Assalamualaikum wbt
Hajat di hati, saya malas hendak kemaskinikan blog ini sehingga minggu depan. Terasa rimas pula setiap kali meng'online'kan diri, membuka email setiap hari, mendapat email dari orang itu dan orang ini yang memang sangat merimaskan. Tapi hari ini saya terasa jatuh. Jatuh yang sangat. Sejak pagi, saya bermesejan dengan emak. Banyak yang emak ceritakan. Terubat sedikit semangat tapi bila pulang ke bilik, saya jatuh lagi. Dan lagi dahsyat rasanya. Hmm...
Saya berkelubung di bawah selimut sambil study. Saya tidak boleh fokus. Sempat habiskan satu tajuk saja. Shigellosis. Saya nekad. Teman terbaik di saat ini adalah My World. Tiada lain melainkan dunia saya yang satu ini.
Ahad yang lalu (18 November), Sechenov Malaysian Student Association (SMSA - badan pelajar universiti saya, I.M. Sechenov Moscow Medical Academy) telah menganjurkan Sechenov Unity Games 2007 (Intravarsity Games). Dilangsungkan di Sport Hall RSMU. Ada 7 permainan dipertandingkan. Bola keranjang, bola jaring, bola tampar, futsal, ping-pong, badminton dan dodge ball (Macam bola beracun je saya tengok. Huhu). Seperti yang telah saya ceritakan dalam entry lepas, saya mencuba nasib dalam ping-pong (sebab inilah satu-satunya permainan yang saya rasa ketagih hendak main!) dan bola jaring (setelah 2 tahun berhibernasi daripada menyentuh bola jaring).
Gambar-gambar menceritakan kronologi sepanjang hari Ahad.
Sepanjang hari itu, terdapat banyak gerai menjual pelbagai makanan Malaysia. Di sebelah gerai 2 orang amoi inilah tempat saya berehat-rehat dan melonggokkan segala macam barang yang saya bawa termasuk pingpong bat, air dan nota-nota saya. Air lecikang amoi ini sangat sedap. 2 kali saya beli. Dan yang ber'peace' itu namanya juga Sarah :) Gambar kedua pula adalah pasangan saya dalam pingpong, Wanie. Oh. Kami memang tidak boleh dipisahkan. Sudah serasi bersama. Hehe. Hari Ahad itu menyaksikan pertemuan bekas-bekas dan wakil-wakil terkini MMA dalam pingpong. Sengit tapi sangat menggembirakan.
Antara aksi saya dan Wanie sepanjang liga (penuh dengan gambar kami saja. Macam entry syok sendiri gayanya *sengih* padahal muka hodoh comot herot-herot tengah main!) Dalam pusingan pertama, kami bertemu pasangan Daisy. Daisy bekas pemain MMA. Dulu saya pernah berpasangan dengannya menjadi beregu pertama MMA. Tapi kemudian dia sudah tidak mahu bermain atas sebab-sebab peribadi. Dan selepas 3 tahun, saya bertemu dengannya dalam regu dan perseorangan. Rasa macam ajaib pula bila saya mengalahkan Daisy dalam perlawanan 3 set yang ketiga-tiganya membawa kepada deuce. Sangat sengit. Sampai berpeluh. Jarang main pingpong boleh berpeluh sakan :) Saya dan Wanie berjaya ke final. Kami bertemu Anet dan Sarah (senior). Sebenarnya saya dan Wanie sudahpun mengagak bahawa kami akan bertemu mereka berdua. Anet pernah menjadi pasangan saya dalam Pasukan Pingpong MMA. Seperti Daisy, Anet juga sudah bersara atas sebab-sebab peribadi. Sarah pula merupakan satu-satunya teman sepasukan yang dari awal penglibatan saya bersama Pasukan Pingpong MMA yang kekal