Assalamualaikum wbt
Dua hari yang lepas saya ke bilik Farah, rakan sekumpulan di sini. Sudah lama kami tidak meluangkan masa bersama walaupun kami sekumpulan. Di luar dari kelas, kami masing-masing mempunyai hidup yang tersendiri. Sekali-sekala dapat berbual kosong, macam-macam yang kami kongsikan. Untuk pengetahuan semua, Farah merupakan satu-satunya rakan perempuan berbangsa Melayu dalam sekumpulan saya. Nama kami yang mirip selalu disalah panggil oleh cikgu-cikgu.
Kami bercerita tentang perkembangan terkini. Semasa dan peribadi. Seronok mendengar cerita-cerita Farah. Jauh lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan saya yang boleh saya katakan dalam kategori biasa saja.
Dalam kami bercerita, timbul isu 'jatuh cinta'. Farah mengemukakan pendapatnya. Katanya, orang yang sedang bercinta wajib tahu membezakan hatinya. Telah jatuh cinta kerana kerana benar-benar rasakan tarikan yang ada atau hanya sukakan idea yang dirinya bergandingan dengan pasangannya itu dan dilihat oleh orang lain sebagai sangat sepadan.
Walaupun pada masa itu saya hanya mendengar buah fikiran Farah tentang hal ini, tetapi apabila pulang ke rumah, saya berfikir tentangnya dan saya bersetuju dengan pendapatnya itu. Bagi mereka yang merasakan sedang berada dalam satu fasa peralihan dan perubahan hati, mereka perlu tahu di mana letak duduknya hati mereka. Apakah benar mereka rasakan tarikan terhadap pasangan mereka. Wujudkah rasa rindu. Timbulkah rasa prihatin dan ambil berat. Tenangkah rasa hati apabila berbual. Semakin hari semakin sayang atau sebaliknya. Ini antara persoalan yang boleh membantu untuk kita menilai di manakah diri dan hati kita dalam perasaan yang ada itu.
Bagi sesetengah orang pula, fasa perubahan hati ini mungkin berlaku kerana didorong oleh faktor sekeliling. Contohnya, dalam komuniti kehidupan di tempat mereka, si gadis terkenal dengan kecantikan. Makanya, si lelaki yang kacak ini telah berjaya merebut hatinya dan di situ bermulanya perhubungan mereka. Sungguhpun tarikan hati seperti yang diterangkan dalam persoalan-persoalan di atas tadi tidak timbul di antara mereka, mereka tetap kekal bersama kerana mereka sukakan idea apabila orang sekeliling melihat mereka kelihatan cocok bersama. Cintakah ini? Sejujurnya, saya tidak rasakan hubungan yang sebegini akan membawa faedah.
Cinta itu untuk kita kongsikan rasa yang ada. Bukan pada fizikalnya saja tapi yang datang tulus dari hati. Cinta itu bukan sesuatu yang dapat kita tafsir dalam sekelip mata. Kadang-kala ada yang sampai bertahun-tahun baru dapat rasakan kewujudan cinta yang sebenarnya hanya di depan mata. Ada juga cinta yang datang sekelip mata. Mungkin kejujuran yang tinggi saja dapat membantu terbentuknya cinta dalam masa yang singkat ini.
Bila menyebut tentang cinta, saya terfikirkan pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang menuntut seseorang menjadi setia. Cinta juga kadang-kala menuntut pengorbanan wang. Tapi bak kata seorang kawan, berhabis duit untuk pelaburan masa hadapan, apalah salahnya kerana masa depan itu adalah masa depan bersama. Cinta juga menuntut seseorang menjadi diri sendiri. Percayalah. Kalau bercinta tetapi kita tidak menjadi diri sendiri, kita adalah pelakon dalam drama cinta kita itu. Dan yang dikatakan cinta itu, tidak jujur sebenarnya.
