Sunday, November 11, 2007

Oh Nasi Dagang

Assalamualaikum wbt

Hari Khamis yang lalu, saya ke kelas Traumatology seperti biasa. Jam 7.30 pagi yang masih dalam rembang subuh itu saya redah untuk ke hospital. Tajuk pada hari itu ialah Back Pain Syndrome. Ada beberapa pergerakan yang Dr. Konstantin ajarkan untuk melihat keterhadan pergerakan dan kebolehan seseorang mengubah posisi vertebra (tulang belakang). Ketika membuat pergerakan-pergerakan itulah, saya dan Thines didapati mempunyai sedikit abnormaliti. Jadi kami berdua telah menjadi model ketika di dalam kelas. Apa yang telah Dr. Konstantin lakukan terhadap saya? Saya telah dipeluk dari arah belakang untuk membetulkan struktur tulang saya dan tangan kanan saya dikilas sedikit ke belakang (di bahu) sehingga berbunyi 'tak' yang agak kuat. Aduh. Sungguh sakit. Tapi selepas daripada itu, saya terasa sangat segar walaupun ada sedikit sengal masih berbaki.

Suasana hospital di sini. Bukan semua tapi inilah contohnya.

Setelah beberapa kali merancang, baru hari semalam (10 November) Allah mengizinkan rancangan kami untuk memasak nasi dagang bersama-sama Uncle Zul menjadi kenyataan. Ikutkan rancangan asal, Faiz dan Sheikh juga akan turut serta tapi lewat petang semalam mereka perlu berangkat ke Star City untuk mengemas barang-barang mereka kerana mereka akan pulang ke Malaysia pada hari Isnin ini. Jadi yang ada hanyalah Uncle Zul, Auntie Zaleha (isterinya) dan anak perempuan mereka, Zulaikha.

Saya sudah siap sedia memasak lauknya di rumah. Jadi selepas maghrib, kami serumah (berenam) dan juga Mily bertolak ke rumahnya. Rumah itu adalah tempat pegawai-pegawai ATSB menginap jika bertugas di Moscow. Serba ringkas. Pinggan-mangkuk juga tidak banyak. Sebaik tiba, kami mula memasak nasinya. Ups. Cuba lihat gambar di atas. Lebih tepat, hanya saya dan Uncle Zul saja yang menyingsing lengan di dapur :) Disebabkan beras baru saja direndam, kami punya banyak masa untuk membuat aktiviti lain.

Siti Sarah dan Siti Zulaikha. 3 pupulah rasanya pangkat yang paling tepat untuk kami berdua.

Auntie Zaleha. Dulu saya hanya kenal abangnya, Dr. Bahari sebagai ayah saudara saya (sebelah Tok Halimah di Temerloh). Dan baru kini saya bertemu dengan adiknya pula. Mengikut cerita Tok, ini 2 pupu emak. Jadi semalam kami bercerita perihal keluarga di sebelah Temerloh. Puas dikupas-kupas, akhirnya kami ketawa kerana baru kini kami tahu salasilah kami dengan jelas. Auntie juga masih mengingati Tok Halimah.

Disebabkan nasi baru saja dikukus, saya, Fatt dan Mily mengambil keputusan untuk ke Ramstore Capital, sebuah rangkaian supermarket, untuk mendapatkan makanan-makanan ringan dan air (juga Pampers buat Zulaikha). Maklum sajalah. Di rumah itu tidak ada bekalan makanan dan minuman langsung. Kami meminta pemandu membawa kami ke sana (berdekatan dengan kawasan itu). Tersenyum saya kerana sudahnya kami yang memberi tunjuk arah kepadanya sedangkan dialah orang tempatan. Bukannya kami :) Tapi dia sangat baik. Biarpun kami mengambil masa hampir 40 minit di dalam supermarket itu kerana barisan yang panjang di kaunter bayaran, dia tetap sabar menunggu. Gambar di atas adalah wajah-wajah kelaparan mereka sementara menanti nasi siap dikukus. Habis semua jenis Lays (seperti Mr. Potato) dan bun berkrim dimakan. (yang berbaju hitam berkaca mata dalam gambar di atas adalah Le'a. Pelajar tahun 2. Le'a merupakan anak saudara benar kepada Auntie Zaleha. Jadi secara tidak langsung, Le'a adalah 3 pupu saya (susahlah untuk saya sebut pangkat-pangkat ini semua). Jadi lengkaplah hari semalam ada 3 orang Siti. Termasuk Le'a, Siti Saleha)

Dan inilah nasi dagangnya. Ini keadaannya sebelum makan. Memang sangat wangi dan menyelerakan.

