Saturday, June 09, 2007

Selamat Hari Lahir Emak!


Assalamualaikum wbt

Pernah dulu seorang kawan bertanya, siapa yang paling banyak mempengaruhi hidup saya. Dengan tidak perlu berfikir panjang, laju saya menjawab "Emak saya". Pernah juga dulu seorang saudara dalam bersenda berkata "Angahlah yang paling iras dengan maknya". Dan laju kepala mengangguk mengiyakan. Dan hati bersetuju membenarkan.

Teringat dulu, sewaktu umur saya enam tahun, emak mengajar jauh di Chenor. Seawal 6.30 pagi emak telah bertolak. Saya selalu kasihan melihat emak apabila emak pulang lewat tengahari. Keletihan. Sewaktu itu, emak sedang mengandungkan adik Adi. Ketika itu kami tinggal di rumah yang kami gelar Rumah Sewa. Rumah dua tinggat di bawah bukit rumah kami sekarang. Sebetulnya, rumah kami dalam proses pembinaan di atas bukit itu. Kami punya seorang pembantu rumah waktu itu. Kak Lela namanya. Tapi kerana kasihan melihat emak pulang dengan kepenatan, saya tidak tahu mengapa, dengan sendirinya rasa hendak belajar memasak nasi. Menanak nasi. Sekadar nasi sajalah. Masih terlalu kecil untuk pandai yang lain. Emak riang hati mengajar saya waktu itu.

Ketika berumur 8 tahun, insiden besar terjadi dalam hidup saya. Hampir saja saya kehilangan nyawa (rujuk
entry ini). Emaklah orang yang sentiasa menjaga saya, mengusung saya ke hospital dan klinik setiap minggu untuk rawatan lanjutan. Terima kasih emak.

Dan ketika saya telah menginjakkan kaki ke sekolah menengah (sekolah harian berhampiran rumah sebelum ke asrama penuh), emaklah yang menghantar dan menjemput saya dan kakak setiap hari. Saya paling suka apabila setiap hari Selasa petang, selepas emak menjemput kami, kami akan ke pasar malam sebelum pulang ke rumah. Sangat gembira.

Pada suatu hari (saya sudah lupa saya berada dalam tingkatan 1, 2 atau 3), saya pengsan di rumah buat kali pertama. Mulut saya berdarah kerana terhantuk pada meja bercermin di tengah-tengah koridor rumah. Emaklah yang berkejar membawa saya ke klinik. Dan emaklah orang pertama yang mengetahui kondisi kesihatan saya dari awal cerita.

Sebaik saya memulakan menengah atas di Klang, kesihatan saya bertambah teruk. Di awal tingkatan 4, saya pengsan di tengah-tengah malam di asrama. Dikejarkan ke hospital dan 3 hari lamanya saya di wad sebelum pihak sekolah dapat menghubungi keluarga saya. Pada waktu itu, mereka semua pulang ke Pulau Pinang. Sebaik mereka maklum akan hal ini, emak berkeras mahu saya dipindahkan ke Hospital Mentakab (Hospital Temerloh belum wujud lagi). 2 minggu lamanya saya di wad. Dan emaklah yang setiap hari membawakan keperluan-keperluan saya termasuklah buku-buku pelajaran saya. Kasihan emak. Dengan tanggung jawabnya terhadap sekolah, keluarga dan adik-adik di rumah, emak pasti akan datang juga setiap hari membawakan apa saja yang saya inginkan. Maafkan Angah, emak. Angah banyak menyusahkan emak waktu itu.

