Showing posts with label Nizal Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Nizal Muhammad. Show all posts

Thursday, September 27, 2007

Kenangan Terindah

Assalamualaikum wbt

Kelmarin, sewaktu menghadiri majlis orientasi pelajar-pelajar baru yang tiba 3 hari yang lalu di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Dr. Zulkifli (Pegawai Perubatan Pengiring untuk dua orang bakal angkasawan negara - saya menggelarnya Uncle Zul) telah tiba di Kedutaan. Ini bukanlah kali pertama Uncle Zul datang ke Moscow. Telah berbelas-belas kali Uncle Zul berulang-alik Kuala Lumpur-Moscow. Kebetulan, saya dan Uncle Zul mempunyai talian persaudaraan (sebelah emak di Temerloh).

Ketika bertemu di Kedutaan, Uncle Zul telah menyatakan hasratnya untuk datang berbuka di rumah kami seperti tahun lalu (kami = housemates). Lebih melucukan, Uncle Zul telah 'merequest' Nasi Tomato sebagai menu berbuka. Kebetulan pada waktu itu, Nizal Muhammad (pesonaliti TV3) dan Team Penggambaran Astro turut berada di situ. Maka mereka juga menyatakan persetujuan untuk bertandang ke rumah kami untuk berbuka puasa.

Semalam petang, sebaik tiba dari hospital, Uncle Zul menelefon dan memberitahu bahawa dia akan datang bersama Pasukan Saintis Negara yang turut berada di Moscow kini. Juga Sheikh dan Faiz yang turut akan berbuka di rumah kami selepas selesai urusan visa di Kedutaan. Oh! Saya sangat terkejut kerana jumlah kesemuanya adalah 14 orang!

Sebaik selepas menjawab panggilan, kami serumah mula menyediakan juadah berbuka. Sebenarnya Wanie yang bertugas memasak pada hari semalam tapi dia mempunyai test hingga lewat petang jadi saya menggantikan Wanie untuk memasak pada hari semalam. Juadahnya adalah: Nasi tomato, ayam masak merah, trifle buah, keropok, popedam, buah-buahan (yang sangat banyak), jus buah dan teh tarik.

Pada awalnya, hanya Pasukan Saintis Negara yang terdiri daripada 7 orang; 3 orang profesor daripada HUKM dan UPM serta 4 orang saintis muda dan researcher. Kami telah berbuka dahulu kerana Uncle Zul berserta Team Penggambaran Astro, Sheikh dan Faiz tiba lewat sedikit. Sebaik kesemuanya telah tiba, suasana menjadi lebih gamat kerana ibaratnya kami bertemu kembali di rumah ini setelah hampir setahun mereka (Sheikh dan Faiz) tidak ke mari (kali terakhir adalah pada Ramadhan yang lalu untuk berbuka dan tarawikh bersama-sama).

Selesai makan, ada sesi temuramah khas oleh Nizal untuk edisi ucapan di Radio 24.fm (sungguh saya tidak pernah dengar tentang radio ini). Juga sesi penggambaran oleh Team Penggabaran Astro untuk edisi khas Diari Seorang Angkasawan sewaktu kami semua sedang berkenal-kenalan antara satu sama lain (sesi-sesi yang lain tu off record lah).

Saya malas untuk menulis dengan lebih panjang. Gambar-gambar di bawah ini adalah suasana di rumah kami sejak jam 7.30pm hingga ke 11pm. Semalam adalah hari yang sangat meletihkan tetapi sangat penuh nostalgia yang tidak semua dapat rasakan.


Yang bertudung merah jambu (Sheila), tudung hitam putih (Kak Lyn) dan 2 orang Chinese (Siew Ping dan Sue Men) adalah saintis muda yang datang bersama-sama Prof. Rahman (HUKM), Prof. Ramlah (HUKM) dan Prof. Raja (UPM).

Prof. Rahman dan Prof. Ramlah (gambar separuh: Prof. Raja).

Makan Nizal. Sila sila.

Selepas sesi recording utntuk ucapan di Radio 24.fm (Wanie bersama Team Penggambaran Astro).