Tup! Dalam sekelip mata periuk kukus itu licin selicin-licinnya!

Wajah-wajah kekenyangan terduduk selepas makan. Rasa malas hendak balik rumah saja rasanya. Tapi tetap wajib balik. Ada sesuatu menunggu kami di rumah.

Sebelum balik, sempat pula kami bergambar di hadapan lif. Tak tahan sungguh. Dengan mereka semua ini, di mana-mana pun boleh saja.

Dan inilah yang menanti kami di rumah. Sebenarnya saya ada menempah home bake chocolate chips walnut butter cake yang dijual untuk mengutip dana sempena Sechenov Games pada minggu depan. Dan tempahan itu dihantar ketika kami semua tiada di rumah. Jadi sebaik sampai, saya pergi mengambilnya di bilik kawan yang menjual. Masih panas. Jadi, secara peribadi, saya tujukan kek ini buat seorang kawan yang menyambut hari lahir pada hari semalam (10 November). Sambil makan, kami berborak dan isu Faiz yang dikatakan mempunyai buah hati di Moscow diungkit-unkit lagi. Juga isu Sheikh. Oh kamu semua. Hentikan isu itu!

Lebih gamat apabila masing-masing membayangkan keadaan apabila telah berada di tahun akhir nanti. Bagi mereka ada 3 tahun lagi. Tapi bagi saya, hanya setahun lebih saja lagi. Sungguh lucu. Sehingga berair mata Fatt dan geli-geleman Pena mendengarkan perumpamaan yang kami berikan padanya (kakak angkat Nadia Elayza lah kononnya) :)

Dan di saat ini mereka semua sedang menonton movie di katil Pena. Dan saya duduk sendirian di tengah rumah mengemaskinikan blog bertemankan bunyi printer Diba yang sedang membuat salinan kerja.

Badan sudah penat. Mata sudah mengatuk. Sebelum berundur, Selamat Hari Lahir ke-23 buat Orang Jerantut itu (10 November). Semoga dipermudahkan segalanya. Sila pulang ke Malaysia dengan selamat. Jangan terus tinggal di sana ye. Juga Selamat Hari Lahir ke-19 (11 November) buat sepupu saya, Nur Shazlinda Hanif. Kak Ngah sayang awak. Semoga Allah berkati kalian.

38 comments:

Anonymous said...

Oh, seronok dan sedap.

KS, apa khabar?

Kirim salam kat budak kecik yang dipangku itu.

Anonymous said...

waa... nasi dagang~~

Shazwani Adnan said...

salam..
ks n uncle je sinsing lengan.. wanie mane ek time nih? cam xde je.. oooo! padanla wanie xde. i was the person who snapped this pic! nice right? =P

FaYiisya said...

nasi dagang is deliciousss.lebih2 lgi kalau mkn ngan kari ikan.fuh,sedap tu!

Anonymous said...

kak sarah!!!

tlg kirim salam sye kt bdk kechik yg brnme Siti Zulaikha tu...

comel sgt!!!!

e...
geram tgk pipi die!!!

Anonymous said...

besday kawan awak 10hb???

wakakakakakaka

sape???

apekah???

meh sume pakat gelak ramei2...

wakakakakaka

tp cake tu tersangat2 yummy mate memandang.....