Apabila pulang semula ke sekolah, saya kerap pengsan dan saya menjadikan alasan ini untuk berpindah ke sekolah berhampiran rumah saja. Saya memujuk ayah. Tapi ayah tidak benarkan. Kata ayah, saya mampu bertahan di situ. Kata ayah lagi "Takkanlah Best Freshie nak balik sekolah lama". Saya mengalah. Tapi saya tahu, emak sebenarnya menurut saja kehendak saya itu. Bagi emak, itulah yang terbaik sebenarnya. Namun, hajat ayah saya teruskan juga. Disebabkan itu, ada beberapa kali insiden saya pengsan di sekolah tapi tidak saya khabarkan kepada emak kerana tidak mahu emak risau. Saya masih ingat bagaimana saya berkomplot dengan Mak Cik Zaharah, kerani yang bertugas tentang rekod kesihatan pelajar di KISAS dulu. Saya menyuruhnya agar tidak menghubungi keluarga saya tentang rekod terkini yang doktor berikan padanya. Seingat saya, saya berada di dalam tingkatan 5 pada waktu itu, di mana nama jolokan saya adalah "Budak Pengsan". Maaf sekali lagi emak juga ayah. Bukan niat Angah hendak menipu.

Dulu, anak emak yang bergelar Angah ini sangat jatuh cinta dengan dunia bahasnya. Dan apa yang membuatkan saya sangat terharu, emak dan ayah akan hadir di setiap peringkat akhir yang pernah saya lalui. Paling tidak mungkin dilupakan di Debat Piala Terbuka UIA kali pertama. Emak dan ayah datang seawal pagi lagi bersama adik Aiman dan adik Azizi. Begitu juga ketika Final Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2002. Emak dan ayah agak lewat tibanya. Saya sudahpun berada di atas pentas ketika itu. Dari atas pentas, saya terlihat kelibat emak melambai-lambaikan tangan kepada saya. Terus hilang gemuruh dan emak sendiri telah saksikan bagaimana saya berhujah selepas itu yang boleh saya katakan yang terbaik yang pernah saya lakukan. Terima kasih emak.

Kini apabila berjauhan, jika rindu, emaklah orang yang akan saya hubungi. Jika ada masalah, emak jugalah penasihat peribadi. Jika ada rahsia, emak jugalah orang yang akan mengetahui setiap segala inti cerita.

Emak pernah berjenaka. Katanya, jika emak sudah bercucu, emak mahu dirinya digelar Datin. Katanya, takkanlah ayah saja yang bergelar Datok. Dalam hati saya berjanji, andai saya sempat berbakti semula untuk emak dan ayah, saya akan meletakkan emak dan ayah dalam ketenangan rehat yang panjang dan tidak perlu bersusah-payah memikirkan tentang menyara kehidupan. Akan saya balas jasa kalian selagi hayat dikandung badan.

Dan buat masa ini, hanya doa yang menjadi ganti. Doa saya, semoga emak, jua ayah, sentiasa dalam redha Ilahi, diampunkan dosa-dosa dan dijanjikan syurga di akhirat nanti.

Buat emak tersayang, Noor Azimah Binti Kamaruddin, Selamat Hari Lahir. Terima kasih kerana telah mendidik Kak Long, Angah dan adik-adik untuk menjadi INSAN. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Salam sayang,
Angah, Moscow.

(mewakili Kak Long, Nan, Lan, Adi,
Adam,
Adik Azizi dan Adik Aiman)



p/s: Terpaksa kitar semula koleksi gambar yang ada je. Saya minta Kak Long emailkan gambar terkini, tapi katanya tiada di dalam PC di rumah. Mungkin Nan yang simpan semua koleksi gambar. Emak pernah suka penyanyi Cher. Tapi saya tidak ingat apa tajuk lagu yang emak minati. Sebagai ganti, saya sertakan salah 1 lagu Cher yang saya tahu. Strong Enough.




_________________________________________________________

Hari buat dia:

17) Al-An'am 6:11 - Katakanlah (wahai Muhammad) "Berjalanlah kamu di atas muka bumi. Kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang yang mendustakan (Allah) itu.

34 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum k'sarah...
saya ni baru je jmpa link blog k'sarah..suka sgt bace2 tulisan2 akak..dan bloggers2 yg lain juga..saya jmpa link nih, thru link salah seorg kenalan akak,tp saya sudah lupa siapa..
anyway,ada yg saya kagumi ttg akak dan kehidupan akak... :)

Anonymous said...