Cinta yang jujur adalah yang datang dari hati. Diucap payah, tapi sangat dimengerti. Diluah susah, tapi sangat dihargai. Siapa kata cinta senang datang dan pergi. Cinta itu menuntut pengertian dan tanggungjawab. Cinta itu akan lebih bermakna jika batas-batas insani dipelihara dengan sebaiknya. Supaya cinta yang dibaja itu benar-benar membawa makna untuk dua hati yang sedang punya rasa yang sama. Saya jarang menyuarakan pendapat saya tentang cinta. Tetapi inilah pendapat jujur saya dalam hal ini. Jangan pandang pada ideanya saja, tapi carilah tarikan yang mengikat dua jiwa.
Agama tidak melarang hati kita bercinta. Tapi ingat, cinta pada yang Hak adalah dengan meletakkan haknya di tempat yang utama.
Buat Farah: Semoga awak faham dengan perjalanan hati awak dan kepastian yang dicari-cari akan ditemui.
Buat Farah: Semoga awak faham dengan perjalanan hati awak dan kepastian yang dicari-cari akan ditemui.
Nota: Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia. Kamu semua bagaimana? Sudah bertemu dengan yang dicintai? *senyum*
__________________________________________________________
Hari buat dia:
62) "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" - Hamka


49 comments:
Salam Sarah.
Well, in my point of view. Cinta ni boleh dibahagikan kepada tiga. Cinta, sayang dan kasih. Sebab selalunya ketiga-tiga ni orang selalu keliru dan kurang jelas dengan maksud sebenarnya. Sebab tu timbul rasa yang macam-macam (lebih kepada ketidakpastian) pada permulaan/pertengahan/pengakhiran sesebuah relationship tu.
Pernah tulis artikel psl ni dulu. Tapi lupa mana letak. Nanti la carik.
P/S: Saya ada kekasih. Kekasih khayalan. Ehak ehak.
This entry will be the talk of the town. Percayalah KS.
Saya budak-budak lagi. Tak boleh cerita pasal benda ni.
Mintak diri dulu ye. Hehe.
salam..persoalan cinta mmg sntiasa jd topik yg hangat..tp sy bersetuju pd kata2 ini;"Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia"..kdg2 kita xsedar cinta yg kita cr ada di dpn mata sj sbnrnya..nice entry k'sarah
cinta? im still trying to figure it out. apa sebenarnya cinta. ikhlas semata? jujur? toleransi? nafsu? naluri? pening pening...
i think it's open to interpretation.
sarah tengah bercinta ke? uhuk uhuk.. larikkkk!!
Salam k S
Saya rasa, bila saya kenal & faham yang cintai seseorang itu hanya kerana Allah, saya rasakan konsep cinta itu begitu Luas....
Dan lagi Luas BerCinta rasanya, bila kita dah letakkan Cinta Allah dan Rasul itu lebih daripada segala-segalanya...
best2.. ;)
Cinta???
Pernah beberapa kali menulis artikel tentang cinta...suatu perkara yang terlalu subjektif, sukar untuk ditafsirkan dan ditaksirkan....
Cinta itu hadir tanpa diundang dan akan pergi tanpa dipinta...malah dari simpati juaga akan timbul cinta....
Benar...kasih, sayang dan cinta adalah perkara yang berbeza walaupun dasarnya sama, berakar daripada sekeping hati yang suci...
Cinta itu satu motivasi...percayalah cinta itu hadir dalam himpunan harapan dan harapan pula hadir dalam tingkah laku dan ucapan...
Bahagianya....*wink!!!
hihihi,... orang bercinta senyumnyer amat manis. ;)
e..... teringat lagu CINTA
pengertian cinta itu agak luas dan jangan disempitkan dengan memikirkan cinta di antara lelaki dan perempuan sahaja yer :).
antara cita-cita dan cinta... :)
apa jenis komen ni?hehe...
Salam untuk semua.
Azwan:
hmm..cinta, sayang, kasih. betul kata wan tu. kena tau yg mana satu yg betul2 seseorang tu tgh rasa supaya boleh tau dia ada kat stage yg mana. kan? eh eh. kekasih khayalan?? erm...... huhu
Alif:
budak kecik? eh eh. kamu dh besar ye. hehe.
