Tuesday, November 27, 2007

Salam Buat Temerloh


Assalamualaikum wbt

Dalam perjalanan pulang dari hospital tadi (sesi pagi ini sangat sekejap), saya sengaja menjarakkan diri daripada kelompok kawan-kawan sekumpulan. Tanda protes dalam diam sebenarnya. Apa tidaknya. Di hospital, ketika mengambil winter coat di bilik salin, ada dua orang daripada mereka yang sedang melawak sesama mereka tidak mengendahkan saya yang berada di muka pintu yang sedang memberi laluan kepada mereka itu.

Akibatnya, belakang saya ditolak kuat terhempas di tombol pintu dan cermin mata saya tertekan ke mata kiri. Saya tisak kisahkan sakitnya itu tapi cermin mata itu bengkok. Cermin mata yang ini baru bersama saya kurang lebih 3 bulan. Kini sudah bengkok pula. Dan dalam perjalanan pulang tadi, saya terpaksa singgah di kedai untuk membetulkannya. Dan yang lebih menyayat dan menyiat hati, tiada sebarang kata maaf daripada mereka.

Saya sengaja mengambil trolleybus yang melalui jarak jauh untuk ke metro. Kebiasaannya, saya menggunakan Metro Begovaya. Tapi kali ini saya menggunakan Metro Ulitsa 1905 Goda pula.

Sepanjang di dalam trolleybus, saya menghubungi emak. Sudah seminggu tidak mendengar suara emak. Sebenarnya sejak Ahad yang lalu saya hendak menelefon rumah tapi ada saja halangan. Lebih-lebih lagi, saya mendapat perkhabaran daripada Kaklong bahawa ayah tidak sihat. Kaki ayah sakit. Sehinggakan ayah tidak boleh memandu sendiri. Emak atau Kaklong yang akan menghantar ayah ke pejabat atau keluar membeli barang. Saya mendapat tahu tentang hal ini pun secara tidak sengaja. Kalau tidak, jangan harap orang di rumah hendak memberitahu jika ada yang tidak sihat dan sebagainya. Janganlah berahsia dengan Ngah. Kalau Ngah tahu lambat, lagi Ngah risau.

Jenuh saya menahan sebak pada hujung minggu yang lalu. Berusaha menjadi tabah dan kuat. Mendengarkan berita dari Kaklong ini menyebabkan saya terasa 100% hendak pulang ketika cuti musim sejuk ini (29/12/2007 - 7/2/2008). Tapi saya pertimbangkan banyak benda. Kaklong memujuk, katanya ayah sudah semakin sihat. Sakit kaki yang biasa-biasa cuma.

Tadi, emak juga memujuk. Kata emak, ayah sudah boleh memandu kembali. Cuma hari itu terlalu letih kerana terlalu banyak memandu ke sana-sini. Ya. Ayah memang sangat sibuk dengan urusannya. Tapi walaupun menurut emak kaki ayah cuma penat dan sakit-sakit kerana banyak memandu, tapi bagi saya yang dapat mengaitkannya dengan banyak benda, saya jadi risau. Risau yang teramat.

Menurut emak lagi, Kaklong kini sangat sibuk di rumah. Maklum sajalah. Dialah cucu Tok yang paling boleh diharapkan untuk menghantar Tok ke mana saja yang Tok inginkan sejak Chik sudah tiada. Ada hikmah kenapa Kaklong tidak ke Egypt. Ya. Inilah hikmahnya (Mak De and Mak Andak dearest, you both can take deep breath and smile now for still having Kaklong around in Temerloh. She does as much as possible for Tok).

Kadang-kadang inilah yang terjadi dalam kehidupan. Pemikiran dan harapan kita berbeza. Kita harapankan agar tidak diketepikan daripada berita-berita yang kita kira penting untuk mengetahuinya. Tapi bagi mereka pula, sengaja mereka mendiamkan berita tersebut daripada kita supaya kita tidak terkena tempias risau yang sedang melanda.

Kadang-kadang, dalam kita mengharapkan untuk menjadi yang terbaik buat teman-teman, kita terlupa bahawa dalam sesetengah perkara kita sebenarnya tidak diperlukan dan tidak membawa apa-apa signifikan dan makna dalam kehidupan mereka.

_________________________________________________________

Hari buat dia:

70) Orang biasa bercakap tentang orang lain. Orang sederhana bercakap tentang peristiwa. Orang hebat bercakap tentang gagasan dan masa hadapan.

13 comments:

Anonymous said...

saya doakan pakcik shukor sihat selalu yer kak...

Noor Aida said...