hingga kini. Sarah ibaratnya seperti seorang sifu kepada saya. Telah 5 tahun kami sepasukan. Ketika final berlangsung, Wanie kalah tipis saja kepada Anet, diikuti kekalahan kami dalam set ketiga ketika regu. Tapi dalam perseorang terakhir, saya menewaskan Sarah juga dengan 3 set perlawanan. Sekali lagi terasa seperti ajaib. Apapun, terima kasih Sarah atas segala tunjuk ajar selama ini. Keputusan, saya dan Wanie mendapat tempat kedua saja. Tidaklah teruk sangat kan setelah hampir setahun tidak memegang pingpong bat :)
Ini pula aksi sekitar perlawanan bola jaring. Pada mulanya saya harap saya diletakkan sebagai pemain simpanan saja kerana saya hendak mencuri masa untuk study (!) dan saya juga bertugas sebagai paramedic team yang bertuga di 3 kawasan; pingpong, badminton dan bola keranjang-bola jaring. Tapi Amil (ketua pasukan) telah menyusun strategi. Saya diletakkan sebagai Goal Attacker (GA) kerana dulu ketika mewakili MMA dalam bola jaring, saya bermain posisi GA. Berkejaran saya dari tempat pingpong ke tempat bola jaring pula. Separuh masa pertama untuk perlawanan pertama telahpun tamat. Sebaik saya masuk untuk separuh masa kedua, Fatini dan Wanie (housemates saya yang bermian dalam pasukan lawan) memberi arahan kepada pasukan mereka untuk mengawal ketat saya. Jaga kamu Fatt dan Wanie. Dengki sama KS ye :p Tapi memang sangat seronok. Tidak pernah selama ini saya menentang Fatt dan Wanie kerana kami bertiga bersama-sama mewakili MMA dulu. Dan sepanjang 4 perlawanan yang kami main, banyak kali saya terjatuh kerana kasut saya tidak sesuai dengan permukaan gelanggang (Huhu... Alasan). Sakit. Sampai terkoyak lutut seluar saya ketika jatuh menggelongsor. Dan apabila pulang, ada 5 lebam di lutut kanan dan 3 di lutut kiri. Rasakan. Sudahnya pagi tadi saya berjalan sangat perlahan menuju ke hospital. Dalam gambar terakhir, itu antara keadaan yang perlu saya tangani sebagai ahli paramedik yang bertugas. Oh. Ada pelajar tahun pertama mengidolai saya ketika saya merawat pelajar yang cedera di bilik salin. Huhu. Lucu, lucu. Mana ada apa yang hebat pun dik oi. Nanti kamu semua pun akan jadi orang hebat juga :)
Dan yang bertudung hijau itu Baiz! Bersama Kak Hajar, senior saya sejak di KISAS dan bertemu semula di Moscow ini. Yang sedang bermain pingpong itu adalah sifu saya, Fizal, pelajar tahun akhir. Kami sepasukan sejak 5 tahun yang lalu. Dan itu pula antara aksi budak rendah ini (sah Pena suka saya gelar diri sendiri dengan nama ini) menyumbat gol. Yes. Gol :) Rendah pun rendahlah Pena. Janji bila shoot, masuk :) Dan itu pasukan kami. Penyu Ninjas. Huhu. Semua ini idea kanak-kanak tahun 4 itulah. Terlebih kreatif nama yang diberi. Tarian sorak pun menarik. Macam penyu kedek-kedek :p Walaupun sakit-sakit badan dan keletihan, saya sangat gembira sepanjang hari itu. Saya suka bersukan jadi bila sekali-sekala dapat melarikan diri daripada kesibukan belajar dan berkumpul bersama rakan-rakan seuniversiti begini memang amat meriah rasanya. Dato' Duta pun sangat sporting pada hari semalam. Dato' memang best!
