerjah ke kotak komeng..
Pasti ada satu dalam semuanya tu yang istimewa di hati sarah sayang kan kan kan.
La la la la~ *siul siul*

Siapa pun DIA..
Pastinya sudah Allah tetapkan DIAlah yang terbaek buat kita..
Tunggu dan sambutlah DIA dengan CINTA :)

Jaga diri baek-baek Sarah sayang :)

Mak Su said...

hai Sarah... no comment on the tag. cumanya i thot i masuk blog kepunyaan gadis sunti tingkatan 5 sebab ada tulis peksa PSM. i read PSM as SPM. hohoho

Anonymous said...

trima sesiapa saja seadanya....
diri sendiripun tak sempurna.....
dan hargai orang yang mengasihi diri kita



p/s : nasihat untuk diri sendiri juga :)

Hafiz said...

wah, banyaknya komen. Mungkin ini topik yang agak panas kot....

"Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

- Ustaz Halim - "

Ini dipetik daripada blog beliau. Baca dengan lebih lanjut.

Semoga cepat bertemu dengan DIA itu :)

[MH] said...

salam
kak meh sy nk cite pasal marwan ni
ari tu chatting ngn die
pastu die suh lawat blog die yg typical malay tu..
pastu sy ckp la berani nye die tulis mcm tu..pastu die kata sy ni typcal malay,bukannya nk suppot ..pastu die marah2..kata sy ni disogok duit sikit terus terima..sakit hati jugak la..tapi sy tanak ar maraah2 time tu..hmm pastu saya minta maaf n kata sy hormat perjuangan die,tp sy kata bukan skrg..kena belajar2 tinggi2 dulu..pastu die marah lagi..sy pon malas ar nk layan sy terus sign out..geram tau akak..bukannya sy tak kosong langsung
sy tak kisah n die memang dr keluarga yang bagus2..cuma sy rasa bukan sekarang..kami baru 18 n masih mentah..banyak benda kami tak tahu pasal dunia sebenar..tu pendapat sy la..sy rasa die mcm terburu2 la..masih awal lagi la kak..ke akak ada pendapat lain?
anyway thnks coz sud baca 'luahan' hati ni..hehe
kak,sy suka lagu saujana ni..cmner hehe
take care kak!
p/s:menarik entry akak yg latest ni..hehehe

[MH] said...

kak
nk tungu sy kawen?akak dulu la..mesti la kena ikut turn..hehemana bley langkah bendul hehe..
kak, abg nuar saya tu student law kat uia..skrg chambering kat mana ntha..sy pon tak tahu..
hehe

arsaili said...

reality nya..susah nak dpt apa yg kitak nak.....so terimala seadanya?

dhiyauqalbii said...

sama-sama menjadi..
means- sama2lah kita sumer jadi yang terbaik..

kekadang.. kita dah jumpa ciri2 yang kita nak tu.. tapi jodoh pertemuan tu kan di tangan Allah.. kalau DIa kata tak jadi.. tak jadi gak..

;-)

akak teringat sorang kawan akaknya prinsip
'aku ingin mencintai kekuranganmu'

ha, ni yang susah nak cari ni?
kita selalu memuja kelebihan..
tapi mencintai kekurangannya??
amacam? berani..

Anonymous said...

erk no comment...


saje datang menjengah ngangah...

Sarah Mohd Shukor said...

Alif Anak Singa:
lelaki yg soleh utk wanita yg solehah. n wanita yg solehah jg utk lelaki yg soleh. allah tu maha adil kn.. so how r u now? speed recovery insya allah :) semoga kamu pun 1 hri nnti akn ketemu cinta sejati jgk ye :)

Abg Wan @ Zack:
seriously felt so dwon when coudnt reach u when really wanted to talk to u. nvm. smtimes bundles of story can make us even happier. eventho hv to spend a bit more for the call. last wk, i called kak ani. talked to her merely 5mnts. thats all. she was bz handling school kids in KT. projek sekolah angkat petronas katanya. only pacel spent time wit me. ni yg nk syg pacel lebih ni. hoho. insya allah later i'll call u back. make sure ur line is not hot for those girls out there :p tk care abg wan.