Usah risau ngah, ayah ngah cuma sakit kaki je..biasalah satu surat cinta dari ALLAH untuk memberitahu kita sudah tidak semuda dulu agar beringat mencari bekalan untuk hari2 yang lebih kekal abadi. makde dulu lagi teruk .........selepas kahwintak dua minggu terbang semula ke US menyambung Ijazah Sarjana menerima berita abah aka Tok Abah lumpuh......buat keputusan nak balik juga walau pun mulanya ayahde kata balik pub bukanlah buat apa dan dia percaya abah aka tok abah ingin makde tamatkan ijazah makde. makde tetap berdegil sehinggalah ayahde beri kata putus.........kalau balik kita putus.......berdegup jantung makde .Ditelan mati mak diluah mati ayah. Dalam hati sampainya hati ayhde cakap begitu...teringat pesan tok abah...skrg De kena taat pada abgde whatever it is kerana itulah anak abah yg baik. Bila dikenangkan semula sebenarnya abgde memang betul. Kalau makde balik...memang tak tamat master makde. jadi bnyk bersabar dan berdoalah agar kita diketemukan kembali dgn org2 yg kita sayangi selepas tamat belajar.
Satu sebab makde nak pindah UiTM Jengka insyaallah 2009 ialah nak duduk dekat ngan tok semenara hayat tok masih ada. Mudahan ALLAH panjangkan umur tok agar sempat dirawat oleh Dr Sarah dan Dr Nisa satu hari nanti.

Kasawari said...

Banyak banyak bersabar, tumpukan perhatian pada study tu ya... Kami semua mendoakan agar semua nya selamat di sana...

Sarah Mohd Shukor said...

Farah:
Insya Allah. Doakn pak mentua kamu tu ye.. ngehehe :D

Makde:
thnk u makde. i've learnt a lot frm u. maybe tak balik kot. gi egypt jd nanny mak andak la :D hehe. makde, tak susah ke kawin time blaja?

Kasawari:
terima kasih bro. doakn eh :)

Jamal Abd Rahman said...

sarah...saya paham kenapa family buat mcm tu pd sarah...they just want u to concentrate on your studies...i'll do the same if i were your father...

mungkin bg mereka perkara tu kecik aja dan tak perlu dibgtau pd sarah...not that you're not significant or even not wanted...no...not at all!!

i do agree with u...memang betul pemikiran dan harapan kita berbeza...mmg tidak selalunya sama sarah...

doakan saja moga ayah dan family sarah sihat selalu...

take care sarah...dont worry,be happy!

Sarah Mohd Shukor said...

UncleJ:
ye..sy faham tu.. tp tula kn.. risau seorg anak ni lain...
oh! yg pasal not bring any significant tu, i refered it to fellow frens yg *tak tau nk pilih word apa to describe them..fuh*
yup..im doing very here. thnk u uncle!

Anonymous said...

byk2 bersabar sarah...insyaAllah ayah awak xpape

Sarah Mohd Shukor said...

Emi:
thnks emi. insya Allah. ayah akan sihat. and u, plis be strong ok.

Anonymous said...

Kirim salam pada abah dan mak nanti ye.

zliah said...

saya doakan ayah akak sihat selalu :)
insyaAllah~

Husna said...

oh apparently kenal khaliz n syafie kecik tu.same coll.

khaliz tu ade one time g snorkelling kt pulau kapas, then die dgn tk pkai life jacket nye duk dive2 bwh2 kitrg amikkan corals ape sume, mmg seriously ingt dugong agak dah cuak dah time tu.kelakar la.

huhu.i miss debating too, tu zmn2 kegemilangan laaa.nasib tk masuk kisas je.tahu tak hmpr2 je masuk abah siap pkai org dlm lg but tk dpt, maybe tk lyk kot.klu tk blh join debating team yg hebat itu kan.

sometimes we cant be to comfortable with what we have. susah jgk selalu sgt at the top, we will learn more if for once kite di bwh.as long as wer consistent, insyaAllah will make it.kene mencontohi KS yg rajin ni..tlgla nasihat usna yg pemalas gile, suke tido aje, suke main sane sini.camne nk jd doktor berjaya niiiii.tlgla membebel skt kt usna ni.

arsaili said...

umm kekadang ada kawan yg alpa, mungkin tidak bermaksud sebegitu..buat memujuk hati...moga ayahnya cepat sembuh

Sarah Mohd Shukor said...

Alif:
Insya Allah..

Ida:
Terima kasih Ida :)

Usna:
eh eh.. ada 2 same comments. hehe. oh. haah la. usna pn kt coll tu jgk kn. nk nasihat usna?? sy kena betulkn diri sndirik dulu la kot sblum bleh nasihat org. huhu. diri ni sgt x layak ok.

Arsaili:
Terima kasih Arsaili... :)