"andai saya sempat berbakti semula untuk emak dan ayah, saya akan meletakkan emak dan ayah dalam ketenangan rehat yang panjang dan tidak perlu bersusah-payah memikirkan tentang menyara kehidupan"
-tentunya kerehatan, ketenangan yg abadi di syurgaNya adalah menjadi idaman seorg insan, yg itu lebih2 terutama pentingnya. Salah satu contributionnya adalah drp doa anak yg solehah. Tak de apa yg lebih membhgiakan hati selain drp mengetahui mak dan ayah tersenyum bertemuNya. :D

-akak negara ratu elizabeth-

13may said...

selamat hari lahir untuk ibu kita....opppsss!!! silap...ibu awak..

hahha;)

shukor said...

ayah dah bagi dah hadiah birthday tahun ni..untuk menyuloh kegelapan : torchlight, siap dengan bateri sekali.

Hafiz said...

kagum bila baca entri ni :)

LadyTiz said...

selamat ulang tahun~~

moga berbahagia dunia dan akhirat. amin.

Anonymous said...

kaklong tau ayah beli kat ne torchlight tuh. kat The Store!!!!!!

akirasuri said...

selamat hari lahir untuk bonda sarah. :)

mudah-mudahan panjang umur dalam iman dan dimurahi rezeki [bertambah anak menantu dan cucu]. juga dirahmati ALlah.

doa cik ati ada untuk sarah dan keluarga. insya-Allah.

*terkesima membaca entri ni =.=

Ibn Salim said...

selamat hari lahir untuk ibu sarah..semoga panjang umo n murah rezeki :)

so'od said...

selamat hari lahir utk emak ks juga :)

Sarah Mohd Shukor said...

Anon:
W'salam wbt..trma kasih:) buleh tau sape name ni? study di OZ ke? apalah yg kamu kagumkn dgn kehidupan ks ni. kehidupan ordinary pple aje :) terima kasih sbb sudi jenguk2 ke sini ye

akak negeri ratu elizabeth:
betul apa akk kata tu.. sy nk jd anak solehah. x nak bebankan mak ayah wkt mizan di akhirat nnti.

13may:
erk...nasib baik..hehe. mak sy ucap time kasih byk2 :D

Sarah Mohd Shukor said...

Ayah:
Why torchlight??? peliknya... why torchlight????? ehem..makan apa ye mlm ni kt rumah *wondering*

Hafiz:
apa la yg dikagumkan tu hafiz....

Thirah:
lg sekalik mak sy ucap trma kasih jgk. hehe

Kak Long:
kenapa torchlight long? kenapa? kenapa? ngah x faham la.. cite la skit long

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati:
terima kasih dr sy n mak. sangat sangat.

erm..kenapa terkesima tu?

Hayyi:
terima kasih byk2. mak sy kata, dia muda lg :)

Dr. Am:
Terima kasih juga. Mak sy pesan, senyum sokmo :)

Anonymous said...

happy besday to your beloved mum^_^
sy sgt bangga dgn mak sarah!:-)

ye la...nape torchlight?romanticnya malam2 berlampukan torchlight..hihi...pandai ayah sarah^_^

ingat tak esok ari apa?10june....gud luck utk seminggu lg yg bakal berakhir...aja2 fighting!(^^,)

Mudzil said...

ooo..selamba berkomplot ngan makcik zaharah yea..=P

(eh makcik zaharah bkn ade anak perempuan ke?*sambil buat-buat muka biasa*)

Sarah Mohd Shukor said...

Faaiqah:
terima kasih faiq. mak sy pun kata terima kasih. heheh.

tu la psl. sy x tau kenapa torchlight. ada la sbb nya tu. nnti sy korek dr kak long n sy akn cerita kt awk.

yup. seminggu je lg. eh less than 1 wk! (^^,)

Mudzil:
jeles eh? oh yeke.. dia ada ank pmpuan. x tau plak. yg pasti, makcik zaharah sgt baik. klu akk kena duk kt bilik sakit time sekolah, dia misti bawakkn makanan utk akk kt dlm bilik tu. special treatment. haha. pulak tu, dia akn bawakkn soya bean kotak sekali. suka suka :)

Sarah Mohd Shukor said...

