Assalamualaikum wbt
Kira-kira 3 bulan yang lalu, saya berjanji dengan seseorang untuk menghadiahkanya sebuah entry khas sempena hari ulangtahun insan ini. Ikhlas niat hati memang hendak menunaikan permintaannya tetapi di saat ini dedikasi khas ini sudah tidak dapat dibaca olehnya. Tetapi, demi sebuah janji, saya tunaikan juga hajat insan ini.
Tepat jam 6.45 pm semalam (11.45 pm di Malaysia), reminder handphone saya berbunyi. Memang lazimnya, tarikh-tarikh insan-insan penting dalam hidup saya simpan di dalam telefon kerana tidak mahu terlupa walaupun sebenarnya saya sentiasa ingat. Reminder berbunyi: Birthday Chik Joe, Nov.6, 34 years old.
Itulah arwah Chik Joe. Yang telah kembali ke rahmatullah kurang seminggu untuk genap sebulan yang lalu. Chik Joe dilahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga sebelah emak. Andainya masih ada, umur Chik kini sudah mencecah 34 tahun.
Tidak banyak yang boleh saya ceritakan kerana saya rasa kurang sesuai untuk menyebut-nyebut apa yang telah tiada. Cukuplah ringkasan yang boleh saya nyatakan, arwah Chik merupakan seorang yang sangat menjaga solat. Solatnya pasti menepati masa. Sekalipun sibuk dengan kerja, solat tetap diutamakan. Tanyalah kawan-kawannya, semuanya akan mengiakan fakta ini.
Dua hari kebelakangan ini, setiap kali tertidur petang, saya bermimpi didatangi arwah Chik. Chik diam. Tapi tenang. Cukup tenang. Ini membuatkan saya sangat yakin Chik sememangnya tenang di sana. Saya yakin, berkat mengutamakan solat dan banyak berbakti pada ibunya (Tok Halimah) menjadi pemudah cara kehidupan Chik di sana.
Malam tadi, saya sempat online bersama Kaklong. Kami mengimbau kisah-kisah dulu. Di saat arwah Chik masih ada. Bagi Kaklong, kehilangan Chik amat bermakna. Kaklong merupakan cucu sulung dalam keluarga di Pahang. Beza umur mereka berdua 10 tahun cuma. Tiba-tiba saya teringat gambar-gambar ketika bersama arwah Chik ketika kami masih kecil. Di mana emak dan ayah membawa Kaklong dan saya, arwah Chik pasti ada juga kerana dia juga masih dalam kategori kanak-kanak pada waktu itu.
Cukuplah ini saja yang dapat saya ceritakan. Pada hari ini, tiada hadiah yang lebih berharga yang dapat saya hadiahkan buat Chik melainkan bacaan Al-Fatihah dan Yasin. Saya teringat pesan Makde: Chik tiada anak untuk mendoakan kesejahteraannya di sana. Tapi Chik ada ramai anak saudara. Anak-anak saudara Chik inilah yang menjadi anak-anak Chik.
Buat Rifqa di Egypt, Kak Ngah know that everyday you read my blog. Be strong dear. I still keep the offline YM that you left me about Chik.
Buat Kaklong dan Hidayah, awak berdua kenal Chik macam mana orangnya. Jangan risau. Ngah yakin Chik tenang di sana.
Buat Amirul, teruskan kehidupan dengan tabah. Arwah Chik simbol seorang yang tak cepat putus asa.
Buat Nisa, I just knew from Kaklong about your patient that you met in the ward. Similar but was not the same. Pray hard. I'm with you.
Buat Tok, Toklah ibu terkuat yang pernah Ngah jumpa.
Buat Emak, Makde dan Mak Andak, adik kalian seorang yang tidak terolah dengan kata-kata. Kita semua tahu betapa dia seorang yang istimewa.
Buat pembaca sekelian, saya pohonkan bacaan Al-Fatihah sebagai tanda ingatan dari kalian buat arwah. Jazakumullahu khairan kathiraa.
Selamat hari lahir Chik. Semoga Chik tenang di persemadian sana. Dan kami semua yakin, Chik memang tenang dan sedang berada di tempat yang selayaknya. Jika saban tahun sebelum ini sayalah orang pertama yang akan mengucapkan selamat hari lahir untuknya, tapi mulai tahun ini dan berikutnya, saya hendak menjadi orang yang sentiasa akan menghadiahkan Fatihah jika teringatkannya.
Buat Nisa, I just knew from Kaklong about your patient that you met in the ward. Similar but was not the same. Pray hard. I'm with you.
