Sunday, November 25, 2007

Pengkisahan Hidup Yang Berkisah Dan Dikisahkan


Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang saya rasa sangat pelik. Apa yang saya tuliskan kebelakangan ini seperti disalahtafsirkan oleh pembaca. Maaflah andai apa yang saya kongsikan buat sebahagian daripada kamu terfikir-fikir, bermasalahkah saya sekarang.

Jawapannya hanya satu dan jelas. Tidak. Saya boleh kategorikan diri ini sedang berada dalam kestabilan hidup yang Alhamdulillah, hanya syukur kepada Allah layak saya panjatkan. Tapi malangnya, ada yang menganggap kemelankolikan intonasi tulisan saya membawa maknanya yang tersendiri.

Dan apabila telah disalahtafsirkan sebeginilah sebenarnya yang buat saya rasa "Oh, saya bermasalah" sedangkan saya tidak. Tiba-tiba saya teringat kata-kata yang tertampal di dinding Pusat Psikatrik tempat saya menjadi sukarelawan di Temerloh: Orang yang bermasalah adalah mereka yang tidak sedar mereka berada di dalam maslah. Adakah saya kini tergolong dalam kumpulan itu?

Jawapan saya sekali lagi tidak. Saya terasa geram pula bila dikatakan sedang bermasalah. Jujur. Ini yang saya rasakan. Maaf kalau ada yang terasa. Sebab bila ada yang bertanya itu dan ini, buat saya rasa seperti: Am I too hopeless?

Apapun, terima kasih saya ucapkan. Sebab apa yang terjadi memberitahu saya bahawa ramai yang prihatin sebenarnya. Cuma mungkin terkadang keprihatinan itu tersalah tekaannya dan salah pula waktunya :)

..................................................................................

Saya rasa saya cemburu. Susah untuk saya katakan dengan jelas. Abang ak47 menghubungi saya memaklumkan tentang pemergian ayahnya petang Jumaat yang lalu. Saya turut menangis waktu itu kerana saya juga punya kenangan bersama arwah. Dan ketika itu, saya sebak yang teramat mendengarkan kesebakan Abang saya itu.

Abang ak47 mengamanahkan saya supaya tidak memberitahu ramai atau dalam erti kata lainnya, jangan sampai orang di Malaysia tahu. Jadi saya rahsiakan namanya. Walaupun saya tahu, hendak atau tidak, memang semua pun akan tahu akan hal ini. Abang kan seorang yang terkenal dengan keperibadian yang cantik dan berkepimpinan.

Yang saya cemburukan, dalam saya terpaksa menggunakan ganti nama Abang ak47, berahsia-rahsia demi menjaga amanah, namun berlambak-lambak rakan-rakan blogger yang lain menulis nama penuh Abang ak47. Sedihnya. Ya. Saya cemburu. Kenapa saya tidak boleh? Tak mengapalah. Sebab saya tahu pastinya ada alasan untuk setiap kenapa yang saya fikirkan ini.

Ingin saya berkongsi sedikit tentang arwah Tuan Haji Ismail Bin Adnan (ISBIHA). Pertama kali mengenalinya pada tahun 2001. Dari situ hanya mengenalinya sebagai ayah kepada senior saya ini. Namun sejak saya mendapatkan khidmat Abang ak47 untuk mengomen beberapa buah sajak saya, rupa-rupanya dia panjangkan sajak-sajak tersebut kepada arwah ayahnya. Dan dari situ, saya semakin mengagumi arwah. Kerana kehebatannya.

Arwah tidak pernah tahu bahawa setiap hari saya membaca blognya. Membaca tulisannya, saya dapat nasihat dan semangat. Ketika mengikuti program SUNATHON 2007 di Endau-Mersing-Pulau Tioman Ogos yang lalu, saya berpeluang bertemu, berbual malah berjenaka dengan arwah (Ketika itu saya sedang menunggu nescafe ais bungkus yang saya pesan di sebuah gerai bersama 2 orang kawan, arwah dan kawannya baru tiba dan memesan teh ais. Kawannya mengadu badannya terasa penat sangat bila sudah tua-tua begini perlu beraktiviti seperti orang muda. Apabila makcik kedai menghantar air saya dan kawan-kawan, dia bertanya, "Siapa punya nescafe ni?". Lalu saya tersengih-sengih minta izin lalu di hadapan arwah. Arwah senyum saja dan berkata, "Orang muda, banyak minum nescafe, kuatnya masa tua nanti." Dan saya bersama dua orang kawan tadi tergelak kerana kami faham maksudnya ditujukan buat kawannya itu.)

Saya tidak pernah menyangka bahawa rupanya arwah membaca blog saya sehinggalah pada suatu hari arwah meninggalkan komen di sebuah entry saya yang saya tinggalkan sajak bertajuk 'Aku Pergi Dulu'. Komen daripada arwah sangat membina. Demi Allah saya sangat mendapat semangat selepas membaca sajak yang arwah tujukan untuk saya. Yang lebih membuatkan saya terkejut, apabila keesokan harinya saya membuka blog arwah, saya lihat, arwah ada menulis sebuah entry yang ditujukan untuk saya (entry pertama bulan Oktober). Sungguh. Saya terharu. Dan pada sebelah malamnya, ketika saya melapangkan masa membelek-belek email yang ada dalam inbox, baru saya sedar rupanya saya ada menerima email peribadi daripada arwah. Dan kata-katanya, Ya Allah, ibaratnya arwah mengenali saya sudah lama. Luar dan dalam. Saya sangat terharu. Sedangkan pada ketika itu saya kira arwah tidak pernah tahu perjalanan hidup saya bagaimana warna dan coraknya.

