Wednesday, October 10, 2007

Melakar Sebuah Sejarah

Assalamualaikum wbt

Saya tahu, pasti ada yang kurang senang dengan entri ini. Apatah lagi Program Angkasawan Negara (PAN) ini tidak dipersetujui oleh sebahagian rakyat Malaysia yang menganggap Malaysia membazir duit melibatkan diri dalam penjelajahan angkasa sedangkan masih banyak yang perlu kita perbaiki dan beri perhatian dalam negara kita itu. Seperti yang pernah saya katakan di sebuah blog (klik di sini), saya sudah jemu cuba menerangkan 'sesuatu' yang sedang dipikul oleh program ini, untuk negara dan kita semua. Tentang pembaziran, cuba rujuk di sini. Kira-kira yang disediakan paling tidak mungkin boleh membuat ada yang mengangguk setuju dengan PAN ini.

Sebentar tadi saya bangun bersahur pada pukul 4.45am (untuk makan ubat sebenarnya). Sambil itu, saya membuka TV saluran UTRO-RUSSIA (Morning Russia) (Saluran ke-13 dalam Stream Internet TV). Pukul 5 akan adanya berita awal pagi. Saya menatap menunggu ringkasan berita dibacakan. Nah! Seperti yang saya jangkakan, berita pelancaran Soyuz TMA II disebut-sebut. Russia mengiktiraf ekspidisi kali ini sebagai Ekpidisi Angkasawan (Orang tempatan menyebut Angkasawan sebagai 'Angkasavan'). Berkali-kali nama Malaysia diulang sebut dan kelihatan delegasi Malaysia yang kini berada di Kazakhstan diarak dalam sebuah majlis. Terasa besar hati saya. Teringat lagi minggu lalu. Pensyarah Philosophy kami di sini meyebut-nyebut tentang Malaysia dan PAN ini yang dikatakan sebagai membanggakan. Katanya, Malaysia ini kecil saja, tapi orangnya berjiwa besar. Sungguh. Besar hati dan semangat saya teringatkan kata-kata pensyarah tersebut.

Kini sejarah hampir terlakar. Perlukah ada lagi suara-suara yang terus menurus menidakkan usaha yang bukan memakan masa dan penilaian yang singkat sebaliknya keputusan untuk meneruskkan program ini pastilah kerana sudah dipertimbangkan baik buruknya oleh 'think tankers' negara.

Ini satu sejarah. Bukan untuk masa ini saja. Tapi akan kekal untuk selamanya. Bagi yang menidakkan kewajaran program ini, apabila mendengarkan sejarah yang bakal terlakar kurang dari 24 jam ini, tidak terharukah hati kalian? Tidak terasa berbesar hatikah kalian? Bukanlah dengan menyetujui program ini melambangkan saya seorang yang pro Kerajaan atau tidak, tapi atas kesedaran Saya Anak Malaysia, saya sangat positif dengan bidang baru ini. Agaknya, kalian perlu dihantar duduk bersusah payah di tempat orang, lalui kesusahan dipandang rendah oleh bangsa lain, baru kalian faham betapa Malaysia kini setidak-tidaknya telah berjaya meletakkan nama kita setaraf dengan negara-negara besar dunia.

Tepat jam 9.21 malam ini, sejarah akan terlakar!
Malaysia kini sudah punya seorang Angkasawan!

Buat Angkasawan Pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:
Selamat berangkat. Semoga ekspidisimu dirahmati Allah.
Jadilah Muslim yang sempurna ibadahnya di angkasaraya sana.
Sejarah tak indah jika Islam dilupa.

Rujukan: Sini dan sini.

Nota: Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah saya semakin sihat dan petang ini perlu ke hospital untuk rawatan lanjutan. Semoga Allah permudahkan semuanya (saya perlu bergegas pulang dari hospital kerana di sini waktu siara pelancaran Soyuz TMA II ini adalah pada pukul 5.21pm! Moga-moga saya tidak terlepas, biiznillah).