Cik Noha:
thnks for visiting my blog. sekadar kongsi pendapat je. akk jarang openly nak cakap psl hal ni. terasa cetek je ilmu psl hal2 ni. hehe :)
Tirah:
huhu.. iyo la tu. nampak cam sy tgh bercinta ke? gelak2 sy kt sini :) yup. its open to public's interpretation :)
Awe:
sangat betul. konsep cinta sgt luas. dan cinta agung itu milik Allah. jumpa di autumn retreat ye.
Hidayat:
betul tu dayat. kadang2 tu, kita x minta cinta tu dtg, tp dia dtg jg. dan sekali dh dtg dan tiba2 lepas tu dia pergi, kita jg yg sengsara nak lupakan semuanya. kalau boleh, biarlah berjumpa cinta yg positif. yg jd motivasi utk diri. utk saling memperbaiki dan saling melengkapi. action speaks louder than words :) Bahagia: nak tumpang bahagia jgk la :)
Mak Su:
sampai jgk mak su ke blog sy ye. trma kasih. harapnya biarlah indah sampai ke akhirat. susah nak cari cinta yg diberkati ni kan mak su.
Alam:
lagu CINTA ni sape nyanyi? sy kurang tau skit lagu2 ni. hehe.
Hafiz:
iye..setuju tu. sgt luas maksud yg boleh dibawa.
Hayyi:
Dato Fadzilah Kamsah pernah cakap: Cinta adalah penyeri cita-cita. Cita-cita jadi indah jika ada cinta bersama. Cinta tanpa cita-cita hanya 1 citra. Citra yang tak bawa kita ke mana.
Jadi, kejar la cita-cita dan kalau ditakdirkan bertemu cinta, tu 1 hadiah dr allah :)
"Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia."
sgt besetuju dgn pendapat ks...tp still x tau definisi yg tepat utk cinta n betapa dalam kte boleh mencintai seseorg..tp klu nk kate betul2 sayang lebih dr kawan and leh nampak mase depa dgn sesorg tu..ad la nampak sorg calon ni..malangnye bkn saye punye..sedey2, haha! deep n insightful as alwayz ^^
cinta itu membuat kita meminta2, sayang itu membuat kita terbayang2, kasih membuat kita terus menagih..hanya pada rahmatnya Allah...
errkkk...bukan kah cinta itu fitrah!
wow..
akak sarah bg advise psl cinta...
mcm Dr. Phil la plak..
'Love is not love which alters when it alteration finds.' When life gets hard, when things change, true love remains the same.' - Shakespeare
=D
Cinta tu bagi saya mcm makan Kenny Rogers bersama ice cream waffles di Waffles Stop bersama insan tersayang.
hmm.
I wonder how will the 1st date turn out to be?*wink2*
Salam KS
Of all the words to describe or explain what love is, and of all the reasons to be in love,none seems to really fit in.
But,that doesn't stop souls like us liking the idea of to love and being loved in life.
Undefine-able.yet meaningful.=D
KS tngh jiwang.ade ape2 ke? hahaha
gelak gelak ade makne ke sarah???
*larik kuat kuat!
Ili:
sedih plak ks baca.. tp kan ili, here goes a phrase: cinta tak semestinya bersatu (cewah). doakan yg terbaik la utk dia ok. ks yakin ada org yg jauh lebih baik utk ili. chaiyok tootz~ mlm ni ks x dpt nak gi cheer u all main futsal la. sorry..
Arsaili:
Sbb cinta itu fitrahlah maka tak dpt nk elak cinta itu membuat kita meminta2, sayang itu membuat kita terbayang2, kasih membuat kita terus menagih. kan kan kan.
Eyza:
erm.. Dr. Phil tu sape? *garu2 kepala sbb tak tau*
Husna:
Wawawa.. Shakespear tu. i cant beat u in words. u are born with ABC on tongue! :) all the best exam ok!