Mimie:
dh syarat tag. kena ada 8 ciri. huhu. erm.. kalau sy kata dh ada calon camne? huhuhu. Mimie jr akn ada uncle la nampaknye ye :p *gelak besar*

Makde:
Insya Allah.. ngah mmg ada kumpul duit sndiri utk gi umrah (baca: BANYAK). x nak mak n ayah tampung. nk guna duit sndiri. (7 teringin nk gi jln2 jgk ni. cuma x decide lg ke mana). sweetnya makde dgn ayah de ni. kirim salam pd ayah de ye. nnti kita plan baik2 utk gi umrah ni. pasal petua tu, insya allah ngan akn try amalkn. ngah pun nak jgk comel slalu..weehee :)

Shumierain:
mcm tu la yg sebetulnya. ciri2 lain tu x de x pe asalkn dpt jd pembimbing yg baik.. utk diri kita n keluarga..

Sarah Mohd Shukor said...

Panglima Hikayat @ Yasir:
alamak.. yeke x de 1 pun? tp bleh dibentuk kan? hohoho. sy mcm cari diri sy sendiri ye? ye la tu kot. my other half. huhu. sy cari MY PRECIOUS yg bleh lengkapkn separuh lg dr hidup sy ni. ngeehee.

Azwan:
ooo..mau bikin panas ye.. huhu.. tetap x panas jgk. hehek. lg pun, yasir ada calon dh kot *haa..yg ni lg panas ni!* azwan, lagu apa tu? liriknye mcm best. sorry la. sy x tau sgt lagu2 sbnarnye.

May:
yeye.. may nk masuk kelas memasak. lepas ni sy balik sg. petani sy singgah makan ye May :D waa..nk beli boot eh? tp skrg musim hujan la may. hehek.

Ryn:
haa..bagus cadangan tu. sy nk org yg bleh jd imam solat :)

Cik Ati Sayang:
mana ada sape pun yg terjah2. jenguk2 je ada la. hehe. dlm ramai2 tu?? ermmm... ada kot. hohoho. "la la la la la la.. 2 little black birds sitting on the wall.. la la la la" insya allah cik ati. DIA = CINTA

Maksu:
hehe. kelakar la maksu ni :) seb baik bkan PMS plak ye. huhu. baru sy sedar. tukar2 je huruf2 tu, dh lain jd nye kan.

Sarah Mohd Shukor said...

Anonymous:
terima kasih. nasihat awk tu buat sy teringat lagu Cinta by Melly Goslow feat Krisdayanti:

Aku junjung petuamu, cintai dia yg mencintaiku.

again. terima kasih.

Hafiz:
Terima kasih byk2. informatif. smga awk pun cepat bertemu DIA :)

Thia:
Salam..bg ks, x salah kalau nk terlibat dgn politik tp kena bijak. hidup dgn politik mane boleh dipisahkn. kalau terpisah, sekular la tu. hoho. dalam islam tu sndiri ada politiknya. tp kita sbg student lg ni kena tahu kt mana batasan kita bila terlibat dlm politik. sbb kita pegang banyak amanah. yg sgt berat. bukan utk diri sndiri je. tp pada allah. pd agama. pd bangsa. pd ibu bapa. pd JPA (huhu). jgn smpai ketaksuban kita berpolitil smpai terabai abis semua benda. bg ks sndiri, apa yg ks kurang senang dgn watak M tu ialah, dia guna bahasa yg agak kesat2 skit. ks x berapa boleh dgn org yg mcm ni. politik tu zahirnye bersih. jgn kita turut jd tangan2 yg melumpurkan politik tu. tp barat kata, politik mana yg bersih semua. huh. cuba lah kita jd tangan yg membawa politik dgn warna yg bersih (ks berkobar sbb di malaysia 10/11 ni ada pelancaran BERSIH) huhu.

Pasal abg kamu, ks kenal abg kamu! Sungguh! org panggil dia WAWI kan? Wan Anuar Wan Ibrahim. kan kan kan. (ks rasa ks x salah org!) tak sangkanya. kecik je dunia ni. penah baik dgn dia dulu sbb kwn2 ks ramai sgt di uia lawsoc dgn dia.klu x silap ks, kak long kamu pun penah keja di uia kn? sbb ks penah terserempak dgn dia. hoho. misti abg kamu pun terkejut kalau dia tau yg kita saling kenal skrg ni. x sangka plak dia dh kawin. sampaikan ucapan tahniah dr ks utk dia. sgt2 x sangka ni. keciknya dunia ni ye. hehe

Sarah Mohd Shukor said...

Arsaili:
betul tu.. emm.. nak laksa sarawak.. hihi.