Masih ingat tak pada Kapten Faiz (pilot), top 4 dalam pemilihan calon Angkasawan? Semalam beliau menghantar mesej kepada saya dan Fareena menyatakan ketibaannya di Moscow. Insya Allah Khamis ini (hari terakhir puasa) kami akan berbuka bersama-sama. Terharu kerana beliau masih ingatkan kami berenam.

____________________________________________________________________

Hari buat dia:

60) "Whatever you do will be insignificant, but it is most important that you do it" - Gandhi

30 comments:

Girl A said...

yay!!! alhamdulillah sarah dah semakin sehat! berusaha lagi utk menyehatkan diri 100% ekk! meh kita tgk tv sama2 mlm ni ekk!

Muhammad Yasir said...

Sudah ramai menyatakan ketidakpuasanhati dengan program ni di blog kawan kita, jadi saya rasa ini kesinambungan kepada artikel di cry4freedom, untuk yang tidak bersetuju boleh ke blog azwan, klik nama Azwan, anda akan puas di sana, untuk yang menyokong PAN, sila ekspressi kan sokongan anda di sini, di sini tempatnya, jangan segan, pendirian masing-masing sudah jelas, Azwan Home, KS Away. Lanyak.

Anonymous said...

Mazian said....
What u mean by Kapten Faiz (pilot)?Dr Faiz tu dental surgeonkan...Atau sarah maksudkan Faiz yg pilot tu.Apapun, akhirnya Malaysia berjaya melahirkan seorang angkasawan pertama yg akan ke angkasa lepas.Satu pencapaian untuk negara kita dalam menuju era pemodenan.Sejarah berharga yg boleh kita kongsikan bersama anak2 kita di masa akan datang. datang,insyallah...
Alhamdulillah...awak dah semakin sihat.Jaga diri baik2 ye.Terima kasih untuk kad raya.

Anonymous said...

Mazian said....
What u mean by Kapten Faiz (pilot)?Dr Faiz tu dental surgeonkan...Atau sarah maksudkan Faiz yg pilot tu.Apapun, akhirnya Malaysia berjaya melahirkan seorang angkasawan pertama yg akan ke angkasa lepas.Satu pencapaian untuk negara kita dalam menuju era pemodenan.Sejarah berharga yg boleh kita kongsikan bersama anak2 kita di masa akan datang. datang,insyallah...
Alhamdulillah...awak dah semakin sihat.Jaga diri baik2 ye.Terima kasih untuk kad raya.

Anonymous said...

"When a country is well governed, poverty and mean condition are things to be ashamed of. When a country is poorly governed, riches and honor are things to be ashamed of." [Confucius]

I wonder why, Japan, the country that is advance in technology, haven't taken the same step like we do. It's not because they can't afford it, innit?

To fly high, you left many fallen behind, and hurt. What a shame.

Mimie Azrin said...

Pandangan manusia berbeda terhadap sesuatu perkara, ada yg nampak positive, ada yg nampak negative, ada juga juga yg malas mengambil tahu.

Kita cuma mampu berharap, lorek langkah yg kecil ini bakal membawa kite lebih dekat ke kemajuan seimbang. :)

p/s: Sarah dah sehat sikit? Hari ni bagaimana?

cry4freedom. said...

Harap ini cuma sekadar perang ideologi, perang prinsip, bukan perang manusia. Taknak ada yang kutuk mengutuk satu sama lain. Keep the discussion clean, neat and healthy as possible.

Thank you Sarah for bringing up this. We definitely need more input and output. And I'm sure many of us will enjoy this.

Azwan.

MakcikMuda said...


To fly high, you left many fallen behind, and hurt


harap sarah shayang cepat dan cepat lagi dan cepat lagi lagi sembuh.

Wanpetunjuk said...

salam sarah...
wah begitu bersemangat sarah mengzahirkan perkongsian untuk membuka kuasa pengaruh terhadap konsep pemikiran positif...Tahniah untuk anda!!!

tentang "yang tercinta di selat tebray" tu...wakakaka..never exist pun, biasalah nak gimik pembaca...attention grab!!!