..................................................................................

Saya tiba-tiba kematian akal untuk menyambung pengkisahan hidup yang berkisah dan dikisahkan ini. Rumah saya sedang sibuk bersiap-sedia untuk majlis doa selamat yang Wanie niatkan untuk ibu bapanya yang akan bertolak ke Mekah minggu hapadan.

Dunia, saya tidak bersedih apatah lagi bedurja sengsara. Saya gembira dan bersyukur dengan apa yang saya ada.

Buat Abang Khairil, saya tahu Abang kuat dan akan sentiasa kuat. Buat pembaca semua, Al-Fatihah buat arwah.

Saya undur diri dulu. Hulurkan nota suka atau senyuman jika kamu rasa saya sedang stabil, gembira dan bahagia :) Jom kita senyum *kempen senyum itu sedekah*

18 comments:

FaYiisya said...

....:)...:D....;)....;D....senyum itu sedekah!;D

hadoken said...

"_" --->bley, kan?

zliah said...

alfatihah utk arwah.

mari semua senyum selalu :D

Anonymous said...

(^-^)

echah_syed said...

senyum syg ku sarah !!!

~ take care ~

Mimie Azrin said...

Salam Sarah

:D :D :D
buat aunty sarah dari mimie & mimie jr.
Mimie jr, behave your self, dun push mama so hard ok?

Anonymous said...

bila kita tidak berada dalam bot yg sama, mmg kecenderungan utk kita menegakkan kebenaran kita & me'accuse' org yg tidak dalam bot yg sama dgn kita. sehingga kita lupa yg kita tidak mengenali malah tidak memahami pun akan keadaan individu yg disebutkan itu.

bila kita berada dalam bot itu satu masa nanti baru kita tau.. o mcm ni rupanya.. :)

arsaili said...

hidup perlu diteruskan

Anonymous said...

Sy membaca blog kamu... dan mengambil berat tentang kamu.... Walaupun kamu tak knl sy siapa.... Maaf jika sy tersilap meneka...

Girl A said...

sarah, azah suka senyum...sbb bile senyum, org tak bleh teka azah ada problem ke tak :)) mari kita bersenyum-senyuman!

MakcikMuda said...

sabar oke,cik abg jejake idaman kalbu.

sarah pon same.

*gelak x hengat dunia ! mampos lau cik abg sarah bace*

takziah utk arwah.

sarah,teruskan senyum.

ryn sayang sarah manyak2.

*hugs n kisses from sarawak*

Divemuster said...

Hi! Thanks for dropping by my blog and for your kind comments. Photography is a simple joy that I indulge in and for the sharing in the beauty that nature brings make my cup overflow with delight.

Sarah Mohd Shukor said...

Faresya:
:D Thnk u!

Raimi Hadoken:
boleh jgk la. valid utk kempen senyum ni. hehe :)

Ida:
Mari kita senyum :)

Nurmahani:
haa.. sneyum yg ni mmg sgt comey :)

Aunty Combi:
yup.. jom senyum2 selalu :)

Mimie n Mimie Jr:
muaah! Thnk u.. syg u both! hehe (walaupun mimie jr x kluar pn lagik!) :D

Sarah Mohd Shukor said...

Kak Lina aka Mama Hafiy:
haah. betul tu. end of it baru tersedar bila dh rasa benda yg sama :)

Arsaili:
yes bos!

Anonymous:
Terharu sy baca komen kamu ni. Terima kasih sbb mengambil berat. dan terima kasih sbb sudi tinggalkn komen kt sini. Sharing is caring. Thnk u!

Azah:
azah mmg senyum sokmo walau kt mane je. budak comel la katakan. azah, ni sy nak call ni! huhu

Ryn dan lembu2nya:
Idaman kalbu? abisla ada org cemburu lepas ni :p
terharu sy ryn syg sy manyak2. sy ucapkn time kasih manyak2 jgk :) ryn, nak call ryn ni. tunggu ok!

Divemuster:
can i call u lady hawk? i just love the name. anyway, u hv a great blog n photos. ur photos potrays u as the nature lover :)
actually i was browsing about negeri pahang and suddenly i found ur blog. n its about tasek bera which is very natural n beautiful from ur lense. I'm from Temerloh, anyway. Thnks for dropping by.

Anonymous said...

Salam singgah dan salam senyum dari BB

Mimie Azrin said...

Salam sarah!

Amacam arini...

Wanpetunjuk said...

Takziah untuk kluarga AK...setiap di antara kita akan melaluinya...

esok merupakan percubaan ke5 sebelum berangkat ke tanah malaya....semoga esok kaki ini akan terjejak jua di Betty....doakan sy....

Sarah Mohd Shukor said...

BB:
trma kasih sbb turut senyum :)

Mimie:
pagi td terasa sgt bersemangat! :)

Hidayat:
Semoga selamat sampai ke Betty esok. Doa sy sentiasa bersama. Berpenat-penat dulu, nnti dpt balik ke tanah malaya ni akn happy2 dgn family n kwn2. take care.