Assalamualaikum wbt
Alang-alang saya ada masa yang lapang hari ini, saya hendak melangsaikan satu lagi tag yang telah diserahkan oleh Ryn Si B*ntang (lagi!). Kali ini tagnya berlandaskan idea Cik Azah. Yang jadi mangsa siapa? Saya juga. Berkenan sungguh Ryn mengetag saya. Ish ish ish. Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak perlu lagi ke hospital, jadi inilah kisahnya.
Tema tag kali ini adalah 5 perkara yang saya rindui. Jadi, inilah dia 5 perkara tersebut:
1) Zaman tingkatan 5 di KISAS
Waktu itu, kehidupan saya sangat padat dengan jadual latihan dan diskusi bahas. Setiap pagi saya akan bangun pada jam 5 dan sesi di kelas akan saya guna pakai dengan sebaiknya. Pada sebelah petang, ketika semua pelajar sedang menjalani sesi prep petang, saya pula akan terperuk di dalam bilik komputer guru atau di perpustakaan (PerKISAS) bersama ahli pasukan bahas yang lain kerana inilah masanya untuk berdiskusi. Selepas itu, pulang ke hostel untuk solat Asar dan pada waktu itulah saya dapat mengurus diri dan menyempurnakan kerja-kerja KP (Ketua Pelajar) seperti menyediakan laporan dan bertugas di meja KP berhampiran alat siaraya di Dewan Makan. Pada sebelah malamnya, jika tiada pertandingan dalam masa terdekat, maka itulah satu-satunya masa saya dapat mengulang kaji dengan berkualiti. Tapi kadang kala syahid juga di atas meja berbantalkan buku-buku. Jadual di siang hari saya sangat padat. Jadi pastilah letih. Sebaik prep malam tamat, pulang ke hostel untuk bacaan Al-Mulk dan selepas itu saya akan terus berjaga sehingga jam 2.30 pagi. Menelaah pada waktu itu sangat berkualiti saya rasakan walaupun kerap kali dapat saya dengar pelbagai bunyi yang datang untuk 'menemankan' saya study. Dan yang paling saya ingati adalah kenakalan saya sewaktu petang Sabtu dan Ahad. Saya gemar ke Gazebo, taman di hadapan pejabat, dan study di situ. Kadang-kala saya akan terserempak dengan 'Abang Pujaan' (AP) saya. Oh! Tiada siapapun yang tahu apa tingkah saya waktu itu. Segalanya menjadi rahsia peribadi. Yang kononnya bergelar AP itupun tidak pernah mengetahui akan hal ini. Oh! Nakalnya saya. Tapi pengalaman ini semualah yang saya rindukan. Saya rindukan Shuhada teman sebelah katil yang sama-sama sakit dengan saya sehinggakan boleh berkongsi ubat yang sama, Kak Nazifah (F6) dan Kak Mai(F6). Di waktu malam, Kak Nazifahlah yang menjadi telefon karat yang menyampaikan cerita perihal AP. Semoga AP selamat dalam chambering yang sedang dilakukannya.
2) Di Pertandingan Debat Piala Terbuka UIAM Kali Pertama 2002
Yang saya maksudkan adalah di peringkat akhir pertandingan tersebut. Ada satu insiden 'berani mati' yang telah saya lakukan. Kebetulan AP datang beserta pasukan penyokong KISAS yang lain. Jeng jeng jeng. Dan dengan ini diumumkan bahawa selepas pasukan kami menjuarai petandingan itulah merupakan kali pertama kami bertegur sapa! Jangan salah faham. Sekadar ucapan tahniah. Itu saja sebenarnya. Huhu. Oh! Terasa lucu pun ada. Tapi inilah antara yang saya rindui. Kerana kalaulah saya dapat keluarkan hati saya pada waktu itu, pasti semua dapat melihat betapa hati saya penuh dengan bunga-bungaan dan kalaulah dapat saya keluarkan perut saya pula, pasti semua akan tergelak kerana betapa perut saya mengecut dengan amat dahsyat. Ya Rabbi...
