Monday, November 05, 2007

Tiada Yang Kekal

Assalamualaikum wbt

Sabtu yang lepas, hari saya berlalu dengan penuh agenda. Bangun awal pagi, menelaah untuk persiapan peperiksaan pada hari Selasa nanti, ke pasar membeli keperluan, bergegas ke pejabat pos atas urusan peribadi dan sudahnya kecewa pula, sambung menelaah kembali, berkunjung ke rumah terbuka anak-anak gadis 501 (pelajar-pelajar tahun 4), berkunjung ke rumah Kak Zah (Pengarah Tourism Malaysia di Moscow yang sangat rapat dengan para pelajar), berkunjung ke kompleks sukan menyaksikan Liga Futsal MMA (minggu ketiga) (walaupun sebenarnya hajat di hati tidak mahu pergi kerana hendak balik dan studi tetapi tiada siapa dari rumah Kak Zah yang hendak terus pulang ke hostel. Jadi dengan berbaju kurung, saya mengikut mereka menyaksikan futsal) dan apabila tiba di rumah, saya sepicing pun tidak tidur sehinggalah ke petang Ahad sebaik selesai solat asar sekitar jam 4 pm.

Sebelum tidur, saya mendapat khabaran tentang pemergian datuk kepada Hidayat di Terengganu. Semoga arwah ditempatkan bersama barisan para solihin. Tidak sampai 2 jam tidur saya yang sekejap itu, saya dikejutkan oleh panggilan telefon daripada seorang kawan dari Volgograd (juga di Russia) yang meminta pertolongan saya untuk membawanya dan ayahnya yang kini berada di Moscow ke beberapa destinasi menarik di sini. Maaf kawan. Jadual saya sepanjang minggu ini sangat padat dari pagi ke petang. Maaf dengan sangat.

Selesai berbual di telefon, saya bingkas bangun apabila mendapati teman serumah semuanya sedang menikmati makan malam. Saya mengurus diri dan bersegera menuju ke dapur. Saya tersangat lapar kerana ketika berkunjung ke dua-dua buah rumah terbuka semalam, saya hanya menjamah makanan ala kadar saja. Selera tertutup.

Ketika sedang makan berseorangan di meja (yang lain telahpun selesai), saya terimbau kembali apa yang saya mimpikan dalam tidur tadi. Iya. Saya mimpikan arwah Chik Joe. Dan saya sangat rindukan arwah.

Setelah selesai mandi, menyudahkan dobi untuk hujung minggu ini dan solat Isya', saya mengambil kesempatan untuk menghadiahkan bacaan Yasin buat arwah Chik Joe dan arwah datuk kepada Hidayat. Bacaan saya tersekat-sekat. Bukan kerana tidak lancar tetapi kerana sebak menguasai jiwa. Pipi terasa panas. Bukan kerana duduk berhampiran pemanas tetapi kerana ada air mata yang mengalir.

Dan kini saya kembali bertemankan nota-nota. Nampaknya malam ini sekali lagi tiada erti tidur untuk saya. Nescafe panas telahpun tersedia di sebelah saya. Dan kini mood saya bertukar terkilan pula.

Terkilan kerana saya baru sedar kelima-lima buah cerpen (seperti novel) yang saya tulis turut lenyap bersama-sama laptop lama yang rosak. Di Hatiku Ada Kamu (DHAK), DHAK2, Beda Sama, Angin Monsun Moscow dan Monolog Bersama Iman (i-xi) lenyap buat selamanya (saya tidak ingat sama ada saya ada simpanan dalam email). Lebih terkilan kerana saya telahpun siapkan kesudahan cerita Monolog Bersama Iman yang saya siarkan di blog ini yang telahpun mencecah episod ke-7. Lagi 4 episod untuk sampai ke penyudahnya.

Setiap yang di dunia ini tidak kekal.

Semoga saya diberikan kesempatan waktu untuk terus menulis, membaiki diri, membuat persiapan dan mencari cinta hakiki.

"Love can wait but dream can fly"

Nota: Russia bercuti pada hari ini (Isnin). Sambutan Day of People's Unity.

__________________________________________________________


Hari buat dia:

65) Sabar dengan ujian seperti menahan sendu dari kedengaran dalam tangisan. Memang susah tapi itulah yang mengajar kita erti kuat.

19 comments:

MakcikMuda said...

sabar,sarah.

tarep napas pepamjam.

ryn pon da xleh nak ronggeng2 tdo2 da.

kene struggle lebey nak kaber aktiviti tuang klas yg amat slalu dilakukan.

you're not alone,sayam :)

MakcikMuda said...

dearie,sarah.

i've read monolog bsame iman. tp xpe kann,nnt2 sarah bule buat yg lain pulak.

dont give up!

LadyTiz said...

alahai. :( mesti best cerita karangan sarah.

alfatihah buat datuk kepada hidayat. semoga beliau tabah. :)

Wanpetunjuk said...

Salam Sarah...terima kasih yang teramat buat Sarah di sana, semoga setiap kehilangan yang kita lalui akan mendekatkan diri kita kepadaNYA...

Girl A said...

ala...tak dapat baca cerpen2 tu :( tapi takpe, pasni nnt sarah buat balik ekk! al -fatihah utk arwah datuk hidayat..

