Thursday, July 05, 2007

Hari-hari yang Gembira

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini hanyalah sekadar sambungan aktiviti kami berlima pada minggu lalu selepas menghadiri kenduri di rumah Kak Ani. Saya penat (baca: malas) untuk menulis panjang. Jadi gambar-gambar yang mogok pada minggu lalu saya sertakan untuk menceritakan semua yang kami lakukan di Bangi dan KL.

Boys in the pink! Ini gambar adik Kak Ani, Ajoi, dan kawan-kawannya. Yang berbaju putih dan oren itu bakal artis tau. Kumpulan nasyid Madani. Beruntung saya dapat bertemu mereka sebelum mereka popular nanti :)

Ini kami berlima berlima bersama Umi Ida. Turut serta adalah Nizam, ex-KISAS sebatch dengan saya yang bergelar pendebat UM sebelum dia bergelar pelajar UM. Dari kiri: Nizam, saya, Abg. Wan, Umi Ida, Kak Ani, Kak Zaha dan Khaliz.

Inilah pasukan bahas STAR termasuk pasukan pelapisnya. Bertuah saya dikelilingi kumbang-kumbang cilik yang mantap ini J Di sebelah kiri saya itu adalah Adik Syazwan yang menjadi pilihan saya (cewah!) dan di sebelahnya Adik Harin, pembahas kedua pasukan STAR. Melihat Harin berdebat, saya teringat dulu-dulu. Posisi saya juga adalah pembahas kedua merangkap penggulung pasukan.


Ini di pagi hari Selasa itu pula. Saya dan Kak Ani bersarapan di sebuah kedai mamak di tengah-tengah KL, di belakang Midvalley sementara menanti Abg. Wan dan Kak Zaha tiba. Sengaja saya klik-klik suasana di kedai itu. Saya suka suasana yang dapat dilihat. Pengunjungnya baik Melayu, Cina mahupun India boleh duduk semeja menjamah Teh Tarik dan Roti Canai serta Nasi Lemak bersama-sama. Oh, indahnya Malaysiaku!


Inilah santapan saya! Roti Bom berkuahkan sambal tumis, kuah kari dan dal. Sangat sedap!

Inilah destinasi kami seterusnya. Akhirnya kami end up di Bowling Centre, Midvalley. Inilah antara aksi Khaliz yang sempat saya klik-klik. Kenapa Da Builder? Oh, Khaliz dulu sangat ‘sihat’. Tapi sekarang sangat kurus!

Ini pula Abg. Wan. Kenapa RRR? Hehe. Tanyalah pada tuan badan ye!

Kak Ani nampak sempoi saja. Tapi jangan belittle her ok. Siap ada coach lagi tu! Kenapa Bandung? Kerana pada hari kenduri di rumahnya, Kak Anilah tokey Mi Bandung yang sangat sedap. Tapi saya tak dapat menjamahnya. Mi bandung kan ada daging. Jadi saya pandang dan bau sajalah. Tak silap saya, bermangkuk-mangkuk mi dijamah oleh Khaliz dan Abg. Wan!

Dan ini Kak Zaha. Katanya ini baru kali ketiga dia bermain bowling tapi boleh tahan juga Kak Zaha tau. Tambah-tambah pula bila Khaliz yang menjadi coach Kak Zaha. Ops. Tapi ada insiden yang tak berapa sedap pula yang terjadi. Hehe. Kak Zaha, bola tu golekkan ke depan ye. Bukan ke belakang :)

Mana gambar saya pula? Hihi. Tak payahlah. Score board ini dah menceritakan segalanya. *Sarah tersengih-sengih sorok muka* Ala. Ini sekadar main-main je. Rezeki hari tu agaknya. Dan untuk pengetahuan semua, ini pertama kali saya main bowling di Malaysia. Oh, saya bukanlah orang yang suka keluar rumah dan ke tempat-tempat seperti ini.

Inilah kami berlima. Cuba lihat diskriminasi mereka berempat terhadap saya. Mereka semua bertemakan hitam. Tapi tak mengapa. Terasa bagaikan puteri sekejap hari itu. Hihi. Dan pada hari itu, kami sempat menghubungi Naseem, rakan seperjuangan saya dan Khaliz, merangkap pembahas ketiga dan Pembahas Terbaik Peringkat Kebangsaan pada suatu masa dulu. Naseem juga pulang bercuti di Malaysia dan kini dia di rumahnya di Penang.


Dan destinasi terakhir kami adalah The Curve di Damansara. Hajatnya kami semua mahu makan tengahari di The Little Penang. Malangnya sewaktu kami sampai, restoran itu sedang rehat sebentar. Jadi kami ke Thai Express. Boleh tahanlah. Tapi serius saya katakan (juga disokong oleh Abg. Wan dan yang lain). Tom Yam Pak Mat di Kampung Baru KL tu jauh lebih sedap dan ump. Mi Kari Thai yang Kak Zaha makan pun kurang mengancam. Sedap lagi Mi Kari yang saya masak sendiri. Haha. Apa-apapun, saya sukakan Durian Milkshake yang saya minum. Memang ada ump!

Hutang saya telah selesai. Nasib baik gambar-gambar ini sudah tidak mogok lagi. Bagus-bagus. *Senyum*


_____________________________________________________________________________________

Hari buat dia:

28) Hidup pandang ke hadapan, bukan ke belakang.

9 comments:

Hafiz said...

akhirnya berjaya juga upload gambar :)...

bila baca entri ni, teringat zaman sekolah dulu...pasukan bahas sekolah dulu gigih berlatih sampai lewat tengah malam, kagum melihat mereka.

Ibn Salim said...

wah KS..ni cuit2 malaysia sakan nih...hoho..

MakcikMuda said...

si bintang tiba tersengih2

sarahh..

ryn bawu skali men bowling seumo hidup.

hakhak! same cam kak zaha,bola g belakang.

malunyer.da la ramai urg.mengkaber rase malu dgn gelak kuat2.hakhak!owhh!sungguh x senonoh.

Mimiamilia said...

Sekali sekali kena pandang ke belakang, sebagai ingatan...

betul tak?

Sarah..jeles nyer!!!!!!!!!

p/s: rindu la pulak nak meluah perasaan kat sarah.doakan saya.ada oral exam next week!

akirasuri said...

huhu sangat jeles.
apa ni jalan-jalan tak ajak cik ati. he he he :p

Anonymous said...

Wah...ehem...salam,dah pandai ye bowling...semenjak hidup selama #* tahun ni,saya x pernah pun jejak kaki kat tempat tu (how 'desocialized'nya saya)orang tak ajak,takkan nak main sorang2 kan?

Anonymous said...

Hmm...roti boom pun saya suka sebab lemak2 manis...dr sarah nak join 3g grup ke?

Anonymous said...

huhu, radin nih.. x leh nak signin google account..intec blog kot..

wah, sonoknya tgk gambo2 tuh.. hihi, saya pun jadi debater pencen nih skang.. tp next month ada pertndgn, xtau agi nak masuk ke x..

ada tips x dri seorg debater yg kononnya sinonim ngan undang2 nih kita nak convert jadi medical student.. ades..

Aizuddeen Ahmad Zabidi said...

ini dah kire makin kecil dunianye.
budak2 madani tu pon kengkawan sy..siap ade yg dr zaman kecil2 naek beskal lagi kat bangi tuh...
kecil2 dunia ini.

sarah lead the game? uish ini cam tak cayer..
ke khaliz tolong peghabihkan throw?

khaliz yg sy kenal, kurus - kembang - kurus balik..hahah...