Fatt:
tak leh dipisahkan dgn makanan. metafora sungguh eh. ermm..1st date? *senyum2 tutup muka..kelakar la fatt ni*
Reza Navarro:
raja ahmad reza, sila invite ks to b a reader. dh lama nak suruh tp asyik terlupa. plis plis plis. eh, mana ada jiwang2 kn. ni perkongsian pendapat :) *smuggling* all the best in pathphys. pena now is sitting next to me revising the remaining of the mcq. suprizingly, its 6.18am! ehem, kamu bawah selimut lg ke?
Tirah:
gelak gelak sbb suka suka suka suka suka :) bila rynak menyepi, tirah plak yg ganti kacau2 sy. nk ngadu kt azah la camni. azahhhh....
salam..
lepas baca entri sarah, sy termenung sampai 10 minit pikir psl cinta..
terlampau byk perkara yg entah, susah nak explain..
byk perisa pd cinta ni.. sungguh!
Salam Sarah sayang..
Apakah?
Ha ha ha..
Adakah?
He he he..
Apapun..
Cinta itu tak semestinya memiliki.
Menyintai seseorang pula harusnya bukan sebab wajah, fizik, kelakuannya etc tapi mencintai dirinya seadanya tanpa sebab.
Cinta itu datang sendiri dan susah pergi.
Erk? Kelingnya ayat.
Hahak!
Ehem! ehem! *Kenyit mata dekat sarah sayang*
hahaha...
dr. Phil tu dr yg gle pakar psl cinta...
org yg de problem smua bleh pg kt die..
Kekasih khayalan sudi bertemankan sentiasa berada di sisi, teman bual, teman tido, teman time drive kereta tgh jammed. Hahaha.
salam sarah syg..
Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia.
sangat-sangat bersetuju...
hmm.. susah mencari cinta yang sejati ni..
moga diberikan cinta drNYA yg MAHA MENCINTAI
Dr. Am:
betul sgt tu. banyak perisa. kalau campur aduk, rasa yg asli dh hilang. jd kena pandai urus. dan pandai jaga. aa..pening pening. sy tak reti falsafah2 cinta ni :p
Cik Ati Sayang:
apakah adakah apanye cik ati?
waa.. cik ati berfalsafah cinta la plak ye. wink wink. nak kenyitan utk cik ati semula!
Eyza:
oo..gitu ke.. ekekek. akk ni lampi. tak tau plak psl tu. haha.
Azwan:
uih.. bahaya tu. silap hari bulan org ingt awk dgn puteri bunian. oo... tau tak psl muvi 'duyung' yg akn kluar next yr kalau x silap? haa.. norman KRU dlm press conf kata, duyung watak yg nak diketengahkan utk jd contoh pd gadis2 skrg. oh apakah! dan mcm unrealistik la plak. hehe. terasa nk cakap psl ni sbb kekasih khayalan pun unrealistic jgk :) apa kata wan cari duyung jgk.. little mermaid dlm katun2 kn comel2. hehe
Kak Tikah Sayang:
Rindu pd Kak Tikah!
tp susah kan nak cari cinta sejati. lebih baik kita serahkan hati pd allah. surely berbalas. tenang dapat. rindu dapat. sayang dapat. kasih dapat. cinta dan kemanisannya pun insya allah dapat. cumanya, tak lengkaplah kita sebagai sorg mukmin kalau kita tak mencinta saudara kita mcm mana kita cintai diri kita sndiri.
selamat hari raya kak tikah. nnti update ye psl jln2 raya tu :)
salam kak sarah
hangat ye topik akak kali nie..hehe. Bagi saye, cinta sesuate yg sgt abstract..hard to describe by words.