_________________________________________________________
Hari buat dia:
68) Al-'aqlu as-saalim fi al-jismi as-saalim - Akal yang cerdas datang daripada badan yang cergas


25 comments:
sonoknye!
ryn men bola keranjang ngan bola tampar.
tp skang tak agik. da lame sgt bhibernasi. hikhik!
sarah,xmo la tensi2 oke.
Ryn:
sy x cukup tinggi la nak main basket :p kalau main dgn budak tadika boleh la kot. baru terasa serba tinggi. bukan tension cuma raa down. geram bila ada rasa camni. ish ish.
wah! meriah!
tapi kenapa down? :(
Mimie:
rindu kat mimie! mimie jr ok? :)
hmm.. down bcoz when i'd tried my best to understand people around me, but it seems that they dont even try to understand me at all. ok. full stop.
Wah sarah pandai main ping pong eh. kasawari pun minat main ping pong.. time lunch kat tempat kerja main ping pong.. leh lah satu hari kita lawan eh.. he he..
p/s; kenapa pulak rimas dapat email sana sini.. ?
huahua..
jum lawan pingpongggg !! kat cucms tu jela kot blh main, time break dgn heels n bj kurung pun main pingpong lwn ngn guys. main ngn guys ni cepat tere. tak pun volley sbb ade court volley. suka sgt sports. mmg la tak blh duk diam usna ni. skng cuti dpt pun main netball, sgtla lepas geram. tk kisah la skt blkng ke ape.
jgn la down2 sgt. chill chill.
jgn cedih2 ye sarah tanje :D
everything gonna be owrite!
salam sarah...penat tak main ping pong....nnti boleh lah lawan sarah...dulu waktu secondary sy wakil sekolah...sarah mesti hebat kan....
Apa crita di Moscow sekarang, kesejukkan yang tertanggung ke???, cian dia...dah beli baju panas???...
Barulah dapat bagi komen...bz gila 2, 3 hari lepas....sekarang dah ada masa...UAS!!!!
"mengidolai"... ala ala worshipping? fuyooo....hmmm... tunjukkanlah teladan yg baik kat junior, kan
dah hampir 3tahun tak main ping pong. tgk gambar orang main, rasa nak main la pulak..hehe..
jangan tensen2 sarah...semoga ceria selalu.
i'll try to understand you better sarah! dont worry!
bes je tgk sarah bersukan... azah tak suka sukan :D tapi skrg dah mula berjinak2 dgn gym setelah membuat keputusan bahawa badan sendiri tak fit langsung :D
Bro Kasawari:
oo..main kt ofis time rehat ye. best2. sy klu nak main, kena gi ke hostel lain. jauh. kt hostel ni x de sport room. ish. tu yg gian nak main tu.
email itu ini tu drpd ntah sapa2 yg nak kenal bla bla bla.. euww.. rimasnye.. u yg kadang2 sy rasa mcm nak restrict kan blog ni. jd private blog. boleh x agak2?
Usna:
jom nnti kita lawan skali. u sure can beat me easily. sbb dh ada those guys yg hebat2 jd sifu. sgt x aci ni. hehe. ni tgh chill la ni. dh lama x online2, hari ni kelas philosophy cancelled. so layan internet je dr td. nasib baik ada kawan nk teman borak2 :)
Mimie:
tak shedih2 pun. down yg dlm range ok lg ni :D
Hidayat:
Salam Dayat. lawan dayat? ish.. baik takyah. sure la lg terer. mati la sy nnti. sape nk kesian. mmg sejuk. snow is everywhere. oh. baju hari tu dh beli dh :) u know it well how to handle life when u r bz. if u need me, u know where to find me.. :)
Maksu:
Insya Allah.. akan cuba jd kakak senior tua yg baik :)
Hayyi:
oh.. main pingpong jgk ke? bila dh tulis entry ni, baru tau ramai sebenarnya yg main pingpong jgk. hayyi, syukran for the time spent with me. byk jgk nasihat yg sgt berguna sy dpt. pasal wording tu, nnti sy nk letak di Hari Buat Dia.