Sarah...seantero Malaysia menanti bagaimana pulangan/hasil/perkongsian hasil pelaburan kerajaan terhadap program 'angkasavan' itu...mari kita bersama2 berdoa untuk kesejahteraan Dr.....~amin~

*Sarah..bila kita nak wat program jejak matahari..LoGiK Ke???***

Anonymous said...

"That's one small step for a man (Dr.Syeikh), one giant leap for mankind (Malaysian)"

Now i'm proud to say that we malaysian, have been to the space!

Em, kak sarah. Utusan kata, Dr.Faiz akan fly tahun depan. betul ek? Congratz gak Dr.Faiz!

Sarah Mohd Shukor said...

Salam buat semua,

Alamak! Sy bukan nak mencipta kontroversi. Cukuplah Azwan je yg hot meletup2 dgn entry2 yg panas dgn kontroversi. Ngeehee.

Ok. let us see it from my point of view. I wrote this entry the very least to let us all ponder about a history that will be carved in the book of malaysia. if up till this very moment we still think from the negetive side of it, ntah bila la agaknya kita akan mula menerima sejarah ini.

Sy bukan org yg selayaknya utk memperkatakan tentang hal ini. Ini cuma pendapat sy dan luahan hati sy melihat fenomena yg ada dan terjadi di sekitar sy. Mmg ada kelompongan yg pihak kerajaan terlampi wkt membuat keputusan. tp skrg keputusan telah pun dibuat dgn nyata dan kita telah punya 2 org yg lebih dr layak utk menerajui bidang eksplorasi angkasa ini. Sy pada mulanya pun kurang bersetuju. Sy pernah nyatakan hal ini pd seorg kawan (awk tahu awk siapa).

tp lama kelamaan, sy cuba memandang dr 1 sudut ilmu.
1 sudut tamadun.
1 sudut sejarah.
1 sudut pembangunan.

dan di situ sy nampak potensi negara. potensi yg bukan semua negara kecil punya peluang utk mencecah paras itu dalam usia yg muda (50 tahun bg kita).

Sekali lg, sy bukan nak mencipta perang manusia (Azwan, jangan risau ye) ;) mungkin entry ini boleh mengajak kita semua berfikir. kalau taknak fikir lama2, dapat fikir sekejap pun jadilah. it's really somthing to ponder about. we're under 1 nation. and the nation is our beloved Malaysia.

Wallahu a'lam...

Sarah Mohd Shukor said...

Komen-komen lain akan sy respon nnti ye. Sy nak ke kelas (setelah berhari2 sy dikuarantin!!!)

Oh ye.. sape2 yg tak dapat kad raya dr sy lg, tinggalkn email. malam td, sy hantar pd sape yg sy ada emailnya aje. maaf sgt sbb terlepas pandang.

Da svidaniya~

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
FabulouswithAs said...

"Agaknya, kalian perlu dihantar duduk bersusah payah di tempat orang, lalui kesusahan dipandang rendah oleh bangsa lain, baru kalian faham betapa Malaysia kini setidak-tidaknya telah berjaya meletakkan nama kita setaraf dengan negara-negara besar dunia."

hurm mmg btol tuh.bile dok ovc..bru seda rmai xknal msia...sapela sgt yg knal malaysia nih?even dah ade yg tertinggi yg terpanjang n mcm2 ter..lagik...tapi kat joden nih..arab2 nih still rmai xknal malaysia..blk2 tnye kite org indon ke org cine ke...
tapi bab projek angkasawan nih..mayb femeskan msia kt russia je kot?kt joden nihmcm xfemes lgsg psl nih..

Anonymous said...

salam sarah..
mesti bangga kan..
medical doctor in space!

apa2 pun pendapat, kita kene terima dgn rasional..
sbb lain org lain perspektif yg dia guna utk menilai.. :)
sebenarnya, bila byk percanggahan pendapat, baru syok nak berkawan, kan? xdela homogenous je..
heheh..

thanks for the e-card ye!