Tp apapepun, mmg betul ckp akak. Everything we do, cinta padaNya-lah yg perlu diutamakn. Kalau rase mcm ade 'cinta lain' yg lebih conquer - itu alamatnye kne kawen dahlaaa...hehehe :P
saye dah berjumpe dgn si dia ke blom?
kalau ader panggilan nasik minyak tu yelah jwbnye *wink*wink*
CINTA ibarat KURAP, semakin GARU semakin SEDAP!!
tadi kaklong beli CIMCIM mata satu. sebut btol2 haaa.... cimcim!! bukan cincin!! lawa woooo.... hahaha beli sesaje as a reward for myself.
ni tetibe je cite pasal cinta ni misti ade pape!! hahaha nak bgth mak ah!! *cepat ah kejar ngah*
hmmm....no komen :)
Sarah:
haa.. betul tu. kalau cinta lain dh melebihi, tu wajib kawen dh tu. hehe. eh, bukan hari tu ura-ura mcm dh ada panggilan jemput mkn nasi minyak. huhuhuhu.
Kaklong:
euuwww..~ kaklong habatat. eh. cimcim? waa.. misti lawa kn. i still keep d 1 yg mummy kasi after SPM dulu. sgt syg. stiap kali pandang, misti ingt mummy.
eh eh. apa salahnya cakap psl cinta kn. x bermaksud ada apa2. ke awk kot yg ada apa2 ni... nak bgtau mak psl apa. bgtau la.. xde apa2 pun :p sonang kojo den nnti ha.
May:
may..may lari gi mane ni May? knp tiba2 je hilang? drastik sgt, May nak kawen eh?
Sudah dilamun cinta barangkali. Rama rama sudah terbang sana sini. Daineso...err.
Apa ni Sarah! Sudah berpaling tadah nampak. *Larik geduk geduk geduk*
adei..
wowowow, sungguh hangat topik nie..
rasanya semua orang boleh relate dgn apa yg Kak S cuba sampaikan...
kadang2 kita silap menilai antara crush atau jatuh cinta...
anyway saya pun belum pernah bercinta, tak tau rasanya macam mana...
Kak S, this one is one of your best entry...hehehe....
salam sarah,
ramainya comment pasal cinta ni.hihihi. saya pernah diminta memberi pandangan tentang cinta dalam senyap(minat giler kat org la punya kes).Tuan punya badan yg minat org ni rasa bersalah sebab ada perasaan tu.rasa berdosa pada tuhan.
Bagi saya,perasaan tu sebenarnya tak salah.Sebab itu fitrah manusia. Malah Allah tahu tentang perasaan kita yang sentiasa rindukan orang yang kita cinta.(mention in quran but dah lupa ayat mana.nanti ingta mi bagitau) Tapi, perasaan itu kena la dilahirkan terang2an dengan jalan yang betul (bertunang..bernikah).
Berdasarkan pengalaman (cewah!eheh) sangatlah menderita jika mencintai seseorang tapi orang tu tak tahu.sebab bila perasaan cinta tu wujud, akan wujud juga perasaan ingin bersama. Kalau tak berbalas cinta tu, bukankah hati merana.
haa..rasanya sarah dah jumpa dgn yang dicintai ek?ehehehee... peace!
Assalamualaikum,
I found "My World" in my bookmark and I ended up here.
Your writings are quite familiar and I could see my name on your fellow bloggers link.
I reckon that you are one of my wonderful friends and I really hope to be able to fully recall who you are.
This TENTANG CINTA entry made my day. Keep it up.
-Alif
Azwan:
berpaling tadah?? apakah...adeh. rama2 terbang sana sini ke? ada je statik terbang2 kt my world ni je. hehe. jgn lari jauh2. nnti kekasih khayalan x tau nk cari kt mane!
Anonymous:
adei.. dushh.. gedebuk...kiok.. :p
Hazreen:
betul tu. jadi silalah berhati-hati membezakan hati tu sdg crush or falling in love. eh eh.. yeke x penah jatuh cinta?? sgt musykil statement tu. haha.