Mudzil lagi:
ish. baru tersedar apa maksud kamu dgn dia ada anak pmpn. ecece.. sah2 la mmg dia ada ank pmpn tu. n kamu pulak suka la tu kt anak dia tu. huhu. kantoi dah mudzil!

Vann said...

salam..masih di russia?
Terkenang makcik Zaharah..pembekal pil zat besi yang setia..heheheh

Sarah Mohd Shukor said...

Bro Mukhriz:
salam. masaih d moscow. akn balik jumaat nanti. tak sabar ni :)
yup. makcik zaharah yg baik hati dan penyayang. pembekal ubat-ubatan penting kpd pelajar-pelajar. hehehe

syuqaira said...

Semoga mak KS bahagia selalu =)
(rock la mak KS suka lagu Cher :p)
KS pulang JUMAAT nanti?
awalnye!!
cemburu betul sy.. :p

Anonymous said...

Salam,what a wonderful girl...to have such a wonderful mom...and may ur wonderful wishes realize.. the wonderful life..
La x-kisas,memang minat bahas rupenya siap masuk UIA..danger2..memang wonderful lady nih, mmm..masak benda lain pandai?(except maggi,air,telur goreng,rebus,1/2 masak}

Sarah Mohd Shukor said...

Sikin:
thanks sikin (on my mum's behalf).
yup yup. ks balik jumaat ni. exam sume diawalkan. cher tu kn penyanyi lama. zaman tok2 kaduk dulu kot mak ks suka. ks tau psl cher pn sbb ada iklan d tv. pastu mak ks cakap: dia ni dulu org pggil hidung besar. hihih. wkt tu baru ks tau dulu mak ks suka cher :) all the best in exm. jgn cemburu2 ye. nnti kita jumpa jgk d msia insya allah.

Oneib: (kalau x salah)
salam. yup. she's wonderful. she really is! haah. sy ex-kisas. kenal sapa2 ex-kisas ke? mmg minat tp skrg dh jd debater pencen aje la. hehe. debat piala terbuka uia tu yg 1st time AIKOL anjur. skrg rasanya dh the 6th time dh. awk ex-uia ke?

masak menda lain pun misti la reti. klu x, x namanya pmpn la cik oi :) mak dulu slalu ke skolah jgk every saturday. mak sedara yg jaga kami x dtg hari sabtu. sapa lg akn masak. ehem ehem. diri ni jgk la..nak uji try test ke ;)

Anonymous said...

isk2(dengan malu2 apa salahnya)paham2 jelakan..(kalu tgk blog sood dr.am..)

Sarah Mohd Shukor said...

Oneib:
aiwah.. oneib tatakallam billughatul arabiyyah! "balligh..balligh.." sah2 x-uia n berkemungkinan besar ada bckground arabic school dulu. iye tak? aiwah!

nak makan meh la dtg rumah cuti nih. sy bawak jln2 makan angin. hihihi. klu nk makanan plak, kena deal awk beli barang mentahnya. huhu!!

Anonymous said...

aysey...bangganya klu ble jalan dgn x-kisas yg fames dg ke'syadiidah'an tu...mm..pak cik syukor bagi tak?makcik?nanti bawa skali adik2,biar sy blanja bahan mentah,asal ble ditukar secara normal menjadi masak (doktor ni phm2 la kan kot2 ada ujian clinical membuatkan bahan tu masak...teringat fullmetal alchemist..)

Mudzil said...

eh. tanye jer. kate rapat dgn makcik zaharah. actually xtau pn die ade anak pmpuan ke x. hahaha. cume dlu ade la skali dua die cite anak die tgh buat ape blaja kat mane. tp butiran2 tu da lupe pn. oh ye, mase tu malas lak nk tanye anak die laki ke pmpuan. biase la,time kat KI dlu buat2 siqoh ler (kat luar baru la nk jadi siqoh betul2 tp xjadi pn.)

teringat lak makcik zaharah slalu pesan duk kat bilik sakit smpai kol 10.30 pagi je. pastu kne masuk kelas. tp sbb malas gile nk masuk kelas,maka sy pn tidur la smpai kol 1. tau2 die kejut suh balik bilik je. hehehehe.tapi sekali dua jer la pun. bukannye selalu. ;)

Sarah Mohd Shukor said...