3) Zaman Kursus Persedian di Intec
Durasi masa di Intec sangatlah singkat. Kurang 3 bulan tempohnya. Tapi dalam tempoh inilah saya belajar bermacam-macam perkara dan macam-macam juga yang telah terjadi dalam hidup saya. Dengan kehadiran Faiq yang sentiasa ada bersama saya, saya rasa dunia ini terisi. Waktu inilah saya mula berjinak-jinak menjadi teman baik handphone saya. Bukan setakat atas urusan rasmi yang banyak saya kena uruskan waktu itu, juga atas urusan peribadi yang manis-manis dan kelat-kelat untuk diingagti. Oh! Rindunya waktu itu. Seronok walaupun sebentar cuma saya merasai student life di Malaysia.
4) Makan di KFC Seksyen 18, Shah Alam
Paling saya rindukan saat itu! Tapi memang tak mungkin akan dapat berulang. Setakat hendak pergi makan saja-saja bolehlah. Tapi keberhargaan waktu itu tidak boleh diganti dengan detik yang lain! Sebab apa berharga? Sebab AP-nya datang. Nak telan makanan pun tak boleh. Ngahaha. *koya betul saya ni*
5) Saat hendak berlepas buat kali pertama ke Moscow (di KLIA pada 1/10/2003)
Ikutkan logik, mestilah sedih hendak berpisah dengan keluarga untuk ke Moscow. Tapi lain pula bagi saya. Saya rindukan suasana itu. Saya masih ingat lagi pada hari itu saya diberi kebenaran untuk menyelongkar inbox handphone seseorang dengan keizinan. Inilah keistimewaan orang yang hendak pergi jauh. Mintalah apa saja. Insya Allah akan ditunaikan jika tidak keterlaluan. Dan saya sangat gembira malam itu walaupun kesudahannya saya menangis juga apabila kelibat keluarga dan rakan-rakan hilang dari pandangan. Juga kelibat tuan handphone yang saya selongkar inboxnya itu. Maafkan saya.
Itulah 5 perkara yang saya rindui. Saya tidak mahu memanjangkan tag ini. Tapi seandainya ada diantara kamu yang terasa hendak berkongsi perkara-perkara yang dirindui, sudi-sudilah untuk mengkhabari saya setelah selesai membuatnya.
Nota: Aishh... Kelima-lima perkara yang saya rindui ini ada AP. Apa kes ni? Jangan salah faham. Saya berani menyebut tentang AP di sini kerana saya yakin dia tidak tahu bahawa dirinya AP dan yang paling utama dia tidak mengetahui kewujudan blog ini. Lagi pula, itu hanyalah kisah zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu. *LEGA+SENYUM*
___________________________________________________________________
Hari buat dia:
35) Tajam akal adalah hadiah dari Allah untuk menguji dari mana kita mendapat batu asahannya dan kemana kita gunakan ketajamannya itu. Adakah kedua-duanya dari dan ke jalan yang diredhai.

21 comments:
Hmm...rindu adalah anugerah,namun sekarang ini ia menyakitkan,walau hanya unutk seorang sahabat..(congrats 4 me to be no 1 2 comment)
sarah,mekaseh sbb tunaikan sume tag.
suke nak tag sarah neh.
suke kaco sarah.hoho!
syg sarah.
Rindu. Oh. I miss home. So much.
sy tahu AP anda!!
yeay
xxx
sarah dan bintang mekaseh sbb tunaikan sume tag.
suke nak tag sarah dan bintang neh.
suke kaco sarah dan bintang neh .hoho!
syg sarah dan cik bintang.. eheheheh
:P
dulu ni ketua pelajar KISAS ker ni?
rasanya semua orang yang terlibat dengan bahas akan sibuk sehingga ke hujung tahun. Masih ingat lagi pasukan bahas sekolah sibuk sampai dekat dengan peperiksaan percubaan SPM.
hafiz238:
setuju. budak-budak debate selalu balik dorm lepas lights off dan missed prep hours. but their studies were never affected. sangat hebat. anda debate juga?
nak jawab soalan alif...dulu bukan pembahas...cuma ada ramai kawan yg masuk pasukan bahas :)
Oneib:
betul tu..rindu tu 1 anugerah n bg sy, rindu sy utk sahabat sentiasa tinggi :)
Ryn:
ryn mmg suka mengetag sy. huh. yg ke3 nih nnti2 bru sy buat na.
wah3..ada org tu terus add sy d ym.hehe.lg slalu la sy kena kacau lps nih. huhu.
ryn, syg awk jgk!