Unknown said...

hi cik sarah... glad to hear u r ok!... wow.. best tu dpt bukak puasa ngan Dr Faiz.. nanti kim salam sayang kat die ekkkk... jumpe kat kedutaan di hari raya nanti k.

Jamal Abd Rahman said...

salam sarah..good to hear that you are getting better..
congrats pd syeikh muszaphar for making our country proud..sy tumpang bangga jugak..nak tengok dlm tv jap lagi ni...and you must be extra proud sebab being a malaysian there to see another proud moment for our beloved country....

Sarah Mohd Shukor said...

Salam...

Azah yg comel!:
Alhamdulillah makin ok dh ni. tp esok ada appointment lg. then isnin pun ada lg sekali. aduih.. tak raya la saya thn ni.. T_T Eh, td tgk tv tp sblum tu gi solat tarawikh tak?? jgn sebab 'sesuatu' kita terlupa 'sesuatu' :)

Yasir:
Eh eh.. ni bukan nak lawan2 pun. sy tulis entry ni sekadar utk updatekan apa yg sy tau n fikir. at the same time, boleh ajak sume ponder abt this thing too. Sesiapa rasa setuju, baguslah. siapa yg tetap x setuju, pun tak apalah. dah itu pendapat dan pendirian masing2 kan. Tapi walau apa2pun, Azwan lg hebat la.. sbb lg penuh kontroversi. hehe

akirasuri said...

sarah sayang,

:)
dah berlepas dah..
he he he..

well sarah, nothing come single in this world.
mesti akan ada yang positif dan negatif.
mesti ada yang bersetuju dan ada yang membangkang.
mesti ada yang gembira dan ada yang sedih.
bla bla bla..
tapi semua tu semua rencah untuk menyedapkan sesuatu.. :)

alhamdulillah dah sehat..
jaga diri baek-baek ek sarah sayang :)

Sarah Mohd Shukor said...

Kak Mazian:
Sy mmg maksudkan Kapten Faiz (pilot). Td tu sy tak sedar tersalah tulis (top 2). sebenarnya sy nak maksudkn top 4. Ye. dah terukir sudah td lepas Dr. Sheikh berlepas. Terasa smthg dlm hati ni bila tgk ada anak malaysia yg dh naik ke angkasa. 1 hri nnti inilah yg akn kita ceritakn pd anak2 kita nnti kn. :p Akk, kalau Dr. Faiz join skali esok, ada apa2 nak pesan tak? :)

Ainee:
betul kata2 confucious tu. Tapi tentang jepun tu, bukan diorg taknak join. actly di Yuri Gagarin training center tu tahun lepas ada seorang astronaut jepun sedang berlatih bersama dua orang calon kita tu. but then japan withdraw kan dia sbb japan not really intrested in sending their people with other pple's rocket. kalau nak tau, diorg sekarang nak buat rocket diorg sendiri n nak bekerjasama dgn NASA supaya boleh bersama-sama jd developer utk ISS. maksudnya jd negara yg turut sumbang bahagian2 ISS yg bakal dipasang dlm ekspedisi demi ekspidisi yg mendatang. Japan banyak duit. So diorg boleh aim yg jauh lebih tinggi. Tak payah hantar tumpang org lain. Boleh buat roket sndiri n jd developer ISS. Cuba bayangkan, utk Malaysia to hv such aim, fuhhhh... it takes 1000 more yrs kot! kosnya jauuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih tinggi dan dlm konteks n kondisi ni, kalau malaysia buat mcm jepun ni, lg la besarrrrrrr pembazirannya tu. Alang kepala ditawarkn pergi bersama russia n US ni, dlm 'pembaziran' (dikatakan pembaziran oleh ramai), sebenarnya kita jauh lebih jimat drpd menunggu utk pergi atas kaki kita sendiri.

Diharap penjelasan sy tentang pendirian Jepun itu menjawab persoalan kenapa Jepun masih belum melonjakkan nama dlm bidang ini. Wallahu a'lam. Terima kasih sbb berkongsi pendapat ye Ainee :)

Sarah Mohd Shukor said...

