Wednesday, June 27, 2007

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Maaf kerana menyepikan diri buat seketika. Alah. Cuma beberapa hari saja. Kebetulan, Khamis dan Jumaat lepas saya agak sibuk di rumah. Jadi tidak sempat untuk melayari internet. Dan Sabtu lepas pula saya ke Bangi berkunjung ke rumah Kak Anisa Anuar.

Kak Ani merupakan senior bahas saya yang telah menamatkan pelajaran di UIAM dalam jurusan Undang-undang. Saya ke rumahnya kerana dia mengadakan kenduri kecil sempena perpindahannya ke Kerteh, atas tawaran daripada Petronas sebagai Eksekutif Perundangan di sana. Alhamdulillah. Dalam usia yang muda, Kak Ani betul-betul telah berjaya membina kerjaya yang baik untuk masa depannya. Kenduri yang diadakan hanya dihadiri teman-teman perbahasan batchnya dan juga batch saya. Keluarga terdekat turut hadir beserta guru bahas kami yang cukup banyak berjasa, Umi Noridah yang kini mengajar di STAR Ipoh.

Sabtu malam Ahad yang lalu, kami (saya, Abg Wan, Khaliz, Kak Zahar dan Kak Ani) melawat Umi Ida di UKM kerana kebetulan pada ketika itu, Umi Ida membawa pasukan bahas STAR menyertai Debat Piala TNC HEPA UKM. Dapatlah juga kami semua melepas gian melihat aksi adik-adik itu berdebat. Sungguhpun kami semua merupakan bekas pelajar KISAS, tetapi disebabkan Umi Ida berada di situ sebagai guru pengiring STAR, kami juga bagaikan bekas pelajar STAR lagaknya sungguhpun STAR merupakan sekolah berasrama penuh untuk lelaki sahaja!

Antara yang paling saya terkejut adalah ketika menyaksikan sesi penggulungan oleh pembahas pertama STAR, adik Syazwan, dan pembahas pertama SMAP Labu (sudah lupa namanya) yang sama seperti style yang saya reka untuk diguna pakai ketika PPM dan Piala Dato' Syukur dulu! Istilah 'analisa kes' dan 'timbang-tara kes pada hari ini' merupakan frasa yang saya ciptakan dulu ketika sesi penggulungan sungguhpun dulu saya merupakan pembahas kedua bagi pasukan saya. Oh, tak saya sangka masih ada kesan tinggalan saya dalam dunia perbahasan di Malaysia ini rupanya!

Dan yang paling tak diduga, seorang pendebat UNITEN datang bertemu dengan saya dan menawarkan atau lebih tepat mengundang untuk saya turut serta dalam Debat Bahasa Melayu Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini di UNITEN Bangi. Mampukah saya membuatnya? Sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan semuanya. Paling habis pun, saya hadir ke KISAS sebagai 'juruletih' tak rasmi untuk pasukan junior. Oh, saya rasa saya sudah hilang semua kata-kata azimat dan aura zaman Tok Kaduk saya itu. Yang tinggal hanyalah Sarah Si Debater Pencen! Sungguh!

Sebetulnya ada lagi aktiviti sambungan yang kami 5 beradik lakukan. Insya Allah saya akan sambung dalam entry seterusnya jika ada masa terluang. Buat masa ini terlalu penat rasanya untuk terus menulis kerana baru pulang dari hospital.

Dan sekarang masa untuk menziarahi rumah teman-teman yang saya rindui celoteh mereka. Apa khabar agaknya si Ryn, Alif, Dr. Am, Cik. Ati, Tirah, Mimi, May, Sunan, Azwan, DD, Ainishamsi dan lain-lain. Jom kita intai-intai mereka!

Nota: Saya teringatkan seorang lagi kawan tapi dia tidak berblog. Semoga dia sihat-sihat saja. Juga Mama Sarah nun di UK. Semoga gembira saja di sana ye :)

_________________________________________________________

Hari buat dia:

26) Kehebatan kita adalah sesuatu yang terhasil daripada diri kita dengan niat untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan membantu orang lain melihat potensi diri mereka menjadi yang lebih positif.

14 comments:

Mimiamilia said...