Alif:
nnti cuti klu cukup ongkosnya balik la ye ;) eh, jaga diri. tgk tu. baru bape minggu x online dgn ks, x dgr ks bebel, dh patah tgn tu. sian anak singa ni..
Zack Idris aka abg wan:
yup yup yup. u know him..
huhu..lucu+malu
Sunan:
eh, yeke sunan suka kacau sy *thinking*
sy x rasa dikacau pun..hehe. tp kn sunan, ni nk ngadu ni. tu ryn tu. dia suka kacau sy.. babab dia utk sy. cepat2.
Hafiz:
sy betul2 free dr bahas genap 40 hari sebelum SPM. tu pun betul2 lps final PPM. sempatla baca yasin 40x utk SPM. huhu. time trial pun tgh bz dgn bahas. tp ntah la rezeki mana dtg bergolek, trial above 8, real SPM plak straight. mcm ajaib plak. padahal blajanya ehem ehem aje. :p
Alif again:
yup..penah ks balik dorm dh pukul 2am sbb ada discussion last minute b4 final PPM. adeh. dh langgar syarat asrama. tp nk buat camne kn. yg plg seksa sbb missed prep hours la. rasa rugi n jeles tgk kwn2 dpt study. tp kami budak2 bahas berpegang dgn 2 kata2: a) kita tolong harumkan nama kolej, insya allah, allah tolong kita semula. b) kita mesti dapat PPM dan SPM. haa. tu la dia kata2 semangatnya. alhamdulillah berbaloi :)
Hafiz:
klu dulu ramai kwn yg debater, skrg awk berkawan dgn beka debater dulu. nmpaknya awk dh di curse berjumpa dgn org2 bahas aje lah hafiz. hihih.
jenuh duk layan tag si ryn.. heheh..
zaman skola/blaja mmg sentiasa dirindui..
it could never be replaced.. :)
bulehkah sy memberitahu AP akan kewujudan blog ini? mulut seakan mahu tapi hati berkata nantilah dulu..
hehe
nges2
xxx
assalamulaikum..akak rindukan k'syuhada juga ya? k'syuhada yg dok dunedin now, ryte? i knoe her! hehehe..bcoz im here in dunedin with her... *smile2
tp itu pun kalau saya x salah org..tp hati sy rasa, mmg btol k'syuhada alias..kan?? :D
huhu.
masa sekolah sangat serunut untuk dikenangkan kan kan :)
Dr. Am:
yup..it could never be replaced..
Abg Wan:
huhu..mcm iye je nak kasi tau dia.
nges nges nges!
Aimi:
haah..haah..haah! shuhada alias! tu la kwn yg paling rapat wktd hostel sbb kelas/aliran lain2. sampaikan salam pd dia. salam rindu yg teramat sgt!!
Cik Ati:
serunut sehingga mengecut perut!
accidentally jmp blog sarah...akak baru tau kewujudan blog ni, mgkinkah AP pun akan TERjumpa blog ni like me?;)
entry ni mnyntuh hatila..mjmput rindu zmn muda2 dlu;)
wlupun k.nisa dh xde tp akak ade lg di uia,klu nk shoping time cnvst nti my room still can afford anor squatter;)
To K.Mas,
kiter pung nak dtg uia gak time convest. ada bilik kosong x? wat do u mean another squatter? skrg nie dah mmg ada org squad ker?
ahakz
xxx
lama tak baca..banyak entry yang menarik...terkedu...terasa ada babak yang saya di situ sebagai penampilan istimewa or pelakon tambahan or pak pacak or prop huhuhuhu
to ZackIdris aka wan,
sori..full la..already booked by 'loyal squattersss';)
Kak Mas:
oh geng lama! rindunya pd kak mas! ni dh kawen ke blum ni? nnti sy ke uia sy contct. sure sy nk jmpa akk. kejap pun jd la. asalkan dpt tgk muka akk. kebetulan yg mcm mana tu smpai akk bleh jumpa blog ni. ada2 je la.
Abg Wan:
uiks. abg wan x leh jd squatter kt situ! bahaya!
Bro Mukhriz:
yup.. mmg byk dlm babak2 di atas watak bro terselit n tersepit bersama2 AP sy tu :)
Kak Mas lg:
sape loyal squattersssss tu????
jgn risau...loyal squattersss yg bole di expel bila2 masa;) mehla dtg...rndula kt sarah....
Post a Comment