[MH] said...

salam
oo ye ke kak wani ke sana
lama tak contact kak wani..rupa2 nya kak wani kat moscow jugak ye..kem salam kat kak wani ye..

sy ada tanya dekat 'dia' psal blog si M tu baru2 ni time chatting..kata dia blog M tu ok je..lagi pon dia ckp M tu pon copy paste dari website lain..so,dia surh sy lupakan je..hehe patut pon berhabuk bi die..hehe..tak caye jugak kalau die tulis..at last,sy mintak maap jugak dr M sbb rasa cm bersalah pulak..(baiknya saya!)hehe

pasal wawi..
oo ks kenal wawi jugak..femes btul die..hmm nanti sy try tanya wawi eh..hehe

oh ya..saya ada hanta email kat akak hari tu..akak jrg bukak email eh?sarah19185@yahoo kan?

esok spm,ingat nk call adik..tapi takde kredit intenet pulak..da habis..frust betol..
k ks
take care..
thnk you very much..

salam

Jamal Abd Rahman said...

wah bes jugak mkn nasik dagang nun jauh dimoscow tu...sekurang2nya terubat rindu open hse yg melambak dimesia nih....nasik tu sarah masak ke?

sapa Orang Jerantut tu Sarah? Mesti someone special bg sarah kan? hehehe

Anonymous said...

Cik Sarah KS, apa pendapat Cik pasal Orang Kuning? Sebarang idea? Caruklah di entry. Tak turut serta dalam rally yang ini? Rally DIA siap sudah. Mari rally Orang Kuning?

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua...

Alif:
kreatifnye dia bg nama ye. alhamdulillah sehat2 aje. harap kamu sehat jgk ye. oh, insya allah klu jmpa lg ks smpaikn nnti.

Silent reader:
tp di msia punya misti lg best n kaw2 punye kn. hehe.

Wanie:
haah. ni wanie punye keghoje la ni. kt dapur pun nk bergmbr jgk yek.

Faresya:
betul3. tambah2 plak klu akk yg masak kari ikan tu. hoho :p

Eyza:
insya allah klu jmpa lg nnti akn smpaikn.

Sarah Mohd Shukor said...

Kaklong:
iye. bday kawan ngah on Nov 10th. kenapa ni? semcm je awk ni?
ish..pelik2.. org kata benda pelik jgn ditegur :p

Thia:
insya allah nnti akn smpaikn salam kamu. psl blog M tu, biarla dia dgn dunia dia. tak luaknya thia kalau tak jenguk blog dia tu. huhu.
pasal abg kamu, ucapkn tahniah kat dia. sungguh tak sangka tu abg kamu. terasa kecik je dunia.
email?? takde pun. ks sentiasa alert dgn email2 yg bukan fwd2 ni tp x penah plak rasanye dpt email kamu. sorry for it :(
all the best utk adik kamu ye.

UncleJ:
mmg plan nak masak dr 1st day raya tp baru hri tu la dimakbulkan allah. mmg best. ada umphh :D

eh eh uncle ni. cepat je dia buat kesimpulan ye ;)

Bunga tanjung bunga kenanga,
Indah digubah di dalam pasu,
Mana asas mana tongkatnya,
Tuan laju berkata bergitu?

jawab uncle jawab. hehe.
kalau uncle jawab ni, uncle memang sporting la!

Yasir:
sy mmg teringin nak tulis pasal tu. tambah2 plak sy mmg org kuning *wink* tp tunggu dulu. masa x mengizinkan. bz. ahad x mcm ahad :( insya allah akn tulis nnti.
note: hari ni sy pakai t-shirt kuning tau. semangat x? (walaupun bersihnya semalam :p )

Anonymous said...

ngah!! wat la entry tentang cerita2 yg selalu ayah ceritakan kat kite mase kecik2 dulu...

1) ali, abu dgn cengkerik

2) Nabi Muhammad dlm gua thur

ape lg ek...???

x hengat la plak

Sarah Mohd Shukor said...

Kaklong:
cerita ali, abu dgn cengkerik tu yg mane 1 ye? dh lupa...sedihnye..knp ngah lupa??
cerita nabi muhammad dlm gua thur tu sgt2 ngah ingt. tambah2 plak version yg ayah cerita pd adam n adi wkt diorg kecik. ending dia tu..fuh..kreatif betul budak 2 org tu yek. ekekek. tengok la nnt ye long :)

DDeden said...

salam sarah,

oh so sedap looking

do you mind i nak copy choc cake foto? boleh? Saya suke design.

oh i wore my yellow jacket yesterday, well it was raining here too.

MakcikMuda said...

smlm cik rynn pakai baju tido pale yellow.

ahaks!

azah bcadang nak buat rally org pink.kehkehkeh !

*ampun azah!*

jeles tgk nasik dagam itu.

*drooling*

the cake also.