Hasbullah Pit said...

rusia sambut kemerdekaan base on peristiwa apa?

tak perasan lak bila dia kena jajah.
Tsar perintah beratus tahun, lepas tu komunis, lepas tu demokrasi.

Sarah Mohd Shukor said...

Ryn:
eh eh. tuang kelas? knp? tak elok utk kesihatan tu :) byk2 sabar ye dlm mengcover smula apa yg tertinggal tu. learn d lesson ok :)
Pasal Monolog bersama iman tu, nnti bila ada masa yg lapang skit sy tulis smula 4 episod terakhir tu. n akan trus upload di blog. risiko hilang tu kurang skit.

Tirah:
cerita fav sy is angin monsun moscow. its about life in moscow. sedih :( yg ni mmg x de salinan... :(

Hidayat:
Smga Dayat emotionally stabil at work today. Insya allah kita akan jumpa mereka smula kt sana nnti.

Azah:
sy nekad, bila ada masa lapang nnti, sy akn smbung 4 episod terakhir tu semula n akn terus update blog lepas tu. paling terkilan sbb 4 cerita yg lain tu x de copy (or myb ada tp dh x ingt kt mana)..

Sebol:
Ops..nasib baik awk tny. baru sy sedar yg sy tulis independence day td. sebenarnya it's Day od People's Unity. Disambut setiap Nov 4th. Tp sbb thn ni 4hb jatuh hari Ahad, so cuti dibawak ke hari isnin. Day of People's unity ni sempena pembebasan half of russia ni dulu drpd org poland (ada 1 golongan tu yg terkenal dgn diktator). formerly known as Revolution Day (celebrated on Nov 7th). but since 3 yrs ago, they gave up on that celebration and make it more definite and exact by celebrating it on Nov 4th as Day of people's Unity.

Talking abt independence, Russia has never been employed by other powers. But they do celebrate 1 special day called Victory Day on May 9th. Victory Day is celebrated as a rejoice, thankful and rememberence on their winning against Germany in WW2. Therefore Mother of Russia (Mamayev Kurgan) was built as a symbol of independence and great power of knowledge and mankind.

Hope that this explaination tells u enough info :)

Mimie Azrin said...

Salam "Aunty" Sarah,

Dah..dah jgn sedih2 lagi ye, nah nah mie blanje makan sushi..bismillah aum..hmm hmmm cedapnyer...

ade exam ye? gud luck yer, azrin pun ada final exam esok[selasa], duk rumah kena diam2 skang... killer paper katanyer -:P

p/s: mimie jr say hi :) asik kicking and turning around jerk - geli perut...

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Mommy Mimie n Mimie Jr :)

Tak sabarnya. Nnti sy akn bertambah2 pangkat aunty tu. nephew laki dh dapat dh sorg. harap2 yg ni betul2 girl *wink*
sy alhamdulillah ok. setiap kali sy teringtkan arwah, al-fatihah la hadiah sy utk dia. oh.. azrin ada exm jgk ye esok? all the best to him.

to mimie jr, jgn kick mommy byk2 :) pusing skit2 je ok la :) Mimie, sy suka sgt dgr crita2 awk n 1st baby ni. terasa nk ada baby sndiri jgk. hihii~ take gud care!

Mimie Azrin said...

*wink wink*

tak pe nnt balik mesia, ape lagi, terus kan la jodoh tuh ke tahap seterusnya :P

Sarah Mohd Shukor said...

Mimie, apa yg kita hajat dan doa tak semudah tu dlm realiti :) kan? banyak sgt benda yg nak dipertimbangkn. sy budak masih belajar, susah senang kena sndiri tengok2kan :)

doa saja yg terbaik ok mommy mimie!

lg pun, main point nye, calon sape? huhuhuu~~ *wink*

Hafiz said...

banyak sungguh ujian kan...harap bersabar yer.


nanti bila ada masa lapang, bolehlah sambung cerita tu semula :)

Mimie Azrin said...

Calon - calonnya adalah :-

[drum plez...]

1. _______
2. _______
3. _______

kawan2, tlg la isikan!

Sarah Mohd Shukor said...

Hafiz:
Insya allah. doakn diberikn kelapangan masa n idea bila dh x bz nnti..

Mimie:
ya rabbi ya salam..
x de maknanye mimie oi.. huhu

Acaii Jawe said...

moga arwah ditptkan dikalangan org2 beriman, amin..waahh sarah ni dah mcm vip je bz nye,hehehe..:) apapun jg kesihatan bebaik ye..lelagi time blaja camni..:) tekke sarah..

one said...

mujo bleh update blog(:

Mimie Azrin said...

gurau2 saja ya... :P

Sarah Mohd Shukor said...

Faisal:
membzbodykan diri :p nk buat mcm mana acai. namapun student.

Oneib:
update blog = stress therapy :)

Mimie:
tup2 nnti, tiba2 ada yg isi ruang kosong u yek.. ahaks :p

akirasuri said...

Salam Sarah sayang..

Insya-Allah..
Lepas-lepas ni pasti akan lebih mantap karya sarah..
mungkin apa yang dihilangkan tu bukan yang terbaek lagi.
mungkin yang akan diganti nanti lebih baek kan kan kan :)