Assalamualaikum wbt
|
|
|
|
|
“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibu bapanya kerana ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungkannya serta menyusuinya dalam tempoh 30 bulan.....” (Al-Ahqaaf:15)
|
|
|
|
|
|
Pernahkah kita terfikir akan keperitan dan lelahnya proses ibu kita mengandungkan kita selama 40 minggu? Pernahkah terlintas di minda kita akan pengorbanan ibu kita yang menjadi teman terbaik, malah teman berkongsi makan dan bermain ketika kita bergelar janinnya? Barangkali kita terlepas pandang akan hal ini.
Sedari kecil, kita disusui, disuap makan dan minum, dipimpin tangan ketika berjalan, didodoi untuk tidur dan dibiayai untuk mendapat pendidikan yang terbaik dalam hidup kita. Sekalipun ada di antara kita tidak dibesarkan dengan limpahan kemewahan, namun sedarilah kita betapa hakikatnya, ibu bapa kita sangat berusaha untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk kita semua.
Tetapi apabila kita meningkat remaja, tanpa kita sedari, kita semakin berani ‘memijak’ kepala mereka. Meninggikan suara kepada mereka menjadi perkara biasa. Memberi alasan dan dalih adalah lumrah. Semakin sedih apabila ada yang mula berani menipu, mengherdik dan menghina wanita bernama ibu itu. Na’uzubillahi min zaalik.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Israa’ ayat 23: “Dan Tuhanmu telah menetapkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam memeliharamu, janganlah kamu katakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.”
| Cuba kita imbas kembali bahasa harian dalam perbualan kita dengan ibu mahupun bapa kita. “Alah, nantilah dulu”, “Kejap lagilah mak”, “Takkan makan lauk ni lagi”, “Huh, nape lambat sangat jemput. Panas ni”. Kalau bisa untuk kita hitung setiap kekerasan bahasa yang telah kita gunakan selama hayat kita bergelar seorang anak, bagi hati yang benar-benar menyesali apa yang telah dilakukan, pasti boleh mengalir air mata kita apabila terkenangkan hal ini kerana betapa telah tertulis di dalam buku amalan kita bahawa kita pernah mengasari ibu bapa kita walaupun hanya dengan lidah.
|
|
|
“Dan turunkanlah sayapmu dengan rasa merendah diri terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang...” (Surah Al-Israa’: 15)
|
|
|
|
Dalam Surah Al-Israa’ ayat 15, Allah telah memberikan panduan kepada kita untuk menyantuni ibu bapa kita dengan sebaiknya. Terdapat pelbagai cara untuk kita menzahirkan kelembutan dan kasih sayang kita buat mereka. Sekaligus, dalam masa yang sama, kita sebenarnya telahpun menyempurnakan sebahagian daripada tanggungjawab kita dengan berbuat demikian. Antaranya:
- Hormat dalam ucapan dan perbuatan
- Menundukkan diri di hadapan mereka
- Menjaga maruah dan nama mereka
- Mengutamakan kepentingan ibubapa daripada yang lain - Tidak meninggikan suara di hadapan mereka - Berterima kasih kepada mereka - Mendoakan kesejahteraan mereka - Memohon kasih sayang Allah untuk mereka - Memenuhi keperluan mereka pada usia lanjut - Membantu usaha ibu bapa (termasuklah mencapai kejayaan untuk mereka) - Tidak masuk ke bilik mereka tanpa izin - Tidak mendendami mereka - Tidak menyusahkan hati mereka - Sentiasa mendoakan keampunan ke atas ibu bapa kita |
Sama ada sedar atau tidak, dalam setiap agama dan bangsa di dunia ini pasti mempunyai teladan yang mengisahkan anak dan ibu. Contohnya kisah Saidina Al-Qamah dan ibunya, yang mementingkan isteri lebih dari ibu, hanya dapat menghembuskan nafas terakhir dengan tenang setelah mendapat keampunan ibunya. Paling tidakpun kisah Si Tenggang yang menjadi batu kerana menderhakai ibunya. Bagi perempuan pula, sudah pasti ramai yang mendengar kisah akan kesusahan dan kesakitan yang amat azab ketika bersalin sempadan dari kisah-kisah mereka yang menderhakai ibu sendiri.
Kesimpulannya, sangat mudah di dunia ini Allah izinkan kita untuk menyemai bakti buat ibu juga bapa kita, dan dalam masa yang sama, tanpa kita sedari, ada banyak juga ruang dan peluang yang menyebabkan kita menyakiti mereka. Sempena Hari Ibu kali ini, marilah kita sama-sama mendoakan keampunan dan kesejahteraan khas buat ibu kita agar hidup mereka kekal dirahmati Allah dan hidup kita juga dilimpahi redha-Nya. Amin...
| “Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku” |
Buat emak yang sangat saya sayangi, Pn. Noor Azimah Binti Kamaruddin, Selamat Hari Ibu. Semoga emak dirahmati Allah selalu.

Salam Sayang,
Ngah, Moscow
_____________________________________________
Hari buat dia:
2) Tawadhu' ialah apabila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim yang lain, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya.
3 comments:
Salam..
Selamat Hari Ibu buat semua yg pernah mengandungkan seorg bayi dalam kandungannya..
Aku skang buat rotation Obs&Gynae..
& hari tu tgk delivery..
Subhanallah.. Aku mmg tatau nak cakap apa..
SEKADAR TGK je pon aku rasa nak menangis..
Terkenang perit ibu melahirkan seorg anak..
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yg tidak menderhakai kedua ibu bapa..
Sesungguhnya anak2 derhaka mmg PATUT KENA LAKNAT!!
Wa nauzubillah min zalik.. AMIN
Again.. Happy Mother's Day to all our beloved & blessed motherssss..
salam..
terbaru dgr kisah si tanggang ni dlm radio traxx fm. terkesan juga mendengarnya sebab dh lama tak dgr cerita tu.
kadang2 sukar utk lahirkan rasa kasih sayang kpd ibu melalui ucapan. setiap org pasti ada cara tersendiri.
selamat hari ibu
Salam,
to Ihab: sy pun O&G skrg ni. bz ya amat. last sem dh tgk delivery dh n dh penah assist doc sambut baby dh. mmg wkt tu all in my mind was about my mum. la ni hargai ibu, nanti2 hargai isteri pulak ye. anw, suka benar sy tgk kwn sy sorg ni di tv. cool~ im ur no.1 fan.. =)
to Danialle: actly entry ni adlh artikal yg sy muatkn dlm handout mingguan utk muslim di uni sy. dh setahun dh. so terasa malas nak buat yg baru, sy post as entry pulak. byk yg boleh kita ambil iktibar drpd kisah tanggang n kisah yg lain2. kisah awk tolong mak awk uruskn bangkai kambing tu pun byk yg boleh diteladani sebenarnya. yg plg utama, klu mak suruh buat sesuatu tu, segerakanlah. kan dah busuk bangkai tu. salam taaruf dr sy =)
Post a Comment