Thursday, June 14, 2007

Pre-Balik Kampung (i)

Assalamualaikum wbt

Final exam berakhir dengan rasminya buat saya pada pagi semalam sebaik tamat exam Surgery. Setelah di'viva' oleh seorang professor hebat, Alhamdulillah, hanya syukur tidak terkata yang mampu saya lafazkan dengan keputusan yang diterima.

Pulang ke hostel, dengan gembiranya saya menghadap internet, tanpa ada rasa bersalah kerana membuang masa ke sana ke sini ke situ ke mari melawat 'rumah' kawan-kawan. Jika sebelum ini selepas sejam setengah menghadap buku, baru saya rehatkan diri menghadap laptop, tetapi di saat ini rasanya tidak tidur pun tidak mengapa. Oh, saya dalam tahap kritikal dengan perkembangan kawan-kawan di dunia maya ini!

Selesai mengalas perut sekadarnya, saya dan Wani menuju ke Pejabat Dekan (Dean's Office aka Dekanat) untuk menguruskan urusan yang patut dan mengambil salinan keputusan penuh Final Exam Autumn and Spring Semesters (2006/07). Kebetulan, pakaian kami sedondon pada hari ini. Sungguhpun Wani baru mengakhiri tahun keduanya, tapi kami tampak sebaya!

Kemudian, seperti yang dirancang, kami bergerak menuju ke Stary Arbat (The Old Arbat Street), sebuah kawasan menjual cenderamata yang menjadi tumpuan pelancong di tengah Kota Moscow. Nama lain kawasan ini ialah The Painting River. Kenapa? Nanti kita lihat kenapa begitu namanya.

Disebabkan saya masih letih (baca: malas) untuk menulis panjang, jadi saya sertakan gambar-gambar sajalah untuk tatapan semua.


Di sinilah kami memulakan tinjauan. Tapi di sini sekadar 'membeli-belah ditingkap' sajalah.

Trademark Arbat Street. Hard Rock Cafe. Sekadar lalu. Saya tak mahu menambah 'saham' di sini.

Jom kita pusing-pusing dulu. Takkan nak terus beli kan. Mestilah kena tinjau-tinjau sekeliling dulu.

Inilah antara sebab nama lain The Old Arbat Street adalah The Painting River.

Dan lagi! Hampir sepanjang jalan ini pengunjung akan dapat melihat senario ini.


Dan ini pula antara kiosk lazim menjual t-shirt dan cenderamata.


Wani yang sedang men'shopping'kan dirinya.


Dan ini giliran saya. Saya hanya sekali borong saja di kedai ini dan telah menghabiskan hampir 5k rubles! Pendek cerita, sebenarnya saya malas untuk bergerak ke kedai-kedai lain. Alang-alang saya jumpa apa yang saya berkenan, terus saya beli saja di sini. Saya ni tak cerewet :)


Dan Wani shopping lagi! Sebetulnya semalam saya telah keluar masuk banyak kedai mengokori Wani mencari apa yang dihajatinya. Wah! Tinggi citarasa Wani ni ya!

Dan lagi! Di mana-mana saja.

Selepas hampir 2 jam setengah merayau-rayau, kami berdua berada pada tahap lapar optimum. Untuk memilih tempat makan juga menjadi isu kami. Sudahnya, kami memilih untuk singgah di sebuah Russian Cuisine, Yolky Palky. Kami telah mengambil pelbagai jenis makanan sehingga sontok perut akhirnya. Masya Allah. Makan bersama si tanduk agaknya kami semalam.

Dan semalam juga saya telah menjumpai Apricot Stewed Juice yang pertama kali saya minum adalah ketika tahun pertama saya di sini. Alhamdulillah. Terubat rindu kepinginkan jus itu. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba, andai berpeluang, cubalah Apricot Stewed Juice satu hari nanti. Kamu pasti akan suka!

Selepas makan, kami terduduk kekenyangan. Kami hanya menginggalkan restoran itu kira-kira sejam setengah dari saat kami masuk tadi. Sebelum pulang, sempat saya mengira duit di dalam beg duit. Owh.....

Owh... Duit masih ada! Jadi boleh sambung membeli di tempat lain pula!

Nota: Gambar-gambar adalah koleksi peribadi saya sendiri.
____________________________________________________________________

Hari buat dia:

21) Membazir itu amalan syaitan.


23 comments:

Anonymous said...

Oooh! Kota Moscow macam tu rupanye! Baru tau! Tks for putting up the pics, ks! Even though I didn't request for it, I thought I should just let you know that I apreciate it much :)

SoalHati said...

wah..seronok tengok orang duk kat negara luar ni...
bila balik ni sarah?

Anonymous said...

apPreciate, sorry, sp. error

Shazwani Adnan said...

salam..
hai, ingatkan bce cepat2 ni boleh jadi org 1st bg komen. rupenya ade oprg lg cepat dr wani! pape pon... wani mmg high class orgnya.. hahahaha!! apesal la sumer gamba wani ade benda atas kepala tu?

Anonymous said...

x bad to be the no5,salam...

Anonymous said...

oh moscow mcm x jauh beza dgn london&paris..pemanadangan,cuaca nmpak mcm lbh krg sama...jauh beza dr egypt nih..hihi...i'allah 2008/2009 sy akn cuba smpi ke sana...rindu sarah!