Kak Tikah:
sy pn nak cuba jd mcm kawan kak tikah tu. belajar mencintai kekurangan DIA. smga kita semua menjadi yg terbaik utk masa depan kita yg terbaik.

Kaklong:
usually u surely will against me in certain facts. but this time, no comment la plak ye :) hihi. Kaklong sihat? amboi2. mlm td tido biar laptop terbukak ke. org tegur2 di ym x berbalas2. bz ape benda lah tu ye.

akirasuri said...

Sarah sayang..

Macam boleh agak jek siapa orangnya tu..

La la la la la~ *siul siul*

DDeden said...

salamalaikumsalam

peace be within you sarah

:)

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati:
eh eh.. mcm iye je kenal :p ok ok.. tutup topik. tamau cakap psl ni dah.. muahhh.. syg cik ati :)

DD:
waalaikumussalam.. wish the same on u DD..

echah_syed said...

ehemm.. :)

~ gook luck sarah ku..

miashaf said...

KS, kalo Wanie wat tag ni, mia orang pertama yg komen. kena tanya adik dulu kan? nak bro-in-law yang camaner? kan? kan?

Anonymous said...

erk... mane onl9 ym la malam td. malam2 tengok tv sampai ngantok pahtu tdo!!! tak dan pon nak pk 8 ciri si dia... hahaha

sape eh??

ape eh??

amy budak kampung baru tu bley??? wakakakaka

Anonymous said...

salam ks..

lama rasanya tak menitip sesuatu di sini.. tapi kite selalu je bukak blog ks cuma tak tinggal jejak je..

semoga ks dapat jumpa ngan DIA yang dimaksudkan.. Kalaupun dah jumpa, semoga ks jadi milik orang yg dimaksudkan tu.. tak sabar nak tunggu.... =)

Anonymous said...

wah..dah 60 comments tu...rsnya topik ni lah yg plg byk comment dlm sejarah..betul x sarah?hehe..

SIAPAKAH JUARA PENGOMEN TERBANYAK?JOM KITA KIRA SAMA2^_^

Sarah Mohd Shukor said...

Aunt Combi:
thnk u!

Mia:
hehe..tersedak wanie baca ni :p klu camtu, kalau kakak ks buat, ks kena jd org 1st jgk la yg komen2 ni. hihi.

Kaklong:
bukan mlm td. tp 2 mlm lepas. puas org tggu ingtkn kot2 awk tgh makan ke apa (mkn tgh mlm sgt pelik bunyinye utk awk) tp x de gak. tp betul long. mmg awk online.
Amy Kg. Baru yg dulu keje part time dgn ayah tu???? big OKAY from me! huhuhu.

Amnah:
trma kasih am. ermm.. soon u'll now insya allah. x de nye ks nak rahsia sgla mcm dr kamu lama (kot) =)

Faiq:
cekap betul awk observe. tu la pasal. entry ni plak la yg paling byk komen. mcm apa je kan. bila topik yg ilmiah2 tu, huhu, kurang skit la kn :p tp tup2 yg personal ni, byk la plak kn :)
Oh, nak tengok sape paling banyak komen ye? haa..silalah kira...1,2,3..mula! :) miss u faiq.

adi said...

ks,
x salah mengimpikan sesuatu yg indah... sudah lumrah manusia=)

tiada hak bg sy utk komen psl ciri2 si 'dia' awk, tp sy fikir...that's juz sweeet=p. u'll find someone great,iA, heh. um, really..be that good n u'll get what u deserve... innallaha la yukhliful mi'ad.

heh, sungguh sy x sanggup kena tag ni, huhu..

Anonymous said...

bab cinta kena belajar banyak dari Sarah .. sarah expert.. =)

Sarah Mohd Shukor said...

Adilin:
sunggu dh lama x contct. sory sory n sory. insya allah. kita semua sebenarnya dh di'reserve'kan oleh allah seorang yg layak utk kita. allah tu mahal adil lg maha mendengar doa hamba2nya.
adilin, kalau awk ada blog, mmg sy TAG awk dgn arahan WAJIB buat tau. nasib baik awk x de blog. ish ish ish.

Abg Khairil:
eh eh.. mane plak.. sy x reti.. sungguh x reti.. tgk jela banyak mane sy membebel pd abg khairil. jgn itu. jgn ini. yg ni x kena, yg tu x kena jgk. haa. tu bukti sy sangat2 tak reti apatah lg expert ok. abg khairil la yg hebat. Mr. Love gitu. huhuhu.