Mimie:
Alhamdulillah. Much better. Seronok dpt ke kelas smula (walaupun sebenarnya masih dlm tempoh cuti sakit smpai isnin depan! huhu. keras kepala betul sy ni).

Sy setuju. Setiap yg jd tu misti ada positif dan negatif. Kalau sy dtgkn positifnya sj, mmg merapu n merepeklah sy ni. mmg ada negatifnya. Cuma yg kita harapkan pulangannya yg positif2 sj. insya allah... Terima kasih sbb kongsi pendapat ye Mimie :)

Sarah Mohd Shukor said...

Azwan:
Oh. Sudah semestinya. Niat sy tulis entry ni pagi td tak langsung nak wujudkan kontroversi atau apa. Sy sekadar nak luahkan apa yg sy nampak terjadi di sekeliling sy je. Kalau sy katakn yg positif2 sj, huh, merepekla sy ni namanya. JD sy let people 'go' to ur blog as well, to ponder ur point of view. fair and square. So kalau from my point of view people can see the positive side of d program, so that from ur point of view, people can get some input abt the minus2 things plak.

Kita tak boleh suap malaysians ni dgn benda2 yg nampak baik je. Nanti Malaysians ni mudah lupa diri. Nnti jd mcm IMGOV plak (haha... tak pasal2 dia terlibat!). Pendek cerita, setiap yg jd tu mesti ada baik dn buruk. Kalau skrg kita nmpak dua2 baik n buruk. Tp Dr. Sheikh dh berlepas dh pun. Apa yg boleh kita buat skrg adalah mendoakn dia selamat pulang dn hasil ekspidisi ini adalah yg baik2 sj utk warga Malaysia, dunia n tamadun ISLAM jg :)

Wan, sy tak terasa pun tau.. Sebaliknya, sy suka entry awak tu sbb ada nama sy kt atassss skali tu. Hehe.

Sarah Mohd Shukor said...

Ryn Sayang:
Semoga pulangannya yg baik2 sj utk semua. utk negara, dunia dn TAMADUN ISLAM jg. Ryn, sy x lah sihat 100% lg tp getting better. hari ni berbuka sy x nak makan bubur dh! sy nak makan nasi!!!!!!

Hidayat:
Dayat, sy bukan nk buka pengaruh ajak org setuju. Cuma sy nk ajak org berfikir lebih dlm. dgn lebih serius. Tapi mmg setiap yg jd tu ada baik ada buruknya kn. Kalau skrg kita tau program ni ada + dan - nya. Tp kita harap pulangan drpd program ni mmg membawa kebaikan yg besar utk semua.

Laa... propaganda semata-mata ke. ish Dayat ni. Ingatkan sungguh2. Takpe. Nnti misti akan jumpa jg dgn someone yg betul2 sesuaiiii utk Dayat. ehem ehem. Nak sy tolong carikn ke? ngeeheee~

Eh, mane boleh ke matahari. tu bintang terjauh! Tak terjangkau. Lg pun, allah dh kata, haba yg kita dpt di bumi ni pun hanya setitis dr api neraka. kalau di malaysia pun dh panas, apatah lg sumber haba tu (matahari) dan apatah lg di neraka tu....

sy nak cari bintang hati je cukup la :) taknak sy bintang yg besar2 jauh2 tu. huhu.

Sarah Mohd Shukor said...

Sham Kid:
Alhamdulillah.. dh berlepas pun td. Dh terlakar pun sejarah.
Insya allah Dr. Faiz akan join dlm ekspidisi yg jauh lg mencabar dr ni. Ekspidisi ilmu. sesi 2008/09 nnti. insya allah..