Hafiz said...

best gi jalan2 after exam is over :).

5K rubbles sama dengan berapa ringgit yer?

so'od said...

oh seronoknya shopping dan makan dan shopping lagi!

oh hargailah masa lapang seblum sempit :)

Mama Sarah said...

nampak macam ada fridge magnets yg menarik dalam gambar "Wani yang sedang mengshoppingkan dirinya"

psst Sarah, setelah bercerita tentang bershopping bijak juga pesanan dalam 'Hari buat dia' tu ya ;) ;)

Mama Sarah said...

oh ya Sarah, saya selalu tertunggu sambungan Monolog bersama Iman. Rasanya masih belum berkesudahan monolog tersebut kan? hmmmm.....

Mama Sarah said...

alamak sorry Sarah, nak tanya lagi - adakah senang utk dapatkan makanan halal di sana?

h@rne2 said...

hm seronok kan bile dpt jalan2 after abih exam...kami di sini baru dlm study week..exam start 20 - 27 June...doakan yer..

btw, balik msia ni x ape2 'perancangan' ker? huhu...u know what i mean right...

adi said...

um, kitrg

adi said...

..dtg aritu xde org bawak pegi Yolky Palky pun, cambest je.

old arbat street...ok la klu nk beli souvenir.

Sarah Mohd Shukor said...

Kenji's housewife:
yup.this is moscow. i knw u've been travelling a lot. why not 1 day u drop by here for a visit. bring ur husband along ok :)

Ain:
insya allah sy balik mlm ni (2am 16th june). smpai msia pg buta hari sabtu :)

Wani:
sape suruh lumba2 ni. relax2 udah la. hehe. wani bukan high taste sgt. tp sbb susah nk jumpa apa yg wani cari tu. phewww...ponat den. tp sonot :)

Oneib:
yup. too early to be late. no. 5 is just alright :)

Sarah Mohd Shukor said...

Faiq:
mmg lebih kurang je. bahasa je yg lain. sy mmg sgt2 tggu awk dtg sini plak. sbb sy tau awk x dtg sorg. muehehe :) all d best utk paper yg ada lg. cepat2 balik! nak jumpa. owh ye. nnti sy mmg akn dtg sana lg. kli ni misti lama. sbb mak n ayah sdra sy akn keje d cairo. yahuu. dpt ronda2 ronggeng2 dgn faiq. (klu istilah ronggeng2 dgn awk ni, ronggeng yg baik2 aje la. kan kan kan) :) rindu awk jgk!

Hafiz:
5k rubles lebih kurang RM700++. tu x termasuk makan n mlm smlm gi borong coklat! sumenya RM1000++++++ hukhuk. batuk sat. tp sronok. skali skala je buang duit secara berfaedah mcm ni :)

Dr. Am:
Yup. mmg sronok. tp istilah utk sy tu, shoppingnye skali aje. shopping dan makan dan shopping tu utk wani boleh la. hehe. thnks ingtkn. betul tu. kena hargai masa lapang sebelum sempit nnti :)

MakcikMuda said...

si bintang tiba mentaburkan stardust

wah2 !

sonoknyew sopping2.

kegemaran saye dan cik azah.

hakhak!

Sarah Mohd Shukor said...

Mama Sarah:
haah. kt sini mmg famous dgn fridge magnets yg cantik2. tp syg nye sy x beli kali ni. klu x, boleh sy kirimkn ke conventry :) insya allah, there'll always be next time :) pasal makanan halal, senang je nak cari. esply kalu raw food. ayam kt mane2 je ada jual. tp klu yg ready cook, ada a few je. makanan pun ala2 arab, india n pakistan yg banyak. klu russian food, pies n cakes r evrywhere. i mean, russian pies. very nice. tp klu yg meat-based heavy food, restaurant d masjid je yg sy tau sahih halal.

sy baru je niat nk buat announcement in my next entry regarding the story. i'l post it straight away after this, insya allah.

Hanafee:
all the best in ur final. mmg seronok dh abis exm tp penat kehulu ke hilir.

balik ni semestinya ada 'perancangan'. masakan tidak! :)

Anonymous said...

OK, insya-allah we will one day. will let you know if plans crop up :) in the meantime you take care, okies? Have a safe journey home!

Sarah Mohd Shukor said...

Adilin:
maksudnya kena dtg lg la tu. grad nnti dtg lg. biasanya the 2nd visit is always more happening than the 1st :) haah. mmg kt situ utk souvenir. x larat jln kaki kt situ. mcm endless journey.

Ryn:
owh.. yg tu je dia tau eh. sy tau awk n azah suka shopping. jom nnti kita shopping kt msia sama2 plak eh. tp tggu megasale la. yuhuuu :) pastu sy ajak kakak sy skali. dia suka shopping. sy x suka sgt. tp suka layan dia shopping. sure gamat nnti :)

Kenji's housewife:
okes :) my regards to ur family there :)

akirasuri said...

sarah de jambu!!
he he he :p

LadyTiz said...

menarik minat sy hanya makanan...
ekekek...

Sarah Mohd Shukor said...

Cik Ati:
eh..mana ada..ni yg x best nih.. mane ada jambu.. jambu tu bunyinye mcm budak kecik. x mau.. :(

Thirah:
huhu..sah2 suka makan ni :p