and by now, dh ceria dh :D *sbb teringat audibles yg cute n even cuter tu..huhu*
Azah yg comel:
thnks azah! thanks sgt2. sy slalu je dgr org kata psl pegi gym sgala mcm ni. tp sy x penah terfikir nk ke gym. as for me, we can keep our body fit if we practically do some stretcing everyday, control our diet (bukan berdiet tp take a balance diet) n senyum sokmo. tu la parameter body fitness utk sy yg tak gemar gym sgla mcm ni. huhu~ miss u azah..
salam..sj sebok hehe..ala kak..jgn la private kan blog ni..saye jengok2 blog akk dr link mbr,n ur words byk yg berkesan..especially untuk sy yg bru je menapak d alam oversea ni..lemahnye iman..tuhan je yg tau..salam dr japan!
yela,sohih2
wahhh..saye mmg femes kat my world kan?
hehe.
dh lama x jenguk my world.hilang dah ngantok.thanks my world!:)
Salam ceria buat Sarah yang tomey! :D
ceronok jer tgk sarah main..sy pun teringin nak main pingpong..tp tgn keras giler, mmg sah tgn bangku tol...sy mmg xminat b'sukan, 2 yg badan cam tong jer..
Anonymous fr Japan:
Salam.. tengok la dulu camne. tapi tak kot.. hehe. tapi ntah la.. tengok dulu.. let time decide.. trma kasih slalu jenguk2 ke sini ye :)
Oneib:
huu.. ntah la oneib.. kita tgk je la mcm mana. tp klu di privatekan, sah2 sy invite awk oneib. pembaca setia gitu.
Oneib, HAPPY BIRTHDAY!!! sy x tau bday awk pun 10 Nov hari tu.. HAPPY BIRTHDAY!
Fatt:
kamu femes kat mane2 je :)
Mimie:
alaa... dia tu lagi la comelnya.. kalau x comel, takdenya azrin nak kawin dgn dia. huhu. eh eh. mimie dh berisi dlm gambr tu! tp berisi yg cantik gitu. maklumla.. ada mimie jr coming to the world! :D
Rain:
Kalau x bersukan yg mcm ni, at least bykkan berjalan kaki, rajinkan diri naik tangga drpd naik lif n etc.. ni pun kira apart of exercise jgk rain. n balance diet. it really helps :)
salam..mak ai activenyer...segala...maju la sukan untuk negara..ehehehe
salam..
Wah.. cepat benar ks post pasal sechenov unity games. xsempat2 wanie nak post.. sorila.. arituh nk komen tp asyik xsempat je. ni sume sbb colloq microb yg bru saje lepas.. huhu
Bergaya betol kita main kn ks? kiki.. just play for fun. xkesah pon menang ke kalah. asalkan enjoy. puas betol dpt pegang bat ping pong arituh. rase lepas rindu bile dh setahun tak main..
satu lg bakat sarah diketahui..pandai main pingpong dgn netball jugak nih...
mmg multitalented anak pak shukor ni...u go girl!!
study2 jugak...games and recreation jgn lupa terus...
Arsaili:
huhu.. tak beraktiviti, jemu abis life kat sini :)
Wanie:
thnks jd partner yg best. aik, apasal muka ks nmpak sgt bulat tu dlm gmbr ramai2 kt blog wanie tu? oh Allah.. i've to restrict sugar intake. ekekek.
UncleJ:
anak ayah! ayah dulu sukan2, sy pun sukan2 jgk la. ayah dulu bahas2, sy pun bahas2 jgk la. hehehe.
akak you totally kicked ass playing that last game, every shot made it into the hoop! even though our score was only half as much as them i bet we had twice as much fun :)
Maddie:
huhu. it was my luck *wink*
padahal akk ni sgt la pendek. tp rezeki Allah nak bg tgn ni bleh sumbat2 gol. hehe
Post a Comment