Buat Tok, Toklah ibu terkuat yang pernah Ngah jumpa.
Buat Emak, Makde dan Mak Andak, adik kalian seorang yang tidak terolah dengan kata-kata. Kita semua tahu betapa dia seorang yang istimewa.
Buat pembaca sekelian, saya pohonkan bacaan Al-Fatihah sebagai tanda ingatan dari kalian buat arwah. Jazakumullahu khairan kathiraa.
Selamat hari lahir Chik. Semoga Chik tenang di persemadian sana. Dan kami semua yakin, Chik memang tenang dan sedang berada di tempat yang selayaknya. Jika saban tahun sebelum ini sayalah orang pertama yang akan mengucapkan selamat hari lahir untuknya, tapi mulai tahun ini dan berikutnya, saya hendak menjadi orang yang sentiasa akan menghadiahkan Fatihah jika teringatkannya.


23 comments:
ngangah sayang,
be strong.
im with you :)
sayang ngangah !
Salam sarah sayang..
Tersebak baca entri ni :(
Jaga diri baek-baek ek.
Insya-Allah Arwah pastinya sudah bahagia kat sana :)
Insya Allah,amin..
:)
Be strong!
:)
salam..al fatihah buat arwah...hari lahir dia 1 day after my bro birthday
AlFatihah utk arwah Ayah Cik Sarah tu..tak sangka arwah tu bersaudara rapat dgn Sarah...semasa arwah masuk program TV3 tu mmg sya perasan arwah sbb dia lain dr peserta yg lain...
moga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa..
be strong Sarah...
Alfathihah buat roh chik...semoga rohnya di cucuri rahmat....Ameen
Buat KS,, moga tabah menghadapi dugaan Allah.
Senyum selalu ya KS! (^_^)
hmmm... Al-Fatihah
sedang cuba menerima hakikat yg adik yg disayangi sudah tiada lagi.....tidak sempat nak belajar debone ayam ngan chik....tak sempat blajar goreng telur mcm hotel,tak sempat nak buka restoran ngan chik.....tak sempat...tak sempat....mcm2 lagi.....
Hanya mampu menghadiahkan al Fatihah buat adik yg disayangi
mak de aida,
kak long,
be strong :D
al-fatihah~
Ngangah, check out this....joe-labi.fotopages.com
semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana. amin
Selalu singgah kat blog ni tp xde k'beranian nak leave coment..hehehe..
Arwah Joe Labi 2 ker uncle sarah..
Sy mmg leleh kalu bc entry cam ni..sedih sgt..ape2 pun moga sarah terus tabah..okehh..
Al-Fatihah...
al- fatihah.... be strong sara... life must goes on :)
Salam buat semua...
Ryn:
insya allah.. u too.. be strong.
Cik Ati:
Insya Allah, amin..
Oneib:
Insya Allah. amin.. trma kasih byk2 oneib.
May:
trma kasih May..
Arsaili:
oh..yeke.. trma kasih atas sedekah utknye itu.
UncleJ:
dia mmg lain dr yg lain. dia sgt istimewa..trma kasih uncleJ. insya allah sy yakin dia tenang di sana.
Ks:
Insya allah. trma kasih byk2 Ks.
Kaklong:
be strong...cik syg awk..ngah tau tu.
Makde:
Allah jauh lebih sayangkan cik, makde.. takpe..nnti kita plan sama2 plak ye makde. Ngah pun sgt suka memasak. u know me :)
Ryn:
wish that they are strong enuf by now..
Silent reader:
trma kasih...
Makde:
it puzzled me...down wit tears..
Azah:
trma kasih byk2..
Shumierain:
trma kasih sbb sudi dtg sini. kat mane la rain jumpa blog sy ni ye. haah. dia uncle sy. well known as Chik Joe...
Mimie:
trma kasih mimie..
Hannan:
trma kasih.. insya allah..
Salam ngangah kusayang...
U called me just now, and we both in tears...I do miss Chik so much..
Al-fatihah...
Takziah untuk kamu sekeluarga....
Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Blajar rajin2 yee
al fatihah... kepada chik yang kami sayangi... i miss you a lot..
from:syafiq(anak saudara)
Nisa my love:
ur tears mean a lot to me. keep makde's words in mind ok. anytime we miss him, warmest al-fatihah for him too. miss u.
Anonymous:
trma kasih. insya allah akn blaja n buat yg terbaik..
Syafiq:
kakngah pun sgt2 rindu chik. even up to this moment..
Post a Comment