*more drools*

nak buat ahh gini!

cik rynn baru sedar die bule masak,lalu die nak mcuba sume mende lam dunia neh

her favourite quote right now : masak kang !

Jamal Abd Rahman said...

ini jawapannya anakandaku sarah..

bunga tanjung bunga kenanga
digubah indah dibulan terang
tiada asas tiada tongkatnya
cuma saya berserkap jarang

wakakaka...ngusik jer sarah..

Mimie Azrin said...

hmmp sedapnyer nasi dagang ~~
slurp, terliur la pulak

Anonymous said...

yer cik Sarah.... kt m'sia mmg sgt best dan kaw2 laaa nasik dagang nye.. lebih2 lg kt kelantan ni.. :P (sy kt kelantan okay...)

Anonymous said...

Dari mana asal usul nasi dagang ni?

Anonymous said...

ala... cite ali abu tu yg bebudak ni dh tukar version tu... depa hilang terpisah dlm hutan. then dengar bunyi cengkerik yg ali bawak. abu pon ikut je bunyik tu... then jupe la si ali tu...

yg bebudak ni tuko dr depa pangge aliiiii...!!!! abuuuuuu!!! depa tuko ke tokciiiiikk...!!! nak eskrem satu!!

takpe ah... abaikan je kalu tak hengat...

ni dh larik komen ni...

Anonymous said...

OK cun. Bebudak kampong semua tunggu entry Orang Kuning cik Sarah. Saya pun baju kuning hari ni, sama ke? cece awk semalam.. Ok orang kampung sekalian kita duduk dulu tunggu ya, ingat jangan berganjak.. =)

Mak Su said...

laaa.... saya ingat awak pun balik sama ngan aseteronaut tu gaks,... so uols lambat lagi ler?

Alam Setia said...

sedapnyer nasi dagang..... nak sikit

Unknown said...

wah wah cik sara...
siapakah itu orang dari jerantut itu ?
hmmm.. musykil ni...
hahaha.. anyway, kite xder la pulak dgr citer pasal faiz dah ade awek moscow ni.. iskh.. ni nak kene tanya empunya diri ni...
hahahahha

Anonymous said...

Indahnya nama cake tu, seindah rupanya. mesti lazat dan best dan lemak dan berkrim dan sedap...
*terliur!!!* :(

Ibn Salim said...

bestnya makan nasi dagang.
nasi dagang terengganu warna puteh :)

Mohd Hazreen Rashid said...

wowo, nasi dagang. Nampak mcm sedap. Pecah sket monopoli mat pel. Huhuh.
Gi embassy selasa?
Tak faham, abes tu function embassy hari selasa siapa yang ada?

Sarah Mohd Shukor said...

DD:
copy la if u want. i dont mind it :) wah. we were in yellow. hehe

Ryn Sayang:
waaa..teruja..ryn pandai masak! sy gi sarawak dh save kos makan. sume ryn masak. sume ryn masak. dan sume sy makan :) ryn pun org kuning jgk..alhamdulillah.. ramai org kuning rupanya ye.

UncleJ:
uncle la uncle tersporting abad ini :p hihi.

kalau tuan ke sungai merab,
kukirim cuma mawar berduri,
serkap tuan serkap perangkap,
bikin kalut duniaku ini.

hehe.. ada2 je uncle ni yek.

Mimie:
mmg sengat sedap nasi dagang tu! tgk la sape buat jari. hohoho.

Silent reader:
ooo..di kelantan ke. (tiba2 teringat Oneib, reader yg dr kelantan jgk. mana oneib ni ye). mmg la nasik dagang kelantan jauh lg ummppphh. tp ni kira nasik dagang kelantan jgk la sbb uncle zul org kelantan. hehe.

Alif (sebelum ba) hehe:
ada yg versi kelantan. ada yg versi terengganu. tp bg ks, nasi dagang asalnya terengganu. ada org terengganu kt sini? iye x statement sy ni?

Sarah Mohd Shukor said...