Faiz yang datang dengan sut lengkap sesi latihan sebab tak berkesempatan balik ke rumah sebelum ke Kedutaan untuk menyelesaikan urusan visa.

Kak Lyn (Saintis - PhD Student) dan Sue Men (Saintis - PhD holder) yang sangat banyak bercerita.

Inilah hero kami. Uncle Zul yang sentiasa cool dan best.

Juadah berbuka. Dah nak habis dah.

Semuanya sedang mendengar cerita dan jenaka Uncle Zul.

Semua asyik sedang menjamah kuih raya yang dibawa oleh prof. Raja. Bak kata Sheikh, majlis berbuka semalam adalah seperti Pre-Raya meriahnya!

The black and white team.

Mendengar celoteh Nizal yang tidak ubah langsung baik di kaca TV mahupun dalam dunia realiti. Tak letih ke Nizal bercakap ye :)

Saintis-saintis yang best!

Sedang asyik berborak tentang plan kami bulan Oktober ini, Wanie ambilkan gambar ini.

Sheikh di meja saya sedang menggunakan laptop saya untuk mengakses internet. Nizal pun sempat menggunakannya atas urusan kerja semalam. Begitu juga Prof. Raja. Bertuah laptop ni. Semua orang penting penah menggunakannya.

Prof. Rahman dan Prof. Raja yang sangat comel.

Jaket Faiz. Huhu..~

Faiz sedang menulis sesuatu untuk kami serumah sebagai hadiah atas persahabatan daripada kami berenam sebelum bertolak pulang. Ups.. Ini gambar kedua yang kami pernah terima secara peribadi dari mereka berdua.

Dan inilah kami berenam yang sangat best! Girls of 205, you girls rulesss! :) (Dari kiri: Emy, Wanie, Diba, saya, Fatt dan Pena. Lokasi: Di luar hostel compound)


Nota:
Sebol - Saya baca komen awak tu selepas Nizal dah balik. Saya tak sempat nak tanyakan soalan tu. Maaf.
Alia Comey - Salam secara umum telah disampaikan untuk mereka semua :)
UNTUK SEMUA - Oh, kalau ada sesiapa yang terdengar dan terlihat ucapan saya di Astro mahupun TV1, anggaplah ucapan raya tu saya tujukan untuk kalian semua di Malaysia~

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

56) Ajarkan aku menari pada hari ini agar aku boleh memimpin tanganmu bergandingan pada hari esok. Ajarkan aku senyum pada hari ini agar aku boleh membuat kau tersenyum pula pada hari esok. Ajarkan aku ketawa pada hari ini agar aku boleh berkata-kata yang bisa buat kau ketawa pula esok. Ajarkan aku rindu pada hari ini kerana rindu pada engkaulah yang membuatkan aku kuat untuk terus menempuh hari esok. (boleh challenge ayat Dayat nun di Sarawak ni. Ngeehee~)

Wednesday, September 26, 2007

Dari Dalam Hati

Assalamualaikum wbt

Sayakah yang bersalahkah jika ada TIGA masalah besar datang bertimpa-timpa pada hari yang sama?

Sayakah yang bersalah jika SATU masalah lama tidak berjaya diselesaikan lagi?

Sayakah yang bersalah jika rasa bersalah terlalu TINGGI bersarang di dalam jiwa?


Biar apapun yang terjadi hari ini, saya bertuah kerana telah bertemu dengan Saudara Nizal Muhammad, pesonaliti TV3 yang kini berada di Moscow atas tugas rasmi untuk menemuramah dua orang calon angkasawan negara kita itu. Saya berkesempatan bertemu dan berbual panjang dengannya ketika beliau turut menghadirkan diri di sesi orientasi pelajar baru (pelajar senior yang terlibat untuk majlis itu terasa tua seketika! Sungguh!) dan majlis berbuka puasa pelajar-pelajar tersebut bersama Duta Besar Malaysia, Dato' Mohd Khalis.

(abaikan muka penat tapi gembira dan sakit kepala saya tu dan juga parcel besar di bawah tu)
____________________________________________________________________

Hari buat dia:

55) Half of what I say is meaningless but I say it so that the other half may reach you
-Gibran Kahlil Gibran-

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT menguniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.