Oneib oh Oneib:
berjalan dgn sy tu maksudnye sy kasi peta, awk gi jln sendiri ye.. lg senang sy usung mak ayah skali bawak awk jln..naik pajero ayah best skit. besar. hhuhuhu..
alah.. tp ni sape ni? await byk sgt awk tau psl sy nih? sape yg kasi tau nih? alaaaaa....

p/s: pelawan bertandang makan ikan patin di atas adlh ikhlas ;) *jums*

Mudzil:
owh..mcm tu ke..tp klu betul ank dia pmpn, ish..sure kamu nk kan. misti baik hati n penyayang mcm makcik zaharah :)

klu akk pulak, klu lps balik dr appointment d hosp, balik je ke kolej smula, misti la kita nk terus masuk kelas kn. tp makcik zaharah misti x kasi. dia akn suruh akk duduk kt bilik tu smpai akk ok. adui. sedangkn pening2 skit je lps gi 'amik ubat' kt hosp tu. syg betul akk dgn makcik zaharah :)

Shazwani Adnan said...

salam
(ni kene nyanyi tau!!)
happy birthday to u... (2x)
happy birthday to mak ks..
happy birthday to u..
semoga panjang umoq dan murah rezeki..
huiyyoooo...ramainye dok komen entry ni. sampai ke isu makcik zaharah pon masuk! sape nk challenge ks memasak tuh??meh habaq mai!

Mudzil said...

err.pasal anak die tu yer.soklan trigger tuh.tricky.haha.jwpnnye ade dalam posting kahwin sy yer.;)

kesian makcik zaharah,die xbersalah masuk sini tp ade org komplen lak.hehehe.btw,thanx utk playlist tu. (huahuahuahua..-saje gelak)

Sarah Mohd Shukor said...

Wani:
Mak ks ucap terima kasih :) pastu dia kata toksah la nyanyi2. dia dh terlebih umur :) :) n dia dah terlebih happy sbb dpt torhclight dr ayah (yg ks sendiri x tau kenapa torchlight. ayah x cerita knp. ada la tu rahsianya tu kn). kalau ada org nak challenge ks masak x boleh ke wani? *ks berfikir dalam ni apa maksud wani*

Mudzil:
oo.. psl entry tu ye. td dh baca. lama akk menempek kat situ. tp belum tinggal jejak. sekali akk ada masa nnti, abis semua entry akk serang balas :)

kn dh kata kamu suka gelak *akk tersyum aje dgn kebenaran fakta ni*
tp yg peliknye kenapa kitaro??? pelik pelik..

Mudzil said...

kitaro?ehem.byk makna tersirat dalam lagu yang tidak berlirik.;)

Sarah Mohd Shukor said...

Mudzil:
Owh..mcm itukah? (erk..baku pulak tiba2 nih). hargailah kalau kamu rasa ada value utk diri kamu :)

Anak Singa said...

Salam ziarah.

Saya pernah terdengar di dalam ceramah;

"Bapa lebih penyabar dari ibu. Tak percaya? Cuba fikirkan akan situasi ini- Tengah2 malam buta, tiba2 anak kecil menangis. Bapa bangun; pandang, kemudian sambung tidur. Tapi ibu tidak. Ibu akan bangun dari tidur, dan pergi buat apa yang patut utk anak kecil itu"

Kasih bonda tiada bertepi. Demi anak, lautan api sanggup bonda redahi. Duhai anak, sanggupkah kamu lakukan perkara yang sama?

Selamat Hari Lahir utk Bonda KS :)

Sarah Mohd Shukor said...

Alif:
mak ks ucap terima kasih byk2 ;)

antara mak dgn ayah, mmg mak yg lg prihatin n sensitif. butang baju tercabut 1 je pun, cepat je dia sedar. kalau ayah pulak, butang dh tercabut 3 pun kalau kita x bgtau dia myb x sedar kot. heheh