Kaklong:
eh..yg ngah ingat, cerita nabi muhammad di gua thur tu yg budak2 ni tukar jd mintak aiskrim kt tokcik tu. sbb ngah ingat lg, wktu ayah cerita tu, ayah tnya, apa org jahat tu buat kt pintu gua tu. terus je budak2 ni jerit kata: diorg bg salam n cakap tokcik, nak beli aiskrim. huhuuhuhuhuuhu.
serius ngah x boleh recall cerita abu n ali tu. aaa.. ni yg marah pd diri sndiri ni.. :(

Yasir:
oh oh. kita sama pakai kuning ye? hehe. ok. malam ni nak update lepas abis study sat lg. orang kampung jgn lari ye. hehe.

Maksu:
uish..diorg tu sape, kitorg ni sape.. hehe. sy ada setahun setengah lg maksu. tp tiap2 tahun sy balik cuti. insya allah jun nnti sy balik :)

Alam:
yg kat msia lg sedap. rugi je kalau makan yg serba ringkas camni :p

Hannan:
org jerantut itu adalah tut tut tut yg rumahnya di jerantut yg mana jerantut tu letaknya di sebelah temerloh yg mana rumah sy di temerloh.. huhu.. baik punya explaination kan... jgn marah eh...1 day will reveal out :p
oh oh. yg pasal dr. faiz tu, mau tanya sapekah?? *lariiiiiii jauh2 dr hannan!*

Tirah:
alolololorr..jgn sedih2.. gi beli kt secret recipe. ada jgk yg rasa dia cam kek tu. *cheers!*

Hayyi:
rindu plak dh lama x dgr berita mr. busy man ni ye. oo yeke. warna putih ke. baru ni sy tau. sbb mak sdra sy yg di terengganu pun dulu penah buat (wkt sy ke rmh dia bertahun2 lepas). tp warnanya mcm yg normal ni. nnti nk ke rumah terengganu cari nasi dagang putih :)

Hazreen:
pecah monopoli may pil? tak dapat la kot. 1 sbb takde stok berasnye tu. 2 sbb ks ni study minded, bukan bisnes minded cam dia. hoho. tu la pasal. ks pun pelik bila tau smlm psl function selasa ni. ks pegi insya allah. kamu pegi x? jumpa kt sana ye kalau pegi.

Jamal Abd Rahman said...

sarah...bes berbalas pantun nih...

ok dengarkan yang ini pula..

dari temerloh hingga ke mentakab
singgah dibangi membeli guni
jika serkapku benar memerangkap
tahniah jua dari paman mu ini

ekeke..*mcm mana boleh singgah bangi pulak tu?*..gurau2 jer sarah...

Husna said...

sape yer org jerantut ni..ehem ehem. (cubit ks)

13may said...

waaaa...mesti best bila dapat mkn nasi tu kat sana :)

Anonymous said...

Salam...sedapnya nasi dagang tuh...nnti boleh tak masakkan utk sy ek...(walaupun bukan penggemar nasi dagang)...

Ermmmm....terima kasih sarah atas ucapan hari lahir tu, sgt terharu....thanks a lot, Muahhhhhh!!!

Girl A said...

sarah membuatkan azah teringin nak mkn nasik dagang :|

Shumierain said...

cedappppnya chocolate cake 2...nape namenya panjang sgt..nnt blum complete sebut namenya, cake pun abisssss daaa...

Sarah Mohd Shukor said...

UncleJ:
best la uncle ni..sporting abis :) sama ada betul atau tak, trma kasih sy ucapkn *wink*

Usna:
adui dui dui.. sakit tau! :p org jerantut tu org jauh. usna tak kenal. huhu

May:
sodap hingga menjilat jari. heheh

Orang Jerantut:
alalala..terharu plak dia ye.. eh eh..sebelum nk masak nasi dagang, sy nk tuntut rendang yg awk masak dulu ok. then bru bleh masak nasi dagang..ok ok ok? :) words cant say IT enuf... :)

Azah:
sonang jo jang.. ekau poie boli ajo..abegh cito :D

Rain:
huhu...tp kami plak mlm tu, disbbkn kenyang lg perut lepas mkn nasi dagang, so makan 1/4 je dulu. tp esoknye tu, sekelip mata abis.. jerung betul kami 1 rumah ni :p

arsaili said...

selain nasi kerabu sy juga suka nasi dagang..sedihnya jadi anak dagang ,..teringin nak makan nasi dagang..uhuhu

Anonymous said...

sarah sayang buat air liur ku terjejeran..
Uwaaa!!!
Nak nak!!

*lapar*