Asma:
Tak sangka plak sudi kamu menjenguk kt sini. trma kasih. Betul kan. bila kita duk kt luar ni, baru tau betapa susah n mcm mana pandangan dunia luar tentang kita. terasa kerdil sgt2. Semoga selepas ini, ada perkembangan yg sgt positif dr sudut ini. hehe. jgn risau la asma. bila dr. sheikh dh balik semula ke bumi, jejak je tanah smula, waktu nnti sume org akn sebut2 tntang org2 angkasa yg bru smpai ni. sebut = malaysia. hehe

Dr. Am:
hehe. yup. a medical doctor. n now an astronaut.
Apa2pun pendapat yg dtg dr semua yg mengomen, sy terima dgn rasional. sbb sy tau point yg disebutkn tu, kalau tak byk, skit tu ada benarnya. dan bg sesetengah org plak, apa yg sy tulis ni, kalau x byk, ada skit yg x dipuashatikn.
bagus ada perbincangan yg mcm ni. wkt ni bru kita nampak kt mana letaknya pendirian masing2 dlm sesuatu isu tu. terima kasih sbb berkongsi pendapat :)

Sarah Mohd Shukor said...

Hannan:
eh, bukan Dr. Faiz. Tapi Kapten Faiz (pilot) yg terpilih antara top 4 astronaut candidates yg dtg moscow in june 2006 dulu tu. Pg td sy tersalah taip (sy tulis top 2). yg sy nk maksudkn top 4. Okes. jumpa di embc (klu sy dpt pelepasan kls. kalau x, raya di hosp la nampaknya!!)

UncleJ:
Alhamdulillah getting better. But still strictly under medication.
Dan Alhamdulillah Dr. Sheikh dh selamat berlepas. Another history for our country. Semoga dia balik nnti membawa kebaikan2 dr langit! :)

Cik Ati Sayang:
Mcm yg sy dh cakap kt atas td, mmg setiap yg jd ni ada baik ada buruknya. buat masa skrg ni, kita doakan smoga yg dibawa pulang adlh kebaikan2 yg allah kurniakn.

Sy x sihat 100% lg. kena makan ubat lg. td balik dr jumpa doc, kena tambah 2 jeis ubat lg. so semuanya ada 12 jenis ubat skrg! huhu. but alhamdulillah feeling better.. :)

Cik Ati jgn nakal2 ye raya ni ;)

Anonymous said...

does anyone have any idea why on earth the live webcast for dr sheikh is full with advertisement??

Anonymous said...

kak sarah, hope you will get better and terus sihat. Heheh..mama saya kata, it's hard to treat doctors because they actually know what's going with themselves...betul ke?

hurm...pasal angkasawan nie, I'm proud jer tapikan, I mmg ketinggalan zaman sket and I'm sure soklan nie ramai org dah tanya but I still want to ask, kenapa seorang dentist nak naik angkasa lepas? Dia nak check gigi orang ekspidisi 15 tu ke kalau dia dapat naik tadi?
heheheheh.....

-farah ramlee-

Mimie Azrin said...

Alhamdulillah..yea yea Sarah dah boleh ke kelas ~! :)

Sarah Mohd Shukor said...

Ainee:
Tula pasal kan. Banyak sangat iklannya. Penaja kot. huhu

Farah:
psl apa mama kata tu, haaaa.... no comment. bg akk, senang je nak treat akk ni sbnarnye tp penyakit ni yg degil x nak pegi2 lg. hehe.
Either a dentist or medical doctor or even a barber, becoming an astronaut is their ambition for an ambitious person. Tak kesahlah apa background diorg sebelum ni. Tp if they are from science strea, that will b a bonus for them, isnt it?

Mimie:
TAPI HARI NI SAYA TAK BOLEH KE KELAS SEMULA!!!!!!!!!!!! *tension mode..esok dah la raya kt sini. tension tension*

Anonymous said...

Faresya: Dsbbkn sya ni mda lg,bru umur 12,sya skong apa yg kak ckp. Kbnyakan org kta x stuju dgn program angksawn nisbb diaorg x fkir dgn lbih mndlm.Cba diaorg fkir jauh2, kalau org malaysia bleh buat apa yg ngara2 bsar bleh buat,itu brmksud malaysia boleh!Lg pun,bkan sng untuk manusia nk prgi ke angkasa. Lg satu,ayh sya rsa Dr.Faiz akn naik pngkt dri Kapten ke Mejar. Anyway,smoga kak sarah akn brtmbh lbih shat.