Mimi:
sy setuju dnn pendapat Mi tu. n personally, kalau sy dh jatuh cinta, sy pun x nak la setakat sebelah pihak. mmg cinta x bermaksud bersama. tp fitrah manusia mestilah nak dirinya dicintai semula. world's rule. dlm memberi, kita pun mesti nak rasa menerima jgk kn. hehe. Mi agak2 plak sy dah jumpa ke?? peace!!
Alif Anwar:
Alif.. plis get well soon. getting ur offline msg telling that u r now temporarily lost ur memory really stabbing my heart. just in case u cross my world again, plis try to remember I AM YOUR KAKAK SINGA (KS). AND YOU ARE MY ADIK SINGA. forever. knowing u since the very 1st week, i told myself that u r just the same like my lil bros. so i regard ur existence in my life as my bro u know.
plis get well soon. plis plis plis. i've got ur fon no from aini shamsi. will call u later. hope that u'll remember me. if not me, i hope u'll be able to remember ur family n ur close frens there. hope ur study will do just fine!
Manifestasi Cinta bermula dari perasaan yg lahir dalam jiwa dan kkdg menyapa tapi tak mampu diluahkan dgn kata-kata...
**jangan jadikan jarak dan masa sebagai alasan pemisah cinta antara 2 benua"...:)
Salam Dari BB
Sarah, bila awak sebut "cinta tu hadiah dari Allah", teringat akan tulisan En. Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya "Tentang Cinta". katanya (in my own words) Allah yang menghadiahkan cinta kepada manusia. Maka Allahlah yang lebih layak untuk dicintai. Kalau seseorang menghadiahkan hadiah kepada kita, adakah kita akan ambil hadiah itu dengan penuh kegembiraan tanpa menghiraukan pemberi hadiah?tentu tidak.bukan?tentulah kita akan berterima kasih dan semakin sayang kepada orang yang memberi hadiah... :-)
Cik Sarah....anak sedara kita dah ade dalam blog sy...tengok ek...chomey sesangat!!!!
BB:
cinta antara benua pun best jgk. hehe :)
Hayyie:
cinta itu hadiah dari allah --> sgt menyentuh hati.. jd jgn lupakan Pemberi Hadiah yang Maha Agung itu ok.
Hidayat:
Dia chomey mcm auntie dia jgk. bkn uncle dia je :p tp mmg hafiy sgt2 la comey. x sabar nk jmpa dia.
bercakap tentang cinta.. hmm..
cinta..?
no comment ..
cinta membawa bahagia...
cinta menemukan insan yang jauh terpisah..
cinta adalah lumrah manusia..
cinta...apa saja lah, asalkan cintanya sesama makhluk tidak melebihi cintanya terhadap Penciptanya.
eyh, tlg jangan gelak ek.
sy xde pengalaman dlm hal ni..
erm, huhu...suka2 tajuk ni=)
eyh, sarah..ada pape ke nh?
Gruss
Anon (Oneib eh?):
hehe.. xpe..dlm hati masing2 mesti ada definisi cinta yg tersendiri :)
Adilin:
Salam adilin. sorry lama x contct. terasa bersalah plak. sy x gelak. betul latu. sekali sekala dgr pendapat org yg byk berfikir ni mmg sgt bagus. eh, mana ada apa.. sekadar kongsi epndapat je tntang ni. sgt susah nak tgk sy speak out my mind abt love n segala mcm ni :p
M back to reflood ur mailbox.
Nota: Kadang-kadang, cinta tak perlu diluah, tapi hati sudah dapat merasa. Kadang-kadang, cinta tak perlu berbalas, tapi hati sudah cukup bahagia. Kamu semua bagaimana? Sudah bertemu dengan yang dicintai? *senyum*
Kamu ni puitis n jiwang banget seyh..
Izu:
mana ada jiwang la cik izu oi. tu namanya bermain dgn ayat. puitis pn tak jgk. tu dh kira sempoi la tu kan. klu nak banding dgn org yg bermadah gini: rinduku padamu lebih dlm dlm lautan, lebih tinggi dr gunung, lebih luas dr langit bla bla bla. crap! uwek :p haha
Post a Comment