Sarah,
gembiranya blog sudah diupdate.
Saya jugak ex deabter di sekolah dulu.Tapi tak la sehebat sarah.Seronok bila diingatkan semula kenangan di PPM. Masa tu, kalau nak berbahas..terasa macam ada seketul batu besar kat dada ni.nervous...nak bernafas pon takleh.

Kalau sekarang di ajak berbahas...ermm mungkin skill tu dah hilang kot.saya pon debater pencen.Pencen saya lagi lama dari sarah.. ;)

SoalHati said...

wah sarah debater rupanya...mesti banyak cakap nih hehehe gurau je

akirasuri said...

oh oh!
napa datang bangi tak bagitau? kalau dak boleh menyinggah rumah. :D

he he he debater rupanya. petahlah ni ek. takutnya nak blind date dengan yu. nanti yu asek patahkan lawak-lawak aii dengan 'analisa kes' dan 'timbang-tara kes pada hari ini' pulak :D

huhuhu.

Hafiz said...

ex-debater rupanya...sure petah berkata2 ni :)

Mama Sarah said...

Mama Sarah sedang diuji sekarang ni :O

Semoga Sarah terus happy di Malaysia.

so'od said...

oh pi cuti2 x habaq! terisau sat kami :p

erm sy x penah jd debater.. paling terer pun masuk syarahan.. tu pun berapa kali sgt dan tangkap muat je.. xdak bakat.. heheh..

tapi kalau kuiz memang otai la.. byk kuiz gak la sy masuk & jd wakil skola.. yela, bukan susah sgt.. tekan buzzer pastu pilih jawapan A,B,C ke D.. heheh..

so'od said...

ops sarah, i think i've just tagged u.. huhuh..

visit me for more info ok?

Sarah Mohd Shukor said...

Mimi:
owh..yeke?? tak sangkanya! eh, dulu awk skolah mana ye mi? pencen pun pencen la. at least skrg ni kita ada precious memory!

Ain:
takde la petah pun. skrg ni biasa2 aje :)

Cik Ati:
laa cik ati kt bangi ke? ingtkan kat kedah lg.. klu x boleh sy jenguk2. bila kita jumpa nnti, yu jgn la malu2 dgn ai. nnti ai pun malu2 dgn yu jgk. huhu

Hafiz:
tak petah pun. kata2 pun selalu je dip[atahkan dek adik2. huhu

Mama Sarah:
Diuji dgn apa? mind to share?

Dr. Am:
Buzzz. "jawapannya A" dengan yakin So'od menjawab soalan penudah utk kumpulannya. "tepat sekali!" kata juruacara.

Dan So'od pun melompat-lompat keriangan dgn memakai kasut bata kesayangan. haha

Ok Dr. Am. Task tu akn sy buat later insya allah.

Mimiamilia said...

sarah..i sekolah kampung.Kat ulu, tempat jin bertendang..
sek sains raub or semesta

Sunan_Jati said...

baru bleh masuk setelah sekian lama mencuba...
alhamdulillah...
hehheheh!

hehehehe!

MakcikMuda said...

Si bintang tiba kasi flying kiss

sarah yg dirindui.


assalamualaikum.

hiks!

name ryn dl sebut ye *malo2*

*riak seketika*
|lihatlah dunia|

muahahhahahhahaha !

owh owh ! saye ade juin bahas ala parlimen dl :">

Sarah Mohd Shukor said...

Mimi:
owh..semesta ke..takde la kampung sgt kn. kalaula kita 1 batch, entah2 kita dh jumpa b4 this sbb sepanjang wakil kisas, dh bape kali sy lawan semesta. tp bukan jodoh kita sebatch :)

Sunan:
tu rindu la tu. haha~

Ryn:
salam salam salam. wah! awk pun debater jgk dulu! klu la kita buat reunion ramai2, sah2 gamat sbb ramai yg petah2 la murai2 orgnye., huhuhu~

Anak Singa said...

Salam KS. Masukla debate kat Uniten bangi tu. Azmi & I were in d team. Ngehehe. But sekejap je. Sempat masuk internal debate competition. Bukan sukarela. Tapi dipaksa~

Sarah Mohd Shukor said...

waa..yeke?! hebat2! tengok la dulu. kalau terasa nak masuk, nnti ada la muka ks tyerselit kt situ nnti. hehe